Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kisah paling lama pernah diceritakan,
ada tertulis di bintang-bintang.
Kisah sebelum manusia dan dewa,
semasa golongan Titan memerintah Dunia.
Titan sangat berkuasa...
...tapi kekuasaan mereka
diakhiri oleh anak mereka sendiri...
...Zeus, Poseidon dan Hades.
Zeus meyakinkan saudaranya Hades...
...mencipta suatu makhluk yang sangat berkuasa,
yang dapat mengalahkan ibu-bapa mereka.
Dan dari dagingnya sendiri...
...Hades mewujudkan sesuatu
yang dahsyat...
...Kraken.
Zeus menjadi Raja Kayangan.
Poseidon, Raja Lautan.
Dan Hades, ditipu oleh Zeus...
...memerintah Dunia Bawah tanah
yang gelap dan penuh sengsara.
Zeus mencipta manusia...
...dan doa manusia menjadikan dewa-dewi abadi.
Lama-kelamaan, manusia mulai sedar.
Mereka mulai bertanya....
...dan akhirnya, bangkit menentang dewa.
Seorang bayi dilahirkan ke dunia ini.
Seorang budak lelaki yang akan mengubah segalanya.
Shh. Shh.
Perseus.
Kenapa, nak?
Saya akan dapat adik tak lama lagi.
Awak rasa kami akan sayangi dia lebih dari awak?
Tidak.
Dia darah daging ayah.
Saya...
...Saya bukan anak ayah.
Ayahlah ayah kamu Perseus.
Marmara adalah ibu kamu.
Kamu akan sentiasa menjadi anak kami.
Ikatan antara kita,
adalah lebih dari darah dan daging.
Kasih-sayang kami terhadap kamu...
...menjadi rebutan Dewa dan Raja.
Ayah tak faham sangat Dewa.
Tapi ayah tak persoalkannya kerana ayah percayakannya.
Suatu hari nanti...
...disebabkan itulah,
ia akan bawa kamu pergi dari sini.
Tapi bukan malam ni, eh?
Perseus. Perseus!
Awak dah lemah, orang tua.
Marmara! Marmara!
Sekali lagi... Kosong!
Terpaut pada batu karang.
Pada siapa harus kita ucapkan
untuk tangkapan yang sangat banyak ni?
Spyros, tolonglah.
Poseidon, Zeus?
Kepada siapa, Marmara?
- Ucapkanlah pada mereka yang menentang mereka.
Mereka hancurkan pulau aku.
Sebarkan wabak pada pulau kau.
Mereka ambil apa yang mereka mahu.
Kita ni hamba mereka.
Mereka beri kita nyawa.
- Kita harus bersyukur untuk itu.
- Aku dah bosan bersyukur untuk kosong.
Aku nelayan, Perseus pun nelayan,
dan itu pun mereka nak ambil.
Inilah kita.
Dan mereka masih mahu kita sayangkan mereka.
Suatu hari nanti...
...pasti ada orang akan bangkit.
Suatu hari nanti, seseorang akan berkata:
"Cukup. "
Seperti pada hari kau datang.
Ribut yang bawa ayah pada kau.
Ayah tahu kau ada persoalan, anakku.
Ayah harap ayah ada jawapannya.
Saya dah ada semua yang saya perlukan...
...disini.
Selamat malam, nak.
Pegang kuat-kuat!
Tekla, ambil kalungan bunga.
Ambil kalungan bunga.
Patung Zeus! Mengagumkan!
Ada sesuatu yang tak kena.
Askar tu, apa yang mereka buat?
Bertahan!
Angkat!
Bertahan!
Dengan daulat Raja dan Permaisuri!
Siapakah mereka?
Tentera dari Argos.
Apa yang mereka dah buat?
Mereka isytihar perang.
Perang terhadap Dewa.
- Pusingkan bot.
- Jangan!
Jangan buat apa-apa.
Belakang kau!
Pegang!
Tekla.
Mana budak tu?
Tekla!
Tidak!
Pergi!
- Tidak!
Tidakkkkk!
Zeus, kau harus tamatkannya!
Mereka serang kuil kita!
Sekarang mereka berani calarkan imej Zeus..
Kita boleh berbincang dengan mereka.
Kita buat perbincangan.
Satu perjanjian damai!
Tidak!
Aku cipta mereka...
...dan mereka membalasnya dengan derhaka?
Takkan ada perjanjian damai.
Akhirnya.
Sedikit marah dari kau.
Dah berapa lama agaknya?
Berapa lama, saudara...
...sejak kita jumpa dulu?
Hades.
Bertahun-tahun,
aku memerhati dari Dunia Bawah Tanah...
...dan nampak marah kau dikaburi oleh kasih-sayang.
Kau cipta mereka dengan satu sebab...
...agar doa mereka beri kita keabadian.
Tapi kau terlalu sayangkan mereka.
Mereka dah makin kuat.
Sekarang aku terpaksa bangkit
kerana kita dah didesak.
Apa kau nak, saudaraku?
Biar aku berikan mereka pengajaran.
Mereka akan mulai berdoa lagi...
...dan kau akan dapat kekaguman
dan ketakutan mereka balik.
Kita akan kembali kuat.
Dia sepatutnya berada di Dunia Bawah Tanah, bukan sini.
Jangan kau sebut dimana tempat aku.
Kau kata kasih-sayang yang beri kita kuasa.
Tapi kau bergantung pada kasih-sayang mereka.
Aku cuma tahu untuk hidup dengan ketakutan mereka...
...kesengsaraan mereka.
Zeus, betul cakap dia.
Dengarlah dia.
Pergi. Buatlah apa yang kau hajati.
Ayah, kita perlukan manusia.
Tidak, Apollo.
Hades betul.
Keangkuhan mereka ada balasannya.
Seperti anak, mereka perlu diajar.
Ajar mereka, saudaraku.
Lagakan mereka...
...dan kembali pada kami.
- Adakah kita kapal yang terakhir berlabuh?
- Tidak, kapten.
Hanya kapal awak je.
Dia salah seorang dari kita ke?
Tak. Kami jumpa dia di Paxos
bersama-sama mayat orang kita.
Hanya dia yang terselamat.
Biar pihak istana yang tentukan nasib dia.
Beratur dalam empat!
Pergilah.
Jika kita tunjukkan dewa kasih kita...
...sebagai balasnya mereka akan kasihkan kita.
Pasti.
Mereka berikan jagung di ladang,
matahari di langit.
Ini semua kurniaan dari mereka kepada kita.
Kurniaan yang boleh diambil balik.
Ini semua akan diambil balik...
...jika kita tak berikan kasih kita kepada mereka.
Jika tak, kita akan hidup dalam kekotoran dan sengsara,
yang telah kita bawa pada kita.
Tepi. Bukakan jalan.
Dewa kami, hukumlah kami...
Kecantikan dan kejelasan khidmat kita.
Manusia tak mampu memerintah manusia.
Kamu menentang dewa dan kamu akan dihukum.
Ini saja ke yang tinggal?
Ramai dah terkorban, Tuanku...
...tapi kita menang.
Kepada Raja Kepheus!
Kepada Permaisuri Cassiopeia!
Bukan.
Kepada kamu...
...pejuang gagah kita.
Wira kita yang berani menikam ke jantung Zeus!
Kuil-kuil dah dibakar.
Patung-patung dah dijatuhkan.
Kita dah laparkan mereka dengan tak berdoa.
Malam ini...
...setelah satu keturunan kita berjuang...
...matahari dah tak terbenam di laut.
Ia terbenam di Olympus.
Era baru sudah bermula.
Era untuk manusia!
Janganlah berkerut dahi, Andromeda.
Ambillah minuman.
Awak akan rasa lebih segar.
Andromeda.
Siapa nama awak?
Perseus.
Ambil ni.
Sila minum.
Lepaskan tangan.
Cukup.
Anak kita, si mubaligh.
Kamu tak nampak ke apa yang berlaku diluar?
Pernah ke kamu tengok?
Kitalah penyebab bagi...
Beratus orang yang telah terkorban...
...tapi kita meraikannya.
Kamu menentang dewa dan anggap
seperti tiada akibatnya.
Jadi, Awak mahu macamana?
Patutkah kita ketakutan?
Patutkah kita melutut dan
biarkan diri kita ketakutan?
Dewa-dewi perlukan kita.
Mereka perlukan doa kita.
Apa yang kita perlukan dari mereka?
- Lihatlah anak perempuan aku.
- Jangan.
Apakah yang lebih anggun dari rupanya?
Paling cantik dari semua wanita di Greece.
Lebih cantik dari dewi Aphrodite.
Para Olympian patut mencemburuinya.
- Sekarang kitalah dewa.
- Permaisuriku. Kata-kata yang sungguh mengagumkan.
Menarik.
Kau!!!
Kamu hanyalah sebutir daki dikuku kami.
Setiap nafas kamu adalah kurniaan dari Olympus.
Kamu telah menentang kuasa diluar pemahaman kamu.
Siapakah kau?
Akulah Hades.
Melutut.
Bukan sekarang, Perseus.
Awak akan dapat peluang awak nanti.
Apa yang awak tahu tentang cantik?
Apa yang lebih cantik dari mati?
Pandang aku, permaisuri manusia.
Bonda.
Puteri.
Dalam 10 hari...
...Bila matahari menjadi gerhana...
...aku akan lepaskan Kraken.
Argos akan disapu dari bumi...
...bersama-sama kamu semua.
Melainkan...
...kamu korbankan puteri...
...yang kamu nak bandingkannya dengan dewa.
Hanya darahnya yang akan memuaskan Kraken...
...dan Zeus...
...yang telah kamu murkai.
Pilihlah cara untuk menebusnya, Argos.
Musnah atau korban.
Inilah kehendak Zeus.
Kehendak ayah kau.
Ada seorang separuh-dewa di Argos.
Mustahil.
Dia kepunyaan awak.
Nama dia Perseus.
Kita boleh berikan dia perlindungan.
Pernahkah dia berdoa?
Anak ini tak kasihkan aku.
Dia sama macam yang lain, membelakangkan kita.
Kali terakhir, separuh-dewa, cakap!
- Aku bukan separuh-dewa.
- Siapa kau? Kenapa kau disini?
Aku tak tahu.
Saya menentangnya, Tuanku.
- Dia tak boleh dipercayai.
- Apa kau nak beta buat? Draco.
Lepaskan dia.
Betul ke?
Betul ke awak ni anak Zeus...
...awak boleh selamatkan kami.
Awak harus selamatkan kami.
Aku tak boleh selamatkan kamu.
Aku hanya manusia biasa.
Tuanku, walaupun ianya teruk...
...hanya pengorbananlah jalannya.
Jangan kau sebut perkataan tu.
Dia betul.
Tiada siapa patut mati kerana saya.
Biar Perseus bebas.
Tuanku, kita harus keluarkan puteri dari bandar.
- Saya akan cari tempat untuk sembunyikan dia.
- Kau tak boleh sembunyi dari Hades.
Itulah kata anak haram seorang dewa.
Ayah aku...
...dibunuh oleh seorang dewa.
Mak aku, adik...
...semua yang aku sayang dah dibunuh oleh seorang dewa.
Aku menebar jala...
...bukan menghayunkan pedang.
Jadi, separuh-dewa, kau ada pelawat.
Dia kata dia kenal kau.
Nama saya lo, Perseus.
Bagaimana kau kenal aku?
Saya perhatikan awak seumur hidup awak.
Saya yang pandukan awak pada keluarga awak.
Adakah awak seorang dewi?
Ada dewa dan adanya manusia...
...dan ada juga golongan yang dipertengahan.
Bertahun dulu...
...saya ingkar kehendak dewa.
Saya disumpah dengan muda abadi.
Tak macam sumpahan pun.
Bertahun saya hidup melihat
orang yang disayangi mati.
Saya rasa awak simpati dengan keadaan tu.
Betul ke?
Aku ni anak Zeus?
Ya.
Kelahiran awak adalah kerana
pemberontakan Raja Acrisius.
Manusia dah bosan dengan
ketakadilan dan kekejaman para dewa.
Acrisius ketuai pemberontakan ke Olympus.
Dewa lain mahu...
...hancurkan Acrisius dan bala tenteranya...
...tapi Zeus terlalu sayangkan manusia.
Oleh itu, dia mahu mengajar Acrisius.
Dia menyamar sebagai baginda...
...dan masuk ke kamar dimana permaisuri tidur.
Rajaku.
Zeus?
Acrisius menjadi sangat marah.
Dia arahkan hukuman kepada isterinya...
...dan anak Zeus yang belum dilahirkan.
Aku sumpah kau, Zeus.
Aku nafikan badan yang kau suburi...
...dan anak haram didalamnya!
Tidak!
Permaisuri dan anaknya dibuang ke laut.
Ibu kamu terbunuh, tapi kamu...
...separuh manusia, separuh dewa, kamu hidup.
Sejak itu,saya terus memerhatikan awak...
...menantikan hari awak akan bangkit
melawan kekejaman dewa.
Awak ditakdirkan untuk membunuh Kraken.
Aku tak tahu kenapa aku dilahirkan...
...atau apakah aku.
Tapi bukannya Kraken yang aku mahu bunuh.
Macamana nak kalahkan Hades?
Jika Kraken tiada...
...Hades akan cukup lemah untuk
awak serang dengan serangan maut.
Hanya itulah caranya untuk awak membalas dendam.
Baik mereka lepaskan saya.
Jika Kraken boleh dibunuh...
...Ahli sihir Stygian akan tahu caranya.
Mereka sangat jauh dari
tempat yang kami pernah pergi.
Tiada orang pernah pergi kesana.
Tiada orang.
Jauhkan jarak kau, lo.
Zeus, maafkan kami untuk semua
penghinaan ini dan lindungilah kami.
Kamu masih sangka mereka akan tolong?
Ni membunuh diri namanya.
Dan perisai tu. Takkanlah.
Sia-sia saja.
Kita dah takde peluang, korang pun tahu.
Inilah yang bawa kau kesini, Perseus.
Seorang pengawal.
Pemuda tampan yang berdiri...
...dan tentera tua, yang dah nak bersara.
Tahukah kau apa tu Kraken?
Kraken ialah pengakhiran kita.
Seekor gergasi yang besar, elemental.
Ia tak berfikir. Ia tak berperasaan.
Dewa pun takutkannya.
- Dan kau, kau nak bunuhnya?
- Jangan ikut.
- Aku tak perlukan pertolongan kau.
- Tentulah tidak.
Kau kan anak Zeus.
- Tapi kami menurut perintah.
Jom, kita perlu bergerak!
Tuan-tuan, biarlah perjalanan kita jauh,
dipenuhi sengsara dan seksaan...
...dan biarlah kita semua merungutnya
seperti orang-orang tua.
- Apa yang patut kita bawa?
- Bawak semua.
Kenapa kau rasa yang ahli sihir
tu akan beritahu kita?
Oh, baik mereka beritahu, kalau tak aku akan bunuh mereka.
Marilah. jom, semua.
- Apa ni?
- Tinggalkannya.
Jangan tinggalkan kami hadapinya! Tolong.
Jangan pergi. Tolong tinggal sini!
Tinggal sini. Tolong? Tolong? Tolong kami.
Kamu hanya akan buat dewa makin marah. Tolong.
Kita hanya perlu korbankan puteri!
Jaga mulut kau! Undur. Undur!
Kau rasa mereka akan berterima kasih ke.
Kau tak boleh tinggalkan kami!
Mungkin mereka dah muak berterima kasih.
Berita baik!
Abang aku dan aku dah buat keputusan...
...untuk turut temankan kamu.
- Kami dah cukup orang asing disini.
Kami boleh tolong kamu,
percayalah. Korang perlukan kami.
Aku perlukan askar, bukan pemburu.
Adakah askar kau tahu bagaimana
nak tikam kulit tebal...
...singa Nemean?
Adakah mereka tahu bahagian lembut perisai Centaur?
Adakah mereka tahu nak potong kepala
yang mana satu dari 5 kepala Hydra?
- Yang tengah.
- Yang tengah. Betul tekaan tu.
Abang aku dan aku, kami pandai membunuh.
- Kami sukakannya.
- Jika korang mampu bertahan...
...dan tak takut mati, jomlah.
Sepatutnya mati yang takutkan kami.
Raja Acrisius.
Acrisius dah tiada.
Hanya Calibos.
Musuh kita sama.
- Zeus.
- Zeus.
Saudaraku.
Apa yang kau nak dari aku?
Benih Zeus dalam isteri kau terselamat.
Anak yang memalukan kau tu.
Perseus.
Dia hidup?
Sia-sia kau bunuh isteri kau.
Sekarang Perseus bertolak dari
Argos untuk musnahkan aku.
Dia harus mati.
- Kau nak aku buat apa?
- Zeus ingat aku setia padanya...
...tapi aku makin kuat.
Hinggalah aku capai sepenuh kuasa aku...
...kau akan jadi senjata aku.
Mari.
Gunakannya.
Bunuh Perseus untuk aku.
Dan aku akan musnahkan Zeus untuk kau.
Saya berkhidmat untuk awak.
Budak itu akan mati.
Jauh mana lagi?
Empat hari perjalanan.
Empat hari? Aku dah penat.
Nah, guna ni.
Nak suruh kami tunggu ke?
Oops.
Kau sememangnya seorang nelayan.
Kau tak tengok lagi ayah aku.
Kamu.
Bawak senjata kau.
Pernah pegang pedang tak sebelum ni?
- Aku tak perlukannya sebelum ni.
- Oh begitu.
Kaki kiri kedepan.
Pergerakan kau harus lancar.
Senjata adalah sebahagian dari diri.
Seperti sengat pada tebuan.
Kekalkan tumpuan.
Tahu apa yang ada disekeliling.
Imbangkan badan setiap masa.
Kau jatuh...
...kau mati.
Bangun.
Jangan...
Ada dewa dalam badan kau.
Keluarkannya.
Pengajian tamat.
Perseus.
Sebuah hadiah dari dewa.
- Ditempa di Olympus.
- Kenapa?
Terima sajalah.
Aku boleh lakukannya sebagai seorang manusia.
Ambillah kalau nak.
Kamu, ikut penyelamat kita.
Shh.
Pegasus.
Tiada siapa pernah menunggangnya.
Ia suatu isyarat.
Mereka memerhatikan kita.
Perseus!
Perseus!
Perseus!
Kenapa dia selalu...?
- Shh!
Dengar.
Tolong aku!
Tolong aku!
Kau mirip ayah kau.
- Siapa tu?
- Entah. Jom pergi tanya.
Biarkan dia.
Tak. Kita berpecah.
Ikut kesan darah tu.
Marilah!
Tengok! Darah dia.
Puas hati sekarang?
Serang!
Tunggu! Tunggu!
Apa tu?
Mari!
Lxas!
Lembing!
Draco!
Cepat!
Mari pergi, Mari pergi!
Pergi, lompat!
Lari!
Undur! Undur! Undur!
Ada banyak lagi!
- Lari!
- Semua. Berkumpul!
Bertahan ditempat masing-masing.
Tinggal 3 lagi!
Alamak, ia lagi besar.
Apakah mereka?
Djinn.
Aku pernah lawan mereka.
Inilah gurun mereka.
- Musuh?
- Rasanya.
Mereka bukan manusia. Tidak lagi.
Pemuja gurun, pemotong leher.
- Kita patut berterima kasih pada mereka.
- Apa?
- Apa tu?
- Bisa. Dari Hades.
- Doa. Berdoa pada Zeus untuk kekuatan.
- Tidak. Tidak.
Doalah pada ayah kau.
Dengarlah doa aku.
Lindungi dan sembuhkan anak kau.
- Tidak.
Tolong, Zeus, dengari aku.
Nak roti tak?
- Terima kasih.
- Terima kasih.
- Tolonglah.
- Makan roti ni.
Disini. Disini.
- Untuk awak.
- Tolong.
Jangan.
Kita harus memuja Hades!
Itu saja caranya!
Saudara-saudaraku!
Datang sini! Mari!
Saya ada jalan untuk keluar dari bala ini.
Hades nakkan puteri kita.
Korbankan seorang untuk seluruh bandar.
Kenapa berdiam diri sementara kita sengsara?
Kenapa mereka lindungi wanita yang
akan selamatkan kita jika dia mati?
Adakah dia lebih istimewa dari kita?
Dah lama kita puja Zeus di Argos.
Tapi sekarang Hades yang
tawarkan kita perlindungan.
Kita harus puja kepada yang menyedarkan kita...
...dan yang menawarkan kita penebusan dosa...
...melalui darah.
Rasuah untuk si pengayuh perahu.
Bila mereka tercedera dalam pertempuran...
...mereka gantikannya dengan kayu arang dan sihir.
Mereka tak rasa sakit.
Hidup beratus-ratus tahun.
Berapakah usia yang tu?
Peduli apa. Aku tak percayakan mereka.
Panasnya.
Minum ni.
Saya akan bawakan lagi air.
Marilah!
Awas!
Apa?
Apa yang dia kata?
Djinn ni dah lama tunggu orang yang
akan bebaskan mereka dari cengkaman dewa-dewa.
- Dia kata dia bukannya kawan kepada manusia.
- Patutlah.
Satu-satunya cara kita boleh
tolong Perseus ialah bekerjasama.
Draco.
Tengok ni.
Bekerjasama.
- Dia tak larat lagi nak bergerak.
- Masa dah suntuk, lo.
- Mungkin dia separuh-dewa, tapi dia tetap seorang manusia.
- Dah sembuh?
- Yeah, sikit.
- Bagus.
Maruah kau membunuh orang aku.
- Kau dikurniakan hadiah. Gunakannya.
- Hadiah tu adalah perangkap!
- Tak kisahlah. Gunakannya.
- Tidak.
Aku takkan gunakan pedang tu
atau apa pun yang mereka beri!
Nampaknya kita akan mati katak.
Aku takkan jadi seperti mereka.
Kalau aku nak lakukannya,
aku akan lakukannya sebagai manusia.
Tapi kau bukan manusia biasa.
Itu pilihan aku.
Manusia tak boleh buat begini, Perseus.
Menurut siapa?
Dewa-dewi?
Kalau aku yang dapat hadiah tu...
Kalau kau nak pedang kau,
ia ada dalam beg aku.
Mereka menunggangnya.
Mereka cuba bunuh kita.
Aku tak faham la.
Hebat.
Apa yang korang tunggu lagi?
Kitakan mengejar masa.
Kita agak cepat.
Tak cukup cepat.
Gerhana dah makin dekat.
Berapa jauh lagi kita ke Pergunungan Norn?
2 hari lagi akan sampai ke ahli sihir tu.
Benda ni buat saya pening.
Percayalah, lebih baik berada
diatas dari berada didalamnya.
Apsal, kau tak pernah senyum ke?
Bila aku berjaya meludah didepan dewa...
...masa tulah aku akan senyum.
- Apa nama tempat ni?
- Taman Stygia.
Disinilah tempatnya Kraken
menewaskan Titans.
Inilah rupa Argos jika kita gagal.
Setiap langkah kita merupakan
satu penghinaan kepada dewa.
- Bagus.
- Perseus.
Tanya hanya apa yang awak nak tahu.
Jangan lebih dari tu.
Dah tentu.
Ada pelawat.
Siapa tu?
Pelawat.
Aku ada mata.
Berikannya balik.
Siapa tu?
Siapa tu? Siapa tu?
Mata. Berikannya balik.
Perseus, jangan.
Kami datang bukan untuk berlawan.
- Kami cuma nak tanya sesuatu.
- Perseus yang muda.
Anak kepada Zeus.
Sungguh muda.
Perseus.
Dekat lagi.
Gigit sikit.
- Daging seorang dewa.
- Daging seorang dewa.
- Ahli Sihir.
- Jangan. Tenang.
Daging basi, semua.
Jadi mana satu yang akan jawab soalan aku?
Kau nak tahu pasal Kraken.
Kraken?
- Lakukannya.
- Bunuhnya.
- Betul tu.
- Pengembaraan yang sia-sia.
Kraken tak takutkan apa-apa senjata.
Ia mesti ada kelemahan.
Mungkin.
Tapi pengetahuan perlukan bayaran.
- Pengorbanan.
- Pengorbanan.
Eusebios!
Hati-hati!
Awas!
Lxas, tembak!
Tolong!
Mata tu!
Lepaskan dia! Cepat!
Kau takkan berani.
Kami takkan tahu jawapannya tanpa mata tu!
Lepaskan dia!
Sekarang jawab soalan tu.
Bagaimana nak bunuh Kraken?
- Ada satu jalan.
- Penyelesaian.
Tapi ianya mustahil.
- Yeah?
- Gorgon, Medusa.
Medusa.
Semua yang hidup akan terbunuh oleh pandangannya.
- Dibunuhnya.
- Penjaranya berada di seberang sungai Styx...
...di pinggir Dunia Bawah Tanah.
Titan menentang Titan.
Dia tak boleh digunakan untuk melawan Kraken.
Kita tak mampu mengawal dia.
Kita ambil saja kepalanya.
- Budak pandai.
- Sekarang bak sini mata tu. Beri kami mata tu.
- Mata.
- Mata.
Kat mana?
Nanti. Ada lagi.
Tak nak tau lagi ke?
Perseus, jangan.
Beritahu dia.
Beritahu dia.
Apa?
Pengembaraan kau takkan berakhir dengan baik.
Itu suratan takdir.
Kau akan mati, anak kepada Zeus!
Ianya tipu. Mari.
Tercatat dalam sejarah.
Perseus.
Kau akan mati.
Kenapa Djinn tu tinggalkan kita?
Mereka rasa kita semua akan mati.
Itulah ramalannya.
Siapakah awak?
Awak boleh panggil saya "Ayah"...
...kalau awak sudi.
- Ayah aku dah mati.
Dia dibunuh oleh dewa.
Kemalangan yang berlaku kerana
perang yang manusia buat.
Manusia tak bunuh keluarga aku.
Abang kau yang buat.
Awak dah dengar ramalan ahli sihir tu.
Awak takkan kalahkan Kraken,
juga dengan Hades.
Kalau awak teruskan pengembaraan ni,
awak akan mati, dan Argos akan tetap musnah.
Kalau kau begitu pasti, kenapa kau kat sini?
Untuk menawarkan awak perlindungan.
Kau darah-daging aku, Perseus,
dan tu menjadikan kau seorang dewa.
Tiba masanya kau datang ke Olympus
dan mula hidup seperti dewa.
Aku lebih rela mati bersama manusia
dari hidup abadi sebagai dewa.
Budak bodoh.
Seluruh kewujudan manusia
adalah kerana kehendak aku.
Walaupun kau mencipta manusia...
...banyak yang kau tak tahu tentang kami.
Kami hidup...
...kami berlawan dan kami mati...
...demi kami sendiri, bukan untuk kau.
Beritahu Hades aku akan jumpa dia tak lama lagi.
- Tawaran ni sekali saja.
- Bagus.
Sebab aku tak suka menolaknya dua kali.
Perseus.
Tunggu.
Mahal harganya tempat yang kau nak tujui.
Kucuk dapat perisai ni dari Scorpioch.
Lebih kuat dan ringan dari mana-mana logam.
Barang yang sangat sukar didapati dan berkualiti tinggi.
Kami boleh berlawan dimana saja...
...tapi tidak di Dunia Bawah Tanah.
Yeah.
Moga berjaya, nelayan.
Kita dah dengar apa yang ahli sihir tu kata.
Kita boleh buktikannya salah.
Aku perlukan pertolongan kau.
Bukannya dewa yang selamatkan aku.
Kalau kau rasa kita ada peluang.
Aku bukannya suka sangat Argos.
Aku tahu jalannya.
Jom kita ke Dunia Bawah Tanah.
Kita bunuh Medusa.
- Sekarang apa?
- Kita tunggu Charon.
Charon hanya akan bawa mereka yang mati.
Ada yang sukarela?
Kepala, kita berenang.
Rasuah untuk si pengayuh perahu.
Jadi, apa akan kita buat bila dah sampai?
Hanya bunuh seekor lagi raksasa.
Raksasa?
Dulu Medusa cantik.
Sangat cantik hinggakan Poseidon pun terpikat.
Bila dia datang untuk jumpanya...
...dia lari ke kuil Athena agar
dewi tersebut akan melindunginya.
Tapi malang.
Poseidon bersama dengannya diatas lantai.
Dia berdoa kepada Athena agar selamatkannya...
...tapi dewi itu meluat dengannya.
Dia pastikan tiada siapa yang akan memandang Medusa lagi.
Sekali pandang je, dia akan jadikan semua
benda hidup bertukar menjadi batu.
Saya tak boleh tolong awak disana.
Suatu sumpahan menghalang aku.
Ia merupakan pesan Athena kepada Medusa
supaya Medusa takkan mencederakan wanita.
Hanya lelaki yang boleh masuk kedalam kuil itu.
Tapi tiada lelaki yang berjaya keluar.
Medusa ada ekor dan begitulah cara dia gunakannya.
Dengar.
Dengar dia gerakkan ototnya.
Baukan kulitnya.
Rasakan laparnya dalam perut kau.
Medusa dah dua kali bunuh kau.
Awak rasa dia akan serahkan kepalanya?
Dia takkan sepemurah tu.
Sekali pandang je dan awak
akan bertukar menjadi batu.
Bagus.
- Jangan gembira sangat.
- Saya tolong awak untuk hidup.
Jangan pandang aku.
Bertenang.
Kita dah dekat dengan sarang Medusa.
Tak sangka aku akan sampai kesini.
Siapa yang awak hilang?
Anak perempuan aku.
Diambil semasa harijadinya yang ke-16.
Diheret kebawah sini.
Rasanya mungkin aku akan berjumpanya tak lama lagi.
Kau dah bawa kita sejauh ni.
Mari teruskan perjalanan kita.
- Berapa banyak syiling yang kau dapat, Perseus?
- Satu je.
Aku cuma kenal seorang lelaki hebat dalam hidup aku.
Ayah aku.
Sekarang aku kenal lagi 4.
...dan seorang wanita.
Dan apa jenis pun kau.
Aku tahu kita semua takut.
Tapi ayah aku pernah berkata:
Suatu hari nanti, ada seorang yang akan bangkit.
Suatu hari nanti, ada seorang yang akan kata,
"Cukup."
Ini mungkin harinya.
Percayalah naluri kamu.
Dan jangan pandang makhluk tu pada matanya.
- Tak begitu meyakinkan.
- Diam.
- Dengar.
- Eusebios.
Pandang kebawah.
Inilah dia.
Solon!
Teruskan!
Kepung sisi dia.
- Draco.
- Pergi!
Eusebios, ikut aku.
Bertahan!
Eusebios.
Ingat apa yang Perseus cakap.
Mata kebawah.
Lxas, tidak.
Mata kebawah.
Mana kau?
Mana kau?
Eusebios.
Pergi!
Tunggu sini.
Aku umpan dia keluar.
Bersedia.
Sekarang!
Bersama-sama.
Biar mereka tahu lelaki yang lakukannya.
Hanya kau dan aku, anak kepada Zeus.
Perseus.
Jangan jadi seperti mereka.
lo, aku disini.
Masa dah suntuk.
Gerhana tu.
Perseus, pergilah sebelum terlambat.
Aku takkan pergi kemana-mana.
Takdir aku dah jelas.
Tapi nasib Argos masih ditangan awak.
Kau jaga aku sepanjang hidup aku.
Kau tak pernah tinggalkan aku.
Aku takkan tinggalkan kau.
Inilah bahagiannya dimana
kau harus lakukannya sendiri.
Perseus...
...awak bukan sekadar separuh manusia, separuh dewa...
...awak yang terbaik bagi kedua-duanya.
Semuanya akan selamat.
Saudara.
Inilah masa pembalasan bagi manusia.
Anak aku menunggu arahan kau.
Tinggalkan kami.
Lepaskan Kraken!
Kraken dah datang!
Kesengsaraan kita akan berakhir
jika kehendak raksasa tu dipuaskan!
Adakah ia akan ambil kita...
...atau akan ambil Andromeda?
Andromeda!
Nama saya yang mereka panggil.
Perkara ni tak boleh dibiarkan.
Berundur!
Berundur!
Lihat! Kraken! Tolong!
Andromeda!
Hades, kami korbankan puteri
kami diatas nama kau.
Ia dah datang, saudara-saudaraku!
Argos dah musnah.
Kau rasa makin kuat tak, saudaraku?
Kau sangka Kraken akan buat mereka berdoa.
Kraken tu anak aku.
Ia hanya patuh pada aku.
Aku memerintah Olympus.
Ingat pada siapa kau harus patuh.
Aku hanya patuh pada diriku.
Aku lakukannya sejak kau tipu aku.
Kau campak aku ke Dunia Bawah Tanah untuk dibenci...
...sedangkan kau dilimpahi kasih-sayang mereka.
Kita perlukan kasih-sayang manusia.
Tak, kau perlukannya.
Aku hidup melalui ketakutan mereka.
Pemerintahan kau dah tamat, saudaraku Zeus.
Kau akan lihat pembalas dendam
aku menelan harapan mereka.
Kemudian baru kau akan tahu kesengsaraan aku.
Masih ada seorang separuh-dewa di Argos...
...saudara.
Perseus.
Beg! Marilah!
Hyah!
Hey, nelayan!
Marilah!
Tidak!
Aku seorang dewa.
Aku akan hidup selama-lamanya.
Bukan disini.
Kapal dah datang nak ambil kita.
Untuk awak. Bukan untuk saya.
Awak tak nak tinggal sini ke?
Perseus, Argos perlukan seorang pemerintah.
Aku tak boleh menjadi seorang Raja.
Aku lebih sesuai menjadi orang biasa.
Awak akan jadi permaisuri yang baik untuk mereka.
Olympus terhutang budi pada awak.
Begitu juga dengan saya.
Hades masih hidup.
Dia dihantar balik ke Dunia Bawah Tanah.
Menantikan peluangnya lagi.
Menunggu masa bila manusia kembali lemah,
dan melalui kelemahan mereka, dia dapat kekuatannya.
Manusia adalah kunci kepada kebangkitan Hades.
Sememangnya begitu.
Jadi kita akan bertemu dengannya lagi.
Ya.
Tapi dunia ni tahu ada
seorang manusia yang mampu melawannya.
Semestinya, awak dapat sedikit pertolongan.
Sebilah pedang, Pegasus...
Saya mahu manusia memuja kami kembali,
tapi juga tak mahu kehilangan seorang anak disebabkannya.
Awak bersifat seperti manusia juga.
Saya rasa awak takkan pertimbangkan
tawaran untuk menyertai kami.
Saya dah ada semua yang saya perlukan disini.
Mungkin awak tak mahu menjadi seorang dewa, Perseus...
...tapi lepas apa yang awak lakukan,
manusia akan memuja awak.
Jaga mereka baik-baik.
Lebih baik dari kami.
Jika awak kekal mahukan manusia wujud...
...saya takkan biar awak lakukannya seorang.
Lagipun, awak kan anak Zeus.
SUBTITLE:HuJaNLebaT
faisal_ariff88@yahoo.com