Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saat bayi itu dilahirkan
seperti semua rakyat
Sparta, ia diperiksa.
Jika ia terlalu kecil atau
lemah, sakit atau cacat...
ia akan dibuang.
Sejak dia mula berjalan, dia telah
bergelumang dalam api pertempuran.
Dididik untuk pantang mundur,
pantang menyerah.
Diajarkan yg mati di medan perang
demi pengabdian pada Sparta
adalah kemenangan teragung yg
boleh dicapai dalam hidupnya.
Di usia 7 tahun, sebagaimana
adat di Sparta...
anak itu dipisahkan dari ibunya
dan dibuang ke dunia keganasan.
Dididik oleh adat 300 tahun
masyarakat pahlawan Sparta
untuk mencipta askar
yang terunggul di dunia.
Tradisi agoge, panggilannya, memaksa
budak itu bertarung. Membuat dia lapar.
Memaksanya untuk mencuri.
Dan bila perlu, membunuh.
Dengan batang besi dan
cemeti, budak itu dihukum.
Diajar untuk tidak menunjukkan
kesakitan dan belas kasihan.
Seringkali diuji,
dihumban ke belantara.
Berbekalkan kecerdikan dan keazamannya
untuk menghadapi keganasan sekeliling.
Itulah ujiannya.
Saat dia di belantara.
Sama ada dia kembali
sebagai seorang Sparta...
atau tidak sama sekali.
Serigala itu mula
mengelilingi budak itu.
Kukunya sekeras besi,
bulunya sepekat malam.
Matanya merah menyala,
semerah permata dilubuk neraka.
Serigala besar itu menghidu,
menikmati aroma
bakal santapannya.
Bukan rasa takut
yang mencengkamnya,
tetapi pancainderanya
yang semakin menajam.
Udara dingin
memenuhi paru-parunya.
Angin meniup pohon,
bergemerisik menjelang malam.
Tangannya teguh.
Postur badannya... sempurna.
Maka budak itu, yang diserahkan pada
maut, kembali kepada rakyatnya.
Kembali ke Sparta
sebagai Raja. Raja kita!
Leonidas!
Sudah lebih 30 tahun sejak pertarungannya
dengan serigala di musim sejuk itu.
Dan kini, seperti dulu,
raksasa semakin dekat.
Sabar dan yakin, mengecap
aroma bakal santapannya.
Raksasa ini terdiri dari tentera
berkuda, pedang dan lembing.
Sekumpulan tentera hamba,
banyak tak terkata,
bersedia utk melenyapkan
Greek yang kecil.
Sedia memadamkan harapan dunia
bagi perundangan dan keadilan.
Raksasa semakin mara,
dan Raja Leonidas sendiri
yang membangkitkan amarahnya.
Ayahanda beta mengajar beta bahawa
rasa takut sentiasa wujud.
Tapi dengan menerimanya,
membuatkan kita semakin kuat.
Permaisuriku.
Utusan Parsi menantikan Leonidas.
Pada akhirnya, kekuatan sebenar seorang
Sparta adalah pahlawan disebelahnya.
Jadi, hormat dan hargailah dia,
dan kamu akan mendapatkan yang sama.
Pertama, bertempur menggunakan otak.
Kemudian dengan hati kamu.
Ada apa?
Seorang utusan
Parsi menantimu.
Jangan lupa pelajaran hari ini.
- Penghormatan dan penghargaan.
- Penghormatan dan penghargaan.
Penasihat Theron,
akhirnya kamu rasa diperlukan.
Tuanku dan Permaisuri, patik
cuma melayani tetamu kalian.
Beta tahu.
Sebelum kamu berbicara, orang Parsi,
ketahuilah yang di Sparta...
semua orang, termasuk utusan diraja,
bertanggungjawab atas kata-katanya.
Sekarang, pesanan apa
yang kamu bawa?
Tanah dan air.
Kamu datang jauh-jauh dari
Parsi untuk tanah dan air?
Jangan jadi bendul atau bodoh, utusan Parsi.
Kamu takkan dapat keduanya di Sparta.
Apa yg buat wanita ini fikir dia
boleh berbicara dikalangan lelaki?
Sebab hanya wanita Sparta yg
melahirkan lelaki sejati.
Mari kita berjalan
utk meredakan lidah kita.
Jika kamu sayangkan
nyawa melebihi kehancuran,
dengar baik-baik, Leonidas.
Xerxes menguasai dan mengawal
segala yang didepan matanya.
Tenteranya begitu ramai sehingga
barisannya menggegarkan bumi.
Begitu besar tenteranya, sampai
sungai-sungai pun mengering.
Apa yang Raja Dewa
Xerxes minta cuma satu.
Sedikit penawaran tanah dan air.
Sebagai tanda tunduknya Sparta
pada kekuasaan Xerxes.
Tunduk.
Ada sedikit masalah.
Khabar angin mengatakan rakyat
Athen telah menolak pesanan kamu.
Dan jika penyair dan pondan seperti
mereka mempunyai keberanian sebegitu...
Kita harus berdiplomasi.
Dah tentu, kerajaan Sparta...
...ada reputasi yang perlu dijaga.
Hati-hati memilih ucapan
seterus kamu, Leonidas.
Ia mungkin yang terakhir
dari kamu sebagai Raja.
Tanah dan air.
Lelaki gila.
Kamu lelaki gila.
Tanah dan air. Kamu akan
jumpa banyak dibawah sana.
Tiada satupun bangsa Greek atau Parsi...
Tiada satupun mengancam utusan.
Kamu membawa mahkota dan kepala
raja yang ditakluk ke kota beta.
Kamu menghina permaisuri beta.
Kamu ancam rakyat beta
dengan penghambaan dan kematian.
Beta dah memilih ucapan beta
dengan berhati-hati, orang Parsi.
Mungkin kamu patut
buat yang sama.
Ini kekufuran.
Ini kegilaan.
Kegilaan?
Inilah Sparta!
Selamat datang, Leonidas.
Kami dah menanti kedatanganmu.
Para Ephor.
Pendeta bagi dewa kuno.
Keturunan perkawinan sedarah.
Lebih binatang dari manusia.
Binatang yang bahkan Leonidas
pun terpaksa menyuap dan merayu.
Kerana Raja Sparta takkan
berperang tanpa restu Ephor.
Parsi mengatakan tentera
mereka berjumlah jutaan.
Semoga, demi keselamatan kita,
mereka cuma melebih-lebih.
Tapi tak dapat disangkal, kita akan
menghadapi tentera yang paling ramai.
Sebelum rancangan kamu diutarakan,
apa yang kamu persembahkan?
Kami akan gunakan kecekapan
pertempuran kami yang unggul
dan struktur tanah Greece
untuk menghancurkan mereka.
Kami akan berangkat ke
pantai di utara.
- Kami akan pastikan...
- Ini bulan Ogos, Leonidas.
Bulan purnama sudah tiba.
Perayaan suci dan kuno.
Sparta tidak akan berperang
pada waktu Carneia.
Sparta akan musnah dibakar!
Tentera akan mati dipangkuan...
dan wanita dan anak kalian akan
jadi hamba atau lebih teruk lagi.
Kita akan menahan
serangan Persia dari pantai
dengan membina semula tembok
Phocian yang kukuh.
Dan situ, kita salurkan mereka ke celah
pergunungan dipanggil Gerbang Panas.
Di celah sempit itu, jumlah
mereka akan berkurangan.
Dan serangan demi serangan tentera Parsi
akan hancur menghadapi perisai Sparta.
Kematian tentera Xerxes akan begitu
ramai, tenteranya akan hilang semangat...
hingga memaksanya untuk
melupakan cita-citanya.
Kita harus bertanyakan
pada Oracle.
Percayalah pada dewa, Leonidas.
Lebih baik kamu
percayakan nurani kamu.
Kekufuran kamu dah cukup
banyak membawa nahas.
Jangan menambahkannya lagi.
Kita akan bertanyakan
pada Oracle.
Penyihir tua yang cacat.
Sisa-sisa tak berguna
dari masa
sebelum Sparta
bangkit dari kegelapan.
Sisa-sisa dari tradisi
yang tak masuk akal.
Tradisi yang Leonidas sekali
pun tak dapat ingkar...
kerana dia harus menghormati
nasihat para Ephor.
Itulah hukumnya.
Dan di Sparta, tiada
pemerintah atau rakyat,
lelaki atau wanita, hamba
atau raja, boleh melanggarnya.
Para Ephor hanya memilih
gadis Sparta yg paling jelita
untuk tinggal bersama
mereka sebagai Oracle.
Kecantikan mereka
adalah sumpahan bagi mereka.
Kerana si tua kutuk itu mempunyai
keinginan seorang lelaki...
...dan jiwa sehitam neraka.
Berdoalah pada angin.
Sparta akan hancur.
Seluruh Greece akan hancur.
Jangan percayakan manusia.
Hormati para dewa.
Hormati waktu Carneia.
Raja melangkah turun
dengan berat hati.
Makhluk hasil perkahwinan
sedarah yang bedebah.
Tak guna, cacat,
berhati busuk.
Makan suap.
Kini kalian akan
disayangi Raja Dewa.
Wahai orang bijak dan suci.
Ya.
Dan apabila Sparta terbakar,
kalian akan bermandi emas.
Oracle baru akan
dihantar setiap hari,
dari setiap penjuru Empayar.
Bibirmu akan menyudahkan
apa yang dimulai oleh jarimu.
Atau adakah Oracle sudah
memadamkan keinginanmu?
Kata-kata gadis yang mabuk tak cukup
untuk memadam keinginan beta terhadapmu.
Jadi mengapa menjauhiku?
Kerana nampaknya walaupun menjadi
hamba dan tahanan si tua bangka...
Kata-kata Oracle boleh
membakar segala yg beta cintai.
Jadi sebab itu rajaku
tidak dapat tidur...
dan terpisah dari
kehangatan katilnya?
Cuma kata-kata seorang wanita
yang boleh mempengaruhi
perasaan suamiku.
Kata-kataku.
Jadi apa seorang raja harus
buat utk selamatkan dunianya,
sementara setiap hukum yg dijunjungnya
memaksanya untuk berpeluk tubuh?
Soalnya bukan apa yang harus
dilakukan seorang rakyat Sparta,
atau suami, mahupun raja.
Tapi tanyalah pada
dirimu, sayangku...
Apa yang harus dilakukan
seorang manusia bebas?
- Ini kesemuanya?
- Seperti Tuanku minta. 300.
Kesemuanya mempunyai anak
lelaki utk meneruskan keturunan.
Kami disisimu, Tuanku.
Demi Sparta, demi kebebasan.
Hingga nafas terakhir.
Dia anak kamu.
Dia belum cukup umur utk merasakan
kehangatan seorang wanita.
Masih ada yang
boleh menggantikan dia.
Astinos sama berani
dan bersedia bertempur.
Tak kurang muda dari pertama kali Tuanku
berdiri di sisi patik dalam pertempuran.
Kamu sahabat yang baik.
Tapi tak ada yang sebaik
kamu sebagai kapten.
Tuanku.
Tuanku, Oracle telah berbicara.
Para Ephor telah memutuskan.
Perang tidak boleh terjadi.
Ia hukum, Tuanku.
Tentera Sparta tak boleh berperang.
- Dan mereka tidak akan.
Beta tidak mengeluarkan
perintah sebegitu.
Beta disini cuma bersiar-siar,
meregangkan kaki.
300 lelaki ini adalah
pengawal peribadi beta.
- Tentera kita akan tetap di Sparta.
- Kemana Tuanku akan pergi?
Beta belum fikirkan lagi, tapi...
...memandangkan kamu bertanya,
mungkin beta menuju ke utara.
Gerbang Panas.
Jalan!
Jalan!
Apa kita harus lakukan?
- Apa kami boleh lakukan?
- Apa yang kamu boleh lakukan?
Sparta akan memerlukan
anak laki-laki.
Raja Sparta!
Ya, permaisuriku?
Pulanglah bersama
kemenangan mahupun kerebahan.
Baiklah, permaisuriku.
"Selamat tinggal, sayangku."
Dia tidak mengatakannya.
Tiada ruang buat kelemahan
dihati seorang Sparta.
Tiada tempat buat kelemahan.
Hanya yang tegar dan kuat
boleh memanggil dirinya sbg Sparta.
Hanya yang tegar,
hanya yang kuat.
Kami berangkat.
Demi negara, demi keluarga,
demi kebebasan.
Kami berangkat.
Daxos, kejutan yang menggembirakan.
Pagi ini penuh kejutan, Leonidas.
Kita dah tertipu. Ia tak
lebih dari beberapa ratus.
- Ini mengejutkan!
- Senyap!
Kami dengar Sparta
sedang menuju peperangan.
Kami ingin turut serta.
Kalau darah yang kamu cari,
silakan sertai kami.
Tapi Tuanku cuma bawa tentera
sebanyak ini melawan Xerxes?
Nampaknya komitmen Sparta
tidak menandingi kami.
Iya ke?
Kamu disana.
- Apa pekerjaan kamu?
- Saya membuat tembikar, Tuan.
Dan kamu, orang Arkadia.
Apa pekerjaan kamu?
- Pengukir, Tuan.
- Pengukir.
- Dan kamu?
- Tukang besi.
Pahlawan Sparta, apa
pekerjaan kalian?
Nampak tak, kawan?
Beta bawa lebih tentera
daripada kamu.
Tidak tidur malam itu.
Tidak bagi Raja.
40 tahun hayatnya
telah ditujukan...
untuk satu detik berkilau
dalam takdir ini.
Pertempuran dahsyat bersenjatakan
perisai dan lembing.
Pedang dan tulang,
dan isi dan darah.
Cuma satu kekesalannya ialah
terlalu sedikit untuk dikorbankan.
Kita diikuti.
Dia mengikuti kita
sejak dari Sparta.
Tuanku, lihat!
Apa terjadi disini?
Dimana semua penduduk?
Tentera Parsi.
Jumlah mereka sekitar 20 orang.
Pasukan pengintai.
Tapi jejak kaki ini...
Leonidas.
Budak.
Sekarang dah tenang.
Mereka datang dengan
makhluk buas dari gelap.
Dengan kuku dan taring,
ia membunuh penduduk.
Semua orang kecuali saya.
Penduduk kampung.
Saya dah jumpa mereka.
Tidakkah dewa mempunyai
belas kasihan?
Habislah kita.
Tutup mulut kamu.
Budak itu bercakap tentang jin
Parsi, terkenal dari zaman purba.
Mereka adalah pemburu
roh manusia.
Mereka tidak boleh dibunuh
atau ditewaskan.
Tidak kegelapan ini.
Tidak Tentera Abadi ini.
Tentera Abadi?
Kita akan menguji
ketepatan nama mereka.
Kami berangkat menuju
Gerbang Panas.
Kami berangkat menuju
lembah sempit itu.
Dimana jumlah tentera
Xerxes tidak bermakna.
Pahlawan Sparta, sukarelawan,
bekas hamba.
Semua rakyat Greek yg berani.
Abang, ayah, anak lelaki.
Kami berangkat perang.
Demi maruah, demi tanggungjawab,
demi kemenangan, kami mara.
Lihat!
Tentera Parsi.
Kedalam mulut
neraka kami mara.
Mari kita lihat anjing-anjing ini
saat mereka menerima
dakapan Greek sendiri.
Mari.
Benar.
Nampaknya akan hujan.
Zeus menikam langit
dengan petir.
Dan menghancurkan kapal
Parsi dengan angin taufannya.
Kegemilangan.
Cuma seorang dikalangan kami
yang tidak bersorak.
Cuma dia.
Cuma Raja kita.
Permaisuriku?
Permaisuriku, taman tempat yang
lebih sesuai untuk wanita bersuami.
Saya tak bimbangkan gosip dan
protokol disaat ini, penasihat kota.
Kita perlu berahsia?
Bagaimana saya harus percayakan
tempat selain rumah sendiri?
Disini pun, Theron mempunyai mata dan
telinga yang buat Sparta ragu dan takut.
Puan bercakap seperti seluruh
Sparta berkomplot menentang puan.
Andainya mereka
cuma menentang saya.
Banyak ahli majlis
rela meninggalkan segalanya...
demi mengikuti Leonidas.
Tapi puan harus yakinkan mereka.
Boleh kamu aturkan untuk saya
berbicara dengan ahli majlis?
Jika mereka mahukan penimbangan,
saya akan beritahu mereka.
Beritahu apa, permaisuriku?
Kebebasan bukanlah percuma.
Ia datang harga yang paling
tinggi, harganya darah.
Saya akan cuba yang terbaik
untuk mengumpulkan ahli majlis
dan dewan itu bakal
bergema dengan suaramu.
- Saya terhutang budi.
- Tidak.
Leonidas juga raja saya.
Aku sendiri nampak kapal-kapal
itu berlanggar dengan batu.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Yang kita nampak cuma
sebilangan kecil tentera Xerxes.
Kita takkan peroleh kemenangan.
Kenapa kau senyum?
Lelaki Arkadia, aku
dah banyak kali bertempur...
tapi aku belum pernah jumpa musuh
yang dapat menawarkan aku...
sesuatu yang kami orang
Sparta panggil "kematian murni".
Aku cuma berharap,
dalam gerombolan pahlawan
dunia yang menentang kita
ada seorang dibawah sana
yang dapat menandingi aku.
Jalan!
Lekas, anjing.
Jalan!
Aku kata jalan.
Berhenti!
Siapa ketua disini?
Aku adalah utusan
kepada penguasa dunia...
Dewa kepada dewa.
Raja kepada raja.
Dengan kuasa yang ada, aku perintahkan
seseorang tunjukkan aku ketua kalian.
Dengar. Kamu fikir jumlah
tentera kamu buat kami takut?
Bukit-bukit ini penuh
dengan pengintai kami.
Dan kamu fikir tembok lemah kamu
ada gunanya melainkan ia akan roboh
seperti longgokan
daun kering diatas muka...
Nenek moyang kami
bangunkan tembok ini,
menggunakan batu-batu tua
dari ceruk Greek sendiri.
Dan dengan sedikit
bantuan bangsa Sparta,
pasukan pengintai Parsi
kamu menjadi simennya.
Kalian harus membayar
tindakan barbarik kalian.
Tanganku!
Ia bukan tangan kau lagi.
Sekarang pergi. Lari dan beritahu Xerxes
dia menentang rakyat bebas disini.
Bukannya hamba.
Pergi cepat.
Sebelum kami memutuskan untuk
membesarkan tembok ini.
Tidak, bukan hamba.
Isteri-isteri kamu
yang akan jadi hamba.
Anak lelakimu, anak
perempuanmu, orang tuamu...
akan menjadi hamba,
tapi bukan kamu.
Menjelang tengahari nanti,
kamu akan menjadi mayat.
Seribu negara dari Empayar Parsi
akan menyerang kalian.
Panah-panah kami akan
menutupi sinar matahari.
Maka kami akan bertarung
dalam kegelapan.
Tembok ini kukuh.
Ia akan dapat menyalurkan tentera
Parsi kedalam Gerbang Panas.
Kapten, ada mereka jumpa jalan
dibalik bukit membelakangi kita?
Tidak, tuan.
Jalan itu ada, Tuanku.
Lewat pinggir bukit
disebelah barat.
Ia laluan kambing gunung.
Tentera Parsi boleh gunakannya
untuk mengepung kita.
Jangan maju.
Raksasa!
Tuanku, patik memohon
untuk didengari.
Akan kutombak kau di sana.
Beta tidak mengarahkan sebegitu.
Maafkan kapten itu.
Dia askar yang baik.
Tapi sedikit tidak sopan.
Tiada yang perlu
dimaafkan, Tuanku.
Patik sedar rupa patik.
Kamu memakai jubah merah Sparta.
Patik Ephialtes,
kelahiran Sparta.
Cinta ibu patik memaksa keluarga
patik meninggalkan Sparta,
atau patik akan dibuang.
Perisai dan baju besi kamu?
Ia milik ayah patik.
Patik merayu, agar Tuanku...
benarkan patik
menebus nama ayah patik...
dengan berkhidmat pada
Tuanku dalam peperangan.
Ayah patik mengajar patik
untuk tidak rasa takut.
Menjadikan lembing, perisai
dan pedang sebahagian diri patik,
seperti degupan jantung patik.
Patik akan layak memakai
baju besi ayah patik,
dengan berkhidmat pada
Tuanku dalam peperangan.
Tusukan yang kuat.
Patik akan bunuh ramai
tentera Parsi.
- Angkat perisai kamu.
- Tuan?
Angkat perisai kamu
setinggi mungkin.
Ayah kamu patut beritahu
kamu tentang formasi kami.
Kami bertempur sebagai
satu unit yang kebal.
Itulah sumber kekuatan kami.
Setiap pahlawan Sparta melindungi
saudara disebelah kirinya,
dari peha hingga leher,
menggunakan perisainya.
Satu titik lemah boleh
menghancurkan formasi.
Dari peha ke leher, Ephialtes.
Maaf, kawan.
Tapi bukan semua orang
layak menjadi pahlawan.
Tapi patik...
Jika kamu nak
menyumbang kepada Sparta,
- Ya?
- Kumpulkan mayat-mayat.
Bantu ubati luka,
bawakan mereka air.
Mengapa?
Tapi untuk bertempur, beta
tak dapat gunakan kamu.
Bonda, ayahanda!
Kau salah.
Kau salah, Leonidas.
Kau salah.
Hantarkan pasukan Phocian
ke laluan rahsia.
Berdoalah pada dewa supaya tiada siapa
beritahu tentera Parsi mengenainya.
Gempa bumi.
Tidak, kapten.
Formasi peperangan.
Disinilah kita
menahan serangan mereka.
Disinilah kita bertempur.
Disinilah mereka mati!
Mati diperisai ini, semua!
Ingatlah hari ini, semua,
kerana ia akan menjadi
hari kalian selamanya.
Pahlawan Sparta,
turunkan senjata kalian!
Tentera Parsi!
Datang dan ambillah senjata kami!
Bertahan!
Jangan beri mereka apa-apa.
Tapi ambil segalanya dari mereka.
Bersedia.
Itu saja kau mampu?
Tolak!
Sekarang!
Tolak!
Jangan ada tawanan!
Jangan belas kasihan!
Mereka nampak dahaga.
Mari beri mereka sesuatu
untuk diminum.
Ke jurang.
Berhenti!
Permulaan yang bagus!
Berlindung!
Tentera Parsi yang pengecut.
Apa yang kau ketawakan?
Macam yang dikatakan.
- Apa?
- Kita berlawan dalam kegelapan.
Berdiri.
Hari ini, tiada pahlawan
Sparta yang mati.
Bertenang, nak.
Kami buat seperti
yang dilatih.
Apa yg kami diasuh untuk buat.
Apa yg kami dilahirkan untuk buat.
Tiada tawanan,
tiada belas kasihan.
Permulaan yang baik.
Saya khuatir puan
takkan datang.
- Maaf, anak saya...
- Begitulah kanak-kanak.
Tak perlu minta maaf.
Anak puan akan mula
menjalani agoge tahun depan.
Itu waktu yang sukar bagi
setiap ibu di Sparta.
Ya, ia sukar tapi
harus dilakukan.
Puan akan berucap didepan
ahli majlis dalam masa 2 hari.
Suami saya takkan
bertahan dalam 2 hari.
Anggap 2 hari itu
sebagai hadiah.
Ia bukanlah rahsia.
Theron mahukan kuasa puan. Suaranya
yang patut puan tenggelamkan.
Jadikan dia sekutu dan
puan akan dapat kemenangan.
Terima kasih.
Kamu bijak lagi baik hati.
Ah, itupun bonda kamu.
Puan harus awasi dia baik-baik
jika suatu hari dia akan jadi raja.
Malang sekali jika sesuatu
terjadi kepadanya.
Atau pada bondanya yang cantik.
Sukarelawan kita dari Greek minta
untuk ikut menyerang pasukan Parsi.
Bagus. Beta rasa ada sesuatu
yang layak buat mereka.
Beritahu Daxos beta mahu dia...
dan 20 askarnya yang terbaik,
bersemangat, dan tidak mabuk...
bersedia untuk
pertempuran seterusnya.
Raja Leonidas!
- Stelios, ambil nafas.
- Ya, Tuanku.
Tentera Parsi mulai mendekat.
Pasukan yang kecil.
Terlalu kecil utk menyerang.
Kapten, sila ambil alih.
- Tapi, tuan...
- Bertenang, kawan.
Jika mereka bunuh beta, seluruh
Sparta akan pergi berperang.
Berdoalah mereka sebodoh itu.
Berdoalah yang kita
seberuntung itu.
Lagipun...
tiada sebab untuk
kita tidak beradab.
Ada ke?
Tidak, tuan.
Biar aku teka.
Kau pasti Xerxes.
Mari, Leonidas.
Mari kita berunding.
Ia akan jadi sia-sia.
Ia akan jadi tindakan gila...
jika kau, raja yang berani,
mati bersama tenteramu yang gagah.
Semata-mata kerana
salah faham yang kecil.
Ada banyak yang budaya
kita boleh kongsi.
Kau tak perasan? Kami dah kongsikan
budaya kami denganmu sejak siang.
Bangsa kau memang menarik.
Sekarang pun kau masih membangkang,
walaupun berdepan dgn kemusnahan.
Bersaksikan dewa, ia tidak bijak
untuk melawan aku, Leonidas.
Bayangkan takdir buruk
yang menanti musuh-musuhku
bila aku dgn senang hati korbankan
orangku sendiri demi kemenangan.
Dan aku sanggup mati
demi bangsa aku.
Orang Greek sangat
banggakan pemikiran kau.
Apa kata kau gunakannya.
Fikirkan tanah air indah yang
gigihnya kalian pertahankan.
Bayangkan ia menjadi
abu atas perintahku.
Fikirkan nasib
wanita-wanita kalian.
Nampaknya kau
tak kenal wanita kami.
Lebih baik aku suruh
mereka saja kesini,
melihatkan kekalahanmu tadi.
Kau ada banyak hamba, Xerxes...
tapi sedikit pahlawan.
Tak lama lagi mereka akan lebih
gerun pada lembing aku dari cemeti kau.
Bukan pukulan yg mereka takuti.
Tapi kuasa agungku.
Namun, aku dewa yang pemurah.
Aku boleh jadikan kau
sangat kaya.
Aku akan jadikan kau panglima
perang di seluruh Greek.
Kau akan memimpin tenteraku
untuk menjajah Eropah.
Musuh kau di Athen akan
melutut dikaki kau.
Asalkan kau
melutut dikaki aku.
Kau sangat pemurah...
...dan hebat.
Raja kepada raja. Tawaran sebegitu
hanya orang gila yang akan tolak.
Tapi...
permintaanmu untuk melutut...
Beginilah...
Memancung semua tentera
kau membuatkan kakiku kejang.
Jadi sukar untuk
aku melutut.
Takkan ada kemenangan
dalam pengorbanan kau.
Aku akan memadamkan nama
Sparta dalam sejarah.
Setiap helai lembaran Greek
akan dibakar.
Setiap sejarawan dan
penulis Greek...
akan dikorek matanya dan
dipotong lidahnya.
Sesiapa yang menyebut nama Sparta
atau Leonidas akan dihukum mati.
Dunia tidak akan tahu
kewujudan kau sama sekali.
Dunia akan tahu yang manusia
bebas adalah penentang tirani.
Yang sedikit
menentang yang ramai.
Dan sebelum peperangan ini berakhir, seorang
Raja Dewa pun boleh menumpahkan darah.
Kau bertempur
dengan baik harini.
Bagi seorang wanita.
Begitu juga kau.
Mungkin jika aku cedera baru
kau boleh menandingi aku.
Mungkin aku dah jauh kedepan,
sampai kau tak nampak aku.
Mungkin kau menawarkan
punggungmu kepasa Thespian itu.
Cemburu...
...itu tak bagus, kawan.
Lekas, semua!
Longgokkan mayat mereka
tinggi-tinggi.
Jika tak salah dugaan beta...
kita berdepan dengan
malam yang mencabar.
Mereka telah mengabdi kepada
Raja Parsi selama 500 tahun.
Mata sekelam malam.
Gigi diasah setajam taring.
Tanpa roh.
Mereka pengawal peribadi
kepada Raja Xerxes sendiri.
Pahlawan elit dari Parsi.
Tentera paling berbahaya
di seluruh Asia.
Tentera Abadi.
Raja Dewa telah mengkhianati
satu kelemahannya.
Hubris.
Mudah diperlekeh.
Mudah diperdaya.
Sebelum luka dan
lelah menguasai,
raja gila itu mengerahkan
kekuatan terbaiknya pada kita.
Xerxes termakan umpan.
Pahlawan Sparta, tolak!
Tentera Abadi.
Ketepatan nama mereka teruji.
Ayah!
Tuanku!
Pasukan Arkadia, sekarang!
Ayuh!
Mari tunjukkan pada pahlawan
Sparta kemampuan kita.
Ayuh!
Mereka berteriak dan menyumpah,
menikam dengan ganas,
lebih mirip tukang pukul
dari pahlawan.
Mereka menumpahkan
banyak darah.
Amatur yang berani.
Mereka menjalankan peranan.
Tentera Abadi.
Mereka gagal ujian raja kita.
Dan seorang lelaki yang
menganggap dirinya dewa...
...merasakan ketakutan
meresap ke tulangnya.
Demi raja kita!
Dan pahlawan yang gugur!
Siapa yang Xerxes akan
hantar selepas ini?
Tiada siapa yang dapat
menghentikan kita sekarang.
Bahkan raja pun mengharapkan
lebih dari kemenangan.
Harapan yang gila.
Tapi itulah dia.
Melawan bertubi-tubi serangan,
dengan pelbagai rintangan...
Kami mampu, kami dapat
pertahankan Gerbang Panas.
Kami boleh menang.
Fajar.
Libasan cemeti.
Ngauman orang gasar.
Yang dibelakang
berteriak: "Maju!"
Yang didepan
berteriak: "Berundur!"
Mata kami saksi bagi
makhluk menjijikkan...
yang didatangkan dari ceruk
hitam Kerajaan Xerxes.
Apabila daya tenaga gagal,
mereka berpaling kepada sihir.
100 negara turun
menentang kami.
Pasukan tentera seluruh Asia.
Disalurkan kedalam celah sempit,
angka mereka tidak terbilang.
Beratus tentera mereka tewas.
Kami hantar askar mereka yang
cedera dengan maruah tercalar
kembali ke kaki Xerxes.
Raja Xerxes berang
pada jeneralnya.
Dia menghukum mereka.
Xerxes menghantar raksasanya
dari setengah jarak dunia.
Mereka haiwan yang kekok.
Dan tentera Parsi
mati tergilincir.
- Kau masih hidup?
- Ada yang harus jaga kau.
Sekarang aku agak sibuk.
Berkumpul!
Astinos, anakku!
Astinos!
Tidak!
Hari mulai senja.
Kami kehilangan
beberapa pahlawan...
tapi setiap yang gugur adalah
sahabat atau darah daging.
Saat melihat tubuh anaknya
yang dipancung kepala,
kapten melanggar perintah.
Dia hilang kawalan,
dahagakan darah.
Teriakan pilu Kapten yang
kehilangan anaknya
lebih menakutkan bagi musuh
dari pukulan genderang.
3 orang diperlukan
untuk menahannya
dan menenangkannya.
Hari itu kami menang.
Tiada lagu dinyanyikan.
Kejamnya dewa kamu menciptakan
kamu sebegini rupa, Ephialtes.
Pahlawan Sparta juga kejam
kerana menolak kamu.
Tapi aku baik hati.
Segala apa
yang kamu dambakan.
Segala kebahagiaan yang
kamu boleh bayangkan.
Segala kesenangan yang rakan Greek
dan dewa kamu nafikan dari kamu,
...akan aku kabulkan.
Kerana aku baik hati.
Terimalah aku sebagai
raja dan dewamu.
Ya!
Tunjukkan tenteraku ke
jalan rahsia...
yang dapat mengepung Sparta
celaka itu dari belakang,
dan kebahagiaanmu tak
akan berkesudahan.
Ya, patik mahu semuanya.
Kekayaan, wanita.
Dan satu lagi.
Patik mahukan pakaian seragam.
Baiklah.
Aku ini baik hati.
Tidak seperti si Leonidas,
yang menyuruh kamu berdiri...
Aku cuma minta kamu melutut.
Malam yang indah.
Ya, tapi saya bukan panggil kamu
untuk berbual kosong, Theron.
Itu sudah pasti.
Puan tidak pernah
mahu berbicara dengan saya.
Kamu mahukan sesuatu?
Mungkin minuman?
Adakah ia racun?
Maaf kerana mengecewakan
kamu, ia cuma air.
Saya diberitahu Puan akan
menghadap ahli majlis.
Ya.
Saya perlukan bantuan kamu...
utk mendapatkan undian bagi menghantar
tentera bantuan kepada Raja.
Ya.
Saya dapat bayangkan kita
berdua berdiri bersama.
Saya sbg ahli politik. Puan
sbg pahlawan. Satu suara.
Tapi mengapa saya
perlu melakukannya?
Ia membuktikan kamu
prihatin terhadap raja
yang sekarang sedang berjuang
demi air yang kita minum.
Benar.
Tapi ini politik,
bukannya peperangan.
- Leonidas seorang idealis.
- Saya kenal jenis kamu.
Kamu rela tentera kita mati
demi kepentingan diri.
Suami puan, raja kita, membawa 300
pahlawan terbaik kita untuk mati.
Dia melanggar hukum dan berangkat
tanpa persetujuan ahli majlis.
- Saya cuma seorang realis.
- Kamu mengorek keuntungan.
Puan sama bodoh
seperti Leonidas...
jika Puan fikir manusia
tak ada nilainya di dunia.
Semua orang diciptakan sama. Itu
hukum Sparta, Permaisuriku.
Saya kagumi semangat Puan.
Tapi jangan ingat yg Puan,
seorang wanita, walaupun Permaisuri,
boleh masuk ke ruang dewan dan
mengubah fikiran lelaki.
Dewan itu milik saya.
Seakan dibina oleh
kedua tangan ini.
Aku boleh bunuh kau
sekarang juga.
Kau boleh mengahadap ahli majlis,
tapi ucapan kau takkan dedengari.
Leonidas takkan menerima
sebarang bantuan,
dan jika dia kembali, tanpa bantuan aku,
dia akan dipenjara atau lebih teruk dari itu.
- Kau sayangkan Sparta?
- Ya.
- Dan rajamu?
- Ya.
Suamimu berperang demi
tanah airnya,
dan cintanya.
Apa kau tawarkan...
sebagai balasan jika aku mengirim
tentera bantuan kita ke utara?
Apa seorang realis mahukan
dari permaisurinya?
Aku rasa kau tahu.
Ini takkan berakhir dengan cepat.
Kau takkan menyukainya.
Aku bukan rajamu.
Dilios!
Beta yakin luka kecilmu itu
tak mencacatkan kamu?
Tidak, Tuanku.
Ia cuma sebelah mata.
Dewa telah merahmati patik
dengan tidak membutakan keduanya.
Dan kapten?
Dia menyumpah dewa dan
berkabung sendirian.
Leonidas!
Celakalah kita.
Kita akan celaka.
- Musnah.
- Daxos, bertenang!
Pembelot yang bongkok itu
bawa tentera Abadi Xerxes
ke laluan rahsia
di belakang kita.
Pasukan Phocian yang ditugaskan
disana mati dibunuh.
Perang ini dah tamat,
Leonidas!
Perang ini tamat bila beta
kata ia tamat!
Menjelang pagi, Tentera Abadi
akan mengepung kita.
Gerbang Panas akan roboh.
Pahlawan Sparta!
Bersedia untuk kemenangan!
Kemenangan?
Kau dah gila?
Tiada kemenangan akan dicapai.
Cuma pengunduran atau
menyerah diri atau maut.
Itu pilihan yang mudah
bagi kami, orang Arkadia.
Pahlawan Sparta pantang berundur.
Pahlawan Sparta pantang menyerah.
Pergi. Sebarkan berita.
Biar setiap rakyat Greek
tahu kebenarannya.
Biar setiap orang
mencari nurani mereka.
Dan sementara itu,
carilah nuranimu juga.
Askarku akan pergi bersamaku.
Selamat jalan, Leonidas.
Anak muda! Anak muda!
Berkumpul.
Jangan berundur.
Jangan menyerah.
Itu hukum Sparta.
Dan dengan hukum Sparta,
kita bangun dan bertempur.
Dan mati.
Era baru bermula.
Era kebebasan.
Dan semua akan tahu yang
300 pahlawan Sparta
mengorbankan nyawa mereka
untuk mempertahankannya!
Kawanku.
Selama ini patik hidup tanpa
penyesalan, hinggalah sekarang.
Bukan kerana anak patik
mati demi negaranya.
Tapi kerana patik tak sempat beritahu
betapa patik sayangkan dia.
Dia berjuang disisiku
dengan penuh kehormatan.
Dia yang terbaik bagiku.
Beta patah hati
atas kehilanganmu.
Hati?
Hati patik sudah
dipenuhi kebencian.
Bagus.
Dilios!
Mari kita berjalan.
Ya, Tuanku.
Tapi, patik sihat.
Patik sedia berperang.
Kamu antara pahlawan
yang terbaik.
Tapi kamu ada bakat yang
lain daripada tentera Sparta.
Kamu akan sampaikan perintah
terakhir beta kepada ahli majlis
dengan sepenuh hatimu.
Ceritakan kisah beta.
Pastikan setiap rakyat
Greek tahu apa terjadi disini.
Kamu ada kisah hebat
untuk diceritakan.
Kisah kemenangan.
Kemenangan.
Baiklah, Tuanku.
Tuan, ada pesanan...?
...untuk permaisuri?
Tak ada yang perlu dikatakan.
Beratus tentera berangkat.
Sedikit yang tinggal.
Cuma seorang yang
menoleh belakang.
Pahlawan Sparta!
Siapkan sarapan dan
makan puas-puas.
Kerana malam ini kita
bersantap di neraka!
Izinkan saya mempersilakan isteri
Leonidas, permaisuri Sparta.
Ahli majlis.
Saya berdiri didepan anda
bukan saja sebagai permaisuri.
Saya datang sebagai seorang ibu.
Saya datang sebagai
seorang isteri.
Saya datang sebagai
seorang wanita Sparta.
Saya datang dengan penuh
kerendahan hati.
Saya datang bukan untuk
mewakili Leonidas.
Tindakannya lebih besar dari apa
yang saya boleh ungkapkan.
Saya disini demi semua suara
yang tidak dapat didengari.
Ibu, anak perempuan,
ayah, anak lelaki.
300 keluarga yang
menderita demi hak kita...
dan demi menegakkan landasan
yang dibangun oleh dewan ini.
Kita diambang perang, tuan-tuan.
Kita harus menghantar seluruh pahlawan
Sparta untuk membantu raja kita...
bukan cuma untuk keselamatan diri kita,
tapi keselamatan anak-anak kita.
Kirimkan tentera untuk
mempertahankan kebebasan kita.
Kirimkan demi keadilan.
Kirimkan demi
menegakkan hukum.
Kirimkan demi pertimbangan.
Dan yang paling penting, kirimkan
tentera kita demi harapan.
Harapan yang raja dan pahlawannya tak
disia-siakan di lembar sejarah.
Yang keberanian mereka
menyatukan kita bersama.
Yang kita dikuatkan
oleh tindakan mereka.
Dan keputusan kalian hari ini
mencerminkan keberanian mereka.
300.
Menyentuh.
Lancar, penuh perasaan.
Tapi itu tak mengubah kenyataan yang
suamimu telah mengundang perang.
Kamu salah.
Xerxes yang mengundang perang,
dan sebelum dia, bapanya,
Darius, di perang Marathon.
Serangan Parsi tak akan berhenti
hingga teduhan kita hanyalah...
runtuhan dan kekacauan.
Dewan ini tak perlukan
pelajaran sejarah, permaisuriku.
Lalu pelajaran apa yang
ingin kamu tinggalkan?
Perlukah saya menguraikannya
satu persatu?
Kehormatan, tugas, kemuliaan.
Kamu bercakap tentang kehormatan?
Tugas? Kemuliaan?
Bagaimana dengan perselingkuhan?
- Beraninya kau?
- Beraninya aku?
Lihat dia baik-baik.
Dialah penipu yang nyata.
Jangan memperdayakan ahli dalam
dewan mulia ini, permaisuriku.
Beberapa jam yang lepas, kamu
menawarkan dirimu kepadaku.
Jika saya lelaki yang lemah, dah
tentu saya termakan godaan kamu.
- Ini dah melampau.
- Ah, si munafik bersuara.
Tidakkah kau mendapat bayaran?
Bayaran yang kau ambil supaya dia
dapat berucap didepan ahli kehormat ini.
- Itu penipuan.
- Iya ke?
Tidakkah dia, atas undanganmu,
dijemput ke kamar raja?
Ranjang yang sama dimana
kamu cuba tawarkan kepadaku
dengan bersungguh-sunguh.
Kalian nampak terkejut.
Dia menawarkan tubuhnya,
tuan-tuan...
sementara suaminya menggalakkan
anarki dan perang.
Mulut licik pun tak dapat
menahan ucapannya,
permaisuriku yang murahan.
Perilaku seorang permaisuri!
Usir dia dari dewan ini sebelum
dia meracuni kita lebih jauh
dengan dirinya yang
jijik dan memalukan itu.
Ini takkan berakhir
dengan cepat.
Kau takkan menyukainya.
Aku bukan permaisurimu.
Pembelot.
Pembelot, pembelot, pembelot.
Leonidas.
Pujian dariku.
Dan tahniah.
Kamu telah mengubah malapetaka
menjadi kemenangan.
Meskipun kau angkuh,
Raja Dewa datang utk mengagumi keberanian
dan ketangkasan pahlawan Sparta.
Kamu mungkin menjadi
sekutu yang hebat.
Menyerah, Leonidas.
Gunakan akal. Fikirkan
tentang pahlawan kamu.
Saya merayu.
Dengar nasihat
bangsa Greek kamu.
Dia boleh membuktikan
kemurahan hati seorang dewa.
Meskipun kamu menghinanya,
meskipun kamu kufur,
dewa bersedia untuk
mengampunkan kamu.
Dan lebih lagi, beri
ganjaran atas pengabdianmu.
Kamu berperang mempertahankan
tanah airmu, kamu boleh memilikinya.
Kamu berperang demi Sparta.
Sparta akan lebih makmur dan
lebih berkuasa dari sebelumnya.
Kamu berperang demi
kekuasaanmu sebagai raja.
Kamu akan ditabalkan sebagai
panglima perang Greek.
Yang hanya mengabdi pada
satu penguasa dunia ini.
Leonidas. Kemenanganmu
akan lengkap.
Jika kamu meletakkan senjata
dan melutut pada Xerxes.
Lebih 30 tahun sejak dia menewaskan
serigala di musim salji yang dingin.
Dan sekarang, sama spt dulu, bukan
ketakutan yg mencengkamnya.
Cuma kegelisahan.
Pancaindera yang semakin menajam.
Angin pantai yang dingin meniup
peluh di dada dan lehernya.
Suara burung-burung camar,
mengeluh walaupun mereka sudah
dijamukan ribuan mayat terapung.
Nafas tenang 300
pahlawan dibelakangnya.
Sedia untuk mati deminya,
tanpa teragak-agak.
Mereka semua sedia
untuk mati.
Topi besinya menyesakkan.
Perisainya berat.
Lembingmu.
Kamu disana.
Ephialtes.
Semoga kamu hidup selamanya.
Leonidas, lembingmu.
Stelios!
Bunuh mereka!
Topi besinya menyesakkan.
Ia menyempitkan pandangannya.
Dan dia harus melihat jauh.
Perisainya berat.
Membuat dia tidak stabil.
Dan sasarannya jauh.
Nenek moyang mengatakan bangsa Sparta
adalah keturunan Hercules sendiri.
Keberanian Leonidas menjadi
bukti pada keturunan kita.
Ngaumannya panjang dan lantang.
Tuanku.
Ia suatu kehormatan
untuk mati disisi Tuanku.
Ia suatu kehormatan
untuk hidup disisi kamu.
Permaisuriku.
Isteriku.
Cintaku.
"Ingatilah kami."
Sebuah pesanan sederhana
dari seorang raja.
Ingatlah kenapa kami mati.
Kerana dia tidak ingin diberi
penghormatan atau digubahkan lagu.
Atau monumen, atau puisi
kisah perjuangan.
Keinginannya begitu sederhana.
"Ingatilah kami."
Ujarnya padaku.
Itulah harapannya.
Jika manusia yang bebas
mendatangi tempat itu
berabad-abad nanti,
Semoga suara kami membisik
kepadamu dari batu-batu.
Khabarkan kepada rakyat
Sparta, wahai penziarah...
yang disini, atas hukum
Sparta, kami bersemadi.
Maka raja pun mangkat...
Dan saudara-saudaraku gugur.
Hampir setahun yang lalu.
Lama kurenungkan maksud
tersiratnya tentang kemenangan itu,
dan waktu membuktikan
kebijakannya.
Maka dari seorang rakyat
Greek kepada yang lainnya,
tersebar kisah Leonidas yang
berani dan 300 pahlawannya,
meninggalkan rumah mereka,
mengorbankan nyawa mereka,
bukan hanya demi Sparta...
tetapi demi seluruh Greek dan
janji yang dijunjung negara ini.
Dan sekarang, diatas
bumi bernama Platea...
tentera Xerxes berhadapan
dengan kematian.
Disana, gerombolan orang
gasar berkumpul.
Ketakutan mencengkam kuat hati
mereka dengan tangan yang dingin...
mereka tahu kengerian tidak berbelas
kasihan yang mereka akan terima...
adalah dari pedang dan
lembing 300 pahlawan.
Sekarang mereka menatap
dari kejauhan,
pada 10 000 pahlawan Sparta,
mengetuai 30 000 rakyat Greek.
Musuh melebihi kita
pada nisbah 3 kepada 1.
Suatu kelebihan bagi
tentera Greek.
Hari ini kita bebaskan dunia
dari sihir purba dan tirani...
dan menyambut masa depan yang lebih
gemilang dari bayangan kita.
Berterima kasihlah kalian...
kepada Leonidas dan 300
pahlawan yang berani.
Menuju kemenangan!