Tip:
Highlight text to annotate it
X
Khas untuk semua ahli
bomba di seluruh dunia..
..yang sanggup berkorban
demi menyelamatkan orang lain.
Sarikata oleh
Light_Arm
Siapa yang akan
ke pusingan akhir.
Planes 2: Fire and Rescue.
Itu dia nombor 7,
Dusty Crophopper.
Dusty menjuarai pertandingan.
Duster!
Dusty, kamu cuma pesawat
kecil dari sebuah desa.
Yang akhirnya menjuarai
Perlumbaan Mengelilingi Dunia.
- Kini kamu adalah seorang lagenda.
- Sebenarnya Brent.
Saya ada pasukan yang
setia menyokong saya.
Saya ada jurulatih, mekanik dan
pakar bahan bakar yang hebat.
Nanti kejap, kamu
pakar bahan bakar?
Betul tu.
Saya pakar bahan bakar.
Cantiknya gambar ni!
Cuma mata kamu tertutup.
Berlumba sambil tutup mata?
Jadi, itulah rahsia kamu.
- Ya, nampaknya kamu dah tahu, Chug.
- Kamu memang hebat, Dusty.
Sehebat liputan di radio.
- Maksud kamu TV?
- Bukan, bukan.
Tentulah bukan. Bumper
saya pun dah buruk.
- Baiklah.
- Buruk betul.
- Semuanya karat dan buruk..
- Saya faham.
Tapi, kamu tak baiki, kah?
Dottie ada tambah Minyak
Pengilat Bumper Rusteze.
Ka- chow!!
- Cantik tak?
- Nampak cantik. Ya.
- Tengok dekat lagi.
- Buruknya! Ohhh...
Saya dah ternampak.
Oh, hei, hei.
Kamu semua!
Dengar sini. Selepas kemenangannya
dalam Red Bull Dozer..
- Dusty Crophopper.
- Itu namanya.
- Kembali ke Propwash Junction
- Itu nama tempat ini.
Untuk membuat pertunjukan
di Festival Jagung Tahunan.
- Dia sebut Festival Jagung?
- Dalam surat khabar nasional.
Biar betul?
Hebatnya.
Pasti ramai yang akan datang.
Mereka akan tempah hotel saya.
Ya. Semua orang nak
tengok kamu, Dusty.
Ya, Ini akan jadi
Festival Jagung terbesar.
Dusty!
- Dah sedia nak terbang?
- Tentulah, Skipper.
- Jangan balik lambat.
- Jumpa lagi, Dust!
Jangan tutup mata.
Hei, Menara Propwash.
Crophopper 7 di sini.
- Penerbangan ke 2. Sedia berlepas.
- Crophopper 7, Menara Propwash.
Ulang suara. laluan 2/7.
Dibenarkan berlepas.
Terbang dengan selamat, Dust.
Crophopper 7. Terbang
mengelilingi dunia.
Buat pusingan rendah.
Naik ke atas!
Itu dia.
Sekarang terbang
menegak ke atas.
Dusty?
Dusty, kamu okey?
- Okey. Enjin saya..
- Jaga-jaga. Tunggu di situ..
Menara Propwash,
Jolly Bird 7 di sini.
Kami berada di 25 batu arah utara
lapangan terbang, memohon..
- pendaratan cemas.
- Terima.
Gunakan kod 2705,
laluan 27 dibenarkan mendarat.
Saya tak tahu..
Saya buat gaya biasa.
Saya buat gaya menegak.
Macam selalu.
Dan saya rasa hebat.
Saya geram dengan kamu, Dusty.
Kamu pelanggan terbaik saya,
Tapi kamu bahayakan diri kamu.
Bertenang, Dottie.
Kamu tengok dalam Red Bulldozer.
Saya kalahkan Austin Morgnotti.
Hmm.. Tak pernah
dengar cakap saya.
Dan, Pesta Udara Speed City
tak lama lagi.
Saya rasa saya perlu
tambah kelajuan.
Dengan sedikit latihan,
saya pasti boleh lakukannya.
Saya pasti. Saya tak sabar
untuk perlumbaan akan datang.
Tiada kerosakan pada badan.
Tiada masalah pada sayap.
Nampak? Saya dah kata.
Saya cuma perlukan..
- Tapi kamu...
- Dusty! Dust!
- Apa dah jadi. Kamu okey,
Dust? -Saya okey.
Masalah bahan bakar, ke? Saya
dah periksa. Nampak macam okey.
- Semua okey. Saya takut juga.
Tapi Dottie.. - Dusty!
- ..nak beritahu berita gembira..
- Peti gear kamu rosak.
- Peti gear? - Cip pengesan kamu
calar terkena besi..
..dari gear kamu.
Itulah puncanya.
Kan kamu boleh gantikannya.
Atau tempah dari kedai
dalam masa seminggu...
Kan?
Kenapa?
Peti gear kamu.
Huh..
Tak lagi dihasilkan, Dah lama
penghasilannya dihentikan..
Saya sendiri tak ingat kali
terakhir saya melihatnya.
Tapi Dotty. Takkanlah kamu
tak boleh buat yang baru?
Tak. Ia terlalu rumit.
Ia perlu dibuat di kilang.
- Maksud saya.. - Mulai sekarang,
kamu kena berhenti berlumba.
- Jangan memecut lebih dari 80%.
- Apa? 80%? Dottie..
Saya selalu pecut sampai 140.
Saya perlu berlumba.
- Kalau kamu pecut juga, peti gear
kamu akan meletup. - Tak, Dottie.
- Enjin kamu akan mati.
- Mungkin kamu tersilap.
- Dusty, dengar! - Saya perlu berlumba.
- Kamu akan terhempas.
Kalau kamu pecut,
kamu akan terhempas.
Dengar sini. Saya akan
pasang lampu amaran.
- Lampu amaran? - Ia akan menyala,
kalau kamu memecut.
- Turunkan kelajuan.
- D-Dottie, kamu..
Maksud kamu...
Saya.. Saya tak boleh...
..berlumba lagi?
Maafkan saya.
Kamu percaya tak?
Dia curang demi si hibrid tu.
Saya langsung tak faham.
Baiklah, Lace. 3 hidangan
bersama kuskus.
Apa?
Rasanya masamlah.
Hei, Seagrip. Kamu baru
turun dari P17, kah?
Sebab kamu nampak Da'Boom.
- Saya tak suka trak tunda.
- Mmm-hmm
Dottie mekanik yang hebat.
Kamu sendiri tahu, kan?
- Dia beritahu kamu, supaya kamu tahu.
- Dusty! Hei, Dusty!
Hei Dusty!
Dusty!
Saya baru hubungi Ethan
dari Grand Fly..
- Ohh, Grandfly Ethan.
- Dia ada peti gear saya?
- Tak. Tapi.. Kawan dia ada
21 buah pusat servis. - 21?!!
- Dia akan tolong carikan
peti gear kamu. - Ya!
- Permulaan yang baik, kan?
- Betul tu. Kamu percaya, kan?!
Kami akan berusaha untuk dapatkan
peti gear tu untuk kamu.
Hei, semua. Kalau tak ada pun tak apa.
Sebab saya setuju.
- Setuju?
- Untuk apa?
- Setuju. - Hah? - Ya, kamu boleh
buat semula kerja lama kamu.
- Leadbottom.
- Saya cuma nak bantu dia.
Hei, Bottom. Dusty
sangat menghargai...
Kamu boleh terus mula kerja.
Ada banyak kerja untuk di buat.
- Leadbottom, tolonglah!
- Kamu masih nak berharap lagi?
Peti gear ibarat nyawa kamu.
Bayangkan kamu makan semangkuk cili!
Dua kali!
- Ini bukan masa yang sesuai.
- Tolonglah, Skipper.
Saya akan pulangkan penyemburnya.
Masih berkilat. Bila-bila masa.
Baiklah.
Biar saya belanja kamu minum.
Kamu tahu, tak? Dusty adalah
penyembur tanaman terbaik di dunia.
- Dusty dah tak menyembur
tanaman lagi! - Betul tu!
- Dia pelumba! - Pelumba! - Dia akan
berlumba tak lama lagi! - Tak lama lagi!
- Kan, Dusty?
- Kan, Dust?
Dust?
Arghh!
Aduh!
Kebakaran! Kebakaran
Dapatkan bantuan!
- Api menjulang! - Panggil Mayday!
- Pergi ke menara selatan!
Saya akan ke sana!
Heidi, ambilkan pelekat saya.
Mari padamkannya. Kita perlu cepat
sebelum api merebak.
Oh, ya!
- Kamu selamat.
- Terima kasih.
Apa kita nak buat?
Saya perlukan
bantuan kamu semua.
Semua, pegang!
Tarik!!
- T. M. S. T.?
- Ini Masalah Besar.
Pasukan Keselamatan Pengurusan Kenderaan.
En. Mayday, adakah kamu mengamalkan
semua prosedur menyelamat..
..dalam masa 3 minit selepas
penggera dibunyikan?
Saya.. tak sempat nak tengok jam.
Adakah dia tulis semua
yang saya cakap?
- Ya. - Saya..
Dia tulis semuanya? - Ya.
- Dan ahh.. - Ya.
- Dan ahh.. - Ya.
- Boleh tunjukkan kami rekod pemeriksaan
dan latihan kecemasan kamu? - Wow.
Baiklah. Kami jarang alami
kecemasan di sini..
Lagipun, kami berjaya
padam api tu.
Begitukah caranya kamu
menyelamat, En Mayday?
Setiap kali ada kebakaran,
kamu tumbangkan tangki air?
- Ini salah saya.
- Mmm?
Saya terlanggar menara tu.
Saya terbang malam tadi,
sebab.. Ahh..
Dusty.
Ini satu kemalangan.
Nampaknya lapangan terbang
ni tiada pelan kebakaran.
Peralatannya juga dah buruk.
Jadi..
Melainkan En. Mayday memohon untuk
dapatkan anggota penyelamat kedua..
..berdasarkan CR Akta. 14 Isu 3
Bab 1 Seksyen 139 kurungan B..
Saya menggantung lapangan
terbang ini kerana melanggar..
..dan tak mematuhi
syarat keselamatan.
Alamak..
Beratnya.
- Propwash Junction di tutup?
- Sekat laluan? Macam mana nak mendarat?
- Tak boleh. Itulah masalahnya.
- Kereta saja yang boleh keluar masuk.
Dah dah buat kostum jagung saya.
Kamu semua, bertenang!
Bertenang.
Bertenang?! Hotel dah ditempah.
Pesta Jagung. Kereta tak boleh terbang.
Brody, kami dah fikirkannya.
Dottie, tunjuk pada mereka.
- Ini keadaan Mayday sekarang.
- Pandai kamu lukis.
Kami akan tambah siren 400 watt
dan kelajuan 2000 Km/J dan..
..tangki air berkapasiti tinggi,
sekali dengan buih sabun..
- ..kita akan ada Mayday
yang baru. - Ada lagi.
- Dia ada pelancar roket!
- Betul tu!
Dikuasakan oleh hidroksin
dan nitrogen tetrosida.
hati-hati, ia mudah meletup..
Jauhkannya dari api.
- Tapi dia trak bomba.
- Betul, tak perlu risau.
Jadi, untuk mengekalkan
tugas Mayday, dan..
..memastikan Propwash dibuka semula,
kita cume perlu dapatkan..
- ..ahli bomba kedua.
- Apa?!
Biar betul. Inikan..
musim kebakaran.
Oh.
Hai, Dusty.
Saya cuma...
hmmm..
Saya berharap..
uhh..
- Saya harap, saya boleh
bantu kamu. - Ohh.
Tak apa.
Semuanya okey.
Saya dah tua, Dusty.
- Mungkin dah tiba masa
untuk bersara. - Oh, janganlah.
Jangan, Mayday. Jiwa bomba
masih ada dalam diri kamu.
Tengoklah.. tengok sini.
- Bomba terbaik tahunan.
- Huh.. Tahun 1968.
- O-okey. Uhh.. Pingat gangsa ni?
- Buruk dan luntur.
Sama macam saya.
Ini, ini kamukah?
Dengan pesawat penyembur lama ni?
- Yang mana?
- Ini, yang ini.
Oh, ya. Oh itulah dia
SEAT terhebat.
Owh. 25, 25..
Ya, itu memang saya.
Haha.
Saya di sana.
- Itulah pesawat penyelamat
pertama di dunia. - Oh.
- Kini ia digelar SEAT.
- A SEAT? - Ya.
- Tangki Udara Berenjin Tunggal.
- Hah.
Nampak tak? Dia tak sembur
baja atau serdak macam kamu.
- Mereka menyembur air.
- Apaa...
Ya..
Ahh..
Mayday.
Apa kata kalau,
saya jadi ahli bomba kedua?
- Kamu? - Ya..
Dottie akan baiki kamu..
Saya pula dapatkan kelayakan.
Perlumbaan kamu?
Baiklah, sekarang ni, kita perlu
pastikan Propwash dibuka semula.
Saya dan kamu.
Saya tak tahu nak kata apa.
Terima kasih, Dusty.
Satu, dua, tiga,
jun-jun, lima.
Okey. Kesesakan dah berakhir.
Lebuhraya selamat, Dusty.
Pergi ke Penyelamat Udara Piston Peak.
Jumpa dengan Blade Ranger.
- Blade Ranger?
- Betul.
Dia ketua bomba dan penyelamat.
Kawan lama saya.
- Dia akan latih dan beri kamu kelayakan.
- Jangan risau, Mayday.
- Dan Dusty.. jaga diri.
- Baiklah.
- Semoga berjaya, Dusty!
- Kamu perlu bertenang!
- Kamu boleh, Dusty!
- Kami bangga dengan kamu! Woo hoo!
Semoga berjaya!
Oh, Harvey. Semuanya
masih sama macam dulu.
- Winnie, cuba kamu buang angin
melalui tayar kamu? - Harvey.
Kamu dah rosakkannya.
Kamu kacau mood saya.
Helo! Selamat datang semua
ke Pembukaan Semula..
Hotel ini.
Kamu dah bersara
sebulan lepas, bukan?
Ya, tentu sekali! Kami akan
sediakan segala keperluan kamu!
Ini dia!!!
Drip! Kenapa dengan kamu?
Terkejut dia.
- Blackout kata, saya boleh
buat begitu. - Mana ada.
- Ada? - Ya, dia kata,
'kamu boleh buat begitu'.
Maafkan saya, saya tahu kamu sibuk.
Tapi saya mencari..
- Penyelamat Udara Piston Peak?
- Inilah tempatnya!
Terima, kawan!
Berkhidmat untuk
Lembah V6 sejak 1958.
Mesti kamu SEAT. Hmm..
Pelik kamu datang.
- Saya Dynamite, ini Blackout.
Pinecone, Avalance. - Helo!
Dan yang itu, Drip.
- Kamu nampak tak?
- Hei semua. Apa khabar?
- Saya Dusty Crophopper.
- Dusty Crophopper?
Dusty Crophopper?!
Pelumba udara?
Ada di sini.
Saya peminat nombor 1 kamu. Saya
saksikan semua perlumbaan kamu.
Kamu lebih kecil dari yang
saya sangka. Tapi tak apa.
- Umm, terima kasih. - Jadi, apa yang
bintang popular buat di sini?
- Saya di sini.. kerana saya
belum ada perlumbaan..
- ..jadi saya.. membantu kawa..
- Oh, baiknya!
Mereka panggil saya Dipper,
kamu pun boleh panggil saya begitu.
- Okey, cik atau.. - Cik.
- Cik? - Ya.
- Dipper? - Dipper.
- Ya. - Ya.
Seronok berjumpa kamu.
Saya mencari Blade Ranger..?
- Dia menghadiri latihan kebakaran.
Sekejap lagi dia balik - Terima kasih.
Si Lacota meminta hero meniru
bunyi guruh menggunakan dram.
Tapi, dari guruh,
datangnya kilat. Dari kilat..
..datangnya api.
Oookey..?
- Ya, sedap bunyinya.
- Ah ah, Windlifter..
- Jangan menakutkan tetamu kita.
Kamu macam mabuk. - Baiklah.
Semua anggota,
ada laporan kebakaran..
Mari semua!
Isi semula!
Patch, bunyikan muzik!
- Ini operasi kebakaran, kah? - Oh,
ya! Kebakaran kerap berlaku.
Kebakaran kali ini lebih besar!
Saya nak tengok.
Wah!
Baiklah Smokejumper. Kamu tahu
apa nak buat. Bersedia.
Dipper. Lepaskan air
dan padam kebakaran.
Terima.
Saya akan lakukan.
- Windlifter. Giliran kamu.
- Windlifter terima.
Baik, Cabbie.
Turunkan Smokejumper.
Bahagian selatan nampak selamat.
Kebakaran boleh dikawal.
- Mari lakukannya, Cabbie!
- Mari jalankan tugas, kawan-kawan.
Saya tak faham kenapa kamu
teruja sangat bila lakukannya.
Tentulah. Kami boleh
terjun dari badan kamu!
- Semua ada. Kami okey.
- Cabbie terima.
Dynamite, buka laluan untuk
ke kawasan jambatan..
Baiklah, Jumper.
Mari lakukannya.
Hebat!
- Adakah kamu dibenarkan
berada di sini. - Maafkan saya.
Macam mana sekarang?
Okey?
Sambung kerja. Ada banyak
benda saya perlu baiki.
Bila kamu dah
kering nanti..
..balik semula ke hotel
bersama pelawat yang lain.
- Saya bukan pelawat. Sebenarnya
saya.. - Dia pelatih.
- Kamu SEAT yang Mayday beritahu tu?
- Tenanglah, Blade.
- Dia bukan setakat SEAT. - Tak, tak.
- Tengoklah, ini Dusty Crophopper. - Hai.
- Juara Perlumbaan Udara.
- Juara..?
- Janganlah malu. Mari,
mari! - Apalah sangat.
Dia berlumba di serata dunia!
Betul.
Saya pelumba.
Tiada kebakaran
di dunia itu, bukan?
Kan?
Tiada kebakaran di dunia tu?
Mmm, tiada.
- Maru!
- Apa?!
- Buatkan dia gear mendarat.
- Nanti, apa?!
Nampak hebat..
- Rasa lain bila tak ada tangki minyak.
- Tangki minyak? Tak payah!
Mana boleh terbang di atas api
dengan tangki minyak.
Tolonglah!
Hah.
Sekarang kamu cuma
perlukan penceduk ni.
- Ia agak lama sikit.
- Lama?
- Tapi kamu boleh ceduk air
menggunakannya. - Biar betul.
- Kenapa tak guna yang baru?
- Yang baru?
Kami tak guna benda-benda
macam tu di sini.
Saya bina semula semuanya.
Lebih baik dari yang baru.
- Cubalah!
- Hah?! Okey..
- Kita kena.. gerakkannya.
Alamak! - Arghhh..
- Keluarkanlah tayar kamu!
- Tayar? Ya, tayar.
- Macam ni.
- Ya. Apa pendapat kamu?
Ya. Saye lebih tinggi.
Tengok ni.
Hei, kamu ada gambar di dinding..
Sama macam Jolly Rancher's.
Macam mana kalau kita nak
gambar kita ada di sini?
Terhempas.
- Oh. - Ya!
Kerja yang berbahaya!
Tapi itulah tugas ahli bomba.
Membahayakan nyawa demi orang
yang mereka pun tak kenal.
Mereka datang di saat
semua orang pergi.
Mereka adalah pesawat
yang istimewa.
Kalau nak padam, terbang rendah.
Sebab tu kita guna..
..pesawat pengangkut.
Ia juga bergantung pada nasib.
Kawal pergerakan kamu, dan bila
dah dekat dengan jambatan,..
..lalu di bawahnya.
Itu saja.
- Terbang di bawahnya. Senang saja
- Terlampau yakin.
Perangai sebegitu yang
akan rosakkan kamu.
Okey, saya nak tengok kamu lalu
di bawah jambatan tu.
Kenapa kamu kurangkan kelajuan?
Kita nak padamkan api!
Jambatan tu terlalu hampir
dengan air terjun.
Kamu tetap perlu lakukannya
bila kamu tiada air.
Buat pergerakan
biasa SEAT..
..kawal imbangan sewaktu
menceduk air.
Macam tu saja. Naik ke atas.
Dan sambung kerja.
- Faham?
- Faham.
Okey, kamu ada masa 12-15 saat
ketika menceduk air.
Hati-hati dengan pokok!
Sambaran perlahan, menegak, dan terus.
Begitulah caranya api bergerak.
Kelajuan dan arah angin.
Suhu. Ambil kira semua ni.
Pastikan semua pesawat pulang ke pangkalan
30 minit sebelum matahari terbenam.
Terbang rendah pada waktu malam,
akan membantu penglihatan.
Awal sangat!
Tinggi sangat!
Rendah sangat.
Nyawa mereka di tangan kamu.
Matilah mereka.
Kawalan bagus.
Tingkatkan kelajuan.
Kelajuan maksimum.
Lalu bawah jambatan.
Jangan berundur.
Jangan berundur! Ahhh...
Kenapa kamu berundur lagi?
Kalau kamu tak pecut, kamu takkan
berjaya dan takkan dapat kelayakan.
"Baguslah". Kamu baru
rosakkan percutian mereka.
Propwash Junction kepada Dusty.
Jawab, Dusty!
- Propwash Junction kepada Dusty!
- Hei, Skipper. - Heii..
- Apa khabar?
- Ini..
..lebih sukar dari sangkaan saya.
Tapi seronok dengar suara kamu.
- Sekejap! Kami nak..
- Hei, Skipper. Biar saya beritahu.
- Oh.. Baiklah, Chug. - Beritahu apa?
- Oh oh, okey..
Tak apalah.
Kamulah beritahu..
Ada seseorang dari California..
Skipper dan saya pergi ke Stesen
Bad Boy di Colorado.
Saya pergi ke bar.
Berjalan-jalan di taman.
Skipper pesan minuman
kelapa, sake.
Okey, okey.
Maafkan saya.
- Saya nak cakap.. dia ada..
- Peti gear!!
- Kamidah jumpa peti gear!
- Kamu ada.. Kamu dapat.. Biar betul?
Dia seronoklah.
Dia akan berseronok malam ni.
Kami akan dapat dalam
beberapa hari lagi.
Ini memang berita baik.
Saya gembira mendengarnya.
- Bila dah dapat nanti, kami
beritahu kamu. - Hei, Dusty!
Dengarlah siren baru saya!
Saya belum pasang lagi
siren dia.
- Semua pesawat bersedia..
- Ada pengumuman.
Saya kena pergi, kawan-kawan.
..Superitendan Spinner
ada di pangkalan.
- Apa berlaku?
- Superitendan kawasan ni.
Dia datang ke sini,
setiap hari.
Hon, hon. Bip, bip.
Superitendan datang.
Saya bayar gaji kamu.
Tak ada yang nak tegur saya?
Baik saya sambung kerja.
- Blade, Blade, Blade.
- Kamu nak apa, Cad?
Sabar.
Jangan marah-marah
Kamu ingat saya berjalan
ke sana ke mari..
..cuma untuk mengadu?
Mana ada.
Tapi saya dapat aduan yang
mengatakan, kakitangan kamu..
..telah menyemburkan serbuk..
..dan pemadam api
kepada mereka.
Maafkan saya.
Memang salah saya..
- Dia dalam latihan. Masih
belum biasa. - Biar betul?
- Tak, memang itu cara kerja kami.
- Bukan.
Blade, kamu sembunyikan pelumba
terkenal ni di Piston Peak.
Ripslinger!
- Ahhh.. Saya Crophopper.
- Crophopper!!
- Dusty. - Yalah. Saya,
Cad Spinner. Kamu memang laju.
- Apa kamu buat di sini?
- Saya sedang da.. - Lantaklah.
Malam esok. Parti besar-besaran.
Kamu di jemput.
Saya berfikir lebih laju
dari kelajuan kamu.
Saya rasa kamu..
perlu lebih gelap.
Hei! Ada ramai VIP.
Sangat penting.
Kamu tak boleh lewat
untuk berjumpa..
..Setiausaha Sulit kerajaan..
..Amerika!
Banyak gambar
akan diambil nanti.
- Kamu mesti datang!!
- Macam ada sesuatu.
Blade, Blade, Blade. Boleh
tak kita berbaik-baik?
Kalau kamu asyik marah,
pelawat akan akan lari.
Parti di hotel saya untuk buat
orang bergembira.
Kamu bawa terlalu banyak
pelawat ke kawasan ini.
Dan lebih banyak ke hotel kamu.
Oh, kami ada alat pemadam
kebakaran di sana. Pasti..
Ini bukan tentang alat.
Ini tentang pencegahan.
Dia guna 80% daripada peruntukan
untuk tempat ini..
..untuk cantikkan hotelnya.
Tempat ni ada banyak masalah
sambungan dan tenaga.
Maru terpaksa bina semula
menara tu sendiri!
Ia lagi baik dari yang baru!
Dengar sini semua.
Saya tak kenal pun kamu.
Ini satu pelaburan.
Kita boleh..
Apa dia, kamu ada 30 saat!
Tak kira berapa harganya.
Saya nak gelas kristal tu.
Ya, buat atau buka semula.
Tolonglah!
Hotel tu akan dibuka semula.
Saya tak mahu..
Sebentar ya.
Pecat (fire) sajalah orang tua tu.
Cari orang lain!
Saya pun boleh main
dengan api (fire).
Kamu akan datangkan nanti?
'Ya, saya akan'.
Bintang ternama! Biar betul?!
Dusty Cropslinger!
Dia jauh lebih terkenal
dari kamu, Blaze dan Blade.
- Blaze dan Blade? - Shhh..
- Apa? - Shhh..
- Kenapa kena shh? - Shhh..
- Apa itu Blaze dan Blade?
Apa?
Malam ni..
Di hangar. Rahsiakannya.
Terutama dari Blade.
Kata laluan?
- Kata laluan? Kamu belum beritahu..
- Shhh..
Kamu tak beritahu saya
kata laluannya.
INFERNO.
Oh, okey.
Owh,
INFERNO!
Kamu berjaya!
Kita semua Inferno.
Kalau saya buat kerja ni.
Mesti saya dah kaya.
Duduk sini, Dust.
Hari pertama kamu..
..saya jagakan tempat
untuk kamu.
Ini cuma khayalan.
- Howard the Truck? Kamu nak
saya tonton.. - Hei, hei, hei.
Jangan menilai filem
dari luarannya.
Anda dah bersedia.
Kini, kami akan beraksi untuk anda.
Sekejap. Blade pernah
jadi pelakon?
139 episod yang menawan hati.
Senyap!
Bagus, kawan.
Hei, kamu berdua dah
rosakkan bumper saya.
Hei, kamu ingat kamu boleh
suka-suka buat bising di sini?
- Memang nak kena..
- Hei, hei. Bertenang, Nick.
Semua unit 9048, kebakaran sedang
berlaku di sebuah bangunan.
Baik 794. Ini pegawai
Nick Lopez. Kami akan ke sana.
Tolong!
Tolong!
- Kamu okey, cik?
- Hei, sayang. - Ooh, saya, okey.
Atas semua kerosakan.
Kamu berdua..
..buat kerja yang baik.
Bagus, Blade.
Oh ya, dia ada kakak.
- Hai.
- Bagus, kawan.
- Jom tengok episod 38.
'Super Copter' - Super Copter?
Mengarut.
Apa kamu cakap ni?
Cerita ni hebat.
Dia tak suka.
- Tapi? Kawan-kawan.
- Senyap! - Terima kasih.
Saya tak fahamlah.
Kalau Blade seorang bintang TV,
apa dia buat di sini?
- Entahlah.
- Kami tak tahu!
Ia menjadi misteri.
Semua orang pelik.
Dia tiba-tiba berhenti.
- Kes ini dikategorikan sebagai
sulit.. - Berundur!
- Mereka akan hancurkan set.
- Menggunakan bahan kimia. - CIA!
- Memang kamu kuat - Ya!
- Dia akan bunuh kita. - Saya taknak mati!
Apapun alasannya, itu rahsia dia.
Kami tak pernah tanya.
Semua anggota penyelamat,
Ribut petir sedang berlaku.
Sebahagiannya sedang melepasi
kawasan utara...
Ribut dan petir telah mengakibatkan
beberapa kebakaran.
- Nampaknya serius.
- Merebak di kawasan tenggara..
..dengan kadar sederhana.
- Laju. - Sekejap,
ia dah menjadi laju.
Dipper. Kamu dan Windlifter
isi semula.
- Dusty, tunggu di hangar. - Apa?
- Lead, Dust dah banyak berlatih.
- Sudah, ini arahan.
- Bolehlah, saya boleh buat.
- Kamu tiada kelayakan. - Bagi dia peluang.
- Dia belum dilayakkan!
Kita perlukan semua tenaga
yang kita ada.
Saya nak membantu.
- Maru! - Ya, Blade?
- Isikan dia.
Ooookey!
- Untuk apa ni?
- Dinding!
Dipper, Kita dah sampai.
Rendah sedikit. Pelawat ada di tahap 8.
Dipper terima.
Baik, satu tebing dah selamat.
Kerja yang bagus.
- Dusty, tunggu dan sedia.
Terbang rendah. - Terima.
Tinggi sangat!
Kamu cuma membazir.
- Windlifter, selesaikan tebing tu.
- Windlift akan ambil alih.
Berundur! Mari berundur.
Cepat pergi!
Blade! Kami ada masalah.
- Kami terkepung.
- Ada tempat berlindung tak di situ?
Tak, tak ada.
Keadaan sangat merbahaya.
- Kami perlu naik.
- Terima! Dipper, bantu mereka.
- Bahagian utara 47, mereka disana.
- Saya nampak mereka.
Baik, kita dah selamat, mari cepat.
Cepat pergi ke tasik.
Macam tu lah Dusty saya.
Dusty, balik ke pangkalan.
Ada banyak kerja lagi.
Faham.
Dynamite laporkan siatuasi kamu.
Kita akan berehat malam ini,
dan sambung kerja esok.
- Cabbie, macam mana?
- Kita ada penyelamat baru.
Kerja yang bagus!
Kamu selamatkan kami.
- Jadi, ia dah selesai?
- Ya, kebakaran dah dipadam.
Jumper pun dah selamat.
- Kamu buat dengan baik,
sayang. - Terima kasih.
- Saya nampak Jumper turun..
- Tak perlu besar-besarkan lagi.
Kamu nak ceritakan
pada seluruh dunia?
Belum sampai masanya lagi, Dusty?
- Alahai. - Bertenang.
Itulah cara Blade beri pujian!
Wow,
Rendahnya!
- VIP Cad.
- Oh, yakah.
Oh, ya. Dia adakan parti
di hotelnya. Mari kita pergi.
Sebagai emujanji?
Wow!
Uhh, maksud saya,
kita semua.
Yalah, kamu, saya,
Windlifter dan juga..
- ..semua orang.
- Oh!
Okey, okey. Mm-hmm, Mm-hmm.
Betul, betul.
Bolehlah saya berkenalan
dengan kawan-kawan kamu.
- Tapi, merekakan kawan kamu.
- Aaa.. Ya!
Betullah. Ya..
Lupakan saja.
Selamat datang ke hotel..
- Wah.. Tengoklah tempat ni.
- Cantiknya, Dusty.
Temujanji yang sempurna.
Mari kita tengok-tengok.
- Hai semua.
- Hai.
Kamu nak bergambar
dengan superitendan?
- Ahhhh....
- Hah, Hebat sangat ke?
Baiklah. Tempahan kamu untuk
Sut Bulan Madu.
Di tingkat bawah,
tiada gangguan.
- Berseronoklah.
- Waww.
Saya nak bercuti di sini
lepas kahwin.
Terujanya saya tengok tempat ni.
Saya jumpa satu tempat.
Tersorok. 15000 batu dari sini.
Selamat datang Tn. Setiausaha ke
majlis pembukaan gemilang..
Pusat penjagaan patut
di bina di sini, Spinner.
Ya, kami sedang usahakan.
Ya!
- Bagaimana dengan kebakaran tadi?
- Kebakaran?
- Kebakaran dah dipadam, tuan.
- Ya!
- Semuanya dalam kawalan.
- Sudah tentu.
- Terima kasih, ahh..
- Saya Pulaski, Tuan.
- Lusky? - Pulaski. - Yalah.
Ikut sini, tuan.
Kalau ada apa-apa soalan,
tuan boleh tanya saya.
Kopi di sini semua pelik-pelik.
Saya terpaksa minum
highway espresso.
- Apa pendapat kamu?
- Nampak kacak!
Dan..?
- Ceritakan tentang pemeliharaan
hidupan liar. - Apa dia?
- Hidupan liar.
- Oh, Hidupan liar!
Mereka mungkin sedang berparti.
Parti sesama haiwan.
Betulkah?
Yalah.
Populasi mereka stabil.
Kami miliki peningkatan jumlah..
..seladang berkepala
merah. - Ha!
- Terima kasih, Tuan. Siapa nama kamu?
- Ranjer Jammer, Tuan.
- 72 tahun tingga di Piston Peak.
- Seronok berjumpa kamu, Jammer.
- Saya juga.
- Pengampu.
Wah, tengok ukiran ais ni!
Saya akan menginap
di sini selepas berkahwin.
- Dusty Crophopper!
- Ah?
kawan saya mesti tak percaya!
Buatkan pesanan suara saya.
- Pesanan suaral? - Mulakan!
- Apa? Oh, hai!
- Ini Dusty Crophopper.
- Juara perlumbaan dunia.
Juara perlumbaan dunia.
Tinggalkan mesej selepas bunyi bip.
- Buat, bip! - Apa?
- Buatlah! - Bipppp!
Hebatnya!
Ketepi, ketepi!
Dusty!
- Kamu kena jumpa dengan
Setiausaha Sulit. - Ah, okey.
Saya nak naik pangkat.
Kamu faham, kan?
Kamu pernah naik? Oh, ya!
Kamukan pesawat.
Hei! Febranor! Bot. Sayang kamu.
Duta Persatuan Bot..
- Maafkan saya, kamu kerja di sini?
- Tak, saya adalah.
- Bagus. Mari sini.
- ..bomba. - Ini ulangtahun kami.
- Kami berbulan madu di sini 50 tahun lalu.
- Kamu percaya tak?
- Sayang, dah 50 tahun. Dan kita
penuh dengan.. - Dengan cinta!
Ya, sayang. Kita sedang cari
tempat asal..
..kita lakukan
ciuman pertama kita.
Oh, comelnya!
Kamu nak cari semula?
Sayang, sayang. Saya masih ingat.
Ada jambatan..
..air terjun yang cantik.
Dan..
..kamu.
Saya cintakan kamu, Harvey.
Hei saya rasa,
itu Angrand canyon.
- Ya, betul! Angrand Canyon!
- Dia atas air terjun Whitewalls?
Air terjun Whitewalls. Saya dah cakap.
Saya masih ingat.
Khas untuk sambutan kamu.
Marilah sertai kami.
- Minum minyak volcano. Saya belanja.
- Oh, Terima kasih, sayang.
Ya, saya pusing
tempat tu beberapa kali.
Saya bekerja sebagai trak taco
bernama Wash Cookring Flewire.
Kemudian, jurujual di RD Tyres.
Winnie adalah pengurus saya waktu tu.
- Di situlah kami bertemu. - Oh..
- Betul.
Hari perkahwinan kami
sangat indah di Whitewall.
Kami bekerja keras
lepas kahwin.
Ya, saya..
- Memandu. - Oh, memandu!
Hebat.
Tak sangka betul!
Dusty. Mungkin ahli bomba adalah
kerjaya kedua untuk kamu.
Memang. Ini kerjaya kedua
untuk kami semua!
Windlifter dulu tukang kayu.
Cabbie tentera di Midwell.
Saya angkat kargo di Grich.
Ya, ramai lelaki di Grich.
Saya selalu berlawan dengan mereka.
Dush dush. Mari sini. Ke tepi..
Hei, Windlifter. Kamu senyap saja.
Berilah ucapan?
Ahh.. Windlifter
tak suka bercakap.
Yoo-wan-wee-yoo-nee.
Yoo-wan-wee-yoo..
Ucapan buat Coyote.
Dialah yang memandu
sepanjang hari dari kaki bukit.
Dengan susah payah, dia mendaki
bukit. Membina unggun..
..dan turun semula
di siang hari.
Dia juga membakar tayarnya..
..dan membuat tanda tayar
di jalan...
Dia sangat gemar memakannya.
Dia menghabiskannya.
Dia mendapat ilham baru..
Kemudian, dia tinggalkan
cerita lamanya..
..dan memulakan hidup baru
ibarat hari baru.
Ah.. Saya nak cakap.
Saya tergamam bila dengar
dia makan tayarnya.
Ucapan yang hebat,
Wind. Minum!
Minum!!
- Propwash Junction kepada Dusty.
- Ah-ah?
Jawab, Dusty.
Jawab, Dusty!
- Propwash Junction kepada Dusty.
- Hei, Skip!
Oh.
Apa khabar? Oh, peti gear
dah sampaikah?
Sebenarnya, kami..
- Kami..
- Kenapa?
Sebenarnya...
- Peti... umm..
- Sparky, umm.. Biar saya cakap.
Kami tersilap.
Pembungkusnya..
..tersalah label.
Kami dah hubungi semua
pembekal, bengkel..
..pengumpul di seluruh negara.
Tak siapa ada peti gear kamu.
Dusty..
Saya di sini.
Maafkan saya.
Bukan salah kamu.
Terima kasih.
Semua pesawat,
ada dua kebakaran..
Hei, Crophopper! Tahu tak?
Pesawat VIP Cad yang terbang rendah
semalam, terhempas.
Semua ahli dan penumpang terkorban.
Dusty! Mari bertugas.
Kebakaran merebak kepada
dua tempat.
Windlifter. Kamu dan Dipper
uruskan di bahagian hujung.
Me dan Dusty selesaikan
yang lebih marak.
Windlifter terima.
- Maru, jawab! - Ya, Blade.
- Ia lebih marak dari yang kita sangka!
- Ya. - Beri amaran kepada
pelawat di hotel.
Mereka ada masa 4 jam
untuk selamatkan diri.
- Kamu kena kosongkan hotel.
- Jangan harap!
Blade berkeras! Kamu kena
keluarkan semua orang!
Dah 5 tahun saya berusaha untuk saat
ini. Saya takkan sia-siakannya..
- .hanya untuk berjaga-jaga.
- Kamu ada 4 jam.
Kenapa saya bercakap dengan kamu?
Mana Blade?
Oh, dia sedang bersiar-siar
menghirup usara segar.
Kamu tak faham lagikah?!
Dia sedang memadamkan kebakaran!
Kalau kita nak selamatkan hotel,
kita kena halang api melepasi tebing.
Saya akan menyebur dan
kamu bersedia. Hati-hati.
Kita perlu gandakan...
Kalau kamu pecut,
kamu akan terhempas!
Tak siapa ada
peti gear tu.
- Faham? Hei, Dusty.
Faham tak? - Ya, ya.
Faham.
Biar betul.
- Kamu habiskannya? - Ya.
- Membazir saja.
- Saya cuma mengikut perintah!
Saya kata, terbang rendah.
Kita nak lindungi hotel dari api.
- Jangan risau. Saya boleh isi semula.
- Dusty, balik ke pangkalan.
Tak, Blade tak sempat.
Mari kita padam kebakaran!
- Hei, hei. Dengar sini!
- Saya okey!
Jauhi sungai. Kamu digugurkan.
Balik ke pangkalan!
Kamu dah latih saya
untuk semua ni!
- Bukan dalam situasi ini. -Saya perlu
isi semula untuk padam api.
- Tidak, ini arahan!
- Jangan risau. Saya boleh lakukannya.
- Terlalu banyak air.
enjin saya mati. - Mati?
Kamu ikut aliran sungai.
Saya akan angkat kamu di bawah sana.
- Saya akan turunkan tali. - Yakah?
Saya tak boleh hidupkan enjin saya.
Bertahan. Saya akan
keluarkan kamu dari sana.
Dapat tak?
- Kamu okey?
- Saya okey.
Terlalu banyak pokok.
Jangan risau, kamu akan selamat.
Jangan risau!
Tersangkut pula.
Okey.
- Blade!
- Tolonglah!
Cuba hidupkan enjin.
Kamu perlu singkirkan air tu.
- Itu saja caranya untuk keluar.
- Itu saja caranya?
Nanti, nanti, nanti.
Saya tak..
Sekarang, pecut!
Tingkatkan kelajuan!
Pecut!
Kamu perlu tingkatkan kuasa!
Pecut, pecut!
Bersedia.
Cepat naik!
Kenapa kamu tak pecut?
Kamu hampir mati!
Kenapa kamu buat begini?
Apa?
Kenapa?
Ini tak bagus.
Naik, kawan.
Ikut saya.
Hei, cepatlah!
- Ke sini.
- Saya tak mahu.
Kita tak patut ke sana.
Kita boleh mati.
- Ini saja peluang kita.
Api akan merebak. - Tak nak!
- Kamu pergilah. Saya tak ikut.
- Apa kamu buat ni?
Hei, hei!
- Kita di kelilingi api.
- Jangan risau. Saya akan cari jalan lain.
Kalau kamu keluar,
kamu akan digugurkan.
- Saya tak nak memecut!
- Kamu tak nak?
- Blade, dengar sini!
- Ini bukan tentang kamu!
Ini tentang hidup dan mati!
Saya suruh kamu terbang
rendah. Kamu habiskan air.
Saya kata jangan ceduk air,
kamu ceduk juga.
Saya suruh kamu pecut,
kamu perlahankan enjin!
- Kamu tak layak!
Kamu tak.. - Baiklah!!
- Saya tak mahu jadi bomba.
Saya tak mahu! - Jadi pergilah berlumba!
Berlumba dan menanglah,
Dusty!
Saya tak boleh!
Peti gear saya dah rosak.
Faham? Sebab tu saya tak pecut!
Saya...
Saya...
Hidup tak selalu indah
macam yang diharapkan.
Kamu ke sini untuk menjadi
seorang ahli bomba.
Kalau kamu mengalah, apa akan terjadi
pada nyawa yang terkorban tu.
Jadi, apa pilihan kamu?
Hari yang indah di Piston Peak.
Ya, terima kasih kerana sudi hadir.
Saya ingin mengalu-alukan
Setiausaha Sulit Kerajaan..
..yang menyertai kita
untuk membuka tugu ni..
Arghh..
Ahem..
- Bertenang..
- ..keluarkan semua pelawat segera.
Maafkan saya.
Sebentar ya, tuan-tuan,
puan-puan. Terima kasih.
Tak dengarkah saya sedang
beri ucapan, Pedalski!
- Saya Pulaski, tuan. - Coupleski?
- Pulaski! - Purgency? - Pulaski!
Itu yang saya cakap.
Kita cakap benda yang sama!
Dengan segala hormatnya Supt. Spinner,
api semakin marak..
- ..dan semakin hampir.
- Ya, tuan. Kita perlu bunyikan penggera.
- Kita kena kosongkan hotel!
- Ya, Cad. Betul!
- Cepatlah, Spinner. Tunjukkan tugu!
- Ya, sebentar, tuan!
- Kamu tak patut..
- Sebentar? Apa maksud kamu?
Siapa kamu? Kamu cuma
penyambut tamu.
Kamu pula cuma penyembur.
Dan kamu. Si topi buruk.
Saya pula?
Saya Superitendan.
Dan hari ini, hari hotel saya!
Inilah saat yang tunggu-tunggu!
-Biadapnya.
- Api!! - Hah?!
Cepat, cepat!
Kita perlu keluar. Jangan panik.
- Cari tempat selamat.
- Terus bergerak. Hati-hati.
Jangan panik.
Kebakaran kecil sahaja.
Kalau kamu masih selamat,
datang lagi tahun depan.
Ya! Datang lagi tahun depan.
Saya menunggu..
Jauhi asap. Bertenang.
Kamu akan selamat.
Baiklah.
- Bagi saya dululah.
- Hei kawan. Jangan memotong.
Cuba minta izin
dengan kawan saya ni.
- Baik puan. Kamu boleh berlepas.
- Terima kasih!
Ingat, hindari asap.
Maafkan saya.
Maaf, Keretapi dah penuh.
Tetamu yang lain, sila ikut
kakitangan kami ke laluan keluar.
Blade.
Angin dah semakin reda.
Kita boleh keluar dari sini.
Lets go.
Blade!
Blade!
Patch, jawab. Ini Crophopper 7.
Patch, jawab!
- Saya di sini, Crophopper 7. - Blade Pengsan.
Saya ulang. Blade pengsan!
Saya akan hantar Windlifter
untuk membantu. Tunggu di...
Baik, bagus.
Perlahan-lahan.
Bagus, bagus.
Hati-hati. Bagus!
Kita akan selamatkannya!
Plinto, Ambil pencakar.
- Hemlin! - Ya!
- Gunakan penahan. Hati-hati!
- Dia akan selamat, kan?
- Ya. Bukankan.. Maru..
..mekanik yang terbaik. Dia
ada pasukan yang hebat.
Hidrauliknya terbakar.
Bahan bakarnya kering.
Saya kena bawa dia ke garaj.
- Dynamite, bawa peralatan!
- Baiklah!
- Ambilkan peti hidraulik
di rak. - Terima!
- Blackout, ambilkan generator.
- Siap! - Bawa ke hangar!
- Ambilkan lapisan haba!
- Baik, boss!
Bagaimana keadaannya?
- Dia perlu berehat.
- Oh.
Saya buat apa yang termampu.
- Kamu rasa, dia akan..
- Dengar sini, Dusty..
- ..jangan salahkan diri kamu.
- Dia tak sepatutnya lindungi saya.
Itu memang cara Blade.
- Terutamanya lepas apa
yang berlaku pada Nick. - Nick?
Maksud kamu Nick Loop’n Lopez?
Dari rancangan TV tu?
Ia hari biasa di set,
dan Nick..
..buat gaya biasanya di
set penggambaran.
Tiba-tiba berlaku angin lintang..
..Blade ada di situ.
Malangnya..
..dia tak tahu apa
yang dia patut lakukan.
Kawan baiknya telah tiada.
Blade menyangka kerjayanya
juga sudah berakhir.
Tapi dia tak mengalah.
Dia dilatih, diberi kelayakan.
Dan dia dihantar ke sini.
Blade. Dulu dia berlakon
menyelamatkan nyawa.
Sekarang, dia betul-betul
menyelamatkan nyawa.
- Cepatlah. Mereka perlukan
banyak air? - Hei!
Air di hotel tak cukup nanti.
- Salurkan semula air ke hotel.
- Hah. Tak nak!
Ahli bomba perlukan air
untuk padam kebakaran.
- Macam mana kamu tahu?
- Saya operator. Memang tugas saya..
- .untuk uruskan hal ini.
- Saya tak peduli!
Kamu kerja untuk siapa? Untuk saya,
kan? Siapa nama kamu?
Sekarang, lakukannya atau
saya yang akan lakukan?!
Cepatlah.
Cepatlah!
Berjaya!
- Hati-hati.
- Betul tu.
Semuanya okey. Hati-hati.
Semua akan selamat.
Bagus!
Nanti!
Jaga-jaga!
- Pulaski, kamu cederakah?
- Kamu okey?
- Tuan, laluan terhalang.
- Kita kena cari jalan lain.
Masalahnya, En. Setiausaha.
Inilah satu-satunya jalan.
Dengar sini.
Kita ada masalah.
Laluan keluar dari
hotel telah terhalang.
Saya tahu sekarang dah malam.
Tapi, kami akan ikut kamu.
- Keputusan di tangan kamu.
- Kita kesuntukan masa!
Kita perlu bertindak sekarang.
Kita perlukan semua
pesawat yang kita ada.
Lakukan pengisian!
Kita akan berlepas dalam masa 60...
Hah?
Tiada air!
Tiada tekanan air!
- Kita perlukan air.
- Patch, bagaimana keadaan tasik?
Negatif.
Penglihatan terhalang.
Banyak kenderaan
tersekat dalam asap.
Kita cuma ada air
dalam tangki kita.
Jangan bazirkannya.
Tunggu. Kita menghampiri kebakaran!
Kita nak terbang ke sana?
Dust, inilah satu-satunya jalan
untuk mereka keluar!
Mari kosongkan tempat ini!
Baiklah semua.
Hati-hati!
Perlahan-lahan.
Kita tak mahu sesiapapun
tersekat di sini.
- Windlifter, dengar tak?
- Teruskan, Patch.
Ada 2 RP lama
Tersekat di Jurang Angrand!
2 buah.. Harvey dan..
Tidak..
Itu.. adalah Harvey dan Winnie.
Saya kenal mereka.
Mereka cari tempat asal
mereka bercium.
Jurang Angrand? Tempat
itu perlu di elakkan.
Saya akan cuba secepat mungkin.
Kawasan jurang tak termasuk
dalam misi kita. Saya tak boleh bantu.
Saya akan ambil air dari sungai.
Windlifter.
Saya boleh lakukannya.
Pergilah!
Dan jaga diri.
Tolong!
- Tolong!
- Tolong!
Winnie, bertahan!
Tolong!!
Dusty!
Bagus, kawan.
Ahh!!
Maru?
Hai, kamu.
Dia dah sedar!
Saya memang genius.
Selamat pagi, penyembur.
- Dah berapa lama saya pengsan?
- 5 hari.
Dipper temankan kamu
sepanjang masa.
Saya sukan tengok kamu tidur.
- Ya, dia selamat!
- Nampak bagus, Dusty.
Semua pesawat, superitendan
berada di bawah.
Beliau telah sampai di dataran.
Kamu buat kami risau, Dusty.
Gembira berjumpa dengan kamu.
Kamu Superinten..
Apa dah jadi dengan Cad?
Dia mahu terus berkhidmat
untuk hotelnya.
Setiausaha Kerajaan buat
keputusan yang tepat.
Tugas itu sekarang
milik Ranger Jammer.
Maru, kamu dah beritahu dia?
Beritahu saya..apa??
Uhh.. saya gantikan peralatan kamu.
Baiki kipas yang rosak.
Dan buat semampu saya..
Dan pasang semula
pencedok air kamu.
Cuma peti gear..
Saya tahu.
Terima kasih kerana
mencuba, Maru.
- Sama-sama. - Apa?
- Ia dah dibaiki.
- Nanti, betul ke? - Itulah benda
paling sukar pernah saya buat.
Saya buatkan kamu peti gear
yang dicantum sendiri.
- Peti gear baru??
- Bukan!!
Lebih baik dari yang baru!
Crophopper, saya isytiharkan,
kamu mendapat kelayakan.
Berdasarkan CFR Akta 14, Isu
3, Bab 1, Seksyen 139, Kurungan B,
Propwash Junction dibuka
semula untuk penerbangan.
Terima kasih, Dusty!
Dusty! Saya berjaya!
Dusty!
Tahu tak? Saya ditabalkan
menjadi kolonel rasmi.
Boleh saya jadi prebet Sparky?
- Boleh tak saya pakai topi ni masa
perlumbaan awak nanti? - Boleh, Chug.
- Itupun kalau bos bagi cuti.
- Tiada masalah.
- Okey semua. Masa untuk ke pesta!
- Tuan! Baik, Tuan!
- Dusty, Kami bangga dengan kamu.
- Terima kasih, Mayday.
Apa yang dah kamu buat, untuk
kami semua. Saya sangat hargai.
- Kamu tak perlu berterima kasih..
- Saya nak berterima kasih.
Apa yang kamu buat ni..
Hanya pesawat istimewa
saja mampu melakukannya.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Tumpukan perhatian anda ke langit untuk
menyaksikan persembahan hari ini.
Pesta Jagung Propwash Junction
mempersembahkan..
Pasukan Penyelamat Udara Piston Peak..
..dan satu-satunya juara
dunia merangkap ahli bomba..
..Dusty Crophopper!
Sarikata oleh
Light_Arm