Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
Mac 22 2014 // Kedah
#Doakan MH370
Siapa kau?
Kau okey?
Aku nampak okey?
Kalau kau makin kurus,
kau akan lenyap.
Tak...
Trevor...
...kau masih ada setengah jam.
Aku boleh gorengkan kau telur.
Aku penat, terima kasihlah.
Buat kerja.
Jaga kerja, bukan badan.
Teruskan buat kerja.
Ya tuan, ya encik.
Encik Tucker, ***.
Kenapa mesin tu tak bergerak?
Saya tengah bersihkan.
-Ambil masa 7 minit nak hidupkan balik.
Mana aku nak tebus 7 minit tu? Miller?
Dari gaji kau?
Sudahlah Tucker, kau bukan penyelia keselamatan.
-Keselamatan apa?
Alatan dalaman mesti dihenti bila
membersih atau membaiki mesin berat.
Ya, mengadulah pada wakil rakyat
kau dan sambung buat kerja.
Tahniah, Reznik. Kau dah masuk
dalam senarai dikehendaki.
Dia dengan ayat berlagak dia.
Bersembang macam Barry White.
Cakap besar dia nak ngurat perempuan tu,
cakap dia nak rasa Cucci perempuan tu.
Kemudian, perempuan tu berhenti.
Perempuan tu pandang dia
dengan mata besar dia...
...bunyi memang seronok,
tapi saya tak ada Cucci.
Jadi, dia pun pelik, "Apa"?!
Bila tengok bawah baru tahu dia Mak Nyah.
Aduh, jijiknya!
Maksudnya pelacur tu pakai pakaian ketat
pun kawan kau masih tak sedar?
Mak nyah tu selitkannya anu dia.
Jones, jangan buat tak tahu.
Kaulah tahu, aku tak tahu!
Ya, apa-apalah.
Reznik, tak nak main kad malam ni?
Tak, aku ada hal.
Dia cakap ayat yang sama setiap malam poker.
Apa hal dengan kau? Dulu kau okey.
Memang dia selalu melepak tapi
dia tak pernah okey.
Jackson, kau mesti sedar sesetengah
lelaki perlukan belaian wanita.
Siapa? Dia mana ada teman wanita.
Mungkin dia ada janji temu
dengan mak nyah.
Tak, mak kau kata dia ada hal.
Reznik cakap merapu,
aku tak nak balas.
Awak okey?
Saya nampak okey?
Kalau awak makin kurus,
awak akan lenyap.
Kenapa ni?
Entahlah, deja vu.
Awak penat, awak perlu tidur.
Bagaimana awak buat?
Apa?
Kurang tidur tapi masih bertenaga.
Awak mengurat saya?
Simpati.
Awak nak gemukkan saya?
-Apa salahnya?
Saya nak bluberi.
Awak dah makan semalam.
Jangan perdaya saya, Trevor Reznik.
Saya tahu jadual makanan awak.
Awak tahu?
Apa lagi awak tahu pasal saya?
Saya tahu awak sunyi.
Bila awak dah kerja di sini selama saya,
awak akan kenal semua jenis orang.
Semua orang pernah sunyi, Trevor.
Tiada apa nak dimalukan.
Kenapa pula saya rasa sunyi,
sedangkan awak ada teman saya?
Kira, kak.
Reznik, Ofis Furman. Sekarang!
Kau apa khabar, Reznik?
Apa hal ni?
Aku risaukan kau.
Jujurnya, aku nampak kau
macam tahi bakar.
Aku banyak termenung akhir-akhir ni.
Ada apa kami boleh tolong?
-Tak, terima kasih. Aku boleh urus.
Kau perlukan doktor?
-Tak perlu, aku sihat.
Kau hisap dadah Reznik?
Mana Stewart?
Dia tak hadir.
Aku nak wakil persatuan aku di sini.
Trevor, aku faham perasaan kau, tapi
percayalah, kau tak ada masalah.
Kalau macam tu aku nak sambung kerja.
Trevor, nanti.
Aku nak uji air kencing kau.
Nampak macam hujan.
Radio kata ribut akan datang.
Betul cakap mereka.
Ribut dah sampai sebenarnya.
Kau syif pagi?
Ya.
-Aku juga.
Aku tak pernah nampak kau di sini.
Aku kerja di sini.
Aku pekerja pit.
Aku hanya ganti syif Reynolds.
Mana Reynolds?
Polis tahan dia.
Ada waran.
Aku Ivan.
Trevor.
Rasanya lebih baik aku masuk sekarang.
Dengar cerita si Tucker menjengkelkan.
Betul tu.
Jumpa lagi.
Kenapa ni?
Aku nak baring saja.
Tak ada masalah.
Aku sangat penat.
Kau boleh tidur kalau nak,
masa tak berjalan.
Itu masalahnya. Aku tak boleh tidur.
Dah teruk.
Jangan risau, sayang.
Ramai orang hidap insomnia.
Stevie.
Aku tak tidur dah setahun.
Oh, tuhan!
Aku dah berdoa pada dia juga.
Maafkan aku.
Helo?
Ya. Tak boleh.
Aku tak boleh cakap sekarang. Okey.
Bekas teman lelaki aku, si gila.
Trevor, aku risaukan kau.
Jangan risau, tak pernah ada
orang mati sebab insomnia.
Harapnya begitu, kau klien terbaik aku.
Tak sanggup aku kehilangan kau.
Terima kasih.
Reznik, mari tolong aku.
Aku nak betulkan ni, tolong aku.
Butang keselamatan dah tekan?
-Ya.
Macam mana?
Ke kiri sikit.
Sikit lagi?
Termenunglah dekat tempat kau,
sekarang tolong aku dulu.
Cantik, buat sebelah sana pula.
Apa kau buat?
Aku tersekat ni.
Tolong tutup.
Cepatlah, tutup.
-Rosak.
Aduh! Reznik!
Tutup!
-Tak boleh.
Tekan butang induk!
-Apa?
Tekan butang induk!
Hei! Tolong kami di sini!
Tolong kami.
Panggil ambulans!
Apa dah jadi?
Aku tolong dia betulkan rantai.
Aku ingat butang selamat dah tekan.
Kau ingat?!
Sesiapa tutup mesin tu!
Helo, Pn. Shrike.
Saya datang nak bayar duit sewa.
Awalnya. En. Reznik, saya harap semua
penyewa saya bertimbang rasa macam awak.
Saya bagi awak resit pagi nanti.
Selamat malam, En. Reznik.
Pn. Shrike, maafkan saya,...
...tapi, awak perasan sesiapa
berkeliaran dekat apartmen saya?
Bilik awak kena pecah masuk?
-Tak, saya hanya nak tahu...
...kalau awak perasan apa-apa
yang pelik berlaku baru-baru ni.
Pelik?
Tak apalah, Pn. Shrike.
Maaf ganggu awak malam-malam.
Selamat malam.
Ini yang kita tahu:
Satu: Miller bekerja dengan baju
berlengan panjang.
Dua: Lengan Miller berada di dalam
zon pemotongan semasa mesin dimatikan.
Tiga: Mesin tiba-tiba berfungsi,...
...baju Miller tersangkut,
dan akibatnya ini.
Nak buat apa ni?
Kita semua tak suka kemalangan, En. Reznik.
Tugas kami adalah memeriksa kejadian
ni dari setiap sudut kemungkinan...
...agar ia tak berlaku lagi.
Kami akan sangat hargainya kalau
awak sudi bekerjasama.
Saya tertekan butang dengan tak sengaja.
Kenapa awak tertekan, En. Reznik?
Saya terganggu.
Oleh apa?
Apa yang mengganggu awak?
Ivan, saya perhatikan Ivan
di bahagian pit.
Semua kejadian ni memang salah saya.
Siapa kau kata?
Jurukimpal baru tu, aku tak tahu
nama penuh dia.
Jurukimpal baru yang mana?
-Ivan, pekerja syif petang.
Reynolds kena tahan atas waran
jadi Ivan gantikan dia.
Apa kau mengarut ni, Reznik?
Reynolds tengah bekerja
di pit macam biasa.
Tak wujud Ivan di National Machine, Reznik.
Apa ni?
En. Reznik, baru-baru ni kamu
mengalami kecederaan otak?
Pernah dengar pai labu?
Tak.
Trevor.
-Ya.
Boleh saya tanya sesuatu?
-Boleh.
Kenapa awak sanggup datang dari
jauh semata-mata nak ke sini?
Jauh ke?
Ke lapangan terbang?
Untuk minum kopi dan pai?
Patutnya saya ke bar Danni...
...tapi tiba-tiba saya rasa
nak keluar dari pekan.
Saya tak boleh datang
dari jauh untuk makan?
Ada orang kejar awak?
Belum lagi. Tapi mereka akan kejar
kalau mereka tahu siapa saya.
Wah, ya? Siapa sebenarnya awak?
Boleh awak simpan rahsia?
Sampai mati.
Saya Elvis Presley.
Saya lari dari semua orang
untuk kejar impian korporat saya.
Patutlah awak macam pernah nampak.
Dah buat rancangan untuk Hari Ibu?
Saya nak bawa anak saya ke Taman Tema.
Patutnya saya yang dirai tapi
dia pula yang dapat berseronok.
Tapi tak apa, bila dia dah besar...
...saya akan biar dia pula raikan saya.
Susah dulu senang kemudian.
Bagaimana dengan awak?
Melawat kubur.
Maafkan saya.
-Tak apa.
Saya pun anak yatim juga.
Masih sedih.
Kehilangan ahli keluarga
saya agak malang.
Siapa dia?
Peliknya, saya mimpikan dia
sedang beli pakaian pengkebumian.
Saya bayangkan dia tengah beli...
...tak sangka pula dia...
...yang akan mati.
Tak adil, kan?
Tak dapat jangka perkara begitu.
Apa kata awak luang masa bersama
saya dan Nicolas lepas melawat kubur?
Bunyinya menarik.
Hei Reynolds, kenapa polis tangkap kau?
Rompakan bersenjata.
Ya, betullah. Sebab tu aku dan Jackson
nampak kau ada banyak barang kemas.
Aku tak nampak apa yang kelakar.
Kamu semua ingat ini lawak, tapi tak.
Jujurnya, aku tak selesa bekerja dengan kau.
Kau buat aku takut.
Kau nampak teruk dan perangai pelik.
Apa halnya dengan kau?
Tak ada hal dengan aku.
Itu kemalangan dan aku yang
terpaksa tanggungnya, bukan kau.
Kau tak faham maksud aku.
Tak ada siapa nak kau di sini.
Jumpa esok.
Pergi balik ke kilang.
Tucker nak jumpa kau.
Sebab apa?
-Entahlah, rasanya penting.
Biar dia tunggu, sekarang
masa untuk berjoli.
Kita perlu bercakap.
Ikut aku.
Cepat!
Satu lagi Bourbon.
Buat dua.
Kau hisap dadah?
Kau nampak macam penghisap dadah.
Maaf cakap.
Aku tak hisap dadah.
Malah aku jarang mabuk.
Kalau tak jarang?
Aku nampak Reynolds dah balik bekerja.
Aku jamin dia.
Aku akan beritahu kau sesuatu, dan
balasannya kau mesti jujur dengan aku.
Betul? Jangan percaya bekas banduan!
Kami hidup tak jujur.
Di mana mereka letakkan kau akhir-akhir ni?
Dekat-dekat situ.
Kau nak tengok sesuatu?
Tengok ni. Dibaham masa di tasik.
Mereka ambil ibu jari dari kaki kiri
dan jari telunjuk dari kaki kanan.
That is why I walk with a gimp.
Aku tak boleh melancap macam dulu
tapi perempuan sukakannya.
Kau macam baru ternampak hantu.
Kelakar kau cakap macam tu.
Orang-orang kilang ingat kau tak wujud.
Sebab tulah aku tak naik gaji.
-Tucker kata, nama kau tak ada dalam senarai.
Kau percaya?
Kenapa mereka nak bohong?
-Mereka hanya main-main dengan kau.
Aku tak ketawa.
Seriuslah, dia hilang tangan dia.
Dia boleh mati.
Itu bukan masalah aku.
Kau penyebab kemalangan, bukan aku.
Mana kau nak pergi?
Pergi kencing, nak tengok?
Aku akan datang balik,
jangan tinggalkan aku.
Helo?
-Reynolds, ini aku Trevor.
Pukul berapa ni?
Macam mana mereka kena umpan, Reynolds?
Kau mabuk, Reznik.
-Sudahlah. Aku ada bukti.
Aku boleh gunanya.
Kau jangan mengarut kawan,
sebelum aku belasah kau.
Trevor?
Aku nak jumpa kau, Stevie.
Trevor, aku bukan seorang di sini.
-Tolonglah, Stevie.
Aku rasa nak rebah.
-Boleh datang balik sejam lagi?
Tak, tak, aku mesti jumpa kau sekarang.
Kalau apa-apa terjadi,
aku nak seseorang tahu.
Okey, tunggu kejap.
Aku hargai kau luang masa untuk aku,
hanya kau saja boleh dibawa berbincang.
Tak ada masalah.
Tak ramai lelaki datang ke sini
semata-mata nak berbual.
Ada sesuatu terjadi pada aku, Stevie.
Semacam, plot.
Berlaku kemalangan di kilang.
Ada orang nyaris mati sebab aku.
Oh, tuhan! -Sekarang semua orang
di tempat kerja bencikan aku.
Mereka nak aku berhambus dan aku tak
salahkan mereka. Tapi cara mereka...
...pandangan mereka, permainan mereka.
Apa?
E R.. E R..
T U C K E R.
-Trevor?
TUCKER?
Nampaknya kau terlalu fikirkan
sangat pasal kemalangan kau.
Kalau mereka nak kau berhambus,
mereka boleh saja pecat kau.
Aku tak risau dipecat.
Jadi, apa yang kau risau?
Aku belum tahu lagi.
Silakan, sebelum cair.
Terima kasih.
-Kejutan!
Siap! Saya akan lekat di peti sejuk.
Sini, saya ambil gambar awak dan Nicolas.
Dekat palang penghadang.
Kejap.
Okey, sedia.
Senyum!
Awak boleh tekan butang tu.
Trevor? Kenapa?
Tempat ni, teringat kenangan lama.
-Harapnya kenangan indah.
Ya, dah lama saya tak
ke sini sejak kecil.
Bekas suami saya, mungkin telefon
nak ucap Selamat Hari Ibu.
Boleh awak...?
Ya. Saya akan bawa Nicholas jalan-jalan.
-Terima kasih.
Dah berapa lama pak cik kenal mak saya?
Lebih kurang setahun.
Macam mana pak cik jumpa dia?
Kami jumpa macam tu saja.
Pak cik akan jumpa dia lagi?
Harapnya begitu.
Kamu suka?
Suka kot.
Kamu nak tahu satu rahsia?
Apa?
Ayah pak cik tinggalkan pak cik masa pak cik
sebaya kamu. Nak tahu sesuatu lagi?
Pak cik baru sedar pak cik
ada emak yang sangat baik.
Kamu pun akan sedar satu hari nanti.
Apa tu?
Monster Ride.
Route enam puluh enam.
Apa maksudnya?
Route adalah laluan yang akan kamu
lalui dalam satu pengembaraan.
Boleh kita masuk?
Nicolas, mungkin kita patut
tunggu emak kamu dulu.
Kenapa?
Kamu akan terus ke
neraka melalui route 666.
Naiklah jika berani!
Kau akan ke neraka melalui route 666.
Nampaknya dia sakit belakang teruk.
Kamu lalu nak pergi makan lepas ni, Nicolas?
Tengoklah tu.
Kamu patut tutup mata kamu.
Ini memang perjalanan yang dahsyat.
-Ya.
Shady Lady.
Berhenti!
Ambil kanan, Nicolas!
Kanan!
Nicolas, Nicolas!
Hei, Nicolas!
Saya perlukan bantuan.
Sesiapa tolong panggilkan doktor.
Bertahan Nicolas, saya pergi minta tolong.
Nicolas!
Saya sumpah, saya tak tahu apa terjadi.
Dia sawan.
Saya patut beritahu awak.
Saya akan panggil ambulans.
-Tak apa, terima kasih.
Tak apa, sayang.
Dah lama tak jadi.
Saya tak rasa perlu beritahu.
Saya rasa bersalah sebab bawa
dia naik permainan tadi.
Tak apa, bukan salah awak.
Dia takkan ingat pun,
macam tiada apa terjadi.
Awak nak masuk?
Mungkin awak nak basahkan tekak.
Saya harap awak minum wain.
Boleh saja.
Apa gunanya rumah kalau
awak tak berehat di rumah.
Saya sentiasa akan ingat tu.
Trevor? Boleh saya tanya sesuatu?
Perlukah saya panggil peguam saya?
Kenapa awak selalu tinggalkan
tip yang banyak?
Yakah?
-20 dolar untuk kopi dan pai?
Dan hiburan.
Hiburan?
-Awak.
Trevor, awak tak perlu beli saya.
Maaf, niat saya baik.
Kalau awak betul nak saya,
bawalah saya usha wayang bila-bila.
Saya setuju.
Pasti ada lubang pada gelas ni.
Biar saya ambil.
Awak tunggu saya.
-Terima kasih.
Pintu paling hujung sebelah kiri.
Reznik.
Aku nak kau ganti Swansea hari ni.
Mana Sanchez? -Jangan soal balik,
Reznik, aku arahkan kau.
Kalau awak perlu apa-apa lagi, beritahu kami.
-Terima kasih, En. Furman.
Hei, tengok siapa ni.
Bombay Miller, kau okey?
Baik, baik.
Oh tuhan, Miller.
Aku tak tahu mana nak mula.
Tak, jangan risaulah.
Tak perlu cakap apa-apa.
Aku harap ada cara aku boleh tebus.
Sebagai permulaan, kau boleh
bagi aku tangan kau.
Lagipun, itulah sebab aku datang
sini hari ni. Kan, Tucker?
Adil tetap adil.
Kami main-main saja.
Kau simpan tangan kau,
aku simpan pampasan aku.
Aku hanya hilang tangan tapi
dapat duit sebanyak ni?
Mungkin aku bertuah.
Tapi, Miller, kalau ada
apa-apa aku boleh buat...
Tak apa, lupakan.
Jangan simpan perasaan.
Jumpa lagi bila-bila.
Tolong!
Sesiapa tolong aku!
Reznik.
Sini aku buat.
Bawa bersabar, ya?
Siapa punya angkara?
Kenapa kau pusing tuas tu!
Kamu semua yang pusing?
Kau, Jones?
Kau? Kau?
Atau kau?
Kau dah gila, kau
fikir bukan-bukan lagi!
Oh, ya? Kau pergi memancing
baru-baru ni, Reynolds?
Apa kata kita tengok ikan tuna kau?
Tengok apa kau nak cakap pasal gambar ni!
Mana dia?
Apa lagi sekarang, Reznik!
Lepaskan aku!
Kemas barang kau dan pergi dari sini.
Kau dipecat.
Kau dah gila, kawan.
Tak guna! Mana dia?
Bodoh!
Keluar!
Apa?
Ini risiko kerja aku.
Jadi, Trevor, kau nak selamatkan
aku dari hidup sengsara aku ni?
Aku boleh berhenti kerja demi
lelaki yang sudi.
Ayat aku kurang jelas.
Maksud aku,...
...aku akan berhenti melacur
kalau kau nak aku berhenti.
Ada banyak kerja lain
di luar sana, kan?
Aku suka.
En. Reznik.
Maafkan saya, ingatkan siapa tadi.
Awak buat saya takut.
Apa awak buat di apartmen saya?
Berlaku kebocoran pada siling saya.
Datang dari apartmen awak.
Mustahil.
Saya nak tinggalkan nota.
Nota? Nota apa?
Pasal kebocoran tu.
Apa bau busuk tu?
Tak ada kecoboran dalam apartmen ni.
Sekarang tolong tinggalkan saya.
Awak tak apa-apa, En. Reznik?
Ya, pasti. Kalau awak nak apa-apa,
tolong telefon dulu.
Miller!
Hei, Reznik.
Kejutan menarik.
Kita perlu bercakap.
Tengok ni.
Aku beli di Grossens, terbaik.
Berhentilah memotong kejap.
Saya tak boleh goyang kaki saja.
Saya tak boleh tonton opera setiap hari.
Esok awak ada rawatan.
Dengar cakap doktor.
Margie, inilah Reznik.
Lelaki yang hilangkan tangan saya.
Apa khabar, Pn. Miller?
Lebih baik dari dulu, En. Reznik.
Ada tempat untuk kita berbual?
Tengoklah.
Ia sungguh cantiik.
8 silinder,...
...stering alah kelajuan...
...brek ABS dengan tekstur
jalan dan ketegangan...
...sistem penguncian untuk
waktu kecemasan.
Tentulah, ia automatik.
Aku teringin cuba...
...tapi nampaknya kecacatan
aku dah menghalang aku.
Kau tahu aku tak kerja
di kilang lagi, kan?
Ya, aku ada terdengar.
Dengar cerita kau pun hampir
hilang sebelah tangan?
Kau tak rasa itu ironik, Miller?
Ironik?
Maaflah, aku belajar tak tinggi.
Aku terangkan untuk kau, Miller.
Lepas saja kau tinggalkan kilang,...
...seseorang hidupkan mesin aku.
Dengan tangan aku tersekat di dalam.
Aku hampir terbunuh.
Malang tak berbau.
Itu bukan kemalangan.
Kemalangan berlaku sebab cuai,...
...ini berlaku sebab amarah.
Cantik kosa kata kau.
Amarah.
Amarah memupuk dendam, dendam
memupuk pembalasan, Miller.
Aku pasti kau faham maksud 'dendam', kan?
Aku dah tahu, Miller.
Di sebalik lawak-lawak bodoh kau tu,
kau salahkan aku atas kemalangan tu.
Kereta baru? Kau cuba alih perhatian aku.
Macam mana kau masuk rumah aku?
Kunci pendua? Kad kredit? Apa?
Hentikanlah!
Keluar dari rumah aku!
Cepatlah.
7-4...
...3-C-R
Ia 743CR.
Apa?
Maaf encik, kami tak salurkan...
...maklumat kenderaan pada orang awam.
Saya bukan hanya orang awam.
Lelaki ni kawan saya.
Tapi awak tak tahu alamat kawan awak?
Kami baru jumpa, saya tak kenal dia sangat.
Encik, ini DMV, bukan jejak kasih.
Saya hanya nak bercakap dengan dia.
Maaf encik, saya tak boleh tolong
melainkan jenayah berlaku pada awak.
Ada jenayah berlaku?
Tolonglah, saya takkan minta
kalau tak betul-betul penting.
Maaf encik. Tak ada jenayah,
tak ada maklumat.
Macam mana kalau saya kata
saya dilanggar kereta dia?
Saya tak nampak apa-apa lebam.
Kalau ada, awak akan bagi alamat dia?
Tak, tapi polis mungkin.
Saya nak laporkan langgar lari.
Bawa balik bila dah habis.
Isi di hujung sana.
En. Reznik.
Awak pasti dengan nombor plat ni?
743CR. Ya, itulah dia.
Kereta awak dicuri?
Tak, apa?
Sebab kereta yang langgar awak
tu adalah kereta awak sendiri.
1969, pontiac viper mereka
berdaftar atas nama awak.
Lebih kurang setahun lepas,
awak laporkan ia remuk teruk.
Awak tahu tak memfailkan laporan
palsu tu satu jenayah besar?
Tunggu, nanti.
Awak mesti terangkannya.
Reznik. Kami nak bercakap saja
dengan awak.
Baliklah. Reznik, Reznik!
Trevor?
Trevor, apa kau nak?
Trevor, tak apa.
Oh tuhan, apa dah jadi?
Aku lintas jalan.
Lampu tukar masa aku lintas.
Dia tak berhenti?
Tak, dia pandu pergi.
Dia langgar abang hensem aku.
Dia patut kena ajar.
Itu salah aku.
Aku tak tengok betul-betul.
Trevor, kau mesti ke hospital.
Mungkin ada luka dalaman.
Lebam saja.
Okey, nampak ni?
Ini lebam, dan ini pula tulang, nampak?
Apa masalah kau dengan doktor?
Kau tak percayakan sesiapa?
Aku percayakan kau.
Aku tahu.
Kau dah gila.
Boleh aku tidur sini malam ni?
Kau boleh tidur di sini setiap malam.
Kau tahu tak?
Apa?
Apa yang otak gila kau tengah fikir?
Aku sayangkan kau, Stevie...
Tapi?
Kau tak tahu banyak pasal aku.
Macam mana kalau tiba-tiba aku
bertukar jadi serigala jadian?
Aku akan belikan kau kolar anjing.
Aku cintakan kau.
Stevie.
Ya.
Terima kasih.
Aku ada baju bersih untuk kau,
pakaian kau belum kering lagi.
Kau selalu simpan baju lelaki?
Baju pelanggan tetap aku.
Mereka simpan baju mereka di sini.
Aku akan buang mulai sekarang, okey?
Masuk padan.
Ya, apalah Trevor.
Aku tak ada seluar saiz 26.
Macam mana dengan idea ni:
Aku boleh kerja jual pakaian lelaki.
Aku tak kisah.
Aku boleh hidup macam tu.
Tahu apa lagi aku nak buat?
Aku nak bersihkan tempat ni.
Buang semua barang tak guna.
Memang rumah ni nampak
sangat berselerak...
...tapi aku boleh bersihkannya.
Aku nak buat lebih dari tu.
Aku nak cat rumah ni.
Elokkan tempat ni, bagi nampak kemas,
dan cat dengan warna putih.
Aku nak dapur yang elok.
Yang ini dah berminyak.
Rumah yang cantik dan dapur elok.
Jangan buat muka terkejut.
Gadis pendamping menggoreng telur...
...ya agak kelakar, aku tak pernah
memasak untuk mana-mana lelaki.
Suami aku sekalipun.
Mana dia?
Siapa?
Kau tahu siapa.
Trevor.
-Jangan.
Trevor, kenapa ni?
Ini, Ivan.
Ini bekas suami kau?
Apa?
Kenapa dia buat macam ni?
Sebab aku berasmara dengan kau?
Sekarang semuanya masuk akal.
Aku berasmara dengan kau
jadi dia berdendam dengan aku.
Mana dia?
Sembunyi dalam almari, bawah katil?
Aku tak faham apa maksud kau, sayang.
Jangan panggil aku sayang.
Ya, sayang.
Aku akan ubah hidup aku demi kau.
Aku buat apa saja untuk kau, sayang.
Aku dah penat dengan semua ni.
Macam mana kau ambil?
Kau seluk dari dalam dompet aku?
Kau tinggalkan dalam balang malam tu.
-Tipu.
Aku ingat kau nak aku simpan.
-Jangan merapu, Stevie.
Apa masalahnya dengan gambar ni?
-Mereka kata orang dalam gambar ni tak wujud.
Dia kata dia wujud.
-Trevor, aku tak faham apa kau cakap.
Aku cakap pasal bekas suami kau!
Ivan.
Siapa? Lelaki sebelah kau dengan ikan ni?
-Aku tak ada dalam gambar tu.
Trevor, aku tengah tengok gambar kau.
Kau berdiri di sebelah lelaki
bercermin mata dengan ikan.
Itu bukan aku.
Trevor, ini kau. Tengok.
Kau penipu.
Keluar dari sini.
Orang gila.
Kau dah gila.
Gila.
Mana Marie?
Siapa?
Awak tahu siapa.
Marie, pelayan saya.
Awak bercakap malam ni.
Sayang, sayalah pelayan awak!
Apa dah jadi ni?
Saya tak pernah nampak awak sebelum ni.
Apa awak merepek ni?
Awak datang sini setiap malam, duduk
atas kerusi yang sama, tenung kopi awak.
Jujur, saya ingat awak bisu.
Aku nak jumpa Marie!
Encik, tak ada Marie di sini.
Semua orang bersubahat?
Mari ketawakan Trevor.
Ivan buang duit dengan mengupah kau.
Balik rumah, encik.
Balik tidur.
Tergamak kau!
Kau patut bayar bil elektrik.
Kau pun tahu bukan senang
nak bercukur dalam gelap.
Apa kau dah buat dengan Nicholas?
Apa aku dah buat dengan Nicholas?
Dia tak boleh dengar kau lagi sekarang.
Kau pun tahu dia dah mati.
Kau mesti uruskan masalah ingatan kau.
Barulah senang hidup kau.
Apa-apa pun, aku sayangkan mereka.
Yang dalam peti sejuk tu buat aku gembira.
Mana adab kau, kawan?
Kalau ada orang tiba-tiba masuk,
mungkin dia akan faham dengan cara lain.
Siapa kau?
Kau mesti terangkan beberapa perkara.
Aku tahu siapa kau.
Awak nak ke mana, En. Reznik?
Pn. Shrike, saya nak pindah.
Saya tak dapat notis pun.
Dalam perjanjian awak mesti hantar
notis 30 hari secara bertulis.
Saya tak rancang,
ada hal berlaku.
Awak boleh simpan duit lebih saya.
Saya takkan perlukannya.
Betul, En. Reznik?
Awak penyewa yang baik.
Saya cuma tak faham.
Oh, cantik, kan?
Awak tak nak jual?
Tak, itu milik mak saya.
Saya dah atur semua. Jangan alih barang saya.
Trak akan datang tengahari nanti.
Pn. Shrike, maafkan saya.
Saya nak laporkan langgar dan lari.
Kami akan rekodkan keterangan awak.
Nantilah, sekarang saya hanya nak tidur.
Saya hanya nak tidur.
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
Mac 22 2014 // Kedah