Tip:
Highlight text to annotate it
X
Tolong!
Eddie!
- Apa?
Eddie! Bangun!
Jangan bergerak.
- Kita di mana?
Jangan bergerak ke depan.
- Apa ni?
Apa yang berlaku?
-Jangan!
Helo. Saya mahu bermain
sebuah permainan.
Alat di kepala awak adalah simbolik kepada
belenggu yang awak berikan kepada orang lain.
Awak beri pinjam duit pada orang lain
walaupun awak tahu kewangan mereka...
...rendah tapi masih memaksa mereka
bayar lebih dari yang mereka mampu.
Awak adalah pemangsa.
Tapi hari ini awak akan menjadi mangsa.
Dan daging awaklah yang
saya perlukan.
Ini salah awak!
Penimbang itu adalah satu-satunya
laluan kebebasan awak.
Bagaimanapun, cuma salah seorang
dari awak mungkin berjaya...
...dan jumlah adalah
pengorbanan yang muktamad.
Pengorbanan daging.
Dekat dengan awak ada
alat untuk potong daging awak.
Lakukan dengan pantas.
Apabila masa 60 saat tamat...
...orang yang beri paling
banyak daging akan terlepas...
...dan gear pada kepala yang
seorang lagi akan menusuk tengkoraknya.
Siapa yang akan tawarkan paling
banyak daging untuk selamatkan nyawa?
Pilihan di tangan awak.
- Tidak!
Saya takkan mati untuk awak, sundal!
Tidak!
Saya nak tanya awak, Agen Khas Strahm,
Awak dah belajar untuk percayakan saya?
Jika tidak, bilik ini akan
selamanya jadi kubur awak.
Mereka takkan dengar khabar awak lagi.
Mayat awak takkan pernah ditemui.
Dan peninggalan saya akan jadi milik awak.
Buat pilihan awak.
Hai, sayang.
Saya betul-betul minta maaf sebab saya
tak dapat pulang makan malam nanti.
Saya ada kerja lebih masa lagi.
Saya perlu berjumpa dengan guaman.
Dan itu akan buat saya pening
untuk rehat tengah hari.
Saya tahu ini hari jadi awak.
Saya takkan lupa, saya janji.
Sayang awak.
Kita sedang bercakap pasal apa?
- Tentang penggulingan awak.
Jangan risaukan saya, Debbie.
Peguam kecil yang akan cuba
menghalang kita...
...takkan buat saya cakap
apa yang saya tak mahu cakap.
Saya tiada masalah dengan itu,
tapi sebagai peguam syarikat ini...
...kalau awak ditimpa masalah,
saya turut terkena tempiasnya.
Jadi, apa kata kita bersiap sedia
untuk penggulingan awak?
Awak masih ingat ketika
berurusan dengan En. Harold Abbott?
William, Casey
Patterson di talian 1.
Terima pesanan lain, Addy.
Saya akan balik kepada dia minggu ni.
Teruskan.
Bila peguam syarikatnya tanya awak
tentang En. Abbott, bagaimana awak jawab?
Saya akan jawab dengan berkata,
sebagai Presiden Senior Vice Ahli dan Tuntutan...
...sudah menjadi tugas saya untuk
mengkritik setiap polisi penamatan.
Saya tak faham.
Saya dah bekerja dengan syarikat
insurans ni lebih 10 tahun.
Saya tahu, Harold. Tapi bila
kami lihat balik tuntutan awak...
...kami dapati awak gagal jelaskan
kondisi sebelumnya.
Kondisi apa?
Mana ada kondisi.
Di sini ia tulis awak buat pembedahan
mulut untuk buang sista di rahang awak.
Ini tak masuk akal!
Saya hidapi penyakit jantung.
Ia tiada kena mengena dengan pembedahan
yang saya buat 30 tahun lepas.
Apa-apa jenis pembedahan mulut
akan tinggalkan tisu berparut.
Tisu berparut boleh menyebabkan penyakit gusi.
Dan penyakit gusi boleh
menyebabkan penyakit jantung.
Awak tahu apa?
Awak penjenayah.
Awak penjenayah yang tak guna.
Saya bayar premium bulanan saya selama
10 tahun tanpa banyak kerenah.
Dan sekarang saya sakit,
awak mahu menafikannya?
Saya ada keluarga!
- Itu peraturan, Harold.
Saya minta maaf, tapi tindakan
awak yang menyebabkan ini.
Awak baru saja buat saya buntu.
Siapa yang akan lindungi saya sekarang?
Awak baru saja 'bunuh' saya.
Saya pun ada keluarga, jadi saya
boleh berasa simpati dengan bantahannya.
Tapi, dia menipu dalam permohonanya.
- Tunggu dulu, Will. - Apa?
Awak rasa dia lakukan begitu ada tujuannya?
Bukan tugas saya untuk mentaksir
apa tujuan dia.
Tugas saya ialah untuk memeriksa
ketepatan tuntutannya.
Semua orang fikir kita ni
orang jahat.
Tiada siapa sebutkan berjuta orang
dibantu setiap tahun tanpa insiden...
...atau berjuta dolar kita derma
untuk amal setiap tahun...
...atau semua klinik percuma
yang kita bantu.
Hari ini dalam mahkamah probet...
...aset milik pembunuh bersiri
paling terkenal, John Kramer...
...telah diagihkan.
Siapa yang temui kesilapan
dalam permohonannya?
Anjing-anjing tu.
Mereka bekerja sebagai pasukan.
Jika ada percanggahan dalam permohonan,
enam dari mereka akan mencarinya.
Tuan, mereka sedang menunggu tuan
dalam bilik mesyuarat. - Sangat bagus.
Dua percanggahan permohonan
dijumpai untuk klien sakit kronik.
Lelaki ini sudah biasa tinggal
di pejabat doktornya.
Ini boleh menjimatkan kita
kira-kira 200K sepanjang hayatnya.
Saya akan kembali beberapa jam lagi.
Nampak kacak, Hank.
Siapa yang akan tawarkan paling
banyak daging untuk selamatkan nyawa?
Pilihan di tangan awak.
Saya takkan mati untuk awak, sundal!
Ya.
Saya akan ke sana.
Apa yang berlaku?
Persekutuan yang ambil alih tempat
kejadian meminta awak ASAP.
Erickson.
Saya buat pengecualian bila cap jari
ditemui di tempat pembunuhan Jigsaw.
Cuba lihat.
Kita juga dapat indeks sama
pada penimbang.
IDnya telah diperiksa?
- Ya. Mereka ialah Agent Strahm's.
Bila saya tahu dia dan Perez
yang disasarkan oleh Jigsaw...
...saya sepatutnya lebih berjaga-jaga.
Tapi saya tak tahu ini akan berlaku.
Bukan dari Peter Strahm.
Ia sebuah kejutan untuk
kita semua. - Ya.
Tapi kita ada sesuatu yang
dia tak tahu.
Awak nak ikut saya?
Lindsey.
Detektif Hoffman.
- Perez.
Ini tugas saya, Detektif. Saya dah tahu
Jigsaw tidak bekerja seorang diri...
...tapi selagi saya tak tahu siapa
orang yang membantunya...
Dia takkan sejahtera.
Jadi, awak nak saya fikir dia dah mati?
- Saya tak tahu siapa saya boleh percayakan.
Apa lagi yang awak rahsiakan
dari saya?
Kita tahu Agen Strahm dah tahu
lima orang dalam komplot estet tu...
...mangsa dari perangkap
yang Erickson temui.
Bagaimana dia tahu? - Kami menyiasat
mereka lepas berlaku kebakaran rumah.
Ia disengajakan dan lima orang
itu bertanggungjawab.
Tapi setelah satu-satunya saksi kami
hilang, tiada dakwaan dapat dibuat.
Strahm tak nak biarkan mereka terlepas,
jadi dia letak mereka dalam perangkap...
...dan membunuh sesama sendiri
untuk keluar.
Jadi, awak nakk cakap yang
dia sukarelawan?
Pangillah dia apa saja yang awak nak,
tapi dia perlu ditemui.
Kita akan bekerjasama dalam kes ni.
Awak yakinkan saya yang dia dah mati,
dan awak mahu bekerja dengan saya?
Kami sedang tawarkan pendedahan
sepenuhnya, Detektif.
Mulai sekarang, apa yang kami tahu,
awak tahu. Adil?
Pamela Jenkins, wartawan sensasi Jigsaw.
- Cuma buat liputan, Detektif.
Itukah yang awak buat?
"John Kramer, teka-teki pembunhan. "
Kalau awak sudi buat penyataan dalam
perakam ni, saya lagi gembira.
Memutar belit fakta untuk buat kisah yang
lebih menarik adalah tidak bertanggungjawab.
Gembira jumpa dengan awak.
Saya tahu tentang John Kramer
lebih dari apa yang awak fikirkan.
Kramer tinggalkan isterinya sebuah
kotak dalam wasiatnya. Awak tahu itu?
Mungkin ya dan mungkin tidak.
Macam mana awak tahu?
Mahkamah Probet.
- Baiklah. Apa yang awak nak sebenarnya?
Bantu saya cari Jill Tuck dan
saya akan kurangkan penggunaan sensasi.
Betulkah? Tengoklah dulu apa
yang saya boleh buat nanti.
Awak ingat macam mana
awak boleh berada di sini?
Saya tak tahu.
Buka saja mata saya dan
saya dah berada di sini.
Siapa yang lakukan semua ni?
- Jigsaw.
Awak bukan potong tangan awak sendiri?
- Saya yang memotongnya.
Tapi dia punca saya terpaksa
lakukannya? - Kenapa pula?
Sebab apa yang saya dan Eddie
buat adalah salah.
Kami memusnahkan kehidupan
orang lain.
Dia nak beri pelajaran pada kami.
- Dan awak dah pelajarinya?
Tengoklah saya ni.
Tengok tangan saya!
Apa yang patut saya belajar
dari ini?
Tengok tangan saya! Apa yang
patut saya belajar dari ini?
Tarik nafas.
- Tengoklah saya!
Helo, Gideon.
Itu nama yang indah, sayang.
Scarlet pun boleh juga.
Tapi, itu untuk lelaki.
Itupun kita bertiga.
- Hai, Gideon.
Inilah keluarga bahagia.
Kami sayangkan kamu, nak.
Kami sedang menanti kehadiran kamu.
Gideon, Gideon, Gideon.
Jika awak menyaksikan ini, Jill,
saya sudahpun lama pergi dari dunia ini.
Saya ada tinggalkan awak sebuah kotak
dan ada barang penting di dalamnya.
Cik Tuck, ini Pamela Jenkins .
Saya harap awak akan jelaskan
perkara tentang suami awak kepada saya.
Saya temui sesuatu yang menarik
tentang kematian John Kramer.
Dengan mendengar pita rakaman ini,
seseorang akan anggap ia sudah tamat.
Awak rasa sekarang awak ada
kuasa, betul tak?
Awak ingat awak akan berjalan
pergi tanpa diuji?
Tengok sini.
Ada kepingan Jigsaw yang dikerat
dari mangsa yang sebelum ni.
Ini ialah gambar kepingan yang
diambil daripada mangsa terbaru.
Ia dengan menggunakan pisau
yang separuh bergerigi.
Jadi? - Jadi, kesemua potongan
itu dibuat...
...dengan bilah kualiti pembedahan
yang hampir sempurna.
Sangat jelas, Strahm gunakan
pisau yang lain dari John Kramer.
Ya, tapi ia meragukan kami, jadi
kami bandingkan kedua-dua fail.
Pisau yang sama cuma digunakan
pada seorang mangsa saja.
Dan mangsa itu ialah Seth Baxter,
orang yang dah bunuh adik awak.
Awak nak cakap yang awak tahu pisau
berlainan digunakan dari gambar?
Tidak. Sayalah orang yang
memeriksa mayat itu.
Saya memeriksa semua mangsa
Jigsaw Pembunuh. - Bagus.
Pita rakaman dari mangsa terkini hilang,
jadi kami mencari pita rakaman Seth Baxter.
Kenapa pula?
- Orang lain yang memotong kepingan tu...
...jadi, mungkin orang lain jugalah
yang membuat pita rakaman itu.
Strahm?
- Ya, mungkin.
Suara Strahm dalam pita
rakaman tu akan jadi senjata kita.
Kalau kita memilikinya, kita boleh
umumkan dengan pembabitannya.
Hei, Jill.
Saya tak sangka perlu jumpa
awak secepat ini.
Ada perubahan rancangan.
Permainan bermula malam ini.
- Apa?
Sebab ada orang tahu
tentang kotak tu.
Siapa?
- Awak tak perlu khuatir.
Awak cuma perlu tahu, mulai sekarang
saya mengawal semua aspek dalam permainan.
Bukan itu yang John mahukan.
Bagi saya sampul-sampul tu.
Dan itu bukan permintaan.
Mulai sekarang, saya bekerja sendirian.
Saya tahu. Saya cuma sampaikan
permintaan terakhir John.
John dah mati. Dan kerjanya
dah hampir selesai.
Siapa ni?
- Bisnes yang belum selesai.
Bila dah selesai,
kita takkan bercakap lagi.
Tolonglah!
- Tapi kita perlu tunggu doktor.
Metadon ialah agen penutup. Ia bukan
menyembuhkan, tapi mengebaskan deria.
Saya dah jumpa cara
yang lebih baik.
Orang-orang ini akan terus
menyakiti awak.
Mereka penagih, John.
Caranya adalah pemulihan.
Mungkin ketagihan cuma
sebahagian dari sifat manusia.
Tapi bagaimana dengan mereka ni, yang
datang ke sini setiap hari dan gunakan awak?
Mereka menanti masa mereka.
Mereka mengelak dari hukuman penjara.
Mereka terpaut dengan agen penutup.
Awak panggil itu pemulihan?
Ia tak semudah itu.
- Ketagihan tidak mudah, Jill! Sedarlah!
Mereka ni tiada rasa hormat terhadap
nyawa yang mereka sedang musnahkan.
Sebaik saja melihat maut
semakin hampir...
...barulah awak tahu betapa
benilainya nyawa ini.
Dan itulah cara saya.
Dan saya bawa bukti yang
ia berkesan.
Amanda?
- Helo, Jill.
Awak pernah beritahu saya yang
dia kehilangan jiwanya.
Tapi dia sedang berdiri di sini.
Dia 'bersih' dan sihat.
Dan dia ada kesedaran baru
terhadap hidupnya.
Ia berkesan.
Dia dah bantu saya.
Meskipun polis telah mengesahkan
yang John Kramer atau Jigsaw,telah mati...
...seminggu yang lepas, satu permainan
telah ditemui dengan keputusan menakutkan.
Mangsa-mangsa dan termasuk
orang yang bersekutu...
...dengan hidup John Kramer,
bagaimanapun tiada kaitan.
Jigsaw Pembunuh mungkin sudah
mati tapi pembunuhan terus berlaku.
Hank, awak masih di sini?
Jangan bergerak.
Awak terkena tembakan di mana?
Awak pakai baju kalis peluru?
Helo, William.
Pasti awak tertanya-tanya bila
agaknya kita akan berjumpa lagi.
Jawapannya hari ini.
Bertahun-tahun, formula kebarangkalian
awak telah menentukan takdir orang lain.
Yang sihat dimanfaatkan sementara
yang sakit ditolak.
Bagaimanapun, formula ini tidak
menunjukkan yang manusia akan hidup.
Bila menghadapi maut...
...orang yang perlu hidup melawan orang yang
akan hidup adalah dua perkara berbeza.
Hari ini, polisi awak akan diuji.
Ada 4 pengikat pada kaki dan tangan awak
dan awak ada 4 ujian untuk diselesaikan.
Jika tidak, pengikat pada tangan
dan kaki awak akan meletup.
Lihat betul-betul.
Awak ada 60 minit untuk selesaikan
ujian awak dan elakkan takdir ini. Mula sekarang.
Awak tidak keseorangan dalam
pemainan ini.
Sama seperti ketika awak ambil
insan tersayang daripada keluarganya.
...Kalau awak tidak sampai ke
penghujung sebelum masa tamat...
...awak takkan jumpa keluarga awak lagi.
Ibu!
Ibu, bangun!
Kita di mana?
- Saya tak tahu.
Tempat apa ni?
- Saya tak tahu. Lihat.
Oh, Tuhanku.
Ini adalah ujian pertama awak.
Kesihatan dan keturunan awak meletakkan
awak dalam kategori tertinggi untuk berjaya.
Bagaimanapun, perkara sama tidak
boleh diucapkan untuk lawan awak.
Meskipun sudah berusia 52 tahun,
lelaki ini terus merokok...
...walaupun dia ada penyakit
jantung dan darah tinggi.
Ini menunjukkan penghargaan yang
sedikit untuk nyawanya sendiri.
Permainan awak akan ditumpukan
pada elemen udara.
Sebaik saja permainan bermula,
setiap kali awak tarik nafas...
...pencengkam di dada awak akan
semakin rapat dan remukkan badan awak.
Jalan penyelesaianya adalah
kegagalan yang seorang lagi.
Jadi saya nak tanya awak. Bila menghadapi
maut, siapa yang akan hidup?
Hidup atau mati, William.
Buat pilihan awak.
Siapa tu?
Tahan nafas awak!
Tolong kami!
Tolong!
Sesiapa saja, tolong kami!
Sesiapa saja, tolonglah!
Tolong kami!
Sesiapa saja!
- "Hidup atau mati. Apa ni?
Ia disambungkan pada benda tu.
"H-F". Apa tu?
- Hydroflorik Asid.
Ia akan mencairkan daging
manusia dalam sesaat.
Apa kita nak buat? - Tarik tuas.
Ibu mahu hidup, kan?
Macam mana dengan masa tu?
Ia pasti ada kena-mengena.
Entahlah. Kenapa kita berada
di sini pun saya tak tahu.
Kita berada di sini sebab
ayah kamu.
Cik Jenkins.
Tolonglah, cuma untuk sebentar.
Kita boleh saling membantu.
Apa yang buat awak fikir awak
boleh datang ke sini macam ni?
Sebab saya dah jumpa sesuatu
yang awak ingin lihat.
Dari mana awak dapat ini?
- Ia di tempat di mana John mati.
Ia membawa makna apa-apa
bagi awak? - Tidak.
Selamat tinggal, Cik Jenkins.
Kalau awak ada terfikir apa-apa.
Saya nak berterima kasih sebab
menyumbang dana untuk parti ini, William.
Dan saya tahu betapa
klinik ini menghargainya.
John Kramer.
- William Easton.
Kramer? Awak suami Jill, kan?
- Ya saya.
Gembira bertemu dengan awak.
Bunyinya macam kita dalam hal
yang sama, John. - Macam mana tu?
Awak cuba meramal kelakuan
orang lain. Begitu juga saya.
Bila ada orang datang untuk
buat liputan...
...kita perlu selidik setiap orang
untuk kebarangkalian untuk berjaya.
Bagaimana awak lakukannya?
- Formula.
Ia agak rumit, tapi ia mengganggu
bayaran bulanan...
..didarab dengan tempoh hidup
tolak kebarangkalian mendapat penyakit.
Dan jika jumlahnya positif,
kami pertimbangkan liputan.
Siapa yang reka formula tu?
- Saya.
Jadi, awak tentukan siapa
hidup atau mati.
Tidak. Saya memutuskan siapa
yang ada potensi.
Tapi awak tidak membuat pertimbangan
tentang elemen paling penting manusia.
Yang mana?
- Tekad untuk hidup.
Sehinggalah seseorang itu
menghadapi maut...
...mustahil untuk beritahu sama ada
mereka perlu lakukannya untuk hidup.
Helo, William.
Orang yang berdiri di belakang
saya adalah dua rakan sekerja awak.
Seorang, kerani fail awak, muda,
lelaki sihat dan tiada saudara-mara.
Seorang lagi, wanita berusia pertengahan
yang menghidapi diabetes.
Menurut polisi awak, sekretari awak
lebih tua dan lebih lemah...
...dan kurang wajar untuk
terus hidup.
Tapi awak rahu bagaimana rasa
kehilangannya terhadap keluarganya...
...sementara kehilangan Allen
yang muda tiada membawa apa-apa kesan.
Hanya seorang yang boleh keluar
dari bilik ini, pilihan di tangan awak.
Awak perlu lepaskan salah seorang
untuk selamatkan nyawa seorang lagi.
Seperti yang awak boleh lihat,
pilihan sangat sukar...
...bila awak berhadapan dengan orang yang
darahnya akan mengotori tangan awak.
Mari mulakan permainan
Tunggu! Tunggu!
Saya tak nak lakukan ini!
William!
Itu bisnes! Keputusan saya
tidaklah sampai begini!
Tidak, saya takkan lakukannya!
Saya takkan lakukannya!
Berhenti!
- Tolong saya!
Saya minta maaf.
- Tidak!
Saya minta maaf.
Terima kasih.
Terima kasih!
Awak cuba cari jalan keluar dari sini, Addy.
Saya kena teruskan. Hati-hati.
Macam mana kalau kita letak asid
tu pada palang besi?
Tapi macam mana kita nak letak
ia pada palang tu? Dengan tangan kita?
Apa yang kamu pandang?
- Cermin tu.
Apa?
- Siapa di belakang kaca tu?
Apa yang awak nak?!
Kenapa awak buat semua ni?
Tolong saya!
Tolonglah!
Helo, Pamela. Awak telah
mensensasikan hidup saya...
...memutar belit kebenaran dan mengeksploitasi
pesanan saya demi kepentingan diri sendiri.
Hoffman.
- Ini Erickson.
Kami dah jumpa pita rakaman
Seth Baxter. - Ya?
Tapi ada perkara lain yang kami nak
bincangkan dengan awak.
Apa dia?
- Lebih baik kita berjumpa.
Saya akan ke sana.
Maafkan saya.
Cuma di bawah sana.
- Terima kasih.
Alat yang diikat pada Timothy adalah
kegemaran saya. Saya memanggilnya The Rack.
Pembaikian saat-saat terakhir?
Saya dah cakap dia akan merosakkannya.
Kalau awak ubah nisbah gearnya...
...awak perlu ubah gris gear untuk
sepadankan tingkat geseran.
Mungkin awak perlu biasakan
diri angkat berat.
Awak perlukan five-weight.
Ia di dalam pistol.
Jumpa saya nanti.
- Dah berapa banyak 'nanti'?
Sebanyak mana yang perlu.
Itulah lumrah manusia.
Awak suka bagaimana rasanya
kekejaman, Mark?
Jujurlah. Awak mahu dia
sengsara seperti saya.
Jadi, bila ujian awak, Detektif?
- Saya tidak memerlukannya.
Oh, ya?
- Ya.
Sebab saya tidak mempertaruhkan
nyawa untuk dibantu.
Awak masih mengheret daging
betis awak di atas tanah.
Apa yang awak tahu tentang nyawa?
Gunakan saya, sebab saya
takkan pergi mana-mana.
Awak pasti tentang itu?
Masa adalah singkat.
Awak okey?
Sekarang masanya untuk ambil
Dr. Denlon dari hospital.
Pergi, cepat.
Kenapa awak datang?
- John, tolonglah hentikannya.
Jangan lakukannya.
- Saya janji...
...apabila semuanya sudah selesai,
saya akan sediakan jalan keluar untuk awak.
Saya harap ia
adalah sekarang.
Saya ada sesuatu untuk awak.
Ini untuk apa?
Bila tiba masanya, awak akan
tahu apa yang perlu dibuat dengannya.
Saya datang untuk berbincang
dengan awak, Will. Sebab...
...saya dah temui rawatan untuk kanser saya
yang saya rasa akan mendatangkan hasil.
Tapi semua permintaan liputan saya
telah dibatalkan.
Jadi saya harap dengan penjelasan
saya ini...
...awak mungkin boleh
kembalikannya semula untuk saya.
Ini ialah doktor dari Norway.
Dia ada 30 hingga 40% kadar
untuk berjaya dengan terapi gen.
Dia menyuntik sesuatu yang dia panggil
pembunuh gen pada sel ketumbuhan kanser.
Kemudian, bentuk dadah toksik
yang tidak aktif...
Ya. Saya dah biasa dengan terapi
yang awak cakapkan tu.
Dan percubaan yang baru
sedang bermula.
Dia sedang mencari pesakit baru...
...dan dia rasa saya adalah
calon yang sempurna.
Jika pakar perubatan awak, Dr. Gordon,
fikir awak calon yang sesuai...
...dia pasti dah menjalankannya.
- Tidak.
Dr. Gordon ialah ahli pakar.
Dia membuat duit melalui bidangnya.
Dia bukannya pemikir.
Pada usia dan perkembangan
kanser awak...
...ia pasti tidak sesuai untuk Umbrella
Health... - Tunggu, apa yang tidak sesuai?
Siapa yang cakap ia tidak sesuai?
Ini polisi, John.
Jika awak meminta rawatan ini...
...yang mana dianggap tidak berkesan,
awak akan melanggar polisi...
Saya minta maaf.
Awak tahu tak di Far East, orang
bayar doktor mereka bila mereka sihat?
Bila mereka sakit, mereka tak
perlu bayar doktor mereka.
Jadi, mereka bayar untuk
apa yang mereka mahu...
...dan tidak untuk apa yang
mereka tak mahu.
Semuanya terbalik di sini.
Ahli-ahli politik bercakap perkara
yang sama berulang-ulang kali.
"Keputusan penjagaan kesihatan harus
dibuat oleh doktor dan pesakitnya...
..."bukannya kerajaan."
Sekarang saya tahu ia bukan dibuat
oleh doktor dan pesakitnya...
...atau kerajaan sekalipun.
Ia dibuat oleh syarikat insurans
yang tidak berguna.
John, kalau awak lakukan ini,
awak terpaksa lakukannya seorang diri.
Dan kos kemudiannya kepada
awak akan memeranjatkan.
Jangan cakap dengan saya
pasal duit. Saya ada duit.
Ini tentang prinsip.
Will, kita sedang bercakap
tentang hidup saya.
Awak ingat?
- Macam mana dengan hidup Jill?
Bagaimana dia akan dijaga bila
awak tiada? - Biar saya yang risaukan dia.
Jenis kanser yang awak hidapi
malignan dan tidak sesuai dibedah.
Meskipun rawatan itu berjaya,
kanser itu akan kembali juga.
Ia pertempuran yang tidak
boleh dimenangi.
Awak fikir mereka yang hidup akan
buat keputusan muktamad terhadap awak...
...kerana yang mati tidak akan
menuntut terhadap roh awak...
...tapi awak mungkin silap.
Helo, William. Awak sudah
lihat kecacatan dalam polisi awak.
Tapi apa yang awak belum lihat
ialah sesanggup mana seseorang itu...
...bila menghadapi maut.
Peguam dari firma awak ada
90 saat untuk menyeberangi bilik ini...
...atau alat yang disambung pada
dadanya akan hancurkan otaknya.
Dia akan sedar yang perjalanan
dalam bilik ini dipenuhi bahaya.
Untuk dia berjaya, awak akan
diperlukan di sana untuk dia...
...dan awaklah orang yang
memegang kunci untuk dia terus hidup.
Ketika menghadapi maut, adakah
dia memiliki kemahiran untuk hidup?
Mari mulakan permainan.
Baiklah, dengar sini!
Apa semua ni?
- Debbie! Dengar sini!
Debbie, dengar sini!
Keluarkan saya dari ini!
- Lalui pagar sesat ni sepantas yang boleh!
Keluarkan saya dari sini!
- Debbie!
Awak perlu lalui pagar sesat ni
sepantas yang boleh! Sekarang!
Awak boleh lakukannya!
Teruskan bergerak!
Will, ini gila! Saya tak boleh!
- Awak boleh lakukannya!
Awak boleh lakukannya!
Awak perlu terus bergerak!
Tunggu! aya rasa saya
boleh tolong awak di atas sini!
Mungkin ini akan hentikannya!
Lakukan lagi!
Ia berkesan!
Jangan berhenti!
Teruskan bergerak!
Jangan berhenti!
Saya tak boleh! Ini perangkap!
Tiada jalan keluar!
Ada tangga di hujung sana!
Pergi saja! Saya akan tolong awak!
Awak dah hampir sampai!
Cepat, dah hampir sampai!
Cari kunci.
Pasti ada kunci!
Apa?
Apa yang awak tunggu lagi?
- Ia di dalam badan awak. - Apa?
Ia di dalam badan awak!
Apa yang awak lakukan?
- Saya perlukan kunci tuy!
Helo, Pamela.
Hari ini awak akan tahu
apa maksud pengorbanan.
Dan awak akan lihat akibat
orang yang melukai orang lain.
Ada seseorang di sana.
Mereka sedang perhatikan kita.
Kenapa ada orang lakukan ini?
Untuk lihat tindak balas kita.
Mereka nak tahu apa keputusan
yang akan kita buat.
Kita tarik saja.
- Jangan! Kita tak tahu apa fungsinya.
Ia terlalu berisiko.
Terima kasih kerana datang.
- Apa yang awak jumpa?
Cap jari Strahm yang keluarbiasaan.
- Apa? - Cuba lihat.
Cap jari manusia akan
meninggalkan sisa berminyak...
...dan bergantung pada berapa
lama ia terdedah.
Ia mudah dipengaruhi pencemaran.
- Jadi, apa masalahnya?
Kami jumpa kesan
metana R-12.
Maksud dia Frwon.
- Pengeluaran R-12 dihentikan pada 1994.
Jadi persoalannya, adakah bahan
cemar yang kita jumpa di tempat kejadian...
...atau Strahm membawanya
bersama dia?
Kita akan cari sampai dalam
bangunan tu sebelum ia ditinggalkan.
Adakah semuanya dari
pita rakaman Seth Baxter?
Sebenarnya, kami sedang
siasat sesuatu.
Suara dalam rakaman tu tidak
sepadan dengan John Kramer's.
Ia sedang dianalisa.
- Untuk apa?
Kami sedang cuba untuk susun semula
pta itu untuk cari suara yang asli.
Awak setkan masa untuk sesuatu?
Jam tangan awak.
Ya, sebelum saya terima
panggilan awak.
Kita dah dapat.
Inilah masanya.
Awak ikut sekali, kan?
- Ya.
Diam! Awak sedang cuba untuk
ambil alih setiap situasi.
Pergi jahanamlah!
- Boleh awak berdua diam?!
Hei! Siapa di dalam sana?
- Tn. Easton? Itu awak?
Ya. Shelby, siapa bersama awak
di dalam? - Tn. Easton!
Kami berenam di sini, tuan.
Apa sedang berlaku?
Kami perlukan bantuan awak.
- Apa awak boleh nampak?
Kami tak nampak apa-apa.
Ia gelap gelita.
Bunyi apa tu?
- Entahlah, sesuatu yang diikat pada kami.
Ia memintal!
- Keluarkan kami dari sini!
Tuan kena tolong kami!
Keluarkan kami, Tn. E!
Tn. Easton!
Tn. Easton!
Keluarkan kami dari sini!
Oh Tuhanku!
Tolonglah, keluarkan kami dari ini!
Tn. Easton, apa semua ni?
Ini permainan.
Permainan?
Helo, William. Di depan awak ada
6 orang pembantu paling berharga awak...
...orang yang mencari kesilapan
dalam setiap polisi.
Keputusan pencarian mereka...
...pada semua permohonan
telah disangkal atau dihentikan.
Sekarang awak perlu menganalisa mereka.
Adakah awak akan jumpa kesilapan mereka?
Enam menaiki karousel.
Tapi cuma dua yang boleh turun.
Keputusan dua orang yang
akan hidup ada di tangan awak.
Tapi ingat, senjata yang
dipasang itu akan terus menembak...
...sehinggalah keenam-enam
peluru dihabiskan.
Dan jika awak tidak buat apa-apa
keputusan, mereka semua akan terkorban.
Apa?!
Untuk tawarkan dua kelegaan...
...awak perlu tekan kedua-dua tombol
di depan awak pada masa sama.
Bagaimanapun, untuk melakukannya
awak akan buat pengorbanan.
Dua boleh hidup,
empat akan mati.
Keputusan awak ditunjukkan
oleh darah pada tangan awak.
Tn. Easton, bangun! Tuan
perlu keluarkan kami dari sini!
Pilih saya!
- Tn. Easton, cepat!
Tn. Easton, saya yang
perlu hidup.
Buat sesuatu!
Tolonglah, Tn. Easton!
Mereka kata kami sama kuat
dengan sambungan paling lemah!
Saya yang terkuat!
Awak tak boleh biarkan saya mati!
Saya sihat!
Tolonglah!
Saya ada dua orang anak.
Tolonglah!
Tolonglah, mereka tak boleh membesar
tanpa saya! Mereka perlukan saya!
Terima kasih.
Awak tak kenal dia pun, Tn. Easton.
Ibu bapa saya sedang sakit.
Mereka perlukan saya.
- Awak penipu!
Mereka bencikan awak!
- Apa?
Diam! Itu tak benar!
- Ia benar!
Saya hamil. Saya hamil!
- Tak, dia menipu!
Tn. Easton, dia tipu!
- Saya hamil!
Tekan tombol tu!
Dia tipu
- Tidak!
Tn. Easton, tekan tombol tu!
Percayalah! Saya tak tipu!
En. Easton!
Ibu bapa saya dalam masalah!
Mereka akan bagi berapa saja awak nak!
Sebutkan jumlahnya! - Dia pencuri!
Dah bertahun dia mencuri
dari syarikat!
Ia betul!
Pencuri!
Betul! Dia dah...
- Jangan dengar cakap mereka!
Jangan dengar cakap mereka!
- Ia betul!
Tn. Easton, dengar baik-baik.
Saya di pihak tuan, dan boleh bantu tuan.
Tapi jangan percayakan sundal ni!
- Apa? Kau tak guna!
Dia penipu!
Tuan tak boleh percayakan dia.
Dia dah cuba menipu!
Dan dia mahu lakukannya lagi!
Saya tak menipu!
Bagaimana pula dengan awak?!
Dia akan kelar leher
awak bila ada peluang!
Tolonglah jangan biarkan saya mati!
Tolonglah!
Terima kasih!
Itu dia, betul tak?
Ia dah tamat!
Itu saja? Sundal cakap satu
perkara dan semuanya selesai!
Awak tahu tak, William?
Polisi awak mengarut!
Memang mengarut!
Dengar sini, anak haram!
Saya buat semuanya untuk awak.
Ketika awak bunuh saya,
awak pandang saya!
Terima kasih.
Terima kasih.
- Emily.
Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
Macam mana?
- Bagus.
Ini dia. Orang yang membuat
pita rakaman ini memiliki akses...
...untuk alat penurasan audio.
Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
Mujurlah kita ada beberapa
muslihat di sini.
Kita boleh terbalikkan algoritmanya
dan boleh dengar bagaimana suara dia.
Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
Awak okey?
Awak nampak agak leka.
Saya cuma cemas dengan
pita rakaman tu.
Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
Ada beberapa lagi perkara
yang memeningkan kepala saya.
Saya tak suka motivasi Strahm. Dia dah
jadi rakan sekerja saya selama 5 tahun.
Kita semua tahu yang
dia agak gopoh.
Tapi saya tak pernah lihat
tanda-tanda kelakuan psikotik.
Awak takkan pernah tahu apa
yang orang lain fikir.
Dengar tu?
- Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
Saya ingatkan awak ada
nak tunjukkan sesuatu pada kami.
Ya, saya tak pernah sangka
dia seorang pendendam.
Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
- Maksud saya, semuanya ada di sini.
Tapi ada sesuatu yang tak
duduk diam. - Dengar. Sedikit lagi.
Sekarang ini, awak rasa...
- Ada satu alternatif.
Katakanlah yang Strahm dah
bunuh Seth Baxter,...
...untuk menjadikan awak sebagai
rakan subahat Jigsaw.
Okey.
Ada masalah dengannya.
Berdasarkan analisa cap jari Strahm...
...didapati paras asid urik dalam
sisa kelenjar ekrin...
...tidak konsisten untuk individu
yang ada metabolisme epidermis aktif.
Dalam kata lain? - Dalam kata lain, ketika
dia tinggalkan cap jarinya pada mangsa terbaru...
...Strahm sudahpun mati.
Sekarang ini, awak rasa tidak berdaya.
- Itu dia.
Siapa lagi yang tahu pasal saya?
Siapa lagi yang tahu pasal saya?
Semua orang.
- Awak sedang menipu.
Saya dah jumpa sesuatu
yang awak ingin lihat.
Ia di tempat di mana John mati.
Ia membawa apa-apa makna
bagi awak?
Apa yang kamu lakukan?
- Jauhkan diri dari kepala pemercik.
Kita tak tahu apa fungsinya! - Saya tak
mahulah cuma duduk dan tidak berbuat apa-apa.
Kita perlu buat keputusan!
Ibu tak fahamkah?
Okey, kamu boleh menariknya.
Ibu sayangkan kamu.
Saya pun sayangkan ibu.
Ke belakang.
Jangan. Awak tak tahu
apa fungsinya!
Dalam kiraan tiga, saya
akan menariknya. - Okey.
Jangan.
Satu.
Dua.
Tiga!
Ia tak berfungsi!
Ia tak berfungsi langsung!
Ibu rasa ibu tahu
apa fungsinya.
Gunakan saya, sebab saya
takkan pergi mana-mana.
Awak pasti tentang itu?
Amanda akan gagalkan awak.
- Kita akan lihat.
"Amanda, awak bersama Cecil pada
malam Jill kehilangan Gideon."
Pergi.
Apa yang awak buat? Pergilah.
- Saya tak tahu pasal ni.
Apa maksud awak? - Dia baik
dengan kita. - Saya baik dengan awak.
Saya tahu...
- Tolonglah, pergi.
Awak buat saya jadi gila.
- Pergilah, tak guna!
"Awak dah bunuh anak mereka."
"Awak tahu dan saya pun tahu.
Jadi lakukan apa saya suruh."
"Bunuh Lynn Denlon atau saya
akan beritahu John apa awak dah buat."
Dia tidak layak untuk pergi.!
Amanda, Lynn lebih penting
daripada yang awak tahu.
Lynn!
Saya berjaya.
Saya berjaya!
Kalau awak gagal,
awak takkan jumpa keluarga awak lagi.
Apa yang awak buat di sini?
- Will!
Pamela!
- Ya.
Saya tahu ini hari jadi awak.
Saya takkan lupa, saya janji.
Saya satu-satunya keluarga abang.
Kamu tak apa-apa?
- Ya.
Lepaskan dia!
Saya dah menang!
Saya dah ikut peraturan awak!
Sekarang lepaskan dia!
Anak haram!
Awak dah bagi syaa jalan buntu.
Siapa yang akan lindungi saya sekarang?
Awak baru saja 'bunuh' saya.
Awak orang yang dah
bunuh ayah saya.
Helo, Tara. Maafkan saya kerana
libatkan awak dalam 'rawatan' ini.
Tapi ada sebabnya.
Lelaki di depan awak sanggup
berkorban demi insan tersayang.
Tapi, ketika diberi peluang
untuk selamatkan nyawa suami awak...
...dia memilih tidak.
Sekarang awak akan diberi
hak untuk selamatkan nyawa.
Awak akan berikan lelaki
ini peluang untuk terus hidup?
Atau awak akan berikan
dia jalan buntu seperti...
...yang dia katakan pada suami awak?
Hidup atau mati.
Pilihan di tangan awak.
Ini bukan permainan saya.
Saya ada tinggalkan awak sebuah kotak
dan ada barang penting di dalamnya.
Puan Tuck, apa dalam kotak itu?
Tolonglah maafkan saya.
- Kasihanilah dia!
Ada dia tunjukkan belas kasihan
ketika suami saya sengsara?
John tinggalkan lima sampul
surat untuk awak.
Yang keenam adalah untuk saya.
Ini wasiat John.
Dia tiada pilihan!
- Dia sentiasa tiada pilihan!
Saya lakukan ini bukan sebab
saya tak boleh maafkan awak...
...untuk apa yang awak dah
buat pada saya.
Tapi sebabnya...
...kerana saya tak dapat maafkan diri saya
atas apa awak dah buat pada orang lain.
Tolonglah, jangan.
Awak takkan pernah membunuh lagi.
- Tolonglah.
Tolonglah.
Ibu tak boleh bunuh dia.
Tapi saya boleh.
Jangan, Brent!
- Awak dah bunuh ayah saya!
Sekarang pergilah ke neraka.
Permainan tamat.
John Kramer.
- William Easton.
Gembira jumpa dengan awak.
Itulah peraturannya, Harold.
- Awak baru saja bagi saya jalan buntu.
Jadi, awak yang memilih
siapa yang hidup atau mati.
Tidak!
Ini polisi, John.
Awak fikir mereka yang hidup akan
buat keputusan muktamad terhadap awak
...kerana yang mati tidak akan
menuntut terhadap roh awak...
...tapi awak mungkin silap.
Jadi, bila ujian awak, Detektif?
Saya tidak memerlukannya.
- Oh, ya?
Awak tahu kenapa awak
berada di sini, betul tak?
Saya nak tahu kesanggupan
awak untuk terus hidup.
Awak rasa sekarang awak ada
kuasa, betul tak?
Awak ingat awak akan berjalan
pergi tanpa diuji.
Awak suka bagaimana rasanya
kekejaman, Mark?
Saya cuma sampaikan
permintaan terakhir John.
Awak mahukan peluang?
Saya akan bagi awak peluang.
Sarikata Oleh:
Amirul Hisham (Santiago)
Ingat.
Ingat, jangan percayakan orang
yang selamatkan awak.
Jangan percayakan orang
yang selamatkan awak.