Tip:
Highlight text to annotate it
X
Bumi.
Sebelum peperangan...
New York.
Sebelum aku lahir.
Tempat yang aku lihat
cuma melalui gambar
Aku mengenali kau....
...tapi kita belum pernah bertemu.
Aku bersama kau...
Tapi aku tak tahu nama kau.
Aku tahu yang aku bermimpi...
Tapi rasanya lebih dari itu.
Ianya seperti satu kenangan.
Macam mana semua itu berlaku?
14 March 2077.
Lima tahun berlalu semenjak
penghapusan memori
Aku masih dihantui bayangan ini.
Aku dan Victoria telah ditugaskan bersama.
Dua minggu lagi, misi kami akan selesai,
Dan kami akan bergabung dengan yang lain.
Tapi aku mempunyai banyak
persoalan, sedangkan dia tak.
Tentang sesuatu dalam mimpi aku,
tapi dia tak...
Setengah abad yang lalu, "Scavenger"
telah menghancurkan bulan kami.
Menyerang dari planet mereka yang hampir pupus untuk menakluki planet kami.
Tanpa bulan, Bumi dalam kehancuran.
Gempa bumi menhancurkan bandar cuma dalam beberapa jam.
Disusuli pula tsunami yang
meranapkan apa yang kami bina
Kemudian mereka memulakan serangan.
Kami melakukan apa yang
perlu kami lakukan.
Kami menggunakan senjata nuklear
Kami memenangi peperangan, tapi
turut kehilangan planet...
Radioaktif tercemar. Sebahagian besar dari Bumi sudah tak boleh dihuni.
Semua yang masih hidup
perlu meninggalkan bumi
Kami membina "The Tet",
iaitu pusat kawalan kami.
Stasen luar angkasa
sebelum ke "Titan"
Bulan terbesar dari planet Saturnus.
Semua orang tinggal di sana sekarang.
Ya, hampir semua orang.
Sehingga pemantuan kami selesai,
Vika dan aku masih bertugas.
Kami melindungi "Hydro Rigs"...,
Mesin pengubah air laut Bumi...
...menjadi Tenaga Fusi
untuk koloni baru.
Manusia yang masih hidup
bergantung padanya.
Terima kasih untuk kopi!
Sisa tentera "Scavenger"
sentiasa menganggu misi kami
Mereka menyerang pesawat
tanpa kru kami pada waktu malam.
Mereka cuba untuk membunuh aku pada siang hari.
Mereka masih melawan "Scav",
tapi aku tak tahu kenapa.
Misi mengatakan yang kami
telah melakukan tugas dengan baik.
Dan mengatakan yang kami adalah
pasukan yang efektif.
Vica adalah pegawai komunikasi.
Dia sentiasa mengawasi aku.
Dan aku dibahagian pembaikian "Drone".
Drone mengawasi segalanya.
Vica sudah tak sabar untuk pergi.
Aku? Aku tak terlalu yakin.
Aku tak boleh lupakan Bumi.
Setelah apa yang berlaku...,
Bumi masih rumah aku.
Jack Harper, Tech 49.
Selamat Pagi, Bob!
"Tower", perintahkan pemeriksaan!
Penyelenggaraan "Drone" Tech 49,
Bantuan untuk sokongan hidraulik.
Semua sistem kapal Bobby sedia.
Aku sedia untuk berangkat.
Dengar Tech-49, kau selamat.
Hati-hati di luar sana.
- Sentiasa.
- tak, kau tak begitu.
Kau betul.
Aku perlu berhati-hati.
Baiklah, Tet akan dihidupkan dalam 30 saat.
- Tampilkan koordinat "Hydro Rig" sekarang.
- Hubungi visual.
Aku melihat mereka.
"Hydro Rig" sedang menyedut air laut.
Kau nampak mereka, Bob?
"Drone" 185 nampak baik.
Jack, ada dua "Drone" jatuh.
Celaka.
Bersedia! Misi akan diaktifkan.
Baik, hubungi Tet.
Selamat pagi, bos.
"Tower" 49, ini kawalan Misi.
Macam mana keadaan kau pagi ini?
Sangat baik, Sally.
Memasukkan data sekarang.
Daftar misi 49, hari 1642,
Bantuan untuk "Hydro Rig".
Ada dua...
Dua "Drone" yang mati...,
Perimeter memberikan maklumatnya.
Diterima. Siarkannya pada Tet, bersedia.
Jack. 166 jatuh pada titik 37.
Menghubungkan ke suar sekarang.
Kau perlu kesana dulu.
Baiklah, aku akan kesana.
Misi, Tech 49 menuju titik 37 sekarang.
Boleh kau pasangkan lubang
dengan "Drone" 109?
tak. 109 ada di kandang.
Masih menunggu bahagian.
Jack lebih baik kau cari dan
terbangkan semua robot itu.
Risiko untuk tak nampak pada waktu malam.
Baik.
"Tower", adakah 166 sudah dibaiki?
Jack membaiki semua "Drone" kebelakangan ini.
Dan jika kami mempunyai
benda yang kami minta...,
Kami takkan berjalan
atas rangka di sini.
Faham. Kami berusaha sebaik mungkin.
Adakah kamu pasukan yang efektif?
Kami pasukan yang efektif.
Tugas kau hari ini adalah
membaiki 166...
...dan mencari 172.
Terbangkan mereka pada hari minggu...,
Aku akan belanja kamu minuman.
Ketika kamu keembali ke Tet.
Lebih baik kau bersedia, Sally.
Dua minggu dari sekarang.
Aku terus menjejak.
Baik.
Ayuh, Bob. Bekerjasama dengan aku, kawan.
Tech-49.
Tech-49?
Jack?
Ya "Tower".
Apa yang berlaku?
Aku kehilangan kau sekejap.
Betul ke?
Aku hampir sampai di lokasi.
Itu dia.
Ada beberapa "Scavenger" yang terbunuh.
"Drone" 166 bertarung sengit.
Ada pergerakan?
Tiada tanda "Scavenger".
Pandangan aku terbatas, Jack.
Kau perlu menangani misi ini.
Faham. Aku turun sekarang.
Mulakan pembaikian.
Lindungi aku.
Aku sentiasa lakukannya..
Aku pernah dengar tentang pertandingan ini.
Mereka bermain disini.
Super Bowl terakhir.
Jangan kata yang itu pertandingan klasik.
Pertandingan klasik.
Kalah 4 angka.
Bola...
Ada di tengah padang.
Saat-saat terakhir.
Bola tersasar.
Bola gagal ditangkap.
Bencana.
Sepertinya permainannya sudah berakhir.
Aku sudah membaca
seluruh kerosakannya...,
Kau tak memerlukan
alatan di sana.
Bahan bakar baru takkan memperbaikinya.
Tapi dia kembali berlari.
Menangkap bola yang tersasar.
Jack. Tunggu, apa yang kau lakukan?
Pemain lawan menghadangnya.
Jadi dia melempar bola itu,
Walaupun tak tahu siapa yang akan menerima.
Ya Tuhan.
80,000 orang berdiri,
Menyaksikan bola melayang di udara!
Pemain ketiga terus menerobos di padang...,
Tiba-tiba muncul dari belakang.
"Touch Down"!
Ada musuh! Dari barat!
Jack?
Tenang, Vica.
cuma seekor anjing.
Hei.
Pergi!
Pergi dari sini!
Berambus!
Pergi dari sini! Cepat!
Tech 49 Jack Harper.
Sama-sama.
166 kembali hidup.
Dua "Drone" ditembak hari ini. 10 sel bahan bakar dicuri
dalam lebih dari satu bulan.
Kumpulan "Scav" semakin berani.
"Hydro Rigs" adalah penyebab kepada semua ini.
Setelah kita pergi, mereka cuma
akan tinggal debu dan radiasi.
tak masuk akal!
Kita memenangi peperangan.
Dan kita perlu pergi.
Dua minggu lagi, Jack.
Dan kita akan menuju ke "Titan".
Ya.
"Drone" itu ada di luar sana.
Kami perlu menemuinya.
Tanpa suar, itu seperti mencari
jarum dalam rumput.
Untuk itulah kita berjuang.
"Tower". Lokasi 172 ada...
...di lubang raksasa.
tak nampak tapi aku dapat mendengarnya.
Tet terlalu jauh dari pandangan.
Aku hampir tak dapat melihat kau.
Macam mana keadaannya?
Bagus! Bagus!
Tiada tanda "Scav" di atas.
Tet mati dalam masa 15 minit.
Selepas itu, kau bekerja sendiri.
Misi, ini "Tower" 49.
Jack sudah menemui "Drone" 172.
Melakukan perbaikian sekarang.
Hantar bantuan ke lokasinya, secepat mungkin.
Aku melihat "Drone" 172.
Jack?
Apa ni?
Celaka!
Ha!
Jack!
Tech 49 Jack Harper.
Jack Harper Tech 49!
Hei!
Oh tuhan!
Jangan motor aku!
Adakah ada cara yang terbaik untuk seseorang mati,
Selain menghadapi ketakutannya...,
Demi abu nenek moyangnya,
Dan kuil dari Dewanya?"
Jack.
Ya!
Aku ke sana dengan segera.
Macam mana keadaan 109?
Boleh terbang?
Hampir.
Tapi tanpa pelindung ia takkan berdaya.
Aku akan bercakap dengan Sally tentang
pelindung itu pagi esok.
Baik.
Sekali lagi.
Apa, Jack Harper?
Dari mana kau dapatkan ni?
Itu tumbuh di...
Alamak Jack, kau tahu peraturannya...,
Tentu kau fikir aku suka membebel.
Tapi kita tak tahu racun apa...
...yang ada pada benda seperti itu.
Itu bunga, Vica.
Ya, bukan itu masalahnya.
Kita sudah menghampiri penamat...,
Dan perkara terakhir yang kita perlukan
kau buat itu akan menjadi risiko.
Baik.
Setiap hari kau perlu ke bawah.
Dan melihat apa yang hilang.
Tapi kita sudah melakukan tugas kita, Jack.
Sudah tiba masa untuk pergi.
Aku rasa mereka tak nak
membunuh aku hari ini.
"Scav".
Mereka nak menangkap aku.
Aku tak boleh kehilangan kau.
Cepatlah.
Kau perlu ikut dengan aku sesekali.
Sebelum kita pergi.
Ada tempat yang aku jumpa
dan nak ditunjukkan kepada kau.
Aku akan menunjukkan sesuatu.
Hei!
Alamak!
Tahap enam hancur dari
dalam bahagian "Hydro Rigs".
Mati untuk selamanya.
"Tower" 49, kau membahayakan seluruh operasi.
Aku perlu tahu apa yang
sebenarnya berlaku.
Jack beritahu yang "Scav" menjadikan
sel bahan bakar yang dicuri sebagai senjata...
...dan menjadikannya tenaga.
"Tower", tunggu!
"Tower"? Aku lihat isyarat terlarang pada titik 370. Kau lihat?
Ya!
mesti itu adalah "Scav".
Itu bukan salah satu daripada kita.
Jack. Isyaratnya mengarah ke Bumi.
Aku ke sana.
Tower, tercatat, kau kehilangan
9 tambahan sel bahan bakar.=
Boleh jelaskan?
tak, tapi 10.
"Drone" 172 hilang malam tadi.
109 sedia bertempur sejak kau
menempatkannya di posisi bertahan.
Kita boleh lindungi "Rig" dengan "Drone"
di lapangan.
Aku sudah kira jumlahnya.
Kami menggunakan perkiraan
di lapangan, "Tower".
Aku tugaskan "Drone" ke posisi bertahan.
Tugas kami adalah menjalankan "Rig" itu,
Tugas kamu adalah mempertahankannya.
Kita tak boleh kehilangannya lagi.
Kau faham?
Adakah kau dan Jack pasukan yang efektif?
Sudah tentu!
Jack?
Kau berada tepat di atasnya.
Kau melihatnya?
Jack?
Ya, aku melihatnya.
nampak agak pelik.
"Scav" menggunakan
bangunan ini sebagai antena.
Boleh kau jelaskan?
Itu seperti koordinat.
Titik 17.
Itu suar yang sangat besar.
Titik 17.
Apa yang ada di luar sana?
Tiada apa-apa!
tak diketahui!
Apa yang berlaku?
Kenapa "Scav" mengirim
isyarat dari planet ini, Jack?
Aku akan mematikannya.
Tech-49, periksa laluan kau.
Kau menuju ke sempadan.
Radiasi akan membakar kau
sebelum kau menyedarinya.
Tenang, Vica, aku melihatnya.
Aku akan memeriksa perimeter...
...sebelum aku pulang.
Komunikasi aku mungkin terputus.
Jack, kita perlu kekal berhubungan.
Aku mesti tahu dimana posisi kau.
Kau dengar ?
Jack, kau dengar?
betul, Bob.
Kau tahu kita akan kemana!
Kau akan merindui aku?
Aku akan merindui tempat ini.
Ini tempat yang bagus.
Ini tempat yang bagus.
Vica! Vica, kau lihat tu?
Jack, kau dari mana?
Ada objek jatuh di Titik 17.
Itu koordinat suarnya.
betul.
Aku melihatnya. Ianya seperti kapal.
Jack, Misi hampir tak beroperasi.
Aku sedang ke lokasi.
Misi, ada pelanggaran objek tak dikenali di titik 17...,
Objek datang ke kordinat yang
dikirim suar "Scav".
Tech aku sedang ke sana.
"Tower", sekejap lagi
kita tak beroperasi...,
Tapi "Drone" sudah ke sana
dan sedia disempurnakan.
Arahkan Tech kau berundur.
Jack, Misi nak kau mundur.
"Drone" akan menanganinya.
tak, "Tower"!
Jika Tet tak aktif, kita yang
perlu pastikannya sendiri.
Aku nak pastikan tempat ini selamat!
Sally, Tech aku bimbang
akan keselamatan tempat itu.
"Tower", kau banyak
kehilangan aset hari ini.
Tarik Tech kau. Kau faham?
Faham. Komander, aku...
Jack, kau diperintahkan untuk berundur,
"Drone" yang akan mengambil alih.
Aku sudah ditempat kejadian.
Jack.
Aku tak melihat kau.
Pusat Komander tak aktif.
vika. Aku rasa itu salah satu daripada kita.
Objek kuno, nampak seperti...
...sebelum peperangan!
Itu "Scav", mereka yang
membuat helah, Jack!
Tiada tanda-tanda "Scav".
Tech, ini pemberi arahan kau.
Aku perintahkan kau keluar...
...dan kembali ke "Tower" segera.
Aku mendarat!
Mereka manusia!
"Tower", ada yang selamat.
Ada empat, lihatlah, lima yang selamat.
Mereka manusia!
Berundur!
Vica, "Drone" menembak yang selamat.
Jack, Tet tak aktif, aku... Aku tak boleh!
Berundur!
Jack Harper, Tech-49!
Berundur, tak guna!
Berundur!
Buka pintu!!
Vica!
Berikan aku kotak P3K.
Berikan aku kotak P3K.
Ini perlu dilaporkan.
Bermakna kau perlu melaporkan yang "Drone"...
...membunuh kru kapal kita sendiri.
Lihat hasil perbuatan Komander.
Itu cecair pernafasan.
Biarkan dia keluarkannya.
Jack...,
Ini. Kau masih kering.
Kita di mana?
Aku Victoria. Ini Jack.
Siapa nama kau?
Julia.
Julia...,
Maaf aku perlu memberitahu kau...,
Kau mengalami kemalangan.
Kapal kau terjatuh.
Jack berjaya menarik kau dari runtuhan.
Tapi semua kru kau yang lain tiada yang selamat.
Apa maksud kau?
cuma kau yang selamat.
Aku turut bersimpati.
Kau sudah tidur delta
untuk jangka masa yang panjang.
Beberapa kekeliruan adalah perkara biasa.
Berapa lama?
60 tahun.
Sekurang-kurangnya.
Aku perlu kembali ke kapal.
Di bawah sana terlalu berbahaya,
Kau perlu berehat.
Vica...,
Jangan sentuh aku!
Kapal kau kembali kerana disebabkan oleh suar dari permukaan.
Kau tahu tentang itu?
Apa misi kau?
Itu rahsia.
Tapi kami tiada catatan dari Odyssey.
Aku tak boleh beritahu apa-apa...
...sehingga aku dapat rakaman penerbangan kapal aku.
Julia...,
Banyak yang berubah dalam 60 tahun.
Ketika kau dalam keadaan tidur delta...,
Bumi telah diserang.
Kami memanggil mereka "Scavs".
Mereka menghancurkan bulan
dan separuh daripada planet.
Lalu mereka menyerbu.
Kami telah memenangi peperangan.
Tapi bumi telah rosak.
Semua orang ada di "Titan" sekarang.
Bulannya adalah "Saturnus",
kami ada di stesen ruang angkasa,
bersedia untuk pergi.
Kami di sini untuk menjaga
dan memelihara "Drone".
Kami dibahagian pembaikian.
Kau kehilangan orang.
Semuanya.
Jika kau nak bersendirian, kami faham.
"Drone" telah membunuh semua krunya.
Jika aku tak sampai di sana...
Aku nak dia pergi.
Vica...,
Kau ada kenangan sebelum misi?
Sebelum penghapusan?
Tugas kita bukan untuk mengingati..
Kau ingat?
Kau ingat dia?
Jack...,
Dia dibawa oleh suar milik kumpulan "Scav".
Kita tak kenal siapa dia.
Atau apa dia.
Kita tidur saja.
Ya?
Kau menerbangkan pesawat itu?
Ya.
Apa yang berlaku sekarang?
Tet akan segera aktif...
Victoria akan melaporkan tentang penyelamatan kau.
Mereka akan menghantar orang untuk kau.
Dari Tet?
Ya.
Aku perlu mendapatkan rakaman penerbangan aku.
Kumpulan "Scav", mereka bergerak pada waktu malam.
Mereka mungkin ada sana...
Aku perlu tahu apa yang berlaku.
Kau perlu tahu apa yang berlaku.
Aku rayu!
Jack.
Apa yang kau lakukan?
Vica, dia adalah pegawai penerbangan.
Dia nak melihat kapalnya dan
menyelamatkan rakaman penerbangannya.
Kau juga mahukannya.
Jack...,
Aku tak dapat melindungi kau.
Ya, aku faham.
Biar aku yang uruskan.
Aku tak dapat selamatkan mereka.
Jack. Jack!
Jack, kau dengar?
Baik, masa untuk pergi.
Jack!
Aku sudah jumpa.
Jack!
"Tower" 49, apa khabar hari ini?
Sangat baik.
Sally...,
Jack...,
Melakukan patrol sebelum kerosakan...,
Dan komunikasi terputus.
Berdekatan lembah titik 17.
Aku tahu kita telah kekurangan "Drone".
Tapi, um.. Aku nak satu untuk
menyapu daerah itu.
Cuma peninjauan pantas!
Faham 49, tugasan 185 kepada titik 22.
Macam mana cara terbaik untuk seseorang mati,
Selain menghadapi ketakutannya...,
Demi abu nenek moyangnya...,
Dan kuil Dewanya?
Aku sudah mengawasi kau, Jack.
Kau tertanya-tanya.
Apa yang kau cari dalam buku itu?
Mungkin buku itu dapat
mengembalikan kenangan lama?
Kau takkan dapat apa-apa dari aku.
Ingatan aku sudah dihapuskan
untuk melindungi...
Keselamatan misi kau? Ya.
Kau tak nak ingatan kau...
...jatuh ke tangan yang salah, kan?
Beritahu.
Kau pernah bertemu dengan...
Scav dari dekat?
Sudah tentu tak.
Kau cuma membaiki "Drone".
Jangan masuk kedalam zon radiasi.
Jangan terlalu banyak bertanya.
Begitulah perincian tugasnya.
Hidupkan!
Kami bukan makhluk asing, Jack.
Kami adalah manusia.
Tentu saja bagi kami,
Menjadi manusia adalah masalah.
Teknologi pejuang keluli lama.
Pelindung dari pengimbas kau.
Jejaki data.
Kau dengar, Jack?
Supaya "Drone"kau menjadi bingung.
Ya...
Sebahagian besar.
Sekumpulan "Drone" diprogram...
Untuk membunuh manusia, Jack!
Kau sudah lihat yang mereka
lakukan pada kapsul tidur itu.
Kau hampir membuatkan diri kau
tertembak demi melindungi wanita itu.
Kenapa kau melakukan semua itu?
Sesiapapun mesti akan melakukan perkara yang sama.
Sesiapapun?
Menarik.
Kita cuma buang masa.
Drone" akan jejaki dia di sini.
Sarjan Sykes.
Aku rasa bodoh kerana
membawa kau ke sini.
Aku harap kau akan membuktikan
yang dia salah.
Misi, aku menjejaki jejak kehidupan
berdekatan lembah barat...,
Boleh kau periksa?
Tunggu.
DNA diketahui, itu Jack.
Vica, kau baik saja?
Kamu berdua tak apa-apa?
Sudah tentu!
Kamu masih pasukan yang efektif?
Ya!
Sangat baik.
Kami cuba hentikan musuh dan kalah.
Jadi kami putuskan.
"Apa yang berlaku ni?"
"Kita perlu meneruskan permainan."
Kami perlukan puluhan tahun cuma
untuk memecahkan kod GPS.
Itu cara kau menjatuhkan Odyssey.
Kenapa?
Reaktor padat Odyssey,
Sumber dari NASA.
Sangat sukar diperolehi.
Kau suka pertunjukan malam tadi?
Itu cuma satu sel bahan bakar.
Bayangkan jika ada 10.
Dipadukan dengan senjata plutonium.
Kami memiliki nuklear.
Kami memiliki "Drone" untuk membawanya.
Tapi kami tak boleh mengaksesnya.
"Drone" sudah tak mengenali kami.
Tapi dia mengenali kau, Jack.
Kami nak kau programkan "Drone"...
...yang akan membawa nuklear kami ke Tet.
Menamatkan peperangan ini.
Ramai orang di atas sana.
Sarjan...,
Programkan "Drone" supaya kembali ke Tet.
Tepat di pusatnya.
Pedulikan!
Kita sudah tiada masa untuk semua ini.
Hei. Hei!
Jangan!
Cepat pergi!
Bawa dia keluar.
185 baru keluar daripada titik.
Faham "Tower", kita melihat perkara yang sama.
Boleh hantarkan dua "Drone" tambahan?
Jika satu "Drone" ada di sini,
Banyak yang akan datang.
Mereka takkan berhenti sehingga menemui aku.
Mereka akan meratakan tempat ini.
Tapi jika kau lepaskan kami,
Aku akan arahkan mereka berundur.
Ini satu-satunya peluang kau.
Aku pernah ke...
"Zon Radiasi kau."
Jika kau mencari kebenaran...,
Di sanalah kau akan menemuinya.
Kau membahayakan nyawa kita.
Semuanya.
Kenapa kau fikir dia berbeza?
Wanita itu yang berbeza!
Misi...,
Aku menemui Tech aku pada titik 37.
Kau boleh batalkan pencarian.
Faham "Tower", aku gembira Jack selamat.
Penarikan "Drone" semula.
Kita nak kemana?
Kau siapa?
Apa yang kau tak beritahu pada aku?
Jack...
Apa yang kau lakukan di Odyssey?
Apa misi kau?
Misi aku, penelitian penerbangan ke "Titan".
Penerbangan pertama aku.
Begitulah yang sepatutnya!
Enam minggu untuk pelancaran, pengimbas angkasa telah mengambil objek asing.
Kita ditugaskan kembali untuk menyelidikinya.
Kita dibuat tidur delta.
Mereka mesti membangunkan kau dan Victoria terlebih dahulu.
Apa?
Objek itu...
...adalah Tet, Jack.
Tet adalah misi kita.
Tak mungkin!
Tak mungkin!
Siapa kau?
Aku isteri kau...
Aku tak tahu apa yang berlaku!
Tapi kau bukan seperti yang kau fikirkan.
Jack, kita ada di sini.
Kau meminta aku untuk menemui kau.
Kau membawa aku ke puncak dunia.
Kau gugup pada hari itu.
Tepat di sini, Jack.
Kau beritahu...
"Lihatlah melalui teropong ini."
"Aku akan tunjukkan masa depan."
"Dan aku memegang sebentuk cincin."
Dan kau menjawab...
"Ya!"
betul.
betul.
Hai.
Hello.
Ayuh.
Vica, aku kembali!
Jangan laporkan pada Misi
sehingga aku kembali, faham?
Kau faham?
Vica, buka pintu.
Jauhkan diri dari aku.
Aku tak nak dengar.
Di sini tak selamat. Kita perlu pergi sekarang.
Dia adalah penyebabnya.
Betul, kan?
Vica...,
Dia adalah isteri aku.
Misi, ini "Tower" 49.
Silakan, 49.
Jangan...
Aku ada masalah dengan juruteknik aku.
Kau tak faham yang kau lakukan!
Dia jumpa mangsa yang selamat di lokasi pelanggaran.
Vica, dengar!
Dia menghalang kemampuannya.
Dan dia tak sesuai bertugas.
tak, tak, tak.
Turut bersimpati mendengarnya, Vica.
Kamu masih pasukan yang efektif?
Vica...,
Buka pintu, Vica!
tak.
Kami bukan pasukan yang efektif.
Vica, aku rayu.
Kita perlu pergi sekarang.
tak, aku takkan pergi bersama kau, Jack!
Ada tempat yang aku kenal.
Kita akan selamat.
Aku akan pergi ke "Titan".
"Titan" itu tak wujud.
Mereka membohongi kita.
Jauhkan diri dari aku!
Vica, aku rayu.
Ada banyak...,
Banyak perkara yang perlu kau perlu tahu.
Aku tak nak tahu.
Jack.
Hai, Jack.
Kita belum pernah bertemu.
Apa yang kau lakukan?
Jangan salahkan diri kau.
"Drone" tak boleh diharap.
Kadang-kala akan ada kesilapan.
Kesilapan?
Kau membunuhnya.
Aku tahu. Sangat tragik.
Dia sangat hebat.
Jack, kami nak membawa kau ke sini.
Aku berhak memberitahu kau...,
Kami akan berikan kau misi baru.
Kau dan mangsa yang selamat itu.
Kami mempunyai banyak kepentingan.
Bawa dia datang.
Kita boleh wawancara dan
semuanya lagi!
Masa untuk pulang, Jack.
Jack?
Jack.
Jack.
Maafkan aku.
Bertahanlah!
Petir.
Itu rancangannya.
Kita perlukan tempat persembunyian!
Di sana!
Kau tak apa-apa?
tak!
Jangan bimbang, kita akan selamat di sana.
Adakah kita akan mati?
tak!
Mungkin.
Jack!
Celaka!
Tunggu di sini!
Siapa dia?
Hei!
Tunggu!
Tunggu!
Hei!
Jatuhkan senjata kau!
Bertenang.
Jangan bergerak!
Kau perlu matikan "Drone" itu.
Berhenti bergerak!
Jack!
Bertenang!
Julia!
Julia!
Jangan.
Jangan sentuh aku.
Bertahanlah!
Bertahanlah!
Jack Harper. Tech-52.
Hei.
Kau rupanya.
Apa yang berlaku?
Kau tak apa-apa?
Aku ingatkan ketika kau melepasi sempadan., aku sudah kehilangan kau.
Penggera palsu.
Aku perlu kembali ke sana.
Kau pulang dan tak mencium aku?
Apa yang berlaku di sana?
Aku rasa...
Kenapa kau tak ke bawah bersama aku?
Ke permukaan.
Kita boleh pergi sekarang.
Sekarang?
Ya.
Kau serius?
Kau takkan percaya apa yang ada di bawah sana.
Jack...,
Kau tahu peraturannya.
Ya.
Boleh jika kita tak melakukan ini lagi?
Aku tak nak bahaskannya.
Baik.
Rasanya akan sakit.
Hari yang buruk, kan, Bob?
Kau sentiasa sukakan lagu ini.
Aku bukan dirinya.
Aku tahu aku bukan dirinya.
Tapi aku mencintai kau.
Selama mana yang aku ingat.
Aku tak tahu cara lain untuk mengatakannya.
Kau tahu apa yang pernah
kau katakan pada aku?
Kau kata, ketika semua ini selesai,
Kau akan bina rumah di tasik untuk aku.
Kita akan beransur tua dan gemuk bersama.
Lalu kita akan berlumba.
Mungkin berlumba minum.
Sangat romantik.
Lalu kita akan mati.
Dan dikuburkan di padang rumput di tepi tasik.
Dan dunia akan melupakan kita.
Tapi kita akan sentiasa saling memiliki.
Aku ingat.
Kenangan itu milik kau, Jack.
Milik kita.
Kenangan itulah diri kau.
Selamat pagi.
Aku nak menghabiskan sisa hidup aku di sini.
Kau masih mampu.
Aku perlu pergi.
Mereka perlukan bantuan aku.
Kita akan kembali bersama
setelah semua ini berlalu.
Berjanjilah.
Kita akan kembali bersama
setelah semua ini berlalu.
Kau membuatkan aku bimbang sejenak.
Aku ingatkan kau takkan kembali.
Ya, aku perlu membuktikan yang dia salah.
Kau terlihat teruk.
Kau perlu menemui yang lain.
Sungguh, yang akan kau jumpa di sana,
Kau akan menyangka aku gila.
Aku masih menganggap kau gila.
Malcolm Beech.
Julia Harper.
Cepat.
Misi, aku menemui jejak kehidupan...
...berdekatan lembah barat.
Boleh kau periksa?
Tunggu.
DNA diketahui, itu Jack.
Misi, 185 baru saja keluar daripada titik.
Faham "Tower",
kita melihat perkara yang sama.
Ketika benda hodoh itu datang,
Aku belum setahun memasuki ketenteraan.
Aku melihat bulan dihancurkan.
Tepat di atas sini di langit malam.
Sukar dipercayai.
Selepas itu, alam mengambil alih.
Ada batuan di sekitar Chicago,...,
Jadi kami bertahan dari gelombang, gempa.
Ramai orang kelaparan.
Lalu kru kapal baru Tet turun.
Pintunya terbuka...,
Dan kau keluar.
Angkasawan Jack Harper.
Ribuan diri kau.
Ingatan dihapus.
Diprogram untuk membunuh.
Mereka mengambil orang terbaik kami.
Mengubahnya melawan kami.
Tanpa jiwa.
Tanpa kemanusiaan.
Tet adalah...
...mesin yang sangat bijak.
Menghabiskan tenaga satu planet
Lalu memindahkan ke planet lain.
Tahap dua adalah "Drone".
Bahagian pembaikian.
50 tahun aku melihat "Rigs Hydro"
menyedut tenaga planet kita sehingga kering.
Dan pada suatu hari...,
Aku melihat kau.
Sedang membaiki "Drone".
Tapi ketika runtuhan hari itu...,
Ada sebuah buku.
Kau mengambilnya.
Kau mempelajarinya.
Aku rasa aku melihat jalan.
Ketika kau melangkah ke depan
"Drone" itu dan menyelamatkannya...,
Aku tahu.
Kau masih ada, di suatu tempat.
Aku cuma perlukan cara untuk
membawa kau kembali.
Awas. Awas.
Perhatikan dia. Tenang.
Beri dia ruang.
Ayuhlah, kamu membuatnya gugup.
Itu dia senjata yang sedang marah.
tak, ini cuma mesin.
Akulah senjatanya.
Oh, gembira rasanya ada di sana...,
Melihat benda ini meletup.
Tapi itu adalah perjalanan satu arah.
Ya. Tapi itu berbaloi.
Selamat datang kembali, Komander.
Buka pintu!
Celaka!
Merebak!
Tunduk! Tundukkan kepala kamu!
Jack!
Ikut aku!
Cepat, tak guna!
Hei!
Jack.
Aku tak apa-apa.
"Drone" itu.
Hantarkan "Drone".
Sudah hilang.
Aku rasa kita berjaya.
Aku betul-betul berjaya.
Aku boleh membawa bom sendiri.
Ah...
Kau tahu yang "Drone" akan menembak kau seperti lalat.
tak jika aku ikut.
tak.
Dia menyuruh kau membawa aku.
Jadi bawalah aku.
Kita akan pergi bersama.
Gambar ini mengingatkan aku pada rumah.
Kau sedia?
Jack.
Mimpikanlah kita.
Jack.
Rakaman penerbangan diaktifkan untuk misi Odyssey.
3-8, 2017.
Baik, Bob.
Sedai ke luar angkasa?
Selamat pagi, Odyssey,
Ini rakan kau di Kawalan Misi.
Pagi, Misi!
Ini Komander Jack Harper.
Terima kasih atas panggilan hebat.
Proses pembawaan dua pesawat sedia.
Petunjuk elektrik dan sistem navigasi lancar.
Jarak belakang objek 250 KM.
Kelajuan dibawah 12 V-Bar,
Mendekati 200 kilometer per jam.
Faham.
Gembira melihat kau, Jack.
Setelah tidur panjang untuk yang terakhir,
Kedengarannya kau sudah bersedia untuk berangkat..
Oh, aku sudah sedia untuk berangkat.
Perjuangan seterusnya akan menaikkan
tahap...
...dan kelajuan kau perlu
pada kisaran 50 KM saat menunggu.
Faham. Jarak kami 50 KM daripada objek...
...untuk penilaian imbasan sensor.
Sasaran jelas nampak.
Mulakan pembakaran mesin.
3, 2, 1,
Menyala.
Pembakarannya lancar.
Ada tenaga daripada objek?
Negatif.
Tiada panas.
Tiada catatan mesin.
Tiada tanda-tanda kehidupan.
Macam mana keadaan sisa kru kapal?
Wakil pilot Victoria Olsen
Akan segera menemani aku.
Kru yang lain masih dalam keadaan tidur delta.
Faham.
Kau terlepas permainan malam tadi.
Aku dah beritahu jangan bocorkan
jalan permainan malam tadi.
Aku tak sabar untuk menontonnya ketika kembali.
Kamu tak bercakap pasal bola, kan?
Selamat pagi, Vica.
Selamat pagi, Sally.
Apa khabar kamu pagi ni?
Sangat baik.
Hei.
Untuk kenangan.
Ya.
Tech-49. Aku lihat kau semakin dekat.
Hello, Sally.
Ini pagi yang sibuk, hah?
Aku lihat ada penumpang kedua, Jack.
Ini Julia Rosakova.
Perempuan yang selamat
daripada pelanggaran pesawat itu.
Memenuhi keinginan kau.
Menghantar mangsa yang selamat
seperti yang diminta.
Kami...
...pasukan yang sangat efektif.
Dipersilakan masuk.
Misi, kami ada masalah.
Pembakaran mesin terakhir
berada tepat 50 KM daripada objek.
Tapi jangkauan radar masih menurun.
Dan kami mempercepatkannya ke arah objek.
Kami perlukan pembakaran penuh
Untuk mengelak.
Mulakan sekarang!
Masukkan sasaran.
Sedia.
Sasaran telah sedia.
Semua mesin dinaikkan.
Mesin dihidupkan.
Sedia? Mari kita pergi!
Misi, Kami dalam pembakaran penuh,
Dalam cubaan untuk berundur.
Ada banyak tenaga getaran.
Kami takkan dapat mengelak.
Odyssey, telemetri menunjukkan
Terdapat terlalu banyak tekanan.
Matikan pembakarannya.
Kau dengar?
Mematikan pembakaran.
Misi?
Misi? Misi?
Sally?
Kelajuan menuju objek meningkat.
Perkiraan pelanggaran berlaku dalam 2 minit.
Aku akan mengeluarkan
Pesawat kapsul tidur.
Pesawatnya sudah diprogramkan
untuk memasuki orbit Bumi.
Sekarang arahkan Pesawat utama
ke luar titik getaran.
Kau kembali ke sana sekarang.
Sudah tentu tak.
Ini arahan.
Jack, tak, kita pasukan!
Kita perlu pergi, Jack!
30 saat lagi!
Mimpikanlah tentang kita.
Jack...,
Tech-49, maju.
Tech-49, maju.
Bertahanlah, Bob.
Jangan sampai aku gementar.
Jack, aku lihat...
...pernafasan dan degupan jantung kau meningkat.
Aku cuma sangat gembira
dapat bertemu dengan kau akhirnya, Sally.
i>Kebelakangan ini kau suka melawan.
Ya.
Aku menyesali itu.
Analisis suara kau menunjukkan
Kau berbohong pada aku, Jack.
Beritahu kenapa kau di sini.
masa kau cuma 5 saat.
Aku nak Julia terus hidup.
Dan spesies kami juga hidup.
cuma inilah caranya.
Teruskanlah untuk mendarat.
Udara telah disediakan.
Selamat datang, Jack.
Ayuh.
Jack, kau melakukan perkara yang betul.
Aku tak tahu kau makhluk apa.
Atau di mana diri kau, tapi...
Tapi aku akan beritahu
Sesuatu yang aku baca.
Sebuah cerita Dari Rom.
bandar yang kau hancurkan.
Ini cerita klasik.
Ada seorang lelaki.
Namanya Horatius.
Dia melawan seluruh askar berseorangan.
Dan yang dikatakan Horatius adalah,
"Adakah ada cara terbaik untuk seseorang mati"...,
Dia tak sepatutnya mati, Jack.
Dia tak perlu mati.
Semua orang mesti mati, Sally.
Yang penting kita perlu
Mati dalam keadaan baik.
Jack, itu bukan mangsa selamat
Yang kau janjikan.
Ya, memang bukan!
Yang dikatakan Horatius adalah,
"Adakah ada cara yang terbaik untuk seseorang mati...,
Selain menghadapi ketakutannya...,
Ada "Drone"! Masuk! Masuk!
Demi abu nenek moyangnya...,
Dan kuil Dewanya? "
Aku yang mencipta kau, Jack.
Akulah Tuhan kau.
Celaka kau, Sally !
Bumi. Setelah peperangan.
3 tahun berlalu sejak aku lihat rupa kau.
Aku tahu aku telah datang pada kau
dalam mimpi pada waktu malam.
Dan hari itu menjadi kenangan.
Adakah aku selalu menghantui kau
seperti kau menghantui aku?
Dan aku tahu, kau melihat aku...
...ketika kau melihatnya.
Ibu, lihat!
Jika kita memiliki jiwa,
Jiwa itu tercipta daripada cinta kita.
tak redup oleh waktu.
tak terbatas oleh kematian.
3 tahun aku mencari rumah yang dibinanya.
Aku tahu rumah itu mesti di luar sana.
Kerana aku mengenalinya.
Akulah dirinya.
Siapa dia?
Aku Jack Harper.
Dan aku sudah pulang.
Sumber : AA
Sarikata Oleh : louas
SarikataBM.blogspot.com !
Malay Subtitle?
==> SarikataBM.blogspot.com