Tip:
Highlight text to annotate it
X
Subtitled by ~JoKeRz~
Movie Fan News mempersembahkan:
Sorotan pada "Pengembaraan".
Apa yang anda lihat sekarang ialah rakaman yang tak pernah dilihat oleh tamadun manusia sebelum ini,
satu dunia yang 'hilang' terletak di Amerika Selatan,
menyusup di dalam bayang-bayang Air Terjun Paradise yang hebat
ia penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang tak ditemui sains
Siapakah yang berani menjejak kaki di gunung yang mustahil didiami ini?
Ya, subjek kita hari ini, Charles Muntz.
Pengembara yang disayangi ini telah mendaratkan kapal udaranya, 'The Spirit of Adventure'....
ke Hampshire, minggu ini,
menyudahkan ekspedisi selama 1 tahun...
ke dunia yang 'hilang'.
Kapal udara yang perkasa ini telah direka oleh Charles Muntz sendiri...
dan lebih panjang dari 22 kereta padi kecil edisi layak dibuang dari hujung ke hujung
dan ini dia pengembara kita.
Tidak pernah berjauhan daripada anjing-anjingnya yang setia....
Muntz telah mengubahsuaikan kapal udara ini untuk keselesaan anjing-anjingnya.
Ianya benar-benar satu istana terapung di langit..
lengkap dengan mandian anjing dan
alat senaman mekanikal untuk anjing.
dan Jiminy Cricket!
bagi warga tempatan, dia dianggap cemerlang dan hero! Dan bagaimana!
Pengembaraan terdapat di luar sana!
Tapi, apa yang Muntz telah bawa balik kali ini??
Tuan-tuan, saya bawakan anda Raksasa Air Terjun Paradise!
dan terkejutnya! Betapa besarnya raksasa ini!
Tapi apakah ini? Saintis berteriak "Salah!"
Persatuan Pengembara Nasional menuduh Muntz telah memalsukan tulang rangka tersebut.
Tidak!
Persatuan itu telah melucutkan keahlian Muntz.
Akibat dimalukan, Muntz bersumpah akan kembali semula ke Air Terjun Paradise
dan berjanji akan menangkap makhluk tersebut.......
hidup-hidup
Saya berjanji akan tangkap makhluk itu hidup-hidup!
Dan saya tak akan kembali sehingga saya dapat menangkapnya!
Dan oleh itu, pengembara itu pergi demi membersihkan namanya.
Selamat jalan, Charles Muntz!
Dan semoga berjaya menangkap Raksasa
Air Terjun Paradise!
SPIRIT OF ADVENTURE
Ini dia Charles Muntz, menerbangkan kapal udaranya yang terkenal.
Dia merentasi Gunung Pikes.
Dia merentasi Grand Canyon.
Dia merentasi Gunung Everest!
Dia melalui keliling Gunung Everest!
Adakah satu perkara yang tak mampu dilakukannya?
UP
Ya, Muntz sendiri berkata,
"Pengembaraan..."
"ada di luar sana!"
Hati-hati! Gunung Rushmore!
Mari usahakan supaya "The Spirit of Adventure"
dapat melepasi Gunung Rushmore!
Ayuh, tingkatkan usaha! Bagaimana
anjing-anjingku?
SPIRIT OF ADVENTURE
Semua enjin ditarik kehadapan, mari terbangkan
ia ke 26000 kaki!
Rudder...18 darjah menuju selatan!
Ia adalah hari yg indah.
Angin bertiup dari timur pada
kelajuan 10 knots.
Jarak penglihatan...tak terbatas.
Masukkan maklumat cuaca ke dalam buku log!
Ada sesuatu di bawah sini.
Saya akan bawanya pulang untuk kajian sains!
Ianya seekor anjing!
MUNTZ DI UDARA: MEMECAHKAN 43,976 KAKI
REKOD ALTITUDE
Apa yang awak buat?
Awak tak tahu ke, ini kelab eksklusif?
Hanya pengembara saja yang boleh masuk sini,
bukan untuk sebarangan budak di tepi jalan
dengan helmet dan sepasang goggle!
- Awak rasa awak layak ke? Layak ke?
- Saya...
Baiklah, awak diterima! Selamat Datang!
Apa masalahnya?
Awak tak boleh bercakap ke?
Hey, saya tak gigit orang la.
Awak dan saya, kita dalam satu kelab sekarang!
GRAPE SODA
Saya nampak ke mana belon awak dah terbang.
Mari, kita pergi ambil!
Nama saya Ellie.
Itu pun dia!
Dah tu.....pergi la ambil.
Pergi.
Hey, budak!
Saya rasa awak mungkin perlukan sedikit
penaik semangat.
Saya ada sesuatu nak tunjuk kat awak!
Saya bakal tunjukkan kepada awak sesuatu...
Saya tak pernah tunjukkannya kepada mana-mana manusia.
Sekalipun tak pernah...dalam hidup saya!
Awak mesti bersumpah tak akan beritahu sesiapa pun!
Sumpah dengan hati awak!
Buat!
Buku pengembaraan saya!
Awak kenal dia.
C. MUNTZ, MAN OF THE YEAR.
Charles Muntz, pengembara.
Bila saya dah besar, saya nak pergi ke tempat
yang dia pergi.
Amerika Selatan.
Ia macam Amerika,
tapi selatan.
Nak tahu mana saya nak tinggal?
Air Terjun Paradise.
Satu tanah yang hilang dari masa.
Saya koyakkan ini dari buku perpustakaan!
Saya akan pindahkan rumah kelab saya ke sana!
Dan letakkannya betul-betul sebelah air terjun tu.
Siapa tahu apa yang hidup di atas sana!
Dan bila saya dah sampai sana...
Saya akan simpan semua muka surat ni untuk pengembaraan yang bakal saya lalui.
Cuma.....saya tak tahu macam mana nak
pergi ke Air Terjun Paradise.
Ya! Awak boleh bawa kita ke sana menaiki kapal udara kecil!
Bersumpahlah awak akan bawa kita ke sana!
Bersumpah dengan hati awak!
Sumpah! Sumpah dengan hati awak!
Bagus, awak dah berjanji.
Tak boleh tarik diri!
OK, jumpa awak esok, budak.
Selamat tinggal!
Pengembaraan ada di luar sana!
Awak tahu, awak tak banyak cakaplah.
Saya suka awak.
BELON
Indahnya pemandangan, kan Ellie??
Surat dah sampai.
SHADY OAKS, Perkampungan Orang-Orang Tua, oh,
alamak!
Hey, selamat pagi,
En. Fredricksen.
Perlukan apa-apa bantuan ke?
Tak.
Ya. Beritahu bos kamu di sana yang pekerja-pekerja kamu dah rosakkan rumah kami.
Baiklah, cuma nak beritahu awak,
Bos saya akan gembira mengambil seluruh tempat ni dari tangan awak.
Dan akan gandakan tawarannya kali terakhir dulu.
Apa kata awak?
Baik, saya akan anggap itu sebagai 'tidak'.
Saya percaya saya dah tegaskan keputusan saya kepada bos kamu dengan jelas.
Awak curahkan jus prune ke dalam tangki minyak dia.
Ya, itu memang bagus!
Begini, biar saya cakap dengan dia.
Kamu...yang pakai kot tu!
Ya, kamu!
Pergi mandilah, hippie!
Saya bukan menyebelahi dia!
Ini serius!
Dia datang sini semata-mata nak ambil rumah awak!
Cakap kat bos kamu, dia boleh ambil rumah kami.
Betul ke?
Bila saya dah mati nanti!
Saya akan anggap itu sebagai "mungkin".
Tempah sekarang: anda dapatkan kamera, anda dapatkan pencetak, 4X fokus optikal.
Lensa Schneider.
Pencetak gambar...
Kad SD.
Selamat tengahari.
Nama saya Russell..
dan saya adalah pengembara alam dalam puak 54,
rumah skuad 12.
Adakah encik perlukan apa-apa bantuan hari ini, encik?
Tak.
Saya boleh tolong encik melintas jalan.
Tak.
Saya boleh tolong encik melintas...
halaman rumah?
Tak.
Saya boleh tolong encik melintas...
beranda.
Tak.
Tapi, saya perlu tolong encik melintas
sesuatu...
Tak perlu, saya boleh buat sendiri.
Selamat tengahari.
- Nama saya Russell.
- Budak kecik...
Dan saya adalah pengembara alam
dalam puak 54.
Perlahan-lahan...
- ...rumah skuad 12.
- Budak!
- Adakah encik perlukan sebarang bantuan?
- Terima kasih, tapi saya tak perlukan sebarang bantuan!
Aduh....
Teruskan....
Selamat tengahari.
Terus ke bahagian terakhir!
Tengok ni? Ini semua adalah lencana pengembaraan alam saya.
Encik pasti perasan, salah satu tak ada.
Iaitu lencana "Membantu Orang Tua".
Kalau saya dapat, saya akan jadi pengembara alam senior!
Alam ini mesti diterokai!
Ia pasti hebat!
Nanti akan ada satu upacara dan semua ayah-ayah akan datang dan....
kami akan pin kan lencana-lencana kami...
- Jadi, kamu nak tolong orang tua?
- Ya!
Nanti saya akan jadi pengembara alam senior!
- Kamu pernah dengar "snipe"?
- "Snipe"?
Seekor burung. Matanya besar.
Setiap malam ia akan curi-curi masuk halaman rumah saya...
dan mematuk pokok azalea saya.
Saya ni dah tua dan lemah.
Saya tak dapat tangkap ia.
- Kalau lah ada orang boleh tolong saya...
- Saya, saya...saya akan tolong!
Entahlah, ia sangat bijak.
Kamu kena tepuk tangan 3 kali....
untuk umpan dia.
Saya akan cari dia, Encik Fredricksen!
Saya rasa lubang sarang dia berada 2 blok dari sini....
2 blok dari sini. Ok, faham!
Snipe!
Mari sini, snipy, snipy...
Bawa dia balik sini bila kamu dah jumpa!
Snipe!
Dan berhenti. Berhenti. Berhenti!
Hey, hey!
Hey, awak!Apa awak buat ni?
Saya minta maaf banyak-banyak, encik.
Jangan sentuh tu!
Tak, tak, tak...biar saya betulkannya untuk encik.
Pergi kamu dari peti surat aku!
- Encik...
- Saya tak nak kamu sentuh itu!
Ohh...nampak teruk.
SAMAN MAHKAMAH
Minta maaf, Encik Fredricksen.
Encik tak nampak macam menyusahkan masyarakat pada saya...
Ambil ni.
Orang-orang dari "Shady Oaks" akan
datang ambil encik pagi nanti, ok?
Apa perlu saya buat sekarang, Ellie?
Selamat pagi, tuan-tuan.
Selamat pagi,
Encik Fredricksen.
Dah sedia nak pergi?
Bersedia selalu.
Boleh tak tolong saya ambil ni?
Saya jumpa kamu di van seminit lagi.
Saya... Nak ucapkan selamat tinggal yang terakhir pada tempat lama ni.
Sudah tentu. Ambillah berapa banyak masa yang
encik perlukan.
Biasalah tu...Mungkin dia nak pergi ke bilik air buat kali ke 80.
Kau rasa, dia boleh jaga rumah dia dengan lebih baik ke?
Selamat tinggal, budak-budak!
Saya akan hantar poskad dari Air Terjun Paradise!
AMERIKA SELATAN
Kita dah dalam perjalanan, Ellie.
Hai, Encik Fredricksen.
Ini saya, Russell.
Apa yang kamu buat di luar sini, budak?
Saya jumpa Snipe encik, dan saya ikut dia ke bawah beranda rumah encik.
Tapi Snipe ni ada ekor yang panjang...
dan kelihatan lebih seperti seekor tikus besar.
Tolong, benarkan saya masuk.
Tak boleh.
Aw, baiklah. Saya izinkan...
masuk...dalam.
Saya tak pernah tengok rumah terapung
sebelum ni.
Goggle...
Tengoklah kat semua barang-barang ni!
Encik ni nak pergi bercuti ke?
"Air Terjun Paradise, sebidang tanah yang luput dari masa".
Encik Fredericksen ni nak pergi ke Amerika Selatan ke?
Jangan sentuh tu!
Kamu akan kotorkannya dengan tanah.
Encik tahu tak? Sesetengah orang pergi naik kapal terbang.
Tapi encik ni bijak,
sebab encik ada TV, jam dan barang-barang lain.
Ooo, ini ke caranya encik pandu rumah ni?
Betul-betul menjadi ke?
Pusing macam ni, akan belok kanan..
dan pusing ke sini akan belok kiri.
Hey, tengok! Bangunan!
Bangunan tu dekat sangat, saya hampir boleh sentuh!
Wow, ini memang hebat!
Encik Fredricksen patut cuba ni!
Tengok, kat sana ada bas yang boleh bawa saya balik 2 blok dari sini!
Hey, saya boleh tengok rumah awak dari sini!
Jangan bergerak banyak sangat, budak!
Nampaknya, itu takkan berkesan.
Saya tahu awan tu...ia dipanggil "cumulonimbus".
Encik tahu tak apa tu cumulonimbus...
Saya berjaga malam isikan angin ke dalam belon..untuk apa??
Bagus la tu...budak.
Apa yang kamu buat di situ?
Tengok!
Nampak tak? Cumulonimbus.
Beg saya!
Dapat!
Uuu, saya ingat encik dah mati.
Apa yang telah berlaku?
Saya pandu kita. Saya berjaya!
Saya pandu rumah ni!
Kamu pandu kita?
Selepas encik ikatkan barang-barang encik, encik tidur sebentar
Jadi, saya terus ke depan dan pandu
ke sini.
Yelah tu....
Saya tak tahu di mana kita sekarang ni.
Ooo, kita dah berada di Amerika Selatan, OK.
Mudah je....Saya gunakan GPS Pengembara Alam.
GP... apa?
Ayah saya beri pada saya.
Ia menunjukkan dengan tepat di mana kita berada dalam planet ni.
Dengan adanya benda ni, kita tak akan sesat!
Oopps
Kita akan turunkan kamu, lepas tu cari hentian bas.
dan cakap pada pemandu bas tu, kamu nak balik jumpa mak kamu.
Sudah tentu, tapi saya rasa kat Air Terjun Paradise takde perkhidmatan bas.
Macam ni pun boleh la...
Nah....Saya bagi kamu tambang bas.
Takpe....saya gunakan je pas bas bandaran saya.
Nampaknya perlukan beribu-ribu pas untuk balik semula ke rumah saya.
Encik Fredricksen, berapa lama lagi?
Nampaknya kita naik ke atas agak jauh.
Makan masa berjam-jam nak turun.
Saya rasa yang tu bangunan...kot.
Apa benda tu Encik Fredricksen?
Tak mungkin kita dah dekat ke atas tanah dah..
Tunggu....tidak, tidak!
Tunggu..tunggu!
Bertahan!
Bertahan!
Tarik ke belakang!
Kat mana....kat mana kita?
Sini tak nampak macam bandar atau hutan, Encik Fredricksen.
Jangan risau, Ellie.
Aku dapat kau..
Itu pun dia!
Ellie, cantiknya tempat ni!
Kita dah berjaya!
Kita dah berjaya, Russell! Kita boleh apungkan rumah ni kat sana.
Panjat atas, panjat atas!
Maksud encik...tolong encik??
-Ye...ape-ape je la.
- OK...Saya panjat!
- Tengok-tengok sikit!
- Maaf.
Bila kamu dah sampai atas sana, tarik saya ke atas.
Faham?
Dah sampai kat beranda ke belum?
Apa? Macam tu je??
Saya datang punya la jauh semata-mata nak terkandas kat bahagian bongkah batu yang salah?
Ah... baguss....
Hey, kalau saya boleh tolong encik sampai ke sana...
boleh tak encik tandatangan lencana saya?
Apa yang kamu cakapkan ni?
Kita boleh berjalan bawa rumah ni ke tepi air terjun tu.
- Dengan berjalan?
- Ye.
Lagipun kita boleh turunkan rumah ni sikit, lepas tu boleh jalankan ke tepi sana..
Macam perarakan belon.
Sekarang, kita akan berjalan ke tepi air terjun tu cepat-cepat dan senyap-senyap..
tanpa ada sebarang lagu rap atau tarian laju
Kita ada paling banyak 3 hari je sebelum gas helium dalam belon ni habis..
Dan kalau kita tak sampai lagi kat tepi air terjun tu bila itu berlaku....
kita memang tak akan sampai ke tepi air terjun tu.
Saya jumpa pasir!
Jangan kau bimbang, Ellie.
Kita akan letakkan rumah kita di sana.
Dah jadi semakin seronok pula, kan??
Bila kita dah sampai sana,
Encik akan berasa begitu terbantu...
Oh, Encik Fredricksen,
seandainya kita ditakdirkan terpisah,
gunakan isyarat bunyi pengembara alam.
Tunggu dulu....kenapa kita nak menuju ke Air Terjun Paradise tu?
Hey, jom kita main satu permainan nak tak.
Ia dinamakan: "Lihat siapa yang boleh diam paling lama"
Hebat! Mak saya suka permainan tu!
Tak guna benda ni...
Cepat Russell, melangkah pantas!
Adoiyai....saya penat ni.
Lutut saya sakit.
Lutut yang mana satu?
Siku saya sakit dan saya kena pergi ke tandas.
Saya dah tanya kamu tentang tu 5 minit yang lalu..
Saya tak payah pergi lah!
Saya tak nak jalan lagi dah....
Tolong...berhenti...
Russell, kalau kamu tak cepat, nanti harimau akan makan kamu.
Mana ada harimau kat Amerika Selatan.
Zoology.
Adoi....,
Pergi masuk semak tu dan laksanakan urusan kamu.
OK. Ni....pegang barang-barang saya.
Saya dah lama nak cuba ni.
Encik Fredricksen, saya patut korek lubang sebelum ke...selepas??
Itu bukan urusan aku.
Oh, sebelum lah!
Jejak kaki?
Snipe.
Sini, snipe.
Mari keluar, snipe.
Snipe!
Jangan takut Snipe kecil..
Saya ialah seorang pengembara alam,
jadi, saya adalah kawan kepada alam sekitar.
Nak lagi?
Hai, budak. Jangan la makan semua.
Mari la keluar.
Mari..mari...
Jangan takut Snipe kecil...
Snipe elok. Snipe kecil yang baik...
Snipe raksasa yang baik....
Saya dah jumpa snipe...
Oh, ya ke?
- Tinggi tak dia?
- Oh, ya...Sangat tinggi.
Dia ada banyak warna tak?
Ya...memang.
- Dia suka coklat tak?
- Oh, ya...
Coklat?
Apa bendanya tu?
Snipe lah
Benda bernama snipe sebenarnya tak wujud!
Tapi encik kata.....
Teruskan...pergi dari sini...Pergi!
Hati-hati, Russell.
Tengok, Encik Fredricksen, dia suka saya.
- Russell!
- Jangan la...berhenti! Gelilah!
Pergi dari sini...pergi...pergi..
Oh oh....jangan, jangan, jangan....Kevin..Takpe.
Encik Fredricksen ni baik.
- Kevin?
- Ya, itu nama yang baru je saya bagi tadi.
Pedulikan, boo, berambus!
Hey, itu saya punya!
Shoo, shoo! Pergi dari sini!
Teruskan lagi..lawan!
Boleh tak kita simpan dia? Tolong...
Saya akan dapatkan makanan untuk dia, saya bawa dia bersiar-siar, saya tukar suratkhabar dia.......
Tak boleh.
Seorang pengembara alam adalah kawan kepada semua...
tak kira jika ia adalah pokok, ikan, tikus tanah yang kecil...
Tak masuk berlagu pun..
Ye...ia berlagulah.
- Hey, tengok, Kevin.
- Apa?
Hey, turun dari situ!
Kamu tak diizinkan atas sana!
Kamu turun bawah sini, sekarang juga!
Boleh tak kau percaya ni, Ellie?
Ellie?
Hey, Ellie, boleh tak saya simpan burung tu?
Aha.
Aha.
Dia cakap encik patut izinkan.
Tapi aku dah cakap kat dia, "tak boleh".
Saya dah cakap pada kamu tak boleh.
Tak boleh!
Saya nampak kamu belakang sana!.
Pergi...pergi dari sana. Pergi sakitkan hati orang lain pula.
Hey, awak di sana OK tak?
Hello?
Oh, hello, encik.
Nasib baik.
Seronok rasanya bila dapat tahu ada orang lain kat atas sini...
Saya boleh bau awak..
Apa?
Kamu boleh... bau kami?
Saya boleh bau awak.
- Hey!
- Encik bercakap dengan batu.
Hey, yang tu nampak macam seekor kura-kura.
Tengok yang tu pula!
Yang tu nampak macam seekor anjing!
- Ah, memang seekor anjing pun.
- Apa?
Kami tak diizinkan bela anjing di apartment kami.
Hey, saya suka anjing!
Kami ada anjing awak!
-Anjing siapa lah agaknya ni.
- Duduk, budak.
Hey, tengok, ia anjing terlatih!
Salam.
Aha. Bercakap.
Hai, awak.
Adakah anjing tu baru je cakap;
"Hai, awak"?
Oh, ya!
Nama saya Dug.
Saya baru je jumpa awak dan saya sayang awak.
Tuan saya ciptakan kolar ni untuk saya.
Dia adalah tuan yang baik dan bijak...dan dia buatkan saya kolar ni..
....supaya saya boleh bercakap.
-Tupai!
Tuan saya baik dan bijak.
Tak mungkin...
Ianya mungkin...sebab tuan saya baik dan bijak.
Hey, hebat! Apa yang benda ni boleh buat, budak?
Boleh tak awak jangan...
Saya guna kolar ni...saya akan gembira kalau awak berhenti.
Russell, jangan sentuh tu.
Boleh jadi ia... radioaktif atau apa-apa.
Saya penjejak yang hebat. Tuan saya hantar saya untuk satu misi yang istimewa...
..saya seorang saja. Ada tak awak nampak seekor burung?
Saya nak cari seekor dan saya dapat baunya dari tadi lagi.
Saya adalah penjejak yang hebat. Ada tak saya cakap tadi?
Hey, yang tu ialah seekor burung. Saya tak pernah lihat seekor dengan begitu dekat,
....tapi ini la burungnya.
Boleh tak saya ambil burung awak ke khemah saya sebagai tawanan?
Ya, ya..ambillah.
Dan dalam perjalanan nanti, belajarlah macam mana nak menyalak macam anjing yang sebenar..
Saya boleh menyalak.
Dan yang ini pula melolong.
Boleh tak kita bela dia? Tolong...Tolong...Toloooong...
- Tak boleh.
- Tapi, ia anjing bercakap!
Itu cuma satu tipudaya yang pelik atau apa-apa...
Ayuh ke air terjun.
Tolong, jadilah tawanan saya!
Oh, tolong...oh, tolong...jadilah tawanan saya!
Oh, ini pun dia!
Aku dah jumpa bau burung tu!
Tunggu kejap, tunggu kejap.
Apa bendanya ni?
Coklat..aku bau coklat
Aku dapat bau buah prun dan krim halia...
Siapa mereka ni?
Oh, kawan, mesti tuan tak suka.
Kita patut beritahu dia yang seseorang dah ambil burung tu...kan Alfa?
Tidak.
Tak lama lagi, burung tu akan jadi milik kita semula.
Cari bau tu, kawan-kawanku....
...dan kamu juga akan dapat habuan yang banyak daripada tuan kita...
..untuk segala titik peluh yang kamu tumpahkan.
Hey, Alfa, aku rasa ada yang tak kena la dengan kolar kau.
Mesti kau dah rosakkannya.
Ye lah. Suara engkau bunyi kelakar....
Beta, Delta!
Mungkin kamu berdua berhajat....
Tupai!
Mungkin kamu berdua berhajat nak mencabar hakikat bahawa aku ditugaskan kerana kekuatan dan kelicikan aku.
Tak..tak..tak.
Tapi Dug memang.
Kau mungkin nak tanya dia.
Aku tertanya-tanya, adakah dia dah jumpa burung tu dalam "Misi Istimewa" dia tu.
Jangan sebut nama Dug kat aku sekarang ni.
Kerja mustahilnya itu akan membuatkan dia leka....
.....sangat leka, semestinya.
Adakah kamu tidak setuju dengan apa yang aku katakan kepada kamu sekarang?
Mestilah setuju. Tapi, bila tuan dapat tahu yang kau hantar Dug seekor dia je...
.....tak seekor pun dari kita yang akan dapat habuan.
Kamu kurang bijak, wahai leftenanku yang dipercayai.
Ini Alfa. Memanggil Dug.
Masuk, Dug.
Hai, Alfa.
Suara kau bunyi kelakar lah.
Aku tahu, aku tahu!
Ada tak kamu nampak burung tu?
Oh, ya. Burung tu dah jadi tahanan aku.
Ye lah tu...
Mustahil.. Di mana kamu?
Aku di sini dengan burung tu dan aku akan bawa dia balik...
....dan kemudian, kau akan suka aku.
Oh, kena pergi.
Dug, awak cakap dengan siapa?
- Tunggu, tunggu!
- Apa yang Dug buat?
Kenapa dia berada bersama dengan lelaki kecil tu?
Di mana mereka?
Itu pun dia.
Ayuh.
Tolong..Oh, tolong... Jadilah tahanan aku.
Dug, berhenti mengganggu Kevin!
Lelaki di sana tu cakap, saya boleh ambil burung ni.
Dan saya sayang lelaki di sana tu, macam dia tu tuan saya.
Aku bukan tuan kamu!
Aku beri amaran kat kau sekali lagi, burung!
- Hey, sudah la tu!
- Aku lompat ke atas kau sekarang, burung!
Pada kadar macam ni, kita tak akan dapat sampai ke air terjun tu!
Aku bukan tuan sapa-sapa, faham?
Aku tak mahu kamu di sini, dan aku tak mahu kamu di sini!
Aku dah terkandas dengan kamu!
Kalau kamu berdua tak pergi dari sini lepas aku kira sampai TIGA...
Sebiji bola! Oh seronoknya...oh seronoknya, sebiji bola!
Bola? Kamu nak bola?
Ya, saya nak!
Saya memang nak sangat sebiji bola!
- Pergi ambil!
- Oh seronoknya, saya akan pergi ambil dan bawanya semula ke sini!
Cepat, Russell,
bagi saya sedikit coklat.
- Kenapa?
- Bagi je lah!
Burung! Burung!
Cepat lah, Russell.
Tunggu! Tunggu, Encik Fredricksen!
Apa yang kita sedang buat?
Hey, kita dah agak jauh sekarang.
Kevin tak dapat cari kita nanti.
Rasanya, helah tadi dah berjaya.
Hai, tuan.
Selamat tengahari.
Terima kasih kerana memastikan kami kering, Ellie.
Yang mana satu ialah bahagian hadapan?
Nampaknya, budak...
Ini langkah yang ke-tiga ke, atau langkah ke-lima?
Macam ni.
Semua dah siap.
Itu untuk encik .
Nampaknya, bina khemah memang sukar.
Tunggu dulu, bukankah kamu Pengembara Alam yang Hebat?
Lengkap dengan GPS dan lencana yang bermacam-macam?
Ya, tapi.....
Boleh tak saya beritahu satu rahsia?
- Tak boleh.
- Baiklah, macam ni ceritanya.
Saya tak pernah bina khemah sebelum ni.
Tu dia! Saya dah cakap dah.
Kamu dah pernah pergi berkhemah sebelum ni, kan?
Sebenarnya, tak pernah berkhemah di luar...
Dah tu, kenapa kamu tak tanya ayah kamu macam mana cara-cara bina khemah?
Saya tak fikir dia nak sembang dengan saya perkara-perkara macam ni.
Cubalah sekali-sekala...mungkin dia akan mengejutkan kamu.
Dia selalu keluar...saya jarang jumpa dia.
Mestilah dia ada kat rumah kadang-kadang tu, kan...
Saya telefon, tapi Phyllis cakap, saya terlalu mengganggu dia.
Phyllis? Kamu panggil mak kamu menggunakan nama dia?
- Phyllis bukan mak saya.
- Oh!
Tapi ayah berjanji akan datang ke upacara pengembara tu nanti...
.....untuk pinkan "Lencana Membantu Orang Tua" saya.
Jadi, dia boleh tunjukkkan pada saya bagaimana nak bina khemah tu nanti, kan?
Hey, apa kata kalau kamu pergi tidur?
Kita tak mahu mengejutkan sarkas bergerak tu.
Encik Fredricksen, Dug cakap dia nak jadikan Kevin sebagai tahanannya.
Kita kena lindungi Kevin.
Boleh tak Kevin ikut kita?
Baiklah, dia boleh ikut.
Berjanji, encik tak akan tinggalkan dia?
Ya.
Sumpah?
Sumpah.
Apa la yang aku dah buat ni, Ellie?
Selamat pagi, sayang.
Lebih baik kita bergerak sekarang.
Burung tu dah takde. Mungkin Russell takkan perasan.
Baiklah, semua bangun!
Mana Kevin? Dia merayap entah ke mana!
Kevin!
- Dug, cari Kevin!
-Cari burung tu, cari burung tu!
Tegak!
Oh, tengok! Itu pun dia...
Tegak!
Hey, itu makanan aku!
Berambus dari bumbung aku!
Ya, berambus dari bumbung dia!
Apa benda yang dia buat tu?
Burung tu tengah panggil anak-anak dia.
Anak-anak dia?
Kevin sebenarnya seekor betina?
Rumah dia kat sana, kat batu-bata yang berpilin-pilin tu.
Dia telah mengumpulkan makanan untuk anak-anak dia dan mesti pulang kepada mereka.
Tunggu, Kevin dah nak pergi.
Tapi encik janji akan lindungi dia.
Anak-anak dia perlukan dia. Kita kena pastikan mereka dapat bersama semula.
Maaf, Russell.
Kita dah pun kehilangan banyak masa.
Ya...
Ini merupakan coklat kegemaran dia.
Disebabkan encik dah halau dia pergi, ada banyak untuk encik.
Kevin?
Mana burung tu?
Kamu kata kamu ada burung tu!
Oh ya.. oh ya.
Kalau aku dah cakap macam tu....
...aku nampak macam mana kau akan fikirkan tentangnya.
Mana dia?
Oh, esok. Datang esok dan aku akan sekali lagi dapat burung tu. Ya.
Kamu hilangkannya. Kenapa aku tak rasa terkejut pun?
Tapi, sekurang-kurangnya kamu telah membawa kami bertemu dengan lelaki kecil ini dan lelaki yang berbau macam prune tu.
Tuan pasti akan rasa sangat gembira kerana kita dah jumpa mereka.
Dia akan tanya mereka banyak soalan. Mari pergi.
Tunggu! Kami tak akan pergi dengan kamu.
Kami nak menuju ke air terjun.
Jauhkan diri kamu dari aku!
Duduk!
Kamu datang sini....dalam tu?
Ya.
Dalam sebuah rumah?
Rumah terapung?
Ini benda paling ajaib aku pernah jumpa!
Kamu bukan mengejar burung aku, kan?
Tapi kalau kamu nak pinjam secawan gula, aku akan beri dengan gembiranya!
Nampaknya, ini semua satu salah faham.
Anjing-anjing aku dah tersilap.
Tunggu. Adakah kamu Charles Muntz?
Ya.
Charles Muntz yang hebat?
Pengembaraan ada di luar sana!
Memang dia!
Itu lah Charles Muntz!
Ye ke?
Siapa Charles Muntz?
Dia lah!
Carl Fredricksen. Isteri saya dan saya, kami merupakan peminat setia awak.
Oh, nampaknya, kamu adalah lelaki bercita rasa bagus.
Sekarang, mesti kamu dah penat.
Lapar?
Perhatian semua! Mereka ini bukan lagi penceroboh.
Mereka adalah tetamu kita.
Ya!
Baiklah! Aku suka kau secara sementara.
Aku tak akan gigit kau.
Lelaki kecil tu berbau macam coklat!
Saya minta maaf tentang anjing-anjing saya.
Saya harap dia tak begitu...kasar dengan kamu.
Pergilah...tarik kapal udara kamu di sebelah saya punya.
Kita bukan betul-betul masuk ke dalam
"Spirit of Adventure" itu sendiri?
Oh, kamu nak masuk ke?
Saya nak ke??
Tunggu dulu Encik Muntz!
Jiminy Cricket!
- Bukan kau!
- Apa kita nak buat dengan Dug?
Dia dah hilangkan burung tu.
Letakkan dia ke dalam "kon yang memalukan".
Aku tak suka
"kon yang memalukan".
Kebanyakan koleksi disimpan di dalam muzium-muzium ternama dunia:
New York, Münich, London.
Sudah tentu, saya simpan yang paling bagus untuk diri saya sendiri.
Pernah tak awak.....
Tengoklah tu!
Oh, ya. Arseloterium.
Binatang buas ini menyerang semasa saya sedang memberus gigi.
Saya gunakan pisau cukur saya untuk tewaskan dia.
Oh, ya, sekarang, terkejutkan saya.
Satu-satunya cara nak keluar dari Ethiopia pada masa itu ialah....
....dengan mengisytiharkannya sebagai senjata taktikal.
Oh, Tuhanku! Somalian Labradodis gergasi!
Oh, kamu tahu ni?
Saya kagum!
Ada cerita menarik di sebaliknya.
Pilihan yang bagus.
Saya jumpanya di atas satu safari,
bersama Roosevelt.
Dia dan saya sama-sama gemar bermain
Gin Rummy di waktu petang....
....dan dia main tipu!
Dia memang dasyhat.
Tuan, makan malam dah siap.
Oh, alamak, alih suara rosak.
Rasanya yang ni sebab wayar longgar lagi sekali.
- Dah siap untuk kamu, kawan besar.
- Terima kasih, tuan.
Saya lagi suka suara dia yang sebelum ni.
Nampaknya, makan malam dah terhidang.
Ikut sini.
Jadi, macam mana keadaan di negeri kita?
Hampir-hampir tak tahan nak balik ke sana beberapa kali.
Tapi, saya ada beberapa kerja yang belum siap di sini.
Silakan! Saya harap kamu lapar.
Sebab Epsilon ialah tukang masak paling cemerlang yang pernah saya miliki.
Epsilon, kamu telah melakukannya sekali lagi!
Ya!
Hey! Hey!
Isteri saya tentu suka semuanya ni.
Awak tahu tak, disebabkan awak, dia bercita-cita untuk datang ke sini dan tinggal di tepi air terjun.
Saya berbangga.
Dan sekarang, kamu dah berjaya.
Awak pasti ke kami tak menyibuk?
Saya tak suka mengganggu.
Tidak, tidak...saya gembira menerima tetamu.
Satu hadiah sebenar.
Hadiah?
Mana hadiah saya?
Saya nak hadiah saya!
Hey!
Aku tak sepatutnya guna perkataan tu.
Menerima kunjungan tetamu adalah sangat menggembirakan!
Selalunya, yang datang sini adalah pencuri yang cuba mencuri apa yang sepatutnya milik saya.
Tidak...
Mereka panggil saya penipu, mereka tu.......
Tapi, sebaik sahaja saya bawa pulang makhluk ni, nama saya akan dibersihkan.
Cantik, kan?
Oh, saya habiskan seumur hidup saya menjejakinya.
Kadang-kala, tahun demi tahun berlalu.....
....sekelip mata
Saya dah cuba menjejaknya ke dalam tanah mati tempat ia tinggal.
Tak dapat masuk ke dalam selepas itu.
Sekali masuk, tak ada jalan keluar.
Banyak anjing saya dah mati.
Pencuri-pencuri tu! Mereka fikir burung tu adalah milik mereka untuk di bawa pulang!
Akhirnya mereka sedar bahawa gunung ni.....ialah satu tempat yang sangat bahaya.
Hey, itu nampak macam Kevin!
- Kevin?
- Ya, itu ialah burung raksasa peliharaan saya yang baru.
Saya latih ia untuk ikut kami.
Ikut kamu?
Mustahil. Macam mana?
Dia suka coklat.
- Coklat?
- Ya.
Saya berikan sedikit coklat saya padanya. Dia memang sangat suka.
Tapi ia dah lari.
Mari pergi sekarang.
Kamu tahu, Carl...
....orang-orang ni yang terjumpa saya melalui sini....
...mereka semua ada kisah-kisah yang agak menarik...
...pengembara yang nak buat peta...
...ahli botani yang nak mengkatalog tumbuh-tumbuhan...
...seorang orang tua yang nak membawa rumahnya ke air terjun Paradise.
Itu yang paling baik, tak sabar nak dengar apa akhirannya.....
Ia merupakan petang yang sangat menyeronokkan, tapi kami kena pergi...
Kamu tak akan pergi!
Kami tak mahu mengambil kesempatan dengan kemesraan awak...
Ayuh, Russell.
Tapi kita belum sempat makan pencuci mulut pun.
Oh, betul kata budak tu.
Kamu belum sempat makan pencuci mulut lagi.
Epsilon pandai sediakan hidangan Ceri...
Kamu memang mesti tunggu.... Saya mendesak!
Ada banyak benda lagi yang kita nak sembangkan.
Kevin?
Dia dah dekat.
Tangkap mereka!
- Cepat!
- Kevin!
Aaahhh...mereka datang!
Tuan!
Sini!
Pergi ke arah cahaya, tuan!
Kiri!
Russell!
Berundur!
Pergilah, tuan
Saya akan hentikan anjing-anjing tu!
Berhenti kamu, anjing!
Tolong!
Bagi saya tangan kamu!
Pegang Kevin kuat-kuat!
Kevin!
Kevin, duduk.
Dia cedera teruk sangat.
Tak boleh ke kita tolong dia balik rumah dia?
Baiklah, tapi kita kena cepat.
- Kamu dah terlepas mereka?
-Tak, ia disebabkan Dug.
Ya...Dia menyebelahi mereka. Dia tolong mereka melepaskan diri!
Tunggu. Tunggu sekejap.
Dug.
- Nampak apa-apa?
-Tak, kawanan saya tak mengekori kita.
Wow...mereka memang bodoh!
Ini memang gila.
Saya akhirnya dapat jumpa hero zaman kanak-kanak saya, dan dia cuba bunuh kita!
-Jenaka yang hebat.
- Hey, saya tahu satu jenaka!
Seekor tupai memanjat sebatang pokok, dan berkata:
"Saya terlupa menyimpan buah acorn untuk musim salji, dan sekarang saya dah mati".
Ianya kelakar sebab tupai itu akhirnya mati.
Hati-hati, Russell.
Awak OK, Kevin?
Tahu tak Encik Fredricksen?
Alam liar bukan seperti apa yang saya fikirkan.
Ya ke? Bagaimana?
Ia agak...liar.
Maksud saya, ia bukan seperti apa yang mereka gambarkan dalam buku.
Biasakan diri dengannya, budak.
Ayah saya buatkannya kelihatan seperti begitu mudah.
Dia memang sangat pandai berkhemah....
....dan macam mana nak buat api daripada batu dan lain-lain.
Dia selalunya datang ke semua mesyuarat rumah skuad saya.
Dan lepas tu, kami akan makan ais krim yang menggemukkan.
Saya selalu dapatkan perisa coklat dan dia Butter Brickle.
Lepas tu, kami duduk di tepi jalan, betul-betul di luar...
.....dan saya akan kira semua kereta biru dan dia kira semua yang warna merah...
.....dan sesiapa yang dapat paling banyak......
...........menang.
Saya suka tepi jalan tu.
Ia mungkin kedengaran membosankan,
...tapi saya rasa perkara-perkara yang membosankan itulah yang paling saya ingat.
Tengok, itu pun dia!
Nanti dulu, Russell, berdiri tetap.
Tengoklah ke mana burung itu pergi!
Tunggu dulu, ayam terlebih membesar!
Itulah dia! Pergi, Kevin!
Pergi cari anak-anak awak!
Lari, Kevin, lari!
Oh, tidak!
Russell, bagi saya pisau!
Jauhkan diri dari burung aku!
Tidak!
Tidak!
Hati-hati, aku mahu ia berada dalam keadaan yang baik untuk persaraan aku.
Lepaskan ia!
Berhenti!
Kevin!
Encik dah berikan Kevin kepada dia.
Encik dah...
lepaskan dia pergi.
Ini semua bukan masalah saya.
Saya tak pernah minta hal ini semua terjadi!
Tuan, tak mengapa.
Aku bukan tuan kamu!
Kalau kamu tak memunculkan diri, ini semua tak akan terjadi!
Anjing jahat, anjing jahat!
Sama ada kamu tolong saya ataupun tidak,
..aku tetap akan pergi ke air terjun Paradise walaupun ia bakal membuat aku terbunuh!
Nah!
Saya dah tak nak benda ni lagi.
Russell?
- Russell!
- Saya nak pergi tolong Kevin...
...walaupun encik tak mahu!
Jangan, Russell, jangan!
Russell?
Saya menyorok bawah beranda sebab saya sayangkan awak.
Boleh tak saya tinggal sini?
Boleh ke awak tinggal sini? Kamu anjing aku, bukan?
Dan aku tuan kamu.
Awak tuan saya?
- Oh, seronoknya!
- Budak baik, Dug!
Kamu budak baik!
Ya!
Jangan bimbang, Kevin, saya akan selamatkan awak!
Dan mereka tak mahu percayakan aku.
Tunggulah sehingga mereka melihat kamu!
Tuan.
Lelaki kecil itu telah kembali.
Apa?
Lepaskan saya!
Mana kawan kamu yang tua tu?
Dia bukan kawan saya lagi!
Kalau kamu di sini,
Fredricksen tentu tak jauh di belakang.
Dimana awak simpan Kevin?
Lepaskan saya!
Jeritlah semahu kamu, lelaki kecil.
Tidak ada seorang pun kawan lelaki kamu yang akan dengar.
Saya akan gunakan semua latihan pengembara alam saya.
Alfa, Fredricksen dah kembali semula!
Jaga burung tu!
Kalau kamu nampak orang tua tu, kamu tahu apa yang patut kamu lakukan.
Hay, ke mana awak nak pergi? Saya belum selesai lagi dengan awak!
Seronok bersembang dengan kamu.
Mana kamu, Fredricksen?
Tolong!
Russell!
-Encik Fredricksen!
- Dug, bawa rumah tu ke sini!
Encik datang semula demi Kevin!
Mari pergi dapatkan dia!
Saya akan pergi dapatkan Kevin.
Kamu, tinggal sini.
- Tapi saya nak tolong!
- Saya tak mahu pertolongan kamu.
Saya nak kamu selamat.
Bagaimana kita nak pergi melalui anjing-anjing ni?
Tegak!
Kevin!
Jangan bimbang, Kevin.
Kami dah dalam perjalanan!
Takde sesiapa pun patut melepasi pintu ini!
Jaga burung tu elok-elok, kawan-kawanku.
Apa kita nak buat sekarang, Dug?
Siapa nak bola?
Saya, saya, saya!
Pergi dapatkannya!
Saya dapat!
Saya minta maaf, Kevin.
Mari keluarkan kamu dari sini.
- Tuan, dia dah hilang.
-Apa yang terjadi?
- Dia dah dapat burung tu!
- Dia dah lari!
Bertenang! Satu persatu!
Saya nak... tolong!
Ada sesiapa tahu di mana mereka?
Ketua serbuan! Musnahkan rumah tu!
Ketua serbuan, melapor diri!
- Serbu dua, melapor diri.
- Serbu tiga, melapor diri.
Target dikenalpasti.
Ayuh, Kevin.
Hai.
Ada ayat-ayat terakhir, Fredricksen?
Ayuh, muntahkan kata-kata kamu!
Ayuh!
Cukup!
Kamu tak boleh keluar dari tempat ni hidup-hidup!
Matilah kamu!
Ayuh, Kevin.
Aku akan ada banyak keseronokan dengan apa yang bakal aku lakukan kepada kau.
Dia pakai "kon yang memalukan"!
Jangan duduk saja! Serang!
Tidak, tidak..Hentikan ketawa!
Dengar sini anjing! Duduk!
Ya, Alfa.
Alfa? Aku bukan Alfa,
dia lah... Oh!
Saya tak dapat lakukan.
Russell...
Awak jangan ganggu Encik Fredricksen!
- Hey! Tupai!
- Tupai? Mana?
Saya benci tupai!
- Dug!
- Tuan!
Russell, sana tu!
Mari pergi!
Encik Fredricksen!
Mari, Kevin.
Tidak!
Russell, keluar dari situ!
Jangan ganggu mereka!
Russell, berpaut pada Kevin
Jangan lepaskan dia!
Kevin! Coklat!
Tadi tu memang hebat!
Jangan bergerak banyak sangat, budak.
Perlahan-lahan, Russell.
Oh, saya dah sedia untuk tidak berada begitu tinggi.
Minta maaf pasal rumah awak, Encik Fredricksen.
Awak tahu tak....Itu cuma sebuah rumah.
Tengoklah awak!
Awak sangat lembut!
Alangkah baiknya kalau saya dapat simpan satu.
Mana tongkat saya?
Baru kejap tadi ada di sini.
Awak tahu tak? Simpan saja lah.
Satu hadiah kecil dari saya untuk awak.
Selamat tinggal, Kevin!
-Dah sedia?
-Sedia.
Dengan menerima lencana-lencana ini, pengembara-pengembara berikut,
..akan tamat sebagai Pengembara Senior.
Untuk Pendakian Gunung yang Ekstrim..
..tahniah, Jimmy.
Untuk Seni Pertahanan Haiwan Liar..
...tahniah, Brendan.
Untuk Membantu Orang Tua..
Russell. Ada tak seseorang......
Minta maaf. Maafkan saya. Orang tua nak lalu.
Saya di sini untuk dia.
Tahniah, Russell. Encik.
Russell, kerana membantu orang tua..
..dan kerana melaksanakan lebih daripada tanggungjawab,
saya nak anugerahkan kamu satu anugerah tertinggi yang mampu saya berikan..
"Lencana Ellie".
Rasanya, semua orang dah dapat. Jadi, mari suarakan teriakan Pengembara Alam..
..kepada Pengembara Alam Senior kita yang baru!
Dah sedia semua?
- Biru satu.
- Merah satu.
- Biru satu.
- Kelabu satu.
- Merah satu
- Itu kan basikal.
- Tapi ia warna merah, kan?
- Encik Fredricksen, encik main tipu!
- Taklah, mana ada. Merah satu.
- Itu pili bomba!
Mungkin saya perlukan beberapa pengajaran.
SPIRIT OF ADVENTURE
~ THE END ~