Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya bermimpi aneh malam semalam.
Saya menarikan Angsa Putih.
Tapi koreografinya berbeza.
Lebih mirip cara Bolshoi.
Babak prolog,
ketika Rothbart mengenakan sihirnya.
Tengok warnanya! Cantik sungguh.
Cantik!
Baik angin awak hari ni.
Dia janji nak lebih
tonjolkan saya musim ini.
Sudah sepatutnya.
Awak dah lama di sana.
Dan awak penari yang paling berdedikasi
dalam kumpulan itu.
Angkat.
Apa tu?
- Apa?
- Itu dia.
Tak ada apa.
Betul tak mahu mak ikut?
Anak manis.
Ini keretapi Downtown 1 ke South Ferry.
Perhentian seterusnya. 72nd Street.
Sila jangan berdiri dekat dengan pintu.
KLASIK MUSIM SEJUK DICIPTA SEMULA
MUSIM BARU
Awak nampak Beth hari ini?
Tak percaya dia dah balik.
Tentulah dia dah balik.
Kenapa, dia tak faham sindiran ke?
Kumpulan ni dah tak ada duit.
Tak ada orang datang menonton dia lagi.
Sebenarnya tak ada orang datang menonton
tarian balet lagi.
Itu tak benar. Saya dengar The Royal
adakan musim terbaik mereka.
Dia perlu cuba sesuatu yang baru,
itu saja.
Tidak, orang baru.
Seperti siapa?
Penari yang lebih muda lagi.
Sedih.
Apa yang sedih?
Beth seorang penari yang cantik.
Begitu juga nenekku.
Fonteyn menari sehingga usia 50an.
Ya, kami tahu.
Penari solo?
Hebat!
Saya terlepas perhentian saya.
Terpaksa berjalan dari Lorong 79.
- Siapa tu?
- Orang baru dari San Francisco.
Okay.
Dan naik, dua, tiga empat.
Bagus, satu...
Dua, tiga, empat, naik...,
Cantik seperti biasa, Nina.
Relaks.
Dan satu, dan dua,
dan tiga, dan empat dan...
Berhenti, John. Sebentar.
Okay, ambil tempat.
Dan satu, dan dua, dan tiga, dan naik.
Satu, dan dua, dan tiga, dan empat...
- Apa khabar sayang?
- Baik, terima kasih.
Kita semua tahu ceritanya.
Gadis sunti, suci dan manis,
terperangkap dalam tubuh seekor angsa.
Dia inginkan kebebasan,
hanya cinta sejati boleh melepaskannya.
Permintaannya hampir dipenuhi
dalam bentuk seorang putera.
Tapi sebelum dia dapat luahkan cintanya,
kembarnya yang penuh berahi,
Angsa Hitam, menipu dan menggodanya.
Kecewa,
Angsa Putih melompat dari cenuram,
membunuh dirinya, dan dalam kematian
mendapat kebebasan.
- Selamat pagi, kumpulan.
- Selamat pagi.
Kita membuka musim dengan Swan Lake.
Telah banyak dilakukan, saya tahu.
Tetapi tidak seperti ini.
Kita ringkaskannya, jadikannya bersemangat
dan nyata.
Penerbitan baru perlukan
seorang Permaisuri Angsa baru.
Penampilan yang segar
untuk dipersembahkan kepada dunia.
Tetapi,
siapa yang boleh menarikan keduanya?
Yang putih dan yang hitam.
Semua penari solo yang saya tepuk, pergi
ke latihan yang dijadualkan tengah hari ini.
Mereka yang tidak saya tepuk,
jumpa saya di studio penari utama jam 5:00.
Terima kasih.
Baiklah, mula. Sudah kita buat sebelah kiri?
Sudah, puan.
Mari ulang sekali lagi.
Sial! Sial!
Apa?
Jika saya hanya sedang cari Angsa Putih,
awaklah orangnya.
Tapi tidak.
Maestro, tolong mainkan koda Odile.
Tunjukkan saya Angsa Hitam awak, Nina.
Tidak, jangan terlalu terkawal.
Goda kami.
Bukan hanya Putera, tapi istana,
penonton, seluruh dunia. Ayuh!
Langkah awak seperti
lelabah membuat sarang.
Serangnya! Serangnya!
Ayuh!
Datang pun.
Maaf.
Semua, ini Lily.
Langsung dari penerbangan San Francisco.
- Dia ambil tempat lama Rebecca.
- Hai.
- Panaskan badan.
- Tak mengapa.
Saya okay.
Nak saya buat lagi?
Tidak, terima kasih Nina. Dah cukup.
Veronica, variasi Angsa Putih.
Ayuh, tolong.
Baik maestro. Dua, tiga...
Bagaimana?
Kau lambat,
jadi mak telefon Susie di pejabat.
Uji bakat. Mak tak sangka
dia boleh tiba-tiba buat begitu.
Jadi?
Baik saja.
Baik saja?
Oh, sayang.
Beritahu mak.
Saya tahu Susie,
tapi dia tak boleh harapkan mereka
untuk terus menari seperti Beth Macintyre
selepas bercuti.
Tidak realistik langsung.
Mereka boleh lakukannya,
tapi tak punyai keajaiban Beth...
Dia kecewa...
Semuanya okay, Nina?
Saya tak apa-apa.
Hampir selesai
Kau terlalu kuat berlatih.
Kita semua ada hari buruk kita.
Budak perempuan tu tiba-tiba masuk...
Mak pasti dia tak bermaksud begitu.
Ingat tak waktu baru pertama kali kau mula?
Mak yang bawa kau ke setiap kelas kau,
kalau tidak tentu kau sesat.
Saya nak cakap dengannya esok.
Saya nak beritahu saya dah habiskannya.
Kau tak perlu bohong.
Dia tak akan percaya pun.
Sayang.
Mak tahu ia mengecewakan.
Dan semakin kau dewasa,
ada berbagai tekanan.
Mak faham.
Tapi tak mengapa.
Apa pun.
Mungkin kau dapat menari
peranan kumpulan angsa kecil lagi.
Bahagian yang menarik sekali.
Atau mungkin dia jadikan kau Angsa Besar.
Apa pun, kau akan bersinar.
Saya tahu.
Segalanya akan jadi lebih baik esok pagi.
Selalunya begitu.
Anak manis.
Ya, Nina?
Boleh cakap sekejap?
Jika bukan masanya...
Sekarang ni tepat.
Jadi?
Saya nak beritahu awak yang saya
berlatih koda semalam
dan dah selesaikannya.
Saya rasa awak patut tahu.
Dengar sini, Nina.
Sejujurnya, saya tak peduli teknik awak.
Awak sepatutnya tahu.
- Tapi semalam...
- Tidak.
Lagipun, saya dah pilih Veronica.
Maaf.
Okay. Terima kasih.
Itu saja?
Awak tak mahu cuba
ubah fikiran saya?
Awak tentu terfikir mungkin boleh.
Kalau tidak kenapa awak
ke mari siap bersolek?
Saya datang nak minta peranan tu.
Begini...
Sebenarnya, bila saya tengok awak,
saya hanya nampak Angsa Putih.
Ya, awak cantik, takut-takut, rapuh.
Pillihan ideal.
Tapi Angsa Hitam?
Kerja yang sangat berat menarikan keduanya.
Saya juga boleh menarikan Angsa Hitam.
Benarkah?
Setiap kali awak menari selama empat tahun,
saya lihat awak dihantui melakukan
setiap langkah supaya sempurna,
tapi saya tak pernah lihat awak lepaskan diri.
Tak pernah.
Semua disiplin itu, untuk apa?
Saya hanya mahu jadi sempurna.
Awak apa?
Saya nak jadi sempurna.
Kesempurnaan bukan saja tentang kawalan.
Ia juga tentang melepaskan diri awak.
Kejutkan diri awak,
supaya awak boleh kejutkan penonton.
Jangkaui batasan.
Tak ramai yang ada dalam diri mereka.
Saya rasa saya mempunyainya...
Awak gigit saya?
Saya tak sangka awak gigit saya!
Maafkan saya.
Sakit betul!
- Awak hebat.
- Terima kasih.
Apa? Kenapa dia asyik renung saya?
Dia gilakan awak.
Dah diumumkan.
Dah dikeluarkan.
Veronica?
Tahniah.
Hei!
Kenapa awak kata begitu?
Gurauan gila awakkah?
Apa?
Jahanam kau.
Ya, tuhan!
Hei, Nina! Tahniah!
PERMAISURI ANGSA
NINA SAYERS
Tahniah.
Tahniah. Awak sungguh
cantik ketika uji bakat.
Dah agak awak akan mendapatnya.
- Tahniah!
- Tahniah!
- Hello?
- Hai.
- Apa dia? Kenapa?
- Saya tak apa-apa.
Apa dia?
Dia pilih saya mak.
- Mak dengar tak?
- Untuk Swan Lake?
- Saya akan menjadi Permaisuri Angsa baru.
- Ya, Tuhanku!
Saya dah nak balik.
Saya hanya nak beritahu mak.
Mak sayang kau.
Saya pun sayang mak.
Cepat pulang!
PEREMPUAN JALANG
Mak?
Mak, di dalam bilik ke?
Nina, kau dah balik?
Bila kau keluar, mak ada di dapur.
Mari, sayang.
Anakku, Permaisuri Angsa.
Kegemaran kita.
Inti vanila dan strawberi.
Mak, jangan besar sangat.
Terlalu besar tu.
Ini satu sambutan. Sekali ni saja.
Mak. Perut saya masih tegang.
Baiklah.
- Baiklah. Buang saja.
- Jangan, mak.
Jangan. Maafkan saya.
Mak hanya...
Mak sangat banggakan kau.
Nampak lazat betul.
Okay, terima kasih. Terima kasih.
Terima kasih, Nina.
Cantik sekali. Cantik sekali.
Tapi saya tahu Angsa Putih
tak jadi masalah.
Cabaran sebenar ialah bila awak menjelma
sebagai kembar jahatnya.
Dan saya nampak kelibatnya semalam.
Jadi siap sedia untuk beri saya gigitan itu.
Naik, dan...
Baik sekali.
Kuasa jahat menarik awak,
awak tak boleh lepaskan diri. Ia seperti...
Awak tak dapat mengawalnya.
Awak rasakannya. Semakin sedar tentangnya
"Ia meresapi. Meresapi saya."
Terdesak sedikit lagi. Betul.
Awak naik sedikit lagi,
dan kemudian turun.
Itu dia.
Lengan panjang. Rasakan ruangnya. Cantik.
Langkah, dan langkah, dan...
Betulkan bahu, dan sekali lagi.
Lihat cara dia bergerak.
Tak tepat, tapi
mudah sekali.
Dia tak buat-buat.
Panjangkan lengan.
Cantik. Ya.
- Okay, cantik tu.
- Maaf.
Kita ulang dari mula.
Okay. Maaf.
Selamat datang ke bilik penari utama.
Tahniah dan selamat Leroy
Awak berkongsi dengan Beth dari sekarang,
jadi bertimbang rasalah.
Terima kasih, Susie.
Ini untuk awak daripada En Leroy.
Cantik sekali.
Saya akan kembali sebentar lagi.
Saya datang lagi nanti, tolong.
Okay, ayuh pergi.
Dah bersedia untuk diperkenalkan?
Kita perlu *** mereka.
Harap jangan lupa senyum.
Perhatian,
tuan-tuan dan puan-puan.
Selamat malam.
Saya ingin buat
pengumuman penting.
Saudara semua telah berpeluang
dan beruntung
dipesonakan, dibawa,
dan kadangkala dikecewakan,
oleh persembahan
artis tulen kumpulan kami ini.
Dia merupakan
inspirasi penting dalam kerja saya,
contoh baik kepada semua penari,
dan lebih daripada itu,
kehadiran yang amat dihargai
di pentas kami.
Awak tahu siapa yang saya maksudkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, Beth Macintyre.
Seperti yang kita tahu,
setiap kerjaya cemerlang
akan sampai ke penghujungnya juga.
Beth akan bersara di hujung musim ini.
Persembahan terakhirnya ialah
sebagai Melpomene,
peranan asalnya dalam balet pertama saya.
Puteri saya.
Kami menghargai dan akan merindui anda
dan tak akan dilupakan.
Sambil kita mengucapkan selamat tinggal
kepada satu bintang,
kita menyambut seorang lagi.
Kami akan membuka musim kami
dengan Swan Lake versi saya.
Memegang peranan
Permaisuri Angsa baru kami,
ialah Nina Sayers yang anggun.
Anda akan terhibur
menonton persembahannya,
tapi sekarang, mari kita raikan.
Untuk semua, untuk Beth,
untuk Nina,
untuk kecantikan.
Tunggu sebentar.
Tunggu sebentar.
Cepat! Saya tak tahan ni.
Hei! Awak!
Saya tak rasa kita dah diperkenalkan.
Saya Lily.
Hai. Saya Nina.
Ya! Permaisuri Angsa baru kita.
- Pegang ni?
- Ya, tentu.
Awak pasti teruja.
Awak rasa gementar?
- Ya.
- Ya?
Tak mengapa. Kalau saya, dah hilang akal.
Saya patut pergi.
Tidak! Tidak. Tunggulah.
Temankan saya.
Maafkan saya.
Itu pun awak. Ayuh.
Hei.
Mereka cuba mengerumuni awak,
tapi awak di sini.
- Awak berjaya menanganinya.
- Benarkah?
Awak hendak ke mana?
Upper West Side.
Singgah minum di rumah saya.
Dalam perjalanan.
Thomas.
Awak patut jumpa Karen Halloway.
Lagi seminit pergi mengampu, saya datang semula.
Tunggu saya di sini, okay?
Hello, Karen, sayang.
Beth!
Sedih dengar awak
akan tinggalkan kumpulan kami.
Apa yang dah awak lakukan
untuk dapatkan peranan ini?
Dia selalu kata
awak seorang yang kaku.
Apa yang awak buat
untuk ubah fikirannya?
Awak menidurinya?
Tak semua orang perlu begitu.
Perempuan jalang!
Kau perempuan jalang!
Apa yang berlaku ni?
Saya perlu bercakap dengan awak.
Awak mabuk. Awak patut pulang.
Tidak, jangan buat begitu.
Jangan perlekehkan saya begitu.
Beth.
Puteri saya, tolonglah, kawal diri.
- Saya akan singgah nanti.
- Ayuh pergi.
Saya ada sesuatu untuk awak.
Tanda penghargaan saya.
- Baiklah.
- Gunakan sebaiknya, Nina!
Jangan bimbang. Biasa saja.
Sila duduk.
Saya fikir bagus kita bincang
tentang peranan itu.
- Bersefahaman sedikit.
- Ya.
Saya tak mahu ada batasan
di antara kita berdua.
- Tidak, saya juga begitu.
- Bagus.
Jadi...
Ada teman lelaki?
Tidak.
Ramai di masa lalu?
Beberapa, tak ada yang serius.
Awak masih darakah?
Tidak.
Jadi tiada yang perlu disegankan.
Awak gemar berasmara?
Maafkan saya?
Ayuhlah. Seks.
Awak nikmatinya?
Kita perlu boleh bercakap tentang ini.
Saya ada tugasan untuk awak.
Pulang dan raba diri awak.
Nikmati hidup.
Dah lewat.
Banyak kerja esok.
Penjaga pintu akan carikan awak teksi.
Malam yang menakjubkan.
Kalaulah mak dapat hadir bersama.
Saya pelawa mak.
Mak tahu. Susie beritahu mak.
Dia mahukan kau untuk dirinya saja.
Bukan itu sebabnya.
Mak tak salahkan dia.
Dari mana awak dapat ni?
Palsu.
Mak tak dapat bezakan.
Saya boleh lakukannya.
Tentu dia di samping kau sepanjang malam,
memperkenalkan kau.
- Nina.
- Ruam saja.
Hanya ruam? Apa yang kau cakapkan ni?
Beberapa hari lalu lebih teruk.
Ini dah baik.
Kau dah mula menggaruk diri kau lagi.
Tidak, mak!
Mak ingat kau dah hentikan
tabiat buruk ni.
Ya, Tuhan.
Mak ingat kau dah tak buat lagi, Nina.
Baju panas. Kau asyik pakai baju panas.
- Ya memang.
- Duduk
Kau ada yang putih dan yang merah jambu,
boleh sembunyikannya.
Nanti mak carikan
ubat yang mahal tu.
Masih ada sedikit lagi.
Tiada orang yang nampak nanti.
Mak, tolonglah.
Peranan tu, bukan?
Segala tekanan ni.
Mak dah agak terlalu berat. Dah agak.
Kau tak apa-apa? Kau baik?
Saya tak apa-apa.
Apa yang berlaku?
Beth di hospital.
- Dia dapat kemalangan.
- Tidak.
Saya tak tahu. Dia cedera teruk.
Kakinya patah seluruhnya.
Saya tak tahu. Dia menyeberang jalan.
Apa yang terjadi?
Dia dilanggar kereta ketika
menyeberangi jalan.
Tahu tak?
Saya hampir pasti dia sengaja lakukannya.
Bagaimana awak tahu?
Kerana apa pun yang Beth lakukan datang
dari dalam. Dari dorongan hitam.
Itulah sebabnya teruja
menonton persembahannya,
sangat bahaya.
Ada kalanya sempurna.
Tapi juga amat merosakkan.
Adakah sejurus selepas bertemu kita?
Tidak, nanti.
Ini tiada kena mengena dengan awak.
Ini bukan masalah awak,
jangan biarkan ia menganggu awak.
Ini saat awak, Nina. Jangan lepaskannya.
Apa awak buat?
Nina?
Sayang, kau cari mak?
Dan...
Ayuhlah...
Lupakan kawalan, Nina.
Saya nak lihat nafsu!
Mari. Capai!
Lebih lagi! Awak kaku!
Kaku seperti mayat. Lepaskan.
Lepaskan. Lepaskan. Dan lagi.
Rasanya seperti awak ada...
Diafragma awak mengecut sedikit.
Okay.
Awak bernafas ke dalam tangan ini.
Bernafas ke dalam tangan ini.
Tarik nafas, tarik, tarik.
Sepenuhnya. Bagus. Buang nafas.
Rasa seperti tersekat di depan
setiap kali awak bengkokkan lutut?
Kadang-kadang, tak selalu.
- Satu lagi tarikan, okay?
- Okay.
Itu okay?
David, boleh saya tanya satu soalan?
Sejujurnya, awak mahu menidurinya?
Tidak.
Tiada yang mahu.
Nina, tarian awak kaku semacam...
Jahanam.
Kami masih bekerja di sini, tolong! Lampu!
Lampu!
Terima kasih.
Okay. Awak semua boleh pergi.
Terima kasih atas kesabaran awak.
Awak tunggu. Awak tunggu.
Bergembira, awak berdua.
Okay.
Ke mari. Mari, mari, mari.
Saya jadi Putera.
Lepaskan, lepaskan.
Rasa sentuhan saya. Beri respon awak. Mari.
Buka mulut awak.
Buka mulut awak. Buka. Buka Buka.
Itu saya menggoda awak,
sepatutnya awak yang menggoda saya.
Tolonglah.
Siapa tu?
Hei.
Awak okay?
Awak tak boleh merokok di sini.
Saya tak beritahu jika awak tak beritahu.
Jadi...
Hari besar semakin hampir?
Saya tak sabar.
Saya rasa awak hebat.
Terima kasih.
Ayuhlah.
Jadi...
Awak nak bercakap tentangnya?
Hari yang susah buat saya.
Leroy terlalu kasar terhadap awak?
Jujurlah Nina. Dia teruk.
Dia hebat.
Tentu.
Tapi bukannya dia baik dan lembut.
Awak tak kenal dia.
Ada yang menaruh hati dengan gurunya.
Tak mengapa. Saya tak salahkan awak.
Saya harus pulang.
Nina, janganlah. Saya bergurau saja.
Nina!
Sayang? Apa kau buat dalam sana?
Sekali lagi.
Lagi.
Awak ada pembetulan?
Lily beritahu dia nampak awak menangis.
Yang awak sangat terganggu
dan saya tak perlu terlalu keras ke atas awak.
Saya tak beritahunya itu.
Mungkin awak perlu rehat sedikit.
- Mungkin sehari dua.
- Thomas.
- Mungkin sebulan. Bagaimana?
- Dia tak sepatutnya bersuara.
Tidak, awak tak sepatutnya bersungut
dari mula.
Saya tidak!
Awak boleh jadi hebat, tapi awak penakut.
Maafkan saya.
Hentikan itu!
Itulah maksud saya.
Berhenti jadi seorang yang lemah!
Lagi!
Lily?
Tengok siapa yang sudi datang
berjumpa kita.
Saya perlu bercakap dengan awak.
- Okay.
- Sekarang!
Diam. Mari.
Apa hal?
Awak beritahu Thomas tentang semalam?
Ya, saya bertembung dengannya pagi tadi
dan katanya kamu
sedang menghadapi masalah.
Kenapa dia bercakap dengan awak?
Maafkan saya, Puteri.
Saya beritahunya awak bekerja kuat
dan saya rasa awak hebat nanti.
Awak tak perlu berkata begitu.
Okay.
Pernah dia cuba apa-apa dengan awak?
Dia ada reputasi.
Mak ada hak untuk khuatir, Nina.
Kau asyik pulang lewat
beberapa malam, berlatih.
Mak harap dia tak ambil kesempatan, itu saja.
Dia tidak begitu.
Bagus.
Mak tak mahu kau buat silap seperti mak.
Terima kasih.
Bukan begitu. Maksud mak
sejauh yang berkait dengan kerjaya.
Kerjaya apa?
Yang mak abaikan kerana kau.
Mak berusia 28 tahun.
Jadi?
Dan hanya dalam...
Hanya apa?
Tak ada apa-apa.
- Apa?
- Tak ada apa-apa.
Bagaimana kulit kau?
Baik saja.
Kau tak menggaruk lagi?
Biar mak tengok.
- Buka baju kau.
- Tidak!
- Boleh saya bantu?
- Nina ada?
Maaf, dia tiada di sini.
Siapa tu?
Tiada sesiapa.
Tiada sesiapa!
Hello?
Hei!
- Apa awak buat di sini?
- Saya datang nak minta maaf.
Awak betul, saya tak patut
cakap tentang awak kepadanya.
- Sayang...
- Sebentar.
- Makan malam kau.
- Tolonglah, mak!
Dia melampau.
Mana awak tahu saya tinggal?
Saya ada cara saya.
Ya, Tuhan! Relaks, saya dapat
dari Susie di pejabat.
Saya menyesal apa yang saya buat,
dan saya hanya nak berbaik dengan awak.
Bagaimana jika saya ajak makan malam?
- Saya tak fikir...
- Okay, tak mengapa. Minum?
Sayang, awak perlu berehat.
- Ya, Tuhan!
- Tunggu.
Apa kau buat?
- Nak keluar.
- Apa?
Tangga.
Nina! Kau ada persembahan esok.
Saya tak percaya dia panggilnya itu.
Menjengkelkan.
Saya rasa itu manis.
"Puteri kecil"?
Agaknya dia panggil setiap wanita itu.
Tak mungkin. Itu khusus untuk Beth.
Saya rasa dia akan gelar
awak "puteri kecil" tak lama lagi.
Saya tak tahu pula.
Tentu sekali.
Awak hanya benarkan dia meniduri awak.
Burger keju, tak masak penuh.
Beritahu saya jika cukup berair untuk awak.
Ya, saya akan beritahu.
Awak ada cukup keju?
Tidak, tapi awak ada.
Nikmatilah.
Okay.
Nak tukar pakaian?
Apa? Saya bawa baju lebih.
Jika saya tersedar di tempat lain.
Jadi, bagaimana dia?
Thomas.
Saya tak tahu.
Ayuhlah.
Saya tak mahu cakap tentang itu.
Okay.
Awak perlu relaks.
Satu untuk awak dan satu untuk saya.
Jangan khuatir, tulen, saya janji.
Saya bawa langsung dari San Francisco.
Apa ini?
Apa, awak bergurau?
Awak tak pernah makan ni?
Ia buat awak relaks,
ia menenangkan awak.
Dapat lihat langit malam.
Berapa lama kesannya?
Dua jam, paling lama.
Tak mengapa.
Okay.
- Saya hanya...
- Baik hati awak.
Hei! Hai!
Okay, saya fikir mungkin
awak dan saya patut minum.
- Saya nak pulang.
- Jadi, ini Tom dan ini Jerry!
Sebenarnya, Andrew.
- Tom.
- Hai.
Saya nak pergi.
Tidak, marilah. Awak tak boleh pergi,
saya baru beli minuman.
Tak boleh. Kita ada persembahan esok.
Jadi awak nak buat apa?
Pulang kepada mak awak?
Hei.
Marilah. Nikmati hidup.
Hanya dua jam bukan?
Paling lama.
- Ini untuk awak.
- Terima kasih.
- Selamat.
- Selamat.
Awak belum beritahu siapa awak.
Saya seorang penari.
Tidak, maksud saya, nama awak.
Nina.
Jadi, awak berdua bersaudara?
- Ya.
- Tidak.
Saudara sedarah.
Kami menari dalam kumpulan yang sama.
Oh, penari balet.
Padanlah awak nampak serupa.
Tom dan Jerry ini adalah sepasang kekasih.
- Lucu.
- Saya suka hiburkan diri sendiri.
- Saya tak pernah ke pertunjukan balet.
- Benarkah?
Awak tentu bukan homoseks.
Membosankan, bukan?
- Jujurlah.
- Tidak begitu.
Nak tahu?
Sebenarnya tak sesuai untuk semua orang.
Awak berdua harus datang.
Saya boleh dapatkan tiket bila awak mahu.
Ya.
Ya, bagus tu. Terima kasih.
Tiba masanya untuk minum lagi.
Sila minum.
Empat gelas.
Apa yang awak berdua buat sekarang?
Maafkan saya.
- Swan Lake.
- Okay. Ya?
Awak tahu?
Tidak sangat. Pernah dengar.
Apa ceritanya?
Tentang seorang perempuan
yang menjadi seekor angsa
dan perlukan cinta untuk pecahkan sihir.
Okay.
Tapi puteranya jatuh cinta
dengan wanita yang salah, dan...
Jadi dia bunuh dirinya.
Jadi, berakhir dengan bahagia?
Cantik sebenarnya.
Seperti awak.
Saya kata awak cantik.
Lucu?
Tangan saya berpeluh.
Hei!
Oh, hei.
Nampaknya ada orang yang dah menjadi.
Baiklah, mari. Mari menari.
Gadis manis, gadis manis.
Hei! Nina!
Hei apa ni? Awak nak ke mana?
Nina!
Awak nak ke mana?
Kau tahu pukul berapa ni?
Lewat?
Ke mana kau pergi?
Ke bulan dan balik ke sini.
Kau minum.
Apa lagi?
Apa lagi yang telah kau buat?
Mak nak tahu nama mereka?
Kau mesti tidur.
Ada dua.
Seorang Tom, yang seorang lagi Jerry.
Diam, Nina.
Dan saya meniduri mereka berdua.
Tutup mulut kau!
- Jangan masuk ke sini!
- Apa ni?
Digelar privasi! Saya bukan 12 tahun lagi.
- Kau bukan Nina mak sekarang.
- Tinggalkan saya!
Gadis manis.
Kenapa tak kejutkan saya?
Saya nak pindah.
Muzik saya.
Thomas, maafkan saya.
Teruskan.
Pergi panaskan badan.
Bagus tu.
Sebenarnya, sangat bagus.
Okay, kita berehat sepuluh minit.
Hei!
Dia hanya nak tandakan,
dan suruh saya ambil alih. Okay?
Saya terlajak tidur.
Hei, sekurang-kurangnya awak berseronok.
Awak bubuh sesuatu dalam minuman saya.
Ya.
Dan awak terus tinggalkan saya paginya?
Sebelah pagi?
Awak tidur di rumah saya.
Tidak.
Kecuali nama awak Tom
dan awak ada punai.
Tapi kita...
Tapi kita apa, Nina?
Awak dapat mimpi basah tentang saya?
Hentikannya.
Ya, Tuhanku. Ya, Tuhanku! Awak mimpi!
- Awak berkhayal tentang saya!
- Diam!
Saya bagus tak?
Babak akhir.
Tarian akhir awak.
Awak dah rasa mimpi awak, menyentuhnya,
hanya untuk dihancurkan.
Hati awak pecah, terluka.
Kuasa hidup awak pudar. Darah menitis.
Angsa Hitam mencuri cinta awak.
Ada satu jalan saja mengakhiri derita ini.
Awak tak takut, tapi penuh reda.
Awak melihat Rothbart,
kemudian sang Putera,
dan ya, penonton.
Dan kemudian awak lompat!
Ayuh, teruskan.
Lompat, tak ada apa. Lompat!
Okay, semua pergi minum,
dan saya akan beri nota.
Awak bertambah kurus.
Tolong buka baju panas awak
Sangat bagus.
Hadap ke depan. Hampir selesai.
Dan itu saja.
Okay, awak dah selesai. Terima kasih banyak.
- Georgina?
- Ya.
Saya Lily. Thomas suruh saya datang.
Ya, kami nak ukur awak
untuk pakaian Permaisuri Angsa.
Apa dia buat di sini?
Dia jadikan saya gantian awak.
Kalau-kalau saja.
Thomas. Thomas.
- Thomas!
- Ya?
Bukan dia.
Bukan dia.
Awak pergi dulu, nanti saya datang.
- Apa yang berlaku?
- Lily.
Awak jadikan dia gantian saya?
Memang selalunya ada gantian.
- Lily pilihan terbaik.
- Tidak, dia mahu peranan saya.
Setiap penari di dunia mahu peranan awak.
Tidak, ini berbeza. Dia mengejar saya.
- Dia mahu menggantikan saya.
- Tiada orang mengejar awak.
Tidak, percayalah pada saya!
Saya tahu ia amat sukar.
Tapi awak menempuh kejayaan
pagi tadi.
Esok hari awak.
Berikan persembahan terbaik awak
dan awak tak perlu bimbangkan
tentang Lily atau sesiapa pun.
Sekarang pulang dan rehat.
Dari visi lagi.
Apa terjadi?
Saya punya kehidupan.
Jangan bekerja terlalu kuat.
Esok hari besar awak.
Hei!
Saya masih bekerja di sini...
Boleh hidupkan lampu semula?
Hello?
Swan Lake
PENDEKATAN BARU
Apa awak buat di sini?
Maafkan saya.
Maafkan saya!
Saya tahu bagaimana rasanya sekarang.
Dia cuba menggantikan saya.
Apa yang patut saya lakukan?
Awak mencuri barang saya?
Saya hanya nak jadi sempurna seperti awak.
Sempurna?
Saya tak sempurna.
Saya tiada apa-apa.
Tiada apa-apa.
Tiada apa-apa! Tiada apa-apa!
Tidak!
Tiada apa! Tiada apa! Tiada apa! Tiada apa!
Gadis manis.
Mak?
Gadis manis. Gadis manis.
Giliran saya. Giliran saya. Giliran saya.
Berhenti!
Apa awak buat?
Sayang?
Nina?
- Nina!
- Pergi!
Buka pintu ni!
Pergi!
Buka pintu ni, Nina! Nina!
Nina!
Keluar!
- Kenapa dengan kau?
- Keluar!
Kau sakit!
- Keluar!
- Kau sakit!
- Keluar!
- Nina!
Tak mengapa.
Mak di sini.
Kau menggaruk sepanjang malam.
Mana jam saya?
Jangan khuatir tentang itu.
Pukul berapa sekarang?
- Pertunjukan saya malam ni, saya mesti...
- Tidak, tidak.
Tidak, jangan bimbang.
Mak telefon panggung dan beritahu mereka
kau tak sihat.
- Saya mesti pergi.
- Tidak, baring.
Lepaskan saya!
Kau akan duduk di sini sehingga kau sihat.
Di mana ia?
Peranan ini menghancurkan kau.
Ke sana.
- Nina...
- Ke sana!
Apa yang dah berlaku kepada anak manisku?
Dia sudah tiada lagi!
Nina!
Tolonglah, jangan!
- Kau tak sihat.
- Lepaskan saya!
Kau tak boleh tangani ini!
Saya tak boleh?
Saya Permaisuri Angsa!
Mak yang tak pernah tinggalkan kumpulan!
Nina!
Itu Nina.
Saya ada penuh
keyakinan pada awak. Okay?
Tumpukan perhatian dan awak tak apa-apa.
Ini saat awak.
- Apa awak buat di sini?
- Nina?
Awak sepatutnya...
Awak sepatutnya sakit.
Nanti, nanti... Beri kami seminit.
Awak okay?
Saya baik saja.
Nina...
- Nina...
- Apa?
Saya dah suruh Lily.
Awak dah umumkan?
Selepas Beth, awak mahu
satu lagi kontroversi?
Saya di sini Thomas. Saya akan lakukannya.
Hanya awak sendiri yang
menghalang diri awak.
Telah tiba masanya untuk lepaskan dia.
Bebaskan diri awak.
Kehadiran Angsa Putih, 10 minit lagi.
Apa awak buat di sini?
Awak mesti di atas pentas.
Hei.
Kita teruk.
Okay, Nina.
Apa kejadah.
Awak okay?
Nina, awak okay?
Apa yang terjadi di luar sana?
Boleh beritahu apa yang terjadi?
Bukan salah saya.
- Dia terlepaskan saya!
- Satu malapetaka!
Permulaan yang buruk?
Amat memalukan.
Keluar dari bilik saya.
Saya bimbang tentang babak selanjutnya.
Saya tak fikir awak boleh lakukannya.
Berhenti. Tolong hentikan!
Bagaimana jika saya tarikan Angsa Hitam?
Tinggalkan saya sendirian!
Giliran saya!
Giliran saya!
Giliran saya!
Giliran saya!
Angsa Hitam, ambil tempat lima minit lagi.
Wow!
Keluar ke sana. Mari! Mereka mahu...
Hebat. Lima belas sebelum babak terakhir.
Hei!
Awak hebat sekali.
Secara serius, saya tahu
kita berdua tidak begitu baik, tapi...
Maksud saya,
awak benar-benar menakjubkan!
Okay, baiklah, itu saja.
Saya biarkan awak selesaikannya.
Awak dengar mereka?
Mereka sukakan awak! Mereka sukakan awak!
Puteri kecil saya.
Saya memang tahu awak ada bakat.
Mari, kita beri hormat.
Pergi minta pertolongan. Pergi minta tolong!
Apa yang telah awak lakukan?
Apa yang telah awak lakukan?
Saya merasainya.
Apa?
Sempurna.
Ia sempurna.