Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pada zaman dahulu di sebuah
galaksi yang sangat jauh...
PERANG DI ANTARA BINTANG
EPISOD IV: HARAPAN BARU
Ini Adalah Era Perang Saudara. Pesawat
Pemberontak, Yang Berpangkalan Di Markas Rahsia,...
...Meraikan Kemenangan Pertama Mereka
Menentang Empayar Kuku Besi Galaksi.
Semasa Pertempuran, Perisik
Pemberontak Berjaya Mencuri...
...Pelan Rahsia Melumpuhkan Senjata Agung Empayar,
Iaitu 'Death Star', Sebuah Stesen Angkasa Lepas...
...Berkeselamatan Tinggi Dengan Kekuatan
Mencukupi Untuk Memusnahkan Seluruh Planet.
Dikejar Oleh Tentera Jahat Empayar, Puteri Leia Pulang
Menaiki Kapalnya, Memelihara Pelan Tersebut,....
...Yang Dapat Menyelamatkan Rakyatnya
Serta Mengembalikan Kemerdekaan Pada Galaksi.
Kamu dengar tu?
Mereka sedang musnahkan teras utama.
Sudah pasti kita akan binasa juga.
Semua ini gila.
Habislah kita.
Kali ini Puteri tak
dapat larikan diri.
Bunyi apa tu?
R2-D2, mana kamu?
Akhirnya! Kamu pergi mana? Mereka
menuju ke sini. Apa kita nak buat?
Kita akan dihantar ke pusat pelupusan
di Kessel, kemudian dimusnahkan!
Tunggu.
Kamu nak ke mana?
Pelan Death Star tiada
dalam komputer utama.
Mana transmisi yang kamu pintas tu?
Apa kamu dah buat dengan pelan tu?
Kami tak pintas sebarang transmisi.
Ini pesawat konsulat.
Kami sedang menjalankan
misi diplomatik.
Kalau ini pesawat konsulat,...
...mana Duta Besar?
Komandan, geledah pesawat ini secukupnya
sehingga kamu temui pelan itu,...
...dan tahan penumpangnya!
Saya mahu mereka hidup-hidup!
Ada seorang.
Bersedia lepaskan tembakan.
Dia takkan apa-apa.
Beritahu Raja Vader
kita dah dapat tahanan.
Kamu tak dibenarkan masuk
ke situ. Itu kawasan larangan.
Sudah pasti kamu akan
dinyah-aktifkan.
Jangan panggil saya
ahli falsafah tak berguna!
Keluarlah sebelum
ada orang nampak kamu.
Misi Pelan Rahsia apa?
Apa maksud kamu?
Saya tak mahu masuk ke sana.
Kamu akan menyesal.
Itu satu lagi. -Jangan tembak.
Tak ada makhluk hidup di sana.
Pasti gara-gara litar pintas.
Pelik. Kerosakannya tak nampak
teruk kalau dilihat dari luar sini.
Kamu yakin benda ini selamat?
Darth Vader. Kamu sangat terburu-buru.
Senat Empayar takkan mendiamkan diri.
Kalau mereka dengar kamu
menyerang utusan...
Jangan pura-pura terkejut, Tuanku.
Terang lagi bersuluh, kamu bersalah.
Beberapa transmisi telah dihantar ke
pesawat ini oleh perisik puak pemberontak.
Saya mahu tahu apa yang terjadi dengan
pelan yang mereka hantar pada kamu.
Saya tak tahu apa maksud kamu.
Saya anggota Senat Empayar yang ditugaskan
untuk misi diplomatik ke Alderaan.
Kamu terlibat dalam Pakatan Pemberontak
dan seorang pengkhianat. Bawa dia!
Bahaya kalau kita terus tahan dia.
Kalau berita ini tersebar keluar, silap langkah
Senat akan bersimpati dengan nasib pemberontak.
Saya dah teliti hubungan dia
dengan perisik pemberontak.
Cuma dia sahaja yang boleh bocorkan
lokasi markas rahsia mereka sekarang.
Dia akan mati sebelum sempat
beritahu apa-apa pada kamu.
Serahkan masalah itu pada saya.
Hantar isyarat meminta bantuan...
...dan maklumkan pada Senat bahawa
semua penumpang telah terbunuh.
Tuan Vader, pelan rahsia stesen
tempur tiada di dalam pesawat ini,...
...dan tiada sebarang transmisi dibuat.
Sebuah pod pelarian telah dilancarkan
dari pesawat ketika pertempuran...
...namun tiada makhluk
hidup di dalamnya.
Tentu dia sembunyikan pelan
itu di dalam pod pelarian.
Hantar pasukan untuk berkas mereka.
Kamu mesti turun padang, Komandan.
Tiada siapa dapat halang kita kali ini.
-Ya, Tuan.
Bagaimana kita boleh terlibat
dalam kekacauan ini? -Entahlah.
Nampaknya kita memang ditakkdirkan
untuk menderita. Nasib badan.
Saya mesti berehat sebelum saya hancur
berkecai. Nadi besi saya mengeras.
Terasingnya kawasan ini!
Kamu fikir kamu nak pergi mana?
Saya tak nak ikut situ.
Banyak batu.
Ikut sini lebih mudah.
Kamu yang buat kamu fikir
wujud penempatan di sebelah sana?
Jangan nak ajar saya.
Misi apa?
Apa maksud kamu?
Saya dah penat dengan kamu.
Pergilah ke sana.
Kamu akan rosak dalam sehari.
Jangan merayu minta tolong dengan saya.
Saya takkan tolong.
Cukup-cukuplah mengembara.
Saya takkan pergi arah sana.
Robot bodoh.
Semua ini salah dia.
Dia buat saya terperangkap di sini,
tapi dia pun takkan selamat.
Tunggu! Apa tu? Saya selamat!
Di sini!
Tolong!
R2?
R2-D2, kamukah itu?
Memang kamu!
Pod ini pernah dihuni sebelum ni.
Ada jejak-jejak kaki menuju ke arah sini.
Tengok ni, Tuan, droid.
Kita berhenti.
Bangun!
Bangun!
Habislah kita.
Kamu rasa mereka
akan cairkan kita?
Jangan tembak!
Bila semua ini akan berakhir?
Baiklah.
Mari kita pergi.
Luke!
Luke, beritahu Pak Cik,
kalau dia nak beli penterjemah,...
...pastikan dia boleh
bertutur bahasa Bocce.
Nampak macam kita tak ada banyak pilihan,
tapi saya akan ingatkan pak cik.
Ya, kami akan ambil yang merah.
Tidak, bukan yang itu.
Saya harap kamu diprogram
untuk etika dan protokol.
Protokol?
Itu fungsi utama saya, Tuan.
Saya mahir dalam semua perkara ...
-Saya tak perlukan droid protokol.
Tentulah kamu tak perlu, Tuan.
Tidak dalam persekitaran seperti ini.
Itu sebabnya saya diprogramkan...
Apa yang saya perlukan
adalah droid yang faham...
...bahasa asas mesin
penyejat kelembaban.
Mesin sejat? Tuan, tugas pertama saya
adalah memprogram kod bahasa binari,...
...agak serupa dengan mesin kamu.
-Kamu bertutur bahasa Bocce?
Tentulah, Tuan.
Itu bagaikan bahasa kedua...
Ya, baiklah. kamu boleh diam.
Saya akan ambil yang ini. Luke!
Tolong bawa dua droid
ini masuk garaj.
Saya mahu mereka dibersihkan
sebelum makan malam.
Tapi saya kena pergi Stesen Tosche
untuk ambil mesin pengubah tenaga.
Kamu boleh melepak dengan kawan-kawan
kamu selepas semua kerja kamu selesai.
Cepatlah buat.
-Baiklah. Mari.
Droid warna merah.
Cepat.
Pak Cik Owen!
Ya?
-Droid R2 ini rosak. Tengoklah.
Kamu cuba menipu kami, ya?
Maafkan saya, Tuan,...
...tapi R2 itu dalam keadaan baik,
barang bagus.
Pak Cik Owen, macamana dengan yang itu?
-Macamana dengan droid biru itu?
Kami akan ambil droid itu.
-Bawa pergi yang ni.
Kamu akan puas hati
dengan yang itu, Tuan.
Dia dalam keadaan
yang sangat bagus.
Saya pernah bekerja
dengan dia sebelum ni.
Itu dia datang.
-Baiklah. Lekas.
Jangan lupa jasa saya ni.
Saya tak tahu kenapa saya
tak boleh berjauhan dari kamu.
Syukur!
Seronoknya dapat mandi minyak.
Karat dalam tubuh saya sangat teruk.
Saya nyaris tak boleh bergerak.
Ini tak adil. Biggs memang betul.
Saya takkan dapat keluar dari sini.
Ada apa yang boleh saya bantu?
Tidak. Kecuali kamu boleh
putar semula masa...
...percepatkan musim tuai, atau
keluarkan saya sekejap dari tempat ni.
Rasanya tak boleh, tuan.
Saya cuma sebuah droid tanpa pengetahuan
luas mengenai teknologi sebegitu.
Malah, saya sendiri tak tahu
di mana saya berada sekarang.
Kalau ada titik terang menuju
alam semesta...
...kamu berada di planet yang
sangat jauh darinya.
Saya faham, Tuan.
-Kamu boleh panggil saya Luke.
Baiklah, Tuan Luke.
-Luke sahaja.
Dan saya C-3PO, droid yang
menghubungkan manusia dan robot.
Ini rakan saya, R2-D2.
-Helo.
Kotoran karbon kamu agak banyak.
Tentu kamu berdua dah lalui banyak cabaran.
Dengan semua kejadian yang kami tempuhi, kadang-kala
kami sendiri hairan bagaimana kami masih boleh hidup...
...di sebalik semua pemberontakan
dan perkara sebegitu.
Kamu tahu pasal pemberontakan
menentang Empayar?
Itulah sebabnya kami terkandas
di tempat kamu...
...jika kamu faham maksud saya, Tuan.
Kamu dah rasai banyak pertempuran?
-Sedikit, rasanya.
Sebenarnya, tak banyak yang boleh diceritakan.
Saya tak lebih dari seorang juru bahasa...
...dan tak begitu pandai bercerita.
Kawan kecilku, ada sesuatu
tersangkut di sini.
Kamu naik Starcruiser atau...
Tolong saya, Obi-Wan Kenobi.
Kamu sahajalah harapan saya.
Apa ni?
"Apa yang apa"?
Dia tanya kamu.
Apa tu?
Tolong saya, Obi-Wan Kenobi.
Kamu sahajalah harapan saya.
Tolong saya, Obi-Wan Kenobi.
Kamu sahajalah harapan saya.
Tak ada apa, Tuan,
rosak sedikit sahaja.
Data lama. Abaikan sahaja.
-Siapa dia? Dia cantik.
Entahlah, Tuan.
Rasanya dia salah seorang penumpang
semasa perjalanan terakhir kami.
Orang penting, agaknya.
Kapten kami dibekalkan...
Ada lagi rakaman sebegini?
-Jaga kelakuan kamu, R2.
Kamu akan mengundang masalah pada kita.
Tak apa. Kamu boleh percayakan dia.
Dia tuan kita yang baharu.
Dia cakap, dia droid
kepunyaan Obi-Wan Kenobi,...
...salah seorang penduduk
di kawasan ini,...
...dan ini adalah
mesej peribadi untuknya.
Terus terang cakap, saya tak
tahu apa maksud dia.
Tuan kami yang terakhir
adalah Kapten Antilles.
Akibat semua kejadian yang kami lalui,
droid R2 ini menjadi sedikit pelik.
Obi-Wan Kenobi. Saya teringin nak tahu samada
orang yang dimaksudkan adalah Ben Kenobi tua.
Maaf, tuan, kamu tahu
siapa yang dia maksudkan?
Saya tak kenal mana-mana Obi-Wan...
...tapi Ben si tua
tinggal di luar Dune Sea.
Dia pertapa tua yang pelik.
Saya nak tahu siapa dia. Nampaknya dia dalam
masalah. Lebih baik saya mainkan sampai habis.
Katanya, terdapat selak penahan
yang mengganggu sistem rakamannya.
Dia cadang kalau kamu
tanggalkan selak tu,...
...mungkin dia boleh mainkan
semula semua rakaman itu.
Baiklah.
Lagipun, kamu terlalu kecil untuk
larikan diri kalau saya tanggalkannya.
Baiklah.
Setel.
Tunggu. Mana dia?
Mainkan semula mesej itu.
"Mesej apa"?
Yang baharu sahaja kamu mainkan!
Yang kamu simpan dalam tubuh kamu.
-Luke!
Saya datang, Mak Cik Beru.
-Maaf, Tuan...
...tapi nampaknya dia
mengalami sedikit gangguan.
Ini. Uruskan dia.
Saya akan datang balik.
Pertimbangkan semula
mainkan mesej itu untuk dia.
Rasanya dia tak sukakan kamu.
Saya tak suka kamu juga.
Saya rasa droid R2 yang kita beli
itu mungkin barang curi.
Kenapa kamu fikir begitu?
Secara tak sengaja saya terjumpa sebuah
rakaman semasa sedang membersihkannya.
Dia cakap dia kepunyaan seseorang
bernama Obi-Wan Kenobi.
Saya rasa orang yang dia
maksudkan adalah si Ben tua.
Pak cik tahu apa maksudnya?
-Entah-entah dia saudara Ben.
Ahli Sihir itu adalah
orang tua gila.
Esok, pak cik akan bawa
droid R2 itu pergi Anchorhead,...
...dan padam memori dia. Habis
cerita. Sekarang dia milik kita.
Tapi bagaimana kalau Obi-Wan
datang cari dia?
Tak mungkin.
Rasanya dia dah tak ada.
Dia meninggal pada tahun
yang sama ayah kamu meninggal.
Dia kenal ayah saya?
-Pak cik dah cakap, lupakan hal tu.
Yang penting sekarang, bersihkan
mereka untuk kerja esok.
Esok pagi, pak cik nak tengok
mereka di kaki bukit selatan,...
...membaikpulih mesin-mesin sejat tu.
Saya rasa droid-droid baharu itu
akan berfungsi dengan baik.
Macamana dengan perjanjian kita mengenai
saya tinggal di sini satu musim lagi?
Kalau droid itu berfungsi dengan baik,
saya nak memohon masuk akademi tahun ni.
Maksud kamu semester depan
sebelum musim tuai?
Tentulah. Droid kita
dah lebih dari cukup.
Saya sangat perlukan kamu
semasa musim tuai nanti.
Satu musim sahaja lagi.
Hasil tuaian musim ini akan cukup
untuk pak cik upah lebih ramai pekerja.
Kemudian, kamu boleh
masuk akademi tahun depan.
Kamu mesti faham yang pak cik
perlukan kamu di sini, Luke.
Maksudnya setahun lagi!
-Satu musim sahaja lagi.
Ya, itu yang Pak Cik cakap semasa
Biggs dan Tank pergi dari sini.
Nak pergi mana tu?
-Saya takkan pergi jauh.
Saya nak bersihkan droid-droid tu.
Owen, dia tak boleh melekat
dekat sini selama-lamanya.
Ramai kawan-kawan dia dah keluar
dari sini. Itu yang dia nak.
Saya akan tunaikan hasrat
dia tahun depan. Saya janji.
Luke bukan sekadar seorang peladang, Owen.
Sifat ayahnya masih membuak dalam dirinya.
Itulah yang saya takut.
Kenapa kamu menyorok? -Bukan salah saya, Tuan.
Tolong jangan nyah-aktifkan saya.
Saya dah larang dia, tapi dia dah rosak, tak berfungsi
dengan baik. Dia asyik membebel pasal misi dia.
Droid R2 tu selalu buat masalah.
Droid angkasa lepas memang agak susah nak diurus.
Kadang-kala, saya sendiri tak faham cara
pemikiran mereka. -Kenapalah saya bodoh sangat?
Saya tak nampak dia.
Maaf, Tuan, tapi tak bolehkah
kita pergi cari dia?
Terlalu bahaya dengan semua Orang-Orang Pasir
berdekatan sini. Kita mesti tunggu sampai esok pagi.
Luke! Pak cik akan tutup elektrik.
-Baik! Saya masuk sekejap lagi.
Saya akan cari dia. Droid kecil tu
akan mengundang masalah pada saya.
Dia memang suka buat masalah.
-Mari.
Luke?
Kamu nampak Luke pagi ni? -Dia cakap
ada hal yang perlu diselesaikan,...
...jadi dia keluar pagi-pagi lagi.
-Dia bawa dua droid baharu itu sekali?
Rasanya. -Lebih baik dia bawa
mereka ke kaki bukit selatan,...
...untuk baikpulih mesin itu.
Kalau tak, siaplah dia.
Tengok, ada sebuah droid dalam
mesin pengimbas. -Terus ke depan.
Itu mungkin droid R2 kita.
Tambah kelajuan!
Tunggu! Mana kamu nak pergi? -Tuan Luke
adalah pemilik sah kamu sekarang.
Kami tak mahu dengar lagi pasal Obi-Wan Kenobi.
Dan hentikan bercakap pasal misi kamu tu.
Kamu bernasib baik dia tak
musnahkan kamu sampai berkecai!
Tak apa. Lebih baik kita beredar sekarang.
Kenapa dengan dia? -Ada makhluk
datang dari arah tenggara.
Orang-Orang Pasir.
Mari kita periksa. Cepat!
Ada dua ekor Bantha di bawah,
tapi saya tak nampak ... Tunggu dulu.
Mereka Orang-Orang Pasir. Saya
nampak salah seorang dari mereka.
Helo di sana. Mari sini,
kawan kecil. Jangan takut.
Jangan risau. Dia selamat.
Berehatlah. Nasib kamu kurang baik hari ni.
Syukurlah kamu masih dalam keadaan baik.
Ben? Ben Kenobi? Gembira berjumpa kamu.
Gurun Jundland bukannya tempat
untuk kamu bersiar-siar.
Jadi, Luke, apa yang buat kamu
datang sejauh ni? -Droid kecil ini.
Rasanya dia sedang
mencari tuan lamanya,...
...tetapi saya tak pernah jumpa
droid yang sangat setia seperti itu.
Dia cakap dia kepunyaan Obi-Wan Kenobi.
Dia ada hubungan kekeluargaan dengan kamu?
Kamu tahu siapa yang dia maksudkan?
-Obi-Wan Kenobi?
Dah lama saya tak dengar nama tu.
Rasanya pak cik saya kenal dia.
Pak cik saya cakap, dia dah mati.
Dia tak mati. Belum lagi.
Kamu kenal dia?
Tentulah saya kenal dia.
Dialah saya.
Dah lama saya tak dipanggil
dengan nama Obi-Wan,...
...semenjak sebelum kamu lahir lagi.
-Kalau begitu, droid itu kepunyaan kamu.
Saya tak ingat pula pernah
ada sebuah droid. Menarik.
Saya rasa lebih baik kita
cari tempat yang tertutup.
Orang-Orang Pasir
memang mudah terkejut...
...tapi mereka akan datang balik
dalam jumlah yang lebih besar.
3PO.
Saya di mana?
Tentu saya tersilap langkah.
Kamu boleh berdiri? Kita mesti beredar
sebelum Orang-Orang Pasir itu datang balik.
Rasanya saya takkan selamat.
Pergilah, Tuan Luke.
Sia-sia kamu bahayakan nyawa
kamu demi saya. Saya dah hancur.
Apa kamu merepek ni? Tidak, kamu
belum hancur. -Mereka makin dekat.
Tidak, ayah saya tak
terlibat dalam peperangan.
Dia seorang penunjuk arah
dalam pesawat pembawa rempah.
Itu yang pak cik kamu cakap.
Dia tak sokong
cita-cita ayah kamu.
Pak Cik kamu fikir dia tak
patut terlibat dalam perang tu.
Kamu pernah terlibat dalam Perang Klon?
Ya. Dulu saya seorang pahlawan Jedi,
sama seperti ayah kamu.
Kalaulah saya kenal dia.
Dia jurupandu pesawat terbaik
di seluruh galaksi dan askar yang bijak.
Tak hairanlah kenapa kamu
juga seorang jurupandu yang cekap.
Dia kawan yang baik.
Saya ada sesuatu untuk kamu.
Ayah kamu mahu kamu simpan
barang ini bila kamu dewasa...
...tapi pak cik kamu takkan benarkannya.
Dia takut kamu terpengaruh dengan si tua
Obi-Wan yang berfikiran aneh seperti ayah kamu.
Tuan, kalau kamu tak perlukan saya,
izinkan saya tidur sekejap.
Ya, tidurlah.
Apa ni? -Ini Lightsaber ayah kamu.
Ini senjata pahlawan Jedi.
Bukan senjata sebarangan
seperti senjata pemusnah.
Senjata yang elegan untuk
zaman yang lebih beradab.
Selama beribu-ribu generasi,
pahlawan Jedi adalah penjaga...
...keamanan dan keadilan
ketika zaman Republik lama,...
...sebelum datangnya era kegelapan itu.
Sebelum wujudnya Empayar.
Bagaimana ayah saya meninggal?
-Seorang Jedi muda bernama Darth Vader...
...yang dulunya anak murid saya,
berubah menjadi jahat,...
...membantu Empayar membunuh
semua pahlawan Jedi.
Dia belot dan bunuh ayah kamu.
Sekarang, Jedi dah pupus.
Vader telah terpedaya
dengan sisi gelap Force.
Force?
-Force menyalurkan kekuatan pada Jedi.
Ia adalah medan tenaga yang
tercipta dari semua makhluk hidup.
Ia mengelilingi dan memasuki diri kita.
Ia menyatukan galaksi.
Sekarang, mari kita siasat
siapa kamu, Kawan Kecil...
...dan dari mana kamu datang.
Saya tonton sebahagian mesej ...
Jeneral Kenobi, bertahun-tahun yang lalu
kamu membantu ayah saya ketika Perang Klon.
Sekarang, dia perlukan bantuan kamu bagi
meneruskan perjuangannya menentang Empayar.
Sayangnya, saya tak boleh mewakili
permintaan ayah saya secara langsung.
Pesawat saya telah diserang dan...
...saya khuatir seandainya misi
untuk membawa kamu ke Alderaan gagal.
Saya telah menyimpan maklumat penting
bagi kelangsungan hidup pemberontak...
...ke dalam sistem memori droid R2 ini.
Ayah saya tahu cara mengakses maklumat itu.
Kamu mesti temui droid ini dan sampaikan
ia dengan selamat padanya di Alderaan.
Ini detik yang genting bagi kami.
Tolong saya, Obi-Wan Kenobi.
Kamu sahajalah harapan saya.
Kamu boleh belajar ilmu Force
kalau kamu ikut saya pergi Alderaan.
Alderaan? Saya tak nak pergi
Alderaan. Saya mesti balik.
Sekarang ni dah lewat.
Saya akan kena marah.
Saya perlukan bantuan kamu, Luke.
Dia perlukan bantuan kamu.
Saya dah terlalu tua
untuk hal sebegini.
Saya tak boleh terlibat. Ada kerja
yang perlu saya selesaikan.
Bukan bermaksud saya sukakan
Empayar. Saya benci mereka,...
...tapi tak ada apa saya
boleh buat sekarang ni.
Tentu tempat itu sangat jauh dari sini.
-Itu yang pak cik kamu cakap.
Pak Cik saya. Apa saya boleh cakap?
-Belajarlah ilmu Force, Luke.
Saya cuma boleh hantarkan
kamu sampai Anchorhead.
Kamu boleh dapatkan kenderaan di sana untuk
ke Mos Eisley atau ke mana saja kamu nak.
Kamu perlu lakukan apa yang
kamu rasa betul, tentulah.
Kita akan terdedah pada bahaya, sehinggalah
stesen tempur ini dapat beroperasi secara penuh.
Pakatan Pemberontak mempunyai
persiapan yang lebih mantap.
Mereka lebih berbahaya
dari apa yang kamu sedar.
Berbahaya pada tentera kamu, Komandan,
bukan pada stesen tempur ini.
Pemberontak akan terus
mendapat sokongan Senat Empayar...
Senat Empayar bukan lagi
satu masalah pada kita.
Saya baru menerima berita bahawa Maharaja
telah membubarkan Majlis selama-selamanya.
Ahli Majlis Republik yang lama,
telah disapu bersih. -Tak mungkin.
Bagaimana Empayar nak pertahankan
kuasa mereka tanpa birokrasi?
Semua gabenor daerah kini memiliki
kawalan langsung ke atas kawasan mereka.
Ketakutan akan mengekalkan
kesetiaan mereka pada kerajaan,...
...dan juga pada stesen tempur ini.
-Bagaimana pula dengan pemberontakan?
Jika para pemberontak berjaya memperoleh
maklumat penuh mengenai stesen ini,...
...besar kemungkinan mereka boleh
tahu kelemahan kita dan memanfaatkannya.
Semua kelebihan itu akan
berbalik kepada kita.
Apa saja serangan yang dilancarkan oleh
para pemberontak terhadap stesen ini,...
...adalah satu tindakan sia-sia,...
...tak kira apa saja maklumat
teknikal yang berjaya mereka peroleh.
Stesen ini adalah kuasa yang paling agung
di alam semesta. Saya cadang kita gunakannya.
Jangan terlalu bangga dengan teknologi
ganas yang kamu bangunkan ini.
Kemampuannya untuk menghancurkan
sebuah planet bukanlah satu tandingan...
...kepada kuasa Force.
Jangan cuba menakutkan saya dengan
ilmu sihir kamu, Raja Vader.
Kesetiaan kamu yang menyedihkan
pada ajaran ketinggalan zaman itu...
...tak dapat membantu kamu
meramalkan kejadian curi tersebut,...
...atau berikan kamu kemampuan
menilik yang cukup...
...untuk mengesan markas
pemberontak yang tersem--
Nampaknya ketidakyakinan kamu
mengganggu pertuturan kamu.
Cukuplah tu. Vader, lepaskan dia.
-Baiklah.
Pertengkaran ini sia-sia.
Raja Vader akan memperoleh lokasi markas pemberontak
pada ketika stesen ini mula beroperasi penuh.
Kemudian kita akan hancurkan gerakan
pemberontak itu dengan sekali serangan sahaja.
Nampak gaya ini angkara Orang Pasir.
Ada tongkat gaffi dan jejak kaki Bantha.
Saya tak pernah dengar mereka serang
sesuatu sebesar ini sebelum ni.
Memang tidak, tapi kita akan fikir
mereka yang buat. Jejak ini nampak serasi.
Orang-Orang Pasir selalu
menunggang dalam satu barisan...
...untuk menyembunyikan
jumlah sebenar mereka.
Mereka kaum Jawa yang sama
yang jual R2 dan 3PO pada kami.
Kesan tembakan ini pula,
ini bukan kerja Orang Pasir.
Cuma askar Empayar yang terlatih
sahaja dapat tembak setepat ini.
Tapi kenapa askar Empayar
bunuh kaum Jawa?
Kalau mereka dapat kesan robot tu dari
sini, mereka akan tahu siapa yang membelinya.
Jadi, mereka akan mengarah ke ...
Rumah saya!
Tunggu, Luke!
Terlalu berbahaya!
Pak Cik Owen!
Mak Cik Beru!
Sekarang, Yang Mulia, mari kita bincangkan
soal lokasi markas pemberontak rahsia kamu itu.
Tak ada apa kamu boleh buat
kalaupun kamu ada di sana, Luke.
Kamu boleh terbunuh dan droid
akan jatuh ke tangan Empayar.
Saya nak ikut kamu pergi Alderaan.
Tiada apa lagi di sini untuk saya.
Saya nak belajar ilmu Force dan
jadi pahlawan Jedi seperti ayah saya.
Lapangan angkasa lepas Mos Eisley. Tempat
itu adalah sarang penjenayah dan penyangak.
Kita mesti berhati-hati.
Dah berapa lama kamu simpan droid ini?
-Lebih kurang tiga atau empat musim.
Mereka dijual kalau kamu mahu.
-Tunjuk tanda pengenalan kamu.
Kamu tak perlu tengok tanda pengenalan dia.
-Kita tak perlu tengok tanda pengenalan dia.
Ini bukan droid yang kamu cari.
-Ini bukan droid yang kita cari.
Dia boleh teruskan perjalanan.
-Kamu boleh teruskan perjalanan.
Teruskan.
Saya geram dengan kaum Jawa ni.
Mereka menjijikkan! -Pergilah.
Saya tak faham, bagaimana kita boleh
lolos dari kumpulan askar tu.
Saya ingat dah kantoi.
Pengamal Force dapat mempengaruhi
mereka yang berfikiran lemah.
Kamu fikir kita akan jumpa jurupandu
yang dapat bawa kita ke Alderaan di sini?
Kebanyakan jurupandu pesawat berada
di sini. Sentiasa berhati-hati.
Tempat ini pelik sedikit.
-Saya siap sedia.
Mari, R2.
Kami tak layan kaum mereka di sini.
-Apa?
Droid kamu, mereka mesti tunggu di luar.
Mereka tidak diterima di sini.
Apa kata kamu tunggu berdekatan speeder?
-Saya sangat setuju dengan kamu, Tuan.
Dia tak suka kamu. -Maaf.
-Saya tak suka kamu juga.
Jaga perangai kamu tu. Kami orang buruan.
Saya dijatuhi hukuman mati di 12 planet.
Saya akan berhati-hati. -Kamu akan mati!
-Si kecil ini tak layak dijadikan lawan.
Marilah, saya belanja kamu.
Saya tak apa-apa.
Chewbacca ini sesuai untuk
dibawa bersama kita.
Saya tak sedap hati.
Han Solo. Saya kapten Millennium Falcon.
Chewie kata, kamu sedang mencari
pengangkutan untuk ke planet Alderaan.
Ya, betul, kalau pesawat tu laju.
Pesawat laju? Kamu tak pernah
dengar pasal Millennium Falcon?
Perlukah saya dengar?
Pesawat ini dapat mengelilingi
Kessel dalam masa 12 parsecond.
Pesawat saya lebih laju
berbanding pesawat Empayar.
Bukan pesawat biasa. Saya maksudkan
kapal Corellian yang besar tu.
Pesawat itu cukup laju bagi kamu,
orang tua. Barang bawaan?
Penumpang sahaja. Saya sendiri,
pemuda ini, dua droid,...
...dan berhenti tanya soalan.
-Kamu ada masalah dengan penduduk tempatan?
Anggap sahaja kami tak nak
ada masalah dengan pihak Empayar.
Itulah sebenarnya, kan? Kalau begitu,
saya terpaksa caj kamu lebih.
10,000, pengeras. -10,000? Kita boleh
beli pesawat sendiri dengan duit sebanyak tu!
Siapa pula nak terbangkannya, kamu?
-Tentulah. Saya pun jurupandu jugak.
Kita tak perlu duduk sini,
dengar cakap dia...
Kami boleh bayar kamu
2,000 sekarang,...
...tambah 15,000 sebaik
tiba di Alderaan.
17,000? Okey. Setuju.
Kita bertolak bila kamu sedia.
Kawasan Dok 94.
Nampaknya ada orang dah tertarik
dengan penerbangan tiba-tiba kamu.
Baik. Kami akan periksa.
17,000! Tentu mereka sedang terdesak.
Mereka akan selamatkan nyawa saya.
Mereka akan selamatkan nyawa saya.
Pergi buat persediaan kapal.
Kamu kena jual speeder kamu. -Tak ada
masalah. Saya takkan datang planet ini lagi.
Kamu nak pergi mana, Solo?
-Ya, Greedo.
Saya baru saja nak pergi jumpa bos kamu.
Beritahu Jabba saya dah dapat duit.
Dah terlambat. Kamu patut bayar bila ada peluang.
Jabba kenakan upah yang mahal untuk kepala kamu.
Setiap pemburu upahan dalam
galaksi ini sedang buru kamu.
Bertuahnya saya yang jumpa kamu dahulu.
-Ya, tapi kali ini saya dah dapat duit.
Kalau kamu bagi duit tu,
saya lepaskan kamu sekarang.
Saya tak ada duit tu sekarang.
Beritahu Jabba...
Jabba dah muak dengan kamu.
Dia kecewa dengan penyeludup,...
...yang terjatuhkan barang seludupannya
betul-betul depan dengan askar Empayar!
Malah saya sendiri kena tangkap.
Kamu ingat saya ada pilihan?
Cakap begitu pada Jabba. Mungkin dia
cuma akan ambil alih pesawat kamu.
Langkah mayat saya dulu.
Memang itu yang saya nak.
Dah lama saya tunggu.
-Ya, saya pasti.
Maaf saya buat kecoh.
Fikirannya agak sukar ditembusi.
Memakan masa untuk paksa dia buka mulut.
Pemeriksaan akhir selesai. Semua sistem
beroperasi penuh. Ke mana arah laluan kita?
Mungkin dia akan buka mulut kalau kita
guna cara lain. -Apa maksud kamu?
Rasanya dah tiba masa kita
buktikan kuasa agung stesen ini.
Tetapkan laluan menuju Alderaan.
-Baiklah.
Kunci pintu, R2.
-Periksa laluan ni.
Pintu terkunci.
Bergerak ke pintu sebelah.
Saya lebih suka ikut Tuan Luke
dari duduk di sini dengan kamu.
Entah macamana semua masalah ini timbul.
Tapi saya pasti ia salah kamu. Jaga mulut kamu.
Bagi sini. Biar saya bawa. Tengok ni.
Sejak XP-38 muncul, mereka dah tak laku.
Cukuplah ni.
Solo! Keluar dari pesawat kamu, Solo!
-Saya di sini, Jabba.
Saya tengah tunggu kamu.
-Datang pun kamu.
Kamu tak fikir saya akan lari, bukan?
Han, Kawanku, kamu kecewakan saya.
Kenapa kamu tak bayar hutang saya,
sebaliknya bunuh Greedo?
Dengar, Jabba, lain kali kalau
nak ugut saya, datanglah sendiri.
Jangan upah makhluk bodoh macam tu.
-Han, saya tak boleh pilih kasih.
Bagaimana kalau semua orang
yang menyeludup untuk saya...
...menjatuhkan barang mereka
betul-betul di depan askar Empayar?
Keadaan ni tak baik untuk bisnes saya.
-Jabba, malah saya sendiri kena tangkap.
Kamu fikir saya ada pilihan lain? Tetapi,
pesawat saya baru sahaja disewa mahal.
Saya akan bayar hutang saya,
dengan sedikit bonus.
Saya cuma perlukan tempoh.
-Han, kawanku, kamulah yang terbaik.
Jadi, bunga 20%...
-15 %, Jabba. Jangan melebih.
Baiklah, 15 %. Tetapi kalau
kamu kecewakan saya sekali lagi,...
...saya terpaksa tingkatkan upah
yang lebih tinggi untuk kepala kamu...
...sehingga kamu tak berani lagi
bergaul dengan manusia lain.
Jabba, kamu manusia yang bertimbang rasa.
-Mari!
Kalau pesawat itu memang laju macam dia
cakap, rancangan kita patut berjalan lancar.
Buruknya pesawat! -Ia boleh bergerak
pada kelajuan separuh kelajuan cahaya.
Rekabentuknya memang kurang menarik.
Tetapi boleh diharap, budak.
Saya sendiri ubahsuai pesawat ni.
Kamu nampak terburu-buru.
Apa kata kamu naik cepat...
...dan kita pergi dari sini.
Helo, Tuan.
Arah mana?
Baik, semua, isi peluru.
Hentikan pesawat tu!
Tembak mereka!
Chewie, bawa kita keluar dari sini!
Saya dah lupa betapa saya
bencikan perjalanan angkasa lepas.
Nampaknya itu pesawat Empayar.
-Mari lepaskan diri.
Gunakan perisai penangkis sementara
saya proses kelajuan cahaya.
Jaga-jaga. Ada dua buah lagi datang.
Mereka akan cuba pintas laluan kita.
Kenapa tak tinggalkan saja mereka?
Kamu cakap ia laju!
Jaga mulut kamu, atau kamu
nak terpelanting jatuh balik rumah.
Kita akan selamat sebaik kita
bergerak dengan kelajuan hiper.
Selain itu, saya tahu beberapa gerakan.
Kita boleh lepaskan diri.
Sekarang baru seronok. -Berapa lama lagi
sebelum kita boleh rasa kelajuan cahaya?
Ambil masa untuk dapatkan koordinat dari komputer
petunjuk arah. -Dengan kelajuan sekarang ni?
Nak masuk ruang kelajuan hiper
bukan semudah menebas lalang, budak!
Tanpa perkiraan yang tepat, kita
akan terbang melangkaui bintang...
...atau terpentaling terlalu
dekat dengan supernova...
...dan tamatlah perjalanan kamu.
Lampu apa yang berkelip?
-Perisai penangkis dah tertanggal.
Pakai tali pinggang keselamatan.
Saya akan bawa kita rasai kelajuan cahaya.
Kita dah masuk kawasan planet
Alderaan. -Gabenor Tarkin.
Patutnya saya dah agak,
kamulah yang menyuruh Vader.
Saya boleh hidu bau busuk kamu semasa
dibawa masuk ke dalam kapal ini.
Masih mengancam walau
telur dihujung tanduk.
Kamu tak tahu betapa sukarnya saya
buat keputusan untuk bunuh kamu.
Saya kagum, kamu sanggup pikul
tanggungjawab seberat ini.
Puteri Leia, sebelum kamu hadapi ajal kamu,...
...saya ingin mengalu-alukan kamu melihat julung
kalinya cara stesen tempur ini beroperasi.
Tiada kerajaan bintang lain yang akan
berani menentang Empayar sekarang.
Makin kamu kuatkan cengkaman, Tarkin,
makin ramai akan memberontak.
Tidak selepas kami buktikan
kekuatan stesen tempur ini.
Secara tak langsung, kamu sendiri telah menentukan
planet mana akan musnah terlebih dahulu.
Oleh kerana kamu enggan memberikan lokasi
markas pemberontak itu kepada kami,...
...saya telah memilih untuk menguji
kekuatan pemusnah stesen ini...
...ke atas planet asal kamu, Alderaan.
Tidak! Alderaan adalah planet yang aman damai.
Kami tak bersenjata. Kamu tak boleh...
Kamu mahukan sasaran lain?
Lokasi pihak tentera? Sebutkan saja.
Saya dah jemu dengan soalan ini.
Ini kali terakhir saya tanya.
Di mana markas pemberontak itu?
Dantooine. Mereka di Dantooine.
Setel. Nampak tu, Vader?
Dia boleh bertolak ansur.
Kekalkan sasaran.
Tembak bila sedia.
Apa? -Kamu terlalu mudah percaya.
Dantooine terlalu terpencil...
...untuk kami tunjukkan kekuatan
kami, tetapi jangan bimbang.
Kami akan sapu bersih kawan-kawan
pemberontak kamu itu nanti. -Tidak!
Memulakan cucuhan utama.
Kamu sihat? Apa hal ni?
Saya merasa satu gangguan
yang hebat dalam Force,...
...seolah-olah ada jutaan suara
tiba-tiba menjerit ketakutan...
...dan tiba-tiba juga terdiam.
Saya risau sesuatu yang buruk telah
berlaku. Teruskan latihan kamu.
Kamu boleh lupakan soal askar Empayar tu.
Saya dah kata, pesawat saya lebih pantas.
"Tak perlu berterima kasih". Kita akan
sampai di Alderaan lebih kurang jam 02:00.
Jaga-jaga, R2.
Dia main dengan jujur. Tak guna meraung.
Biarkan dia menang. Jangan buat Wookie kecewa.
-Tetapi tiada siapa peduli bila droid kecewa, Tuan.
Sebab, droid takkan cabut lengan
mereka dari tubuh, bila mereka kalah.
Bangsa Wookiee terkenal kerana budaya tu.
Saya faham, Tuan. Saya cadangkan strategi
baharu, R2. Biar Wookiee menang.
Ingat, seorang Jedi boleh rasa
Force meresap di dalam tubuhnya.
Maksudnya, ia dapat kawal tindak tanduk saya?
-Kadangkala. Ia tetap patuh pada arahan kamu.
Kepercayaan mengarut dan senjata lapok
bukanlah tandingan senjata pemusnah, budak.
Kamu tak percaya dengan Force, ya?
-Saya dah lama merantau,....
...dari satu galaksi ke satu galaksi.
Saya dah lihat banyak perkara aneh,...
...tetapi saya belum pernah melihat
sesuatu yang dapat buat saya percaya...
...bahawa terdapat satu kuasa maha
hebat yang mampu kawal semua perkara.
Tiada medan tenaga mistik yang dapat
kawal takdir saya. Semua itu mengarut.
Cuba lagi, Luke. Kali ini, tumpukan perhatian
dan bergerak mengikut naluri kamu.
Dengan pelindung kepala tertutup,
saya tak nampak apa-apa.
Macamana saya nak berlawan?
-Mata boleh menipu. Jangan percayakannya.
Tenangkan perasaan kamu.
Nampak? Kamu boleh buat.
-Nasib baik sahaja.
Mengikut pengalaman saya,
nasib baik tak wujud.
Dengar, hebat melawan
mesin, itu satu hal.
Hebat melawan makhluk hidup,
lain pula ceritanya.
Nampaknya kita dah
sampai di Alderaan.
Saya dapat rasakannya.
Seolah-olah saya boleh melihat.
Baguslah.
Kamu telah melangkah masuk
ke dunia yang lebih luas.
Ya?-Kapal pemantau kita
dah sampai di Dantooine.
Mereka dah jumpa saki-baki
markas pemberontak,...
...tetapi nampaknya tempat
itu telah lama ditinggalkan.
Mereka sedang meluaskan
pencarian di planet berdekatan.
Dia tipu. Dia tipu kita!
Saya dah cakap, dia takkan bocorkan
lokasi markas pemberontak dengan mudah.
Bunuh dia, segera.
Bersiap sedia, Chewie.
Perlahankan kelajuan enjin.
Apa ni ...
Kita dah keluar dari ruang kelajuan
hiper dan memasuki hujan meteor.
Berlaku perlanggaran asteroid.
Tak kelihatan dalam paparan.
Apa halnya? -Posisi kita dah betul,
tetapi Alderaan tak ada.
Apa maksud kamu? Mana dia?
-Itu yang saya hairan.
Planet tu dah lenyap. Musnah sama sekali.
-Apa? Bagaimana?
Dimusnahkan, oleh Empayar.
Tak mungkin mereka mampu
musnahkan keseluruhan planet.
Perlukan 1,000 buah kapal dengan
lebih banyak senjata berat dari...
Ada pesawat lain datang.
Mungkin mereka tahu apa yang terjadi.
-Itu pesawat tempur Empayar.
Mereka ekori kita! -Bukan.
Itu pesawat tempur berjarak dekat.
Tak wujud sebarang pangkalan
di sini. Dari mana ia datang?
Ia nampak tergesa-gesa.
Kalau mereka nampak kita, habis kita.
Tidak kalau saya ada.
Chewie, sekat transmisi mereka.
Biar mereka pergi. Dah terlalu jauh.
-Belum cukup jauh.
Tak mungkin pesawat tempur sekecil itu mampu
terbang jauh keseorangan di angkasa lepas begini.
Mungkin dia tersesat,
atau terpisah dari konvoi.
Dia takkan sempat maklumkan
kehadiran kita di sini kepada sesiapa.
Tengok. Dia menuju ke arah bulan kecil tu.
Saya akan tembak dia sebelum dia
sampai sana. Masih dalam jangkauan.
Itu bukan bulan. Itu stesen angkasa lepas.
Mustahil stesen angkasa lepas sebesar tu.
Saya tak sedap hati.
-Patah balik pesawat ni.
Ya. Saya setuju. Berundur.
Chewie, aktifkan tenaga tambahan.
Chewie, aktifkan tenaga tambahan!
Kenapa kita masih bergerak ke depan?
Kita terperangkap dalam pancaran penarik.
-Pasti ada sesuatu kamu boleh buat!
Tak boleh. Kelajuan penuh. Saya akan lawan.
Mereka takkan tangkap saya tanpa berlawan.
Kamu tak boleh menang.
Tapi ada cara lain selain berlawan.
Kosongkan hangar 327.
Membuka medan magnet.
Bergerak ke stesen!
Ikut saya.
Menutup semua perisai
bahagian luar.
Menutup semua perisai
bahagian luar.
Ya?
Kami menarik sebuah
pesawat kargo,...
...datang dari saki-baki
planet Alderaan.
Ciri-cirinya sepadan dengan pesawat
yang melarikan diri dari Mos Eisley.
Tentu mereka dalam percubaan mengembalikan
pelan yang dicuri itu kepada Puteri.
Mungkin dia masih berguna kepada kita.
Buka 1, 5, 7, dan 9.
Turunkan muatan.
316, melapor pada pusat kawalan.
Tiada siapa di dalam pesawat, Tuan.
Menurut rekod pesawat, kru kapal meninggalkan
pesawat sebaik mereka berlepas.
Tentu ini satu umpan, Tuan. Beberapa
buah pod pelarian telah dilancarkan.
Kamu jumpa sebarang droid?
-Tidak, Tuan.
Kalaupun ada, pasti mereka juga telah
dilarikan. -Hantar kru pengesan.
Saya mahu setiap bahagian pesawat
ini diperiksa. -Ya, tuan.
Saya rasa sesuatu. Sesuatu
yang dah lama saya tak rasa.
Panggil dua buah skuad pengesan.
Geledah pesawat ini habis-habisan.
Tiada siapa di sini.
Nasib baik kamu ada ruang kompartmen ini.
-Saya guna ia untuk aktiviti penyeludupan.
Hari ini saya seludup diri
saya sendiri di dalamnya.
Kalau saya terbangkan pesawat ini pun,
pancaran penarik itu tak boleh dilepasi.
Serahkannya pada saya. -Bodoh,
saya dah agak kamu akan cakap begitu.
Siapa yang lebih bodoh?
-Si bodoh atau orang yang ikut si bodoh?
Pesawat ini tanggungjawab kamu. Kamu
dapat kesan apa-apa, laporkan segera.
Orang di bawah!
Boleh minta tolong sikit?
TK-421, kenapa tak berjaga di luar?
TK-421, kamu dengar?
Kamu ambil alih. Ada isyarat
kurang bagus. Saya pergi tengok.
Di sebalik jeritan dia
dan tembakan padu kamu tu,...
...saya hairan mereka masih
belum sedar kehadiran kita.
Panggil mereka datang! Saya lebih suka
bertempur depan-depan daripada serang hendap.
Kami dah jumpa penyambung komputer, Tuan.
Pasangkan. Kita akan mendapat akses
jaringan ke seluruh rangkaian Empayar.
Dia dah jumpa alat kawalan...
...yang mengendalikan pancaran cahaya
yang menarik pesawat kita ke sini.
Dia akan cuba kesan lokasinya
dan paparkan di monitor.
Pancaran penarik dihubungkan
pada teras utama dari tujuh lokasi.
Kehilangan tenaga pada salah
sebuah terminal tersebut...
...akan membolehkan pesawat kita
berlepas keluar dari sini.
Saya tak rasa kamu semua boleh membantu.
Saya mesti pergi sendiri.
Ikut suka kamu. Saya dah buat
lebih dari apa yang patut saya buat.
Saya nak ikut. -Sabar, Luke.
Tunggu di sini dan jaga droid tu.
Mereka mesti diserahkan dengan selamat...
...atau planet lain alan mengalami
nasib yang sama seperti Alderaan.
Perjalanan takdir kamu berbeza
dengan perjalanan takdir saya.
Force akan selalu bersama kamu.
Betul tu, Chewie.
Di mana kamu jumpa
orang tua kolot tu?
Ben seorang yang hebat.
-Ya, hebat mengundang masalah.
Kamu pula langsung tak membantu.
Buatlah apa sahaja asalkan
kita tak ditangkap sia-sia.
Kamu ingat kamu siapa...
Apa tu?
-Saya kurang pasti, Tuan.
Dia kata "Saya dah jumpa dia"
dan asyik ulang "Dia di sini."
Siapa yang dia dah jumpa?
-Puteri Leia.
Puteri? Dia di sini?
-Puteri?
Mana dia?
-Puteri? Apa terjadi?
Tingkat 5, Blok Penahanan AA-23.
Dia dijadualkan untuk dihukum mati.
-Tidak!
Kita mesti buat sesuatu!
-Apa maksud kamu?
Droid-droid ini milik dia.
Dia orang dalam mesej tu.
Kita mesti tolong dia.
Jangan buat lawak. Orang tua
tu suruh kita tunggu sini.
Tapi dia tak tahu puteri ada di sini.
Cari jalan menuju blok penahanan.
Saya takkan pergi mana-mana.
-Mereka akan bunuh dia.
Tadi, kamu cakap kamu tak nak
tunggu di sini dan tertangkap!
Sekarang kamu nak tunggu dekat sini?
Berjalan ramai-ramai ke blok tahanan
tak terlintas pula dalam fikiran saya.
Tapi mereka akan bunuh dia!
-Lebih baik dia daripada saya.
Dia kaya.
Kaya?
-Kaya dan berkuasa.
Dengar, kalau kamu selamatkan
dia, ganjarannya ialah...-Apa?
Lebih besar dari yang
boleh kamu bayangkan.
Entahlah. Saya boleh bayangkannya.
-Kamu akan dapat.
Harapnya begitu.
-Pasti.
Baiklah, budak. Pastikan kamu
yakin dengan perkara ni.
Apa rancangan kamu?
3PO, serahkan saya gari tu.
-Baik.
Saya akan pasangkan kamu gari ni.
Baiklah. Han, kamu saja yang pasangkan.
Jangan risau, Chewie.
Rasanya saya tahu apa akal dia.
Tuan Luke, maafkan saya,...
...tapi apa yang patut R2 dan saya
buat kalau mereka tahu kami di sini?
Kunci pintu. -Harapnya mereka
tak bawa senjata pemusnah.
Tak senang duduk saya nampaknya.
517 menuju pusat kawalan pengimbas.
517 menuju pusat kawalan pengimbas.
316, melapor pada pusat kawalan.
53 menuju pintu kawasan bahagian atas.
53 menuju pintu kawasan bahagian atas.
Saya tak nampak apa-apa dengan helmet ni.
Kita takkan berjaya.
-Kenapa kamu tak cakap dari tadi?
Saya dah cakap dari tadi.
Ke mana kamu nak bawa makhluk ni?
Pemindahan tahanan dari Sel 1138.
Saya tidak dimaklumkan.
Saya akan pastikannya.
Jaga-jaga!
Dia larikan diri!
Dia akan hancurkan badan kita!
Jaga-jaga!
Kita mesti cari sel
yang dihuni puteri.
Itu dia. Sel 2187.
Pergi selamatkan dia.
Saya akan lambatkan mereka.
Semuanya dalam kawalan.
Situasi normal.
Apa terjadi?
Senjata kami mengalami sedikit kerosakan,
tapi sekarang semua dalam keadaan baik.
Keadaan aman. Terima kasih.
Kamu apa khabar?
Kami akan hantar bantuan.
Jangan!
Teras bocor.
Bagi kami masa untuk baikpulih.
Bocor teruk. Sangat bahaya.
Siapa ini?
Apa nombor operasi kamu?
Perbualan yang membosankan.
Luke! Ada orang akan datang sini!
Bukankah kamu sedikit pendek
untuk layak menjadi askar?
Oh, seragam ni.
Nama saya Luke Skywalker.
Saya datang untuk selamatkan kamu.
Kamu siapa?
Saya datang menyelamatkan kamu.
Droid R2 kamu ada bersama saya.
Saya datang dengan Ben Kenobi.
-Ben Kenobi? Mana dia? -Mari!
Dia ada di sini.
Obi-Wan Kenobi?
Kenapa kamu rasa begitu?
-Berlaku gegaran dalam Force.
Kali terakhir saya rasa begitu,
semasa bersama bekas guru saya.
Yang pasti dia dah mati.
-Jangan pandang rendah kekuatan Force.
Jedi dah pupus.
Semangat mereka telah lenyap
dari alam semesta ini.
Cuma kamu sahajalah saki-baki
peninggalan ajaran sesat mereka.
Ya.
Isyarat kecemasan di
Blok Penahanan AA-23.
Puteri? Minta semua
pasukan berjaga-jaga.
Obi-Wan ada di sini.
Force bersama dengannya.
Jika kamu betul, dia tidak
boleh dibiarkan lolos.
Dia bukan merancang untuk lolos.
Saya sendiri akan berhadapan dengan dia.
Berdiri di belakang saya!
Jaga sebelah kiri.
Mereka bergerak ke ruang tahanan.
Tak boleh ikut sana.
Nampaknya kamu berjaya sekat
satu-satunya laluan keluar kita.
Mungkin kamu lebih suka kembali
ke sel kamu, Yang Mulia.
C-3PO!
Ya, Tuan?
Ada jalan keluar lain selain
ruang tahanan? Kami terkepung!
Apa? Saya tak dengar. -Semua sistem
telah dimaklum akan kehadiran kamu, Tuan.
Gerbang utama adalah satu-satunya
laluan masuk dan keluar.
Semua maklumat dari lokasi
kamu adalah sulit. -Buka pintu!
Tiada jalan keluar lain!
Saya tak boleh terus tahan mereka!
Buat apa sekarang?
Ini misi menyelamat! Kamu masuk
ke sini tanpa rancangan keluar?
Dia 'kepala'!
Apa yang kamu buat?
-Seseorang perlu menyelamatkan kita.
Masuk dalam saluran sampah ni.
Masuk dalam!
Masuk dalam, gergasi bulu!
Saya tak peduli apa yang kamu bau.
Masuk dalam.
Gadis yang menakjubkan!
Entah saya akan bunuh dia,
atau saya mula suka dia.
Masuklah!
Saluran pembuangan sampah memang
idea yang sungguh bijak.
Busuknya!
Mari pergi dari sini. Ke tepi.
-Jangan, tunggu!
Boleh tak kamu berhenti?
Saya dah cuba! Itu perisai magnetik!
Campak senjata tu!
Kamu akan buat kita semua mati!
'Yalah tu', Tuan Puteri.
Semuanya dalam kawalan sebelum
kamu bimbing kami jatuh ke sini!
Tak lama sahaja lagi mereka
pasti akan tahu di mana kita!
Atau lebih malang lagi.
Dah malang sekarang.
Ada makhluk hidup di sini.
-Itu khayalan kamu sahaja.
Ada sesuatu bergerak
di antara kaki saya.
Tengok tu!
Kamu nampak tak?
Apa?
Budak! Luke!
Luke!
Luke, pegang ni!
Senjata saya tersekat.
-Mana? -Mana-mana saja!
Luke!
Tolong dia!
Apa yang terjadi?
-Entahlah.
Ia lepaskan saya begitu saja,
lepas tu hilang.
Saya tak sedap hati.
Dinding bergerak! Jangan tercegat sahaja!
Cuba tahan dengan apa-apa.
Tolong saya!
Tunggu!
3PO! Cakap, 3PO!
3PO! Mana dia?
Ambil alih. Periksa dia.
Periksa sana.
Mereka orang gila.
Mereka menuju ke aras penjara.
Kalau kamu cepat, mungkin
kamu boleh tangkap mereka.
Ikut saya.
Kamu berjaga di sini.
Mari.
Segala kekecohan ini telah merosakkan
komponen dalaman kawan saya ni.
Jika kamu tiada masalah, saya
nak bawa dia ke bilik rawatan.
Baiklah.
3PO! Jawablah, 3PO!
Naik atas!
-Tak boleh!
Mana dia?
3PO!
3PO, tolong jawab!
Mereka tak ada di sini.
Tentu sesuatu terjadi pada mereka.
Periksa samada mereka tertangkap.
Cepat.
Yang pasti, kita semua
akan bertambah kurus.
Panjat naik atas.
-Saya tengah cuba.
Syukurlah mereka belum ditemui.
Di mana agaknya mereka?
"Guna pautan komunikasi"?
Oh, saya lupa. Saya tutup tadi.
Kamukah itu, Tuan?
-3PO?!
Kami ada masalah...
-Boleh diam dan dengar cakap saya?
Hentikan mesin penghancur
di aras blok tahanan!
Kamu dengar?
Hentikan mesin penghancur
di aras blok tahanan!
Hentikan mesin penghancur
di aras blok tahanan!
Tidak! Cepat!
Apa?
Dengar tu. Mereka akan mati, R2!
Saya tak berguna!
Saya tak cukup cepat. Ini semua
salah saya! Malangnya tuan saya.
Kami tak apa-apa! Syabas!
Buka pintu nombor... Kita di mana?
3263827!
Jika kita elakkan campurtangan wanita
lepas ni, kita boleh pergi dari sini.
Jom gerak.
Kamu nak pergi mana?
Jangan, tunggu!
Mereka boleh dengar!
Mari sini, gergasi pengecut.
Chewie, ke mari.
Dengar ...
Saya tak kenal siapa kamu
atau dari mana kamu datang,...
...tapi mulai sekarang,
ikut arahan saya, faham?
Dengar, Tuan Puteri...
...mari saya jelaskan sesuatu.
Saya cuma terima arahan
daripada diri saya sendiri.
'Menakjubkan' kamu masih hidup.
Boleh sesiapa alihkan pandangan
saya daripada permaidani berjalan ni?
Tiada ganjaran yang setimpal semua ni.
Berikan laporan berkala.
Baik.
Apa terjadi?
-Mungkin kerja baikpulih.
Kamu dah tengok VT-16 baharu itu?
Ya. Orang cakap, ia barang bagus.
-Apa tu?
Tak ada apa. Itu bunyi gas.
Jangan bimbang.
Itu dia.
C-3PO? Kamu dengar?
Ya, Tuan.
Kamu selamat?
-Buat masa ini.
Kami berada di hangar utama
di sebelah pesawat.
Kami berada di atas kamu.
Siap sedia.
Kamu mendarat dengan pesawat tu?
Kamu lebih berani dari sangkaan saya.
Bagus! Mari.
Itu mereka! Bunuh mereka!
Balik ke pesawat!
-Mana kamu nak pergi? Balik!
Dia sangat berani.
-Apa gunanya pada kita...
...kalau dia sendiri
yang cari nahas? Mari.
Nampaknya kita silap jalan.
Tak ada kunci.
Ini boleh melambatkan
mereka sementara waktu.
Kita mesti ke sebelah sana.
Cari butang kawalan untuk keluarkan jambatan.
Rasanya saya baru sahaja rosakkannya.
-Mereka datang!
Pegang ni.
Mereka datang.
Harap nasib kita baik.
Kami rasa mereka berpecah.
Mereka mungkin berada
di tingkat 5 dan 6, Tuan.
Di mana agaknya mereka?
Tutup pintu!
Buka pintu!
Dah lama saya tunggu kamu, Obi-Wan.
Akhirnya kita bersemuka lagi.
Lingkaran dah lengkap.
Semasa saya tinggalkan kamu
dahulu, saya anak murid kamu.
Sekarang saya mahaguru.
-Mahaguru iblis, Darth.
Kamu dah lemah, orang tuah.
Kamu takkan menang, Darth.
Jika kamu tumpaskan saya,...
...saya akan bertambah kuat, lebih
dari yang dapat kamu bayangkan.
Kamu tak patut datang ke sini.
Bukan ke kita baru balik
dari 'kenduri' ni tadi?
Kenapa lama sangat?
-Kami terserempak kawan lama.
Pesawat dalam keadaan baik?
Semua okey, kalau kita
dapat masuk ke dalam.
Saya harap orang tua tu berjaya
matikan salah sebuah pancaran penarik.
Tengok!
Mari, R2, gerak sekarang.
Sekarang peluang kita!
Cepat!
Ben?
Tidak!
Cepat!
Luke, dah terlambat!
-Tutup pintu tu, budak!
Lari, Luke, lari!
Harapnya orang tua tu berjaya
rosakkan pancaran penarik,...
...kalau tak, kita takkan
terbang lama. Mari pergi!
Kita akan lepasi
kapal pengawal mereka.
Tahan mereka.
Halakan perisai penangkis sementara
saya persiapkan senjata utama.
Saya tak percaya dia dah tiada.
Tiada apa kamu dapat buat.
Mari cepat.
Kita belum selamat.
Kamu sedia?
Baiklah, tumpu perhatian.
Mereka datang.
Mereka terlalu cepat!
Kita hilang kawalan sayap kiri!
Jangan risau.
Pesawat ini boleh bertahan.
Kamu dengar tak? Bertahan.
Saya musnahkan dia!
Bagus, budak!
Jangan riak sangat.
Ada dua pesawat lagi!
Habis! Kita berjaya!
Kita berjaya!
Tolong! Saya rasa saya akan cair!
Semua ini salah kamu!
Mereka lolos? -Mereka baru saja
berlepas pada kelajuan hiper.
Kamu yakin alat penjejak itu sudah
dilekatkan pada pesawat mereka?
Ini risiko bahaya, Vader.
Harap-harap membuahkan hasil.
Boleh tahan juga misi menyelamat ni, bukan?
Kadangkala saya kagum dengan diri sendiri.
Ia terlalu mudah.
Mereka biar kita lolos.
Itu sahaja sebabnya kita dapat
lolos dengan sangat mudah.
Yang tadi tu kamu cakap mudah?
-Mereka akan jejak kita.
Tidak, cik adik.
Setidaknya maklumat dalam
tubuh R2 masih terpelihara.
Apa yang penting sangat?
Apa yang dia bawa?
Segala maklumat teknikal
mengenai stesen tempur itu.
Saya harap bila kita analisis data itu
nanti, kita akan jumpa kelemahan mereka.
Semua ini belum berakhir.
Sudah berakhir pada saya, cik adik.
Saya tak nak terlibat lagi dengan
segala revolusi kamu, puteri.
Saya mengharapkan ganjaran setimpal.
Saya buat semua ni sebab ***.
Jangan risau tentang ganjaran.
Itu yang kamu nak, kamu akan dapat.
Kawan kamu tu askar upahan.
Saya tertanya-tanya samada dia peduli
dengan hal lain atau orang lain.
Saya peduli.
Jadi ...
Apa pendapat kamu pasal dia, Han?
Saya tak nak fikir pasal tu, budak.
Bagus.
Macamana pun, dia gadis yang berani.
Entahlah. Kamu rasa?
Kamu rasa boleh ke puteri
dan lelaki seperti saya...
Tidak!
Kamu selamat. Bila kami dengar
pasal Alderaan, kami risau yang amat.
Tiada masa untuk bersedih,
Komandan.
Kamu mesti manfaatkan maklumat di dalam
R2 ini untuk rancang pelan serangan.
Ini sahajalah harapan kita.
Ya.
Kita mendekati planet Yavin.
Markas pemberontak berada di atas bulan,
di kawasan yang sangat terpencil.
Kami akan mengelilingi
planet tersebut.
Stesen tempur itu terlindung rapi...
...dan mempunyai kekuatan senjata api
melebihi separuh gagasan besar pesawat tempur.
Pertahanannya direka bagi
menahan serangan berskala besar.
Dengan sebuah pesawat tempur saiz kecil, nescaya
kita dapat tembusi dinding pertahanan luar mereka.
Maaf, Tuan, tapi apa yang kita dapat
menggunakan pesawat kecil begitu?
Pihak Empayar takkan anggap sebuah
pesawat tempur kecil sebagai satu ancaman.
Jika tak, tentu mereka
dah perketatkan lagi pertahanan.
Analisis pelan yang diberi oleh Puteri Leia
telah membuktikan kelemahan stesen tempur itu.
Tugas ini bukan mudah.
Kamu mesti bergerak menyelusuri parit ini
dan terbang rendah di kawasan ini.
Kawasan sasaran kita cuma seluas 2 meter.
Terdapat sebuah liang pelepas haba yang sangat
kecil, betul-betul di bawah liang utama.
Liang tersebut menuju ke arah sistem teras.
Satu tembakan yang tepat akan
mencetuskan rantaian tindakbalas...
...yang dapat memusnahkan stesen itu.
Cuma tembakan yang tepat sahaja mampu
mencetuskan rantaian tindakbalas.
Liang tersebut berperisai, jadi kamu
perlu gunakan peluru berpandu proton.
Mustahil, guna komputer sekalipun.
Tak mustahil. Saya biasa tembak bintang
kecil dengan T-16, di rumah dahulu.
Saiznya kurang dari 2 meter.
Kalau begitu, panaskan ejin pesawat,
dan semoga Force bersama kamu.
Mengelilingi planet dengan
kelajuan maksimum.
Markas pemberontak di bulan
dalam jangkauan 30 minit lagi.
Hari ini bakal menjadi
hari yang akan dikenang.
Riwayat Kenobi telah saya tamatkan.
Tak lama sahaja lagi, nasib sama
bakal menimpa puak pemberontak.
Semua kru penerbangan,
siapkan kelengkapan kamu.
Semua kru penerbangan,
siapkan kelengkapan kamu.
Ganjaran dah dapat.
Kamu nak pergi sekarang?
Ya, betul.
Ada hutang lama yang perlu saya
lunaskan dengan ganjaran ini.
Kalau tak ada pun,...
...kamu tak rasa saya cukup bodoh
untuk kekal di sini, bukan?
Apa kata kamu ikut kami?
Kamu hebat bertempur.
Kami perlukan kamu.
Kamu tak nampak keadaan sekarang ni?
Kamu tahu apa akan terjadi dan dengan
siapa mereka sedang lawan sekarang.
Mereka perlukan jurupandu yang hebat
seperti kamu. Kamu boleh tolong mereka.
Apa gunanya ganjaran jika mati?
Lagipun, menyerang stesen tempur
bukanlah satu tindakan bijak, pada saya.
Itu bunuh diri namanya.
Baiklah. Jaga diri kamu, Han.
Ini yang kamu nak, bukan?
Luke.
Semoga Force bersama kamu.
Apa kamu tengok?
Saya tahu apa saya buat.
Semua jurupandu, bergerak ke pangkalan.
Semua jurupandu, bergerak ke pangkalan.
Ada halnya?
-Pasal Han.
Entahlah. Ingatkan
dia dah ubah fikiran.
Itu jalan yang dia pilih.
Kita tak berhak tentukan untuk dia.
Kalaulah Ben ada di sini.
Membuka jalur pelancaran utama.
Jalur pelancaran utama
sedang dibuka, Tuan.
Luke!
Biggs!
Bagaikan tak percaya. Kamu apa khabar?
-Sangat baik.
Kamu terbang juga?
-Saya akan terbang dengan kamu...
...dan ada banyak hal saya nak cerita.
Kamu yakin boleh kendalikan pesawat ni?
Tuan, Luke adalah jurupandu
terbaik di angkasa.
Kamu akan baik sahaja.
Terima kasih, Tuan.
Saya akan usahakan.
Saya mesti naik sekarang.
Kita dengar cerita kamu lepas ni, ya?
Baiklah. Biggs. Saya dah cakap,
saya akan berjaya suatu hari.
Macam dulu-dulu, Luke.
Mereka tak boleh tahan kita.
Robot R2 kamu ini rosak sedikit.
Kamu mahu yang baharu?
Tak mungkin.
Saya dan droid ini dah lalui banyak
kejadian bersama. Kamu okey, R2?
Bagus.
Skuadron Gold, memulakan
prosedur lepas landas.
Pegang erat-erat, R2.
Kamu mesti balik dengan selamat.
Tentu kamu tak nak buat
hidup saya bosan, bukan?
Luke, Force akan bersama kamu.
Siap sedia.
Death Star makin dekat.
Anggaran masa untuk lepaskan
tembakan adalah 15 minit.
Semua pesawat laporkan diri.
Red 10 sedia.
Red Seven sedia.
Red Three sedia.
Red Six sedia.
Red Nine sedia.
Red Two sedia.
Red 11 sedia.
Red Five sedia.
Kunci senjata api dalam posisi menyerang.
Kita sedang terbang melepasi
medan magnet. Bertahan.
Aktifkan perisai kamu
di kedua-dua belah sisi.
Tengoklah saiznya!
Jangan lengah lagi, Red Two.
Tingkatkan kelajuan menyerang.
Ini dia. -Red Leader,
di sini Gold Leader.
Saya dengar, Gold Leader.
-Menuju liang sasaran sekarang.
Kami dalam posisi.
Saya akan pintas laluan
dan alihkan perhatian mereka.
Tembakan padu datang
dari 23 darjah.
Saya dah nampak.
Terbang rendah.
Ini Red Five.
Saya akan masuk.
Luke, naik!
Kamu tak apa-apa?
Saya agak gementar tadi.
Sekarang dah okey.
Kami mengesan 30 buah pesawat pemberontak,
Lord Vader, dengan saiz amat kecil.
Mereka dapat elak tembakan laser kita.
-Kita mesti hancurkan mereka satu-satu.
Arahkan kru masuk pesawat tempur mereka.
Jaga-jaga. Ada banyak tembakan datang
dari sebelah kanan menara perisai itu.
Baiklah. -Saya akan masuk.
Lindungi saya, Porkins.
Siap sedia, Red Three.
Ada masalah di sini.
Lonjak keluar. -Saya boleh tahan.
-Naik! -Tidak, saya tak--
Markas pemberontak dalam
jangkauan tembak 7 minit lagi.
Luke, percayakan naluri kamu.
Semua ketua pasukan, ada
beberapa kelompok pesawat datang.
Pesawat musuh mendekati kamu.
Tak ada dalam monitor.
Saya tak nampak apa-apa.
Guna pengimbas visual kamu.
-Mereka datang.
Hati-hati. Ada pesawat mengekori kamu.
Saya tertembak!
Musuh datang dari atas!
Hati-hati! -Saya tak nampak dia!
Dia asyik ikut saya.
Saya tak boleh lepaskan diri!
Saya datang.
Beberapa pesawat tempur sudah hancur
dari kelompok utama. Ikut saya.
Berundur! Berundur!
Jaga-jaga belakang kamu, Luke.
Pesawat musuh datang dari atas.
Saya tertembak, tapi tak teruk.
-R2, mari tengok kemampuan kamu.
Bertahanlah.
Red Six, kamu nampak Red Five?
-Berlaku hujan tembak-menembak.
Red Five, kamu di mana?
-Saya tak boleh lepaskan diri!
Saya uruskan dia, Luke.
Bertahan.
Aduh, Biggs!
Mana kamu?
Terima kasih, Wedge.
Cantik kamu tembak, Wedge. Red Leader, ini
Gold Leader. Kami sedang memulakan serangan.
Baiklah, Gold Leader.
Bergerak ke posisi.
Kekal dalam formasi menyerang.
Liang sasaran sudah
ditanda dan dibidik.
Alihkan semua tenaga
kuasa ke perisai hadapan.
Kamu rasa ada berapa banyak
senjata api, Gold Five?
Lebih kurang 20 senjata api. Separuh
di permukaan, separuh lagi atas menara.
Death Star akan sampai
dalam 5 minit.
Beralih kepada komputer penyasar.
Komputer dah membidik.
Ada isyarat.
Semua tembakan tu dah berhenti!
Stabilkan perisai bahagian belakang kamu.
Jaga-jaga kedatangan pesawat tempur musuh.
Mereka datang.
Tiga pesawat dari arah 210.
Saya sendiri akan tumpaskan mereka.
Lindung saya. -Ya, Tuan.
Saya tak boleh buat gerakan.
-Kekalkan sasaran.
-Kita terlalu rapat.
-Kekalkan sasaran.
Mereka dah dekat!
Gold Five ke Red Leader,
kita kehilangan Tiree dan Hutch.
Saya tahu, Gold Leader.
-Mereka datang dari belakang.
Kami telah menganalisa
serangan ini, Tuan...
...dan terdapat bahaya. Perlukah
saya persiapkan pesawat kamu?
Larikan diri,
di ambang kemenangan kita?
Nampaknya kamu terlalu
percayakan kemampuan mereka.
Markas pemberontak,
tiga minit lagi.
Regu Red, di sini Red Leader.
-Berjumpa di poin 6.1.
Ini Red Two, terbang bergerak
ke arah kamu. Red Three siap sedia.
Red Leader, di sini Pangkalan Satu.
Kekalkan separuh kelompok di luar
jangkauan untuk tindakan susulan.
Baiklah, Base One. Luke,
bawa Red Two dan Three.
Tahan dan tunggu arahan
saya sebelum bertindak.
Ini dia!
Kita patut dah nampak ia sekarang.
Jaga-jaga dengan pesawat tu.
Terlalu banyak gangguan.
Red Five, kamu nampak mereka dari lokasi kamu?
Tiada seberang tanda. Tunggu.
Makin dekat dengan kelajuan 0.35.
Saya nampak mereka.
Saya dah sampai.
Sasaran hampir kelihatan.
Tahan mereka sekejap sahaja.
Musnahkan formasi mereka.
Hampir sampai.
Tembak sekarang.
Mereka di belakang saya.
Hampir sampai.
Saya tak boleh tahan mereka.
Tembakan sudah dilepaskan!
Kena! -Tak berjaya.
Tak tepat sasaran.
Tembakan cuma mengenai permukaan.
Red Leader, kami di atas kamu.
Saya ubah ke 0.05.
Kami akan lindungi kamu.
Tunggu di situ. Sebuah enjin
saya baru sahaja rosak.
Siapkan serangan.
Markas pemberontak,
seminit lagi sampai.
Biggs, Wedge, mari kita hampirinya.
Kami bergerak dengan kelajuan penuh.
Mari lari dari mereka.
Luke, dengan kelajuan sepantas tu,
sempatkah kamu terbang naik semula?
Kita akan selamat, seperti
di Beggars Canyon dahulu.
Kami di belakang, melindungi kamu.
Monitor saya menunjukkan kewujudan
menara, tetapi tiada liang pembuangan.
Komputer kamu dalam keadaan baik?
Jaga-jaga. Saya akan
tambah kelajuan pesawat.
Bagaimana dengan menara tu?
Kamu uruskan pesawat penyerang tu!
Saya uruskan menara!
R2, penstabil itu rosak lagi.
Cuba tengok samada kamu boleh baikinya.
Pesawat musuh menghampiri
dengan kelajuan 0.3.
Saya tertembak! Saya tak
boleh terus bersama kamu!
Selamatkan diri, Wedge.
Kamu dah tak boleh buat apa-apa.
Maaf.
Lepaskan dia. Kejar yang hadapan.
Cepatlah, Luke.
Mereka lebih laju kali ni.
Kami tak boleh tahan mereka.
R2, cuba tambah tenaga.
Cepatlah, Luke!
Markas pemberontak,
30 saat lagi sampai.
Saya akan tumpaskan dia.
Bertahan, R2.
Gunakan Force, Luke.
Ayuh, Luke.
Force terasa kuat pada pesawat ni.
Luke, percayakan saya.
Komputer tak berfungsi.
Luke, kamu matikan sistem
pengimbas bidikan kamu. Kenapa?
Tak ada apa.
Saya baik.
R2 terkena tembakan!
Death Star sudah membidik planet.
Markas pemberontak dalam jangkauan.
Kamu boleh tembak bila sedia.
Memulakan cucuhan utama.
Kamu dalam genggaman saya.
Apa?
Jaga-jaga!
Semua dah selamat, budak!
Mari musnahkannya dan balik!
Siap sedia.
Siap sedia.
Cantik kamu tembak!
Itu satu dalam sejuta!
Ingatlah, Force akan
selalu bersama kamu.
Luke!
Saya dah agak kamu akan datang balik.
Saya takkan biar kamu terima segala
pujian dan ambil semua ganjaran.
Saya dah agak, kamu bukan
cuma pentingkan ***.
Oh, tidak!
R2, kamu dengar tak?
Cakap sesuatu.
kamu boleh baikinya, bukan?
Kami akan baikinya secepat mungkin.
Kamu mesti baikinya.
Encik, kalau ada sirkit atau komponen
diri saya yang dapat membantu,...
...saya dengan senang hati sudi
menyumbangkannya. -Dia tak apa-apa.
Disarikatakan oleh: Mohammad Izzat Adzhar
Kedah / 6.30 p.m. / 27 Disember 2013