Tip:
Highlight text to annotate it
X
Jepun feudal purba,
daratan yang diselubungi misteri...
...dilarang kepada orang asing.
Sekumpulan pulau ajaib yang
menjadi rumah ahli sihir dan iblis.
Negara wilayah pesaing yang
diperintah oleh shogun berkuasa mutlak.
Keamanan negerinya dijaga
oleh samurai, pakar pedang...
...ditugaskan untuk melindungi
pemerintah dan wilayahnya.
Seandainya samurai tewas
atau menghampakan mahagurunya...
...dia akan mendapat malu
besar dalam masyarakat Jepun.
Dia menjadi seorang ronin.
Tetapi, untuk mengetahui
kisah 47 Ronin...
...adalah untuk mengetahui
kisah seluruh Jepun.
Ia bermula dengan seorang
budak lelaki.
Tiada siapa tahu dari mana asalnya
dan bagaimana dia tahu jalan ke Ako.
Ada yang kata dia adalah jelmaan,
tiada bezanya dengan binatang itu.
Ramai yang percaya dia
dibesarkan oleh Tengu,...
...iblis-iblis hutan, yang telah
mengajarnya kuasa hitam...
...dan melatihnya dengan seni
pembunuhan maut.
Kejahatan yang dia tinggalkan
telah meninggalkan tandanya pada dia.
Oishi!
Tuanku, dia iblis.
Dia seorang budak,
sama seperti awak.
Bantu saya angkat dia, Oishi.
Raja Asano, dari wilayah Ako,
telah menyelamatkannya pada hari itu...
...melihat sesuatu dalam diri
budak itu yang Oishi tak dapat lihat.
Anak Raja Asano, Mika
juga melihatnya.
Ayah Mika membenarkan budak itu
tinggal dalam kalangan mereka...
...mengendahkan
nasihat samurainya.
Lihat.
Apa yang awak nampak?
- Ranting?
Bukan.
Rusa.
Ia lalu ikut sini.
Awak simpanlah, Kai.
Samurai percaya kehadirannya
akan membawa malang di tanah mereka.
Mika hanya nampak seorang
lelaki yang sopan.
Meskipun dia hidup sebagai insan
terbuang, Kai bertekad untuk...
...membalas kasih sayang yang dia
terima daripada Mika dan ayahnya.
Kai.
Ada sesuatu yang aneh pada
makhluk ini.
Ia berada di tempat tinggi, tapi
ia akan turun semula untuk memburu.
Lebih selamat kalau pasang
perangkap dan menunggunya di sini.
Ia ada di tempat tinggi,
Raja Asano.
Tuanku.
- Bunuh!
Saya lebih rela dibunuh
oleh binatang itu...
...daripada diselamatkan
oleh orang kacukan.
Yasuno!
Ako terhurang budi dengan
awak, Yasuno.
Akhirnya, kita boleh menyambut
kedatangan Shogun tanpa rasa gerun.
Untuk Ako!
- Untuk Ako!
Syabas.
{\an5}Raja Kira
Ketua Wilayah Pesaing Nagato
Keluar.
Keluar!
Raja Asano masih hidup?
Ya.
Menjadi tuan rumah
pertandingan Shogun merupakan...
...penghormatan besar bagi ayah saya.
Semuanya harus sempurna.
Tuan Puteri Mika.
Raja Asano dan kumpulan pemburu
dah pulang. Mereka dah bunuh binatang itu.
Ayah!
Saya sangat risau. - Pemburuan
itu lebih lama dari yang kami harapkan.
Yasuno menunjukkan keberanian
yang hebat.
Ada sesiapa cedera parah?
- Kamu mencari siapa?
Semuanya dah bersedia
untuk ketibaan Shogun?
Ya, ayah.
Ayah mahu seluruh Ako
berkongsi penghormatan...
...menjadi tuan rumah
komander besar kita.
Saya dah buat persiapan istimewa
untuk raja-raja yang bakal melawat.
Saya dah arahkan tempat duduk
diletakkan di sepanjang laluan.
Ibu kamu pasti bangga.
Saya sangat risau.
- Awak selalu risau.
Dia mahukan keizinan awak.
Chikara berlatih setiap kali
dia dapat peluang.
Tuan Puteri, Kai dah pulang.
Mereka beritahu saya awak cedera.
- Sikit saja, Tuan Puteri.
Belakang awak.
Duduk.
Seseorang sepatutnya merawat
luka ini.
Terima kasih.
Saya nampak rasa malu dalam mata
Yasuno ketika mereka memuji dia.
Walaupun awak cuba bantu mereka,
mereka tetap membenci awak.
Samurai ayah awak sentiasa
melayan saya seperti saya harapkan.
Dan itu saja yang awak harapkan?
Itu saja yang saya tahu.
Ia tak sepatutnya begini, Kai.
Ini bukan tempat yang sesuai untuk
Tuan Puteri. - Awak menghalau saya?
Pandang saya dan cakap
awak tak cintakan saya.
Saya akan sentiasa cintakan awak.
Tapi awak ada tempat sendiri...
...dan begitu juga saya.
Asano Takumi no Kami,
pemerintah Ako.
Yang Amat Mulia,
Shogun Tokugawa...
...pemimpin seluruh wilayah
dan pemerintah seluruh Jepun...
...terima kasih atas
kehadiran tuan.
Raja Asano, sahabatku.
Ako adalah mengagumkan,
sama seperti selalu.
Dengan suka citanya kami menanti
pertandingan esok.
Shogun Teragung
Tokugawa Tsunayoshi...
...dan berharap hiburan yang kami
sediakan mengikut kehendak yang mulia.
Ayah.
Apa yang awak buat
di rumah saya?
Minggu lepas, semasa memburu
saya ternampak seekor musang.
Ketika itu saya tak sedar yang
ia adalah ahli sihir. - Ahli sihir?
Saya percaya saya ternampak
makhluk yang sama tadi.
Dia dalam rupa manusia di
kalangan gundik mulia.
Tuanku.
Mereka kata, hanya iblis
yang ada kuasa untuk...
...melihat di sebalik
penyamaran ahli sihir.
Awak iblis?
- Tidak.
Jadi, saya rasa awak cuma
terpesona dengan kecantikan wanita.
Raja Asano, kami memperkenalkan
Raja Kira Yoshinaka...
...pemerintah Nagato,
dari wilayah utara.
Ako masih seindah yang
saya ingat, Raja Asano.
Satu penghormatan bagi kami
dengan lawatan awak, Raja Kira.
Saya tak sabar menunggu
pertandingan itu.
Saya tak tahu pula gundik
awak begitu cantik, Raja Asano.
Dia anak saya.
Maafkan saya, Tuan Puteri.
Boleh saya minta anak awak
duduk bersama kita?
Saya mahu
menebus kebiadaban saya tadi.
Ayah, siapa tu?
Jaguh saya.
Saya yakin jaguh ayah awak
merupakan pesaing sengit.
Yasuno.
Yasuno!
Kenapa dengan dia?
- Disihir.
Panggil ayah awak.
- Dah tiada masa.
Kalau kita tiada pelawan,
Ako akan dimalukan.
Hanya samurai yang boleh
bertarung.
Cukup.
Jaguh awak?
Para juara,
bersedia untuk bertarung!
Berikan mereka pedang!
Berhenti!
Awak bukan samurai.
Bunuh dia.
- Jangan!
Jangan!
Maafkan saya, Tuanku.
Ini salah saya.
Tanggalkan perisainya.
Pukul dia.
Berhenti!
Saya minta maaf.
Tuanku!
Bukan sekarang!
Ayah, tolonglah!
Fikiran Raja Asano tidak tenang.
Ini masanya untuk merampas Ako.
Inilah yang awak harapkan dan
inilah apa yang kita rancang.
Apa yang awak takutkan, Tuanku?
Tunjukkan keberanian awak.
Serahkan pada saya
jantung awak.
Setelah ini,
tiada lagi berpatah balik.
Awak terikat pada saya,
dan saya terikat pada awak.
Sungai-sungai darah, dan
gunung-gunung mayat...
...tidak akan menjadi
penghalang kita.
Mahupun air mata balu.
Carilah sifat iri hati dan kebencianmu.
Dan saya akan serahkan
segala keinginan awak.
Ayah.
Ayah!
Ayah!
Mika.
Ayah!
Mika.
- Ayah!
Ayah!
Tolong!
Apa yang berlaku?
Berundur!
Tuanku!
Ayah!
Semua orang, kembali ke
tempat masing-masing!
Undang-undangnya sudah jelas.
Awak telah menyerang tetamu tidak
bersenjata dan memalukan rumah awak.
Hukumannya adalah mati.
Oleh kerana pangkat dan khidmat
awak kepada Ako,...
...saya benarkan awak pulihkan
semula kehormatan awak dan rumah awak...
...melalui seppuku,
kematian di tangan sendiri.
Supaya awak boleh tunjukkan
keberanian dan maruah dalam kematian...
...sama seperti yang awak
tunjukkan dalam kehidupan.
Shogun boleh saja menggantung
saya seperti penjenayah.
Tetapi, dia mengizinkan saya...
...mengambil nyawa saya
dengan penuh kehormatan.
Tuanku telah disihir.
Fikiran tuanku telah diracuni.
Jika saya menerima takdir saya...
...tiada siapa akan mempersoalkan
maruah rakyat kita...
...atau menghukum mereka
atas kesalahan saya.
Berjanjilah...
...awak akan melindungi Mika dan
Ako daripada musuh-musuh kita.
Tuanku.
Saya dah bersedia, Oishi.
Dan apabila saya mati...
...saya akan rasa dihormati jika
awak mengiringi saya, sahabatku.
Ayah.
Jangan sampai mereka nampak
kamu menangis.
Tidak.
Kita harus membalas dendam.
Walau apapun berlaku, itu tugas kita.
Apa yang Tuanku mahu
kami lakukan?
Kalau kita lawan sekarang,
kita akan mati.
Dan bukan kita saja.
Semua petani dan penduduk
Ako akan dibunuh.
Kita kena fikir pasal mereka dulu.
Racun. Ia akan menamatkan
penderitaan tuan puteri.
Kita masih
belum kehilangan Ako.
Yang Amat Mulia.
Puteri Asano, saya bersimpati
atas kematian ayah awak.
Dia menerimanya dengan
bermaruah.
Yang Mulia, sebagai anak
tunggal ayah saya...
...izinkan saya menjaga tanahnya
sehinggalah saya berkahwin.
Saya dah pertimbangkannya,
Tuan Puteri.
Supaya tiada persengketaan
antara puak awak...
...saya perintahkan mulai hari ini,
mereka akan bersatu.
Melalui ikatan perkahwinan
antara awak dan Raja Kira.
Awak diberikan masa
setahun untuk berkabung.
Tapi awak kekal sebagai tetamu
Raja Kira hinggalah awak berkahwin.
Oishi.
Sekarang awak adalah ronin.
Samurai tanpa tuan.
Saya melarang awak membalas
dendam atas kematian Raja Asano.
Raja Kira, saya serahkan
Ako pada awak.
Mulai saat ini,
awak dibuang dari negeri ini.
Kepada yang berdegil,
mereka akan diburu dan dihukum mati.
Awak takkan jumpa dia lagi, Tuan Puteri.
Tatapilah buat kali terakhir.
Saya tak percayakan Oishi.
Dia tak boleh lindungi pangkatnya lagi.
Campakkan dia ke dalam lubang.
Patahkan semangatnya.
Setahun Kemudian
Ayah!
Ayah.
Pergi! Jauhkan diri daripada saya.
- Chikara, bangunkan dia.
Mana orang-orang saya?
Mereka semua dah tinggalkan Ako.
- Puteri Asano?
Waktu perkabungannya
dah hampir tamat.
Raja Kira membawa dia
ke istananya...
...untuk buat persiapan
perkahwinan mereka.
Chikara, di mana lelaki
kacukan tu?
Orang-orang Kira
membawanya ke pulau Belanda...
...dan menjual dia
sebagai hamba.
Kita perlukan 3 ekor kuda.
Sekarang.
Riku.
Awak harus yakinkan seluruh
dunia, yang kita telah bercerai.
Itu saja cara untuk lindungi
awak daripada tindakan saya.
Tiada siapa boleh tahu
kecuali kita berdua...
...dan akan sentiasa menjadi ...
...kegembiraan dalam hidup saya.
Saya isteri seorang samurai.
Walau apapun tugas awak,
ia tugas saya juga.
Tunjukkan ini pada mereka...
...dan suruh mereka jumpa ayah
di tasik hitam dalam seminggu lagi.
Ingat, musuh
akan sentiasa memerhati.
Hei, orang asing.
Apa urusan awak di sini?
- Saya mencari seorang lelaki kacukan.
Semoga berjaya, samurai!
Kacukan!
Kacukan!
Kai!
Ini saya, Oishi.
Kai!
Ini saya!
Kai!
Puteri Asano...
Mika.
Dia perlukan bantuan awak.
Kacukan!
Kacukan!
Kai, tak lama lagi
Kira akan mengahwini Mika.
Kita mesti halang dia!
Awak bersama saya?
Sekarang!
Puteri Asano akan berkahwin
seminggu lagi.
Apa awak peduli? Semasa Kira bawa
dia pergi, awak cuma melutut.
Kita semua boleh dibunuh.
Awak juga.
Apa gunanya awak pada kematiannya?
- Apa gunanya saya pada awak?
Ikut saya atau awak
kembali ke tempat awak.
Jangan nak berpaling
daripada saya, ronin.
Ikut awak untuk apa?
Kira ada 1,000 tentera
di bawah pemerintahannya.
Dia juga dilindungi
oleh ilmu sihir.
Ketika saya beritahu awak,
awak menafikan saya. - Saya silap.
Saya dah hampakan tuanku.
Saya tak tahu siapa atau
apa awak ni...
...tapi saya perlukan bantuan awak.
Pakaian.
Saya akan ikut awak
tapi kalau awak melutut...
...di depan Kira lagi, saya
akan pancung kepala awak.
Dari mana awak belajar
berlawan macam tu? - Dari iblis.
Tuanku, ampuni saya.
Lelaki kacukan tu dah terlepas
dari pulau Belanda.
Mereka cakap seorang samurai
membantunya.
Oishi.
Cari Oishi.
Saya mahu dia mati.
Yasuno, itu Oishi!
Semua orang, Oishi dah kembali!
Oishi dah kembali!
Ayah.
- Syabas, Chikara.
Hari ini kita mungkin seorang ronin,
tapi sekarang masanya sudah tiba.
Apa yang saya cadangkan ini
berakhir dalam kematian.
Walaupun kita berjaya...
...kita akan digantung
sebagai penjenayah...
...kerana melanggar
perintah Shogun.
Saya bersumpah di hadapan awak...
...saya tidak akan berehat
sehinggalah keadilan ditegakkan...
...tidak akan tidur sehinggalah
mahaguru kita bersemadi dengan aman...
...dan tidak akan berdoa melainkan
untuk meminta pengampunan syurga...
...kerana menghantar Kira
ke neraka!
Cuma ada 2 jalan masuk.
Pintu masuk utama di sini...
...dan jalan ini di bawah tembok barat.
Kedua-duanya dikawal ketat.
Kita perlu menyerang ketika Kira
meninggalkan kawalan istananya.
Dia akan pergi ke makam
nenek moyangnya untuk berdoa.
Kita tak tahu bila dia
akan pergi.
Isogai, awak pergi ke kota kuilnya
dan dapatkan maklumat.
Ingat, walaupun berdekatan
dengan tempat suci...
...ada rumah pelacuran dan ramai
pegawai bermulut celupar yang melawat.
Walaupun kita tahu jalannya, kita
perlukan ramai orang untuk serang hendap.
Jadi, kita akan dapatkan mereka.
Awak, Chuzaemon dan Okuda...
...akan kumpulkan bekas samurai
kita seberapa banyak yang boleh...
...dan jumpa kami di rumah ladang
tempat Horibe jumpa kita.
Maafkan saya, tuan. Macam mana kita
nak berjaya tanpa pedang yang bagus?
Ambil pedang saya.
Apabila kita berjumpa nanti,
akan ada banyak pedang menanti awak.
Yang selebihnya akan pergi
ke Uetsu.
Pembuat pedang terbaik
di wilayah ini bekerja di sana.
Kenapa lelaki kacukan itu
ada di sini?
Saya yang minta dia ke sini.
- Kita tak boleh bawa dia bersama.
Dia bukan samurai.
Tiada siapa di kalangan kita
merupakan seorang samurai lagi.
{\an5}Uetsu
Kampung Pembuat Pedang
Siapa awak?
Kami petani dari Shimobe, tuan.
Kami datang untuk membeli peralatan.
Sekarang, kampung ini
adalah milik Raja Kira.
Ini bukannya tangan petani.
Ambil pedang dan apa saja
yang boleh digunakan.
Kita perlukan lebih banyak lagi.
- Bantu dia.
Makanlah, Tuan Puteri.
Awak fikir saya peduli kalau
awak kelaparan sekalipun?
Tak lama lagi tuanku akan menjadi
pemerintah seluruh Jepun...
...dan awak bolehlah ambil
nyawa sendiri macam ayah awak.
Awak yang bunuh ayah saya.
- Bukankah awak yang kecewakan dia?
Awak khianati dia dengan
nafsu awak.
Kita boleh pergi ke Hida.
Mereka akan beri kita senjata.
Awak takkan jumpa
apa-apa di Hida.
Orang-orang Kira dah kuasai
seluruh daerah. Ada cara lain.
Awak akan jumpa pedang di
dalam Lautan Pokok.
Hutan Tengu.
Itu cuma mitos.
- Saya pernah melihatnya.
Macam mana awak tahu
tentang Hutan Tengu?
Saya dibesarkan
di sana sebelum saya lari ke Ako.
Parut di kepala awak. Adakah
mereka yang menanda awak?
Ya. - Dan mengajar awak
cara berlawan?
Untuk membunuh. Mereka ada
banyak cara pelik dan ajaib...
...untuk melindungi diri dan
kepercayaan mereka.
Mereka mahu tunjukkan pada saya yang
hidup ini cuma menawarkan kematian.
Mereka mahu saya jadi seperti
mereka dan meninggalkan duniawi.
Saya bersumpah tak akan guna
kuasa ajaib yang mereka ajar.
Walaupun ketika kanak-kanak,
saya tahu tempat saya di kalangan manusia.
Dan awak rasa Tengu akan
beri kita senjata?
Mereka akan menguji
keazaman kita.
Isteri saya tak habis-habis
berleter.
Dia mahu saya carikan dia kedudukan
terbaik untuk lihat perarakan Kira.
Perarakan? Perarakan apa?
Tiada siapa tahu bila Kira akan tinggalkan
istananya, termasuk pengawalnya.
Kita akan bergegas pulang
sebelum sesiapa terjaga.
Siapa nama awak?
- Yuki.
Dari mana asal awal, Yuki?
Awak dah kembali.
Kita sesat?
Tidak.
Mereka tahu kita di sini.
Bunyi apa tu?
- Hantu.
Roh lama dan lemah yang
ditinggalkan di sini untuk mati.
Dan juga anak-anak
tidak dikehendaki.
Cuma awak.
Saya ikut.
- Jangan.
Turuti apa yang dia cakap.
Tunggu di sini.
Walau apapun yang berlaku
dan apa yang awak nampak...
...jangan keluarkan pedang awak.
Tunggu di sini.
Macam mana kita nak tahu lelaki
kacukan tu tak bawa dia dalam perangkap?
Oishi percayakan dia. - Memanglah,
dia tiada pilihan. Kita perlukan senjata.
Kalau dia tak kembali dengan segera,
saya akan cari dia.
Jadi, budak yang ketakutan
kembali sebagai seorang lelaki.
Saya datang untuk minta bantuan awak.
Kami perlukan pedang.
Ambillah.
Pedang-pedang ini ditempat untuk
pertahankan kami dari kebencian manusia.
Manusia yang menganiaya
kami kerana kepercayaan kami.
Manusia sama yang menghina
awak kerana berbeza.
Dan sekarang awak ke sini untuk
bantu mereka. - Mereka orang baik.
Mereka cuma mahukan keadilan.
Ramai yang datang untuk pedang kami,
tapi tiada yang kembali.
Awak suruh dia supaya jangan
keluarkan pedangnya.
Kalau dia lakukannya, dia dan
orang-orangnya akan mati.
Ia berbaloi? Apa yang awak
jumpa di dunia luar?
Cinta seorang wanita yang
takkan awak miliki? - Ya.
Biar saya ceritakan sebuah
kisah cinta, Kai.
Cinta pada satu malam yang
membawa awak ke dunia ini.
Seorang pelayar Inggeris
dan seorang gadis petani.
Ibu awak yang penyayang meninggalkan
awak supaya mati dalam hutan ini.
Raksasa, anak kacukan.
Kami jumpa awak...
...menerima awak dan
melatih awak.
Kami mengajar awak banyak
perkara. Tapi awak lari...
...dan awak menolak semua
anugerah itu. - Anugerah kematian.
Walau apa yang awak lakukan...
...Mika tidak akan menjadi
milik awak dalam kehidupan ini.
Jadi, saya akan mati dan berdoa agar
saya temui dia dalam kehidupan seterusnya.
Tuan?
Apa yang awak buat di sini?
Saya suruh awak tunggu.
Jangan, Yasuno!
Keluarkan pedang awak.
Selamatkan mereka
Keluarkan pedang awak.
Selamatkan mereka.
Keluarkan pedang awak.
Selamatkan orang-orang awak!
Berhenti bercakap.
Awak akan beri saya apa
yang saya minta?
Ambil pedang itu, Kai. Kalau awak
boleh mencapainya sebelum saya.
Selamatkan orang awak.
Tolong mereka.
Keluarkan pedang awak, Oishi.
Selamatkan mereka.
Chikara!
Anugerah yang masih
belum dilupakan.
Awak dah lulus ujian mereka.
Orang-orang awak selamat.
Awak dah dapat pedang awak.
Apa yang istimewa sangat
dengan pedang ni?
Apa kemampuannya?
- Bergantung.
Pada apa?
- Pemakainya.
Macam mana dengan lelaki yang tinggi,
kuat dan berani macam saya?
Ia memotong.
Rasanya pedang saya dah rosak.
Pedang tuan. - Awak simpanlah, Hazama.
Saya dah cakap akan bawa yang lain.
Saya dah dapat maklumat yang
tuan minta.
Raja Kira akan pergi ke makam
nenek moyangnya malam ini.
Syabas. Mari, Isogai.
Kumpulkan orang.
Ayah.
Saya nak ikut.
- Tak boleh.
Horibe, tunggu bersama dia.
Saya akan ke makam nenek moyang
saya untuk berterima kasih...
...atas perkahwinan kita. Awak
mahu saya doakan apa-apa?
Tuanku takkan menyukai
jawapan saya.
Mungkin awak bencikan
saya, Tuan Puteri...
...tapi anak kita dan anak mereka
akan menjadi satu darah.
Jaga diri, Hazama.
Maaf.
Ini perangkap!
Pergi!
Berundur!
Berundur!
Keluar!
Yasuno!
Yasuno!
Oishi, tolong saya!
Basho.
Hazama!
Tidak!
- Oishi!
Ini milik Oishi, Tuanku.
Kekasih kacukan awak dah mati.
Begitu juga orang-orang
ayah awak.
Semuanya terbunuh semasa
cuba selamatkan awak.
Saya harap sekarang awak
faham nilai cinta awak.
Saya dah berjanji pada tuanku...
...saya tak akan cederakan awak,
walaupun sehelai rambut di kepala awak.
Tapi apa yang awak buat
pada diri sendiri...
...bukan urusan saya.
Selamat malam.
Kai.
Saya nak buat pengakuan.
Semasa saya kanak-kanak...
...saya suka menunggu dalam
hutan di luar pondok awak...
...dan ketika awak keluar,
saya baling batu pada awak...
...dan menyorok.
Saya tahu itu awak.
Saya nampak perut awak terjojol
keluar dari belakang pokok.
Saya minta maaf, Kai.
Awak orang baik.
Saya sepatutnya bertindak pada
hari Raja Asano mati.
Kemarahan kami sepatutnya
tidak lama dan cepat.
Walau kita tewas sekalipun...
...kita tewas dengan bermaruah.
Awak adalah samurai.
Kita masih ada pedang dan
kelebihan.
Kira fikir kita dah mati.
Kita boleh gunakan
itu sebagai kelebihan kita.
Kita masih mampu
melaksanakan tujuan kita.
Makanlah.
Tangan awak?
- Tak apa-apa.
Panggil ayah awak.
Jangan bergerak!
Apa yang berlaku?
Kami bukan rombongan kampung
yang boleh ditahan penjahat.
Raja Kira mengupah kami untuk buat
persembahan di majlis perkahwinannya.
Saya ada surat dan keizinan
sebagai buktinya. - Tak perlu.
Kami pernah lihat awak buat
persembahan di Ako.
Awak orang Raja Asano.
Kami perlukan bantuan awak.
Kai.
Maafkan saya kerana tak
berterima kasih pada awak...
...sebab kalahkan binatang tu
dan selamatkan nyawa saya.
Seorang samurai tidak menerima
pujian atas kejayaan orang lain.
Ini milik Basho.
Seorang samurai menggunakan
dua pedang.
Apabila jenayah terlepas
tanpa hukuman...
...dunia menjadi tidak seimbang.
Apabila kesalahan tak dibalas...
...syurga memandang kita
dengan rasa malu.
Kita juga harus mati untuk
menamatkan kitaran dendam ini.
Kita akan tinggalkan rekod
keberanian kita ini...
...supaya nanti dunia tahu siapa
kita dan apa yang kita lakukan.
Malam ni, kita akan dapatkan
semula maruah kita...
...dan membalas dendam
demi raja kita.
Tiada siapa tahu berapa
lama lagi dia hidup...
...atau bila ajalnya akan tiba.
Tapi lambat laun apa yang
tinggal dari kehidupan singkat kita...
...adalah kebanggaan anak-anak
kita ketika mereka menyebut nama kita.
Kai.
Kita tamatkan semuanya sekarang.
Sekarang, kita seramai 47 orang.
Apa yang awak nampak?
Petanda baik. Tak lama
lagi awak akan mengembara jauh.
Di setiap kota dan kampung, semua
orang akan tunduk pada awak.
Berhenti!
Benarkan mereka lalu.
Lima minit!
Raja Kira, dengan bangganya
kami mempersembahkan pada awak...
...persembahan kami sebagai
hadiah perkahwinan awak.
Jangan cederakan tuan puteri!
Kai!
Bunuh mereka!
Tunggu di sini!
Saya dah agak awak
akan datang untuk saya.
Tiada apa yang dapat pisahkan
saya daripada awak.
Tiada apa, si kacukan?
Malah maut sekalipun?
- Saya tahu awak ni siapa.
Awak tak tahu.
- Saya tak takut dengan awak.
Awak patut takut.
Marilah.
Sekarang awak tahu betapa
dalamnya keberanian tuanku.
Dengan nama Raja Asano
wilayah Ako!
Demi Raja Asano!
Chikara.
Berehatlah, Tuanku.
Dendam tuanku sudah terbalas.
Oishi, saya dah melarang awak
membalas dendam.
Ampunkan saya, Yang Mulia...
...tapi seorang lelaki tak mungkin
hidup di bawah langit yang sama...
...dengan pembunuh rajanya.
Saya cuma minta penghormatan
untuk orang-orang saya.
Mereka berani, Tuanku.
Yang paling berani pernah saya kenal.
Saya merayu untuk tuanku
benarkan mereka mati...
...dengan maruah yang layak
mereka miliki.
Atas kesalahan ingkar pada arahan...
...awak semua sepatutnya dihukum
mati sebagai penjenayah.
Tetapi awak dan orang-orang awak
mengikut haluan lama Bushido...
...demi menghormati raja awak
dan membalas dendam pada pengkhianat.
Saya hanya nampak samurai
di hadapan saya.
Saya tunaikan kematian samurai awak
dikebumikan di samping raja awak...
...dengan bermaruah.
- Terima kasih, Yang Amat Mulia.
Tuan Puteri Asano sama
seperti ayahnya.
Dia akan memartabatkan
Ako semula.
Ya, saya tahu.
Ayah saya pernah beritahu saya...
...dunia ini hanya persediaan
untuk kehidupan seterusnya...
...yang kita hanya boleh berharap
supaya kita mencintai...
...dan dicintai.
Saya akan mencari awak
melalui 1,000 dunia...
...dan 10,000 kehidupan
sehinggalah saya jumpa awak.
Saya akan menanti
awak sepanjang kehidupan itu.
Tunggu!
Chikara, anak Oishi...
...mari sini.
Oishi, saya tak akan menghapuskan
keturunan awak di negara kita.
Anak awak perlu hidup bagi
berkhidmat untuk Ako...
...sama seperti yang awak
dan samurai awak telah lakukan.
Saya akan mencari awak
melalui 1,000 dunia...
...dan 10,000 kehidupan
sehinggalah saya jumpa awak.
Memori 47 Ronin yang
mengutamakan tugas dan keadilan...
...serta menolak ketakutan
atas kematian mereka...
...bertahan selama berabad-abad...
...sebagai salah satu contoh
maruah dan kesetiaan terhebat...
...dalam budaya Jepun.
Sarikata Oleh:
Amirul Hisham (Santiago)