Tip:
Highlight text to annotate it
X
Para pegawai di Kemudahan
Penyelidikan Nuklear Pasifik...
telah menafikan khabar angin tentang
kes kehilangan plutonium...
sebenarnya telah dicuri daripada
simpanannya, dua minggu yang lepas.
Satu pertubuhan pengganas Libya
telah mengaku bertanggungjawab.
Bagaimanapun para pegawai menganggap
perbezaan kuantiti tersebut...
sebagai ralat di dalam urusan pentadbiran.
F.B.I. yang menyiasat perkara itu,
tidak memberi sebarang ulasan.
Hei, Doc?
Doc?
Hello. Ada sesiapa?
Einstein, mari kemari.
Apa sudah jadi? Oh, tuhan.
Ya rasul.
Jijiknya. Kenapa dengan dia itu?
PLUTONIUM, JAGA DENGAN CERMAT
Woo!
Rock 'N' Roll...
- Yo. Hei..
- Marty, awakkah itu?
Hei, Doc. Di mana awak?
Boleh awak jumpa saya di Twin Pines Mall
malam ini jam 1:15?
Saya menghasilkan penemuan yang hebat.
Saya perlukan bantuan awak.
- 1:15 pagi?
- Ya.
Doc, kenapa ini? Kemana awak
pergi sepanjang minggu ini?
Kerja.
- Einstein ada dengan awak?
- Ya, dia ada di sini.
Doc, awak tinggalkan peralatan
awak sepanjang minggu.
Peralatan saya?
Baru saya teringat, Marty.
Jangan pasang amplifier. Ada kemungkinan
kecil boleh mengakibatkan overload.
Yalah. Saya akan ingat itu.
Bagus. Jumpa lagi malam nanti.
Jangan lupa pula.
- 1:15 pagi, Twin Pines Mall.
- Baiklah.
- Itu jam sayakah yang kedengaran?
- Ya, sudah pukul 8.
Bagus! Ujikaji saya berkesan!
Semuanya lambat 25 minit!
Nanti dahulu. Nanti dahulu, Doc.
Maksud awak, sekarang ini pukul 8:25?
- Tepat sekali.
- Alamak!
Saya sudah lewat ke sekolah.
Yo, Jennifer.
Marty, jangan pergi ke arah itu.
Strickland sedang mencari awak.
Jika awak tertangkap, ia adalah kelewatan
awak yang keempat, berturut-turut.
Baiklah, mari. Saya rasa kita sudah selamat.
Kali ini bukan salah saya. Doc telah
menetapkan semua jamnya lambat 25 minit.
Doc? Awak masih berkawan dengan
Dr. Emmett Brown, McFly?
Ish, ish, ish. Slip Lewat untuk awak,
Cik Parker.
dan juga untuk awak, McFly. Saya rasa
ia telah berturutan sebanyak empat kali.
Biar saya berikan awak secubit
nasihat percuma, anak muda.
Dr. Brown itu berbahaya.
Dia memang tidak cukup akal.
Berkawanlah dengannya,
awak akan ditimpa masalah besar.
Oh, yalah, encik.
Awak ini memang biadap.
Awak ini dungu.
Awak mengingatkan saya kepada bapa awak
semasa dia di sini. Dia pun dungu juga.
Boleh saya pergi sekarang, En. Strickland?
Saya perasan kumpulan awak dijadualkan
untuk ujibakat, selepas sekolah hari ini.
Kenapa mahu menyibuk, McFly?
Awak tiada peluang langsung.
Awak ini sama seperti orang tua awak.
Tiada keluarga McFly yang pernah menyumbang
apa-apa di dalam sejarah Hill Valley.
Yalah, tetapi sejarah akan berubah.
Seterusnya...
Baiklah.
Kami adalah, uh... kami ialah
Kumpulan Pinheads.
Satu, dua, tiga...
Baiklah. Cukuplah itu. Terim kasih semua.
Berhenti. Berhenti, semua..
Saya rasa awak ini terlalu bisinglah.
Seterusnya.
Kumpulan seterusnya.
Bising sangat. Bagai tidak percaya.
Kami tidak mungkin berpeluang untuk
bermain di hadapan semua orang.
Marty, satu kegagalan tidak
bermakna dunia akan berakhir.
Saya fikir saya tidak sesuai
untuk bermain muzik.
Tetapi awak bagus, Marty. Awak memang bagus,
dan pita rakaman ujibakat awak hebat.
Awak mesti menghantarnya
ke syarikat rakaman.
- Seperti yang selalu Doc katakan.
- Saya tahu.
Jika awak menumpukan perhatian,
awak boleh melakukan apa sahaja.
Itu nasihat yang bagus, Marty.
Baiklah. Bagaimana jika saya
menghantarnya tetapi ia tidak disukai?
Apa jadi jika mereka kata saya tidak bagus?
Bagaimana jika mereka berkata
"Awak tiada harapan"?
Saya rasa saya tidak boleh menerima
kegagalan sebegitu.
Alamak! Saya sudah kedengaran
seperti orang tua saya.
Dia bukannya teruk sangat.
Bukankah dia akan meminjamkan
awak keretanya malam esok.
Tengok 4x4 itu.
Hebatnya.
Satu hari nanti, Jennifer.
Satu hari nanti...
Hebat bukan, memandu trak itu ke tepi tasik?
Bentangkan beg tidur di belakangnya.
Berbaring di bawah bintang-bintang.
- Hentikannya.
- Apa?
Adakah ibu awak tahu atau tidak?
Tentang malam esok?
Mana ada! Ibu saya fikir saya akan
pergi berkhemah dengan rakan-rakan.
Ibu saya akan menjerit jika dia tahu
yang saya akan ke sana bersama awak.
Tentu saya akan diceramahnya.
Pasti dia akan berkata yang dia tidak pernah
melakukannya semasa dia muda dahulu.
Saya rasalah, dia itu dilahirkan
sebagai seorang biarawati..
Dia cuma ingin awak dihormati.
Nampaknya dia tidak begitu berjaya..
Teruknya.
Selamatkan menara jam.
Datuk Bandar Wilson sedang berkempen
untuk mengantikannya.
Tiga puluh tahun dahulu, ia telah
disambar kilat...
semenjak itu, ia tidak lagi berfungsi.
Kami dari Persatuan Pemeliharaan
Hill Valley...
berpendapat ia sepatutnya
dikekalkan seperti sekarang...
sebagai sebahagian daripada
sejarah dan warisan kita.
- Nah, puan. Ada 25 sen.
- Terima Kasih.
- Jangan lupa ambil risalah.
- Baiklah.
Selamatkan menara jam!
- Di mana kita tadi?
- Hampir di sini.
Jennifer!
Itu bapa saya. Saya pergi dahulu.
- Nanti saya telefon awak malam nanti.
- Saya akan berada di rumah nenek.
Nah, biar saya berikan nombor telefonnya.
Selamat tinggal.
Bagus. Alangkah bagusnya.
Bagaimana boleh awak pinjamkan
saya kereta awak...
tanpa memberitahu saya bahawa
ia ada 'blind-spot'.
Saya boleh terbunuh.
Biff, saya tidak pernah perasan...
yang ia ada sebarang 'blind-spot'
sewaktu saya memandunya.
Hai, nak.
Awak ini butakah, McFly? Adalah!
Kalau tidak, cuba awak terangkan
tentang bangkai di luar sana itu?
Biff, boleh saya...
boleh saya anggap...
yang, uh, insuran awak akan
menanggung kerosakan itu?
Insuran saya? Bukankah itu kereta awak?
Insuran awaklah yang kena tanggung. Saya
mahu tahu siapa yang akan bayar untuk ini.
Saya tertumpah minuman ketika terhempas.
Siapa yang akan bayar bil cuciannya?
- Uh...
- Dan di manakah laporan saya?
Saya masih belum menyiapkannya.
Oleh sebab tarikh akhirnya belum...
Hello? Hello?
Ada sesiapa di rumah? Hah?
Fikirlah, McFly. Fikir!
Saya perlu ada masa untuk menaipnya semula.
Awak sedarkah apa akan jadi jika
saya serahkan laporan saya...
...dengan tulisan tangan awak?
Saya akan dipecat.
Awak tidak mahu itu berlaku, bukan?
- Bukan?
- Sudah tentu tidak, Biff.
Saya tidak mahu ia berlaku.
Baiklah. Saya akan siapkan laporan itu
malam ini...
dan saya akan hantarkannya
awal-awal pagi esok.
Jangan awal sangat.
Saya tidur pada pagi Sabtu.
Kasut awak tidak terikat.
Jangan senang ditipu, McFly.
Kemas rumah awak, McFly.
Saya tunda kereta awak
sehingga ke rumah awak...
dan awak hanya ada minuman
ringan untuk saya?
Apa pandang-pandang,
bahlol?
Sampaikan salam saya kepada ibu awak.
Saya tahu apa yang akan awak
cakapkan, nak. Dan awak memang betul.
Awak betul.
Tetapi, uh, Biff itu ialah penyelia saya...
dan sememangnya saya tidak pandai
dalam pertelingkahan.
Tetapi Ayah, kereta...
Maksud saya, dia telah musnahkannya.
Betul-betul musnahkannya.
Saya perlukan kereta itu malam esok, Ayah.
Tidakkah awak tahu betapa pentingnya
malam esok bagi saya?
Saya tahu, tetapi apa yang
saya boleh cakap hanyalah...
Saya minta maaf.
Percayalah, Marty,
lebih baik awak tinggalkannya...
tanpa perlu risau tentang
tekanan perasaan...
...dan sakit kepala untuk
bermain di majlis tarian itu.
Betul cakap ayah awak itu..
Awak tentu tidak mahu sakit kepala.
Anak-anak, nampaknya kita kena
habiskan kek ini sesama kita sahaja...
Pakcik Joey masih belum
boleh keluar penjara.
Bukankah bagus kalau awak
semua menulis kepadanya.
- Pakcik Joey, si 'Burung Penjara' itu?
- Dia itukan adik Mak!
Ya. Sungguh memalukan mempunyai
pakcik di dalam penjara.
Kita semua melakukan kesilapan
dalam hidup ini, wahai anak-anak.
- Celaka. Saya sudah lambat.
- David, jaga mulut awak!
Datang sayang emak awak dahulu
sebelum awak pergi.
Alah, Mak. Cepatlah.
Nanti saya terlepas bas pula.
Jumpa lagi, Ayah.
Wuuh! Tiba masa untuk menukar minyak itu.
Oh. Ha ha ha.
Hei, Marty. Saya bukanlah
servis pesanan awak.
Semasa awak di luar,
merungut pasal kereta...
Jennifer Parker telah menelefon dua kali.
Saya tidak sukakan dia. Gadis yang menelefon
budak lelaki memang mencari masalah.
Alah, Mak. Tiada salahnya menelefon
budak lelaki.
Teruknya, seperti perigi mencari timba.
Semasa saya remaja, saya tidak pernah
mengejar atau memanggil lelaki...
atau berdua-duaan dengan lelaki.
Kalau begitu, bagaimana saya mahu
bertemu dengan sesiapa?
Itu terjadi dengan sendirinya.
Seperti saya bertemu dengan bapa awak.
Itu kan bodoh namanya...
Datuk yang langgarnya dengan kereta.
Sememangnya ia telah
ditakdirkan begitu.
Lagi pun...
Jika datuk tidak melanggarnya,
awak semua tidak akan dilahirkan.
Yalah tu..
Saya masih tidak faham apa yang
Ayah sedang buat ditengah jalan itu.
Apakah dia, George?
Memerhati burung?
Apa, Lorraine? Apa dia?
Datuk telah melanggarnya dengan kereta...
dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Dia seperti tidak bermaya.
Seperti anak anjing yang sesat,
dan hati saya terus tertawan.
Ya Mak, kami tahu. Mak telah bercerita
beribu kali. Mak kasihankan Ayah.
Jadi Mak pergi dengan Ayah ke tarian
'Fish Under The Sea'.
Bukan. Tarian 'Enchantment Under The Sea'.
Pertemuan kami yang pertama.
Saya tidak akan melupakannya.
Malam itulah ribut yang dashyat itu berlaku,
bukankah begitu, George?
Di atas lantai tarian itulah bapa awak
mengucup saya buat pertama kalinya.
Ketika itulah saya sedar...
...yang saya akan menghabiskan
usia saya dengannya.
Oh, tidak! Ha ha .
Hello.
Marty, awak tidurkah?
Ah, Doc. Uh, tidak.
Tidak. Jangan mengarutlah.
Dengar, ini amat penting.
Saya tertinggal kamera video.
Boleh awak dapatkannya di rumah
saya semasa datang ke sini nanti?
Uh, ya.
Saya akan pergi sekarang.
Einstein! Hei, Einstein, di manakah Doc?
Doc!
- Marty! Awak dah sampai!
- Ya.
Selamat datang ke ujikaji saya
yang terbaru.
Inilah yang saya nantikan
selama hidup saya.
- Uh, itu, itu DeLorean.
- Sabar.
Semua soalan awak akan terjawab.
Mulakan rakaman, kita akan mulakan ujikaji.
- Bukankah itu baju Devo?
- Jangan hiraulah. Bukan sekarang.
Bukan sekarang. Saya sudah sedia.
Selamat Malam. Saya Dr. Emmett Brown.
Saya sekarang berada di tempat letak
kereta Twin Pines Mall.
Sekarang ini pagi Sabtu,
26 Oktober 1985, 1:18 pagi.
Ini ialah ujikaji sementara No. 1.
Jom, Einie. Masuk ke dalam sana.
Macam itulah. Masuk ke dalam. Duduk.
Pakai tali pinggang keledar.
Sila perhatikan yang jam Einstein...
...adalah sejajar dengan jam kawalan saya.
- Dapat? Bagus.
- Baik. "Check", Doc.
Selamat jalan, Einstein.
Jaga kepala awak.
Awak pasang benda itu ke... kereta?
- Tengok ini.
- Ya. Baiklah.
Bukan saya! Kereta itu! Kereta itu!
Jika perkiraan saya tepat...
bila ia mencapai 88 bsj...
awak akan saksikan perkara yang
bukan boleh dibuat main-main.
Tengok ini! Tengok ini!
Ah! Bukankah saya sudah cakap?
88 bsj!
Penguraian objek berlaku tepat
pada pukul 1:20 pagi, dan 0 saat!
Ah, Ya rasul!
Ya rasul, Doc!
Awak telah menghancurkan Einstein!
Bawa bertenang. Saya tidak
menghancurkan apa-apa.
Struktur molekul Einstein dan
kereta itu masih utuh.
Jadi, di mana mereka berada?
Soalan yang lebih tepat ialah
"Bila mereka berada?"
Awak tahu tidak, Einstein telah menjadi
pengembara masa yang pertama!
Saya telah menghantarnya ke
masa hadapan.
Lebih tepat lagi, satu minit ke hadapan.
Tepat pukul 1:21 pagi,
dan 0 saat...
kita akan bertemu kembali dengannya,
dan juga mesin masa itu.
Nanti dulu. Nanti dulu, Doc. Uh...
Maknanya awak membina mesin masa...
daripada sebuah kereta DeLorean?
Kalau awak hendak membina mesin masa
ke dalam sebuah kereta...
kenapa tidak lakukannya dengan bergaya.
Lagi pun ia dibuat daripada besi tahan
karat, membolehkan aliran penguraian...
Awas!
- Kenapa? Adakah ia panas?
- Sejuklah.
Tersangat sejuk.
Aha! Einstein, haiwan bertuah!
Jam Einstein adalah tepat satu minit
lambat daripada jam saya dan masih berdetik!
- la tiada apa-apa.
- la baik sahaja.
la tidak sedar apa-apa pun
yang telah berlaku.
Apa yang ia tahu, perjalanan
tadi adalah lancar.
Itulah sebab jamnya lambat satu
minit daripada jam saya.
la telah melangkau minit tersebut
dan terus sampai ke saat ini.
Mari sini. Saya akan tunjukkan
bagaimana ia berfungsi.
Mula-mula, awak hidupkan Litar Masa.
Bacaan ini menunjukkan ke mana
awak akan pergi...
ini ialah di mana awak sedang berada,
ini pula di mana awak telah berada.
Awak masukkan masa destinasi
awak dengan kekunci ini.
Katakan awak mahu menyaksikan
Pengistiharan Kemerdekaan.
Atau saksikan kelahiran Nabi Isa.
Ini ialah tarikh keramat
di dalam sejarah sains.
5hb November 1955.
Ya, tentu sekali. 5hb November 1955.
Apa yang telah berlaku?
Itulah hari di mana saya telah
mencipta pengembaraan masa.
Saya masih ingatkannya. Saya sedang
memasang jam di dalam tandas.
Mangkuk tandas itu basah. Saya tergelincir
dan kepala saya terhantuk ke sinki.
Apabila saya sedar,
saya telah mendapat ilham.
Satu visi. Gambaran di dalam kepalaku.
Gambar ini.
Inilah yang membolehkan
pengembaraan masa.
Kapasitor Penguraian Objek.
Kapasitor Penguraian Objek?
la telah memakan masa selama 30 tahun
dan seluruh harta keluarga saya...
untuk merealisasikan visi itu.
Ya tuhanku. Sudah begitu lama rupanya.
Keadaan disekitar sini
sememangnya telah berubah.
Saya ingat lagi di sini semuanya ladang,
sejauh mata memandang.
Semuanya dimiliki oleh si tua Peabody.
Beliau mempunyai buah fikiran yang
tak masuk akal untuk menanam pokok pain.
Ini adalah kes rumit, Doc.
Hebatnya. Adakah ianya
menggunakan petrol biasa?
Malangnya, tidak. la perlukan sesuatu
yang lebih berkuasa. Plutonium.
Uh, plutonium?
Nanti dahulu. Maksud awak...
kereta ini bercirikan nuklear?
Hei, hei, hei. Teruskan merakam.
Tidak, ia berasaskan elektrik, tetapi
saya perlukan nuklear untuk menjana...
tenaga elektrik sebanyak
1.21 gigawatt yang diperlukan.
Mana boleh awak beli plutonium di kedai.
Adakah awak mencurinya?
Tentulah. Dari kumpulan nasionalis Libya.
Mereka mahukan saya membuat bom.
Saya telah mengambil plutoniumnya
dan berikan mereka hanya kelonsong...
yang penuh dengan barangan pinball.
Mari! Kita carikan awak pakaian radiasi.
Sudah selamat. Semuanya telah dipateri.
Jangan hilangkan pita rakaman itu.
Saya perlukannya sebagai bukti.
Uups! Hampir terlupakan beg saya.
Mana tahu kalau-kalau ada
seluar dalam kapas di masa hadapan.
Saya alah kepada semua jenis bahan sintetik.
Masa hadapan. Awak mahu ke sana, bukan?
Betul. 25 tahun ke masa hadapan.
Saya selalu terbayangkan masa
hadapan, melihat melampaui masa saya...
melihat kemajuan manusia.
- Kenapa tidak, bukan?
- Saya juga akan boleh saksikan...
pemenang '25 World Series'.
Doc. Carilah saya apabila awak di sana.
Baiklah. Teruskan merakam.
Ahem!
Saya, Dr. Emmett Brown...
akan memulakan
satu perjalanan bersejarah.
Apa yang saya fikirkan?
Saya hampir terlupa membawa
plutonium lebihan.
Bagaimana saya mahu pulang nanti?
Satu palet, satu perjalanan.
Saya tentu dah hilang akal.
Ada apa, Einie?
Oh, tuhanku. Mereka telah jumpa saya.
Saya tidak tahu bagaimana,
tetapi mereka telah jumpa saya.
- Lari, Marty!
- Siapa? Siapa?
Awak fikir siapa? Orang-orang Libya lah!
Alamak!
Biar saya alih perhatian mereka!
Doc, tunggu!
Tidak!
Anak haram!
Jalan!
Jalan!
Cepatlah! Sial!
Alamak!
Alamak!
Kita tengok kalau awak boleh lari 90 bsj.
Tuhanku, apa tadi? Apa dia, Ayah?
Nampak seperti kapalterbang...
tanpa sayap.
Itu bukan kapalterbanglah. Tengok ini.
- Jangan tengok!
- Tunggu!
Hello?
Uh, maafkan saya.
Maaf pasal bangsar awak itu.
Dia telah bertukar menjadi
bentuk manusia. Tembak!
Ambil kau,
anak haram!
- Dia sedang melarikan diri!
- Berhenti!
Tembaklah, Ayah!
Pokok pain saya...
Makhluk asing jadah! Awak telah
bunuh pokok pain saya.
Baiklah, McFly. Bawa bertenang.
Semua ini ialah sebuah mimpi.
Cuma sebuah mimpi yang tegang.
Woo! Dengar sini, awak mesti tolong saya.
Jangan berhenti, Wilbur! Terus memandu!
Tidak mungkin.
Ini semuanya tidak masuk akal.
Alah, janganlah!.
Baguslah tu.
Ingat penduduk semua.
Masa hadapan di tangan anda.
Ini semua semestinya sebuah mimpi.
Hei, budak. Apa kerja awak?
Lompat kapal ke kapal?
- Apa?
- Kenapa pakai pelampung keselamatan?
Saya cuma mahu guna telefon.
Yalah, ada di belakang.
"Brown".
Bagus. Awak masih hidup.
Ayuh.
Awak tahu di mana 1640 Riverside...
Awak nak pesan apa-apa, budak?
Uh, ya.
Beri saya.. berikan saya air kosong.
'Tab'? Saya tidak boleh berikan awak itu
kecuali awak pesan sesuatu.
Baik. Berikan saya "Pepsi Free".
Kalau awak mahukan Pepsi,
awak kena bayar.
Berikan saya apa-apa sahaja tanpa gula, ok?
Sesuatu tanpa gula.
Hei, McFly.
Apa yang sedang awak fikirkan?
Biff.
Saya bercakap dengan awak, McFly,
orang Ireland tak guna!
Oh, hei, Biff. Hei, kawan-kawan.
Apa khabar semua?
Awak telah siapkan kerja sekolah saya?
Saya terfikir disebabkan tarikh akhirnya
ialah hari Isnin...
Hello? Hello? Ada sesiapa di rumah?
Hei, fikirlah, McFly.
Fikir. Saya perlukan masa
untuk menyalinnya.
Awak sedar apa yang akan berlaku sekiranya
saya serahkan kerja sekolah saya...
dengan tulisan awak?
Saya akan dibuang sekolah.
Awak tidak mahu itu berlaku, bukan?
- Bukan?
- Tidak. Tentulah tidak.
Saya tidak mahu itu berlaku.
Apa yang awak tengok, bahlol!
Tengok jaket keselamatannya.
Tentu dia ingat dia akan lemas.
Bagaimana dengan kerja
sekolah saya, McFly?
Uh, baiklah, Biff.
Saya akan siapkannya malam ini...
dan saya akan serahkannya
pada awal pagi esok.
Jangan awal sangat. Saya tidur pada
pagi Ahad. Kasut awak tidak terikat!
Jangan mudah ditipu, McFly.
- Saya tidak mahu lihat awak di sini lagi.
- Baiklah. Selamat tinggal.
- Apa?
- Awak ini George McFly!
Ya. Awak siapa?
Kenapa awak biarkan mereka membuli awak?
- Mereka lebih besar daripada saya.
- Jangan merendahkan diri awak!
Bersemangatlah sedikit.
Jika awak biarkan mereka
menindas awak sekarang...
mereka akan menindas awak
sepanjang hayat awak.
Tengok saya. Awak fikir saya
akan menghabiskan hayat saya...
...di kedai tidak berguna ini?
- Hati-hati, Goldie.
- Tidak mungkin!
Saya akan jadikan diri saya berguna.
Saya akan menghadiri kelas malam.
Suatu hari nanti, saya akan
menjadi seorang yang berguna.
Betul itu, dia akan menjadi Datuk Bandar.
Ya, saya...
Datuk Bandar! Itu satu
buah fikiran yang bagus.
Saya boleh bertanding
menjadi Datuk Bandar.
Seorang Datuk Bandar berkulit hitam.
Kalaulah itu boleh berlaku.
Awak tunggu dan lihat, En. Carruthers.
Saya akan menjadi Datuk Bandar.
Saya akan menjadi orang yang
paling berkuasa di Hill Valley...
...dan saya akan membersihkan pekan ini.
Bagus. Awak boleh mulakannya
dengan mencuci lantai ini.
Datuk Bandar Goldie Wilson.
Saya sukakan bunyinya.
Hei, Ayah! George!
Hei, awak yang menunggang basikal itu!
Dia ini suka mengintai rupanya!
Ayah!
Hei, tunggu... Tunggu dahulu.
Siapa awak?
Stella! Ada lagi budak tidak berguna
yang melintas di hadapan kereta saya!
Mari ke mari! Tolong saya
bawanya masuk ke rumah!
Mak?
Awakkah itu?
Diam-diam. Berehatlah.
Awak telah tertidur hampir 9 jam.
Saya telah mengigau.
Saya bermimpi yang saya
pulang ke masa dahulu.
Dashyat betul.
Baiklah, awak selamat sekarang...
di tahun 1955.
1955?
Awak ialah Ma...
Nama saya ialah Lorraine.
- Lorraine Baines?
- Ya.
Tapi awak... Awak sungguh, uh...
Awak sungguh... kurus!
Bertenang, Calvin.
Kepala awak lebam teruk.
Ah! Di mana seluar saya?
Di sana... di atas peti saya.
Saya tidak pernah tengok seluar dalam
berwarna unggu sebelum ini, Calvin.
Calvin? Kenapa awak memanggil saya Calvin?
Itulah nama awak, bukan? Calvin Klein.
la tertulis di seluar dalam awak.
Saya agak awak selalu dipanggil Cal, huh?
Tidak, sebenarnya saya
dikenali sebagai Marty.
Oh.
Selamat berkenalan, Calvin...
Marty...
Klein.
- Awak tidak kisah jika saya duduk di sini?
- Tidak.
Boleh. Tidak. Baik. Boleh. Baik.
- Teruknya lebam kepala awak ini.
- Ahh!
Lorraine, awak di atas sana kah?
Oh, tuhanku!
Itu ialah ibu saya!
Cepat! Pakai seluar awak kembali!
Beritahu saya, Marty, sudah berapa
lama awak berada di pelabuhan?
- Maafkan saya?
- Saya agak awak ini seorang kelasi kapal.
Sebab itu awak memakai jaket keselamatan.
Uh, Pengawal Pantai.
Sam, inilah anak muda yang awak langgar
itu. Dia baik sahaja, syukur pada tuhan.
Apa yang awak buat di tengah jalan tadi?
Jangan hiraukan dia.
Anginnya tidak berapa baik.
Berhentilah merobek benda
itu. Mari ke sini makan.
Awak sudah kenal Lorraine.
Ini ialah Milton, ini ialah Sally...
itu ialah Toby, dan di
dalam sana itu ialah Joey.
Jadi, awaklah Pakcik Joey.
Baik awak biasakan
dengan palang-palang itu.
Ya. Joey memang suka bermain di dalam sana.
Dia akan menangis jika kami keluarkan dia.
Jadi kami letakkan dia di situ setiap masa.
Jadi, Marty, saya harap
awak suka 'meat loaf'.
Saya rasa saya perlu...
Duduk di sini, Marty.
Sam, berhentilah membaiki benda itu
dan datang kemari untuk makan malam.
Oh, ho, ho! Tengok ini.
Sekarang kita boleh tengok
Jackie Gleason semasa kita makan.
Televisyen pertama kami. Ayah
baru sahaja membelinya hari ini.
Awak ada televisyen?
Ya, kami mempunyai 2 buah.
Wow! Awak ini mesti kaya.
Oh, sayang, dia hanya bergurau.
Mana ada orang mempunyai 2 buah televisyen.
Hei... Hei, Saya pernah lihat yang ini.
Ini adalah rancangan klasik.
Masa ini Ralph berpakaian seperti
seorang dari angkasa lepas.
Apa maksud awak yang awak telah
melihatnya? Bukankah ini rancangan baru?
Ya, saya melihatnya dalam siaran... ulangan.
- Siaran ulangan yang mana?
- Awak akan tahu nanti.
Tahu tak Marty, wajah awak
seperti biasa saya lihat.
Saya kenal ibu awakkah?
Ya, saya rasa awak memang kenal.
Kalau begitu saya mahu menelefonnya.
Saya tidak mahu beliau risau tentang awak.
Tidak boleh. Uh...
Tiada... sesiapa di rumah.
- Oh.
- Belum lagi.
Oh.
Awak tahu di mana Riverside Drive?
Di sebelah bandar sana.
Satu blok selepas Maple.
Di sebelah Timur bandar.
Satu blok selepas Maple. Itu
ialah John F. Kennedy Drive.
Siapa itu John F. Kennedy?
Mak?
Ibubapa Marty telah keluar bandar...
Sepatutnya Marty bermalam
di sini sahaja, bukan?
Lagi pun Ayah hampir membunuhnya.
Betul itu, Marty.
Saya rasa awak patut bermalam di sini.
Awak telah menjadi tanggungjawab kami.
- Entahlah. Saya tidak pasti.
- Dan dia boleh tidur di bilik saya.
Saya terpaksa pergi.
Terima kasih banyak-banyak.
Semuanya bagus. Awak semuanya
baik. Semoga berjumpa lagi.
Di lain kali.
Dia seorang anak muda yang pelik.
Dia seorang bodoh.
Keturunan. Tentu ibubapanya juga bodoh.
Lorraine, kalau awak ada anak seperti itu,
Ayah tidak akan mengaku awak anak ayah.
Doc?
- Jangan kata apa-apa.
- Doc!
Saya tidak mahu tahu pasal awak.
- Dengar sini, Doc... Doc...
- Diam!
- Jangan beritahu saya apa-apa. Diam.
- Awak mesti tolong...
Saya akan baca fikiran awak.
Mari kita saksikan.
Awak datang dari jauh?
- Ya. betul.
- Jangan beritahu saya!
Awak mahu saya melanggan
kepada 'The Saturday Evening Post'?
- Tidak!
- Jangan sepatah! Walau sepatah pun!
Diam.
Uh... derma.
Awak mahu saya
menderma...
kepada pasukan bantuan
Pengawal Pantai.
Doc...
Saya dari masa hadapan.
Saya datang ke sini menggunakan
mesin masa yang awak cipta.
Sekarang ini saya perlukan bantuan
awak untuk pulang semula ke tahun...
1985.
Ya tuhan!
Apa tahu apa maksud semua ini?
Ini bermakna benda jahanam
ini tidak berfungsi!
Doc, mesti tolong saya.
Hanya awak seorang yang tahu
bagaimana mesin masa itu berfungsi.
Mesin Masa?
Saya tidak pernah mencipta
sebarang mesin masa.
Baiklah. Saya akan
buktikan kepada awak.
Lihatlah lesen memandu saya.
Luput dalam tahun 1987.
Lihatlah tarikh lahir saya.
Saya belum lagi dilahirkan.
dan lihatlah gambar ini.
Ini ialah abang, saya dan kakak saya.
Lihatlah bajunya, Doc.
"Kelas 1984"?
Gambar itu palsu.
Rambut abang awak telah dibuang.
Saya cakap yang betul.
Awak mesti percayakan saya.
Kalau begitu beritahu saya,
"Budak Masa Depan"...
Siapakah presiden Amerika Syarikat
dalam tahun 1985?
- Ronald Reagan.
- Ronald Reagan? Pelakon itu? Ha!
Habis itu, siapa pula Timbalan Presiden?
Jerry Lewis?
Agaknya Jane Wyman
ialah Wanita Pertama.
- Nanti, Doc!
- dan Jack Benny ialah Setiausaha Kewangan!
Doc, awak mesti percayakan saya!
Saya sudah penat dikenakan
sepanjang petang ini.
- Selamat malam, Budak Masa Depan!
- Jangan, nanti, Doc. Doc!
Lebam di kepala awak.
Saya tahu bagaimana ia terjadi.
Awak telah ceritakan semuanya kepada saya.
Awak sedang berdiri di atas
tandas sambil menggantung jam...
lalu awak jatuh dan kepala
awak terhantuk ke sinki...
ketika itulah awak mendapat ilham
tentang 'Kapasitor Penguraian Objek'...
yang membolehkan pengembaraan masa.
Ada yang tidak kena dengan 'starter'nya,
jadi saya sorokkannya... di sini.
Selepas saya jatuh di dalam tandas...
Saya telah lukis ini.
Kapasitor Penguraian Objek.
Ia berfungsi!
Akhirnya saya telah mencipta
sesuatu yang berfungsi!
Sudah tentu ia berfungsi.
Apa cara pun, kita perlu membawa
kereta ini balik ke makmal saya.
Kita mesti pulangkan awak ke rumah!
Sini, Doc. Ini dia.
Itu saya! Tengoklah saya itu!
Saya telah tua.
Syukur, saya masih ada rambut.
Apakah yang saya pakai itu?
Itu ialah Baju Radiasi.
Baju Radiasi?
Tentulah. Disebabkan sisa
dari peperangan bom atom.
Hebatnya alat ini.
Studio televisyen mudahalih.
Patutlah presiden awak seorang pelakon.
Dia perlu nampak segak di televisyen.
Woo. Inilah bahagiannya, Doc.
Apa yang telah saya katakan tadi?
1.21 Giga Watt!
1.21 Giga Watt.
Alamak!
Apa...
Apakah dia Giga Watt itu?
Kenapalah saya begitu cuai?
1.21 Giga Watts!
Ayah, bagaimanakah saya mahu hasilkan
kuasa sebegitu? Mustahil, bukan?
Doc, apa yang kita perlukan
hanyalah sedikit plutonium.
Oh! Saya pasti dalam tahun 1985...
plutonium boleh didapati
disetiap kedai farmasi...
tetapi di dalam tahun 1955,
ia jarang berlaku.
Marty, maafkan saya, saya rasa
awak akan tersangkut di sini.
Woo, Doc, tersangkut di sini?
Saya tidak boleh tersanggkut di sini.
Saya ada kehidupan di tahun 1985.
- Saya ada teman.
- Cantikkah dia?
Doc, dia memang cantik.
Dia...
Dia tergilakan saya. Lihat ini.
Lihat apa yang dia telah tuliskan, Doc.
Maksud saya, itu telah
menerangkan segalanya.
Doc, hanya awak harapan saya.
Marty, maafkan saya, satu-satunya
sumber kuasa untuk menghasilkan...
tenaga elektrik 1.21 Giga
Watt ialah panahan kilat.
- Apa awak cakap?
- Panahan kilat.
Malangnya, awak tidak akan tahu
bila dan di mana ia akan menyambar.
Sekarang kita telah tahu.
Ini dia!
Inilah jawabannya.
Di sini dikatakan, satu panahan kilat...
akan menyambar menara jam pada
10:04 malam Sabtu hadapan!
Kalau kita dapat menyalurkan
panahan kilat itu...
ke Kapasitor Penguraian Objek...
ia mungkin akan berjaya.
Malam Sabtu nanti...
kita akan menghantar
awak balik ke masa depan!
Baiklah. Sabtu pun boleh.
Sabtu pun boleh.
Saya boleh menghabiskan masa
seminggu dalam tahun 1955.
Saya boleh lepak. Awak
boleh tunjukkan saya tempat.
Itu semua tidak akan berlaku.
Awak tidak boleh meninggalkan rumah ini.
Awak tidak boleh berjumpa atau
bercakap dengan sesiapa.
Apa sahaja yang awak buat akan
memberi kesan di masa hadapan.
Awak faham tidak?
Ya. Sudah tentu. Baiklah.
Adakah awak berinteraksi dengan
sesiapa hari ini selain daripada saya?
Saya... ya, dengan ibubapa saya.
Alamak!
Beri saya lihat gambar itu
semula, gambar abang awak.
Saya sudah jangka. Ini membuktikan
teori saya. Lihat abang awak.
Kepalanya hilang.
Seperti telah dipadamkan.
Dipadamkan dari kewujudan.
Woo! Mereka betul-betul
bersihkan tempat ini. Nampak baru.
Ingat, mengikut teori saya, awak telah
menggangu pertemuan pertama ibubapa awak.
Jika mereka tidak bertemu, mereka tidak akan
jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak.
Itulah sebabnya kepala abang
awak hilang dari gambar itu.
Diikuti oleh kakak awak. Jika awak
tidak membaikinya, awak pula akan hilang.
- Bunyi macam berat sahaja?
- Berat tiada kaitan dengannya.
- Yang mana bapa awak?
- Itu dia.
Baik, baik, kawan-kawan.
Ha, ha, ha, ha. Kelakarlah.
( TENDANG SAYA )
Awak semua memang berlagak dewasa.
Agaknya awak ini anak angkatlah.
Baik, sungguh dewasa, kawan-kawan.
- Baik, tolong ambil buku-buku saya.
- McFly.
Itu En. Strickland. Ya rasul, dia
itu tidak pernah ada rambutkah?
Kuatkan diri awak. Awak ini dungu.
- Awak mahu jadi dungu seumur hidup awak?
- Tidak.
- Apa yang ibu awak minat dengannya?
- Saya tidak tahu.
Agaknya mak kasihankan beliau
disebabkan datuk telah melanggar dia.
Saya yang datuk langgar.
Itu ialah kesan
"Florence Nightingale".
Selalu terjadi di hospital apabila jururawat
jatuh cinta dengan pesakit mereka.
Pergilah, Marty.
Hei, George.
Saya telah mencari
awak di merata tempat.
Ingat tidak saya, orang yang
telah selamatkan awak tempohari?
Oh. Ya.
Bagus. Saya mahu memperkenalkan
awak kepada sesorang.
Lorraine?
Calvin!
Saya mahu awak jumpa kawan
baik saya George McFly.
Hai. Selamat berjumpa.
- Bagaimana kepala awak?
- Uh, baik. Bagus.
Saya sangat bimbangkan awak
semenjak awak lari malam itu.
Awak baikkah?
- Jom. Kita sudah lambat! Cepatlah!
- Maaf. Saya terpaksa pergi.
Dia itu menawan, bukan?
- Dia langsung tidak melihat beliau.
- Ini lebih rumit dari yang saya fikir.
Nampaknya ibu awak
itu tergila-gilakan dengan awak...
tetapi tidak dengan bapa awak.
Woo. Nanti dahulu, Doc.
Adakah awak rasa...
yang ibu saya...
amat meminati saya?
- Tepat sekali.
- Woo. Ini sangat berat.
'Berat' lagi. Adakah semua benda
adalah berat di masa hadapan?
Ada masalahkah dengan
tarikan graviti bumi?
Apa?
Mereka berdua itu hanya akan berasmara
jika hanya mereka berdua bersendirian.
Jadi awak perlu pastikan
mereka berinteraksi...
dalam keadaan sosial...
Apa, awak maksudkan seperti 'date'?
- Betul!
- 'Date' yang bagaimana?
Apa yang remaja buat dalam tahun 50an?
Bukankah mereka itu ibubapa awak?
Semestinya awak kenal mereka, bukan?
Apakah persamaan minat mereka?
Apa yang mereka suka lakukan bersama?
Tiada apa-apa.
Tengok! Ada 'upacara semangat
berirama' akan berlangsung.
Ya, tentunya!
Tarian "The Enchantment Under The Sea"!
Mereka sepatutnya pergi ke situ, di
mana kucupan pertama mereka berlaku.
Baiklah, Marty. Awak ikut
bapa awak seperti gam...
dan pastikan dia bawa ibu
awak ke tarian tersebut.
George.
Ingat lagi gadis yang saya
perkenalkan tempohari? Lorraine?
Apa yang awak tulis?
Uh, cerita.
Cerita cereka sains tentang pelawat...
yang datang ke bumi dari planet lain.
Biar betul! Saya tidak tahu pun yang
awak boleh buat sesuatu yang kreatif.
- Biar saya baca sedikit.
- Oh, jangan, jangan...
Saya tidak pernah biarkan
orang lain membaca cerita saya.
Kenapa tidak?
Bagaimana jika mereka tidak sukakannya?
Bagaimana jika mereka
katakan saya tidak bagus?
Saya rasa orang lain tidak akan faham.
Uh, tidak. Tidaklah susah sangat.
Baiklah, George, tentang Lorraine...
dia memang sukakan awak.
Dia berpesan kepada saya supaya memberitahu
awak yang dia mahu awak membawanya...
- ke tarian "The Enchantment Under The Sea".
- Yakah?
Oh, ya. Awak hanya perlu
pergi ke sana dan tanyakan dia.
Apa? Di sini? Sekarang ini di
kafeteria? Bagaimana jika dia kata tidak?
Saya tidak tahu sama ada boleh atau
tidak saya menerima penolakan sebegitu.
Lagi pun, saya rasa dia lebih suka
pergi bersama dengan orang lain.
Uh, siapa?
Biff.
- Alah, sedikit sahaja.
- Pergi.
Awak sukakannya. Saya
tahu awak sukakannya.
Awak memang mahukannya saya berikannya.
Tutup mulut celupar awak itu.
Saya bukan gadis jenis begitu.
Mungkin awak seperti itu, cuma
awak tidak mengetahuinya lagi.
Jauhkan diri awak dari saya.
Awak dengar bukan?
Jauhkan diri awak darinya.
Uh, boleh bukan?
Apa kaitan dengan awak,
bahlol?
Awak ini memang mencari...
Gaduh! Gaduh! Gaduh!
Oleh sebab awak ini baru di sini,
uh, saya akan berikan muka...
untuk hari ini.
Jadi apa kata kalau awak buat bodoh...
dan berambus dari sini.
George!
Kenapa awak asyik ikut saya?
Nanti, George.
Saya beritahu awak, George...
kalau awak tidak mengajak
Lorraine ke tarian tersebut...
saya akan menyesal seumur hidup saya.
Tetapi saya tidak boleh
pergi ke tarian tersebut.
Saya akan terlepas rancangan televisyen
kegemaran saya, Teater Cereka Sains.
Tetapi, George,
Lorraine mahu pergi bersama dengan awak.
- Berilah dia peluang.
- Saya belum bersedia...
untuk mengajak Lorraine keluar menari.
dan awak atau sesiapa pun di planet ini...
tidak akan boleh menukar fikiran saya.
Teater Cereka Sains...
Siapa awak?
Diam, makhluk bumi.
Nama saya ialah Darth Vader.
Saya ialah makhluk
asing dari Planet Vulcan.
Marty!
- Marty! Marty!
- Hei, George.
Awak tidak pergi ke sekolah.
Apa awak buat sepanjang hari?
Saya tertidur. Saya perlukan bantuan awak.
Saya perlu ajak Lorraine keluar,
tetapi saya tidak tahu bagaimana.
Baiklah. Dengar sini. Bawa
bertenang. Dia ada di kafe.
Ya tuhanku! Bagaimana awak...
Apa yang merubah fikiran awak, George?
Malam tadi, Darth Vader datang dari
Planet Vulcan datang memberitahu saya...
jika saya tidak mengajak Lorraine keluar,
dia akan membuatkan otak saya cair.
Ya, biarlah perkara ini
hanya antara kita sahaja, ok?
- Oh, ya, ya.
- Baiklah. Itu pun dia, George.
- Sekarang pergilah ke sana dan jemput dia.
- Baik.
- Saya tidak tahu apa yang perlu diucapkan.
- Cakaplah apa sahaja, George.
Cakap seperti biasa, apa sahaja
yang terlintas di fikiran awak.
Tiada apa yang terlintas
di fikiran saya.
Ya rasul, George. Bagaimanakah
agaknya saya ini boleh dilahirkan.
- Apa? Apa?
- Tiada apa-apa.
Dengar sini. Cakap kepadanya yang
takdir telah menyatukan awak berdua.
Beritahunya bahawa dia ialah
gadis yang paling cantik...
yang awak pernah lihat di dunia ini.
Gadis memang sukakan perkara
begitu. Apa yang awak buat, George?
Saya sedang menyalinnya. Ia amat bagus.
- Baik, marilah. Awak boleh buat, bukan?
- Oh, ya.
Lou, berikan saya susu.
Coklat.
Lorraine? Kepadatan saya...
telah menyemburkan saya kepada awak.
- Apa?
- Oh.
Apa yang saya maksudkan ialah...
Tunggu dahulu.
Tidakkah saya kenal awak?
Ya. Ya.
Saya George. George McFly.
Saya ialah kepadatan awak.
Maksud saya...
Takdir awak.
Oh.
Hei, McFly!
Alamak...
Bukankah saya telah beritahu awak
jangan sekali-kali masuk ke sini.
Nampaknya, awak kena belanja.
Berapa banyak *** awak ada?
Berapa banyak yang awak mahu, Biff?
Baiklah, sial.
- Saya akan...
- Woo, woo, Biff. Apa itu?
Itu ialah Calvin Klein.
Oh, tuhanku, dia umpama mimpi.
Woo! Budak! Budak,
berhenti! Berhenti! Berhenti!
- Berhenti.
- Hei!
Nanti saya akan
pulangkannya kembali, boleh?
Awak telah rosakkannya!
Mari ke mari!
Wow! Tengok dia pergi itu!
Tangkap dia!
Pergi ke kereta! Pergi!
- Apakah benda yang dia gunakan itu?
- Sekeping papan beroda.
Dia sebetul-betulnya
umpama sebuah mimpi.
- Cepat, cepat!
- Awas kereta itu!
Saya akan rempuh dia.
Celaka!
Woo!
Terima kasih, budak.
Saya akan kerjakan anak haram itu.
- Dari mana dia datang?
- Ya, di mana dia tinggal?
Saya tidak tahu...
tetapi saya akan siasat.
Doc?
Oh, hai, Marty.
Saya tidak perasan awak.
Video ini alat yang menakjubkan.
Dengar sini, Doc.
Ada sesuatu yang saya belum
beritahu awak tentang malam itu.
Tolonglah, Marty, jangan beritahu saya.
Seseorang tidak seharusnya tahu
terlalu banyak tentang takdirnya.
- Awak tidak faham.
- Saya memang faham.
Jika saya tahu terlalu banyak
tentang masa depan saya...
saya mungkin akan membahayakan
kewujudan saya sendiri.
seperti awak membahayakan
masa depan awak.
Betul cakap awak.
Baik, biar saya tunjukkan bagaimana
untuk menghantar awak pulang.
Jangan peduli sangat
dengan rupa model ini.
Saya tiada masa untuk membuatnya
mengikut skala mahu pun mengecatnya..
- Ianya bagus.
- Oh, terima kasih, terima kasih.
Baiklah, kita akan pasangkan
dawai elektrik industri...
dari atas menara jam ke bawah...
dan mengantungkannya di antara
kedua-dua tiang lampu itu.
Sambil itu, kita akan
memasang tiang dan pencangkuk ini...
ke mesin masa itu. Ia
akan disalurkan ke dalam...
Kapasitor Penguraian Objek.
Pada masa yang akan ditetapkan...
awak akan bermula dihujung jalan...
menuju ke arah dawai tadi
sambil memecut ke 88 bsj.
Mengikut lembaran itu, tepat
pada pukul 10:04 malam...
Sabtu nanti, kilat akan
menyambar menara jam...
yang seterusnya akan melalui dawai...
sebaik sahaja penyangkut
bersentuh dengan dawai itu...
menyebabkan 1.21 Giga Watt dihantar
ke dalam Kapasitor Penguraian Objek...
yang akan menghantar
awak pulang ke 1985.
Baiklah, sekarang. Lihat ini.
Awak putarkan kereta
itu dan lepaskannya.
Saya akan menyediakan kilat.
Mula.
Sedia.
Lepas.
Awak mengumpan saya dengan
penuh keyakinan, Doc.
Jangan risau. Saya akan uruskan tentang
idea ini. Awak uruskan bapa awak.
Oh ya. Apa yang terjadi hari ini?
Adakah dia mengajak ibu awak keluar?
- Saya rasalah.
- Apa ibu awak kata?
Itu ibu awak! Dia telah ikut awak!
Cepat! Tutupkan mesin masa ini.
Hai, Mar... Cal... Marty.
Mak... Lorraine.
Uh, bagaimana awak
tahu saya ada di sini?
Saya telah ikut awak.
Oh, uh, ini ialah,
uh, Doc... pakcik saya...
Doc... Brown.
- Hai.
- Hai.
Uh...
Marty, mungkin ianya agak awal...
tetapi saya tertanya-tanya...
kalau awak sudi mengajak
saya ke...
tarian "Enchantment
Under The Sea" Sabtu ini?
Belum ada sesiapa yang ajak awak?
Belum lagi.
- Bagaimana dengan George?
- George McFly?
Oh, dia... Dia memang comel
dan sebagainya, tetapi tidak...
Saya berfikiran bahawa seorang
lelaki seharusnya kuat...
supaya beliau boleh
mempertahankan dirinya...
dan melindungi wanita yang disayanginya.
Tidak begitu?
Ya.
Saya masih tidak faham.
Bagaimana boleh saya
pergi menari dengannya...
sedangkan dia akan menari dengan awak?
Sebabnya, George, dia sebenarnya
mahu pergi dengan awak.
Cuma dia belum menyedarinya lagi.
Sebab itu kita perlu menyakinkannya bahawa
awak, George McFly, ialah seorang pejuang.
Awak ialah seorang yang boleh
membela diri sendiri...
juga seorang yang akan
melindungi dia.
Tetapi saya tidak pernah
bergaduh seumur hidup saya.
Dengar ini, awak tidak
akan bergaduh, Ayah...
ayah, ayah, payah..
Awak datang untuk
selamatkan dia, bukan?
Baik, mari kia semak rancangan itu semula.
8:55, awak akan ada di mana?
- Saya akan berada di majlis tarian itu.
- Betul. Saya pula akan berada di mana?
Awak akan berada di
dalam kereta bersamanya.
Betul, jadi sekitar pukul 9:00,
dia akan marah terhadap saya.
Kenapa dia akan marahkan awak?
Sebabnya, George, gadis
yang baik akan marah...
apabila lelaki cuba mengambil
kesempatan ke atasnya.
Oh! Maksud awak, awak
akan menyentuh dia...
Bukan. Tidak, George.
Itu hanyalah lakonan, bukan?
Baik. Jadi, 9:00, awak sedang
bersiar-siar melalui tempat letak kereta.
Awak akan nampak kami, uh,
bergelut di dalam kereta.
Awak akan datang, bukakan
pintu dan berkata...
Ayatnya, George.
Oh! Uh...
Hei, awak, lepaskan
tangan celaka awak darinya!
- Awak rasa perlukah saya menyumpah?
- Ya, mesti.
Celaka, George, menyumpah.
Baiklah. Awak akan datang.
Awak akan menumbuk saya di perut.
Saya tentu akan tidak
menarik minatnya lagi, bukan?
dan awak dengan Lorraine
akan hidup bahagia selamanya.
Oh, awak membuatkannya
nampak sangat mudah.
Saya cuma... kalaulah
saya ini tidak penakut sangat.
George, tiada apa yang
perlu ditakutkan.
Hanya perlu ada keyakinan diri.
Awak tahu, jika awak
tumpukan perhatian...
awak boleh buat apa sahaja.
Keadaan cuaca Hill
Valley malam Sabtu ini.
Keseluruhannya baik, dengan
sedikit awan berselerakan.
Awak pastikah tentang ribut itu?
Kalau ramalan cuaca pun tidak
pernah betul, inikan pula masa depan?
Awak tahu, Marty, saya akan
merasa sedih bila awak pergi nanti.
Awak memang merubah kehidupan saya.
Awak telah memberikan saya
satu harapan untuk digapai.
mengetahui bahawa saya akan
menyaksikan tahun 1985...
bahawa saya akan berjaya
dalam bidang ini...
bahawa saya berpeluang untuk
mengembara merentasi masa!
Pastinya sukar untuk
menunggu selama 30 tahun...
sebelum saya dapat bercakap dengan
awak tentang semua ini...
Saya tentu akan merindui awak, Marty.
Saya tentu akan merindui awak.
- Doc, tentang masa depan...
- Jangan!
Marty, kita telah pun bersetuju bahawa
mengetahui maklumat masa hadapan...
adalah amat membahayakan.
Walaupun niat awak baik,
ia boleh memakan diri.
Apa pun yang awak mahu
beritahu saya...
Saya akan mengetahui
melalui peredaran masa.
"Kehadapan Dr. Brown...
pada malam saya pulang ke sini...
awak akan...
ditembak oleh pengganas.
Tolong ambil langkah berjaga-jaga...
untuk mengelak kejadian itu.
Kawan awak...
Marty. "
Selamat Malam, Dr. Brown.
Ada apa dengan wayar ini?
Oh, hanya satu eksperimen cuaca.
- Apakah yang ada di dalam ini?
- Jangan, jangan! Jangan sentuhnya!
Satu peralatan sensor cuaca yang baru.
Awak ada permitnya?
Tentulah saya ada.
Sebentar. Biar saya mencarinya.
Awak tidak kisah jika kita...
lepak, sebentar?
- Idea yang bagus. Saya memang suka melepak.
- Hah?
Marty, saya sudah hampir 18 tahun.
Macamlah saya tidak
pernah melepak sebelum ini.
Apa?
Marty, awak tampak gementar?
Ada apa yang tidak kena?
Tidak.
Lorraine, Lorraine,
apa yang awak buat?
Saya telah mencurinya dari
kabinet arak perempuan tua itu.
Yalah, awak tidak sepatutnya minum.
- Kenapa pula?
- Sebab...
awak akan menyesalinya di kemudian hari.
Marty, jangan jadi lurus sangat.
Semua orang minum.
Ish, awak juga merokok?
Marty, awak mula
kedengaran seperti ibu saya.
Kami akan berehat sebentar,
tetapi kami akan kembali...
jadi, jangan ke mana-mana.
Marty?
Kenapa awak sangat gementar?
Lorraine...
pernahkah awak...
berada di dalam situasi di mana
awak perlu lakukan sesuatu...
tetapi apabila tiba saatnya,
awak sangsi dapat melakukannya?
Oh, maksud awak apa mahu
buat di pertemuan pertama?
Oh, uh, lebih kurang.
- Saya rasa saya tahu maksud awak.
- Yakah?
Awak tahu apa yang saya akan buat?
- Apa?
- Saya tidak akan risau.
Ini semuanya tidak betul.
Saya tidak tahu apa dia...
tetapi apabila saya mengucup awak,
rasanya seperti mengucup...
adik saya.
Tidak masuk akal, bukan?
Percayalah.
Sememangnya ia sangat masuk akal.
Ada orang datang.
Awak telah menyebabkan kerosakan
berjumlah $300 terhadap kereta saya...
dan sekarang saya akan
mengambilnya dari awak.
Pegang dia.
Lepaskan dia, Biff. Awak sedang mabuk.
Wah, tengok apa yang kita jumpa.
Jangan, jangan! Tinggallah bersama
dengan saya. Ayuh, Lorraine.
- Lepaskan saya!
- Lepaskan dia, anak haram!
Awak semua bawa dia ke belakang.
Nanti saya akan ke sana.
Mengaku sahajalah yang awak mahukannya.
Apa lagi? Pergilah! Ini
bukannya Pertunjukan Mengintip.
- Hei, mari masukkan dia ke dalam sana.
- Ya!
Inilah padahnya kerana
merosakkan rambut saya.
Apa yang buat dengan kereta saya?
Hei, berambus, 'Mat Hitam'.
Ini tiada kaitan dengan awak.
Siapa yang awak panggil
'Mat Hitam', 'Budak Kayu'?
Hei, tunggu dulu.
Nanti. Saya tidak mahu
bergaduh dengan 'Mat ***', ok?
Baliklah ke rumah mengadu
kepada ibu awak, budak.
Biff! Biff! Cepat, Biff!
Keluarkan saya!
Yo!
Reginald, di mana kuncinya?
Kuncinya ada di dalam but kereta ini.
- Ulang semula?
- Saya kata kuncinya ada di dalam sini.
Lepaskan saya!
Ayuh!
Hei, awak, lepaskan tangan celaka awak...
Oh.
Saya rasa awak tersalah kereta, McFly.
George, tolong saya! Tolonglah!
Pusing belakang, McFly,
dan pergi dari sini.
- Tolonglah, George.
- Awak pekakkah, McFly?
Tutup pintu ini dan berambus.
Tidak, Biff. Lepaskan dia.
Baiklah, McFly.
Awak yang mahukannya...
sekarang, awak akan mendapatkannya.
Hentikannya!
Biff, awak akan patahkan tangannya nanti!
Biff, jangan!
Bantulah saya, Reginald.
Ow! Celaka! Tangan saya telah luka!
- Siapa punya ini?
- Saya.
Terima kasih banyak-banyak.
Awak akan patahkan tangannya!
Biff! Biff,jangan ganggu dia!
Lepaskan dia, lepaskan dia.
Awak tidak apa-apa?
Siapa itu?
Itu ialah George McFly.
- Itu George McFly?
- Maafkan saya.
Ribut.
Hei, awak semua, awak perlu masuk ke
dalam dan habiskan majlis tarian itu.
Hei, budak, lihatlah tangan Marvin itu.
Mana boleh dia bermain dengan tangan begitu,
kami pula tidak boleh bermain tanpa beliau.
Ya, tetapi, Marvin, awak mesti bermain.
Awak tahu tidak, di situlah mereka
kucupan pertama mereka akan berlaku...
jika tiada muzik, mereka
tidak boleh menari...
dan jika mereka tidak menari,
mereka tidak akan berkucup.
tiada kucupan, tiada cinta,
dan saya akan menjadi sejarah.
Tarian itu telah berakhir, kecuali awak
kenal sesiapa yang boleh bermain gitar.
Lagu ini ditujukan kepada semua
pasangan kekasih di luar sana.
George, tidakkah awak
mahu mengucup saya?
Saya... saya tidak tahu.
Berambus, McFly. Saya akan ganti.
Hei, budak, awak tidak apa-apa?
Saya tidak boleh bermain.
George!
George!
George?
Maafkan saya.
Ya, bagus. Mari kita buat satu lagi.
Oh, tidak. Saya terpaksa pergi.
Ayuh. Mari lakukan
sesuatu yang sangat hebat.
Sesuatu yang sangat hebat.
- Baiklah.
- Ya, bagus!
Baik...
Baik, ini sebenarnya sebuah
lagu lama tetapi, uh...
Lagu inilah sebuah lagu lama di tempat saya.
Baiklah semua, dengar sini.
Ini ialah irama Blues dalam rentak "B."
Perhatikan saya untuk pertukaran
irama, dan cuba ikut dan teruskan, ok?
George, Saya dengar awak
tewaskan Biff. Syabas.
George, pernah awak terfikir untuk
bertanding jawatan presiden kelas?
Chuck! Chuck, Ini Marvin.
Sepupu awaklah, Marvin Berry?
Awak sedang mencari irama baru, bukan?
Jadi, dengarkan ini!
Rasanya awak semua belum
lagi bersedia untuk itu.
Tetapi awak semua akan sukakannya.
Lorraine.
Marty, muzik tadi sungguh menarik.
Uh, ya.
Uh, Saya harap awak tidak kisah, tetapi
George ingin menghantar saya pulang.
Bagus! Bagus, Lorraine.
Saya dapat rasakan sesuatu
di antara awak berdua.
Saya juga ada rasa sesuatu.
Saya terpaksa pergi, tetapi, uh...
Saya ingin beritahu awak
yang semuanya tadi sungguh...
berpelajaran.
Marty, adakah kami akan
bertemu dengan awak lagi?
Ya, saya jamin.
Marty, saya ingin berterima kasih
di atas semua nasihat berguna awak.
Saya tidak akan melupakannya.
Baik, George.
Jadi, uh...
Semoga berjaya, awak berdua.
Oh. Satu lagi perkara.
Jika awak berdua ada anak nanti...
dan apabila salah seorang daripada
mereka, apabila berumur 8 tahun...
secara tidak sengaja menyebabkan
kebakaran di ruang tamu...
berlembutlah dengannya.
Baiklah.
"Marty". Cantik nama itu.
Sial! Di mana budak itu?
Sial!
Sial! Sial!
Awak lambat! Awak tiada
konsep menepati masakah?
Hei, bertimbang rasalah! Saya
perlu menukar baju dahulu..
Awak fikir saya akan pulang
dengan baju 'zoot' itu?
Orang tua saya memang telah
berubah. Semuanya telah berhasil.
Dia telah menewaskan Biff hanya
dengan satu tumbukan sahaja.
Saya tidak sangka dia boleh buat begitu.
Dia tidak pernah berdepan
dengan Biff seumur hidupnya.
- Tidak pernah?
- Tidak. Kenapa? Ada apa-apa?
Baiklah!
Mari kita tetapkan tarikh
dan masa kepulangan awak.
Inilah masa ketika
awak tinggalkan dahulu.
Mari kita hantar awak
pulang tepat pada masa itu.
Seumpama awak tidak
pernah pun tinggalkannya.
Sekarang, saya telah mengecat
satu garisan putih di atas jalan...
Nun di sana.
Di situlah awak akan bermula.
Saya telah mengira
dengan tepat jaraknya...
dengan mengambil kira faktor kelajuan
pecutan dan rintangan angin...
dari saat panahan kilat itu nanti...
iaitu tepat dalam masa
7 minit dan 22 saat.
Bila pengera ini berbunyi,
awak tekanlah minyak kereta itu.
Baiklah.
Jadi, saya rasa itulah sahaja.
- Terima kasih.
- Terima kasih kembali.
Jumpa awak lagi dalam masa
lebih kurang 30 tahun.
Saya berharap sangat.
Jangan bimbang!
Selagi awak menyentuh wayar itu...
dengan pencangkuk tepat
pada kelajuan 88 bsj...
semasa kilat menyambar menara jam itu...
semuanya akan selamat.
Baik.
- Apa maknanya ini?
- Awak akan tahu dalam masa 30 tahun.
Ianya tentang masa depan, bukan?
- Itu ialah maklumat masa hadapan!
- Tunggu dahulu!
Bukankah saya telah memberi amaran?
Akibatnya akan membawa kecelakaan!
Doc, itu adalah risiko
yang awak perlu ambil.
- Nyawa awak bergantung kepadanya!
- Tidak!
Saya enggan menerima tanggungjawab ini.
Kalau begitu saya akan berterus terang!
Alamak!
Awak ambil dawai itu! Saya akan
campakkan tali ke bawah kepada awak!
Baiklah! Saya faham!
Doc!
- Ayuh, ayuh. Jom pergi!
- Baiklah! Bawanya ke atas!
Cepat!
- Doc!
- Huh?
Saya perlu beritahu
awak tentang masa depan!
Apa?
Saya perlu beritahu
awak tentang masa depan!
Apa?
Pada malam saya datang
ke mari, awak telah...
Oh!
Doc!
Oh!
Pergi!
- Tidak, Doc!
- Lihatlah waktu ini!
Awak mempunyai masa
kurang daripada 4 minit.
Tolonglah, cepat!
Ya!
Celaka, Doc! Kenapa awak
perlu koyakkan surat itu?
Kalaulah saya mempunyai lebih masa.
Nanti dahulu. Saya mempunyai
sebanyak mana masa yang saya perlukan.
Saya ada mesin masa. Saya boleh pulang
awal sedikit dan berikan beliau amaran.
Baiklah. 10 minit sudah mencukupi.
Baik. Litar Masa terpasang.
Kapasitor Penguraian Objek, mengurai.
Enjin berjalan. Baik!
Tidak, tidak, tidak.
Ayuh. Ayuh.
Janganlah masa ini. Ayuh, ayuh.
Ayuh.
Ayuh. Ayuh. Kali ini. Ayuh.
Tolong.. tolonglah. Ayuh.
Doc.
Yea! Ha ha!
Pemandu mabuk gila.
Woo!
Oh, "Red".
Awak kelihatan hebat.
Semuanya kelihatan hebat.
1:24.
Saya masih ada masa. Saya datang, Doc!
Tidak! Tidak, jangan sekali lagi!
Ayuh! Ayuh!
Hei!
Orang-orang Libya.
Tidak! Anak haram!
Pergi!
Doc! Doc!
Oh, tidak!
Awak masih hidup.
Baju Kalis Peluru?
Bagaimana awak tahu?
Saya tidak pernah
berpeluang memberitahu awak.
Bagaimana dengan ucapan tentang
memusnahkan masa depan itu?
Kesinambungan ruang masa?
Saya terfikir, apa salahnya.
Jadi berapa lama ke
hadapan awak mahu pergi?
Lebih kurang 30 tahun. Nombor
Bulat yang cantik, bukan?
Carilah saya apabila awak di sana, ok?
Agaknya saya akan berusia
lebih kurang 47 tahun.
Sudah tentu.
- Jaga diri.
- Awak pun juga.
Baiklah. Selamat tinggal, Einie.
Oh, jaga-jaga ketika saat kemasukan.
- Ia agak bergoyang.
- Tentu sekali.
Mimpi ngeri rupanya.
Jika Paul hubungi saya, katakan saya
akan bekerja lewat malam di butik.
Linda, pertama sekali, saya
bukan mesin pesanan awak.
Ke duanya, seseorang bernama Greg atau
Craig telah telefon awak sebentar tadi.
- Yang mana satu, Greg atau Craig?
- Saya tidak tahu.
- Saya tidak ingat semua nama-nama
teman lelaki awak.
- Apakah bendanya ini?
- Sarapan.
Awak tidur dengan pakaian semalam?
Ya.
Ya. Apa yang awak pakai, Dave?
Marty, Bukankah saya selalu
pakai begini ke pejabat?
- Awak tidak apa-apa?
- Ya.
Saya rasa kita perlu
lawan semula, George.
- Lawan semula? Kenapa? Awak menipukah?
- Tidak.
- Hello.
- Selamat Pagi.
Mak! Ayah!
- Awak terhantukkah, Marty?
- Marty, awak tidak apa-apa?
Awak berdua... awak berdua tampak
hebat. Mak, awak tampak kurus.
Terima kasih, Marty.
George!
Selamat pagi, 'kepala tidur'.
- Selamat pagi, Dave. Linda.
- Selamat pagi, Mak.
Marty, Saya hampir terlupa.
Jennifer Parker menelefon.
Saya memang sukakan dia, Marty.
Dia seorang gadis yang manis.
Bukankah malam ini awak
akan buat sesuatu yang hebat?
Apa? Apa dia, Mak?
Bukankah awak mahu ke tasik? Awak telah
merancangnya semenjak 2 minggu lepas.
Mak, bukankah kita telah
berbicara tentangnya.
Bagaimana saya mahu ke sana?
Bukankah kereta telah rosak.
Rosak?
- Apa yang telah terjadi?
- Bila ianya berlaku?
Saya pasti keretanya baik sahaja.
Kenapa saya selalu yang
terakhir mengetahui sesuatu?
Tengok? Bukankan itu
Biff sedang mengilapnya?
Biff, Pastikan awak mengilapnya 2
lapis kali ini, bukan selapis sahaja.
Saya sedang menghabiskan lapisan kedua.
Biff, jangan hendak tipu saya.
Maafkan saya, En. McFly.
Maksud saya, saya sedang
memulakan lapisan kedua.
Ah, Biff. Satu watak yang menarik.
Selalu sahaja cuba mengelak sesuatu.
Saya selalu sahaja perlu mengatasi
beliau sejak dari zaman sekolah lagi.
Namun, jika tidak kerana dia...
- Kita tidak mungkin jatuh cinta.
- Betul itu.
En. McFly! En. McFly,
ini baru sahaja sampai.
Oh, hai, Marty. Saya
rasa ianya buku baru awak.
Oh, sayang!
Novel pertama awak.
Seperti yang selalu saya katakan,
tumpukan perhatian padanya...
- awak boleh buat apa sahaja.
- Oh, Marty, ini kunci awak.
Semuanya telah digilap
dan sedia untuk malam ini.
Kunci?
Mahu mencubanya, encik?
Jennifer! Oh, awaklah pengubat rindu.
Biar saya lihat awak.
Marty, awak seolah-olah tidak
melihat saya seminggu lamanya.
Betul.
Awak tidak apa-apa?
Semuanya baik?
Oh, ya.
Semuanya bagus.
Marty! Awak perlu kembali bersama saya!
- Ke mana?
- Kembali ke masa depan.
Nanti dahulu.
Apa yang awak sedang buat, Doc?
Saya perlukan bahan bakar.
Jom, cepat! Masuklah ke dalam kereta.
Tidak, tidak. Saya baru sahaja sampai,
bukan? Jennifer pun ada di sini.
Kami mahu mencuba kereta baru.
Jadi, Bawalah dia bersama.
Ini pun berkaitan dengannya.
Apa yang awak cakapkan? Apa yang
terjadi kepada kami di masa depan?
- Kami menjadi jahatkah?
- Tidak, tidak, Marty.
Awak berdua baik-baik sahaja.
Ia adalah anak-anak awak, Marty.
Sesuatu perlu dilakukan
mengenai anak-anak awak.
Hei, Doc, baik kita undur sedikit. Jalan ini
tidak mencukupi untuk kita mencapai 88 bsj.
Jalan? Kit tidak perlu
jalan di tempat kita tuju.
- Sarikata oleh Labulabi2 -