Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
4 Mei 2014 // Kedah
Hari pertama saya di sekolah undang-undang,
profesor saya cakap dua perkara.
Satu, "Mulai sekarang, kalau
mak kamu kata dia sayang kamu,..."
"...tanya orang lain."
-Dan?
"Kamu nak keadilan, pergi rumah pelacuran.
Nak cari masalah, pergi mahkamah."
Naomi!
Katakanlah awak ada klien
yang awak tahu dia bersalah.
Tak. Saya dan sistem keadilan
kita tak peduli soal tu.
Setiap tertuduh, tak kira
apa dia dah buat,...
...ada hak untuk dibela sebaik
mungkin oleh peguam belanya.
Macam mana dengan kebenaran?
-Kebenaran? Maksud awak?
Naomi!
Saya tak tahu pula ada banyak
cara untuk maksudkannya.
Awak rasa hanya ada satu jenis
kebenaran saja? -Awak lewat.
Bagi saya cuma ada satu kebenaran saja.
-Marty, jangan bergerak.
Kebenaran versi saya. Kebenaran yang
saya tanam dalam fikiran para juri.
Atau awak boleh gelar dengan nama lain.
Ilusi kepada kebenaran.
Ikut suka awak.
-Okey.
Jack, itu saja? Nak lagi?
Tengahari esok?
Ya. -Saya suruh setiausaha saya aturkan.
Okey.
Ini cerita utama, kan?
-Ya.
Koir St. Michael's Boys, terima kasih.
Kumpulan yang berbakat.
Sekarang, kita akan adakan
sesi ambil bergambar,...
...sementara menunggu mereka
datang dengan pemimpin mereka.
Saya akan kembali sekejap lagi.
Nikmati pencuci mulut anda.
Mangia, mangia.
Terima kasih. Marty!
Kejutan yang mengejutkan.
Saya datang nak bantu
datuk bandar kita yang baik ini.
Maaf.
-Berapa kosnya?
Lebih murah berbanding cara lain.
Esok. Ofis saya. 9:30.
Kita telah sampai ke kemuncak
acara pada malam ini.
Ini merupakan tahun kelima
berturut-turut saya diberi penghormatan...
...berkhidmat sebagai ketua
pengurus Persatuan Bar Chicago...
Rasanya awak tak patut hisap rokok.
-Tolonglah, ini bar.
Saya ingat awak dah berhenti.
Makin jarang.
Awak nampak cantik.
Awak gunting rambut?
Ya, beberapa bulan lepas.
Nak menari?
Muzik tak ada.
-Saya yakin ada.
Terima kasih, tuan dan puan...
Awak cuma perlu pusing belakang.
Ingatkan awak suka macam ni.
Agar awak tak perlu pandang wajah saya.
Kejamnya.
Pandang saya.
Mari. Kita cari bar dan
hisap rokok sepuas mungkin.
Terima kasih ajak saya,
tapi saya tak suka main-main.
Tapi kita kerap berjumpa.
Kita tak serius, Marty.
Hubungan kita cuma 6 bulan.
Saya nak mengaku saya tak pernah tengok
peguam dan ahli politik seramai ini...
...berkumpul di satu tempat semenjak
upacara pengakuan pagi tadi.
Orang ramai takkan terima
keputusan ini dengan...
...penyangak yang patutnya
dipenjara seumur hidup.
Memang dia klien awak, tapi Joey Pinero
adalah penjenayah tegar.
Edar dadah, seludup duit...
-Dia hanya dituduh, kan, Yancy?
Awak dengar dia cakap "dituduh"?
En. Pinero tak pernah dibuktikan
bersalah atas sebarang kesalahan.
Polis pukul dia sampai berdarah.
Nasib baik dia selamat.
Tapi, saya tak membantah
sebarang penyelesaian.
1,500,000 dan Pinero pergi dari sini.
Awak tak boleh halang hak dia
untuk menetap di mana-mana.
Mengikut undang-undang,
awak takkan dapat sokongan mahkamah.
Dapat sokongan mahkamah atau pun tidak,...
...En. Pinero pasti faham maksud kami.
Carilah jalan lain, jangan duduk bersembang saja.
Awak lebih teruk dari penyangak yang awak wakili.
Cukup, Bud. Sudahlah.
-Saya peguam bela dia.
Awak dapat 40% komisen. Saya pasti
cadangan awak akan diguna pakai.
Terima kasih, John.
En. Vail.
-Apa khabar?
Buena.
Sedap bunyi.
Traeme dos tequilas por aqui.
-Bien, m'hijito.
Apa mereka kata?
Mereka tawarkan 1,500,000 dolar.
Dari Shaughnessy sendiri.
Apa pendapat kau?
Kita patut setuju. Kecuali kau nak
habiskan dua tahun lagi di Mahkamah Rayuan.
Tak, aku tak nak. Tutup kes.
-Baiklah.
Okey.
-Gracias.
Salud.
-Salud.
Mia?
-Giliran kau.
Ada satu lagi.
Mereka nak kau tinggalkan negeri ni.
Mereka nak kau berambus.
-Berambus?
Pasti mereka ada muslihat.
Apa maksud kau?
Aku selalu dapat tawaran
daripada mereka, Marty.
Tawaran apa?
Dua bulan lepas, ada polis
datang ke sini, dia kata:
"Kau mengaku dalam kes Alderman
Martinez, kami akan jaga kau, Joey."
Dia kata akan tolong aku,
dan jadi pegawai parol aku.
Tapi aku tolak tawaran dia.
Martinez orang baik.
Dialah yang menentang...
...bila ramai orang nak tukar South River
jadi kawasan perumahan kondo mahal.
Kenapa kau tak beritahu aku sebelum ni?
-Kenapa?
Sebab benda ini berlaku setiap hari.
Aku ingatkan tak penting.
Kau ingat?
-Aku dah habiskan banyak duit di sini.
Mereka pun sama.
-Aku bina klinik di sini.
Mereka semua bergantung pada aku.
Aku tak peduli.
Kau boleh bayar mereka dari California.
Chucho, bawakan CD tu.
Aku hormat nasihat kau, Marty,
tapi aku tak setuju.
Aku ambil duit, tapi aku takkan berambus.
-Aku tak sedap hati, Joey.
Apa mereka akan buat? Bunuh aku?
Mereka pernah cuba dulu.
Macam mana mereka nak bunuh
orang yang sentiasa berjaga?
Terima duit tu.
Lagu yang kau suka.
Bagus, terima kasih.
Kapten, ada apa-apa maklumat?
-Saya belum tahu apa-apa.
Kapten Stenner, apa halnya?
Saya belum tengok apa-apa.
Bila saya dah masuk, saya beritahu.
Mungkin kau nak balik tidur, Abel.
Darah merata tempat.
Terima kasih, Harvey.
Teruk, kan?
Berhenti!
Empat batang jari cedera parah.
Satu simbol, B 32.1 56,
ditoreh ke atas dada.
Suhu badan masih panas...
Kapten, suspek sedang dikejar.
Sebuah keretapi yang melintas memisahkan suspek...
Awak nak tahu apa yang saya benci?
Bila orang ramai suka buruk-
burukkan gelaran peguam bela.
Kami pula yang jahat?
Awak tahu kenapa?
Bila kami mewakili tertuduh,
kami dianggap macam penjenayah.
Orang ramai ingat mereka bersalah,
mereka ingat kami tahu tertuduh bersalah.
Sebenarnya kami tak tahu apa-apa, tak tanya,
tak ambil kisah. Kami cuma buat kerja kami.
Malah, mereka bukan kawan kami.
Segelintirnya kawan kami....
Kenapa awak tinggalkan pejabat guaman kerajaan?
Tak gembira dengan kerja.
Pilih sama ada buka pejabat
sendiri atau jadi hakim tua.
Kenapa nak jadi pengadil
kalau boleh jadi pemain?
...di sekitar St. Michael
dan rumah agam Ketua Paderi...
Ini dia!
Kami akan terus membawakan
perkembangan kepada kejadian ini.
Maklumat yang diterima menyatakan
kira-kira pada 11:08 pagi ini...
Jadi, bila awak tahu awak
akan menang kes itu?
Apa? Maaf?
Semasa perbicaraan kes Pinero,
awak ada cakap, "Saya dah menang"?
Pada hari saya terima kes itu.
Maafkan saya.
Pembunuhan mengejutkan salah seorang
idola kesayangan warga Chicago,...
...Ketua Paderi Richard Rushman,
telah membuatkan suasana sugul.
Bersama Andy, langsung sekarang.
Difahamkan polis baru sahaja menahan
seorang remaja berusia 19 tahun,...
...dikenali sebagai Aaron Stampler.
Menurut Kapten Stenner...
Kita jumpa lain kali.
Telefon ofis saya.
Pejabat guaman Martin Vail.
-Awak dah tengok berita?
Telefon Sullivan di pejabat Hakim Trutter.
Cari dia, dan telefon saya secepat mungkin.
Ramai peguam pasti nak kes ni.
-Okey.
Pihak polis melakukan tindakan pantas,
dengan penangkapan ini.
Awak uruskan kes Stampler?
-Maaf, saya tak boleh bercakap sekarang.
Peguam kerajaan dah datang?
-Ya, Yancy.
Polis?
-Datang dan pergi.
Tutup!
Saya nak bercakap dengan dia
secara berdua saja kalau boleh.
Boleh, tapi saya terpaksa kurung awak.
-Baiklah.
Awak kenal siapa saya?
Tak, encik. Tak kenal.
Nama saya Martin Vail.
Saya peguam bela terkenal.
Saya tak ada duit.
-Saya tahu.
Saya akan ambil kes
awak secara pro bono,...
...yang mana bermaksud awak akan
dapat pembelaan saya secara percuma.
Atau pun awak boleh terima
keputusan mahkamah...
...yang berkemungkinan besar boleh
buat awak dijatuhkan hukuman mati.
Tak, encik. Saya berterima kasih
dengan apa saja pertolongan awak.
Sama-sama.
Jadi, nama penuh awak...?
Nama saya Aaron Luke Sta...
Stampler.
Stampler.
Awak dari Kentucky, Aaron?
-Ya. Dari Creekside.
Tak tulis di situ?
-Tak.
Dah berapa lama awak di Chicago?
Genap 2 tahun bulan depan, rasanya.
Awak pernah ditahan?
-Tak.
Bagaimana awak kenal Ketua Paderi?
Dulu saya mengemis di tepi jalan,
di jalan Wacker Drive.
Paderi Rushman datang dengan Cadillac dia.
Dia nampak saya dan berhenti.
Dia bawa saya ke rumah agam.
Saya kerja sebagai budak altar.
Dan menyanyi dalam koir.
Berapa lama awak di rumah agam, Aaron?
Setahun setengah.
Saya sepatutnya keluar dari situ
selepas usia 18 tahun,...
...tapi Paderi Rushman benarkan
saya tinggal sampai saya 19 tahun.
Baiknya dia.
Ya. Dia baik.
Aaron, awak ada sebab untuk
membenci Ketua Paderi?
Benci? Tak, encik.
Dia macam seorang bapa pada saya.
Ya, tapi awak...
Macam mana saya nak cakap?
Awak ada di dalam bilik
semasa dia dibunuh?
Apa penerangan awak?
Ada orang lain dalam bilik tu, En. Vail.
Ada orang ketiga?
-Ya, encik.
Awak dah beritahu pihak polis?
-Ya, sudah.
Tapi mereka tak percayakan saya.
-Tak apa. Awak beritahu saya.
Saya sedang pulangkan buku...
...ke bilik Paderi Rushman.
Saya terdengar bunyi,
jadi saya masuk bilik dia.
Paderi Rushman terbaring atas lantai.
Darah di merata-rata tempat.
Kemudian saya nampak bayang.
Saya nampak seseorang...
...bersandar pada paderi Rushman.
Dia pandang dan datang ke arah saya.
Kemudian saya tak sedar.
Apa maksud awak tak sedar?
Saya pitam.
Selalu terjadi pada saya.
Saya ada penyakit.
Saya pitam.
Saya tak ingat apa-apa.
Kenapa awak lari dari pihak polis,
Aaron, kalau awak tak bersalah?
Bila saya bangun,
saya berlumuran darah.
Saya tak tahu apa nak buat.
Saya takut, saya dengar siren dan lari.
Saya tahu apa awak fikir, En. Vail,
tapi saya sumpah...
Awak tak perlu yakinkan saya.
Jawab saja soalan saya.
Saya tak buat. Awak mesti percayakan saya.
-Tak, tak, saya tak peduli.
Saya peguam awak, maksudnya
saya ibu awak, ayah awak,...
...kawan baik awak dan paderi awak.
Jangan bercakap pada sesiapa
kecuali dengan saya saja.
Jangan bercakap dengan polis, media,
tahanan lain dalam sel,...
...tanpa kebenaran saya, faham?
Ya?
-Ya, saya faham.
Sekarang, ini penting.
Apa saiz sut awak?
Apa?
-Saiz sut awak. 38"?
Saya tak tahu.
-38" panjang.
Pihak polis mengejar Stampler dari
lokasi persembunyiannya di Cathedral.
Pengejaran berterusan ke kawasan lintasan
keretapi dan dia hampir terlepas,...
...selepas sempat melintas kawasan rel
dan dipisahkan oleh sebuah keretapi.
Peguam bela tempatan yang
sangat terkenal Martin Vail...
...dipercayai telah melawat Stampler
di Maxwell Street...
Selepas dikejar di kawasan rel
di belakang gereja St. Michael,...
...Stampler dijumpai di dalam
sebuah lubang di kawasan...
Awak akan bela dia?
-Maafkan saya...
Terima kasih.
Kita dah lepas langkah pertama.
Saya akan jawab soalan kamu sekarang.
Shaughnessy, bagaimana dengan kumpulan
budak altar yang disertai Stampler?
Maklumat belum kukuh.
Mungkin kumpulan tersebut terlibat?
Tiada sebab untuk kami mengesyaki
individu lain selain Stampler.
Dia berada di dalam bilik Paderi.
Dia ditahan selepas melarikan diri.
Aaron Stampler yang berlumuran darah
dikejar ke serata kawasan McCormic,...
...sebelum hampir terbunuh
dilanggar keretapi yang melintas.
Dia akan telefon awak bila
dia sampai nanti. Terima kasih.
Naomi!
-Ya.
Maaf, saya lewat.
Kita ada klien baru.
Saya risau awak akan cakap macam tu.
-Siapa?
Awak tahu apa mereka gelar dia?
Si Budak Pencincang dari St. Mike.
Saya suka.
-Awak akan kerap dengar nanti.
Budak yang cincang Paderi tu jadi klien kita?
Awak mesti faham makna perkataan "dikatakan"
kalau awak nak jadi seorang peguam.
Kopi, Tommy?
-Tak, terima kasih.
Dia mengaku dia berada dalam bilik semasa
pembunuhan berlaku, tapi dia tak nampak.
Boleh berhenti sekejap?
-Tak boleh. Dia sedang pulangkan buku.
Dia terdengar bunyi bising dari bilik tidur.
Dia pun masuk.
Dia nampak seseorang bersandar pada mayat.
Dia pitam. Kemudian dia sedar,...
...siren berbunyi, dia berlumuran darah.
Polis jumpa dia di kawasan rel keretapi.
Dia ada cincin si paderi.
Dia curi cincin paderi?
-Tak, tapi ada dalam poket dia.
Itu saja?
Ya.
Itu cerita rekaan paling bodoh saya pernah dengar.
Sekarang, dah jadi cerita kita.
Okey. Buat kerja sekarang.
Kita mesti cari motif.
Pendakwa Raya tak ada motif.
Kita mesti buktikan ada orang
lain yang berpotensi disyaki,...
...agar kita boleh cipta satu
keraguan yang munasabah.
Saya nak tahu semua butiran pasal si paderi.
Cari dalam pusat data, cari dalam
Hall of Records, fail Dalam Negeri.
Dan pusat-pusat kebajikan penipu.
-Pusat kebajikan penipu? Dia paderi.
Naomi, catat ni. B 32.1 56.
Tertoreh atas dada si paderi.
"Dikatakan"?
-Tak, itu fakta.
Tapi bagus awak mencuba.
-Terima kasih.
Saya nak sejarah kes-kes bunuh
akibat tikaman, toreh dan agama.
Saya perlukan seorang pakar mental.
Bukan pakar teori semata-mata.
Saya nak yang betul-betul pakar.
Dan seorang pakar penyakit hilang ingatan.
-Macam mana rupa dia sebenarnya?
Budak pencincang tu?
Macam budak pengakap.
-Budak pengakap...
...dengan kepakaran menoreh.
Ketua Paderi ialah kawan rapat
kepada En. Shaughnessy.
Dia tanya saya siapa peguam terbaik saya.
Saya cakap awak.
-Terima kasih.
Kalau saya bersetuju jadi pendakwa raya
dalam kes ini,...
...saya mahukan kuasa penuh.
Kes ini milik awak.
Tapi saya nak tegaskan sesuatu.
Dia mesti dihukum mati.
Saya mesti teliti kes ini dulu
sebelum saya boleh beri jaminan.
Itu terpulang pada awak,
tapi permintaan saya muktamad.
Remaja yang mereka tahan
ada cakap apa-apa?
Ya, dia tak buat, katanya.
Ini penting, Janet.
-Maafkan saya.
Saya hargai kepercayaan awak pada saya.
Saya tak berniat nak membantah.
Itu sebabnya awak dibayar gaji.
-Terus terang cakap, awak tak perlukan saya.
Lambat-laun, dia akan dibicarakan dan
dihukum dengan budi bicara mahkamah.
Dia dah ada peguam bela.
Dia dah ada peguam? Siapa?
Saya Martin Vail.
Saya peguam bela Aaron Stampler.
Saya nak periksa lokasi kejadian.
Oh, budak pencincang?
Terima kasih, ya.
Saya lupa nama sebenar dia.
Kenapa, Marty?
Awak dah insaf?
Nak dekatkan diri dengan agama?
Siapa di antara kita yang lebih
dambakan tumpuan media sekarang?
Tak macam awak, saya cuma ditugaskan.
-Ya? Dan awak terima?
Mungkin saya akan terbitkan buku, siapa tahu?
Awak nak tengok gambar?
Marilah, comel gambarnya.
Saya pasti awak bersetuju yang ini
satu jenayah yang sangat terkutuk.
Saya ada satu nasihat. Jangan guna perkataan
"terkutuk" di dalam mahkamah.
Ramai juri tak tahu maksudnya.
Saya ada satu nasihat.
Saya bukan pembantu awak lagi.
Kalau awak belum perasan,
saya dah naik pangkat.
Saya tak perlu keluar dari situ.
-Awak patut keluar dari situ.
Kenapa awak masih bekerja dengan mereka?
-Awak nak saya ikut jejak awak?
Berhenti sebab awak berhenti?
Saya tak perlukan Mercedes.
Saya tak perlu tengok diri saya dalam Berita.
Awak tahu saya akan datang sini, kan?
Awak tahu saya akan bela dia.
Sebab itu awak terima kes ni.
Jangan mengarutlah.
Kenapa, Marty? Awak gementar?
Dah lama tak berhadapan peguam wanita berotak?
Kenapa? Awak penat, tak cukup tidur?
Awak yang tak cukup tidur.
Saya tidur lena.
Terima kasih.
Mana dia?
-Di sini.
Kita akan duduk bersama dua orang kawan saya.
Selepas pertuduhan dibaca,
hakim akan tanya apa pengakuan awak.
"Tak bersalah".
-Jangan.
Tapi saya tak salah, En. Vail.
Tak kisahlah.
Diamkan diri.
Awak yang akan cakap saya tak bersalah?
-Saya akan cakap apa saja. Jangan risau.
Tapi...
-Inilah maksud saya.
Jangan buat begini dalam mahkamah.
Biasakan diri. Saya bercakap, awak diam.
Awak cuma perlu duduk dan buat rupa
tak bersalah. -Memang saya tak bersalah.
Itu dia! Macam itulah rupa awak saya nak.
Boleh awak biasakan diri?
Pandang cermin kalau perlu.
Tak perlu.
Memang inilah rupa saya.
Kalau begitu kelebihan di tangan awak, kan?
Jangan senyum.
Jangan.
En. Vail, ada sebarang kenyataan?
-Kita akan tahu nanti.
Tekanan sekarang untuk tegakkan keadilan.
Pasti awak dah bercakap dengan polis.
Saya dah cakap jangan. Mereka tak betul.
Bagaimana dengan pakaiannya yang berlumuran darah?
Saya tak boleh jelaskan apa-apa sekarang.
Kes ini masih baru.
Sebarang fakta masih lagi mentah dan belum kukuh.
Awak terkenal gara-gara menyabitkan
ramai mangsa untuk selamatkan klien awak.
Mangsa dalam kes ini adalah klien saya.
Kedua-dua mereka adalah mangsa,
tiada suspek. Terima kasih.
Awak risaukan keselamatan dia?
-Tak. Terima kasih.
Semua berdiri.
Selamat tengahari, tuan dan puan.
Bailiff.
Kerajaan Menentang Aaron Stampler.
Duduk. Semua orang dah sampai?
-Ya, Yang Arif.
Cik Pendakwa Raya.
Kerajaan mendakwa Aaron Stampler
atas pembunuhan kelas pertama.
Apa pengakuan klien kamu?
Kalau mahkamah membenarkan,
saya perlukan masa untuk...
...jalankan satu penilaian mental
sebelum apa-apa dakwaan dikenakan.
Kerajaan mempunyai bukti yang
cukup untuk mendakwa tertuduh.
Saya setuju. Permintaan ditolak.
En. Stampler.
Kamu faham pertuduhannya?
-Ya.
Saya minta klien saya agar tidak menjawab.
Jawapan dia mungkin akan disalah erti.
Maksud awak, klien awak ragu-ragu
dengan pengakuannya sendiri?
Ya. Sebelum kami memperoleh penilaian
psikologi yang lengkap,...
...dia tidak akan menjawab sebarang
soalan yang diajukan kepadanya.
Kerajaan Menentang Appleby.
Sebagai rujukan untuk awak.
Terima kasih.
Apa awak nak?
Saya mencari bilik yang dihuni seorang
remaja bernama Aaron Stampler.
Awak polis?
-Saya pak cik dia.
Ini Alex punya.
-Siapa Alex?
Dia salah seorang budak altar.
Budak Altar.
Budak Altar pakai ni?
Ya, perkara biasa.
Budak Altar ni dah serang rakan kerja
saya dan belasah dia dengan teruk.
Rasanya apa dia buat dalam bilik awak?
Tak tahu, entahlah.
Saya tak pasti.
Awak tahu mana nak cari dia?
-Siapa? Alex?
Tak, saya tak tahu.
-Tak tahu?
Siapa Linda?
-Linda?
Dia teman wanita awak?
Di mana dia? Saya nak bercakap dengan dia.
Saya tak tahu di mana dia.
Saya rasa awak tak cukup
berterus terang dengan saya.
Saya beritahu perkara sebenar.
-Saya tak rasa begitu.
Awak terkejut Alex serang rakan kerja saya?
Tak. Dia memang panas baran.
Ya, tak syak lagi.
Mungkinkah Alex...
...orang yang awak nampak
di dalam bilik Ketua Paderi?
Alex? Saya tak pasti.
Boleh jadi dia.
-Entahlah.
Awak tak faham.
Kerajaan nak awak mati.
Kalau begini caranya, awak akan mati.
Saya cuba. Saya tak ingat.
Saya tak faham.
Kenapa Alex nak buat begitu?
Mungkin dia ada sebab sendiri.
Mungkin ada orang upah dia.
Siapa upah dia?
-Lupakanlah.
Awak rasa dia sanggup buat?
Saya tak tahu.
Saya tak tahu siapa yang sanggup buat begitu.
Terima kasih.
-Sama-sama.
Dia kata ada orang lain di dalam
bilik tu, tapi dia tak ingat.
Awak nak saya masuk dan buat dia ingat?
Macam mana kalau dia tahu dia yang buat?
Penyebab utama amnesia adalah:
Penderaan teruk, sawan,
kecederaan kepala dan kebiasaan.
Saya rasa dia cakap betul.
Okey. Dengar sini.
Saya tak ada masalah untuk menilai dia,
malah saya tak sabar,...
...tapi tugas saya bukan untuk
sahkan sesuatu cerita, faham?
Awak buat kerja awak,
saya buat kerja saya.
Kalau boleh,...
...saya perlukan MRI, EEG dan penguji Neuropsych.
Ya, doktor. Selamat malam.
-Selamat malam.
Saya akan rakam perbualan kita
untuk rujukan En. Vail.
Maksudnya, perbualan kita bukan rahsia.
Dia boleh panggil saya sebagai saksi.
Kalau awak ada soalan,...
...awak boleh tanya dia sekarang.
-Saya faham.
Bagus. Jadi, kita tak ada masalah.
Jumpa nanti.
-Okey.
Vail beritahu saya awak ada
tak sedarkan diri semasa kejadian.
Betul?
-Ya.
Saya tak sedarkan diri.
Saya pitam.
Awak pernah pitam sebelum ni?
-Ya, pernah.
Bila kali pertama ia berlaku?
Kali pertama berlaku semasa saya 12 tahun.
Ibu bapa awak tahu apa yang terjadi pada awak?
Tak. Ibu saya dah meninggal.
Dan ayah awak?
Tak. Dia bukan ayah yang baik.
Awak pernah cuba berubat?
-Apa?
Awak ada berjumpa doktor?
Tak.
Tak boleh berjumpa doktor di Creekside
melainkan kaki patah.
Boleh saya bercakap dengan awak?
-Cakaplah.
Maafkan saya. Saya akan bagi dia balik.
Berani sungguh awak?
Saya buah catur yang awak boleh ubah?
Saya sedang makan tengari.
Bila perbicaraan seterusnya?
Apa awak nak?
-Saya nak tahu bila.
Saya ada butiran nak dilampir.
-Tak, bukan.
Awak nak buat perjanjian.
Saya tak dapat apa-apa kalau buat
perjanjian pun. Kenapa awak rasa begitu?
Kalau kita nak buat perjanjian,
saya akan pastikan saya dapat banyak pujian.
Karut! Shaughnessy yang akan dapat.
Dia cuma gunakan awak.
Saya nak awak dakwa dia dengan
kesalahan bunuh tanpa hukuman mati.
Tanpa hukuman mati?
Kes kami sangat kuat.
Sangat kuat? Kurang rekod lampau,
tiada saksi, pengakuan dan motif.
Bukti kukuh. Takkanlah awak
nak cakap dia gila? Memalukan.
Cara saya akan buat dia mengaku.
Langkah awak dengan suruh dia
diamkan diri memang bijak.
Bijak, kan? Saya suka.
Kalau awak kalah, awak terima padah,
bukan Shaughnessy.
Kita tetap akan bicara, Marty.
Baiklah. Saya cuma perlukan seorang juri
yang percaya dia tak bersalah.
Seorang juri, bila tengok rupa dia...
Rupa dia memang meyakinkan.
Awak suruh dia berlatih?
Kegagapan dia pun meyakinkan.
Oh, Marty.
Takkanlah awak percaya dia tak buat.
Aaron Stampler berjaya pengaruhi awak?
Akibatnya bukan cuma hukuman penjara,
tapi ini soal hidup mati seseorang.
Kalau awak salah dan Shaughnessy penyebabnya,
sanggupkah awak terima kenyataan?
Saya teruskan hidup.
Jumpa awak dalam mahkamah.
Kita andaikan ini kes pembunuhan.
Jadi, gambar-gambar itu tak relevan.
Ini bukan saja kes bunuh,
tapi juga penyeksaan dan toreh.
Pihak Pendakwa cuma nak tunjuk gambar tu
pada pihak juri untuk raih simpati.
Tak betul. Pihak juri sendiri sudah sedar
dengan kekejian jenayah terkutuk ini,...
...dan ia memadai untuk mengaitkan tertuduh
yang berlumuran darah dengan lokasi jenayah.
Itu tanggapan dia sendiri.
Pembela, sudah!
Gambar ini barang bukti, En. Vail.
Kamu nak berehat sekejap dan
sambung perbicaraan secara sulit?
Saya minta maaf, Yang Arif, tapi dia melampau.
Lain kali, dia akan bantah kalau kami bawa
masuk senjata jenayah sebagai bahan bukti.
Alang-alang dia kata...
Ini bangunan awam.
Maafkan saya, En. Vail.
Boleh awak sain untuk saya?
Cerita pasal Linda.
En. Vail kata dia teman wanita awak.
Ya.
Macam mana kamu berdua kenal?
Kami berdua kenal di rumah agam.
Saya budak altar. Dia pula
bekerja untuk Paderi Rushman.
Bagaimana hubungan kamu berdua?
-Saya dan Linda?
Dia sangat beradab dan bijak.
Kami berdua bahagia.
Kami rancang nak kahwin.
Kamu pernah tidur bersama?
Itu soalan peribadi.
-Saya tahu. Saya terpaksa tanya.
Kamu pernah berhubungan kelamin, Aaron?
Ya, pernah.
Kamu ada bercinta dengan orang lain ketika itu?
Tak.
Dia?
Dia selalu berjumpa awak, Aaron?
Jarang, tapi,...
-Itu menghampakan awak.
Tak, dia cuma menghilangkan diri.
Dia cuma hilangkan diri sekejap.
Dia pergi sebelum kejadian ni berlaku.
Saya tak rasa dia tahu hal ni.
Ada maklumat untuk saya?
Ya.
Tak ada sebarang rekod tentang simbol B 321 56.
Tapi saya tak rasa itu bukannya B. Itu 8.
Mungkin torehannya tergelincir. 8321 56.
Thomas Jefferson.
Saya tak rasa dia yang buat.
Tengok yang ini. Ini cuma pelaburan
untuk badan amal dan yayasan Rushman.
Tak ada apa yang pelik, melainkan jumlahnya saja.
Sekejap.
Apa kaitan dia dengan perjanjian
di South River? Buka fail tu.
MEMUAT FAIL
Tengok siapa pelabur.
Shaughnessy?
Itu kawasan Joey Pinero.
Nampak lot ni?
Dulu ada banyak rumah di sini.
Malah, ada satu rumah di simpang, di
situ aku selalu cium teman wanita aku.
Dia mengandung.
Hebat penangan cium kau, Joey.
-Oh, ya.
Kawasan ni akan jadi dipenuhi kondo mahal
kalau mereka teruskan rancangan mereka.
Sebab itulah aku akan beli balik
lot ni dengan duit pampasan tu.
Kau tahu pasal duit tu, kan?
Siapa belum dengar?
-Marty yang terbaik.
Aku cuma buat kerja.
1,500,000. Dia cuma buat kerja.
Alderman, Joey beritahu aku ada
polis datang nak jerat kau.
Perkara biasa.
Mereka tak boleh pujuk aku,
jadi mereka pujuk anak buah aku.
Mereka rasa tanah yang kita pijak ni
lebih layak dijadikan landasan keretapi.
Tapi, tak. Tanah ni milik Gereja.
Gereja?
Melalui Yayasan Rushman?
-Betul.
Dengan bantuan ramai pelabur kaya.
-Termasuk John Shaughnessy.
Mereka beli semua tanah dan bangunan
di sekeliling kawasan Gereja...
...dan runtuhkannya.
Kejiranan kami akan pupus.
Aku pergi jumpa Ketua Paderi dan cakap,
"Apa nasib mereka semua ini?"
"Mereka miskin. Mereka akan
diusir dari kawasan mereka sendiri."
"Dan mereka katolik."
Dia faham masalah kami.
Dia suruh pemaju hentikan proses
pembangunan di sekitar Gereja.
Semua pelabur rugi bila bangunan tak dapat
diruntuhkan dan tanah tak dapat dibangunkan?
Ya, Shaughnessy rugi berjuta-juta.
Kalau boleh, sanggup kau jadi saksi?
-Siapa? Aku?
Ya, tak ada masalah.
Tukar saja baju ni, pakai
sut Brooks Brothers...
Tak, Joey, bukan kau.
Boleh.
Aku jadi saksi.
Awak tahu apa orang ramai fikir? Mereka
ingat bandar ni membangun dengan sendiri.
Mereka ingat ia bangun pagi, pergi kerja,
balik rumah, tidur, macam kita.
Mereka tak tahu apa yang mesti
dibendung untuk kekalkannya.
Jenayah, pembakaran, rusuhan.
Paip air bocor di bawah tanah.
Awak ingat si Pesuruhjaya Air telefon
kontraktor paip untuk baikinya?
Tak, dia telefon saya.
Semua orang telefon saya.
Sedapnya.
Mereka telefon saya sebab saya yang
kekalkan keamanan. Itu kerja saya.
Bandar ini berdiri teguh sebab
saya masih ada di sini.
Saya perunding yang bijak.
Awak rasa orang ramai tahu semua tu?
Sebenarnya saya tak kisah.
Orang-orang bodoh tak pernah mengundi.
Mereka cuma makan, tidur, tengok TV
dan tidur dengan isteri mereka.
Nampaknya kami kena berterima kasih pada wak.
Sama-sama.
John, awak perlukan ayat baru.
Saya dah kerap dengar ucapan macam ini.
Budak awak, Pinero tak tunaikan janji dia.
Inikah tujuan makan malam kita?
-Sebahagian.
Saya dah beritahu soal perjanjian tu.
Dia dah besar. Apa lagi sebahagian?
Saya dapat tahu pembantu awak sedang
korek maklumat kewangan Ketua Paderi.
Ya, betul.
Berapa banyak awak rugi bila dia
halang projek di South River?
Biar saya jelaskan sesuatu.
Awak silap besar kalau cari masalah dengan
orang paling berkuasa di bandar ni.
Bukan itu matlamat saya.
Jangan cari pasal dengan saya, Marty.
Paip bocor lagi, John.
Dalam rangkuman perbicaraan jenayah
paling sensasi dalam sejarah Chicago,...
...bekas Pendakwa Raya Kerajaan,
Martin Vail bakal memimpin...
Richard Rushman seorang hamba Tuhan.
Beliau sentiasa berbakti kepada rakyat Chicago.
Beliau seorang inspirasi, bukan saja ketua agama...
Nama saya Martin Vail.
Sebab saya dan awak berada di sini,...
...adalah untuk memastikan kebenaran terungkap.
Kita akan tahu kebenarannya,...
...bila bercakap tentang apa yang
pendakwa raya tidak mahu anda dengar.
Jangan terpedaya dengan raut wajah
naif dan dungu si tertuduh.
Aaron Stampler membunuh
Ketua Paderi Rushman...
...dan putuskan untuk bukan
saja bunuh dia,...
...tetapi tapi bunuh dia dengan cara
yang amat kejam...
Kita semua tahu Aaron ditahan tidak
lama selepas kematian ketua paderi.
Tapi kenapa? Kerana dia gementar
dan pihak polis dibawah tekanan...
Bahan bukti akan mendedahkan Aaron
Stampler telah mengintip, menyerang...
...dan dengan kejam membunuh insan hebat ini.
Pihak Pendakwa Raya tidak mahu kita tahu tentang...
...kehilangan secara misteri ramai lagi budak altar.
Dengan pendedahan kami, anda akan sedar...
...bahawa Aaron Stampler ialah individu sebenar...
...yang melakukan pembunuhan ini.
Menggunakan pisau ini,...
...Aaron Stampler berulang kali
menikam dada Ketua Paderi,...
...kemaluannya dan matanya.
Apa yang anda tidak tahu adalah, Ketua Paderi...
...melabur mewakili Gereja Roman Katolik.
Penarikan pelaburannya mengakibatkan kerugian
besar buat ramai individu-individu berpengaruh.
Anda juga tidak tahu tentang 20 ancaman
yang beliau terima tahun ini.
Dan anda juga pasti tidak tahu
motif di sebalik ancaman mereka.
Apa motifnya? Senang saja.
Mereka tak perlukan motif.
Inspektor Woodside, terangkan
mengenai kasut sneaker ini.
Ia diambil dari tertuduh sebaik
saja dia ditahan.
Apakah keputusan ujian darah?
Darah itu darah manusia,...
...padan dengan jenis darah dan
ciri-ciri DNA Ketua Paderi.
Bagaimana pula dengan jejak kaki
di sekitar mayat?
Pembunuh meninggalkan jejak kaki
di sekitar kawasan pergelutan,...
...seperti dalam tanda darah ini
di dalam bilik tersebut.
Ya atau tidak, inspektor. Mungkinkah
wujud orang ketiga di dalam bilik itu?
Tiada bukti untuk menyokongnya.
-Tiada bukti untuk menidakkannya juga.
Tidak.
Apa terjadi selepas pergelutan?
Analisis kami mengandaikan
pembunuh berasa takut dan lari...
...meninggalkan bilik tidur
dan bergerak ke tangga.
Adakah mungkin, inspektor, si pembunuh
sebenar, orang ketiga,...
...seorang yang bijak dan tidak
meninggalkan jejak kaki lain...
...di keseluruhan tempat.
Mungkinkah orang ketiga ini meletakkan
cap jari tertuduh ke atas pisau...
...ketika dia pengsan?
-Apa saja mungkin.
Jelas sekali mangsa menderita luka
akibat tikaman pisau beberapa kali.
Ya. 78 tikaman.
Dia cuba mempertahankan diri,
buktinya luka pada lengan dan tangan dia.
Doktor, adakah fakta kalau saya katakan...
...mungkin terdapat lebih dari seorang untuk
melakukan tikaman sebanyak 78 kali ini?
Boleh jadi lebih dari seorang,
tapi saya kurang yakin.
Berdasarkan analisis dari
pisau berdarah tersebut,...
...adakah dapat dipastikan sama ada pembunuh
menggunakan tangan kiri atau kanan?
Luka pada leher dan dada...
...memberikan andaian ia dilakukan
seseorang yang bertangan kiri.
Adakah tertuduh seorang yang
bertangan kiri? -Ya.
Tak mustahil juga orang yang bertangan
kanan menggunakan tangan kirinya.
Ya, tak mustahil.
Maka, tak salah kalau saya katakan mungkin
wujud orang ketiga di lokasi kejadian.
Mungkin. Tak mustahil.
...perbicaraan berterusan
dengan testimoni kuat...
...dari saksi pihak pendakwa,...
...Ketua Forensik Harvey Woodside
dan Penilai Medik Emile Weil.
Soalan bertubi-tubi juga disoal
kepada Woodside dan Weil...
...oleh peguam bela Stampler, Martin Vail.
Kapten Stenner, terima kasih sudi
luangkan masa bersama kami hari ini.
Tapi, sekarang saya ingin bercakap tentang
simbol yang ditoreh di bahagian dada.
Boleh awak terangkan pada juri,
apa maksudnya, Kapten?
Ya, huruf dan nombor...
...B 32.1 56 telah ditoreh ke atas
dada Ketua Paderi.
Dapatkah awak mengaitkannya pada
mana-mana rujukan munasabah?
Rasanya, ya.
Simbol B 32.1 56 sebenarnya adalah
kod katalog untuk sebuah buku...
...ditemui di bilik bacaan perbadi
terletak di aras bawah gereja.
Nombor tersebut, B 32, merujuk pada
sebuah buku, The Scarlet Letter,...
...oleh Nathaniel Hawthorne.
Kalau kita buka ke muka surat 156,...
...kita akan jumpa satu petikan bergaris.
Boleh awak bacakan petikan bergaris
itu kepada seisi mahkamah?
"Tiada sesiapa, bagi tempoh yang panjang,..."
..."mampu menjadi orang yang sama untuk
dirinya dan untuk orang lain..."
"...tanpa akhirnya keliru
dengan dirinya sendiri."
Terima kasih.
Apa makna petikan itu pada awak?
Saya bantah. Dia anggota polis,
bukan sasterawan.
Pendapat dia akan disalah erti
dan tidak relevan.
Dia bukan minta pendapat pakar.
Saksi boleh jawab.
Bagi saya, senang saja.
Pembunuh rasa mangsa seorang
yang bermuka-muka, tak jujur.
Menurut pengalaman awak, kapten,...
...adakah ramai pembunuh dengan sengaja
meninggalkan motif di tempat kejadian?
Jarang, tapi biasa terjadi.
Terima kasih.
Awak yang tanda buku tu?
Apa?
-Awak yang tanda buku tu?
Tak, En. Vail.
-Tak?
Tak, En. Vail. Saya tak pernah buka
The Scarlet Letter.
Saya tak suka Hawthorne.
Saya pernah ada buku tu
semasa di sekolah tinggi,...
...saya tak dapat baca lepas
dari muka surat 10.
Bukan saya seorang saja yang guna
perpustakaan paderi Rushman.
Semua orang pinjam buku daripada Rushman.
Dia galakkan kami. Budak altar, staf,
semua orang di situ.
Pengawal.
Awak memang tak putus asa, kan?
Awak tak tahu apa-apa?
-Tak.
Macam mana dengan kesan...?
-Saya tak boleh bercakap sekarang.
Ofis saya akan telefon awak, okey?
Terima kasih.
-Jumpa lagi.
Apa dah jadi?
Saya ingat 8 itu B.
Awak ingat ini kelakar?
Kita akan kalah kes ni.
Apa halnya?
Macam mana boleh terlepas pandang?
Dia ada 50 perpustakaan,
termasuk di jabatan polis Chicago.
Macam mana saya nak tahu dia ada
perpustakaan rahsia di bawah tanah?
Itu kerja awak.
-Awak nak kerja saya?!
Saya nak awak buat kerja awak!
-Marty, sudahlah.
Saya nak cari orang ketiga.
Faham tak?
Sekarang saya tak ada orang ketiga. Sebab apa?
Sebab kamu gagal cari dia!
Susahkah nak cari seorang budak?
-Mungkin kita dah dapat budak tu.
Kita kena juga pertimbangkan satu
kemungkinan bahawa dia yang lakukannya.
Semua bukti mengarah pada dia,
tapi awak tak nak mengaku.
Saya takkan mengaku apa-apa!
Saya tak rasa dia yang buat!
Perbicaraan seterusnya dua hari lagi!
Buat kerja kamu!
Pasti sukar hidup di Chicago.
Awak tak kenal sesiapa.
Tidak.
Awak ada duit?
Tak ada.
Saya nak bercakap lagi pasal teman
wanita awak, Linda. Boleh, Aaron?
Tak boleh.
-Kenapa tak boleh?
Aaron.
Maafkan saya.
Boleh tak kita buat lain kali?
Tak, tolonglah, sekejap saja.
-Saya penat.
Saya tahu. Kenapa bercakap pasal
Linda Forbes mengganggu awak?
Mana ada.
Saya cuma tak nak bercakap
pasal tu sekarang.
Kenapa? Awak tak apa-apa?
-Kepala saya sakit.
Saya minta maaf. Biar saya tengok.
Awak tahu apa saya akan buat dengan
benda ini? -Manalah aku tahu?
Aaron?
Apa yang awak cakap?
Apa kau nak? Aku akan bunuh kau!
Jangan, Alex. Campakkan.
Campak.
Ingat saya?!
-Nama saya Martin Vail.
Saya tak peduli!
Awak tak ada hak!
Yalah tu! Saya peguam bela Aaron Stampler!
Apa yang awak tahu tentang
pembunuhan Ketua Paderi?
Tak tahu.
-Mana awak nak pergi?
Jangan main-main dengan kami.
Saya sumpah tak tahu apa-apa.
Apa awak buat di rumah Aaron?
Apa yang awak cari?
Satu pita.
-Pita? Pita video?
Ya.
-Video apa?
Seks.
-Seks?
Nak saya lukis untuk awak?
Siapa?
Siapa?!
Saya, Linda.
Dan Aaron?
-Ya. Ketua Paderi pula merakam.
Maksud awak...
Maksud awak Paderi Rushman terlibat
dengan pita video seks?
Ya, dia namakannya pita "Menghalau Syaitan".
Dia akan berkhutbah selama 10 minit,
lepas tu dia akan suruh kami buat.
Saya tak peduli apa awak fikir!
Apa awak nak buat dengan pita video tu?
Saya nak buang.
Satu pita video saja?
Ya, dia asyik mainkan pita yang sama.
Kenapa awak rasa Aaron yang simpan?
-Saya tak tahu.
Lepas dia simpan, mungkin
dia balik dan bunuh paderi.
Dia yang bunuh, kan?
-Tak, bukan dia.
Mana gadis bernama Linda?
Dia takut!
Dia gementar. Dia berambus.
Pandang saya.
Bawa dia keluar dari sini, Tommy.
Bawa ke mana?
-Bilik empuk dan makan 3 kali sehari.
Awak tak boleh tahan saya! Awak bukan polis!
-Dulu saya polis.
Tengok siapa datang.
-Habiskan baca. Artikel tu bagus.
Awak tahu peraturannya.
Jangan kacau apa-apa,...
...jangan alih apa-apa.
Ya, saya takkan sentuh apa-apa.
Maafkan saya.
...sembahlah Tuhan setiap...
Helo.
Apa yang awak tengok?
-Tunggu sekejap.
Pergi sana.
Bagus. Tolong dia.
Bagus, Aaron.
Linda, tolong dia.
Tanggalkan baju dia, Aaron.
Bagus. Tolong dia, Linda.
Ini motifnya.
Saya nak bercakap dengan awak.
-Kita perlu berbincang...
Saya nak berdua dengan klien saya.
Awak percayakan saya?
Ya, ya, mestilah.
Bagus. Sebab saya tak percayakan awak.
Saya akan kalah kes ni sebab
klien saya menipu saya.
Saya tak pernah menipu...
-Tipu!
Jangan bohong.
Jangan main-main lagi.
Semua orang fikir awak yang buat.
Cuma saya saja yang percayakan awak.
Jadi, luahkan semua sekarang.
Awak yang tanda buku tu?
Tengok sini.
Awak yang tanda buku tu?
Tak, bukan saya.
-Saya tak percayakan awak.
Jangan tipu.
-Saya dah beritahu...
Saya tak percaya! Saya tonton pita tu!
Saya dah tonton. Saya tahu apa dia buat
pada awak. Saya nak dengar dari mulut awak.
Tak! Tak!
Jangan buat macam ni.
Beritahu saya perkara sebenar.
Awak yang bunuh dia, kan!
-Tak!
Awak pembohong! Awak yang buat!
Beritahu perkara sebenar. Jangan tipu.
Awak bunuh dia!
Tak guna! Awak bunuh dia!
-Tak!
Apa kau nak dari aku sekarang?
Berhentilah menangis!
Aku tak faham apa kau mengarut.
Pandang sini. Siapa kau?
-Siapa kau?
Ini sel aku! Siapa kau?
Aku dah tahu. Kau peguam tu.
Kau peguam, kan? Dengan sut mahal kau.
Aku dengar pasal kau.
Kau memang tak berguna, kaunselor.
Nampaknya mereka akan tembak Aaron
sampai terkeluar biji mata dia!
Mana Aaron?
-Dia tengah menangis.
Kau dah takutkan dia!
Kau kena berhadapan aku sekarang.
Aku akan ajar kau. Pandang sini.
Kalau kau berlagak kuat depan
Aaron lagi, aku belasah kau!
Kau faham?
-Aku faham.
Aaron ada masalah, dia panggil kau.
Kau harapan dia.
Aaron memang lemah.
Selalu gugup.
Ya.
Dia tak mampu buat apa-apa.
Dia tak mampu uruskan darah paderi tu.
Kalau dia buat macam aku cakap,
kami takkan dapat masalah ni.
Tapi dia takut dan gugup.
Lari tapi kena tangkap.
Jadi, Aaron yang bunuh Rushman.
Bukanlah! Mana mereka jumpa kau?
Kau tak dengar aku cakap?
Aaron tak berani buat apa-apa.
Aku yang buat.
Kau yang buat.
-Ya, aku yang buat.
Dia datang jumpa aku sambil menangis,
tergagap dan merengek.
"Aku tak tahan lagi, Roy.
Kau mesti tolong aku."
"Tolonglah, Roy."
Aku cakap, "Diam!
Matanglah. Jaga diri kau."
Jadi nama kau Roy?
Maafkan aku. Ya.
Apa nama kau? Marty?
Marty, aku nak hisap rokok.
Kau ada rokok?
Tak, aku dah berhenti.
Aku tak boleh hidup tanpa rokok.
Roy.
Roy, ceritalah pasal Linda.
Linda?
Nak buat apa dengan Linda?
Aku nak tahu pasal Linda.
Dia jalang. Semua orang pernah rasa dia.
Dia selalu rapat dengan Aaron,
dia ingat dia teman wanita dia.
Dia patahkan hati Aaron.
Jadi sebab tu kau bunuh Rushman.
Sebab hal seks tu.
Kau dah tengok pita tu.
Jawablah!
Kau ingat aku main-main?
Aku boleh patahkan leher kau!
Aku tanya, kau dah tengok?
-Ya, aku dah tengok pita tu.
Aku dah beritahu dia,
"Ambil pita tu. Itu motif!"
Kau jangan tunjuk pada sesiapa!
Kau faham?!
-Ya.
Aaron.
En. Vail?
Ya, ini saya, Aaron.
Dia yang buat.
Macam mana saya terlepas pandang?
Saya perlukan jahitan?
-Tak.
Bukan dia yang buat.
Aaron tak sedar apa terjadi di dalam tadi.
Dia kerap berhalusinasi.
Dia nampak bayangan didera, bayangan pitam.
Masalah dia pelik. Saya cuba beritahu awak.
Awak mungkin teruja dengan dia,
tapi habislah, saya kalah kes ni.
Dia menghidap kecelaruan identiti.
Letakkan saya dalam kandang saksi.
Dia glia.
Saya tak boleh ubah perakuan
di pertengahan perbicaraan.
Hakim takkan benarkan.
Gila bukan senang dibuktikan.
Okey.
Pada pendapat profesional saya,...
...dia bukan penjenayah.
Dia sakit.
Dia meringkuk dalam sel,
itu bukan tempat dia.
Awak ada aspirin?
Connerman, tanya sajalah.
Tanya apa?
Soalan yang awak nak tanya sebelum ni.
Saya tak faham, En. Vail.
"Macam mana awak bela seseorang
walaupun awak tahu mereka bersalah?"
Itu yang awak nak tanya, kan?
Soalan-soalan yang terpendam.
Senang cakap: "Kenapa awak sanggup lakukannya?"
AWak ingat ini tentang duit, kan?
Duit memang menggoda, Jack.
Soalan pertama saya tanya klien saya:
"Awak ada duit untuk kecemasan?"
"Sekaranglah kecemasan."
Awak ingat sebab saya nak tengok
muka saya pada muka depan majalah?
15 saat saya depan TV?
Saya suka yang itu.
Tapi cuba teka?
Bukan itu sebabnya.
Awak pernah ke Las Vegas?
-Ya.
Saya tak pernah pergi Vegas.
Kenap saya tak pergi Vegas?
Marty, dah lewat.
Apa kata kita beredar...
Kenapa nak berjudi dengan duit kalau
boleh berjudi dengan nyawa orang?
Saya berseloroh saja.
Baik, saya beritahu.
Saya percaya dengan tanggapan bahawa seseorang itu
tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Saya percaya dengan tanggapan
itu sebab saya percaya dengan...
...jiwa nurani yang wujud
dalam diri setiap orang.
Saya percaya dengan tanggapan bahawa bukan
semua jenayah dilakukan oleh orang jahat.
Saya juga sedar dengan hakikat...
...bahawa ramai orang baik lakukan
perkara yang sangat-sangat jahat.
Awak tahu semasa saya bekerja
dengan Shaughnessy,...
...saya buat perkara yang
sangat-sangat teruk.
Perkara tak sah.
Dulu saya pendakwa raya.
Saya menyesal dengan apa yang saya buat,
jadi saya putuskan untuk keluar.
Saya letak jawatan dan jadi pembela.
Ironinya, ramai orang fikir saya
seorang penipu sekarang.
Saya berjanji dengan diri saya sendiri...
...saya takkan menipu lagi dalam
kehidupan tumpuan saya ini.
Kalau awak cetak apa yang saya
cakap ni, saya saman awak.
Yalah, saya mengaku saya tersilap.
Apa awak nak? Sut baru?
Saya belikan awak sut baru.
Awak tersilap?
Awak kata ada orang ketiga yang buat.
Sekarang awak dah dapat orang ketiga.
Orang keempat, orang kelima...
Apa awak nak buat, Marty?
Entahlah. Kita dalam masalah.
Betul tu.
Macam mana awak nak selamatkan dia?
-Saya tak tahu.
Pada pendapat saya, Aaron tak buat
kesalahan pembunuhan kelas pertama.
Dia tikam paderi banyak kali...
-Bukan Aaron.
Untuk sabitkan seseorang dengan hukuman,
Kerajaan mesti sertakan bukti dengan niat.
Roy berniat, Aaron tak berniat.
-Kalau begitu awak kena isytiharkan gila...
...yang mana kita tak boleh buat pada pertengahan
perbicaraan, melainkan awak tukar kerjaya.
Saya mungkin tersilap, tapi saya tak salah.
Aaron tak bersalah. Roy yang bersalah.
Dia tak perlukan peguam, dia perlukan bomoh.
Awak tak ada di situ, awak tak tengok.
Dia remaja malang yang dipergunakan
oleh ayah dia, paderi dia.
Dah jadi tugas kita untuk buat juri
yakin dia tak patut mati.
Okey.
-Okey. Macam mana nak buat?
Kita akan dedahkan kisah dia diperguna
oleh si paderi.
Pita tu.
-Gila. Itu akan beri dia motif.
Memang nampak macam tu, tapi tak.
Sebenarnya, kita akan terbalikkan situasi.
Ini bukti kukuh atas apa yang Rushman
buat pada budak ni.
Tapi kita tak boleh dedahkannya.
Bukan kita yang akan dedahkannya.
Okey.
-Bagus.
Apa yang awak buat?
Awak tahu siapa saya.
Barleycorn, Marty. Sekarang.
-Janet?
Bahan lucah tu. Koleksi awak?
Mana awak dapat? Awak curi?
Dari lokasi kejadian?
-Saya tak tahu apa-apa...
Awak penipu.
-Cuba fikir.
Takkanlah saya nak bagi pada awak.
Itu motif.
Awak terpaksa bagi pada saya.
Kalau awak yang dedahkan, juri akan pandang
serong pada awak sebab memburukkan paderi.
Tapi kalau saya yang dedahkan, motif
atau tak, saya yang terima padah,...
...dan awak akan dapat simpati atas
perbuatan si paderi pada budak tu.
Awak rasa begitu?
-Saya benci awak.
Jangan dedahkan.
Saya takkan dedahkan.
Macam biasa, Stu.
Awak ada muslihat lagi.
-Saya tak ada apa-apa muslihat.
Awak cuba nak umpan saya
masuk kandang harimau, dan...
Awak tahu siapa akan kecewa?
Shaughnessy.
Pedulikan dia.
-Pedulikan?
Pedulikan awak.
Terima kasih banyak.
Kalau bukan itu motif awak, apa dia?
-Saya ada motif.
Ya, apa dia?
Saya akan beritahu awak.
Beritahu juri nanti.
Sekarang dah lewat.
Awak ingat awak berjaya jerat saya?
Awak ingat awak kenal saya,
awak tahu cara saya berfikir.
Saya tahu cara awak berfikir.
Awak tahu apa yang saya fikir?
Apa kena dengan muka awak?
Saya terlanggar kabinet.
Tak, awak cuba berdalih.
Kita patut datang lagi kemudian.
-Mereka tutup dalam 10 minit.
Bukan, nanti.
Selepas perbicaraan.
Bila semua dah selesai.
Kenapalah aturan masa awak sangat tepat
di dalam mahkamah...
...tapi sangat teruk dalam kehidupan sebenar?
Saya fikirkan nanti.
Saya terlampau bencikan awak sekarang.
Awak ada pelawat.
Dia datang.
Kita berbual nanti.
Janet.
Selamat pagi.
Mana pita tu?
Ada kandungan yang tak baik dalam pita tu.
Ya, memang.
-Siapa sangka?
Dari mana awak dapat?
-Tiba-tiba ada depan rumah saya.
Vail?
-Siapa lagi?
Penyangak bijak.
Awak rasa apa helah dia?
Terus terang, saya tak tahu.
-Jangan mengarut.
Awak sangat kenal dia.
Awak pernah bercinta dengan dia.
Mana ia?
-Di rumah.
Saya ada nasihat untuk awak.
Kalau awak rasa nak keluar berehat,...
...ambil beg tangan awak,
balik rumah dan musnahkan pita tu...
...yang memang patut awak musnahkan.
Awak tak rasa Vail ada salinan?
Awak tak rasa ada pita asli?
Stampler yang sedang dibicarakan,
bukannya gereja Katolik.
Kalau awak gagal cari motif lain
untuk salahkan dia, faham-fahamlah.
Semua berdiri.
Sila duduk.
Cik pendakwa raya.
Cik Venable.
Kerajaan memanggil Thomas Goodman.
Saya bantah, Yang Arif.
Pihak pendakwa tahu En. Goodman
ialah penyiasat saya dalam kes ini,...
...dan dibawah Peraturan Kesatuan Kerja
dia tak boleh dipaksa menjadi saksi.
Meminta kebenaran untuk bercakap
secara peribadi? -Silakan.
Saya ada bukti penting yang
boleh disahkan oleh saksi.
Itu terpulang pada En. Vail. Kalau dia tak
benarkan Goodman jadi saksi, maka tak boleh.
Buat keputusan, En. Vail.
Awak pernah ke pangsapuri saya?
-Tak.
Maksud saya kawasan pangsapuri saya.
-Mungkin.
Maaf. Sama ada ya atau tidak.
"Mungkin" tak bermaksud apa-apa.
Saya pernah ke sana.
Kenapa awak ke sana?
-Saya hantar sesuatu.
Mewakili siapa?
Martin Vail.
En. Vail hantar awak untuk
hantar sesuatu untuk saya.
Ya.
-Apakah ia?
Satu pita video.
Mungkinkah ini pita video
yang awak hantar untuk En. Vail?
Saya dapat rasakan, ya.
Sila masukkan pita ini ke dalam
senarai bahan bukti.
Baiklah. Sila catat.
Dari mana En. Vail mendapat video ini?
Dia ambil dari almari Paderi Rushman.
Curi.
-Pinjam.
Sebaik saja buat salinan, saya pulangkan.
Boleh awak gambarkan apa kandungannya?
Ada satu khutbah oleh Paderi Rushman, satu raptai,...
...diikuti dengan...
...satu video amatur.
-Video amatur? Apa dia?
Budak-budak altar.
-Dan?
Seorang gadis.
-Sedang buat apa?
Dia sedang mengajar altar?
Berhubungan seks.
Diam.
Filem lucah.
Ya.
-Ya. Sekarang.
Bagaimana agaknya pita lucah ini,...
...berada di dalam almari Ketua Paderi
dan Vail tahu ia ada di situ?
Dialah pengarah.
-Siapa?
Ketua Paderi Rushman.
-Diam!
Adakah tertuduh salah seorang budak altar
yang berada di dalam filem tersebut?
Ya.
-Teman wanitanya, Linda Forbes?
Ya, pun ada.
Pada pemerhatian awak, adakah
tertuduh kelihatan seronok...
...di dalam filem tersebut?
Tidak sama sekali.
Saya takkan tanya awak sama ada
awak dah sedar motifnya di sini.
Kami akan tentukannya sebaik saja
pita video itu dikaji sepenuhnya.
Tiada lagi soalan.
Pihak pembela ingin bertanya?
Tak, Yang Arif.
-Mahkamah berehat.
Bailiff, siapkan alatan video.
En. Goodman, awak boleh pergi.
Terima kasih atas nasihat awak.
En. Vail kata dia teman wanita awak.
-Ya, dulu.
Bagaimana kamu berdua kenal?
-Kami kenal di rumah agam.
Saya budak altar,...
...dan dia bekerja untuk Paderi Rushman.
Sebagai apa?
Kamu bercinta dengan orang lain ketika itu?
Tak, tak.
-Dia pula?
Tak.
Dia kerap berjumpa awak, Aaron?
Ya. Ya saya di sini.
Apa?
En. Vail, awak bersedia untuk
teruskan dengan saksi pertama awak?
Ya, Yang Arif.
Pembela memanggil John Shaughnessy.
Saya bantah. En. Shaughnessy bukan...
Yang Arif, boleh bercakap
secara peribadi? -Ya, silakan.
Klien saya mempertaruhkan nyawanya.
Dia yakin wujud orang ketiga.
Boleh En. Shaughnessy sahkannya?
Perlembagaan AS menjadi keutamaan di sini,...
...membenarkan pemanggilan mana-mana saksi
untuk membuktikan kesahihan.
Itu termaktub dalam Pemindaan Keenam
dan dibuktikan melalui Brady vs. Maryland.
En. Shaughnessy, awak salah seorang
ahli lembaga Yayasan Rushman?
Saya ahli lembaga kehormat.
Terangkan asal-usul dan matlamat yayasan ini.
Ia ditubuhkan oleh mendiang Ketua Paderi.
Ia bermatlamat melabur dalam projek-projek
yang dapat berbakti kepada rakyat setempat.
Berbakti untuk rakyat, okey.
Adakah kamu melabur di dalam projek...
...Kemajuan Perumahan South River?
-Ya.
Boleh awak terangkan kepada mahkamah
kenapa projek di South River dihentikan?
Berlaku perbezaan pendapat.
Bukankah juga wujud perbezaan pendapat di antara...
...para pelabur dan mendiang Ketua Paderi?
Saya tak ingat.
-Awak tak ingat...
Berapa banyak *** dilaburkan di dalam
projek South River yang gagal ini?
60 juta dolar.
-Diam.
60 juta dolar!
Itu jumlah yang banyak.
Awak dan Ketua Paderi dah berkawan
selama lebih 20 tahun?
Kamu berdua sangat rapat.
-Betul tu.
Adakah kandungan pita itu mengejutkan awak?
-Ya, pastinya.
Awak tak pernah dengar apa-apa
dakwaan menentang Ketua Paderi?
Tidak seingat saya.
Tambahan pula awak ialah Ketua Pendakwa
Raya Kerajaan selama 15 tahun ini,...
...dan awak menyelia semua dakwaan
di dalam daerah ini dalam tempoh itu,...
...lebih-lebih lagi yang membabitkan
tokoh-tokoh terkenal.
Saya juga ada ramai pegawai pendakwa raya lain.
Sebagai Ketua Pendakwa Raya, ia juga
terpulang pada awak untuk tentukan,...
...siapa untuk didakwa.
-Ya.
Mari kita susuri sejarah.
Mari balik ke Jun 1985.
Awak masih ingat apa-apa
dakwaan salah laku seks...
...membabitkan Ketua Paderi
ketika itu? -Saya tak ingat.
Awak masih ingat pada seorang pemuda
bernama Michael O'Donnell...
...yang datang ke unit kajian
jenayah di pejabat awak?
Saya tak tahu apa yang awak maksudkan.
Itu agak pelik kerana sebuah dokumen
dari Polis Metropolitan Chicago,...
...menyatakan Michael O'Donnell
berjumpa penasihat selama 2 minggu,...
...menjelaskan mengenai salah laku
seks Paderi Rushman ke atasnya.
Adakah benar, En. Pendakwa Raya,
bahawa kemudiannya awak memutuskan...
...untuk tidak mendakwa kawan awak itu?
Dia berhutang budi dengan awak, John.
Pasti awak sangat marah bila dia
hentikan projek di South River.
Dia cakap, "Saya tak tahan lagi"?
Dia cakap, "Tidak!"
Awak dan para pelabur lain ada
60 juta sebab untuk bunuh dia!
Kau tak guna!
-Cukup. Saksi bersurai.
Vail, masuk kamar saya sekarang.
-Itu untuk Joey Pinero.
Mulalah cari kerja lain.
Kalau awak nak guna mahkamah saya untuk
selesaikan dendam dan hutang lama,...
...awak silap banyak.
Bagi saya, keterangan Shaughnessy
adalah tidak relevan,...
...dan saya akan denda awak
sebanyak 10 000 dolar.
Saya tak boleh bicara secara adil
di dalam mahkamah awak?
Hati-hati, En. Vail.
Jangan terlajak kata.
Awak nak saya hantar cek terus pada awak?
Awak nak saya keluarkan awak dari kes ni?
Awak memaki hamun di dalam mahkamah saya,
saya tak boleh benarkan.
Saya nasihatkan awak wakili klien awak,
bukannya diri awak.
Boleh kita buat lain kali?
-Tak, tolong, sekejap saja.
Saya rasa sangat penat.
-Ya, saya tahu.
Kenapa bercakap tentang
Linda Forbes mengganggu awak?
Mana ada, saya cuma...
Okey.
-Saya minta maaf.
Awak tahu apa saya akan buat dengan
benda ini? -Manalah aku tahu!
Dr. Arrington, berapa lama masa awak
luangkan bersama Aaron Stampler?
Lebih kurang 60 jam.
-Apakah hasil penilaian awak?
En. Stampler menghidap penyakit
kecelaruan identiti yang teruk.
Kecelaruan personaliti pelbagai.
-Saya bantah, Yang Arif.
Dia hanya menyatakan hasil pemerhatiannya.
Yang Arif.
-Kaunselor.
Saya tahu apa awak nak buat.
-Maafkan saya sekejap?
Dia cuba mengaburkan kewarasan kliennya.
Saya hanya nak tampilkan bukti perubatan
mengenai penyakit hilang ingatannya.
Bukan itu tujuan dia.
Dia nak maksudkan tertuduh gila.
Betulkah?
-Tak betul.
Saya benarkan awak terus menyoal
saksi kalau awak lebih berhati-hati.
Baiklah.
Catat apa yang dia cakap.
Baik, di mana kita?
Adakah mungkin Aaron Stampler...
...ada di lokasi kejadian ketika
pembunuhan Ketua Paderi Rushman...
...dan tidak mengingatinya?
-Ya, mungkin.
Boleh awak jelaskan?
Situasi En. Stampler adalah di mana jasadnya
boleh berada di situ ketika kejadian,...
...namun mindanya tidak dapat mengingatinya.
Apa penjelasannya?
-Masalah kegemuruhannya...
...berlaku pada peringkat awal di mana
dia menderita didera oleh ayahnya.
Akibatnya, jiwa Aaron berkocak dan
terpisah kepada dua personaliti.
Yang Arif.
-Bukan saya yang cakap...
Saya dah beri peringatan dua kali.
Awak nak teruskan?
Saya cadangkan awak fikir
dengan baik sebelum menjawab.
Yang Arif, satu lagi soalan.
Dr. Arrington...
...pada pendapat awak adakah
Aaron Stampler mampu membunuh?
Tidak, dia terlampau trauma untuk
menjadi marah dan berang.
Dia pendamkan emosi,...
...yang mana mewujudkan si Roy,
yang mana mampu...
Saya bantah.
-Cukup, En. Vail.
Juri akan mengabaikan kenyataan terakhir
saksi ini, begitu juga mahkamah.
Pihak pendakwa mahu bertanya?
-Pastinya.
Memandangkan awak dah terlanjur bercakap,
menentang perintah mahkamah,...
...adakah kecelaruan personaliti
merupakan bidang kepakaran utama awak?
Ia bukan bidang utama saya.
Adakah psikiatri forensik
kepakaran utama awak?
Tak, saya pakar saraf.
-Baiklah.
Jadi awak tiada sebarang pengalaman forensik
dan pandangan awak hanya teori semata-mata?
Saya beri satu contoh teori.
Saya sedang memandu, tiba-tiba
ditikam seseorang.
Saya rasa macam nak bunuh dia,
tapi saya tak bunuh. Kenapa?
Saya harap tak.
Kadang-kala perkara malang berlaku pada kita.
Tapi kita takkan cipta orang gila untuk
buat kerja jahat kita, kan, doktor?
Saya tak kata awak menghidap
kecelaruan personaliti.
En. Stampler yang menghidapnya.
-Ya, saya tahu.
Awak juga mengaku sudah bertemu
dengan,... apa nama dia?
Roy.
-Roy apa?
Dia tak beritahu nama penuh.
-Baiklah.
Adakah Roy beritahu awak dia
yang bunuh Ketua Paderi?
En. Vail bersama dia, saya di luar,...
...tapi lepas saya masuk ke
dalam bilik, saya nampak Roy...
...sedang berubah menjadi Aaron.
Adakah awak merakam perlakuan si...?
Maafkan saya.
Saya tak biasa dengan namanya.
Roy.
-Awak rakam?
Tak, kamera dimatikan.
-Dimatikan?
Jadi awak tiada sebarang rekod bukti
kewujudan dia.
Tak.
-Tak.
Adakah Aaron dapat membezakan
baik dan benar? -Ya, dia tahu.
Kalau Aaron mencincang Paderi,...
-Bantahan.
...Adakah Aaron sedar dia dah
bunuh Ketua Paderi?
Adakah dia sedar dia melanggar undang-undang?
-Ya, dia akan tahu. Tapi itu bukan Aaron...
Ya, saya tahu, doktor.
Roy yang buat.
Itu saja.
Tiada soalan lagi, Yang Arif.
Saksi sila bersurai.
Kalau awak berminat mengukuhkan kenyataan
dengan memanggil ahli psikiatri kerajaan,...
...saya tiada masalah.
-Tak, saya...
...tak rasa itu perlu.
KIta dah dapat gambarannya.
En. Vail, awak nak teruskan?
Awak nak berehat?
Roy?
Aaron.
Boleh awak ceritakan mengenai
hubungan awak dan Ketua Paderi?
Ya, dia bagai bapa pada saya.
Saya sayang dia.
Kenapa awak sayang dia?
Kenapa?
Dia selamatkan saya.
Dialah satu-satunya orang yang
layan saya macam manusia.
Berhenti merengek. Matanglah sikit.
Kami semua dah tengok pita itu, Aaron.
Apa perasaan awak? Adakah itu
mengubah tanggapan awak pada Rushman?
Tidak.
Dia sangat baik.
Awak tak rasa marah dengan dia sebab
minta awak beraksi dalam pita itu?
Tak, dia banyak tolong saya.
Itu saja saya boleh buat untuk dia.
Awak kenal sesiapa bernama Roy?
Tak, tak kenal.
Awak dengar keterangan Dr. Arrington tentang
apa yang dia dan saya nampak di dalam jel.
Ada kejadian pelik berlaku.
Awak ingat?
Saya ingat dia beritahu saya,
tapi saya tak ingat kejadian itu.
Adakah awak membunuh Ketua Paderi Rushman?
Tak, saya tak bunuh.
Terima kasih.
Saksi awak.
En. Stampler, awak nak minum air?
Tak, cik.
-Pasti?
Ya, cik.
En. Stampler, adakah awak percaya
Ketua Paderi seorang yang bermuka-muka?
Maaf, apa awak cakap?
Adakah awak rasa beliau mempunyai peribadi
berbeza semasa di luar dan di dalam gereja?
Tak, saya tak rasa begitu.
Bukankah itu sebabnya awak menggaris
sebuah petikan di dalam buku Hawthorne?
En. Stampler?
Tak, saya tak tanda buku itu.
Awak tak pernah tanda?
-Tak.
Dan awak tak toreh nombor yang merujuk
pada petikan itu ke atas dadanya?
Tak. Saya dah cakap saya tak tanda.
Awak sayangkan dia.
Awak sayang dia macam seorang bapa.
Walaupun dia suruh awak dan teman wanita awak...
...beraksi lucah untuk kepuasannya sendiri.
Tak, awak tak faham. Dia...
Tak ada cara lain untuk dia
halau syaitan dalam dirinya. Dia...
Dia nak puaskan nafsu, Aaron.
Itu yang dia nak daripada awak.
Beraksi seperti haiwan sarkas.
Itu gunanya awak dalam hidup dia.
-Tak.
En. Stampler, saya akan tanya
awak terus sebab saya dah penat.
Saya dah penat dengan semua ini,
saya nak balik rumah.
Saya nak cuci tangan,
lupakan semua tentang awak...
...dan Paderi Rushman.
Adakah Paderi Rushman mendesak awak
dan teman wanita awak...
...melakukan aksi lucah sambil
dia menonton? Ya atau tak?
Ya, betul, tapi...
-Ya, dia paksa awak.
Dia paksa dan ugut untuk buang
awak dari rumah agam...
...dan meringkuk di tepi jalan
tanpa rumah, minuman dan makanan.
Dia letak awak depan kamera!
Dia paksa awak tanggalkan pakaian!
Dan awak tak rasa itu peribadinya
yang satu lagi?
Seorang lelaki yang kita sangka...
Tak! Tak. -Kalau sesiapa buat begitu
pada saya, saya akan bunuh dia.
Saya akan tikam dia 78 kali
dengan pisau pencincang!
Saya akan potong jari dia!
Saya akan kelar leher dia!
Saya akan toreh dada dia!
Saya akan korek bijik mata dia.
Pendapat saya saja.
Tiada lagi soalan.
-Mana kau nak pergi?
Pandang aku bila aku bercakap dengan kau!
Roy!
-Datanglah, aku patahkan leher dia!
Awak okey?
Jangan nyalakan rokok, Cik Venable.
Macam mana leher awak?
-Saya okey.
Saya boleh panggilkan doktor.
En. Shaughnessy baru saja telefon untuk
maklumkan perbicaraan ini masih sah.
Macamlah itu hak dia.
-Saya tak percaya...
...dia masih berani telefon.
Tak, terima kasih.
Apa yang penting sekarang adalah pendapat kamu.
Kes kamu dah rosak teruk.
Kalau terpulang pada saya, saya akan
bubarkan perbicaraan ini,...
...tak kira apa yang Shaughnessy dan Vail fikir.
Kami tak berminat untuk teruskan lagi kes ini.
Yang penting, saya tak berminat.
Saya boleh beri jaminan tiada sesiapa pun...
...dalam pejabat Pendakwa Raya yang berminat.
Jadi, terpulang pada awak.
Saya akan serahkan kuasa menyiasat dan
membuat keputusan kepada pihak juri,...
...dan isytiharkan perakuan
gila buat tertuduh. Ya?
Tertuduh akan direman untuk tempoh
penilaian selama 30 hari.
Biar mereka tentukan apa hukuman
tugas kemasyarakatannya.
Kamu ada apa-apa masalah?
-Dia akan bebas dalam sebulan.
Inilah undang-undang kita, Cik Venable.
Saya nak balik.
Yang Arif.
-Saya takkan kembalikan *** denda awak.
Lain kali awak nak dakwa klien
awak gila, buat perakuan dulu,...
...atau saya boleh gantung awak.
Awak okey?
-Saya okey? Saya nampak okey?
Saya diserang orang gila tu,
saya kalah kes, saya hilang kerja.
Tak, saya tak okey. Tapi awak dah menang,
keadilan dah ditegakkan. Peduli apa, kan?
Tahniah.
Awak tahu, kan?
Awak tahu kalau saya desak dia,
dia akan melenting.
Saya tahu dia akan keluar kalau dia terancam.
Siapa lagi akan buat kalau bukan saya?
Awak pergunakan saya.
Ya, betul, saya terpaksa.
Apa yang teruk sangat?
Saya tahu awak akan buat kerja awak.
Saya tahu awak kerja untuk Shaughnessy.
Saya tahu awak akan cuba sedaya upaya
untuk menang kes ni. Apa salahnya?
Saya hilang kerja saya!
-Bagus, awak patut berhenti sejak dulu.
Awak selalu cakap apa yang betul
untuk saya. -Saya berlagak.
Saya sangat...
...sangat berlagak.
Awak nak menari?
-Tak.
Pasti?
-Ya.
Awak cuma perlu pusing belakang.
Tak.
Tak.
Saya nak jumpa klien saya.
Saya nak bersendirian dengan dia.
-Awak pasti?
Awak okey?
Kepala saya sakit.
Awak tak ingat apa dah jadi?
Tak?
Saya tak sedarkan diri lagi.
Saya ada berita baik.
Mereka setuju hentikan perbicaraan.
Mereka akan hantar awak ke hospital
untuk tolong apa yang perlu.
Peluang awak untuk bebas sangat cerah.
Ya.
Saya bagai tak percaya.
Saya kelu, En. Vail.
-Tak apa.
Saya tahu kali pertama awak melangkah
masuk sel saya, semuanya akan okey.
Awak selamatkan nyawa saya.
Saya kena pergi.
Bila saya akan jumpa awak lagi?
-Itu terpulang pada mahkamah.
Saya tak nak awak risau.
Saya akan selalu ikut perkembangan awak.
Terima kasih.
Telefon saya kalau perlu.
-Baiklah.
En. Vail?
-Ya.
Boleh awak beritahu Cik Venable saya minta maaf?
Beritahu dia saya harap leher dia okey.
Ya.
Apa awak cakap?
-Apa?
Awak cakap awak tak ingat.
Awak pitam.
Macam mana awak tahu pasal leher dia?
Baguslah, Marty.
Saya baru nak lepaskan tadi.
Awak nampak sangat gembira tadi.
Sebenarnya, saya suka awak tahu.
Saya dah lama nak beritahu awak.
Saya cuma tak tahu awak nak dengar
daripada siapa.
Aaron atau Roy, Roy atau Aaron.
Saya akan beritahu awak secara
peribadi, antara peguam dan klien.
Tak kisahlah dari siapa awak dengar.
Sama saja.
Saya terpaksa...
...terpaksa bunuh Linda, En. Vail.
Dia memang berhak dapat balasannya.
Tapi, siat-menyiat Rushman...
...memang satu karya seni yang agung.
Awak bagus. Sangat bagus.
Tapi awak berjaya tangkap saya, kan?
Jadi, tak pernah wujud Roy?
Aduh, Marty. Kalau itu yang awak fikir,
saya kecewa dengan awak.
Aaron pun tak wujud, kaunselor.
Saya ingat awak dah tahu.
Cara awak biar saya beraksi tadi.
Aksi seorang lelaki saya.
Saya tahu awak nak tengok.
Kita sedang menari, Marty!
Pengawal.
-Jangan macam ni, Marty.
Kita berjaya. Kita pasangan serasi.
Awak ingat saya boleh lakukannya tanpa awak?
Awak rasa marah sebab awak dah
mula kasihan dengan si Aaron, tapi...
...kasih sayang memang menyakitkan, Marty.
Saya main-main saja!
Saya tak berniat mainkan perasaan awak!
Apa lagi saya patut buat?!
Awak akan berterima kasih pada saya,
sebab awak makin berpengaruh, Martin Vail!
Awak dengar tak! Itu pasti!
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
4 Mei 2014 // Kedah