Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
18 Mei 2014 // Kedah
-Tiada Tempat Untuk Si Tua-
Saya syerif di daerah ini
sejak berumur 25 tahun.
Sukar dipercayai.
Datuk saya pegawai undang-undang.
Ayah pun.
Saya dan dia menjadi syerif bersama,
dia di Plano dan saya di sini.
Rasanya dia bangga dengannya.
Saya bangga.
Segelintir syerif lama tak bawa pistol.
Penduduk setempat susah nak percaya.
Jim Scarborough tak pernah bawa.
Itu Jim muda.
Gaston Boykins pun tak bawa
di daerah Comanche.
Saya sentiasa teruja mendengar
kisah orang lama.
Tak pernah terlepas peluang.
Saya selalu bandingkan diri saya
dengan orang-orang lama.
Saya tertanya-tanya bagaimana mereka
uruskan keadaan pada zaman itu.
Ada seorang pemuda yang saya berkas
di Huntsville satu ketika dulu.
Saya berkas dan jadi saksi.
Dia bunuh seorang remaja perempuan 14 tahun.
Akhbar kata ia jenayah suka-suka,...
...tapi dia kata dia bukan suka-suka.
Dia kata dia dah rancang untuk bunuh
ramai lagi selagi dia hidup.
Kalau mereka lepaskan dia,
dia akan buat lagi.
Dia tahu dia akan ke neraka.
Sampai sana dalam 15 minit.
Saya kelu dengar dia kata begitu.
Entahlah.
Jenayah yang awak tengok sekarang,
susah nak faham.
Bukannya saya takutkannya.
Saya tahu awak sanggup mati semasa bertugas.
Tapi saya tak nak anak buah saya pergi...
...dan uruskan hal yang saya tak faham.
Seorang lelaki mestilah berani menghadapi bahaya.
Dia akan cakap, "Okey."
"Saya sebahagian dari dunia ini."
Ya, tuan, saya baru saja sampai.
Dia bawa sesuatu dengan dia,...
...macam tangki oksigen lebih kurang,...
...dan hos melingkar dalam bajunya.
Tangki oksigen?
Untuk apa dia bawa?
Tuan boleh tengok sendiri bila sampai nanti.
Saya datang sekejap lagi.
-Ya, tuan, semua dalam kawalan.
Howdy. Apa halnya?
-Sila keluar dari kereta, encik.
Apa tu?
Tolong keluar dari kereta, encik.
Itu untuk apa?
-Boleh awak...?
Tolong jangan bergerak, encik?
Jangan bergerak.
Agua.
Agua.
Agua.
Tak ada air.
Agua.
Agua.
Saya kata saya tak ada agua.
Awak faham bahasa Inggeris?
Mana lelaki terakhir?
Orang terakhir hidup.
Mana dia pergi?
Lebih baik aku ikut jalan aku masuk.
Hay lobos.
Mana ada lobos.
Kau berhenti untuk tengok jejak kau.
Tembaklah aku.
Tapi kalau kau berhenti,...
...kau pasti berhenti di tempat teduh.
Ada apa dalam beg tu?
-Duit.
Dari mana awak ambil pistol?
-Di tempat saya ambil.
Awak beli pistol tu?
-Tak, saya jumpa.
Llewelyn.
-Apa? Jangan banyak soal.
Buat apa awak ambil benda tu?
Awak tak perlu tahu semua, Carla Jean.
Saya kena tahu.
-Cakaplah lagi,...
...saya akan bawa awak ke
belakang dan kerjakan awak.
Cakap besar.
-Teruskan.
Baik, saya tak nak tahu.
Saya pun tahu ke mana
awak pergi seharian.
Bagus.
Baik.
Llewelyn?
-Ya?
Apa awak buat, sayang?
-Saya nak keluar.
Ke mana?
Ada hal saya terlupa nak buat,
nanti saya balik.
Apa halnya?
-Saya nak baiki sesuatu...
...yang bodoh.
Kalau saya balik,
beritahu Emak saya sayangkan dia.
Emak awak dah meninggal, Llewelyn.
Kalau begitu, saya sendiri beritahu dia.
Berapa?
-69 sen.
Dan petrol?
Hujan dalam perjalanan ke sini?
Kenapa cakap begitu?
-Saya nampak awak datang dari Dallas.
Kenapa awak sibuk tanya
dari mana saya datang,...
...friendo?
Saya tak bermaksud apa-apa.
-Awak tak bermaksud apa-apa?
Saya hanya bertanya.
Kalau awak tak suka, saya minta maaf.
Ada apa-apa lagi?
-Entahlah. Ada lagi?
Ada hal tak kena?
-Hal apa?
Apa saja.
Itu yang awak nak tanya?
Ada apa-apa yang tak kena?
Ada apa-apa lagi?
-Awak dah tanya tadi.
Saya nak tutup sekarang.
-Tutup?
Ya, encik.
-Pukul berapa awak tutup?
Saya tutup sekarang.
-"Sekarang" bukan masa.
Pukul berapa awak tutup?
-Selalu bila hari dah gelap.
Awak tak tahu apa yang awak cakap, kan?
Encik?
Saya kata awak tak tahu
apa yang awak cakap.
Pukul berapa awak tidur?
-Encik?
Awak agak pekak, kan?
Saya kata, pukul berapa awak tidur?
Lebih kurang pukul 9:30.
Saya boleh datang balik nanti.
Kenapa awak nak datang balik?
Saya dah nak tutup.
Ya, awak dah beritahu tadi.
Saya kena tutup sekarang.
-Awak tinggal dalam rumah di belakang sana?
Ya.
-Awak menetap di sini seumur hidup?
Ini asalnya tanah ayah kepada isteri saya.
Awak berkahwin dengannya?
Kami menetap di Temple, Texas
selama bertahun-tahun.
Kami bina keluarga di Temple.
Kami datang ke sini 20 tahun yang lepas.
-Awak berkahwin dengannnya?
Kalau begitu yang awak maksudkan.
-Saya tak maksudkan apa-apa.
Memang begitu.
Apa barang paling berharga pernah
awak hilang dalam lambungan syiling?
Encik? -Barang berharga yang awak
hilang dalam lambungan syiling?
Entahlah, tak ingat.
Teka.
-Teka?
Ya.
-Untuk apa?
Teka saja.
Kita kena tahu kenapa
kita melambung syiling.
Awak sendiri kena teka.
Saya tak boleh tekakan untuk awak.
Itu tak adil.
-Saya tak bertaruh apa-apa.
Awak dah bertaruh.
Awak pertaruhkan nyawa awak.
Awak saja yang tak tahu.
Awak tahu tarikh pada syiling ini?
-Tak.
1958. Ia dah tempuh 22 tahun
untuk sampai ke sini.
Sekarang dah sampai.
Sama ada kepala atau ekor.
Awak mesti teka.
Saya kena tahu apa saya
dapat kalau menang.
Segala-galanya.
-Bagaimana?
Awak akan menang segala-galanya.
Tekalah.
Baiklah. Kepala.
Syabas.
Jangan simpan dalam poket.
-Encik?
Jangan simpan dalam poket.
Itu syiling bertuah awak.
Di mana awak nak saya letak?
Di mana saja asal bukan dalam poket.
Kalau tak, ia akan bercampur dengan
syiling lain dan jadi syiling biasa.
Yang mana ia memang.
Llewelyn?
Apa halnya?
Odessa.
-Kenapa kita mesti ke Odessa?
Bukan kita. Awak.
Tinggal dengan emak awak.
Kenapa?
Sekarang tengah malam Ahad.
Pejabat Daftar buka 9 jam lagi.
Seseorang akan telefon tanya
pasal nombor plat trak saya.
Lebih kurang 9:30,
mereka akan sampai sini.
Berapa lama kita...?
-Awak rasa mereka...
...akan berhenti cari 2 juta dolar?
Apa saya nak beritahu mama?
Berdiri depan pintu dan cakap,
"Mama, saya balik!"?
Llewelyn.
-Kemas barang awak.
Apa saja yang awak tinggal,
awak takkan tengok lagi.
Ya, tak perlu minta maaf.
Sayang, benda dah berlaku.
Saya tak boleh undurkan masa.
Mind riding ***?
Ini traknya?
-Ya.
Ada pemutar?
Siapa cucuk tayar dia?
-Mungkin orang Mexico, bukan kita.
Itu anjing mati.
-Ya.
Mana penerima?
-Saya dah dapat.
Ini ripe petunias.
Tolong pegang.
Nak?
Dapat apa-apa?
-Langsung tak.
Baiklah.
Bagi.
Saya ingatkan ada kereta terbakar.
-Memang kereta terbakar.
Wendell kata ada sesuatu berlaku
di penghujung daerah.
Masuk sana.
Bila Pejabat Syerif nak mula
bayar sewa untuk kuda saya?
Saya sayangkan awak dari
hari ke hari. -Bagusnya.
Hati-hati.
-Sentiasa.
Jangan cedera.
-Baik.
Jangan cederakan sesiapa.
Baiklah.
Tak sangka kereta terbakar begitu.
-Ya, tuan.
Kita patut bawa anjing.
Itu nampak macam '77 Ford
pada awak, Wendell?
Boleh jadi.
-Saya yakin itu dia.
Lelaki yang ditembak di lebuh raya?
-Ya. Ini kenderaan dia.
Dia bunuh Deputi Lamar, ambil keretanya,
bunuh lelaki itu di lebuh raya,...
...tukar kereta, sampai ke sini
dan bertukar lagi entah ke mana.
Andaian yang meyakinkan, syerif.
Umur mematangkan seseorang, Wendell.
-Ya, tuan.
Ada sebuah lagi.
-Ya.
Awak tunggang Winston.
-Awak pasti?
Saya sangat pasti. Kalau sesuatu
berlaku pada kuda Loretta di sini,...
...saya takkan senang duduk.
Ini jejak tayar yang sama.
Dibuat pada masa yang sama.
Awak boleh nampak dengan jelas.
Seseorang dah kupil nombor inspeksi
dari pintu sebelah sini.
Saya cam trak ini.
Milik seseorang bernama Moss.
Llewelyn Moss?
-Itulah dia.
Awak rasa dia pengedar dadah?
-Entahlah.
Saya kurang yakin.
Mereka tembak anjing.
Ini cuma urusniaga yang
tak berjalan lancar, kan?
Ya, ada satu dua petanda.
Apa kaliber awak dapat, syerif?
-9 milimeter.
Dua .45 ACP.
Seseorang tembak anjing itu
dengan senapang patah.
Kenapa mereka tak berkulat?
Entahlah.
Mungkin, kulat tak makan orang Mexico.
Mereka nampak macam peniaga.
Saya rasa lebih dari satu kaum.
Mexico di sini,...
...orang putih di sana.
Ini dadah Mexico.
Kejadian berlaku pagi.
Hampir berurus niaga.
Kemudian, salah faham, dan...
Mungkin tak sempat melibatkan ***.
-Mungkin.
Tapi awak tak pasti?
-Tak.
Mungkin tak.
Keadaan kacau bilau, kan, syerif?
Lambat laun, keadaan akan kacau bilau.
Ya, encik?
Saya mencari Llewelyn Moss.
-Awak dah cari di rumahnya?
Ya, sudah.
-Mungkin dia pergi kerja.
Awak nak tinggalkan pesanan?
-Di mana dia bekerja?
Saya tak boleh beritahu.
Di mana dia bekerja?
Encik, saya tak berhak membocorkan sebarang
maklumat berhubung penduduk di sini.
Di mana dia bekerja?
Awak tak faham saya cakap?
Kami tak boleh beri maklumat.
Kenapa sampai ke Del Rio?
-Saya nak pinjam kereta daripada Roberto.
Awak tak boleh sewa satu?
-Saya tak nak berdaftar.
Saya telefon awak 2-3 hari lagi.
-Janji?
Ya, janji.
Firasat saya tak baik, Llewelyn.
-Firasat saya baik.
Awak kena berhenti rasa bimbang.
Mama akan marah.
Dia akan sumpah seranah awak.
Awak terpaksa biasakan diri.
-Saya dah biasa dengan banyak perkara.
Saya kerja di Wal-Mart.
-Tak lagi, Carla Jean.
Awak dah bersara.
Llewelyn?
-Ya?
Awak akan balik, kan?
-Saya akan kembali.
Kami syerif!
Tengok kunci tu.
Kita masuk?
-Masuk.
Bagaimana dengan awak?
-Saya di belakang awak.
Kami syerif!
Saya rasa mereka dah lari.
-Awak betul.
Itu dari kunci tu?
-Mungkin.
Bila agaknya dia di sini, syerif?
-Entahlah...
Itu menarik.
-Syerif?
Masih menitik.
-Kita baru terlepas dia!
Kita mesti hebahkan melalui radio.
Baiklah.
Nak hebahkan apa?
Mencari lelaki yang baru saja minum susu?
Syerif, betul juga.
-Saya dah fikirkannya.
Mungkin Moss dah terlibat dalam
kemelut antara penjenayah...
...secara tak sengaja?
-Entahlah, mungkin.
Dia dah tengok perkara sama macam saya tengok
dan itu dah bagi satu tanggapan pada saya.
Bawa saya ke motel.
-Motel apa?
Motel murah.
Beritahu apa pilihan awak.
-Apa?
Pilihlah bilik yang sesuai dengan awak.
Saya seorang saja, saya tak kisah saiz katil.
Ini Roberto Automotive.
Saya sibuk sekarang.
Tinggalkan pesanan.
Helo?
-Llewelyn ada?
Llewelyn? Tak, tak ada.
Awak sedang tunggu dia?
Kenapa saya nak tunggu dia?
Siapa ni?
Boleh saya tolong awak?
-Ya, awak ada sepasang Larry Mahans?
Baju, saiz 11?
Saya boleh periksa.
-Awak ada semua jenis stoking?
Putih saja.
-Putih saja saya pakai. Tandas?
Jangan berhenti.
Bawa saya lepas bilik-bilik tu.
Bilik apa?
-Pusing sajalah.
Saya nak tengok sama ada
ada orang di sini.
Jalan, jangan berhenti.
Saya tak nak terlibat dalam masalah.
Tak apa.
Apa kata saya turunkan awak di sini
dan kita tak perlu bertengkar?
Bawa saya ke motel lain.
-Sampai sini saja.
Awak dalam masalah sekarang,
dan saya nak tolong awak.
Bawa saya ke motel lain.
Laporan makmal dari Austin
tentang lelaki dari lebuh raya.
Apa pelurunya?
-Bukan peluru.
Bukan peluru?
-Ya, tuan. Satu pun tak.
Wendell, itu tak masuk akal.
Tak, tuan.
Awak kata ada luka tembak pada dahi,
dan ia tak tembus.
Ya, tuan.
-Jadi dia tembak lelaki tu,...
...dan korek dia dengan pisau?
Saya tak nak bayangkan.
-Saya pun.
Nak saya tambah lagi, syerif?
Ya, Maureen, tolong.
Renjer dan Anti-Dadah
ada di lokasi kejadian.
Nak sertai mereka?
Ada mayat baru dijumpai?
Tak, tuan.
-Kalau begitu, saya nak berehat.
Tolok 12. Awak nak kelongsong?
-Ya.
Itu akan bagi awak tujahan kuat.
-Awak ada kelengkapan khemah?
Tiang khemah. Awak dah ada khemah?
Ya, lebih kurang.
Bagi saya nombor model khemah,
saya pesankan tiangnya.
Tak apalah, saya nak khemah.
-Jenis apa?
Jenis banyak tiang.
Boleh saya sewa sebilik lagi?
-Awak nak tukar bilik?
Tak, saya masih sewa yang sekarang
dan nak sewa satu lagi.
Satu lagi tambahan?
-Ya, puan.
Awak ada peta semua bilik di sini?
Ya, ada.
Terima kasih.
Bagaimana dengan 38?
Awak boleh ambil bilik sebelah awak,
nombor 137. Belum ada orang.
Tak, 38 pun tak apa.
-Itu bilik katil berkembar.
Bagaimana awak jumpa?
Awak tak patut buat begitu.
Walaupun pemuda macam awak.
Buat apa?
-Menumpang.
Bahaya.
Awak kenal Anton Chigurh, betul?
Ya, tuan. Saya cam setiap pergerakannya.
Bila kali terakhir awak tengok dia?
28 November, tahun lepas.
Awak yakin dengan tarikh itu.
Saya suruh awak duduk?
Tak, tapi orang macam awak pasti
tak suka bazirkan kerusi.
Saya ingat tarikh, nama, nombor.
Saya nampak dia pada 28 November.
Kami ada masalah.
*** kami dilarikan, dan
pihak satu lagi hilang barang.
Baiklah.
-Awak akan dibayar lebih...
...1,200 dolar kalau dalam 24 jam.
Itu kenaikan dari seribu.
Kalau awak perlukan lebih duit,
kami akan tambah.
Okey.
Apa awak tahu tentang Chigurh?
-Apa awak nak tahu?
Saya hanya nak tahu pendapat
peribadi awak pasal dia.
Seberapa bahaya dia?
-Berbanding apa, the bubonic plague?
Dia cukup jahat bagi saya.
Dia pembunuh gila.
Ada ramai lagi macam dia.
Dia bunuh 3 lelaki di motel Del Rio semalam,...
...dan 2 lagi di sebuah gurun.
Kita boleh hentikannya.
-Awak sangat yakin.
Awak pernah lalui pengalaman
yang mengancam, kan, En. Wells?
Jujurnya, sebarang ancaman tak pernah
memberi kesan dalam hidup saya.
Saya tertanya-tanya...
-Ya?
Boleh awak bayarkan tiket parkir saya?
Awak cuba bergurau?
-Maafkan saya.
Saya kira jumlah tingkat bangunan
ini dari jalan raya di bawah.
Dan?
-Ada satu tingkat hilang.
Kami akan periksa.
Sebilik. Semalam.
Semuanya 26 dolar.
-Baiklah.
Awak berjaga sepanjang malam?
Ya, saya berjaga di sini
sampai pukul 10 pagi esok.
Ini untuk awak. Sekarang, saya
bukan minta awak buat kerja haram.
Ada seseorang sedang cari saya.
Bukan polis.
Telefon saya kalau ada sesiapa
datang menyewa bilik.
Maksud saya, sesiapa saja.
Tiada cara lain lagi.
Jangan risau, saya takkan cederakan awak.
Bawa saya keluar dari sini.
Awak kemalangan?
Saya bagi 500 dolar untuk kot tu.
Bagi duit.
Awak kemalangan?
Ya.
-Bagi duit.
Bagi saya baju.
-Biar saya pegang duit tu.
Bagi sini.
Bagi bir sekali.
Berapa?
Brian, bagi dia bir.
Ubat,...
...tolong.
Dah dapat maklumat pasal kenderaan tu?
Syerif, saya dah jumpa apa awak nak.
Semua kenderaan tu didaftar
atas nama orang yang dah mati.
Pemilik Bronco dah mati selama 20 tahun.
Nak saya selidik kereta orang Mexico pula?
Tak, tak usah.
Ini cek bulan ni.
Ejen Anti-Dadah telefon lagi.
Awak tak nak bercakap dengan dia?
Saya cuba elakkan kalau boleh.
Dia ke sana lagi.
Dia ajak awak ikut dia.
Baiknya dia.
Boleh awak telefon Loretta,...
...dan beritahu dia saya ke Odessa
untuk berjumpa Carla Jean Moss?
Baik, syerif. -Saya akan telefon
dia bila sampai di sana.
Saya boleh telefon dia sekarang, tapi
kalau dia minta saya balik, saya balik.
Nak saya tunggu sampai awak pergi?
Tak usah. Tak perlu bohong, ini hal penting.
Apa yang Torbert cakap mengenai
kebenaran dan keadilan?
Kita dedikasikan diri kita setiap hari.
Saya akan dedikasikan diri saya 2 kali sehari.
Mungkin sampai 3 sebelum saya mati.
Syerif?
Awak tak perasan muatan awak?
Ikatannya tak kuat.
-Salah satu tali longgar.
Berapa banyak bangkai awak jatuhkan?
-Saya tak jatuhkan, syerif.
Kenapa tak bawa van?
Kami tak ada van roda-kuasa 4.
Awak nak saman saya sebab bawa muatan bahaya?
Pergi dari sini.
Rasanya ini bukan gambaran pertama
yang wujud dalam fikiran kau...
...sebelum kau terlelap
dan tinggalkan duit tu.
Jangan risau.
Bukan aku yang buru kau.
Aku tahu.
Aku dah nampak dia.
Kau dah nampak dia?
Dan kau tak mati?
Siapa dia sebenarnya, hebat sangat?
Bukan itu gambaran dia bagi aku.
Bagaimana gambaran dia bagi kau?
Bagi aku, dia cuma tak kelakar.
Nama dia Chigurh.
-Sugar?
Chigurh. Anton Chigurh.
Kau tahu bagaimana dia jumpa kau?
-Ya, aku tahu.
Dia ada pengesan.
-Aku tahu.
Dia takkan jumpa aku lagi.
-Bukan dengan cara tu.
Bukan dengan apa saja cara.
-Aku jumpa kau dalam 3 jam.
Sebab aku tak dapat bergerak.
-Tak, kau tak faham.
Apa kerja kau?
-Aku pesara.
Apa kerja kau?
-Jurukimpal.
Acetylene? Mig? Tig?
-Apa saja.
Kalau boleh dikimpal, aku kimpal.
-Cast iron?
Ya.
-Aku tak maksudkan braze.
Aku tak kata braze.
-Pot metal?
Apa aku kata tadi?
Kau terlibat dalam perang
di Vietnam? -Ya.
Aku pun.
Jadi, apa, aku ni kawan kau?
Kau mesti serahkan duit tu.
Itu saja sebab aku melindungi kau.
Dah terlambat. Aku dah guna.
Sejuta setengah untuk
pelacur dan wiski,...
...selebihnya dah buang.
Kenapa kau tak rasa dia akan ke Odessa?
Kenapa dia nak ke Odessa?
-Bunuh isteri kau.
Dia yang patut risau.
Dia tak risau.
Kau cuma tak bernasib baik.
Kau cuma kebetulan terjumpa
kendaraan mereka.
Aku di seberang sungai di Hotel Eagle.
Carson Wells.
Telefon aku kalau perlu.
Aku akan bagi kau duit tu sikit.
Kalau aku nak berunding, lebih
baik aku berunding dengan Sugar.
Tak, kau tak faham.
Kau tak boleh berunding dengan dia.
Walaupun kau serahkan duit, dia tetap
akan bunuh kau sebab menyusahkan dia.
Dia sangat lurus.
Dia ada prinsip dalam
soal duit dan dadah,...
...lebih kurang, tak macam kau.
Dan tak macam aku.
Ya, dia tak bercakap banyak macam kau.
Carla Jean, terima kasih datang.
Saya tak tahu kenapa saya datang.
Saya tak tahu di mana dia.
Dia tak telefon lagi?
-Tak.
Sepatah pun?
-Sepatah pun tak.
Boleh awak beritahu saya
kalau dia telefon? -Entahlah.
Dia tak perlukan masalah dari awak.
-Dia bukan ada masalah dengan saya.
Dia ada masalah dengan siapa?
-Dengan orang jahat.
Mereka akan bunuh dia, Carla Jean.
Mereka takkan putus asa.
Dia pun takkan putus asa.
Dia boleh kalahkan mereka.
Awak tahu kedai Charlie Walser
di sebelah Timur Sanderson?
Awak tahu dia selalu sembelih lembu,
tembak dahi mereka,...
...bunuh dan kelar leher mereka?
Satu hari Charlie terima seekor
lembu untuk disembelih,...
...dan ia datang dalam keadaan marah.
Makhluk hidup berang seberat 600 paun.
Charlie ambil pistol,
tembak kepalanya,...
...tapi tangan dia terhayun,
tembakannya tersilap.
Peluru terpantul, Charlie
tertembak dekat bahu.
Awak tengok Charlie sekarang, dah tak
dapat angkat tangan kanan dia.
Maksud saya, walaupun dalam
hal manusia menentang haiwan,...
...akibatnya belum pasti.
Kalau Llewelyn telefon, beritahu
dia saya boleh selamatkan dia.
Mereka sembelih lembu dengan
cara lain zaman sekarang ni.
Mereka guna pistol angin. Tembak ikut
lubang sejauh ni dari otak lembu.
Angin tersedut masuk, kena kepala.
Kenapa awak beritahu saya, syerif?
-Entahlah.
Fikiran saya melayang.
Helo, Carson.
Mari ke bilik kau.
Kau tak perlu buat begini.
Aku cuma terima upah.
Aku boleh balik.
Memang pun.
-Untuk buat kau rasa berbaloi,...
...biar aku bawa kau ke ATM.
Ada 14 ribu di situ.
Kita boleh lupakannya.
ATM.
Aku tahu di mana duit tu.
Kalau kau tahu, pasti kau dah ambil.
Aku tahu lokasi duit tu.
Aku boleh cari.
Aku tahu sesuatu yang lebih baik.
-Apa?
Di mana ia akan berada.
Di mana? -Duit tu akan
diberi pada aku...
...dan diletak dekat kaki aku.
Itu belum pasti.
Dalam 20 minit ia boleh ada di sini.
-Tapi aku pasti.
Kau tahu apa akan berlaku sekarang, Carson?
Kau patut mengalah dalam situasi ni.
Maruah kau dah hilang.
Pergi jahanam.
Aku nak tanya sesuatu.
Kalau peraturan yang kau ikut
membawa kau ke sini,...
...apa gunanya peraturan tu?
Kau tahu tak betapa gilanya kau?
Dari sudut perbualan ni?
Dari sudut kehidupan kau.
Kau boleh ambil duit tu, Anton.
Helo?
-Ya?
Carson Wells ada?
Bukan dalam keadaan yang kau nak.
Kau mesti datang jumpa aku.
-Siapa ni?
Kau tahu siapa ni.
Kau perlu bercakap dengan aku.
-Aku tak perlu bercakap dengan kau.
Rasanya perlu.
Kau tahu aku nak ke mana?
Apa aku peduli kau nak ke mana?
Aku tahu di mana kau.
Ya, di mana aku?
Kau di hospital seberang sungai,
tapi bukan ke situ aku nak pergi.
Kau tahu aku nak ke mana?
Ya, aku tahu kau nak ke mana.
-Baiklah.
Dia takkan ada di sana.
Sama saja walau di mana dia berada.
Jadi, nak buat apa pergi sana?
Kau tahu apa akan berlaku, kan?
Tak.
Rasanya kau tahu.
Jadi, ini tawaran aku.
Kau bagi aku duit, aku lepaskan dia.
Kalau tak, dia terbabit sama, macam kau.
Itu tawaran terbaik aku untuk kau.
Aku takkan cakap kau boleh selamat,
sebab kau takkan selamat.
Ya, aku akan bagi.
Aku akan bagi sesuatu untuk kau.
Kau tak perlu datang cari aku.
Motel di Del Rio?
-Ya, tuan.
Ketiga-tiga mereka tak ada pengenalan diri,...
...tapi ketiga-tiganya orang Mexico.
Persoalannya, ke mana mereka pergi dan bila.
Ya, tuan.
Wendell, dah dapat maklumat
pasal silinder kunci tu?
Ya, tuan, ia ditujah keluar.
-Okey.
Awak nak pergi tengok?
-Tak, itu saja saya nak tahu,...
...mereka mati sebab lumrah
pekerjaan mereka.
Maksud awak, syerif?
-Ini lumrah pekerjaan mereka.
Ya, tuan?
-Wendell, mereka sedang berperang.
Saya tak ada andaian lain lagi.
Inilah orang zaman sekarang.
Minggu lepas pasangan ini
ditemui di California.
Mereka sewakan bilik kepada seorang lelaki tua,
bunuh dan tanam dia di halaman belakang,...
...tunaikan cek kebajikan dia.
Mereka seksa dia.
Saya tak tahu kenapa.
Mungkin televisyen mereka rosak.
Kena seksa sampailah, saya baca:
"Ia disedari jiran-jiran apabila seorang
lelaki berlari keluar dari premis...
...dengan hanya memakai kolar anjing."
Awak pasti tak sanggup buat begitu.
Saya cabar awak.
Tapi itu yang dia terpaksa buat
untuk tarik perhatian orang ramai.
Menggali kubur di halaman belakang
tak menarik perhatian orang.
Tak apa.
Kadang-kadang saya pun ketawa.
Tak ada perkara lain awak patut buat.
Cuba beritahu saya.
Siapa yang dibenarkan melepasi
pintu pagar ini untuk ke AS?
Entahlah. Penduduk Amerika?
Segelintir penduduk Amerika.
Siapa akan tentukannya?
Awaklah.
-Betul.
Bagaimana saya tentukan?
-Saya tak tahu.
Saya soal mereka, kalau saya
puas hati, mereka boleh masuk.
Kalau tak, tak boleh masuk.
Apa-apa awak tak faham?
-Tak.
Saya tanya lagi, bagaimana awak
boleh sampai di sini tanpa baju?
Saya ada baju di dalam.
Awak main-main dengan saya?
-Tak, tuan.
Jangan main-main.
-Ya, tuan.
Awak tentera?
-Tak, saya pesara.
Vietnam?
-Ya, dua kali.
Pasukan apa?
-Batalion Infantri ke-12,...
...7 Ogos, 1966, 2 Julai, 1968.
Wilson!
-Ya, tuan!
Panggil orang tolong dia.
Bawa dia ke pekan.
Bagaimana but Larry awak?
-Bagus.
Saya perlukan pakaian.
-Okey.
Ramai orang masuk ke sini
tanpa pakaian lengkap?
Tak, encik. Jarang berlaku.
Dia tak nak bercakap dengan kamu.
-Dia nak. Panggil dia.
Kamu tahu pukul berapa sekarang?
-Saya tak peduli,...
...dan jangan letak telefon.
Menantu kurang ajar.
Llewelyn?
-Ya.
Apa saya mesti buat?
-Awak tahu apa dah berlaku?
Tak tahu. Ada syerif datang
dari daerah Terrell.
Apa awak beritahu dia?
-Apa saya nak beritahu dia?
Awak cedera, kan?
Kenapa awak rasa begitu?
Saya cam dari suara awak.
Saya nak awak jumpa saya di
Motel Desert Sands di El Paso.
Saya akan bagi awak duit tu,
dan awak pergi dari sini.
Llewelyn, saya takkan tinggalkan
awak dalam masalah.
Ini yang terbaik. Awak lesap
dan saya tak ada duit tu,...
...dia tak boleh apa-apakan saya,
tapi saya boleh apa-apakan dia.
Lepas saya uruskan dia, saya balik.
Uruskan siapa?
Bagaimana dengan emak?
Dia tak apa-apa.
-Tak apa-apa?
Tak apa-apa? Aku ada barah!
Tak ada siapa akan ganggu dia.
Siapa awak?
Saya?
-Ya.
Pekerja biasa.
Akauntan.
Dia bagi orang Mexico tu seorang penerima.
Dia rasa...
Dia rasa makin ramai orang cari...
Jangan bertindak bodoh.
Awak tengah pegang senjata.
Saya nampak.
Awak akan tembak saya?
Bergantung.
Awak nampak saya?
Mak dah agak semua ni akan jadi.
3 tahun lepas, mak dapat bayangan.
-Kami berkahwin tak sampai 3 tahun.
3 tahun lepas mak dah cakap
perkahwinan ini akan malang.
Di sinilah kita, 90 darjah panas,...
...emak ada barah dan
kita dah tak ada rumah.
Kami akan ke El Paso, Texas.
Awak tahu berapa ramai orang
saya kenal di El Paso, Texas?
Tak, puan.
-Banyak ini.
Emak tak jumpa ubat emak.
-Saya letak di dalam tu.
Emak tunggu sini. Saya ambil
tiket dan troli untuk beg.
Nak saya angkatkan beg, puan?
Syukurlah, masih ada seorang
lelaki budiman di Texas Barat.
Ya, terima kasih.
Saya tua dan tak sihat!
Awak nak ke mana?
-Ke El Paso, jangan tanya kenapa.
Jarang saya nampak orang Mexico pakai sut.
Awak nak ke El Paso?
Di mana awak menetap?
Carla Jean, apa khabar?
Syerif, betulkah apa yang awak
cerita pasal Charlie Walser?
Siapa Charlie Walser?
Cerita betul.
Saya tak pasti sangat,...
...tapi saya pasti itu cerita betul.
-Baiklah.
Syerif, boleh awak tolong saya?
Ya, puan
Kalau saya beritahu di mana Llewelyn,
awak janji cuma awak saja...
...yang akan pergi berbincang dengan dia?
Awak seorang saja?
Ya, saya janji.
-Llewelyn tak suka minta tolong.
Dia ingat dia tak perlu ditolong.
Carla Jean, saya takkan
membahayakan suami awak.
Dia perlukan pertolongan,
sama ada dia sedar atau tak.
Ada masalah?
Awak orang sini?
-Ya, Alpine, anak jati.
Di mana lapangan terbang?
Lapangan terbang atau pelabuhan?
-Lapangan terbang.
Awak nak ke mana?
-Saya tak tahu.
Awak nak mengembara?
Ada banyak pelabuhan di sini.
Lapangan terbang pula di El Paso.
Tapi kalau nak ke kawasan dekat,...
...awak boleh memandu sampai ke
Dallas, tak perlu kapal terbang.
Awak tak nak kepit tu?
Boleh awak punggah raga ayam awak?
Apa maksud awak?
Hei, En. Penembak Tepat.
Hei juga.
-Awak penembak?
Ya, saya.
Saya ada bir dalam bilik.
Saya sedang tunggu isteri saya.
Sebab itulah awak asyik mengintai
ikut tingkap tadi?
Ya, sebahagian.
-Apa sebahagian lagi?
Tunggu apa nak datang.
Tak siapa tahu apa nak datang.
Bir! Itu yang akan datang.
Saya bawa bir keluar.
Awak boleh kekal beristeri.
Saya tahu apa akibat minum bir.
Bir akibatnya lebih banyak bir.
Awak okey?
Telefon polis.
Polis setempat.
Saya tak berhubung dengan mereka.
Tak ada duit dalam bilik tu?
-Dua ratus dalam poket.
Mereka pasti dah ambil selebihnya.
Rasanya.
Walaupun mereka pergi tergesa-gesa.
Ini semua sebab duit, Ed Tom.
Duit dan dadah.
Mengatasi segala-galanya.
Apa maksudnya? Apa akibatnya?
Kalau awak beritahu saya 20 tahun dulu,...
...bahawa saya akan nampak anak-anak
muda di pekan Texas...
...berambut hijau dan bertindik hidung,...
...saya pasti takkan percayakan awak.
Petanda dan keajaiban.
Sejak kita tak dengar lagi perkataan "encik"
dan "puan," makin teruk perkara yang menyusul.
Itu semua berkait.
-Ya.
Ia berkait satu sama lain.
Bukan tiba-tiba berlaku.
Bukan tiba-tiba berlaku.
Tapi itu tak menjelaskan
tentang orang yang awak buru.
Dia cuma pembunuh gila, Ed Tom.
Saya tak yakin dia gila.
-Jadi apa awak gelar dia?
Saya rasa dia lebih kepada hantu.
Tapi dia wujud.
Ya, dan kejadian dia Hotel Eagle tu?
Sungguh mengejutkan.
Ya. Hatinya kering.
Itu belum apa-apa lagi.
Dia pernah tembak seorang kerani,...
...kemudian berjalan masuk dan
tembak seorang kolonel bersara.
Macam tak percaya.
Dia berjalan masuk balik begitu
saja ke lokasi kejadian.
Siapa yang sanggup buat begitu?
Pandu elok-elok, Ed Tom.
Maaf kami tak berjaya selamatkan
penduduk awak.
Di belakang!
-Bagaimana awak tahu saya datang?
Siapa lagi nak pandu trak awak?
Awak dengar?
Awak dengar enjin trak...?
Awak main-main dengan saya.
Kucing-kucing ni dapat dengar.
Bagaimana awak tahu itu trak saya?
-Saya yakin bila awak melangkah masuk.
Berapa ekor awak bela sekarang?
Kucing? 5-6 ekor.
Bergantung pada jenis mereka.
Sesetengahnya kucing liar,
sesetengah lagi kucing jahat.
Awak apa khabar, Ellis?
-Macam inilah.
Maaf cakap, awak nampak tua.
Memang saya tua.
Saya dapat surat dari isteri awak.
Dia kerap menulis surat pada saya,
beritahu saya semua hal keluarga.
Tak tahu pula ada hal keluarga.
-Dia cakap awak nak bersara.
Nak minum?
-Boleh juga.
Kopi baru buat?
Saya buat seteko kopi baru setiap minggu,
walaupun masih ada lagi.
Lelaki yang tembak awak tu
dah mati dalam penjara?
Angola. Ya.
Apa awak akan buat kalau dia bebas?
Entahlah. Tak buat apa-apa.
Tak ada gunanya.
Terkejut dengar awak cakap begitu.
Sebenarnya, kalau makin dikenang...
...barang yang dah lepas,
makin kita akan rugi.
Selepas seketika, awak mesti
belajar melupakannya.
Atuk awak tak pernah suruh
saya jadi seorang deputi.
Loretta beritahu saya awak nak bersara.
Kenapa?
Saya tak tahu.
Makin ramai saingan.
Saya selalu fikir bila saya tua,...
...Tuhan akan datang jemput saya.
Tapi tak.
Saya tak salahkan Dia.
Kalau saja jadi Dia, saya pun ada
pendapat sama tentang diri saya.
Kita tak tahu apa Dia fikir.
Saya hantarkan capjari dan lencana
Pak Cik Mac kepada renjer,...
...letak dalam muzium mereka.
Ayah awak pernah beritahu bagaimana
Pak Cik Mac terbunuh?
Dia terbunuh di atas berandah
rumahnya di daerah Hudspeth.
7-8 orang penyangak datang,
nak itu, nak ini.
Pak Cik Mac pergi belakang
dan ambil senapang patah.
Malangnya, mereka lagi cepat.
Mereka tembak dia depan pintu.
Mak Cik Ella keluar,
cuba tahan pendarahan.
Pak Cik Mac masih cuba
capai senapang patah.
Mereka cuma duduk atas kuda,
sambil tengok dia mati.
Kemudian, ada seorang bercakap
dalam bahasa Indian dan beredar.
Mereka berambus.
Pak Cik Mac tahu dia akan mati.
Ditembak dekat paru-paru.
Begitulah ceritanya, kata orang.
Bila dia mati?
1909?
Maksud saya, dia mati serta-merta
atau lewat malam tu...
Bila?
-Dia mati malam tu.
Isterinya kuburkan dia pagi esoknya.
Apa yang awak hadap sekarang bukan perkara baru.
Negara ni memang penuh dengan orang rakus.
Awak tak boleh halang.
Tak menunggu masa.
Itulah dia.
Saya tahu masalah saya belum selesai.
Saya tak berduit.
Semua harta saya dah hilang dan apa
yang tinggal adalah hutang tak berbayar.
Saya kuburkan emak saya hari ini.
Itu pun belum terbayar.
Saya tak risau apa-apa.
Saya nak duduk.
Awak tiada sebab untuk cederakan saya.
Memang. Tapi saya dah janji.
Awak dah janji?
-Pada suami awak.
Itu tak masuk akal.
Awak janji pada suami saya untuk bunuh saya?
Suami awak berpeluang selamatkan awak.
Sebaliknya, dia gunakan awak
untuk selamatkan diri dia.
Bukan begitu.
Bukan macam awak cakap.
Awak tak perlu buat begini.
Semua orang bercakap ayat yang sama.
Ayat apa?
Ayat ni, "Awak tak perlu buat begini."
Memang tak perlu.
-Okey.
Ini yang terbaik saya boleh buat.
Tekalah.
Saya dah agak awak gila bila
saya nampak awak duduk di situ.
Saya dah agak apa menanti saya.
Tekalah.
-Tak nak.
Saya tak nak teka.
Teka.
Syiling tak menentukan apa-apa.
Diri awak sebenarnya.
Saya sampai di sini macam syiling ini juga.
Encik, tulang lengan awak terkeluar.
Saya okey.
Saya nak duduk di sini kejap.
Ambulans akan datang.
Ada orang dah telefon.
Baiklah.
Awak okey?
Tulang lengan awak terkeluar.
Berapa harga baju awak?
Saya bagi awak baju saya.
Tengok tulang tu.
Ikatkan untuk saya.
Ikat saja.
Encik, saya tak kisah menolong.
Banyaknya duit.
-Ambil.
Ambil, dan kamu tak nampak saya.
Saya dah pergi.
Ya, encik.
Itu duit aku separuh, kan?
-Kau masih ada baju.
Bukan sebab itu dia bagi duit.
-Mungkin, tapi aku tak ada baju.
Saya rasa nak keluar berjalan-jalan.
-Okey.
Apa awak rasa? -Entahlah, saya
tak boleh rancangkan untuk awak.
Awak tak nak ikut saya?
-Tak nak, bukan saya yang bersara.
Kalau begitu, saya nak bercucuk tanam.
-Tak usahlah.
Nyenyak tidur?
-Entahlah. Saya bermimpi.
Awak ada masa untuk mimpi sekarang.
Mimpi menarik?
Nanti awak menyindir saya.
Ed Tom, saya akan dengar.
Baiklah, ada dua mimpi.
Dua-dua ada ayah saya.
Saya tua 20 tahun lebih daripada dia.
Jadi, maksudnya, dia lebih muda.
Mimpi pertama saya kurang ingat,...
...tapi saya berjumpa dia di pekan,...
...di satu tempat, dan dia bagi saya duit.
Kemudian saya hilangkan.
Mimpi kedua, kami berdua
hidup di zaman dulu kala.
Kami menunggang kuda, menyelusuri
gunung-ganang pada waktu malam.
Saya lalu satu kawasan di antara gunung.
Keadaan sejuk, dan salji penuh atas tanah.
Dia menunggang memintas saya,...
...tak bercakap apa, pintas saja.
Dia berselubung selimut
dan kepalanya menunduk.
Bila dia memintas saya, saya nampak
dia bawa api dalam bekas,...
...macam orang selalu buat,...
...saya nampak bekas itu dari
cahaya di dalamnya,...
...dengan warna seakan bulan.
Dalam mimpi tu, saya nampak dia...
...makin jauh ke depan.
Dia nak hidupkan api di satu tempat
di situ dalam gelap dan sejuk.
Saya tahu bila saya sampai di sana,
dia akan menunggu saya.
Kemudian saya terbangun.
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
18 Mei 2014 // Kedah
-Tiada Tempat Untuk Si Tua-