Tip:
Highlight text to annotate it
X
Suatu masa dahulu, disebuah tempat yang jauh,
bangkitnya satu empayar,
bermula dari padang rumput di China,
ke pantai di Mediterranean.
Itulah empayar Parsi.
Hebat berperang,
sentiasa menang,
dimana terdapatnya pedang orang Parsi,
arahan mengikutinya.
Raja Parsi Raja Sharaman,
memerintah dengan adiknya Nizam
diatas dasar kesetiaan dan persaudaraan.
Raja tersebut mempunyai 2 orang anak lelaki,
yang memberikannya kegembiraan.
Bergembiralah!
Tapi dimata Raja,
keluarga baginda masih belum lengkap.
Sehinggalah pada suatu hari dia
melihat suatu tindakan yang berani.
oleh seorang anak yatim di jalan Nasaf.
Ke tepi!
Berhenti!
Berhenti!
Lari!
Lari, Bis!
Lari!
Duduk sini.
Dia nak melepaskan diri!
Lepaskan aku!
Demi nama Raja!
- Siapakah nama awak, budak?
- Dastan, Tuanku.
Ibu-bapa awak?
Budak...
Adik, ambil dia.
Tersentuh dengan keadaan tersebut,
Raja mengambil budak itu sebagai anak angkat.
Seorang anak lelaki yang tiada darah diraja,
dan tiada hak untuk takhtanya.
Tapi mungkin, ada sesuatu yang
berlaku pada hari itu.
Sesuatu yang diluar pemahaman.
Pada hari itu, seorang budak dari tempat yang biasa,
menjadi...
Putera Parsi.
Alamut yang mengagumkan,
lebih hebat dari aku bayangkan.
Jangan tertipu dengan kecantikannya Putera Tates.
Ia hanyalah sebuah bandar seperti yang lain.
Negara lemah mencipta rakyat yang lemah.
Mereka cuba mengkhianati kita, sekarang mereka harus membayarnya.
Ayahanda pernah berpesan,
Alamut tak boleh diapa-apakan.
Ianya dianggap suci.
Tapi memandangkan ayahanda tiada disini,
Keputusannya adalah ditangan aku.
Saya akan adakan persidangan terakhir dengan pakcikku,
dan dengan 2 saudaraku,
Garsiv yang dipercayai, dan...
Dimanakah Dastan?
Marilah! Aku taruhkan elaun aku sebulan ni!
- Ini sungguh memalukan!
- Apa kata kau cuba jugak?
Marilah!
Takkan tu je kot?
Putera Dastan!
Mana Putera Dastan?
Putera Dastan takde disini.
Tuanku, tolonglah.
Putera Tus memerintahkan persidangan untuk berperang.
Aku akan hadir.
Perisik terbaik kita, telah memintas
sebuah karavan meninggalkan Alamut.
Pedang, buatan terbaik.
Anak panah besi.
Suatu perjanjian pembayaran dari
Panglima Kosh, pada Alamut.
Mereka menjual senjata
kepada musuh kita, Dastan.
Anak panah seperti ni pernah
bunuh kuda aku di Kushkan.
Darah akan bertaburan di Alamut kerana ini.
Atau tentera kita akan tewas di tembok mereka.
Kita diarahkan untuk menawan Kushkan,
bukannya menyerang Alamut.
- Kata-kata yang bijak, adikku.
- Kata-kata takkan hentikan musuh kita,
Sebaik saja mereka bersenjata penuh.
Kita serang menjelang subuh.
Jadi, jika itulah keputusannya,
biar saya yang serang dulu.
- Siapa nak kongsi, Garsiv?
- Saya akan mengetuai angkatan tentera Parsi!
Dastan ketuai satu kompeni dari orang jalanan!
Mereka mungkin tiada adab sopan,
tapi mereka sangat handal berlawan.
- Penghormatan untuk mulakannya sepatutnya milik aku.
- Garsiv, tangan kau di pedang lagi.
- Itulah yang sepatutnya.
- Oh, saudara-saudaraku...
Tak sabar-sabar.
Puteri Alamut dikatakan,
mempunyai kecantikan yang tiada tolok bandingnya.
Kita akan masuk ke istananya dan saksikannya sendiri.
Tiada siapa ragui keberanian kau Dastan,
tapi kau masih belum bersedia untuk ini.
Angkatan berkuda Garsiv akan memulakan serangan.
Puteri Tamina, angkatan tentera Parsi
masih tidak berganjak.
Kepercayaan mereka terhadap kebenaran sudah berkurang,
hanya pentingkan diri mereka.
Mungkin lebih selamat jika tuanku
tidak berdiri dekat sangat.
Apapun yang mereka percayai,
lembing mereka tidaklah kuat sangat,
Juga dengan matlamat mereka.
Kumpulkan semua ahli sidang.
Beritahu mereka, Beta berada di Kuil Utama,
Beta harus berdoa.
Kuil Utama? Alamut tak pernah lagi
diceroboh sejak seribu tahun.
Semua perkara boleh berubah.
Kita sepatutnya dah menjangka perkara ni.
Kenapa kita mengingkari arahan abang kau?
Garsiv hanya tahu serang secara berdepan,
ramai yang akan terkorban nanti.
Orang Alamut akan sibuk pertahankan pintu utama,
jadi kita ceroboh dari sisi.
Kau minum ke?
Itulah jalan masuk kita.
Ada dua pintu.
Yang luar tu senang je,
Yang dalam tu yang mustahil.
Pintu tu dikawal oleh 2 pengawal di menara.
Yeah, pasti ada jalan masuk, Bis,
kau uruskan hal pintu luar,
Biar aku uruskan yang mustahil tu.
Kau takkan gembira kalau
kau sebabkan kami semua terbunuh.
Oh. Hebat ucapan kau, Bis.
Bangkit!
Bunyikan amaran!
Pegang ni.
Hati-hati.
- Pintu Timur terbuka.
- Itu orang-orang Dastan.
Dia dah masuk, Dastan dah berjaya.
Mara ke Pintu Timur.
Mara ke Pintu Timur!
Mereka dah ceroboh Pintu Timur.
- Runtuhkan laluan ke dewan tu.
- Puteri.
Pergi sekarang, semua.
- Kau tahu apa yang kau perlu lakukan.
- Harta ni mesti disimpan selamat.
Beri laluan!
Lagu bodoh dan asap wangi
takkan dapat tolong kau sekarang!
Aku rasa dia lebih dari itu, hei Garsiv?!
Jadi, betullah khabar angin tu.
Kami tahu kamu membuat senjata
secara rahsia kepada musuh kerajaan Parsi.
- Sekarang tunjukkannya.
- Kami tiada kemudahan menempa senjata.
Dan senjata apa yang kamu katakan itu.
Perisik kami kata lain.
Kamu boleh kurangkan penderitaan...
Semua penderitaan dalam dunia ni takkan kurang
jika kamu mencari sesuatu yang tak wujud.
Awak kelihatan cukup bijak untuk
satu penyelesaian politik.
- Sertailah dengan bakal Raja Parsi.
- Aku lebih rela mati.
Itu boleh diuruskan.
Jangan!
Putera Tus...
Berjanjilah, semua rakyat Alamut
akan dilayan dengan baik.
Hey, Singa Parsi!
Singa Parsi!
Mereka menggelar kau
Singa Parsi.
Kau tak pernah nak ikut arahan, Dastan.
- Saya boleh terangkannya, Tus. Saya...
- Tak, tak.
Tak, kau mesti meraikannya.
lagipun, ianya tradisi kita.
Memandangkan kau yang melakukan serangan pertama,
kau kena bagi aku hadiah, sebagai penghormatan.
- Pisau belati yang cantik.
- Dia berikan kau bandar dan juga Puterinya,
- Rasanya itu dah cukup sebagai penghormatan.
- Begitulah rasanya.
Gerombolan pertama dah tiba, Tuan Putera.
Berita yang baik.
Ayahanda tuanku telah berhenti bersembahyang
untuk turut menyertai perayaan kita.
Dah tentu untuk memuji diatas kemenangan kita ni.
Kami mendapat risikan bahawa Alamut
membekalkan senjata kepada musuh kita.
Risikan? Kau perlukan lebih dari itu
untuk menawan sebuah Kota Suci,
Dengan bala tentera ayahanda!
Tindakan ni, takkan menyenangkan sekutu kita!
Mungkin kau tak pernah memikirkannya.
Jangan pandang pakcik kau!
Semua keputusan dan akibatnya saya akan tanggung.
Ayahanda tahu kau tak sabar nak gantikan takhta.
Tapi percayalah bila ayahanda kata, kau masih belum bersedia.
Tiada yang lebih arif dari tuanku, ayahanda.
Kerana anakanda sangat hargai kepercayaan ayahanda.
Anakanda akan ketuai sendiri pencarian senjata tu.
Anakanda bersumpah takkan mengadap ayahanda
sehinggalah bukti itu ditemui.
Langkah ketiga itu yang paling susah!
Abang!
Kami dah temui lorong ke pinggir timur bandar itu.
Saya akan kesana sekarang.
Oh, kau akan terlepas jamuan!
Kau dan Garsiv boleh layan ayahanda
sepeninggalan aku.
- Kau kan ada hadiah untuk diberikan.
- Dah tentu.
Bis, hadiah!
Aku terlupa la!
Aku dah agak dah.
Jubah sembahyang pemerintah Alamut.
Yang paling suci di Timur,
hadiah yang seorang Raja akan sukai.
Kau dah berjuang dengan baik untuk aku, Dastan.
Aku gembira untuk membalasnya.
Sesuatu yang jarang dijumpai.
Persembahkan dia kepada Raja petang ini untuk aku, Dastan.
Betul ke kau nak seorang lagi isteri, abang?
Dengar sini, Dastan!
Perkahwinan ni akan buatkan rakyat mereka setia pada aku.
Jika dia tidak terikat dengan kita,
dia boleh jadi merbahaya.
Jika ayahanda tak perkenankannya,
Kau harus tamatkan nyawanya dengan tangan kau.
Jadi, saya diiringi oleh Putera Dastan,
Si Singa Parsi.
Tentu seronok rasanya kerana berjaya memusnahkan
sebuah kota yang tak bersalah.
Oh, gembira bertemu awak juga, puteri.
Izinkan saya menawarkan,
jika menghukum musuh kepada raja saya..
..adalah satu kesalahan,
maka saya dengan gembira akan ulanginya.
Kamu sememangnya Putera Parsi yang sebenar.
Kejam. Tiada maruah.
Jangan ulangi kesilapan bahawa awak memahami saya, puteri.
- Oh, apa lagi yang awak ada?
- Tunggu sini bersama Tuan Puteri.
Jika kau mampu.
Saya harap awak bersopan bila dipersembahkan kepada Raja.
Untuk kebaikan awak juga.
Pakcik dah kurangkan kemarahan ayahanda?
Suatu hari nanti, kamu akan tahu
bagaimana rasanya menjadi adinda seorang Raja, Dastan.
Selagi kamu tahu peranan kamu,
kamu akan baik-baik saja.
- Oh, apakah ia?
- Pastikan gelas wainnya sentiasa penuh.
Ayahanda dikhabarkan bahawa seorang lagi
anakanda dah menjadi pahlawan Parsi yang hebat.
- Kami rindukan ayahanda.
- Ayahanda sembahyang untuk kamu dan abang-abang kamu, Dastan.
Keluarga, ikatan persaudaraan adalah
pedang yang mempertahankan empayar kita.
Dan Ayahanda berdoa agar pedang itu kekal teguh.
Anakanda berharap tindakan anakanda dapat
membendung sebarang kehilangan orang kita.
Seseorang yang baik akan buat seperti yang kau buat, Dastan.
Sungguh berani dan bersemangat
demi kemenangan dan selamatkan nyawa.
Seseorang yang hebat akan
menghentikan serangan dari berlaku,
Seseorang yang hebat akan hentikan
apa yang dirasakannya salah,
Tak kiralah siapa yang memberikan arahan.
Budak yang ayahanda jumpa di dataran tu dulu,
mampu menjadi lebih dari sekadar baik,
malah menjadi... hebat.
Sementara itu,
Anakanda ada hadiah untuk ayahanda.
Ada yang mempersoalkan ayahanda kerana membawa
anak jalanan kedalam kerabat Diraja.
Ayahanda dapat lihat seorang budak
yang darahnya tiada darah Diraja,
tapi kelakuannya adalah,
seperti seorang Raja.
Terima kasih, ayahanda.
Anakanda persembahkan,
Jubah sembahyang pemerintah Alamut.
Apa boleh ayahanda perkenankan juga, sebagai balasan?
Dipersembahkan Puteri Tamina.
Tus berkenan untuk menyatukan rakyat
melalui ikatan perkahwinan.
Itulah harapan anakanda agar ayahanda perkenankannya.
Sepanjang perjalanan beta, beta belum pernah
jumpa Kota yang lebih cantik dari kota kamu.
Awak patut lihatnya sebelum sekumpulan penunggang unta menyerangnya.
Sememangnya dia akan menjadi seorang Permaisuri yang hebat.
Tapi... Tus dah ada ramai isteri.
Kamu Dastan, agak sesuai,
jika permata sebegini berada di kamar kamu.
Puteri Alamut ini akan menjadi isteri pertama kamu.
Oh, apa kata kamu, Dastan?
Dia berani berlawan dengan beratus musuh,
tapi dengan berkahwin, dia diam ketakutan,
..dan itulah yang dikatakan dia masih belum matang.
Saya perlukan minuman.
Ke tepi.
Beri laluan!
- Ayahanda...
- Oh, Tuhan, jubah tu, ianya beracun!
- Tolong dia!
- Jubah yang Dastan berikan!
- Kenapa?!
- Tolong dia!
- Tangkap pembunuh tu!
- Sesiapa tolong dia!
- Bis! Bis!
- Ikut aku!
- Apa yang kau buat ni?
- Saya tahu jalan keluar dari sini!
- Awak akan perlukan pertolongan saya.
- Marilah!
- Tutup pintu tembok!
- Disitu!
Tutup pintu tembok!
Tunduk!
Sana, pembunuh tu!
Dia atas kuda aku! Dia curi kuda aku!
Rakyat jelata sekalian, seluruh dunia bersedih
diatas kemangkatan Raja yang kita kasihi.
Kita semua terasa diatas kehilangannya.
Tapi kematiannya disebabkan oleh Putera Dastan,
menjadikan kesengsaraan kita bertambah.
Aku tak bunuh ayahanda.
Jubah tu diberikan pada aku oleh abang aku.
- Tus yang lakukannya.
- Sekarang dia akan ditabalkan sebagai Raja.
Aku tak bunuh ayahandaku.
- Saya percayakan awak.
- Awak tak sepatutnya berada disana,
- Saya tak sepatutnya biarkan awak ikut.
- Tapi awak dah lakukannya.
Saya dah janji dengan abang saya akan bunuh awak,
jika dia tak dapat awak.
Jadi, awak patut cium saya,
kemudian bunuh saya.
Tapi saya ada cara yang lebih baik.
Saya bunuh awak,
dan masalah awak selesai!
Mungkin kita patut cari cara lain.
Jadi, awak patut cium saya,
kemudian bunuh saya.
Tapi saya ada cara yang lebih baik.
Saya bunuh awak!
Bagi balik apa yang awak dah curi, Orang Parsi!
Tidak!
- Awak nampak tak tu?
- Nampak apa?
Ambil lagi pedang tu,
sumpah saya akan patahkan tangan awak.
Lagi?
- Awak dah gunakan semua pasir!
- Apa?
Apakah benda ni?
Menakjubkan.
Lepaskan pasir tu,
putarkan balik masa.
Dan hanya pengguna pisau belati ni saja
yang tahu apa yang berlaku.
Dia boleh kembali dan ubah peristiwa, ubah masa.
Dan tiada orang yang akan tahu, kecuali dia.
Berapa lama ia mampu bertahan?
jawab aku, puteri.
Kau dah musnahkan kota aku.
Pencerobohan kami bukan kerana pembuatan senjata,
Ianya kerana Pisau Belati ni.
Selepas perang, Tus ada meminta pisau ni sebagai hadiah,
Aku tak tahu kenapa,
tapi sekarang baru aku tahu.
Dengannya, dia mampu ubah segalanya.
Dia boleh ubah situasi kritikal perang,
Dia boleh tahu kelebihan pihak musuh.
Dia bukan saja akan menjadi raja,
Dia akan jadi pemerintah Parsi yang paling berkuasa,
Lebih hebat dari ayahanda.
Semuanya kerana pisau ni!
Adik beta harus dibawa kemuka pengadilan.
Disebabkan itu, beta gandakan hadiah tangkapannya.
Sementara itu, beta akan terus mempertahankan empayar kita,
seperti yang ayahanda mahukan.
Pemerintahan baru telah bermula.
- Apa yang kau buat ni?
- Garsiv tak jauh dari kita.
Ia adalah kuda yang paling masyhur dalam empayar ni,
Ini akan lencongkan laluannya.
- Laluan kemana, mana awak nak pergi?
- Ke Avrat, dimana ayahanda akan dikebumikan.
Awak dikehendaki kerana membunuh baginda,
Lagi awak nak pergi ke pengebumiannya..
...yang ada beribu-ribu tentera Parsi.
Harap-harap Nizam ada disana,
hanya dialah aku boleh percaya.
Dia akan tahu aku diperdayakan Tus,
ketepi, puteri.
Setiap jalan ke Avrat akan dipenuhi oleh tentera Parsi.
Aku bukannya nak ikut jalan tu,
Aku akan melalui "Lembah Hamba".
Tiada sesiapa yang berani dekati tempat tu,
ianya penuh dengan pembunuh dan penyamun.
- Ya, begitulah kata orang.
- Ini rancangan membunuh diri.
Abang aku dah bunuh ayahanda,
dan biarkan tangan aku yang dilumuri darah.
Kalau aku mati demi menegakkan keadilan,
maka aku tak kisah.
Jadi, kau akan tinggalkan aku disini,
ditengah-tengah gurun?!
Dastan yang mulia, meninggalkan perempuan
yang tak berdaya ditengah-tengah gurun.
Apa yang mulia sangat pasal tu?
Oh, janganlah paksa sampai aku bunuh dia.
Naik, kita dah tak jauh dengan dia.
Tanpa pasir yang betul, ia hanyalah pisau yang biasa.
Malah tumpul pula tu.
- Pasir ni, ada lagi tak?
- Dah tentulah takde.
- Camne aku nak dapatkannya?
- Cuba Pikir sendiri..
dan tahan nafas kau.
Jumpa tak apa yang kau cari, Tuan putera?
Mula berjalanlah.
Jadi, kalau kau tak berjaya buktikan
pada pakcik kau tentang pisau ni..
...apsal pulak dia nak percayakan kau?
Bukan masalah kau, Tuan puteri.
Nak tahu tak, cara kau berjalan.
Kepala dongak tinggi, dada depang lurus,
langkah berjalan.
Cara seorang Putera Parsi yang kagum dengan dirinya.
Pastinya ia dah diasuh dari lahir,
dunia ini milik awak,
- Dan awak memang rasa begitu.
- Saya tak dilahirkan dalam istana seperti awak!
Saya lahir di kawasan setinggan di Nasaf,
saya berusaha untuk hidup.
- Bagaimana pula awak menjadi seorang Putera?
- Raja, suatu hari, lalu dekat pasar,
dan dia... entahlah, dia...
Dia jumpa saya.
Dia ambil saya, berikan saya keluarga,
berikan saya rumah.
Apa yang telah awak lihat,
cara berjalan ni, cara orang yang telah hilang semuanya.
Selamat datang ke Lembah Hamba, Tuanku.
- Saya sangat perlukan air.
- Sebenarnya kita tak cukup air...
..sejak awak habiskan bekalan kita berjam yang lalu.
Saya tak dilahirkan di gurun seperti awak, orang Parsi,
yang asyik mengerut dan marah.
- Cara saya adalah lebih... "halus".
- Rasanya maksud awak ialah "manja".
Perigi-perigi di Alamut adalah terkenal kerana
airnya yang bersih dan sejuk.
Cuba kurangkan masa mengingati perigi kamu,
dan lebihkan masa mengawal tembok kamu,
kalau tak, awak takkan berada disini.
Ah, ajaibnya, aku dah berjaya senyapkan Tuan Puteri!
Tamina?
Tamina?
Dengar tak?
Ya, Dastan,
Saya boleh dengar awak.
Tahukah kau berada dimana, orang Parsi?
Dan kau masih berani masuk?
Ditengah-tengah Sudan terdapat suatu puak pahlawan,
dikenali sebagai M'Baka.
Mereka berjaya menakutkan sesiapa saja yang mereka temui.
Kaum M'Baka, adalah mahir dalam melempar pisau.
Mereka dikurniakan Tuhan dengan kebolehan menggunakan pedang.
Sasaran mereka sangat tepat,
mereka mampu memancung 3 orang,
dengan satu serangan.
Tak. aku takkan buat begitu,
kalau aku jadi kau. nak tahu kenapa?
Ini Seso, dia seorang M'Baka,
Nasib baik aku pernah selamatkan nyawa dia,
bermakna, dia sangat terhutang budi dengan aku.
Beritahu aku,
kenapa aku tak patut..
..beritahu Seso, sasaran lepas ni sepatutnya jadi lebih tinggi?
Jadi, dialah orangnya, eh?
Ya, betul kata kau,
dia memang boleh tahan.
Dia boleh berbau lebih wangi.
Lagipun kita ada perjanjian.
- Puteri bijak.
- Perjanjian?
Perjanjian apa?
- Putera yang mulia.
- Puteri yang lemah-lembut.
Saya dah perdaya awak dengan lakonan pengsan saya,
tak sabar nak menolong si cantik dari negara asing.
- Siapa cakap awak cantik?
- Tentu ada sebabnya...
... kenapa awak asyik lihat saya.
Awak... Saya...
Saya tak percayakan awak,
dan awak bukan citarasa saya.
Oh, saya bukannya hamba perempuan yang terdesak!
Saya mampu menyuarakan pendapat saya!
- Ramai sangat tu.
- Oh yeah, dia akan jadi penambahan yang elok.
Apa awak nak lakukan dengannya?
Ya, beritahulah dia.
Tak nampak ke dia mengambil-berat?
- Sebentar ye.
- Yeah.
Sukar saya nak akuinya,
tapi betul kata awak.
- Saya dah tahu apa yang saya cari.
- Dastan, dengar sini.
Bila pakcik saya lihat kuasa pisau ni,
dia akan percayakan saya.
Dastan, saya tahu.
Saya tak berterus-terang dengan awak.
- Tapi penipuan awak sangat bijak.
- Sayalah penjaga kepada suatu perjanjian suci.
Pisau itu suci, ia sepatutnya dibawa ketempat
yang selamat bila kamu ambilnya.
- Jika ia jatuh ketangan yang salah....
- Saya akan jaga pisau awak.
- Awak takkan mahu terlepas ni.
- Awak tak tahu risikonya!
- Ini perkara berkaitan Tuhan, bukannya manusia!
- Tuhan awak, bukan tuhan saya. Mari!
Mari!
Lari cepat. Cepat, burung unta!
- Perlumbaan burung unta?
- Setiap Selasa dan Khamis.
Walau apa pun rupanya,
ianya berbaloi. Semangat berlumba.
- Dan perlumbaannya senang untuk dianjurkan.
- Saya banyak dengar cerita buruk tentang tempat ni.
Hamba-hamba yang dahagakan darah,
membunuh tuan mereka?
Bagus cerita tu, tersebar luas,
malah ditokok tambah, tapi tak benar.
- Tapi rangka-rangka yang kita lihat...
- Ah, aku beli dari seorang gipsi di Bukhara.
Aku cipta reputasi kami yang mengerikan,
sebab nak hindar anasir-anasir luar,
...yang dah ada di negara kami.
Kau tahu maksud aku kan?
Cukai.
Orang Parsi yang hina, tentera mereka, kubu mereka,
jalan mereka, siapa yang bayar untuk semua tu, eh?
Para peniaga.
Sekarang faham kan, sebab tulah aku reka cerita ni,
untuk sebarkan berita palsu.
Ia tersebar macam penyakit berjangkit dalam harem Turki.
Saksikanlah burung unta yang gagah!
Marilah, si cantik!
Aku sukakannya!
Dan bila si pemungut cukai takde,
pelanggan-pelanggan aku, semua gembira.
Hey! Keluarkan gadis-gadis tu!
Keluarkan gadis-gadis tu,
cepat. kawal penonton!
Janganlah berdiri saja!
Lari, jangan jalan!
Hey, kalau kau jatuhkan, kau kena bayar!
Ianya lebih dari gaji kau.
Jangan pandang aku begitu,
kau tahu maksud aku!
Buat kerja kau, kawal penonton.
Terima kasih!
Nak tahu tak, rasanya perjanjian kita berhasil, orang muda.
- Jangan sentuh!
- Oh, ho, ho! Dia seorang yang melawan! Mana kau jumpa dia ni?
Di pasar hamba ke Lurs,
saya menuju ke Avrat.
Saya tukarkannya dengan seekor unta,
bila dia serang saya!
- Unta adalah lebih selamat.
- Mulia, Sheikh Amar.
Saya hargai layanan mesra awak,
awak ada penempatan yang baik.
- Jika awak boleh berikan saya bekalan...
- Nak tahu tak, wahai orang Parsi?
Kau mirip seorang putera hina,
yang lari setelah membunuh rajanya.
Pernahkah saya beritahu awak tentang kaum M'Baka?
- Ya, awak dah pernah.
- Eh, cerita yang bagus kan. Eh, tapi cerita awak,
Tukarkan dia dengan seekor unta? Tolonglah.
Lihatlah dia. Nilai dia sekurang-kurangnya, dua.
Dan kau pula, orang muda,
..tahukah bahawa abang kau sediakan ganjaran
untuk kau, jujurnya ia agak,
antara kau dan aku, tiada sebarang hubungan.
aku sanggup serahkan mak aku untuk emas sebanyak tu.
Apa? kau tak tahu
macamana mak aku.
Bawa dia ke kem orang Parsi.
Tunggu, tunggu, tunggu, Lihat, itu...
- Cantik pisau ni.
- Takdelah.
- Ini tak ternilai harganya.
- Betul ke?
Leburkannya untuk dapatkan permata.
Apa yang budak tu buat?!
Tidak, tidak, kau akan bunuh seekor!
Hey, sini!
- Aku takkan lakukannya, kalau aku jadi kau!
- Masuk ke terowong!
Tengok sini! Cukup.
Tiada lagi susu kambing peram.
Selepas perlumbaan ketiga,
dengar tak? buangkannya, cepat!
- Pintu pagar!
- Kejar dia!
Berhenti!
- Angkat tuil tu, ia akan buka pintu!
- Berikan saya pisau tu!
- Ini bukan masanya, angkat tuil tu!
- Berikan saya pisau tu!
Jangan ingat saya tak sanggup lakukannya.
Tepi, puteri!
Dastan!
Orang Parsi!
Cari ni?
Lain kali, kau...!
Mereka semua datang kerana pengebumian ayahanda.
Beratus-ratus tentera Parsi mengawal pintu pagar tu.
Mungkin ramai lagi, kalau awak nak
berada dekat dengan pisau ni,
Awak akan tolong saya semasa di Avrat.
Kesemua pegawai asing ni,
Rasanya awak kenal salah seorang.
Awak tak jumpa ke sesiapa yang lebih ringan?
Orang Mugals dari Hindu Kush
adalah orang terhormat, awak sepatutnya bersyukur.
Oh ya, dengan teruk sekali.
- Dastan, mana pisau tu?
- Awak boleh periksa saya.
Awak harus sangat teliti.
Tus tiada disini,
Dia mungkin di Alamut.
Pasir yang diisi dalam pisau tu, mesti ada banyak
lagi tersembunyi di Alamut, kan?
Itu sebabnya Tus tinggal sini.
Itulah sebabnya tentera kami mencari.
Saya mesti sampaikan mesej supaya
pakcik datang jumpa saya.
Itu mustahil.
- Susah, bukan mustahil.
- Satu lagi bukti yang awak ni gila.
Kenapa awak kelihatan sungguh kagum?
Buka jalan!
Beri laluan!
- Pusing!
- Apa?
Awak pernah belikannya untuk saya,
masa saya masih kecil.
Awak pernah luahkan bijinya pada Garsiv.
Awak tak sepatutnya bawa saya kesini, Dastan.
Saya dah tiada pilihan, ikut saya.
Saya tak bunuh ayahanda, awak tahu kan,
saya takkan tergamak..
Tindakan awak menunjukkan sebaliknya.
Saya tiada pilihan melainkan lari.
Tus berikan saya jubah tu.
- Dialah yang meletakkan racun tu. - Dastan...
- Tapi dia tiada disini, kan?
Di pengebumian ayahandanya,
sebaliknya dia berada di Alamut.
Sekutu kita akan lihat yang pencerobohan kita hanya,
pencarian untuk tempat membina
senjata Alamut adalah penting.
Ya, tapi tidak kalau ianya tiada.
Pencerobohan Alamut adalah suatu penipuan.
Tus inginkan kuasa,
itulah sebabnya dia bunuh ayahanda,
dan sekarang dia bukannya mencari senjata,
tetapi pasir tu,
yang menghidupkan alat ajaib tu.
Adakah itu sebabnya awak bawa saya kesini, Dastan?
Alat ajaib?
Ingat tak selepas perang tu awak halang
Tus dari mengambil pisau belati yang saya ada?
Pisau itulah sebabnya dia menceroboh Alamut.
Pisau tu, ada dengan kau tak?
Ya.
Ia ada kuasa yang menakjubkan.
Adakah ini satu gurauan, Dastan?
Apa? Tadi ada dalam tu.
dan manakah yang dikatakan bukti tu?
Tamina.
- Tangan awak melecur.
- Ya...
Akibat cuba menarik jubah beracun tu dari ayahanda awak.
- Kenapa ni, Dastan?
- Tidak, tidak.
Awak pasti?
Awak tahu awak boleh percayakan saya, nak.
Ia hanya...
Tus adalah abang saya,
bagaimana dia tergamak khianati saya?
Entahlah Dastan, mungkin dia tak pernah
hormati kau sebagaimana yang sepatutnya,
dan dia rasakan kau adalah seseorang
yang dia boleh pergunakan.
Seseorang yang mampu memastikan
gelas wainnya sentiasa penuh.
Khidmat saya pada ayahanda awak adalah berbeza.
- Kami mempunyai darah yang sama, Dastan.
- Berapa kali ayahanda pernah ceritakan..
..awak selamatkan dia dari singa?
- Itu cerita kegemarannya.
- Dari banyak cerita lain, ya.
- Tak, itulah cerita yang paling digemarinya.
- Pakcik tak faham apa yang awak cakap ni, Dastan.
Tunggu, Dastan!
Sini!
Pembunuh!
Saya tak bunuh ayahanda!
Apa yang awak nak lakukan sekarang?!
Dimana dia?!
Hey!
Garsiv...
- Saya tak bunuh ayahanda.
- Kalau begitu Tuhan akan ampunkan kau.
Lepas kepala kau bergolek.
Kita tak lagi berlawan dengan kayu, adik.
Tu jeke yang kau mampu?
Tuanku,
Saya ingat tuanku berada di Alamut.
Beritahu beta tentang Dastan, pakcik.
Dastan datang ke Avrat untuk bunuh saya,
di pasar tu.
Saya berjaya melarikan diri.
Tus, kematian pakcik akan
melemahkan pemerintahan baru awak.
- Dastan berhasrat untuk memulakan pemberontakan.
- Dia mahukan takhta?
Saya khuatir begitulah, tuanku.
Jika Dastan dibicarakan, akan memarakkan lagi hasutannya.
Nasihat saya adalah elakkan perbicaraan.
Jangan bawa dia ke Nasaf hidup-hidup.
Apapun kesalahan Dastan,
sebuah perbicaraan awam akan
menunjukkan beta pemerintah yang adil.
Kuat, menghormati undang-undang.
- Kita bukannya tak bertamadun.
- Tuanku semakin menunjukkan sifat seorang Raja.
Dastan mesti dijumpai.
Dia mesti dibawa kemuka pengadilan.
SARANG HASSANSIN
- Saya perlu bercakap dengan tetamu kita.
- Tentang mereka, tuanku,
Amalan mereka adalah luarbiasa,
para pekerja dah lihat beberapa perkara.
Dengar bunyi yang pelik,
minggu lepas salah seekor dari kuda kita hilang.
Pastikan pekerja kita tutup mulut,
kalau tak aku janji,
mereka juga akan "hilang".
Aku ada tugasan lagi untuk kau Hassansin,
tapi kau kena cepat,
sasaran kau dah lama bergerak.
Awak ada bawa apa yang saya minta?
Semua amalan ni,
Ia tak mengganggu kemahiran kamu?
Semasa menurun kita boleh lihat bayangan masa depan.
Bayangan kematian.
Takdir dan sumpahan.
Semasa menurun kami boleh mencari apa saja,
termasuklah anak saudara kau, putera Dastan.
Kalau begitu aku harap kau lihat banyak lagi kematian.
Tak lama lagi.
Tunduk, ianya rondaan tentera Parsi.
Kenapa awak tak beritahu saya?
Jejak sudah ditinggalkan, mungkin mereka
dah penat dengan penipuan dan tikam belakang awak.
Saya tiada pilihan melainkan tinggalkan awak.
Rasanya pakcik awak tidak percayakannya.
Bukannya Tus yang bunuh ayahanda,
ia adalah Nizam.
- Pakcik awak?
- Tangannya melecur.
Dia kata ia kerana dia cuba nak
buka jubah tu dari ayahanda,
Saya fikir balik, dia tak pernah sentuh jubah tu,
mesti dia sentuh sebelum tu.
Nizamlah yang meracuninya.
Apakah dengan memusing balik masa selama
beberapa ketika mampu beri pada dia? Tiada.
Dia bunuh ayahanda untuk lebih dari sekadar pisau.
Kenapa awak tak beritahu saya?
nak tahu tak, tangan awak cepat, saya pun begitu.
kalau awak mahukannya balik,
awak ceritakan saya semuanya.
Tiada lagi main-main,
Tiada lagi tipu.
Boleh tak kita pergi dari sini?
Oh...hanya seorang puteri yang fikir
dia boleh lari dari ribut pasir.
Nizam sedang mara untuk bunuh kita,
dia nak saya mati.
saya perlu tahu mengapa.
Di Alamut ada suatu pendorong untuk semua hidupan dibumi.
Gelas Pasir kepunyaan Tuhan.
Lama dahulu, tuhan memandang ke manusia
dan lihat mereka penuh dengan tamak dan khianat.
Jadi Dia turunkan ribut pasir yang besar,
untuk hapuskan semuanya, membersihkannya dari muka bumi.
tapi seorang gadis merayu Tuhan agar
memberikan manusia satu lagi peluang.
..dengan menawarkan nyawanya sendiri.
Melihatkan ketulusan hatinya, Tuhan teringat
tentang potensi manusia ke arah kebaikan.
Jadi Dia mengumpulkan semua pasir itu kedalam Gelas Pasir.
Pisau itu diberikan kepada gadis yang menyelamatkan manusia.
Menjadikannya pelindung yang pertama.
Hanya pisau belati itu yang mampu memecahkan Gelas Pasir itu.
dan melepaskan Pasir Masa,
tapi pisau tu hanya mampu undur selama satu minit.
Tapi jika ia diletakkan pada Pasir Masa, dan tekan..
..butang permata pada masa yang sama?
- Pasir akan mengalir tanpa had.
- Awak mampu undurkan masa selama mana yang awak mahu.
Ya, tapi ianya dilarang.
Semasa ayahanda saya masih kecil,
Nizam selamatkan nyawanya semasa memburu.
Suatu hari 2 orang putera menghendap seekor rusa jantan,
Tapi mereka tak sedar seekor singa yang sedang menghendapnya.
Nizam selamatkan Sharaman.
Ayahanda sering bercerita cerita tu kepada kami.
Saya tak faham.
Nizam ingin undurkan masa dan
tak lakukan apa yang telah dia buat.
Tak selamatkan ayahanda,
biarkan dia mati.
Maka, dia akan menjadi Raja
untuk sepanjang hidupnya.
..dan abang-abangku takkan lahir.
Ribut dah reda.
Dastan, pasir yang terdapat dalam
Gelas Pasir tu sangat berkuasa.
Menekan pisau itu semasa ia didalam
gelas itu akan membuka penutupnya.
dan memusnahkan Gelas Pasir tu,
menyebabkannya retak dan berkecai.
Pasir Masa itu takkan dapat ditahan,
dan ia akan membawa kemurkaan Tuhan lagi,
memusnahkan semua dilaluannya.
dan seluruh umat manusia akan menerima akibat
dari pengkhianatan Nizam.
Hanya itulah saja yang tinggal untuk kita.
Kuil rahsia diluar Alamut ialah
sebuah tempat perlindungan.
Hanya itulah saja tempatnya pisau ini
boleh disimpan dengan selamat.
Satu-satunya cara untuk mengelakkan Hari Kiamat.
Itulah segalanya, Dastan.
Berikan saya pisau tu,
agar saya dapat bawanya kesana.
Saya tak boleh buat begitu.
- Saya nak ikut awak.
- Awak akan tolong saya!
Kita boleh duduk sini dan berbual,
atau awak boleh naik kuda ni.
Perjalanan kita diberkati.
Kita akan berhenti untuk mengisi air dan
pergi ke ke gunung tu pada malam.
- Awak sungguh seronok mengarahkan saya.
- Hanya kerana awak sungguh bagus dalam mengikuti arahan.
Jangan paksa tuah awak.
Orang Parsi!
Kita berpisah secara tergesa-gesa hari tu,
Aku tak sempat nak ucapkan selamat tinggal.
Kami dah jejak kamu sejak seminggu.
Rusuhan kecil yang kau mulakan tu,
ia berlangsung selama 2 hari!
Litar lumba aku,
semua dah musnah ibarat tapak kaki dipasir.
Lihat Lita sana...
Nampak dia tak?
Dia sajalah yang tinggal dari empayar permainan aku.
Dan tak kiralah sehebat mana kau
sebagai seorang penganjur,
Kau takkan boleh anjurkan
perlumbaan burung unta dengan hanya seekor!
Betul tak?!
Ya tuan, ikut saya.
Tahu tak bahawa burung unta
cenderung untuk membunuh diri?
Lihatlah betapa kesiannya ia.
Dulu ia pernah menjadi juara hebat,
sekarang aku terpaksa jaganya
malam dan siang untuk memastikan
dia tak lakukan apa-apa yang bodoh.
Tiba-tiba aku tersedar, satu-satunya
cara untuk mendapatkan balik kehilangan aku,
adalah dengan menjejak kembali sepasang
kekasih yang dah bawa sial kepada aku.
Oh ya, Aku perlukan kepala kau,
abang kau akan gembira lihat...
Pasir yang dipuja orang Parsi,
ianya sama seperti kotoran unta...
Sheikh Amar, dengar sini...!
- Lebih baik jangan.
- Pisau yang cantik.
Sheikh yang mulia,kami sedang
dalam perjalanan menuju kesebuah kuil suci...
Kuil, Kuil, tiada apa yang
lebih suci selain dari emas Parsi.
Berikan aku pisau tu,
mereka terlalu ramai.
Awak tak mampu bunuh mereka semua,
Awak nak hidup, berikan saya pisau tu!!
Berikan saya pisau tu!
Orang Parsi, camne kau buat tu?
Gerak hati.
Apa?
Kita harus beredar dari sini.
- Apa yang berlaku semalam?
- Ular tu dikawal oleh Hassansins.
- Hassansins?
- Dah bertahun mereka bersembunyi..
..pasukan membunuh untuk Raja Parsi,
ayahanda telah mengharamkan mereka.
Nizam mesti dah ingkar arahan ayahanda
dan simpan mereka.
Ianya merupakan pasukan membunuh rahsia kerajaan.
Sebab tulah aku tak bayar cukai!
- Kita tak boleh berhenti.
- Oh mungkin kau tak boleh, tapi kami boleh.
Kami boleh gunakan pertolongan kamu menuju ke kuil.
Hah, dengan merentasi Hindu Kush
semasa ribut berlangsung?
kau mencari nahas seperti lalat
menghurung mangga buruk dan kau gila...
Di kuil tu ada emas.
Lebih dari 10 ekor kuda mampu bawanya.
- Bebas cukai.
- Tuan!
- Awak tahu ke jalannya?
- Saya ingat jalan ni ketika kecil lagi.
Setiap puteri harus ingat, ianya suci.
Disinilah.
Tempat perlindungan, dimana pisau tu
boleh disimpan dengan selamat.
Aku ingatkan ada patung emas, air terjun.
Berikan saya pisau tu,
agar saya boleh bawakannya kesana.
Jangan terluka pula, puteri.
Hey, sini!
Mati tak lama, mungkin malam semalam.
Diseksa dahulu.
- Hassansin.
- Nizam tahu tempat ni.
Semua dah mati.
- Seluruh kampung, berkenaan emas aku...
- Kau nak pergi mana?!
- Hanya satu cara untuk halangnya.
- Apa?!
Demi memastikan pisau ni selamat,
Kuil menyimpan batu dimana pisau ni berasal.
Kuil apa? Tempat ni hanya timbunan batu-bata!
Perkara pertama yang diajar, jika semuanya gagal,
letakkan balik pisau kedalam batu,
Batu akan menutupinya, menariknya kedalam gunung,
memulangkannya kepada Tuhan.
- Janji harus ditepati.
- janji apa?
Tuhan harus menarik balik nyawa yang telah diselamatkan.
Awak akan mati.
- Duduk situ! Duduk situ!
- Dengar cakap saya! Dengar cakap saya!
Berikan saya pedang awak, Berikan saya pedang awak
atau maruah awak akan hilang.
Bawah sana ada banyak mayat,
dibunuh oleh Hassansin, atas arahan Nizam!
- Dialah pembelotnya!
- Hassansin dah tak wujud!
- Kau selalu ingat kau pandai.
- Ini bukannya helah, Garsiv.
Tuan, semua kat dalam dah mati Tuan,
ramai lagi di perkampungan.
- Hanya ada satu cara...
- Duduk sini!
Nizam nakkan saya mati,
mahu saya diam.
Perbicaraan akan jadi terlalu umum.
Awak dah tahu kan?
Dia cakap begitu, kan?
Saya tahu hubungan kita tak elok Garsiv, tapi...
Kita kan saudara.
Ayat yang sungguh menyentuh perasaan
dengan pedang saya dileher awak.
Awak selalu bertanya kenapa
ayahanda selalu bersembahyang.
Sebelum dia mangkat,
dia beritahu saya yang hubungan...
..antara saudara adalah pedang
yang mempertahankan empayar kita.
Dia berdoa agar pedang itu kekal kuat.
Kenapa awak fikir saya nak pergi ke Avrat untuk
pengebumian tu walau saya tahu ianya merbahaya?
Nizam mencadangkan yang awak dimatikan,
Tus tak setuju, dia perintahkan
awak dibawa balik hidup-hidup.
Nizam mahukan saya mati, dan dia upah
Hassansin untuk lakukannya.
Dia takut apa yang saya akan beritahu,
dan siapa yang saya akan beritahu.
Beritahu saya, adik.
Garsiv?
Garsivku?
Hassansin!
Diam!
Lindungi pisau tu!
Orang Parsi, belakang kau!
Tamina!
Lupakan mereka, lemparkan ni!
Cari dia!
Hey! Disini!
Kamu tahulah apa yang mereka kata
tentang orang dengan pedang yang besar!
Tamina, biar saya yang lakukannya.
Hanya penjaga yang boleh pulangkan pisau ni.
Ini bukannya sesuatu yang awak boleh lakukan, Dastan.
Saya dah bersedia untuk ini.
Saya tidak.
Tamina!
Keluar, cukup, keluar!
Garsiv!
Dastan, maafkan saya.
Selamatkan empayar kita.
Abang... Abang.
- Mana pisau tu?
- Dah hilang.
Lindungi pisau tu, walau apapun yang berlaku,
itulah tugas suci saya.
Itulah takdir saya.
Kita cipta takdir kita sendiri, puteri.
Kita akan dapatkannya balik.
Kita akan perlukan kuda lain!
- Kemana awak nak pergi?
- Ke Alamut.
Nizam akan gunakan pisau tu untuk menusuk Gelas Pasir tu,
dan dia harus dihalang.
Dia harus dihalang.
Dia harus dihalang.
Apa?
Oh, seorang pelempar pisau yang baik hati.
Kawan kita didalam istana berkata bahawa
orang Parsi dah pun menembusi...
...pada tingkat pertama terowong tu.
Mereka akan menemui Gelas Pasir
tu dalam beberapa jam lagi.
Nizam simpan pisau tu di Kuil Utama,
dijaga oleh beberapa orang yang menyerupai iblis,
- Dipenuhi dengan duri.
- Itulah Hassansin yang bunuh abang aku.
Hanya ia saja halangan antara kita dengan pisau tu.
Tiada orang mampu berada dalam
lingkungan 20 ela dengannya dan hidup.
Sesetengah orang tak perlu berada sedekat tu.
Berikan sedikit air, tuan.
Awak pasti tentang ini?
Saya terhutang budi dengan budak tu.
Tapi, awak seorang M'Baka,
hantu di dataran Namibia.
Aku, aku hanyalah seorang usahawan yang keji, ini...
kerja-kerja baik yang bukannya asal kita.
Cepat.
Kawan, pernahkah ada sesiapa
beritahu awak yang awak banyak bercakap?
Marilah.
Pernahkah saya beritahu awak tentang M'Baka?
- Ya, awak pernah.
- Aku harap abang kau percayakan kau.
Dia dah sampai.
Tutup semua pintu!
Cari dia!
- Ianya dah aman.
- Dastan, saya tak...
Saya tak rasa awak patut lakukannya.
Adakah awak mengambil-berat?
- Amaran.
- bercampur dengan ambil-berat.
- Awak menaikkan diri sendiri, putera.
- Dan awak pernah menjadi seorang penipu yang baik, puteri.
Mungkin saya dah kurang mahir.
Ini bukannya kali terakhir kita bersama.
- Mana pisau tu?
- Kau si Birokrat Parsi, punya tangan yang lembut.
- Ia dah ditemui, Tuan.
- Gelas Pasir tu?
Saya tak ada pisau tu.
Tinggalkan saya.
Hello, Tus.
Dastan!
- Kita harus bercakap.
- Cakaplah!
- Bersendirian.
- Tunggu diluar bilik, sekarang!
Kitakan bersaudara, tahu tak?
Jubah yang menyebabkan kematian
ayahanda diracuni oleh Nizam.
- Nizam? Kau dah gila.
- Siapa berikan jubah tu, Tus?
Siapa berikan awak jubah tu?!
Awak percayakan dia, seperti saya, tapi Alamut
tidak bekalkan senjata kepada musuh kita.
- Nizam tipu kita.
- Kenapa pula dia nak buat macam tu,
- Apa yang dia dapat?
- Dengar cakap saya baik-baik.
Dibawah jalanan kota ini ada suatu kuasa purba,
sebuah bekas, mengandungi Pasir Masa.
Nizam mahu gunakannya untuk mengubah sejarah,
dia mahu undurkan masa dan jadikannya sebagai Raja.
Pasir Masa?
Sedarlah Dastan, kegilaan karut.
Saya dah lihat sendiri kuasa tu, Tus.
Nizam dah jumpa tempatnya, dan jika
kita tak halangnya, dunia kita akan berakhir.
kalau kau nak bunuh aku, lebih baik kau buat sekarang.
Ini bukannya pisau yang biasa.
Awak tekan permata atas hulunya,
dan awak akan tahu.
Saya sepatutnya mampu lakukannya sebelum kita ceroboh kota ni.
- Apa yang awak katakan ni?
- Melakukan apa yang saya rasakan betul.
Tanpa mengambilkira akibatnya.
- Tentera kekal diluar...
- Berhenti ditempat kamu!
Dia bunuh dirinya sendiri.
Tuhan kasihani pengkhianat ni,
kerana dia memilih jalan seorang pengecut.
Kita kenal Dastan dengan bermacam perkara,
tapi bukan... seorang pengecut.
Ini bukannya pisau yang biasa.
Tekan permata dihulunya, dan awak akan tahu.
Walau apapun akibatnya.
Berhenti!
Sebentar tadi kau baru saja mati didepan mata aku.
- Oh, awak dah tekannya.
- Macamana kau tahu aku akan tekan?
Sebab kitakan bersaudara.
Pada hari kita keluar berperang,
Ayahanda berpesan bahawa Raja yang
sebenar akan menimbang nasihat penasihatnya.
Tapi sentiasa mendengar kata hatinya.
Kau tak perlu berbuat sedemikian agar aku mempercayainya.
Tuanku,
askar diluar beritahu bahawa...
Nampaknya Dastan sememangnya dah kembali.
Tus, ingat apa yang saya beritahu awak!
Jangan, sebentar.
Kasihan Tus, sungguh inginkan takhta.
Dan kau, Dastan,
sentiasa menceroboh masuk,
Sungguh terdesak untuk buktikan
kau adalah lebih dari...
...sekadar benda yang Raja kutip dari jalan.
Sungguh bersepah masalah kita.
Nampaknya ikatan antara saudara,
bukan lagi pedang yang mempertahankan empayar kita.
Ya!
Dia dulu pernah menjadi orang kami.
Dia seorang bekas paderi kuil ini.
Sebab itulah bagaimana Nizam tahu
kewujudan Gelas Pasir tu.
Dia merasuah pengawal,
menjangkitkannya pada kita.
Kita semua dah tak lagi bersih.
Kita harus cepat.
Puli.
Ambil puli, sekarang!
Para pengawal membina jalan dibawah kota,
suatu jalan rahsia ke Gelas pasir tu.
Jika kita cepat,
kita akan sampai dulu sebelum Nizam.
Itulah penyokong kepada bilik Gelas Pasir tu.
Hanya ada satu laluan yang selamat.
Laju lagi!
Ikut jejak saya.
Tiada apa yang boleh sentuh permukaan
selain dimana saya berpijak.
Lari, Dastan!
Lari!
Dastan!
Nizam!
Kau bunuh keluarga kau sendiri.
Sharaman adalah abang kau!
Dan juga sumpahan aku.
Aku menjaga kau.
Dastan!
Aku tak pernah faham, apsal
abang aku bawa sampah kedalam istana.
Nikmatinya, Dastan.
Situlah kedudukan kau dibawah pemerintahan aku.
Tamina!
Nizam, jangan gunakan pisau tu
untuk ubah masa silam kau!
- Ia akan melepaskan...
- Melepaskan, apa?!
Kemurkaan Tuhan?!
Neraka?!
Jangan lakukannya!
Hentikan dia! Kalau gelas tu pecah, dunia akan berakhir.
Ia bukannya takdir saya, ia takdir awak.
Sememangnya begitu.
- Lepaskan saya.
- Tak nak.
- Lepaskan saya.
- Saya takkan lepaskan awak!
Saya harap kita dapat bersama.
- Dastan!
- Tidak! Tamina!
- Dastan!
- Tamina!
Putera Dastan!
- Bis, kamu disini?
- Dah tentulah saya disini.
Orang kita dah kepung istana Alamut,
perang dah tamat.
Belum lagi.
Tunggu!
Tunggu!
Askar-askar Parsi yang berani,
kita dah ditipu agar menyerang kota suci ini!
- Alamut, tiada tempat membuat senjata!
- Dastan!
- Awak dah gila ke?
- Saya tak boleh berdiam diri untuk penderhakaan ni.
Perang ini dirancang oleh seseorang yang kita percayai.
- Pakcik Nizam kita.
- Dastan dah kuat berjuang hari ni,
Mungkin terlalu kuat. Dia perlukan rehat.
Cuaca yang panas, rehatlah.
Waraskan fikiran semula.
Senjata yang kita jumpa tu adalah tipu!
Pakcik, sini tiada senjata,
dan awak tahu tu!
Dan perisik yang memintas mereka,
diupah oleh awak,
untuk memujuk kita semua,
untuk cerobohi Alamut!
Kenapa ni, Dastan?
Menyesal sesudah menang?
Awak sendiri yang ketuai serangan,
memberikan kita kemenangan besar.
Saya tak sepatutnya biarkan serangan itu berlaku.
Jauh dalam hati saya tahu ianya salah.
Ia tak mungkin awak.
Awak takkan dapat jadi Raja,
Awak tak layak.
Awak akan mati dalam bayangan seorang yang hebat.
Bawa dia pergi dari situ,
sebelum dia memalukan lagi dirinya sendiri!
Tus, sebelum kita meninggalkan Nasaf,
Ayahanda beritahu awak ni:
"Seorang Raja yang sebenar, mengambilkira
pandangan penasihatnya,
tapi dia sentiasa akan mendengar kata hatinya."
Ayahanda dan aku berseorangan masa tu.
Macamana kau boleh tahu tu?
Dia betul, dia kenal kita dan dia tahu kemampuan kita.
- Dengarlah kata hati awak.
- Dia mengingkari arahan awak,
ketuai serangan dan kini
mahu berpatah balik, Tus...
Bertindaklah sekarang.
Perisik tu tahu perkara sebenar,
cari perisik tu!
Bawakan dia pada saya,
kita akan dengar cerita dari dia.
Kau ada apa yang setiap orang mahukan,
Kasih-sayang, hormat dan keluarga.
Tapi ianya tak cukup untuk kau, kan?
Puteri Alamut.
Saya bersalah kerana serang kota awak.
Maafkan saya, Tuanku.
Bolehkah saya membetulkan keadaan?
Ia akan membawa pada keuntungan bersama,
Bangsa kita akan bersatu dengan ikatan
yang lebih erat dari persahabatan.
Perkahwinan.
Jodoh awak adalah dengan penakluk
dan juga penyelamat kota awak.
Dastan.
Berdarah diraja atau tidak,
dia tetap anakanda kepada ayahanda kami.
Tetap saudara kepada Garsiv dan saya.
Putera Parsi yang sebenar.
Pergilah kesana,
sebelum aku ambil tempat kau.
Hello, puteri.
Sepatutnya menjadi adat untuk menghantar
rombongan dengan hadiah, tapi...
Saya terkejut dan kurang persediaan.
Saya tiada apa-apa untuk awak, melainkan...
..apa yang sememangnya milik awak.
Teman saya bersiar, putera Dastan.
Bagaimana saya nak percayakan orang
yang dah cerobohi tembok kota saya?
tapi saya dapat rasakan yang saya bukanlah
orang sama yang ceroboh tembok kota awak.
Agak pendek masanya untuk seseorang berubah sebanyak itu.
Mungkin.
Ia seperti awak dah temui sesuatu disini.
- Apakah ia agaknya ya?
- Kesedaran diri yang baru.
- Suratan takdir.
- Ya, tepat sekali.
Saya rasa kita yang tentukan
takdir kita sendiri, Tuan puteri.
Awak ada kurang sifat ingin tahu.
- Tanpa ragu, ia salah satu kelemahan saya.
- Tolong jangan persendakan saya, putera.
Saya rasa kita tak kenal masing-masing sebanyak tu, puteri.
Tapi saya tak sabar menanti ketibaan hari itu.