Tip:
Highlight text to annotate it
X
Disarikatakan oleh: Mohammad Izzat Adzhar
Kedah // 11-11-13
Versi: Blu-Ray
Tempat ni menakjubkan!
Tak ada kota lain macam ni
dalam dunia ni.
Macam lah awak tak pernah datang sini.
Masalahnya, bukan selalu saya datang.
Boleh awak bayangkan betapa cantiknya
bandar ni ketika hujan?
Bayangkan bandar ini
ketika tahun 20, Paris tahun 20.
Hujan, dengan pelukis
dan penulis ...
Kenapa semua tempat
yang awak tinggal kena hujan?
Seronok sangat ke kena hujan?
Boleh awak bayangkan kalau
kita pindah ke sini lepas kahwin?
Oh, tak nak... Saya tak boleh
menetap luar dari Amerika Syarikat.
Kalaulah saya boleh menetap dekat sini
sambil menulis novel,...
...tanpa sebarang gangguan,
keluarkan semua idea saya...
Saya sanggup jual rumah dekat Beverly Hills,
kolam renang dan semua harta saya.
Awak tengoklah. Dekat sinilah kampung
halaman pelukis terkenal Monet.
30 minit saja pergi pekan!
Bayangkan kita menetap dekat sini,
tambah pulak kalau buku saya laris.
Awak gilakan fantasi.
Saya gilakan awak.
Kita mesti kembali ke Paris hari ini
makan tengahari dengan orang tua saya.
Mari pergi sekarang.
Ini dia pelancong kita.
Cantik sungguh bistro ni.
Saya harap saya boleh menetap sini.
Saya rasa selesa dengan Paris.
Saya bayangkan saya bersiar-siar
sambil menongkat,...
...menuju Café de Flore,
cari ilham untuk buku saya.
Sama macam ungkapan Hemingway,
"Festival bergerak".
Dengan lalu lintas yang macam ni,
tak ada benda boleh gerak.
Sempena projek baru
John di Paris.
- Tahniah.
- Terima kasih.
Terus terang saya cakap,...
...saya sangat gembira dapat
bekerjasama dengan pihak Perancis ni...
...tapi sejujurnya,...
Saya tak suka "Francophile".
John tak suka pegangan politik mereka.
Mereka bukan sahabat diplomatik
Amerika Syarikat.
Awak tak boleh salahkan mereka cuma sebab
mereka tak nak terlibat dalam perang di Iraq.
Tolong jangan bincang politik lagi ...
Tak mengapa. Ayah awak dan saya
sedang berbincang secara sihat.
Ayah awak kemaruk dengan
Parti Republik...
...dan saya rasa dia tak patut
taksub sangat dengan mereka...
Okey, okey...
Walau macam mana pun, kami tetap
hormati pendapat masing-masing, kan?
Mari lupakan soal tu dan bincang pasal
persiapan perkahwinan kamu, okey?
- Inez?
- Paul dan Carol?
- Apa kamu buat dekat sini?
- Apa kamu buat dekat sini?
Paul dan Carol Bates,
ini emak dan ayah saya.
Gembira kenal awak.
Tentu kamu kenal Gil.
Kenapa tak beritahu kamu nak datang?
Kami tak rancang sebenarnya. Paul
dijemput menyampaikan ceramah dekat Surbone.
- Sorbonne.
- Sorbonne.
Bagusnya!
Ayah saya datang atas urusan bisnes,
jadi kami ikut sekali.
Baguslah. Kita boleh
luangkan masa bersama.
Sebenarnya kami ada banyak hal
nak diurus, rasanya...
Apa...?
Esok macam mana?
Kami nak bersiar-siar ke Versailles.
Oh, saya nak sangat pergi Versailles.
Tapi esok kan kita ada tempahan
makan tengahari dekat "Brasserie Lipp".
Oh, ya, ya. Saya dah tempah.
Ada seorang kawan saya pernah makan dekat
situ dan dia terserempak James Joyce.
Lebih kurang sejuta tahun lepas,
dia tengah makan daging dan sosej.
Oh, dah habis cerita awak?
Itu bukan cerita.
Itu anekdot.
- Kami nak sangat pergi Versailles.
- Bagus.
Saya harap awak boleh lebih mesra
dengan mereka esok.
Saya tak mesra?
Oh, tolonglah. Nampak sangat tadi,
awak tak nak pergi.
Ya lah, mereka kawan awak,...
...dan saya jarang berborak
panjang dengan mereka.
Dia cerdik gila! Saya pernah
sukakan dia waktu di kolej dulu.
- Carol cerdik jugak.
- Dia berlagak pandai.
Gil, dia takkan dijemput sebagai
penceramah kalau dia cuma berlagak pandai.
Bagi dia tengok hasil tulisan awak.
Untuk apa?
Mungkin dia boleh kritik
cara penulisan awak,...
...dan bimbing awak.
Saya tak nak, sebab saya cuma
seorang jejaka biasa dari Hollywood,...
...tanpa sebarang pengetahuan luas
dalam bidang sastera.
Gil sayang, janji dengan saya satu hal.
Kalau karya awak ni
tak membuahkan hasil,...
...tolonglah balik semula kepada
kerja yang awak mampu buat.
Kepakaran awak dalam studio,
semua orang perlukan awak.
Kenapa awak tinggalkan semua tu
dan mula semula dari bawah?
Kenapa awak nak sangat?
Saya ingat lagi, Louis pindahkan
mahkamahnya ke sini pada tahun 1682.
Dulu, tempat ini adalah kawasan paya bakau,
dan dalam bahasa Perancis Lama,...
...Versailles bermaksud "tanah tempat
*** dihapuskan."
Betul ke?
Seksyen tengah ini pulak, menonjolkan
gaya Perancis klasik.
Ini semua karya Louis Le Vau,
Jules Mansart, dan Charles Le Brun sendiri.
Betul.
Rasanya saya boleh habiskan
seluruh musim panas dekat sini.
- Mesti boleh lah.
- Saya pun sama.
Dulu dekat sini ada kolah mandi,
saya suka mandi dalam situ.
Kamu nak menetap dekat mana
lepas kahwin?
- Malibu.
- Saya impikan loteng kecil...
...di tengah bandar Paris
dengan cahaya yang terang.
- Awak boleh terjangkit tuberkolosis.
- Betul tu. Terima kasih.
Sebenarnya, dia sendiri tak yakin
samada dia boleh tulis novel.
Betul ke?
Sayang, setakat ni rekod pencapaian
awak dah cukup baik,...
...semua orang suka skrip filem awak.
Apa kata awak cerita pasal
watak utama novel awak?
Saya tak suka berbual
pasal kerja saya.
Tak payah beritahu semua,
cerita pasal watak tu saja.
- Tak nak.
- Watak utama bekerja dekat kedai nostalgia.
Apa tu kedai nostalgia?
Rasanya awak maksudkan kedai yang jual
barang macam patung Shirley Temple...
...dan radio lama.
- Tepat.
- Siapa nak beli barang macam tu?
- Entahlah.
Mereka yang gemarkan
citarasa zaman dulu.
Mereka fikir mereka akan lebih bahagia
kalau mereka hidup pada zaman silam.
Era macam mana awak impikan?
Paris era 20-an.
Waktu hujan. Bukan hujan asid.
Saya faham, tanpa pemanasan global,
tanpa televisyen, tanpa nuklear,...
...atau gejala dadah.
- Cerita-cerita seram klasik.
Sebenarnya, nostalgia adalah penyangkalan.
Penyangkalan yang menyakitkan.
Gil sangat romantik, saya yakin
dia akan sangat bahagia,...
...kalau dia dapat menetap di negara
yang penuh dengan penyangkalan ni.
Dan gelaran bagi pemahaman sebegini
adalah: 'Pemikiran Era Kegemilangan'.
- Oh. Tepat!
- Ya.
Pada pendapat mereka, kehidupan
pada zaman lain adalah,...
...lebih baik berbanding zaman
yang mereka diami.
Orang yang mengalami
perasaan sebegini adalah,...
...mereka yang tak sanggup
berdepan dengan tekanan semasa.
Ya. Ini cincin yang paling cantik!
Cincin kahwin bersalut berlian.
Tentu semua orang nak tengok bila
dia sarungkan cincin ke jari saya.
Tentu semua orang nak tengok bila
dia sarungkan cincin ke jari saya.
Mesti meriah kenduri tu nanti.
- Mak cuma harap yang...
- Saya tak nak bercakap pasal tu.
- Awak yang pilih dia, mak cakap je.
- Gil orangnya bijak,...
...dan penuh dengan kejayaan.
Tapi dia asyik bercakap pasal nak lelong
rumah dia dan pindah ke sini.
- Dia cakap saja.
- Mak tetap risau.
Ini adalah salah satu tugu
karya Rodin.
Mereka tempatkan salinan karya ini bersebelahan
kubur dia. Rodin nak benda ini...
...jadi umpama batu nisan dia.
- Betul ke?
Dia meninggal sebab selsema,
tak silap saya, pada tahun 1917.
- Pengetahuan dia luas, kan?
- Ya.
Banyak karya Rodin diilhamkan
oleh isterinya, Camille.
Betul awak cakap tu, tapi Camille
bukan isteri dia, sebaliknya perempuan simpanan dia.
- Ya, isteri dia nama Rose.
- Tidak, dia tak pernah kahwin dengan Rose.
- Ya, itu isteri terakhir dia.
- Saya rasa awak tersilap.
Awak berbalah dengan pemandu
pelancongan. - Ya.
Saya sangat yakin, encik.
Ya, rasanya betul apa dia cakap.
Saya baru saja habis baca biografi Rodin,...
...Rose isteri dia
dan Camille pulak kekasih dia.
Awak baru saja terbaca?
dekat mana awak baca?
Ya, baru habis baca dan saya terkejut,
saya terfikir macam awak jugak.
Tentu awak terkeliru tadi.
Kamu nak datang tak, ayah saya
jemput kamu ke jamuan merasa wain.
Oh ya, mesti seronok. Paul
pakar merasa wain Perancis.
Bagus. Bagus sangat.
Oh ... pakar.
Bila masa awak baca biografi Rodin?
- Saya?
- Ya.
Apa kejadah saya nak baca
biografi Rodin...?
Saya lebih sukakan wain California,
Tapi Napa Valley jauh sangat dari sini.
Helo, apa khabar?
Jom gerak ke tempat lain?
Saya tak suka orang tua tu.
Apa kata kita cuba wain ni?
- Ya. Mari cuba.
- Yang mana satu awak nak?
Nampaknya kita kena
mulakan uji kaji,...
...dan rasa semua sekali.
Saya tak tahu...
Kenapa pipi awak merah?
Apa maksud awak? Mana merah.
Merah terang.
Mungkin juga sebab feromon yang keluar
dari mulut awak tu saya jadi mabuk!
Aaaa. seks dan alkohol.
Membangkitkan nafsu,
tapi memperlahankan kerja.
Kamu dah cuba wain '61?
Sangat sedap!
Paul yang pilihkan.
Apa? Apa awak nak cakap?
Yang ni lebih banyak tanin,
berbanding yang '59.
- Saya gemarkan yang ini.
- Saya setuju.
Carol dan saya nak pergi menari.
Kamu nak ikut?
- Wah... ya ...
- Tidak, saya tak nak jadi perosak suasana.
- Saya perlukan udara segar.
- Alah, Jomlah!
Tak, tak, tak.
Saya cuma takut awak bosan nanti.
Kalau Gil tak nak pergi, saya boleh kongsi
Paul dengan awak. Saya demokratik.
Paul hebat menari.
Tidak. Saya tak ada masalah.
Saya nak berjalan-jalan sikit,...
...lepas tu balik tidur.
Lain kali saya menari.
Okey, tapi saya boleh ikut, kan?
Awak nak ikut?
Ya. Saya belum penat
dan saya nak menari.
- Kita jumpa dekat hotel.
- Baik.
Saya jaga dia dengan baik.
Tahan teksi.
Bagus.
Lebih baik awak naik teksi.
- Saya tak nak naik teksi. Saya nak berjalan.
- Nanti awak sesat.
Ya. Saya akan jalan kaki.
Bagus ke hasil tulisan dia?
Awak pernah tengok hasil kerja dia?
Dia tak benarkan sesiapa pun baca.
Dia tak benarkan?
Kalau dia sudi, saya boleh baca
novel dia dan kritik serba sedikit.
- Tentu bagus!
- Ya.
- Saya fikir macam tu jugak.
- Boleh tolong dia.
Seseorang mesti tinjau
hasil kerja dia.
Awak tentu takkan berlembut
dengan sebarang kekurangan, kan.
Memang saya takkan berlembut.
Awak tahu kan.
Mestilah.
Masalahnya, dalam soal penulisan,...
...dia tak boleh terima pendapat orang lain.
- Maaf, kamu boleh berbahasa Inggeris?
- Tidak.
Hotel Bristol.
(Bunyi Loceng Jam Tengah Malam)
- Allez!
- Saya tak dengar.
Mari! Masuk dalam kereta.
Tidak, maaf.
Saya rasa kamu semua silap orang.
Apa? Saya tak faham.
Saya agak mabuk.
Ini Peugeot antik? Kawan saya ada
sebuah di Beverly Hills.
Marilah. Mari minum.
Sertai kami.
Ramai-ramai? Ya.
Duduk sini. Mari kita ronda
kota Paris. Jom!
Okey, ke mana kamu semua
nak bawa saya?
Dah terlampau banyak wain
saya minum malam ni.
Mari rasa champagne!
Let's fall in love
In Spain the best upper - sets do it.
Lithuanians and Letts, do it
Let's do it, let's fall in love.
The Dutch in old Amsterdam, do it.
Not to mentions the Finns;
Folks in Siam, do it - think of Siamese twins.
Some Argentines, without means, do it,
People say in Boston even beans do it,
Let's do it, let's fall in love.
Romantic spon-ges they say, do it.
Oysters down in Oyster bay, do it.
Let's do it, let's fall in love.
Nampaknya ada orang sesat.
Awak orang Amerika?
Kalau awak anggap Alabama sebagai
Amerika, ya saya orang Amerika.
Saya rindukan minuman gin.
Apa awak buat?
- Saya? Saya penulis.
- Jenis apa?
Buat masa sekarang saya sedang
usahakan sebuah novel.
Cakap-cakap, saya Zelda.
Scott, mari sini. Dia seorang penulis,
datang dari ... Mana?
California.
Scott Fitzgerald.
Siapa awak anak muda?
Gil. Nama kamu berdua sama dengan,...
Apa? Siapa?
Ya, Scott Fitzgerald...
Scott dan Zelda Fitzgerald.
Orang gelar kami pasangan Fitzgerald.
- Cantik kan dia?
- Ya .. Ya ...
Kebetulan yang sangat menarik,...
Awak nampak bingung,...
...terkejut, terperanjat,
terkesima, keliru.
Tidak. Saya sedang perhati
pemain piano tu.
Rasa macam saya pernah nampak
muka dia dalam buku muzik lama.
Saya faham maksud awak.
Saya berimpi nak karang lirik yang hebat,
walaupun saya tak pandai karang muzik.
Tapi bila dengar lirik lagu dia, saya sedar
saya tak boleh menulis sehebat dia,...
...dan kepakaran sebenar saya
adalah minum arak.
Tapi bukan dia yang karang muzik, kan?
Tak mungkin.
Jadi, cerita jenis apa
awak sedang tulis?
Saya sedang tulis cerita...
Kita dekat mana ni?
Oh, maaf, awak belum kenal
dengan tuan rumah?
Kami adakan majlis kecil-kecilan
untuk sahabat kami, Jean Cocteau.
Hei. Biar betul ni?
Oh, saya tahu apa awak sedang fikir.
Majlis ni membosankan.
Saya dah sedia nak gerak.
Mari kita ber-Bricktop!
Saya bosan, dia bosan,
Kita semua bosan.
Kita semua bosan.
Mari ber-bricktop.
Apa kata awak ajak
Cole dan Linda sekali?
Gil, awak nak ikut?
Ini salah sebuah kedai
yang terbaik di Paris.
Mereka ada Whiskey Diamond Sour.
"Bonsoir tout le monde"!
Salam semua. Maafkan saya.
Saya terlebih minum malam ni.
Dia ni seorang penulis.
Gil. Betul?
- Gil Pender.
- Hemingway.
*Heminway tokoh sastera
Hemingway?
Awak sukakan buku saya?
Suka? Saya gilakan semua karya awak.
Ya, karya saya bagus
sebab ia jujur.
Jujur kerana peperangan.
Tiada apa yang lebih mulia
dari berlumuran darah dalam lumpur,...
...melainkan mati secara aib,...
...itu bukan cuma mulia.
Itu berani.
Awak baca tak cerita saya?
Apa awak rasa?
Cerita awak bagus,
tapi kurang pengolahan.
Saya dah agak awak takkan suka.
Sayang, awak sensitif sangat.
Awak suka cerita saya,
tapi dia tak suka!
Tolonglah, jangan rosakkan angin dia.
Saya rasa panas.
Tiba-tiba saya rasa tak
seronok lepak sini.
Oh! Awak nak pergi mana?
Nak jumpa kawan saya di Saint-Germain.
- Dia nak pergi Saint Germain, saya nak ikut.
- Zelda ...
Ya. Awak duduklah bersembang
dengan dia. Saya nak beredar.
Tolong bawa dia balik cepat sikit.
Dia tak sesuai untuk awak.
Seronok dengan dia.
Dan dia berbakat.
Masa kerja, buat kerja.
Masa lepak, lepaklah.
Awak seorang penulis. Awak patut buat
kerja sekarang. Bukan merayau macam ni.
Perempuan tu sedang melambatkan awak
sebab dia pesaing awak. Awak setuju?
- Saya?
- Terus-terang.
Awak rasa dia buat kesilapan
besar atau tidak?
Sejujurnya, saya tak kenal sangat
mereka ni, jadi ...
Sebagai penulis, awak tentu pandai menilai.
Awak bersama mereka sejak tadi!
Boleh tak kita jangan berbincang
hal peribadi dekat sini?
Isteri dia cemburu dengan bakat dia.
Bakat dia unik.
Awak suka hasil kerja dia?
Cakaplah.
Cukup! Hentikan.
- Awak suka Mark Twain?
Saya nak pergi cari Zelda.
Tak sedap hati pulak dia dengan
orang Sepanyol tu.
Ya, saya peminat Mark Twain.
Saya rasa kebanyakan karya
sastera moden Amerika...
...diilhamkan dari
Huckleberry Fynn.
Semua?
Kebanyakan. Entahlah.
Karya jenis apa awak sedang tulis?
- Novel.
- Cerita apa?
Kisah seorang lelaki yang bekerja
dalam sebuah kedai nostalgia.
Apa tu kedai nostalgia?
Kedai yang jual barang-barang lama.
Memorabilia.
Dan...
Cerita saya teruk?
Tak timbul persoalan teruk
atau tidak kalau awak jujur.
Kalau penceritaan awak ikhlas,
dan teguh dengan nilai...
...serta martabat tersendiri.
Boleh tak saya nak minta
tolong sangat-sangat dengan awak?
Apa dia?
- Boleh tak awak tolong baca?
- Novel awak?
Ya, lebih kurang 400 halaman
dan saya perlukan pendapat.
- Saya tak suka.
- Awak belum baca lagi.
Kalau teruk, saya akan benci.
Saya benci tulisan yang teruk.
Kalau bagus, saya akan iri hati pulak.
Jangan sesekali minta pendapat penulis lain.
Saya ada masalah sikit,
saya perlukan pendapat seseorang.
- Semua penulis saling bersaing.
- Saya tak mungkin dapat bersaing dengan awak.
Awak puji saya terlebih.
Kalau betul awak seorang penulis,...
...awak kena yakin awak yang terbaik!
Tapi awak bukan terbaik selagi saya hidup.
- Nak berdebat dengan saya?
- Tidak...
Saya tak akan baca novel awak.
Tapi saya ada cadangan.
Apa? - Saya selalu tunjukkan
novel saya pada Gertrude Stein.
Cuma dia seorang saja saya percaya.
Awak sudi tunjukkan novel saya
pada Gertrude Stein?
- Bagi novel awak.
- Saya akan bagi pada awak.
- Esok dia akan pulang dari Sepanyol.
- Bagus, saya pergi ambil.
Awak tak tahu betapa terujanya saya.
Saya seronok sangat,
jantung saya berdegup laju.
Saya pergi ambil, lepas tu
saya datang balik.
Gil, bawa bertenang, bagus.
Malam ni kau bertuah.
Fitzgerald, Hemingway.
Aku tak beritahu dia
dekat mana nak jumpa.
Untung awak tak ikut saya malam tadi.
Awak tentu takkan suka muzik tu,...
...dan orang dekat situ.
Tapi seronoklah jugak.
Kenapa awak ni?
Awak berkhayal.
Kalau saya cakap
saya luangkan masa,...
...malam tadi dengan Ernest Hemingway,
dan Scott Fitzgerald, apa awak rasa?
Itu yang awak khayalkan sejak tadi?
Idola sastera awak?
Macam mana kalau saya kata
saya bukan berkahayal?
Apa dia?
Saya berjumpa dengan Hemingway,
Fitzgerald dan Cole Porter.
Mungkin awak menghidap
ketumbuhan otak.
Macam mana kalau saya cakap keperibadian Zelda
Fitzgerald betul-betul sama macam dalam semua buku,...
...dan semua artikel pasal dia?
Dia menawan, tapi menjengkelkan.
Dia tak sukakan Hemingway, Hemingway tak suka dia.
Scott pulak sebenarnya setuju dengan pendapat hemingway.
Tapi dia serba salah sebab
dia cintakan Zelda!
Sudahlah, bangun.
Berhenti mengarut,...
...terlambat pulak nanti.
Saya rasa tak nak pergi mana-mana,
saya ada kerja dengan novel saya,...
...perkemas serba sedikit.
Tidak. Awak boleh buat lain kali.
Emak saya cakap kita boleh guna kad diskaun dia.
Bangun!
Tengok ni Inez. Tentu sesuai
dengan rumah tepi pantai di Malibu.
Berapa, encik?
18,000 Euro.
Terima kasih.
- Berapa?
- 18,000 euro.
18,000, perabot kecil ni?
- Tunggu, euro, maksudnya 20,000 dolar.
- Mahalnya.
Mak cik tahu, tapi bukan mudah
nak jumpa perabot macam ni dekat Amerika.
Betul tu, Gil.
Rumah pun kami belum jumpa lagi,
dan kami tengah cuba kurangkan belanja,...
...saya belum dapat kerja tetap.
Tapi yang ni cantik.
Ikut suka kamu.
Murah pun murahlah.
Kamu berdua tak nak jalan kaki?
Jalan kaki? Hari dah hujan.
Mesti seronok berjalan dalam hujan!
Cantik tu!
Tak, tak seronok langsung
berjalan dalam hujan.
Inez Jangan lupa, malam ini
kita ada makan malam.
Oh, ya.
Dan saya ada kejutan besar untuk
untuk awak lepas makan malam.
kejutan apa?
- Saya tak suka kejutan.
- Awak tentu akan suka.
Awak pasti awak tak nak
berjalan dalam hujan?
- Inilah peluang kita.
- Masuk! Saya tak nak berjalan.
Okey.
- Saya tak faham. Kita nak pergi mana?
- Hampir sampai.
Kita belum habis makan malam.
Awak tergesa-gesa paksa saya keluar.
Awak akan mengalami pengembaraan
yang paling menyeronokkan dalam hidup awak!
Dekat mana?
Sabar, Inez.
Kenapa awak bawa manuskrip awak tu?
Bila awak tengok nanti tentu
awak akan terkejut.
Saya tak pernah tipu awak.
Kalau saya cakap ia seronok,...
Ya, okey.
Tapi saya tak faham.
Tentu awak pelik kelakuan saya aneh
seharian ni, bukan?
- Ya.
- Tak lama lagi awak akan tahu.
Awak akan lebih terkejut
berbanding saya.
Percayalah. Saya tahu, saya tahu.
Saya tak tahu apa rancangan awak,
tapi pengembaraan ni tak seronok langsung!
Saya penat dengan gim dan spa tadi,
saya nak balik. Teksi!
Tunggu, tunggu, tunggu.
Tunggu sekejap saja lagi.
Kalau awak nak menjelajah kota
Paris malam ni,...
...baguslah, silakan.
Saya nak balik baca buku.
10 minit saja lagi,
lepas tu kita balik.
Kalau saya tidur masa awak balik,
jangan kejutkan saya.
Apa yang tak kena dengan aku?
Kalau dia betul, maknanya
aku kena jumpa pakar mental.
Malam tu aku minum wain,
mabuk sikit, tapi masih waras.
Aku tersesat, kemudian sampai sini.
Macam tu saja.
Loceng tengah malam berbunyi,...
Helo.
Ah, En. Hemingway.
Okey, mari pergi.
Kami mendaki bukit semasa misi tu.
Kami berempat.
Lima termasuk Vicente, tapi
tangan dia kudung sebab bom,...
...tenaga dia tak macam dulu lagi.
Waktu tu dia muda dan berani.
Tanah cerun jerlus
waktu hari hujan.
Ramai askar Jerman, dan
kami cuba serang kumpulan pertama,...
...dengan penembak tepat,
kami cuba lengahkan mereka.
Awak tak takut?
Takut apa?
Takut terbunuh.
Awak takkan boleh hasilkan karya
yang baik kalau awak takut mati.
- Faham?
- Ya.
Sebenarnya matilah perkara
yang paling saya takut.
Itu lah kerja lelaki zaman dulu.
Semua lelaki.
Saya tahu, saya tahu.
Awak pernah berkasih dengan
wanita yang awak cinta?
Teman wanita saya agak
cantik dan seksi.
Bila awak bersama dia, awak akan rasa
satu perasaan yang tulus, bersih, ghairah...
...masa itu awak takkan takut
pada apa-apa langsung.
Tak, tak pernah jadi.
Pada saya, cinta sejati akan menjauhkan
awak dari perasaan takut akan mati.
Orang yang pengecut adalah mereka
yang tak dapat kasih sayang.
Cuma yang berani sanggup
menghadapi kematian,...
...contoh si pemburu
badak air, Belmonte,...
...yang memang berani.
Mereka menikmati kasih dan sayang
yang cukup, mereka tak takutkan ajal.
Sehinggalah ajal menjemput mereka,
itu lumrah dunia.
Itulah erti kata cinta sebenarnya.
Fikirkan.
- Alice, apa khabar?
- Ola. Sihat.
Dia ada, ikut saya.
Ini Gil Stein, Miss Stein.
Dia penulis muda dari Amerika.
Kamu berdua harus berkenalan.
Baguslah awak datang. Tolong
selesaikan perbalahan kami.
Saya beritahu Pablo potret tu
langsung tak menyerupai Adriana.
Memang ia universal,
tapi tak tertumpu.
Tidak. Awak salah nilai, Madame.
Awak tak kenal Adriana. Potret ini
menggambarkan keperibadian dia!
Tidak. Awak salah.
Tengok tu.
Dipenuhi dengan sindiran seksual,
menghampiri keghairahan duniawi,...
...dan ya, dia cantik,...
...tetapi, kenyataannya, kecantikan
dan perasaan dia agak tersirat.
Apa pendapat pertama awak
mengenai Adriana?
Sangat menarik.
Nampak tu. Lukisan awak terlalu
jelas. Siratkan lagi, Pablo!
Miss Stein, awak betul.
Saya faham kenapa dia hilang tumpuan.
Dia silap gambarkan Adriana.
Dah macam gunung berapi.
Tidak, jangan fikir macam tu.
Melainkan awak kenal dia,...
Ya, awak kenal dia sebagai kekasih awak,
kami kenal dia sebagai kawan!
Awak potretkan dia mengikut
selera hawa nafsu awak!
Nampak tak bernyawa,
ini bukan potret.
Tidak, tidak. Saya tak setuju!
Saya dengar awak nak
tunjukkan sesuatu. Ini dia?
- Ya, ini.
- Biar saya tengok.
Awak dah baca belum, Hemingway?
Tidak, saya serah pada awak.
Awak orang kepercayaan saya.
"Masa Silam" adalah nama kedai itu,
yang menjual barangan bernostlagia."
"Apa yang biasa dan tidak bermakna
di dalam sesebuah zaman,..."
"...telah berubah menjadi sebaliknya
seiring waktu berputar..."
"...bergerak menuju zaman
baru penuh magis dan maju.
Saya suka.
Saya terpikat.
Sangat terpikat!
Saya akan baca malam ni.
Sekarang, saya nak
berbincang dengan awak.
Dah dua bulan saya tunggu
jawapan dari editor tu.
Awak tertarik dengan tulisan saya?
Era silam selalu menarik
perhatian saya.
Saya juga..
Saya selalu merungut saya
lahir lambat sangat.
Ya.
Bagi saya, Paris zaman dulu
lebih sempurna.
- Betul? Lebih baik berbanding sekarang?
- Ya.
Ada banyak benda,
jalan raya, kios,...
...kereta kuda,
dan banyak lagi.
Awak fasih berbahasa Inggeris.
- Tak, tak sangat.
- Betul, serius!
Dah berapa lama awak
bercinta dengan Picasso?
Tak sangka saya boleh tanya macam tu.
Apa? - Saya tak berniat nak menyibuk.
Awak lahir di Paris?
Saya lahir di Bordeaux. Saya datang
sini untuk belajar ilmu fesyen.
Saya tak nak buat awak bosan.
Tak mengapa, teruskan.
Teruskan. Awak pindah ke sini
sebab awak nak belajar ilmu fesyen.
Asalnya saya datang menuntut ilmu
dengan Coco Channel,...
...lepas tu saya jatuh cinta
dengan kota Paris...
...dan juga dengan pelukis Yahudi-Itali,
ber-anak mata gelap dan beraura.
Walaupun saya tahu Amedeo ada perempuan lain,
saya tetap berpindah masuk ke apartmen dia.
Enam bulan saya tinggal dengan dia.
M..M...Modigliani.
Awak tinggal dengan Modigliani?
Awak tanya, saya ceritalah.
Lepas tu saya jumpa Braque,
dia ada perempuan lain jugak.
Dan sekarang, saya dengan Pablo.
Dia dah kahwin.
Tapi, biasalah. Sekejap kami putus,
sekejap kami baik.
Kenapalah ramai orang sukakan dia.
Dia susah nak diurus.
Oh. Kamu semua mempelopori
konsep "Art Groupie".
- Apa dia?
- Tak ada apa. Entahlah.
Cerita kisah awak pulak.
Entahlah. Apa saya nak cakap...
Awak datang ke Paris untuk cari ilham?
Zaman sekarang ni, ramai penulis
dari Amerika berpindah ke sini.
Hemingway orangnya menarik, kan?
- Saya suka karya dia.
- Ya, saya tahu.
Sebenarnya saya datang
sini untuk makan angin.
Awak mesti menetap dekat sini.
- Ya?
- Ya.
Kota ni sesuai untuk,
penulis, seniman.
Saya tahu. Saya pun nak,
tapi tak semudah tu.
Dan, saya belum jatuh cinta
sepenuhnya dengan hasil tulisan awak.
- Betul?
- Saya teringin nak baca sampai habis.
Awak suka? Saya belum selesai
kemaskan bahagian...
Pender. Mari kita pergi
Montmarte. Minum-minum, okey?
Ya. Ya.
Kita akan bincang pasal buku awak
lepas saya habis baca.
- Macam mana saya nak hubungi awak?
- Macam mana kalau,...
...saya singgah sini saja?
Rumah kami terbuka.
Ikutlah kami.
Ya. Memang saya nak ikut, tapi,
tak boleh rasanya.
- Saya harap kita boleh jumpa lagi.
- Harap-harap.
Mari.
Suatu hari nanti, saya akan curi dia
daripada si genius ni.
Aku Gil Pender. Aku dah jumpa
Hemingway dan Picasso. Pablo Picasso.
Aku Gil Pender, dari Pasadena!
Aku gagal dalam ujian sastera dulu.
Aku Gil Pender. Novel aku baru
saja dinilai oleh Gertrude. Stein.
Perempuan tu sangat, cantik.
Rugi kamu berdua tak ikut kami
tengok wayang malam tadi.
Kami tonton filem komedi
Amerika, seronok.
Siapa berlakon?
Entahlah. Mak lupa nama.
Seronok tapi mudah dilupakan.
Teringat pada filem saya.
Mungkin saya yang tulis cerita tu.
Ya. Mak cik tahu ia bodoh dan
kebudak-budakan, tak matang.
Tapi kami berdua ketawa
berdekah-dekah.
- Kita dah lalu jalan ni, kan?
- Betul ke?
Pukul berapa awak balik semalam?
Oh, taklah lewat sangat. Makan angin
waktu malam berguna jugak sebenarnya.
Banyak ilham, tak macam
waktu siang.
Mungkin saya akan jalan-jalan
lagi malam ni.
- Ya. Tengoklah macam mana.
- Ya. Tengoklah dulu.
- Wah, tengok tu!
- Cantiknya kaca-kaca ni.
- Awak suka?
- Ya. Merdu.
Awak orang Amerika.
Awak suka Cole Porter?
Ya, saya peminat sejati.
Saya pernah jumpa Linda dan Cole.
Saya gurau saja.
Indah liriknya.
Mengasyikkan.
Gil ... Gil ...!
- Ya, ya.
- Hei, mari beredar.
Kita nak pergi sekarang?
Kita nak jumpa Paul dan Carol
dekat muzium, ada pertunjukan istimewa.
Rupa-rupanya, Paul agak arif dengan
Monet, mungkin berguna untuk awak.
Mari kita selami budaya.
Penjajaran warna dia menakjubkan.
Dia seolah-olah pelopor
seni Ekspresionisme Abstrak.
Saya tarik balik, mungkin Turner.
Saya sukakan karya Turner,
tapi yang ini lebih menarik.
Tak silap saya, dia ambil masa
dua tahun siapkan semua ni,...
...masa dia kerja di Giverny.
Saya difahamkan yang Monet, salah satu
perkara yang dia guna untuk cari ilham...
Diam. Saya nak dengar
penjelasan Paul.
Dia berkawan dengan Cailabotte.
Seorang pelukis, yang pada pendapat
saya, tidak diberi perhatian wajar.
Ah, ini dia. Ini lukisan
Picasso yang menakjubkan.
Kalau tak silap saya,
ini adalah potret...
...kekasih dia, si Madeleine di
Perancis ketika era 20-an.
Paul, saya terpaksa tidak bersetuju
dengan awak dalam hal ni.
Hei Gil, bagi perhatian.
Mungkin awak dapat belajar.
Tak silap saya, ini adalah lukisan
Picasso yang gagal menggambarkan...
...seorang gadis Perancis bernama
Adriana, dari Bordeaux, seingat saya.
Dia berpindah ke Paris untuk menuntut
ilmu rekaan kostum untuk Teater.
Selain itu, dia menjalinkan
hubungan dengan Modigliani,...
...kemudian Braque,
dan kemudian Pablo, Picasso.
Apa yang gagal disampaikan
potret ini,...
...adalah kecantikan Adriana
yang sangat tersirat.
Sebenarnya dia cantik.
Awak khayal ke?
Saya tak rasa potret ini
menakjubkan, ia lebih kepada,...
...pandangan peribadi Pablo
dalam menggambarkan dia.
Picasso menggambarkan dia umpama
gunung berapi di atas ranjang.
Manis sangat.
- Mana Gil?
- Buat kerja dia.
Meronda-ronda kota Paris.
Cahaya lampu pada waktu malam,...
...mengilhamkan dia, dia cakap.
Tapi tak mengapa, sebab saya
nak pergi menari dengan Paul.
Mana Carol?
Dia dah tidur, sakit perut
makan kerang busuk.
Selamat malam. Jumpa nanti.
Terima kasih ayah, belanja makan malam.
- Jalan bebaik, Sayang.
- Selamat tinggal.
Awak rasa Gil pergi mana
malam-malam macam ni?
Awak dengar anak awak cakap.
Dia jalan-jalan, kumpul idea.
Awak macam tak percaya.
Saya percayakan dia, tapi kadang-kala
dia macam tak betul sikit.
Dan saya tak suka pegangan
politik dia.
Parti Republikan adalah parti baik
yang cuba nak pulihkan semula negara kita.
Mereka bukan bodoh, tak ada tujuan.
Awak dengar dia cakap, kan?
Saya tak setuju dengan idea awak
upah orang ekori dia. Tak ada guna.
Saya nak tahu mana dia
pergi malam-malam.
Satu perkara yang pasti:
Dia bukan pergi menari.
Maafkan saya.
Scott!
Awak Apa khabar?
Tak sangka jumpa awak dekat sini.
Parti yang hebat.
Ya, memang.
Delfine!
Gil, kita akan cakap lagi nanti.
Jumpa lagi nanti.
Kebetulannya!
Kebetulan sangat. Gertrude hampir
selesai baca novel saya,...
...lepas tu saya terjumpa dengan
Archibald Maclesih.
Dia cakap dia nak hadiri
parti anjuran Fitzgeralds,...
...dia cakap awak pun ada jugak.
Awak dan Pablo, dan...
Dia dah balik. Kami bertengkar tadi.
Saya nampak awak menari sakan
dengan Djuna Barnes...
Itu Djuna Barnes? Tak hairanlah
dia pandai menari.
Tempat ni sesuai bukan nak
anjurkan parti?
Cuma Fitzgeralds saja dapat
anjurkan pesta macam ni.
- Mari ikut saya.
- Ya.
- Bagaimana perkembangan buku awak?
- Novel? Berjalan cukup baik.
Tengok ni.
Ini barang zaman dulu.
Ini era kegemaran saya.
Saya suka mainan ni.
Saya gembira dapat jumpa awak lagi.
Saya pun gembira dapat jumpa awak lagi.
Selamat malam, Adriana sayang.
Awak tak rasa malam ni
seolah-olah festival bergerak?
Ingat janji saya,...
...saya hari nanti, saya akan
curi awak daripada Picasso.
Antara Belmonte dan saya,
siapa awak akan pilih?
Saya tak tahu.
Dia lebih berani.
Dia lebih kerap berdepan ajal.
Kalau awak pilih dia, saya akan
kecewa, tapi saya faham.
Dia dah pilih Pablo.
Memang dia pilih Pablo, tapi
pada Pablo, kegunaan perempuan cuma...
...untuk ditiduri atau dilukis.
Apa pendapat awak?
Saya fikir wanita yang baik
layak untuk lelaki yang berani.
Awak pernah tembak singa
yang sedang marah?
- Tak pernah.
- Awak nak alaminya?
- Tak nak.
- Awak pernah keluar berburu?
- Tak pernah.
- Bagaimana dengan awak?
Cuma kalau terpaksa.
Mari kita minum lagi.
Mari kita pergi tempat lain,
tempat yang lebih tenang.
Selamat tinggal.
Siapa nak gaduh?
Saya harap pertengkaran awak
dengan Pablo tak serius.
Angin dia selalu berubah
dan dia suka mengongkong.
Semua pelukis macam budak-budak.
Tak hairanlah kenapa mereka
nak sangat potretkan wajah awak,...
...sebab awak dikurniakan salah
sebuah wajah yang paling cantik.
- Sangat menarik ...
- Oh...
Awak menarik juga.
Dengan cara tersendiri.
Ceritalah pasal buku awak.
Buku ni lebih kurang,...
Malam ni saya tak nak fikir pasal buku.
Saya nak ronda kota Paris dengan awak.
Lupa pulak awak ni seorang pelancong.
Tak mengapa.
Saya tak tahu samada nak pilih Paris
pada waktu siang atau waktu malam.
Awak tak boleh buat pilihan! Saya boleh
terangkan pada awak dengan panjang lebar.
Kadang-kala saya terfikir, wujudkah
orang yang dapat hasilkan karya,...
...atau simfoni atau patung,
yang dapat bersaing dengan kota ni?
Tak ada. Sebab tengoklah semua
jalan ni, semua lorong ni,...
...semuanya ada nilai
seni tersendiri.
Dan dalam alam semesta yang penuh dengan
kekerasan dan ketidakadilan ni, wujud kota Paris,...
...dengan gemerlapan cahayanya, biar
apa saja keadaan di Jupiter atau Neptune,...
...tapi jauh dari angkasa lepas sana, akan kelihatan
cahaya kota ini, kafe, orang sedang minum, menyanyi,...
...kita semua sedar, Paris adalah kawasan
paling indah dalam alam semesta.
Awak pandai bersyair.
Alah awak ni. Saya cuma membebel,
bukan bersyair.
Tapi memang menarik
cantuman ayat saya.
Ada perempuan yang awak suka?
Saya malu nak cakap, tapi
rasanya saya suka mereka semua.
Saya suka keseksian mereka.
Buat saya nampak murahan.
Sewaktu di sekolah Katolik dulu, ada satu
hujung minggu, saya dan kawan sebilik saya,...
...kami upah seorang perempuan dari Pigale,
datang dan ajar kami semua gerakan.
- Betul ke?
- Yap.
Nampaknya saya akan selalu
terfikirkan perkara tu.
Seronok berjalan dengan awak.
- Awak bijak.
- Terima kasih.
Oh tuhan, rasanya saya kenal
perempuan tu?
Apa dia buat tepi tebing tu?
Zelda, apa awak buat ni?
Scott bermesra dengan seorang perempuan cantik.
Mereka berbisik-bisik pasal saya.
Makin mabuk, makin menjadi mereka!
Tidak, Scott cintakan awak seorang saja.
Yang itu saya pasti.
- Tidak. Dia bosan dengan saya.
- Awak silap.
- Awak salah, saya tahu.
- Macam awak tahu?
Percayalah, saya tahu. Kadang-kadang
saya boleh selami perasaan orang lain.
- Saya bencikan diri saya.
- Jangan!
Jangan buat macam ni.
Ambil ni.
- Apa ni?
- ***. Awak akan rasa tenang.
Kenapa awak usung ubat?
Tak ada sebenarnya. Semenjak
saya bertunang dengan Inez,...
...saya selalu rasa gemuruh,
tapi saya akan okey...
...lepas kami kahwin.
Saya tak pernah dengar nama ***.
Apa ni?
Ia pil dari masa depan.
Awak tak cakap pun awak
akan berkahwin.
Ya. Itu masih dalam perancangan.
Ya, semoga awak berjaya berkahwin,
dan siapkan novel.
Awak mesti jumpa Inez.
Kelakar orangnya, dan cantik...
...tapi selalu juga kami
berbalah pendapat,...
Tapi yang paling penting,...
Ya, kami berbalah pendapat
dalam hal-hal remeh,...
...tapi kadang-kala ia berkait dengan
hal-hal yang sangat penting.
Dia nak tinggal di Malibu
dan nak saya kerja di Hollywood.
Tapi ya, kami berdua sukakan,
makanan India.
Bukan semua makanan India,
yang pasti, roti pita.
Kami berdua sukakan roti pita.
Roti naan namanya.
Saya nak balik.
Pablo tentu rindukan saya.
- Saya temankan awak.
- Tak payah. Habiskan minuman awak.
Saya tinggal dekat sini saja.
Saya nak bersendirian sekejap.
Terima kasih temankan saya tadi,
selamat tinggal.
Encik, tak payahlah...
Kita pernah bertemu sebelum ni.
Semasa parti.
- Dali, Dali.
- Saya ingat.
Bawa sebotol wain merah.
Segelas lagi untuk dia.
Saya sukakannya!
Bahasa Perancis!
Pelayannya, saya tak suka.
Awak suka badak?
Badak?
Ah. Entahlah.
Saya suka lukis badak.
Mari saya lukis awak.
Mata awak yang kuyu,...
...bibir yang tebal,
mencair kerana panas matahari,...
...air mata awak berlinangan,
Ya!
...terpantul sebuah wajah pada
air mata awak. Wajah yang muram!
Menyerupai badak...
Ya, memang saya nampak sedih, sebab,...
...saya sedang berada dalam satu
situasi yang sangat kompleks.
Luis. Mari sini, Luis.
Kawan-kawan saya.
- En. Bunuel.
- Bunuel?
Ya, Bunuel.
Dan En. Man Ray.
Dan dia Pen-der!
Ya, ini ...
Penderrrrr!
Ya.
- Saya, Dali.
- Dali. - Ya.
- Awak mesti ingat.
- Ya.
Pender ada masalah rumit.
Cerita saya mungkin agak tak masuk
akal, kamu akan fikir saya mabuk,...
...tapi saya terpaksa kongsikannya.
Saya datang dari zaman yang lain.
Masa depan. Saya datang
dari era millenium ke sini.
Saya masuk dalam kereta,
lepas tu bergerak merentasi masa.
Tepat sekali.
Awak tinggal dalam dua dunia berbeza.
Tak ada apa yang aneh.
Ya. Saya faham cara pemikiran awak.
Tapi saya lelaki normal.
Dalam satu kehidupan, saya akan berkahwin
dengan seorang wanita, saya cintakan dia.
Saya mesti cintakan dia!
Saya akan berkahwin dengan dia!
Badak selalu berkasih sayang,
mengawan dengan si betina.
Tapi, wujud perbezaan,...
...kecantikan antara dua badak betina.
- Awak ada wanita lain?
- Ya. Adriana.
Ya. Saya tertarik pada dia.
Cara dia, mengasyikkan.
Masalahnya, ada lelaki lain, artis
yang sangat hebat,...
...juga sukakan wanita ni.
Dia mudah tertarik dengan dia...
Seorang lelaki mencintai seorang
wanita dari zaman yang berbeza.
- Saya nampak satu gambaran.
- Saya nampak potensi filem.
Saya nampak satu masalah
yang sangat berat.
Saya nampak, badak...
Macam mana kerja awak semalam?
Saya rasa saya kurang pandai
luaskan penceritaan saya,...
...imaginasi saya tertutup, dan
terlampau logik.
Kenapa awak seksi
sangat pada waktu pagi?
- Tak nak. Kita mesti berpakaian.
- Mari sini.
Saya bekerja tak tentu masa, saya
kena siapkannya, tapi awak 'halang' saya.
Paul ajak kita pergi sebuah kawasan desa.
Dia nak bawa kita ke sebuah tempat penginapan
yang sangat cantik, untuk makan tengahari.
Kalau awak tak nak pergi, jangan pergi.
Saya tak nak ketinggalan sebab awak.
Hello !.... Bonjour.
Helo, saya ada soalan ringkas
untuk awak berkenaan Rodin.
Saya difahamkan dia cinta kedua-dua
isterinya dan kekasihnya. - Ya.
Tapi pada pendapat awak, boleh ke dia
cintakan dua orang wanita pada satu masa?
Ya. Dia cintakan mereka berdua,
dengan cara yang berbeza.
Faham? - Saya faham. Jawapan
yang sangat berbaur Perancis.
Kamu lebih arif
dalam bab tu.
Awak ingat saya lagi?
Saya berada dalam kumpulan,...
Ya. Sekali dengan
lelaki yang poyo tu.
Ya. Poyo. Gambaran
yang sangat tepat.
Ini gambar dia. Saya nak tahu dia
pergi mana pada waktu malam.
Apa masalah awak?
Dia akan kahwin dengan anak saya.
Saya nak pastikan dia buat pilihan betul.
Membuat pilihan yang bijak
adalah sangat penting.
Awak datang ke tempat yang betul, encik.
Encik Rovira, secara peribadi akan
ekori dia,...
....dan laporkan keberadaan
lelaki dalam gambar tu.
Eeehh, terima kasih berhenti.
- T.S. Elliot.
- T.S. Elliot?
Helo, Miss Stein?
Ah, Pender, kejap lagi kita bincang
pasal buku awak. Saya dah selesai baca.
Kami adalah masalah sikit.
Okey, saya datang balik nanti.
Saya tak nak ganggu.
Tak mengapa. Sebenarnya, Adriana dah tinggalkan
Pablo dan terbang ke Afrika bersama Hemmingway.
Saya tahu ada sesuatu
tak kena dengan mamat tu.
Saya yakin dia akan kembali.
Mereka cuma pergi berburu Kudu.
Adriana pasti akan kembali.
Dengan bunyi serigala segala.
Boleh jadi gila tidur dalam khemah.
Gunung Kilimanjaro bukan macam Paris.
Maksud awak, mereka pergi
Gunung Kilimanjaro?
Pasal buku awak. Dari satu sisi,
ia hampir kepada sains fiksyen.
Kita semua takut pada kematian dan
mempersoalkan sumbangan kita pada alam.
Awak tak boleh menyerah kalah dan putus asa,
sebaliknya, awak cari penyelesaian,...
...dan isi ruang kekosongan.
Awak ada tujuan yang jelas dan cantik.
Jangan terlalu ke belakang.
Beritahu Gil, agar bawa sut, esok
kita ada majlis makan malam formal.
Saya lupa beritahu, Gil tak dapat
hadir ke Mont Saint Michel.
Kenapa? Ayah betul-betul tak faham.
Dia penulis. Dia akan tulis semula,
tulis semula, tulis semula.
Dia cakap: "Picasso tak pernah tinggalkan
ruang kerja dia." Saya cakap:
"Awak tak ada sebarang hubungan langsung
dengan Picasso." Dia jeling saya.
Dia akan ketinggalan majlis
yang menyeronokkan.
Awak jual album Cole Porter?
- Hai.
- Hei.
- Saya ingat awak.
- Ya?
Dia kawan awak?
Cole Porter? Ya. Jangan lupa,
Linda jugak.
- Awak tahu saya bergurau, kan.
- Ya.
Saya tahu.
Awak masih muda.
Ya, memang. Awak pun terlampau
muda untuk sukakan lagu klasik.
Sebab dia banyak tulis
lagu pasal Paris.
Ya. Kenapa sebenarnya? Seolah-olah
dia jatuh cinta dengan kampung halaman awak.
Awak asal dari Paris?
- Ya, Messier.
- Ya, Messier?
Awak boleh panggil saya Gil.
Berapa harganya?
Yang ni? 18 Euro.
Hai, maaf.
Boleh awak terjemahkan yang ni?
Dalam bahasa Inggeris...?
Ya, ya, terima kasih.
"...kota Paris wujud, dan
sesiapa saja bebas menetap,..."
"....tempat lain di dunia
akan selalu menjadi misteri bagiku."
"Makan malam dengan Pablo dan Matisse."
"Pablo seorang pengkarya yang hebat, sedangkan
Matisse pula seorang pelukis yang hebat."
"Paris pada musim panas seperti yang sepatutnya."
"Duduk berhadapan kekasih,
pada masa terbaik mereka."
"Aku telah jatuh cinta dengan penulis Amerika
yang aku kenali, bernama Gil Pender."
" Keajaiban yang selalu diperkatakan
orang akhirnya terjadi padaku."
"Aku sedar, Picasso dan Hemingway,
telah jatuh hati padaku,..."
"...tapi tanpa sebab yang pasti,
hatiku, lebih tertarik kepada Gil."
"Mungkin kerana dia kelihatan
naif dan ringkas."
"Seperti biasa dalam hidup yang
penuh duka ini,..."
"...Gil bakal berkahwin dengan
seorang wanita bernama Inez."
"Aku bermimpi di mana dia muncul
di hadapanku, membawa sebuah hadiah,..."
"...iaitu anting-anting,
dan kemudian kami berasmara."
Anting-anting!
Apa kamu buat ni?
Ayah sakit dada.
Cuma masalah hadam makanan.
Jangan ambil mudah.
Ayah pernah jalani pembedahan
angioplasti 3 tahun yang lepas.
Ah, ya.
Mereka letak belon dalam
perut saya, macam-macam.
Belon?
Helo, ya, tolong hantar
doktor ke bilik 728.
Tak payah panggil doktor.
Gil, kenapa awak kemas sangat ni?
Saya? Saya nak pergi cari ilham.
Kenapa? Kenapa awak pakai minyak
wangi segala untuk cari ilham?
Tiba-tiba saya rasa nak mandi,...
...segarkan badan.
Ya. Kami dalam perjalanan ke Mont St. Michel,
tiba-tiba muka ayah pucat.
Kami takut, jadi kami patah balik.
Ya, betul. Hei, John, John,
boleh saya tolong?
Saya tengok muka awak okey,
tapi saya bukan doktor.
Tak mengapa, saya sihat. Tentu pasal
daging yang dia bagi saya makan tu.
Apa tu?
Mana?
Benda dalam tangan awak.
Tak ada apa.
- Itu hadiah.
- Saya tahu, saya tahu.
Untuk saya?
Ya, tak ada apa.
Saya beli dekat pasar.
Boleh saya buka?
Tidak. Jangan, bukan sekarang.
Sempena makan malam istimewa kita nanti,
nanti saya serahkan pada awak.
Barang kemas?
Saya harap kena dengan citarasa saya.
Saya tak suka kalung Moonstone yang awak bagi,...
Saya ingatkan awak suka kalung tu?
Ia bersahaja, namun elegan.
Macam yang selalu mak cik cakap.
Mak cik selalu cakap:
"Murah pun murah lah."
Mak belum tengok lagi kalung tu.
Ada sebab kenapa saya tak pernah pakai.
Biar saya tunjuk.
Tiba-tiba pulak sibuk dengan
hal kalung Moonstone.
Saya ingat awak suka kesederhanaannya.
Itulah masalahnya, terlalu sederhana.
Terlalu sederhana pulak.
Mana anting-anting saya?
Awak bawa tak? Saya rasa awak tak bawa.
Saya bawa, saya pernah pakai dekat sini.
Mungkin terjatuh.
Dua sekaligus?
Gil, saya tindik telinga saya.
Mak dah cakap, simpan semua
barang dalam peti hotel.
- Mak rasa ini kerja pengemas bilik?
- Mestilah.
Saya pasti ada dalam bekas ni.
Mak akan laporkan kes curi ni.
Pengemas bilik tu nampak
takut bila saya tanya dia...
Jangan terburu-buru buat keputusan.
Jangan tuduh sesuka hati.
Ya, saya nak laporkan kecurian.
Inez, jangan.
Tolong minta penyiasat naik ke atas.
Mengarut.
Jangan hukum mereka.
Mereka mesti dihukum sebab mencuri.
Saya tak suka pengemas bilik tu.
Saya tak suka sejak mula.
Dia baik, ramah.
Awak terlampau baik dengan mereka.
Sebab itu ayah cakap awak ni bendul.
Bonjour, saya Doktor Gerard.
Ayah okey.
Terima kasih.
Dia menghidap angioplasti.
Jangan pedulikan dia.
Ini dia?
Boleh jadi.
Dekat mana awak jumpa?
Dalam bilik mandi.
- Dalam bilik mandi?
- Atas sink.
Kenapa pulak ada dalam bilik mandi..?
Entahlah. Mungkin awak terjatuhkannya,...
...dan pengemas bilik letakkan atas
sink. Mudah nampak.
Saya tak pernah jatuhkannya.
Yang penting sekarang
ia bukan kena curi.
Itu salah satu lukisan terbaik kamu.
Saya dah tanya Leo. Dia berminat nak beli.
Ah, Pender, saya baru saja
beritahu Matisse saya nak beli...
...salah satu lukisan dia
sebagai koleksi peribadi kami.
- Saya fikir 500 franc harga yang setimpal.
- 500 franc untuk Matisse.
Ya, agak setimpal.
Saya terfikir, saya pun teringin
nak beli, 6 atau 7 lukisan,...
Apa awak bawa?
Saya bawa hasil tulisan semula
buku saya, dan tolong bimbing saya,...
...menuju arah yang betul,
terima kasih sangat.
Nanti saya tengok.
Apa khabar Hemingway?
Mereka dah balik ke sini.
Mereka tak jadi pergi berburu.
Semuanya dah berakhir,
termasuk hubungan dia dengan Picasso.
Dia ada dekat Deyrolle. Seorang diri.
Ada majlis kahwin.
Mereka raikan dekat sana.
Tentu dia suka kalau jumpa awak.
Oh. Apa awak buat di sini?
Saya datang nak jumpa awak.
Betul ke?
Ya. Mungkin awak akan anggap saya ni menyibuk,
tapi sebagai seorang penulis, saya boleh selami...
...perasaan wanita, khususnya, dan saya
dapat kesan sejenis perasaan,...
...wujud antara awak dan saya.
Awak tak jadi kahwin?
Sekarang ni semuanya agak kabur.
Saya tak tahu apa terjadi.
Ada tak tempat untuk kita berbual,
yang kurang bising.
- Tentu.
- Marilah.
Oh, En. Bunuel, saya ada
idea menarik untuk filem awak.
Sekumpulan orang menghadiri majlis
makan malam formal, tapi,....
...bila mereka nak balik,
mereka tak boleh keluar.
Kenapa tak boleh?
Mereka tak boleh keluar.
Tapi kenapa?
Bila mereka terperangkap bersama,...
...nilai peradaban mereka makin terhakis,
sehingga terdedahlah sifat sebenar mereka: binatang.
Saya tetap tak faham. Kenapa mereka
tak jalan dan keluar saja?
Fikirkanlah, saya cuma bagi idea awal.
Mungkin idea tu akan bercambah nanti.
Saya tak faham.
Kenapa mereka terperangkap?
Apa yang awak buat?
Saya tak tahu!
Bila saya cium awak tadi, saya
rasa macam saya tak takut mati.
Tapi awak nampak sangat sedih.
Sebab hidup ni sangat misteri.
Inilah zaman yang kita diami.
Semua perkara terjadi dengan cepat.
Kehidupan yang bising dan rumit.
Tapi saya, saya selalu
ambil langkah selamat,...
...saya tak pernah bertindak
di luar kotak.
Saya tak menetap dekat sini.
Kali pertama saya datang sini,...
...saya tak bersungguh-sungguh kejar
impian saya sebagai penulis.
Saya cuma budak suruhan Hollywood.
Jangan ketawakan saya.
Saya rasa macam nak lepaskan semua tu.
Ini.
Oh, ia cantik.
- Pakailah.
- Cantik.
Lihat.
Encik, cik,
mari sini.
Siapa awak?
Cepat. Kita dah lewat.
Oh, indahnya. Semua gambar
yang pernah saya lihat.
Ini dia: La Belle Epoque.
Kota ni sangat ajaib!
Seolah-olah wujud dunia
bunian dekat sini.
Selamat datang.
- Selamat Datang.
- Terima kasih.
Oh, mon Dieu, elegannya pakaian kamu.
Sangat moden, merentasi masa!
- Ya, mestilah.
- Minumlah champagne.
Ajaib, kan? Kali pertama kita bertentang
mata, saya cerita pasal tempat ni,...
...dan Epoque Belle,
dan sekarang kita di sini!
Entah. Saya macam tak percaya
saya dapat menjelajah masa.
Saya percaya. Saya tahu zaman
apa pulak saya nak pergi lepas ni.
Bawalah saya.
- Oh.
- Menakjubkan.
Tengok! Itu idola Pablo.
Saya nak sapa dia.
- Jangan!
- Teman saya. Saya gemuruh.
Dia seorang diri.
Tentu dia tak kisah ada orang teman.
Ok, mari pergi.
Messie Lautrec?
Ya?
Bonjour, kami peminat awak.
Terima kasih, Madame.
Silakan duduk.
Dia minta kita duduk.
Walaupun saya kurang faham Bahasa
Perancis, saya faham bahasa tubuh awak.
- Awak orang Amerika?
- Ya, saya orang Amerika.
Saya boleh kesan loghat awak.
Ya, ya.
Kami gemarkan semua karya awak.
Saya suka semua lukisan awak.
Mereka Gauguin dan Legard.
Paul Gauguin.
Nampak tak lakaran dia?
Tak ada orang boleh lukis macam ni.
Baik Picasso ataupun Matisse.
Awak faham tak apa saya cakap?
Saya fasih bertutur bahasa Inggeris.
Legard dan saya bersetuju yang...
...generasi ini kekurangan imaginasi.
Dia cakap, generasi ni kosong
dan kurang imaginasi.
Tentu seronok kalau kami dapat
hidup ketika era Renaissance.
Tidak! Inilah era yang paling seronok.
Tidak, era Renaissance lebih seronok.
Apa tujuan awak di Paris?
Saya belajar ilmu rekaan fesyen.
Patutlah awak pakai baju macam tu.
Baru saya faham!
Pakaian muda mudi.
Awak tak nak kenalkan dia dengan Richard?
- Oh, ya!
- Dia nak awak jumpa kawan dia, Richard.
Richard sedang cari orang untuk
reka kostum untuk pasukan balet.
Awak berminat?
- Kostum Balet?
- Ya.
Oh tuhan, saya tak menetap
di sini, ya tapi tidak...
Lebih baik jangan terus terang sangat.
Kami cuma singgah saja.
Saya nak bercakap dengan awak kejap.
Izinkan saya?
Wow, nampaknya Gauguin
agak mudah mesra.
Jangan kembali ke era 20-an.
Apa awak cakap ni?
Kita tinggal dekat sini.
Era La Belle Eopque baru saja bermula!
Pada zaman inilah Paris paling mengasyikkan.
Macam mana pulak dengan tahun 20-an,...
...Charleston, Fitzgerald
dan Hemingway, saya suka mereka semua.
Tapi zaman tu membosankan.
Bosan?
Saya bukan dari zaman tu.
Saya datang dari tahun 2010.
Apa awak cakap ni?
Saya masuk ke zaman awak sama macam
kita berdua masuk ke zaman 1890 ni.
Saya masuk ke zaman awak sama macam
kita berdua masuk ke zaman 1890 ni.
Awak serius?
Saya cuba lari dari zaman saya,
macam awak cuba lari dari zaman awak.
Takkan awak fikir era 20-an
tu era yang paling gemilang?
Ya, bagi saya.
Ya, dan saya dari zaman 20-an,
dan saya rasa era yang paling gemilang...
...adalah era La Belle Epoque.
Tengoklah mereka tu, pada mereka,
era paling gemilang adalah Renaissance.
Era Epoque Belle melahirkan artis
hebat macam Titian dan Michelangelo.
Mereka berdua tu pulak fikir hidup
lebih seronok pada zaman Kublai Khan.
Dan sekarang, saya dah nampak,...
...walaupun sedikit,...
...tapi ia dapat menjelaskan
kekaburan mimpi yang saya alami.
Mimpi apa?
Mimpi ngeri. Saya kena jangkit...
...zitromax, jadi saya pergi jumpa
doktor gigi, tapi dia tak ada ubat.
Awak faham tak? Mereka semua ini
tak ada ubat antibiotik.
Apa awak cakap ni?
Adriana, kalau awak tinggal di sini,
dan menetap dekat sini,...
...awak akan mula bosan dengan zaman ini,
dan mula dambakan era lain...
...yang lebih lama.
Itu yang sebenarnya.
Kita tak puas hati. Hidup memang
tak dapat puaskan hati kita.
Inilah masalah orang
yang bergelar penulis.
Asyik berkata-kata.
Tapi saya menilai dengan emosi.
Saya nak tinggal di Paris
ketika zaman kegemilangannya.
Awak pernah tinggalkan Paris
sekali, kemudian awak menyesal.
Ya, memang saya sangat menyesal.
tapi setidaknya ia masuk akal.
Keputusan yang waras.
Tapi ini keputusan gila.
Tak masuk akal.
Jika saya nak tulis karya yang bagus,
saya kena banyakkan berilusi,...
...di mana saya kenal masa silam saya,
dan ada banyak masa berfikir.
Jadi, selamat tinggal Gil.
Selamat tinggal.
Pender, saya dah baca tulisan awak.
Awak faham kehendak saya dengan sangat jelas.
Kalau awak teruskan rentak ni,
saya yakin karya awak akan bernilai tinggi.
Ini berita baik! Saya lega saya dengar
pendapat awak. Bakar semangat saya.
Inilah segalanya untuk saya.
Hemingway baca juga dan dia rasa
karya awak akan menjadi hebat.
Tapi dia sarankan satu plot cadangan.
Apa dia?
Dia rasa tak masuk akal kalau
watak utama tu tak sedar yang kekasih...
...dia curang dengan orang lain.
Dengan siapa?
Dengan watak lain, yang poyo tu.
Dia tak dapat terima kenyataan.
Terima kasih.
Awak dah gila? Paul dan saya.
Kenapa awak boleh terfikir macam tu?
Macam mana? Ernest Hemingway.
Dia yang cakap. Saya rasa ia masuk akal.
Gil, awak berkelakuan pelik lagi.
Tidak, tidak.
Tak ada apa yang pelik mengenai Hemingway,
Fitzgerald, atau Gertrude Stein atau Salvador Dali.
Ya, tapi mereka dah lama meninggal!
Tidak. Masa silam belum berkubur.
Awak tahu siapa cakap macam tu?
Faulkner. Dia betul.
Saya terserempak dengan dia
masa parti makan malam.
- Gil, awak gila.
- Saya tak gila.
Saya terlalu percayakan awak,
saya cemburu dan terlebih percaya.
Saya tak boleh terima kenyataan.
Scott Fitzgerald menghidap gejala tu.
Gil, Gil.
Inez, awak boleh tipu saya,
tapi awak tak boleh tipu Hemingway.
Saya bercakap dengan orang gila.
Baik, ya! saya mengaku. Saya tidur
dengan Paul selama beberapa malam.
Sebab dia romantik, boleh berbahasa Perancis,
sedangkan awak pulak selalu sibuk,....
...dengan tarikan kota mistik ni
Sudah-sudahlah Gil.
Kita bincang lepas kita balik.
Saya tak akan balik.
Maaf, apa?
Saya nak menetap dekat sini.
Ia tak ada kaitan dengan hubungan
curang awak. Semuanya sebab Paris.
Dan awak dan saya, kita berdua
tak sesuai untuk satu sama lain.
Dan awak dan saya, kita berdua
tak sesuai untuk satu sama lain.
Apa?
Saya rasa tak,...
Apa? Apa awak cakap ni?
Kamu siap nak pergi mandi?
Hai.
Kami akan berpisah.
Apa?
Ya. Gil putuskan untuk
tinggal di Paris.
Mak dah agak, mak dah cakap.
Apa terjadi?
Saya cuma nak menetap di Paris.
Kalau saya rasa tak seronok, saya baliklah.
Tapi sekarang saya seronok.
Awak nak tinggal dengan siapa?
Dengan kawan khayalan awak?
Betul cakap mak.
Ada wayar putus dalam kepala awak.
Ya, itu saya yang cakap.
Awak bermimpi nak buka kedai
menjual barang lama, antik...
Saya sihat.
1185
Saya rasa hidup awak akan bertambah
baik tanpa saya. Saya serius.
Kami tak ada masalah.
Saya tak percaya.
Pergilah.
Pergilah jalan-jalan, nikmati
cahaya kota Paris dan atap-atapnya.
Okey, selamat tinggal Inez.
Kirim salam pada Trotsky.
Ayah upah seorang penyiasat ekori dia.
Ayah tahu dia ada simpan rahsia.
- Ayah buat macam tu?
- Mestilah.
Penyiasat tu nampak Gil tumpang sebuah
kereta setiap tengah malam. Dia ekori Gil.
Apa terjadi?
Saya tak tahu. Agensi penyiasat
cakap penyiasat tu menghilang.
Siapa awak?
Saya tersesat, saya silap jalan.
Pengawal! Pengawal!
Penggal kepala dia!
(Tengah Malam)
Hei, helo.
Helo.
Wow.
Gembira jumpa awak.
Apa awak buat dekat sini?
Baru balik makan malam
dengan kawan-kawan.
Oh, baik.
Saya tinggal dekat sana.
Dan awak, apa awak buat dekat sini?
Saja berjalan-jalan.
Sebenarnya, saya dah buat keputusan
untuk menetap di Paris.
- Betul?
- Ya. - Wow.
Saya yakin awak akan gembira.
- Awak rasa macam tu?
- Ya.
Awak tahu tak, baru-baru ni
saya teringat pada awak,...
...bos saya baru terima satu koleksi
baru lagu Cole Porter.
- Sebab itu awak teringatkan saya?
- Ya.
Saya suka awak teringat macam tu.
- Awak dalam perjalanan balik rumah?
- Ya.
Boleh saya temankan awak,
atau belanja awak minuman?
Wow, hari dah hujan.
Ya. Tapi tak mengapa.
Saya tak kisah basah.
- Betul?
- Ya.
Paris lebih cantik ketika hujan.
Saya pun selalu fikir macam tu!
Saya sangat setuju dengan awak.
Ya, sangat cantik.
- Oh ya, nama saya Gabriela.
- Gil. Oh, sedap nama awak.
Disarikatakan oleh: Mohammad Izzat Adzhar
Kedah // 11-11-13