Tip:
Highlight text to annotate it
X
Subtitle by:
Novrizal Junaidy
Peperangan telah hancurkan semuannya
tapi terhenti dalam sekelip mata.
Lucian, pemimpin paling ditakuti dan kejam
yang pernah memerintah puak Lycan..
Akhirnya telah dibunuh.
Sekumpulan Lycan bertaburan
ke setiap penjuru angin..
Dalam satu malam yang penuh
dengan nyalaan api dan pembalasan.
Kemenangan, ia kelihatan,
dalam genggaman kami..
Hak kehidupan sepenuhnya
pada Vampire.
Hampir enam abad telah
berlalu sejak malam itu.
Namun persengketaan purba membuktikan
ketidak sanggupan mengikuti Lucian ke kubur.
Walaupun Lycan sedikit
bilangannya..
Perang itu sendiri telah
menjadi lebih bahaya.
Untuk bulan yang tidak lagi
memegang kekuasaannya.
Lycan yang lebih tua, lebih berkuasa,
kini boleh berubah sesuka hati.
Senjata telah berkembang,
tapi perintah kami tetap sama
Buru mereka dan bunuh mereka
sampai mati, satu persatu.
Kempen yang paling berjaya.
Mungkin terlalu berjaya.
Bagi mereka yang seperti saya,
seorang 'Wakil Kematian'..
Ini menandakan berakhirnya
sebuah era.
Seperti senjata pada
abad lalu..
Kami juga akan jadi usang.
Kasihan, kerana saya hidup
demi itu.
Darah!
Tidak mengapa. Tidak mengapa.
Kau akan ok.
Kamu bertindak seperti sekumpulan
anjing gila!
Dan itu, tuan-tuan..
Cuma tidak akan berhasil.
Tidak jika kamu berharap untuk mengalahkan
Vampire di tempat mereka sendiri.
Tidak jika kamu berharap
untuk terus hidup.
Pierce! Taylor!
Pakai pakaian, boleh?
Kita ada masalah yang serius.
Saya perlu jalankan beberapa ujian.
Ini pasti sejenis cecair sinaran.
Peluru ultraungu.
Sinaran matahari, dimanfaatkan
sebagai senjata.
Kau harapkan saya untuk percaya
haiwan berkurap..
Datang dengan peluru dicipta
khusus untuk bunuh Vampire?
Tidak, saya bertaruh ini
milik tentera.
Sesuatu yang mereka curi.
Sejenis senjata berteknologi tinggi.
Saya tidak peduli di mana
mereka dapat benda ini.
Rigel sudah mati, dan Nathaniel
mungkin masih ada di luar sana.
Mari kita kumpul 'Wakil Kematian'
dan kembali.
Tidak sama sekali. Bukan sekarang.
Tidak untuk satu serangan rawak.
Kebangkitan beberapa hari lagi,
dan rumah ini dalam pergolakan.
Rawak? Mereka lepaskan tembakan
ke arah kita depan orang ramai.
- Dan dari apa yang saya dengar di dalam terowong..
- Kau kata kau tidak lihat apa-apa.
Saya tahu apa yang saya dengar,
dan saya tahu apa naluri saya beritahu saya.
Mungkin ada berpuluh
Lycan di bawah sana.
Siapa tahu, mungkin lebih. Beratus.
Kita telah buru mereka
sampai di ambang kepupusan.
Kraven betul, Selene.
Tidak pernah ada tempat persembunyian
yang begitu besar selama beberap abad.
- Tidak sejak zaman Lucian.
- Saya tahu itu, Kahn.
Tapi saya mahu kau buktikan yang
saya salah dengan memeriksanya.
Pastikan orang kau bersiap sedia.
Saya akan suruh Soren kumpulkan
pasukan pencari.
- Tidak, saya mahu memimpin pasukan saya sendiri.
- Tidak sama sekali! Soren akan uruskannya.
Beratus, sungguh?
Viktor akan percaya saya.
- Saya tidak akan pernah layan kau seperti itu.
- Tentu tidak.
Sekarang ikut dan pastikan dia berpakaian
dan bersedia untuk tetamunya.
- Ini satu pembaziran masa, kau tahu.
- Apa?
Saya ragu-ragu Viktor mahu kau beku
di dalam sini, merenung makamnya selama berjam-jam.
Tidak, dia mahu 'Wakil Kematian' ada di luar
sana, berjalan di setiap inci bandar.
Kraven. Saya tidak akan faham kenapa
Viktor tinggalkan dia untuk berkuasa.
Dia seorang birokrat, bukan pejuang.
Kita perlu pastikan kau bersedia.
- Untuk apa?
- Pesta.
Duta Amelia akan berada di sini
bila-bila masa.
Oh, ya.
Kau perlu pakai satu ini.
Ia sempurna.
Mereka kejar kau.
Dia menarik..
Untuk seorang manusia.
- Siapa menarik?
Saya merancang supaya kau ada
di sisi saya malam ini.
Ajak Erika. Dia mahu sangat
berada di sisi kau.
Jika kau tanya saya, kau ambil
urusan pejuang ini terlalu serius.
Kau tidak boleh kembalikan masa lalu,
tidak kira berapa banyak kau bunuh.
Dan selain itu..
Apa guna jadi abadi..
Jika kau menafikan diri kau
pada keseronokan hidup?
Kau lihat manusia ini?
- Apa yang ada dengan dia?
- Saya mula fikir yang Lycan..
Cukup!
Pakai sesuatu yang elegan
dan cepat.
Kraven, saya serius. Saya fikir
mereka telah mengikuti dia.
Selain dari makanan, mengapa
Lycan kejar manusia?
Ada perkembangan?
Mari lihat.
Negatif.
Kau mahu pulang?
Ya, Nicholas beri saya
beberapa jam rehat.
Apa pun..
Dia kata kau lakukan kerja yang
hebat dalam pembedahan malam ini.
Ya.
Tenang.
Kita telah diserang hendap.
'Wakil Kematian', tiga dari mereka.
- Dan calon?
- Kami Kehilangan dia.
Kau kehilangan dia?
Lihat kecederaan ini.
Peluru Ag(Argentum). Kandungan tinggi.
Menghalang dia dari berubah.
Tiada guna keluarkan yang lain.
perak telah menembusi organ-organnya.
Pertumbuhan semula yang mustahil
pada ketika ini.
Mari keluarkan ini.
Relaks.
Vampire tidak sedar kau sedang
ikut manusia itu..
- Mereka sedar, Raze?
- Tidak.
Maksud saya, saya tidak
fikir begitu.
- Kau tidak fikir, atau kau tidak tahu?
- Saya tidak pasti.
Negatif.
Saya benar-benar mesti cari
Michael itu sendiri.
Perlukah saya lakukan
semuanya sendiri?
Rumah kita yang mulia mungkin
dipisahkan oleh lautan yang besar..
Tapi kita sama-sama komited
pada kelangsungan hidup keturunan.
Dan bila Amelia tiba
untuk bangunkan Marcus..
Dalam masa cuma dua hari..
Kita patut sekali lagi
bersatu sebagai satu kumpulan!
Kami ingin ucapkan terima kasih pada
tuan rumah atas layanan murah hati mereka.
Dia datang, dia kerja
dan kemudian dia pulang ke rumah.
Selain itu, saya tidak tahu
apa yang perlu diberitahu pada kamu.
Bekerja sepanjang masa. Kami tidak
ada banyak kehidupan lain.
Kau tahu di mana kami
boleh cari dia?
Tidak.
Kamu boleh cuba cari dia di rumah, atau
kamu perlu tunggu sehingga dia kembali.
Dia bukan berada dalam
masalah, kan?
Ini Michael. Saya tiada di rumah sekarang.
Sila tinggalkan mesej.
Michael, ini Adam. Polis baru saja
ada di hospital cari kau.
Mereka yakin kau terlibat
dalam kes penembakan.
Saya beritahu mereka tidak mungkin
kau terlibat dalam kes itu..
Tapi mereka sedang cari kau.
Sekarang.
Mengapa mereka kejar kau?
Sial!
Hello, Michael.
Apa yang sedang berlaku?
Hentikan kereta.
Hentikan kereta!
Berundur!
Ok.
Ok.
Baiklah.
Tapi kau kehilangan banyak darah.
Jika kau tidak hentikan kereta,
kau akan buat kedua-dua kita terbunuh.
- Saya tidak bergurau!
- Saya juga!
Diam dan bertahan.
Saya akan baik.
Sial!
Larikan diri kali kedua.
Mengagumkan.
Mungkin Raze tidak terlalu
besar-besarkan perkara itu.
Raze tidak bawa balik benda ini.
Jika Michael memang pembawa,
Vampire boleh..
Relaks, kawan lama.
Saya telah rasa daging dia.
Cuma dua hari lagi bulan penuh.
Tidak lama lagi, dia akan
jadi Lycan.
Tidak lama lagi, dia akan
datang cari kita.
Sayangnya kita tidak
ada lebih lagi.
Positif.
Tetap baring. Kepala kau
telah terhantuk kuat.
Kau tidak sedarkan diri
untuk seketika.
Kau ada idea mengapa orang-orang
itu kejar kau?
Di mana saya?
Kau selamat.
Saya Selene.
Jadi pertama sekali,
khabar angin itu benar.
Seluruh rumah telah berbisik mengenai
haiwan peliharaan baru kau.
- Kau cuba untuk mengubah dia?
- Tentu tidak.
Jadi kenapa kau bawa dia ke sini?
Dia selamatkan nyawa saya.
- Mengapa kau ada di sini?
- Kraven hantar saya.
Dia mahu jumpa kau. Sekarang.
Ini benar-benar tidak
boleh diterima!
Kau menentang perintah saya dan habiskan
semalaman jauh dari rumah agam..
Dengan manusia? Manusia yang kau
bawa balik ke rumah saya.
Sejauh yang saya tahu,
ini masih rumah Viktor.
Lihat, saya tidak mahu berhujah.
Saya mahu kau faham entah bagaimana
Michael penting pada Lycan..
- Jadi kini namamya Michael!
- Boleh kau dengar saja saya?
Ini di luar pemahaman saya, kenapa kau begitu
taksub dengan teori tidak masuk akal ini.
Lucian tidak sedikit pun
berminat dengan manusia..
Michael atau sebaliknya.
Tunggu sekejap.
Kau tergila-gila dengan dia,
bukan?
Sekarang, itu teori yang
tidak masuk akal.
Betulkah?
Tinggalkan kami!
Saya berharap kau tidak
marah dengan saya.
Sekejap.
Cuba ini.
Teruskan. Tembak beberapa kali.
Keluarkan peluru.
Kau telah meniru peluru Lycan.
Nitrat perak.
Satu dos maut.
Mereka tidak akan korek ini keluar,
seperti peluru biasa kita.
Terus ke dalam aliran darah.
Tiada apa yang boleh korek keluar.
Beritahu saya, Kahn.
Kau percaya Lucian mati dengan
cara yang mereka katakan?
- Kraven cerita tentang perang lagi?
- Itu maksud saya.
Tiada apa kecuali cerita purba.
Kisah dia.
Tiada satu pun bukti dia bunuh Lucian,
hanya kata-katanya.
Saya tidak pernah pandang ringan
keghairahan Kraven untuk kemajuan..
Tapi Viktor percayakan dia
dan itu yang penting.
- Kau mahu pergi ke mana dengan hal ini?
- Tiada ke mana-mana.
Menyerang 'Wakil Kematian' di khalayak ramai
dan mengejar seorang manusia..
Bukan apa yang ada dalam fikiran saya. Kau
telah diberitahu untuk bersembunyi!
Tenangkan diri kau, Kraven!
Manusia itu tiada kaitan
dengan kau.
Dan selain itu, saya telah
bersembunyi cukup lama.
Tahan orang kau di teluk, Lucian.
Sekurang-kurangnya buat masa ini.
Jangan paksa saya untuk menyesal
atas kesepakatan kita.
Kau tumpukan saja perhatian
pada bahagian kau.
Ingat, saya pernah tumpahkan darah
untuk kau sekali.
Tanpa saya, kau tiada apa-apa.
Kau tidak akan jadi apa-apa.
Dari sejumlah jiwa yang berani
memasuki kubu Lucian..
Vampire tunggal yang
terselamat, Kraven..
Yang diberi ganjaran besar kerana
bukan saja membuat kebakaran besar..
Tapi kembali dengan bukti
kematian pemimpin Lycan..
Kulit yang berlambang,
dipotong dari lengan Lucian.
Saya sedang cari kau.
Dia telah digigit.
Manusia kau, dia telah
ditanda oleh Lycan.
- Kraven yang suruh kau cakap begini?
- Tidak.
Saya lihat luka dengan mata
saya sendiri, saya sumpah.
Tapi bagaimana pula dengan
perjanjian itu?
Kau tahu ia dilarang!
Dan sejak dia gigit saya,
saya telah..
Apa yang saya tahu, ia rasa seperti
tengkorak saya terbelah dua.
Ok, jadi seorang lelaki
dewasa gigit kau?
Jesus.
Kau pasti ini bukan anjing?
Saya kata, ia seorang lelaki.
Ia seorang lelaki.
- Ok, saya tahu.
- Dia telah kejar saya.
- Dan wanita dari kereta api bawah tanah..
- Wanita apa?
Kau tidak dengar saya?
Dia jadikan saya tebusan!
Baiklah.
Cuma.. tolong.
Saya akan bantu kau selesaikan
semua ini, ya? Saya akan segera kembali.
Lepaskan, Michael.
Lepaskan.
Tenang saja, ok?
Saya akan kembali dalam satu minit.
- Itu janji.
- Baiklah.
Tolong maafkan saya...
Tapi saya sangat perlukan
bimbingan kau.
Kahn mahu jumpa kau.
Pada pengetahuan saya..
Kebangkitan tidak pernah
dicuba oleh orang seperti saya.
'Yang tertua' memiliki kuasa untuk
menyusun memori dan fikiran mereka
Ke dalam satu gambaran
Tentang rekod terperinci
pemerintahan mereka.
Saya cuma boleh harap Viktor
akan dengar rayuan saya.
Tolong maafkan saya, tapi saya
sangat perlukan bimbingan kau.
Saya mohon maaf kerana bangkitkan kau
lebih awal dari jadual
Tapi saya takut kita semua
dalam bahaya besar.
Terutama kau, Tuanku, jika dibiarkan
dalam keadaan kau lemah.
Saya percaya Lucian masih
hidup dan sihat.
Di sini. Sekarang. Di bandar ini
Bersiap untuk menyerang kita
semasa majlis kebangkitan.
Malah lebih membimbangkan
Adalah jika saya betul
Ini bermakna Kraven bersekutu
dengan dia.
Apa yang begitu mendesak?
Lihat.
Selene!
Saya mahu cakap dengan Selene!
Itu Michael?
- Itu Michael?
- Apa yang sedang berlaku?
Apa yang berlaku pada saya?
Saya akan keluar.
Jika kau pergi pada dia, kau tidak akan
pernah dialu-alukan di rumah ini lagi.
Sekarang Viktor sudah bangkit, kita akan lihat
apa yang dia akan katakan tentang itu.
Masuk dalam.
Lihat, saya beri amaran pada dia. Saya beri
amaran pada dia, tapi dia tidak dengar.
- Saya patut beritahu kau lebih awal.
- Beritahu saya apa?
Manusia dia, Michael
Dia bukan manusia sama sekali.
Dia Lycan.
Apa?
Apa yang kecoh ini?
Jangan pernah datang ke sini lagi.
Mereka akan bunuh kau.
Mengapa? Siapa kamu semua?
Tinggalkan kami.
Suka atau tidak, kau di tengah-tengah perang
yang telah berlarutan selama 1000 tahun.
Persengketaan darah antara
Vampire dan Lycan.
Serigala jadian.
Anggap diri kau bertuah.
Kebanyakan manusia mati dalam masa sejam
bila digigit oleh makhluk abadi.
Virus yang kami hantar adalah maut.
Dan jika kau gigit saya,
saya sebaliknya jadi Vampire?
Tidak, kau akan mati.
Tiada siapa yang pernah terselamat
gigitan dari kedua-dua spesis.
Ikutkan, saya mahu hentikan
kereta dan bunuh kau
- Mengapa kau bantu saya?
- Saya tidak bantu.
Saya kesan dan bunuh jenis kau.
Minat saya cuma cari tahu mengapa
Lucian sangat mahukan kau.
Kau tahu mengapa saya telah
dibangkitkan, hamba?
Tidak, Tuanku.
- Tapi saya akan segera cari tahu.
- Kau maksudkan bila kau jumpa dia.
- Ya, Tuanku.
- Kau mesti biarkan dia datang pada saya.
Kami ada banyak yang perlu
dibincangkan, Selene dan saya.
Dia telah tunjukkan saya banyak
perkara yang membimbangkan.
Perkara yang akan diuruskan
tidak lama lagi.
Kumpulan ini telah menjadi
lemah, merosot.
Mungkin saya patut tinggalkan orang lain
untuk bertanggungjawab dalam urusan saya.
Masih..
Memori dia..
Huru-hara.
Tidak perasan akan masa.
Tolong, Tuanku, biar saya
panggil bantuan.
Kau perlukan rehat.
Saya telah rehat secukupnya.
Apa yang kau akan lakukan
adalah seru Markus.
Tetapi dia masih tidur, Tuanku.
Amelia dan anggota Majlis
tiba malam esok..
Untuk membangkitkan Markus.
Bukan kau, Tuanku.
Kau telah dibangkitkan
lebih awal seabad dari jadual.
Celaka itu telah khianat saya.
Sekarang dia tahu segala
perkara yang dia taksub.
Tunggu.
Kau boleh dipercayai?
Sudah tentu.
Jumpa saya di tempat saya
dalam masa 20 minit.
Sudah sampai masanya saya penuhkan
kau dengan beberapa perkara.
Saya lihat perkara ini,
halusinasi ini.
Itu bukan halusinasi, itu memori.
Kau telah digigit. Memori dia
telah berpindah pada kau.
Ini salah satu tempat yang kami gunakan
untuk soal siasat. Ia patutnya selamat.
- Industri Ziodex.
- Kami memilikinya.
Pertama plasma sintetik,
sekarang ini.
Bila ia diluluskan, ia akan jadi
penghasilan duit yang terbaru.
Ini darah klon.
Untuk apa semua ini?
Lycan alah pada perak.
Jika kami tidak keluarkan peluru dengan cepat,
mereka akan mati semasa soal siasat.
Apa yang kau lakukan pada
mereka selepas itu?
Kami masukkan peluru kembali.
- Bagaimana perkembangan?
- Kami sudah sedia.
Mengapa kau benci sangat mereka?
Saya telah beritahu kau,
kita dalam perang.
Jadi kau cuma ikut perintah?
Mengapa kau tidak boleh jawab
saja soalan itu?
Baik.
Sesuatu berada di kandang kuda
Mengoyak kuda kami jadi
beberapa bahagian.
Saya tidak dapat selamatkan
ibu saya.
Atau adik saya.
Jeritan mereka bangunkan saya.
Bapa saya mati di luar, cuba
untuk mempertahankan mereka.
Saya berdiri di pintu saya..
Untuk lari ke bilik
anak saudara saya, bila..
Gadis kembar.
Berusia hampir 6 tahun.
Disembelih..
- Seperti haiwan.
- Jesus Christ.
Perkara seterusnya yang saya tahu,
Saya sudah ada di pelukan dia.
Peperangan telah tersebar
sampai ke rumah kami.
Dia telah mengesan Lycan
selama beberapa hari.
Dia halau mereka dan
selamatkan saya.
- Siapa?
- Viktor.
Yang paling tua dan paling kuat
di antara kami.
Malam itu, dia jadikan
saya Vampire.
Dia berikan saya kekuatan untuk
balas dendam ke atas keluarga saya.
Sejak itu, saya tidak pernah
toleh ke belakang.
Saya lihat gambar-gambar kau.
Siapa wanita itu? Isteri kau?
Ia mungkin sesuatu yang bijak untuk
awasi lebih dekat saudara kita.
Saya akan suruh Raze
lakukan segera.
Saya takut saya terpaksa letakkan
kepercayaan saya pada kau, kawan.
Masa semakin suntuk.
Saya cuba untuk mengelak,
tapi dia langgar kami juga.
Dia menyebabkan kami bergerak
ke lorong melawan arah.
Bila saya bangun..
Saya sedar bahagian enjin
ada di tempat duduk depan.
Dan dia telah terhimpit di situ,
6 inci dari saya..
Dalam keadaan yang ngeri.
Saya rasa dia dalam keadaan
terkejut kerana dia cuma..
Terus bertanyakan saya berulang kali
adakah saya baik-baik saja.
Dia lebih bimbangkan saya.
Kau tahu, jika saya tahu apa yang saya
tahu sekarang, saya boleh selamatkan dia.
Tiada keraguan dalam fikiran
saya tentang itu.
Tapi sebaliknya dia mati di sana..
Kira-kira dua minit sebelum
ambulans tiba.
Lepas itu, saya tidak lihat apa-apa
alasan untuk terus bertahan.
Saya habiskan musim panas di sini dengan
datuk saya semasa saya kanak-kanak..
Lepas saya dapat ijazah saya,
saya cuma..
Saya mulakan hidup baru.
Saya datang ke sini untuk
terus maju, melupakan.
Ia seolah-olah seperti idea yang
baik pada masa itu.
Dan sudahkah kau?
Terus maju?
Kau sudah?
Saya mahu kau tahu, perkara yang akan
saya beritahu kau adalah sangat sulit.
Itu boleh tunggu.
Siapa yang mulakan perang?
Mereka mulakan.
Atau sekurang-kurangnya itu yang
diberitahu pada kami untuk dipercaya.
Mencari tahu masa lalu
adalah dilarang.
Saya perlu kembali.
Bagaimana pula dengan saya?
Viktor akan tahu apa yang perlu dilakukan.
Saya akan kembali esok malam.
- Saya tidak akan tinggal sendirian.
- Kau akan tinggal jika kau mahu hidup.
Saya mahu pergi dengan kau.
Apa yang kau lakukan?
Bila bulan purnama muncul esok..
Kau akan berubah, kau akan membunuh,
dan kau akan makan.
Ia tidak dapat dielakkan.
Saya tidak boleh tinggalkan kau bebas
berkeliaran. Saya minta maaf.
Satu peluru tidak akan bunuh kau, tapi
silver akan menghalang perubahan.
Sekurang-kurangnya untuk
beberapa jam.
Jika saya tidak kembali pada
masanya, lakukan sendiri.
Gunakannya.
Ya?
Tuanku. Dia di sini.
Sanggup kau lakukan ini pada saya?
Memalukan saya seperti ini?
Seluruh kumpulan tahu saya ada
rancangan untuk kita.
- Tiada kita!
- Kau akan jumpa Viktor..
Dan beritahu dia apa yang saya beritahu kau!
Mulai sekarang, kau akan lakukan seperti yang saya katakan.
Ada yang tidak jelas?
Datang dekat, anakku.
Keluar.
Ayuh, pergi.
Saya telah sesat tanpa kau, Tuanku.
Sentiasa diburu oleh Kraven
dan kegilaannya yang tiada kesudahan.
Itu cerita yang paling lama
di dalam buku.
Dia berhasrat satu perkara yang
dia tidak boleh miliki.
Sekarang, beritahu saya..
Mengapa kau tiba-tiba percaya
Lucian masih hidup?
- Ya. - Saya telah beri kau
semua bukti yang kau perlukan.
Fikiran dan gambaran tidak keruan,
tidak lebih dari itu.
Itu sebab mengapa kebangkitan
cuma dilakukan oleh yang lebih tua.
Kau tiada kemahiran yang diperlukan.
Tetapi saya lihat Lucian. Saya tembak dia.
Kau mesti percaya saya.
Peraturan tidak pernah dilanggar.
Tidak sekali pun.
Tidak selama 14 abad.
Tidak sejak kami yang lebih tua
mula melompat melalui masa.
Satu bangkit, dua tidur.
Itulah peraturannya.
Ini giliran Markus memerintah,
bukan saya.
- Ada kesulitan.
- Tapi saya tiada pilihan.
Kumpulan dalam bahaya,
dan Michael adalah kunci..
ya.
Lycan itu.
Tolong.
Beri saya peluang untuk dapatkan
bukti yang kau perlukan.
Baik.
Saya akan serahkannya pada Kraven
untuk kumpulkan bukti..
Jika ada.
Bagaimana kau boleh percayakan
dia dari saya?
Kerana dia bukan orang yang
telah dicemari oleh haiwan.
Saya sayangkan kau..
Seperti anak kandung, tapi kau
buat saya tiada pilihan.
Peraturan ini dibuat untuk
sebab yang baik..
Dan itu satu-satunya sebab
kita terselamat selama ini.
Kau tidak akan diberi sedikit pun
kemurahan hati.
Bila Amelia tiba, Majlis akan
bersidang dan tentukan nasib kau.
Kau telah melanggar peraturan
dan perjanjian!
Kau mesti diadili!
Kau patut dengar saya dan
jauhi perkara ini.
Sekarang kau akan bernasib baik jika saya dapat
yakinkan Majlis untuk selamatkan nyawa kau.
Beritahu saya.
Kau ada keberanian potong kulit dari
lengan dia, atau Lucian lakukannya sendiri?
Ingat kata-kata saya.
Tidak lama lagi, kau akan lihat
sesuatu dengan cara saya.
Tiada siapa yang buka pintu ini.
Faham?
Saya tidak terima ratu masa depan saya
lari dengan Lycan itu lagi.
Sial.
Perubahan rancangan. Amelia akan
dijemput oleh Soren dan pasukannya.
- Itu tugas kami.
- Tidak Lagi.
- Mengapa kau bantu saya?
- Tidak. Saya bantu diri saya.
- Apa yang berlaku?
- Pengesan sempadan sudah dilanggar.
Kami mengunci rumah agam.
Itu Selene. Dia larikan diri,
pergi padanya, pada Michael.
Saya mahu kepala Lycan itu
di atas pinggan.
Kita perlu pergi.
Tunduk!
Pergi. Pergi.
- Lompat.
- Kau bergurau dengan saya?
- Ada apa-apa?
- Amaran palsu.
Anjing-anjing akan mengerumuni
jika ada sesuatu berhampiran dengan pagar.
- Amelia patutnya tiba sekarang.
- Ya.
Lihat, saya mahu kau menyelinap keluar
dan periksa apa yang melambatkan dia.
Baiklah.
Mungkin kita patut berhenti
dan beri dia ubat.
Pedulikan dia. Dia akan baik.
Kita sudah hampir.
Oh, sial. Dia tidak akan dapat bertahan.
Berhenti di tepi. Berhenti di tepi!
Dapatkan ubat.
Suntik dia. Suntik dia.
Tuan.
Viktor mahu bercakap dengan kau.
Tuanku.
Saya panggil Selene..
Bukan kau.
Dia ingkar arahan kau..
Dan larikan diri dari
rumah agam, Tuanku.
Ketidakcekapan kau semakin ketara.
Ini bukan salah saya.
Dia jadi taksub..
Berfikir saya dalang dalam
konspirasi tidak masuk akal.
Dan ini bukti saya.
Sekarang, saya mahu kau beritahu mereka
seperti apa yang kau beritahu saya.
Baiklah, baiklah.
Kami telah mencari seseorang
dengan sifat istimewa.
Satu keturunan langsung
Alexander Corvinus..
Orang hungary, pemimpin perang..
Yang mula berkuasa pada awal
musim abad kelima.
Tepat pada masanya untuk melihat satu
wabak yang membinasakan kampungnya.
Dia seorang saja terselamat.
Entah bagaimana, badannya
dapat mengubah penyakit itu..
Menjadi manfaat padanya.
Dia menjadi makhluk abadi
sejati yang pertama.
Dan beberapa tahun kemudian, dia menjadi
ayah pada sekurang-kurangnya dua orang anak..
Yang mewarisi sifat sama.
Anak-anak puak Corvinus.
Seorang digigit kelawar,
seorang digigit serigala..
Seorang menjalani hidup sunyi
sebagai manusia.
- Itu satu legenda tidak masuk akal. Tiada apa!
- Itu Mungkin..
Tapi spesis kita memiliki
moyang yang sama.
Satu mutasi dari virus
yang asal..
Secara langsung berkait dengan
keturunannya.
Ada keturunan Corvinus yang
sedang baring di sana..
Tiga langkah dari kau.
Ya.
Tapi dia sudah jadi Vampire.
Kami perlukan sumber yang asli..
Tidak dicemar. Satu persamaan yang
tepat dengan virus asal..
Yang kami kaji..
Telah disembunyikan di dalam
kod genetik keturunan manusia..
Dan diwariskan bersama
dalam bentuk tersembunyi..
Menerusi sepanjang zaman..
Hingga kepada Michael Corvin.
Selama bertahun-tahun, kami cuba
untuk gabungkan keturunan mereka.
Dan selama bertahun-tahun
kami gagal.
Ia sia-sia.
Walaupun pada tahap sel, spesis kita
ditakdirkan untuk musnahkan satu sama lain.
Begitulah, hingga kami
jumpa Michael.
Darah Corvinus membolehkan
penyatuan yang sempurna.
Gabungan tiga sel..
Yang memiliki kuasa
tidak terkata.
Tidak mungkin ada penyatuan.
- Dan bercakap tentang itu adalah sesat.
- Kita akan lihat.
Setelah Lucian menyuntik dirinya
dengan darah Michael.
Lucian akan mati.
Menurut siapa?
Saya perlu kau lakukan sesuatu
untuk saya.
Saya boleh beri jaminan
pada kau, anakku..
Kraven akan bayar ini
dengan nyawanya.
Tidak lama lagi, rumah ini
akan musnah.
- Tidak sebelum kau.
- Tidak, tunggu, tunggu.
Kau dan kau saja akan tahu
kebenaran ini.
Jika Lucian mampu dapatkan
darah Vampire asli..
'Yang Tertua' kuat seperti Amelia..
Atau kau sendiri..
Dan menyuntiknya bersama
dengan darah Michael..
'Kebencian'.
Setengah Vampire..
Setengah Lycan, tapi lebih kuat
dari kedua-duanya.
Saya perlu cakap dengan Kahn.
Tuanku..
Anggota Majlis telah dibunuh.
- Apa jadi dengan Amelia?
- Mereka ambil darah dia sampai kering.
Ia telah pun bermula.
Saya minta maaf meragui kau.
Jangan takut, anakku,
pengampunan akan jadi milik kau..
Ketika kau bunuh keturunan
Corvinus, iaitu..
Michael.
Kau telah diberi enzim
untuk hentikan perubahan.
Ia mungkin ambil sedikit masa
untuk rasa pening itu hilang.
Cukup!
Pergi saja dan lihat apa yang
melambatkan Raze, boleh?
Saya benar-benar perlu minta maaf.
Dia sangat perlukan pelajaran adab.
Cakap tentang adab, mana adab saya?
Maafkan saya.
Saya Lucian.
Saya perlu pergi.
Saya perlu kembali.
Kau tidak akan kembali.
Kau tidak akan ke mana-mana.
Vampire akan bunuh kau ketika lihat kau.
Hanya kerana apa yang kau sudah jadi.
Seorang dari kami.
Kau seorang dari kami.
Apa yang kau lakukan?
- Apa yang kau lakukan?
- Menamatkan persengketaan ini.
Perang kau, ia tiada kaitan
dengan saya.
Perang saya?
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Tidak!
Tidak! Tidak!
Sonja!
Mereka paksa kau untuk
lihat dia mati.
Sonja.
Itu yang mulakan perang.
Saya lihat ia berlaku seperti
saya berada di situ.
Dulu kami hamba.
Penjaga siang untuk Vampire.
Saya dilahirkan dalam
keadaan hamba..
Namun saya tidak sakit hati
pada mereka.
Malah saya ambil Vampire jadi
pengantin saya.
Ia dilarang..
Penyatuan kami.
Viktor takut pencampuran spesies.
Sangat takut..
Dia membunuhnya.
Anak dia sendiri..
Dibakar hidup-hidup..
Kerana cintakan saya.
Ini perang dia..
Perang Viktor..
Dan dia habiskan selama
600 tahun..
Menghapuskan spesies saya.
Apa yang mereka akan lakukan
pada Selene?
Kita ada tetamu.
- Saya fikir kita ada perjanjian.
- Sabar.
Kraven.
Perkara ini perlu dibincang
secara peribadi.
Sila iringi tetamu
ke tingkat bawah.
Majlis telah dimusnahkan.
Tidak lama lagi, kau akan
miliki semua.
Kumpulan besar dan perjanjian damai
dengan Lycan.
Yang saya percaya tidak
akan dilupakan.
Bagaimana kau harapkan saya ambil alih
kuasa, bila Viktor sudah bangkit sekarang?
Tiada yang dapat mengalahkan dia.
Dia semakin kuat.
Dan itu sebab mengapa saya
perlukan Michael.
Jika Viktor begitu mudah
untuk dibunuh..
Kau sudah lakukannya sendiri
seabad yang lalu.
Lubang keluar! Gerak!
Celaka!
Oh, sial!
Itu Viktor.
Ya.
Dan jika kau selesaikan tugas kau,
dia pasti masih berada dalam hibernasi.
Di mana Raze?
Ada jalan lain untuk keluar?
Saya rasa kau perlu tumpahkan darah kau
untuk lakukan rampasan kuasa ini.
Jangan fikir untuk lari.
Nitrat perak.
Pasti kau tidak jangkakan itu.
Ayuh! Gerak! Gerak! Gerak!
Gerak! Gerak!
Lucian.
Selene!
Selene!
Belum lagi.
Saya perlu keluarkan kau.
Viktor dalam perjalanan.
Dan dia tidak akan puas hati
hingga setiap Lycan mati.
Mereka akan bunuh kau juga,
hanya kerana membantu saya.
Saya tahu.
Saya tahu apa yang
mulakan perang.
Cukup itu.
Kau ikut dengan saya!
Saya harap saya hidup untuk lihat
Viktor cabut nyawa kau!
Saya pasti kau akan lihat.
Tapi biar saya beritahu kau sesuatu
tentang ayah tersayang kau.
Dia yang bunuh keluarga kau.
Bukan Lycan.
Tidak pernah ikut peraturan
dia sendiri.
Katanya dia tidak dapat tahan
rasa haiwan ternakan.
Jadi sekali-sekala, dia keluar dan
kenyangkan dirinya dengan darah manusia.
Saya simpan rahsia dia..
Bersihkan kesan yang
dia sudah lakukan.
Tapi dialah..
Yang merangkak bilik ke bilik..
Bunuh semua orang yang dekat
di hati kau.
Tapi bila dia datang pada kau..
Dia tidak sanggup untuk hisap
darah kau sampai kering.
Kau, mengingatkan dia begitu banyak
pada kesayangannya Sonja..
Anak yang dia hukum mati.
- Tipu.
- Percaya apa yang kau mahu.
Sekarang ayuh.
Tempat kau di sisi saya.
Jadi terimalah.
Gigit dia!
Setengah Vampire..
Setengah Lycan..
Tapi lebih kuat
dari kedua-duanya.
Apa yang kau lakukan?
Kau mungkin bunuh saya..
Sepupu.
Tapi kehendak saya..
Telah dilakukan.
Di mana dia?
Mana Kraven?
Maafkan saya, anakku.
Ia bukan Lycan.
Ia adalah kau.
Tinggalkan kami.
Bagaimana kau boleh menanggung
kepercayaan saya..
Mengetahui kau telah
bunuh keluarga saya?
Ya.
Saya telah ambil dari kau.
Tapi saya telah beri banyak lagi.
Bukankah ia pertukaran yang adil, kehidupan
yang saya berikan? Hadiah keabadian?
Dan kehidupan anak kau?
Darah daging kau sendiri?
Saya sayang anak saya!
Tapi 'Kebencian' yang membesar
dalam kandungannya..
Adalah pengkhianatan pada saya
dan kumpulan!
Saya lakukan apa yang perlu
untuk lindungi spesis..
Sepertinya saya terpaksa
lakukan sekali lagi.
Tidak!
Masa untuk mati.
Walaupun saya tidak boleh
ramal masa depan..
Akibat malam ini akan
bergema ke seluruh ruang..
Kedua-dua kumpulan besar
selama beberapa tahun akan datang.
Dua Vampire tertua
telah dibunuh..
Satu dengan tangan
saya sendiri.
Tidak lama lagi, Markus
akan ambil takhta.
Dan arus kemarahan dan pembalasan
akan melimpah pada malam hari.
Perbezaan akan diketepikan.
Kesetiaan akan tercipta.
Dan tidak lama lagi..
Saya akan jadi buruan.
Subtitle by:
Novrizal Junaidy