Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
21 Jun 2014 // Kedah
Apa khabar, Keaton?
Aku tak rasa kaki aku,...
...Keyser.
Sedia?
Pukul berapa sekarang?
Dua belas tiga puluh.
Semuanya bermula di New York
enam minggu lepas.
Sebuah trak bermuatan barang ganti
pistol dirampas di luar Queens.
Pemandu tak nampak sesiapa
selain seorang yang kacau.
Dia terdengar suara.
Kadangkala, Itu yang diperlukan.
Encik McManus?
Kamu semua tak pernah tidur?
Kami ada waran tangkap awak.
Peduli apa!
Todd Hockney?
Siapa?
Polis New York.
Jangan bergerak!
Orang kamu ramai tak?
Senang saja. Sebuah restoran
yang mengubah rasa masakan...
...tanpa menghilangkan
keseluruhan estetikanya.
Dengan kata lain, atmosfera
tidak akan terlukis di dinding.
Saya bagi contoh.
Aku kena tengoknya sendiri.
David.
Aku ada mesyuarat.
-Jom ke mesyuarat lain pula.
Semua, ini David Kujan.
Ejen Khas Kujan dari Kastam Amerika.
Mereka semua polis New York.
Kau nampak sihat, Keaton.
Lebih dari yang aku fikir.
Ada masalah, Encik Keaton?
Ada masalah kecil tentang
kecurian trak bermuatan pistol.
Encik Keaton?
Boleh maafkan kami sekejap?
Kami ada sedikit soalan
untuk kau di ibu kota.
Tak, tak perlu, duduklah.
Ini masalah kecil saja.
Selamat menjamu selera.
Tak masuk akal saya terlibat sama.
Mereka semua penjenayah besar,...
...tetapi, di situlah saya.
Tetapi, saya tak takut.
Saya tahu saya tak buat apa-apa
yang boleh mereka sabitkan.
Lagipun, ia menyeronokkan.
Saya bakal menjadi terkenal.
Kamu semua tahu.
Bila nombor kamu dipanggil, tampil
ke depan dan ulang ayat yang diberi,...
....faham?
Nombor 1...
...ke depan.
Bagi kunci tu, bangsat.
Nombor 2, ke depan.
Bagi kunci tu, bangsat tenuk!
Sudahlah! Ke belakang!
Nombor 3, ke depan.
Bagi kunci tu, bangsat.
Dalam bahasa Inggeris, ulang.
Maaf?
Dalam bahasa Inggeris.
Bagi kunci tu, bangsat, apa benda?
Nombor 4, ke depan.
Ini semua mengarut.
Semuanya telah dirancang.
Bagi kunci tu, bangsat.
Ini semua salah pihak polis.
Jangan sesekali letakkan orang seperti
mereka di dalam sebuah bilik bersama.
Apa saja boleh berlaku.
Bagi kunci tu, bangsat.
Mereka tekan kami sepanjang malam.
Mereka marah dan tiada maklumat.
Mereka harap seseorang akan
buka mulut dan salurkan maklumat.
Mereka tahu kami takkan melawan
kerana mereka tahu cara untuk tekan kami.
Ini memang kerja mereka.
Hak kami diperkotak-katikkan.
Kami dibelasah dan diaibkan.
Mereka soal McManus dulu -
penjenayah bereputasi tinggi.
Trak apa?
-Trak bermuatan pistol, fucko.
Fucko?
Dia bagus walaupun agak gila.
Tahu apa Fenster beritahu kami?
Siapa kata?
-McManus! Dia cakap macam lain.
Oh, pasal pelacur yang
menghidap sakit usus tu?
Fenster kerap bersama McManus.
Dia menjengkelkan,...
...tetapi bila buat kerja,
dia penggerak yang bijak.
Apa kau kata?
-Dia akan belasah kau.
Apa?
-Belasah kau.
Takutnya aku. Marilah.
-Okey.
Jawab soalan aku.
-Orang belakang dengar?
Helo?
Aku nak peguam aku.
Kau akan dapat balasan kau.
Todd Hockney -
Pakar bahan letupan.
Tak syak lagi, seorang lelaki yang
langsung tak peduli pada orang lain.
Kau tak ada sebarang bukti.
Kau rasa begitu? Aku boleh buat kau
ada di Queens pada malam rampasan.
Ya?
Aku memang tinggal di Queens.
Kau dapat maklumat tu, tak?
Monyet yang buat kerja untuk kau?
Kau tahu apa akan berlaku
kalau kau loyar buruk lagi?
Aku akan belasah ayah kau, kemudian
makan snek. Kau nak dakwa aku?
Bila aku sedia.
Dengan apa?
-Kau pun tahu.
Namun, Keaton ganjaran sebenar
buat mereka atas sebab yang kukuh.
Itu silap kau, bukan aku.
Pernah kau biar aku hidup tenang?
Selama ni, aku berkeliaran
dengan wajah dan nama yang sama.
Aku orang bisnes.
-Bisnes restoran?
Sekarang kau dalam
bisnes jahanam dengan kami.
Aku akan buat kau jadi terkenal.
Aku dah kata, itu silap kau, bukan aku.
Kau dakwa aku dengan kesalahan
ni, aku akan lawan balik.
Okey?
Jom pergi tengok trak tu.
Sesiapa mesti betulkan keadaan.
Memang aku jahat, tapi aku
tak rampas semua trak yang...
Pedulikan mereka!
Fenster, bertenang. Mereka
tak ada bukti untuk dakwa kita.
Yalah tu.
Kau jahat, mereka tak lepas kau.
Mereka layan aku macam penjenayah.
Aku akan digelar penjenayah.
-Memang pun kau penjenayah!
Aku nak luahkan rasa marah.
-Luahkanlah.
Aku dah penat dengan kau.
Jahanamlah.
Dengar cerita, kau dah mati.
-Memang betul.
Dengar cerita, kau dah cuci tangan?
Apa cerita?
Apa?
Khabarnya, Keaton dah jadi baik.
Dia bercinta dengan Edie Finneran.
-Siapa?
Dia seorang peguam yang terkenal.
Orang kata, dia makanan Keaton.
Apa cerita, Keaton?
Isteri kau peguam?
Upah jenis apa kau bagi dia?
Fenster, tolong beritahu kawan kau.
Suruh dia diam.
Dean Keaton.
Dah cuci tangan?
Memang betul atau memang
kau yang rampas trak tu?
Mac, lupakan dia.
Kau dah jumpa peguam?
Mereka cuma nak ugut kita.
-Kenapa kau rasa begitu?
Dah berapa kali kau direman?
Memang selalu begini.
Tak mungkin mereka akan letak
lima orang penjenayah sekali.
Kenapa mereka bagi kita ayat?
-Pendakwa raya boleh buat semua tu.
Jadi kenapa badan aku digeledah?
-Itu FBI.
Bila trak bermuatan pistol kena rompak,
FBI akan datang campur tangan.
Mereka perangkap kita.
Ada lelaki cucuk lubang jubur aku.
-Dah malam Jumaat dah?
Ya, pondan, kau nak rasa?
Jadi, siapa yang curi trak tu?
Apa kau kata?
-Siapa curi trak tu?
Aku tak nak tahu.
-Siapa tanya kau?
Aku nak tahu siapa yang buat.
Dia okey.
-Macam mana nak pastikan?
Kau siapa?
-Dia Verbal.
Verbal Kint.
-Verbal?
Roger sebenarnya. Orang kata,
aku bercakap tak henti-henti.
Ya, aku baru nak suruh kau diam.
-Kita pernah berjumpa.
Di ibu negara, sebab menipu.
-Kita satu sel juga, apa jadi?
Aku kena penjara, 90 hari.
Jadi, kau yang buat!
Jadi, kita semua dianiaya, kan?
Terpulang pada kita untuk
pulihkan maruah kita, kan?
Aku dan Fenster ada terdengar
satu tawaran kerja.
Apa kata kau duduk bertenang?
-Apa kau peduli apa dia nak cakap?
Izinkan aku bersuara.
Rasanya, Hockney nak dengar apa
rancangan aku. Fenster pun sama.
Kau, macam mana?
Ya, aku berminat.
Dengar tu? Aku nak amalkan
hak kebebasan bersuara.
Apa kata kau diam?
Kau tak faham.
Tak.
Kau yang tak faham.
Aku tak nak dengar apa-apa dari kau.
Aku tak peduli pasal kerja kau.
Dan,...
...aku tak nak ada kaitan
dengan kamu semua.
Maafkan aku, tapi pergi jahanamlah.
Dean Keaton, dah insaf?
Apa nasib dunia ini?
Biarlah dia.
Begitulah kami bermula.
Lima orang lelaki dituduh...
...oleh polis yang bahlul.
Aku tak boleh bercakap
banyak sangat di sini...
Apa yang pihak polis tak jangka,
dan baru aku sedar sekarang,...
...adalah mereka ini takkan
sesekali berehat, tengok saja,...
...atau tunduk pada siapa saja.
SAN PEDRO - SEMASA
Siapa awak?
-Ejen Jack Baer, FBI. Berapa mayat?
15 setakat ini. Masih ada
banyak mayat di dalam air.
Ada yang selamat?
-Dua orang.
Seorang di hosital, dia koma.
Seorang lagi di pejabat pendakwa,
lelaki cacat dari New York.
Kami akan sita tempat ini.
Apa-apa, telefonlah dia.
Ini Dave Kujan.
Saya berada Los Angeles.
Kalau nak hubungi saya, telefon Jeff Rabin
di Jabatan Polis San Pedro, talian 112.
Salam sejahtera.
Kenapa aku tak boleh jumpa dia?
-Dave, aku dah cakap.
Ada pendakwa raya datang untuk
dakwa dan bawa dia ke Ibu Negara.
Peguam Kint datang
10 minit kemudian,...
...pegawai pendakwa itu
terpaksa lupakan hasratnya.
Mereka ambil keterangan dia
dan setuju lepaskan dia.
Mereka takkan dakwa dia?
-Ya, dia bawa senapang.
Apa pula?
Bagi aku, pihak pendakwa raya
dah buat tindakan betul.
Tumpang lalu.
Ini semua dah jadi masalah politik.
Datuk bandar sampai malam semalam.
Pagi ini, gabernor telefon aku.
Lelaki ni ada ramai kenalan rapat
terdiri dari nama-nama besar.
Percayalah.
-Sampai bila dia ditahan?
Dua jam lagi.
-Aku nak jumpa dia.
Jangan, Dave.
-Aku mesti jumpa dia.
Dave, aku tak dapat tolong kau.
-Tolonglah, jauh aku datang.
Sudahlah, Dave.
Walaupun aku bagi dia bercakap
dengan kau, dia mesti menolak.
Dia ketakutan. Dia tahu semua
bilik soal siasat dipasang pepijat.
Aku takkan soal siasat dia.
Cuma nak berbual.
Dia takkan masuk bilik soal-siasat.
-Cari tempat lain.
Mana?
Tak, tak boleh.
Kalau itu bisnes dadah, mana dadahnya?
Kalau mereka bergaduh, siapa dalangnya?
Aku tahu kau ada banyak teori liar.
-Mereka tahu apa dalam fikiran aku.
Jangan mengarut! Lagipun, dia
ada imuniti, ceritanya masuk akal.
Dia tak tahu apa yang kau nak tahu.
-Aku tak rasa dia tahu.
Aku yakin masih ada cerita lain.
Jeffrey, aku nak tahu kenapa
27 orang mati di atas kapal itu...
...kerana dadah bernilai
91 juta yang tak ada di situ.
Paling penting, aku nak tahu
samada Dean Keaton dah mati.
Dia dah mati.
-Tolong, dua jam saja.
Sebelum dia dibebaskan.
Mereka semua dah mati. Aku tak kira
betapa kebalnya Keaton macam kau kata,...
...tak seorang pun akan
selamat di atas kapal tu.
Dia bercakap?
-Dia terbangun.
Dia bercakap bahasa asing,
kemudian pengsan. -Bahasa Hungary.
Mungkin.
-Ramai orang Hungary.
Awak mesti pakai.
-Awak boleh terdedah pada jangkitan.
Dan dilarang merokok.
Pakai topeng awak.
Jangan sentuh diia.
Dia berpotensi mati?
-Badannya melecur 60%.
Beberapa tulang patah.
-Panggil Jaga. Kawal pintu.
Dia berbahaya?
-Ya.
Buat.
Buat sekarang!
Joel? Ya, Baer di LA.
Lelaki yang selamat dari kapal
tu adalah Arkosh Kovash.
Ya, aku pasti.
Dia cedera parah.
Apa? Aku tak dengar.
Boleh diam? Aku tengah bercakap.
Ya?
Hantar sesiapa yang boleh
bertutur bahasa Hungary.
Ya, dia bercakap macam orang Siam.
-Keyser Soze!
Apa?
-Keyser Soze!
Keyser Soze.
-Biar betul.
Telefon Dan Metzheiser di mahkamah
dan cari Dave Kujan dari Kastam.
Verbal, saya ejen Kujan dari Kastam.
Salam kenal.
Dia nak tanya awak beberapa soalan.
Tentang apa?
-Tentang Dean Keaton.
Tapi saya nak mula dulu dengan
kisah awak ditahan di New York.
Boleh minta kopi?
-Nanti, mari bercakap dulu.
Saya haus. Dulu, saya kerap
kurang air dalam badan.
Ada sekali saya sakit teruk, air
kencing saya keluar hingus, tebal...
Saya buatkan kopi awak.
-Buatkan untuk aku sekali.
Dia suka tertekan.
Tekanan boleh bawa maut.
Dulu saya pernah jadi penyanyi
kuartet di Skokie, Illinois.
Pemain bariton bernama Kip Diskin.
Dia besar dan gemuk.
Dia selalu tertekan bila pagi...
-Verbal, kami nak tolong awak.
Ya, saya hargainya.
Saya pun nak tolong awak, Ejen Kujan.
Saya suka polis, saya sendiri
teringin nak jadi FBI, tapi...
Verbal, awak tak beritahu kami semua
perkara. Ada sesuatu awak sembunyi.
Saya beritahu pendakwa raya
semua yang saya tahu.
Verbal, saya tahu awak suka Keaton.
Awak rasa dia seorang yang baik.
Saya tahu dia baik.
-Dia polis korup.
Itu 15 tahun dulu, tapi
dia pencuri yang cekap.
Polis memang takkan lepaskan dia.
-Dean Keaton memang jahat!
Awak nak buat saya marah, Ejen Kujan?
Saya cuma nak dengar cerita awak.
-Saya dah cerita.
Boleh minta rokok?
Menurut keterangan awak...
-Saya nak api.
Menurut keterangan awak, awak
terlibat dalam jenayah penipuan.
Menurut keterangan awak, awak
terlibat dalam jenayah penipuan.
Awak menipu berjuta-juta.
-Itu dah lapok dan tak diterima.
Ya, saya dapat tahu awak dah
buat perjanjian - Imuniti penuh.
Mereka sabitkan saya bersenjata haram.
Saya berdepan penjara 6 bulan.
Awak kenal pengedar bernama
Ruby Deemer, Verbal?
Awak kenal agamawan
bernama John Paul?
Awak kenal Ruby di Attica?
-Dia tak ada peguam saya.
Saya kenal Ruby. Dia sangat dihormati.
Dia salah seorang kawan baik saya.
Keterangan awak dah disahkan. Ruby ada
ramai kenalan di sini yang boleh tolong dia.
Awak rasa, apa perasaan dia kalau
saya beritahu dia, awak bocorkan nama dia?
Mana ada saya cakap pasal Ruby.
-Saya akan beritahu dia.
Perkara pertama saya belajar
adalah cara mengesan pembunuh.
Katakan awak tahan tiga orang atas
kesalahan bunuh dan penjarakan mereka.
Keesokannya, orang yang masih
tidur itulah pembunuhnya.
Dia tahu dia bersalah, dia penat,
dan dia nak berehat. Awak faham?
Tak.
-Saya terus terang saja.
Saya lebih bijak dari awak dan
saya akan tahu apa yang saya nak tahu.
Saya akan koreknya daripada
awak walaupun awak tak suka.
Saya bukan pembelot.
Terima kasih.
Semasa saya tinggal di Guatemala dulu,
kami minum kopi guna biji kopi segar.
Kopi tu sedap, kopi ni tak,
tapi, ini kan balai polis...
Boleh kita mula balik?
-Apa berlaku lepas awak bebas?
Sarjan tu cakap dia tak boleh
lepaskan awak, awak dengar?
Awak belum didakwa lagi.
Saya akan bersihkan nama awak.
Saya pergi pejabat pendakwa esok.
Lupakan.
-Tak! Saya akan jumpa Ketua Hakim!
Saya tak nak bercakap sekarang, Edie.
Apa Fortier dan Renault cakap?
Mereka perlukan masa untuk fikir lagi.
-Aduh! Masa untuk apa lagi, Edie?
Tak kira berapa kali awak lindung saya,
mereka tetap akan cari saya.
Saya berjaya tolong
awak sampai hari ni.
Mari jumpa Ketua Hakim!
-Ini semua takkan berakhir!
Menjelang minggu depan, semua pelabur
akan tarik pelaburan mereka dari kita.
Jahanam.
Saya jahanam.
Jangan mengalah sekarang, Dean.
Ia takkan berakhir.
Saya sayangkan awak.
Mereka berjaya kenakan saya.
Saya sayangkan awak.
Awak dengar?
Apa?
Baiklah.
Jom ke rumah saya.
Kita fikir lagi esok.
Mari.
Fenster dan McManus ada
rancangan yang cerdik.
Duit segera dan berisiko tinggi.
Kami tahu kami mampu buat.
Tapi, saya takkan membunuh.
Untuk menyempurnakannya,
kami perlukan lima orang.
Lima orang termasuk Keaton.
Keaton perlu diyakinkan.
Finest Taxi Service di New York.
Karut.
Karut.
Mereka dah tak wujud lagi.
McManus ada kawan di seksyen 14.
Mereka tawarkan kita kerja.
Mereka nak rompak seorang penyeludup
zamrud. McManus dah ada pembeli.
Pembeli? Siapa? -Seorang lelaki
California bernama Redfoot.
Aku tak pernah dengar.
-Ikutlah kami.
Apa bezanya aku ikut atau tak?
-Mereka tak kenal aku macam kau.
Mereka takkan terima aku
melainkan kau ikut sekali.
Pandang aku.
Aku perlukannya.
Kau tak perlukannya?
Ini rumah kau?
Aku bukan menyindir. Kau ada hubungan
baik dengan peguam wanita tu...
Maaf.
Tak apa.
Kau cakap kau ikhlas, tak apa.
Kau okey?
-Aku terlajak kata.
Polis takkan lepaskan kau.
Walau macam mana kau cuci tangan,
mereka tetap takkan biarkan kau.
Kita kenakan polis cukup-cukup,
dan ambil imbuhan sama-sama.
Kau yakin kau okey?
-Aku okey.
Kadangkala, aku...
-Lupakan.
Mungkin aku akan berak darah malam ni.
Jadi,...
...apa rancangan mereka?
McManus nak guna pistol.
Aku tak setuju.
Fenster? Hockney?
Mereka tengah marah.
Mereka akan buat apa saja.
Aku tahu macam mana nak elakkan pembunuhan,
tapi mereka takkan terima aku kalau kau tak ikut.
3 juta?
Mungkin lebih.
Tanpa membunuh?
Mengikut cara kita.
Finest Taxi Service di New York
bukan perkhidmatan teksi biasa.
Ia merupakan penghubung bagi
polis New York yang korup...
...untuk berurusan dengan
penyeludup dan pengedar dadah.
Untuk 2-3 ratus dolar sebatu,
mereka akan dilindungi pihak polis.
Mereka juga ada bisnes kad.
Selepas itu, ada orang mula syak sesuatu
dan perkhidmatan itu dihentikan.
Sejak itu, Hal Ehwal Dalaman
mula memburu mereka.
Di situlah kami datang.
Macam mana penerbangan?
-Seronok.
Boleh hantar aku ke Staten Island?
Kau bergurau? Aku boleh
hantar kau sampai Cape Cod.
McManus dapatkan kerja. Fenster sediakan
van, Hockney bekalkan semua alatan.
Saya pula perancang untuk
elakkan sebarang pembunuhan.
Keaton? Keaton ialah penyudah.
Sebagai tanda jahanam dari kami
berlima untuk polis New York.
Hati-hati!
Jangan bergerak!
-Turunkan pistol.
Cepat!
-Jangan bergerak!
Apa kamu nak?
Selamat tengahari, bagi sampul.
-Bagi dia sampul tu!
Bagi dia sampul tu!
Cepat!
Sekarang duit tu.
Mana ada duit.
-Bagi duit tu!
Cepat!
Kamu semua kenal siapa aku?
Kami kenal, bodoh.
Nanti, apa tu?
Jom! Jom!
Keaton buat panggilan tanpa nama.
Media sampai sebelum polis.
Strausz dan Rizzi
diberkas tiga hari kemudian.
Dalam beberapa minggu
50 orang pegawai lagi diberkas.
Kesemua mereka ditahan
sendiri oleh ketua polis.
Ia sangat indah.
I owe you $2.50.
Dr. Keaton.
Kita akan dapat lebih.
-Bila pembeli nak datang?
Redfoot tak pernah datang sini.
Aku yang kena pergi jumpa dia.
Di California?
Ya. Di California.
Fenster dan aku...
-Nanti dulu.
Kau dan Fenster? Tak, tak?
Kau nak main-main dengan aku?
Baiklah, semua orang pergi.
Kita semua pergi.
Apa masalah kau?
Masalah aku adalah kau dan Fenster
akan hilang ke California...
...sementara kami ternganga di sini!
-Hei! Kerja dah selesai.
Bertenanglah.
LA tempat yang sesuai untuk berehat.
Kau nak menari?
Cik adik...
Aku nak buat ucap selamat.
Itu dia.
Kepada En. Verbal.
Perancang utama kita.
Kita akan terlepas penerbangan.
Hantarlah dia nota atau apa-apa.
Kita akan sempat.
Kita akan terlepas penerbangan.
Dia akan faham.
Babak yang menyentuh.
Aku rasa sedih.
Jeff, boleh kau tunggu di luar?
Kamu nak tahu apa yang
berlaku selepas kami bebas.
Sudahlah, Verbal.
Awak tahu dengan siapa awak bercakap?
Awak nak saya percaya dia dah cuci tangan?
Sebab seorang perempuan?
Keaton cuma pergunakan dia.
Mereka cintakan satu sama lain.
-Yalah.
Awak harap saya percaya idea merompak
teksi tu bukan datang dari dia?
Itu idea Fenster dan McManus.
-Keaton jadi polis selama 4 tahun.
Siapa yang lebih arif daripada dia?
-Tapi Edie berjaya pujuk dia.
Dengar sini.
Saya kenal Dean Keaton.
Dah 3 tahun saya menyiasat dia.
Dia yang saya kenal seorang yang kejam.
Dia didakwa atas 3 kesalahan bunuh
sebelum dia ditendang keluar dari polis.
Jadi, jangan cerita pasal hati
dan perasaan. -Awak dah salah erti.
Keaton didakwa dengan 7 kesalahan
semasa dia masih bergelar polis.
Dalam setiap kes, setiap saksi
mesti akan tarik balik keterangan,...
...atau mati sebelum beri keterangan.
Akhirnya dia berjaya dipenjarakan,
dia meringkuk 5 tahun di Sing Sing.
Dia bunuh 3 orang banduan di situ.
Memang saya tak dapat buktikannya.
Yang satu lagi pun saya
tak dapat buktikan juga.
Dean Keaton dah mati.
Awak tahu tak? Dia mati dalam satu
kebakaran semasa masih disiasat...
...atas kesalahan membunuh seorang
saksi yang ingin menentangnya.
Dua orang nampak Dean Keaton berjalan
masuk ke gudang itu sebelum ia terbakar.
Mereka kata dia masuk untuk
periksa kebocoran paip gas.
Ia meletup dengan Dean
Keaton masih di dalam.
Tiga bulan selepas tu,
dua saksi tu meninggal.
Seorang bunuh diri dalam kereta,...
...seorang lagi terjatuh ke
dalam aci lif yang terbuka.
Ejen Baer...
Terlampau ramai orang di sini.
Doktor, kami akan keluar sekejap lagi.
Saya ada mesyuarat.
-5 minit.
Semua orang tolong bersabar, okey?
Saya nak awak tanya dia tentang
tembak-menembak di pelabuhan itu.
Dia kata mereka beli...
-Dadah, kami tahu.
Dia tak tahu apa yang mereka beli.
Bukan dadah, tapi orang.
Apa?
Dia perlukan perlindungan.
-Apa maksudnya?
Dia kata hidupnya dalam bahaya.
Dia nampak iblis, pandangannya.
Saya pergi dulu.
-Tak, nanti dulu.
Suruh dia beritahu sekali lagi...
...tentang iblis tu.
Siapa iblis tu?
Keyser Soze.
Keyser Soze?
-Dia yang bunuh semua orang.
Dia nampak Keyser Soze?
Dia nampak mukanya.
-Suruh dia gambarkan rupanya.
Gambarkan rupanya.
-Okey.
Enam minggu lepas, saya terima
satu panggilan misteri mengatakan...
...saya boleh jumpa Keaton di Mondino
dengan peguamnya, dan dia ada di sana.
Disebabkan dia tak berkeuntungan
langsung dari kematian palsunya,...
...dan kami pun dah sabitkan
orang lain untuk pembunuhan tu,...
...kami terpaksa lepaskan dia.
Dia dikhabarkan mati agak lama
dan sempat bersembunyi,...
...dan bersenang-lenang.
Saya tak tahu pasal tu.
-Saya yakin awak tak tahu.
Tapi awak kata awak nampak Keaton mati.
Saya rasa awak menipu dan dia masih hidup.
Saya rasa dia dalang kekecohan di pelabuhan
tu. Dia pergunakan awak sebab awak lurus.
Awak kata dia dah mati, tak apa. Saya
akan pastikannya sebelum saya pergi.
Dia bukan dalangnya.
Ini semua sebab peguam tu.
Peguam apa?
Peguam apa, Verbal?
-Masa saya menyanyi kuartet dulu...
Saya tahu awak tak beritahu semua!
Apa lagi yang awak tak beritahu?
Saya boleh telefon Ruby dalam 10 minit!
-Pihak pendakwa bagi saya imuniti.
Awak takkan dapat imuniti dari saya.
Semua penjenayah yang saya sumbat,
semua polis yang ada di sini,...
...semua penjahat yang berkeliaran
di luar akan tahu nama Verbal Kint.
Sekarang beritahu saya atau
imuniti yang awak agungkan tu...
...takkan sepadan dengan akibat
yang awak akan terima di luar nanti.
Ada seorang peguam.
Kobayashi.
Dia yang bunuh Keaton?
-Tak, tapi saya yakin Keaton dah mati.
Yakinkan saya.
Beritahu semua butiran.
Kami sampai di Los Angeles dan
jumpa pembeli McManus, Redfoot.
Dia bereputasi tinggi dan nampak baik.
Tapi, kami tak betul-betul kenal dia.
Apa khabar?
-Bagus. Kau?
Bolehlah tahan.
Apa khabar, Fenster?
Tak payah buka.
Kau mesti Keaton.
Redfoot, Dean Keaton,
Todd Hockney dan Verbal Kint.
Verbal. Perancang utama, kan?
Berminat nak buat kerja lagi?
-Kami sentiasa cari kerja sampingan.
Kami tengah bercuti.
-Sayangnya.
Aku ada banyak kerja tapi aku tak
ada orang yang bagus macam kamu.
Kerja apa? -Ada pemilik kedai emas
datang dari Texas bernama Saul.
Dia sewa satu bilik di hotel pusat bandar.
Dia ada urusan kecil di sini.
Yang penting, dia bawa banyak *** tunai.
Jadi, aku ambil barang kemas,
kamu ambil duit. Senang.
Kawalan sekuriti?
-Pengawal peribadi biasa.
Bagi aku masa fikir dulu?
-Fikirlah dulu, kawan.
Baiklah, kami akan telefon kau.
Berseronoklah di LA.
Kawan aku di New York beritahu
aku, kau kenal Spook Hollis.
Aku dengar cerita pula,
kau dipenjara dengan Spook.
Dia baik, kan?
Aku pernah edar dadah untuk dia.
Sayangnya dia kena bunuh.
-Ya.
Aku yang bunuh dia.
Lebih baik kau dengar dari aku
sendiri daripada orang lain nanti.
Aku hargainya.
Aku tertanya-tanya, itu
sebab bisnes atau peribadi?
Dua-dua.
Baiklah, telefon aku
kalau berminat, okey?
Ada masalah?
Satu kerja saja, tak ada masalah.
Satu kerja?
Satu kerja!
Kau memang lawak, Keaton.
Keaton cuba menolak sebaik mungkin,
tapi dia tak dapat ubah siapa dirinya.
Dia boleh yakinkan orang lain dia
dah berubah, tapi bukan dirinya.
Seharian McManus berleter,
dan kami teruskan kerja.
Jadi, aku keluar dari kereta.
Aku ingat dah kemik.
Di tempat duduk belakang,
ada perempuan tengah duduk!
Aku gelak besar!
-Masuk kereta, Saul.
Jangan bergerak!
Serahkan beg tu!
Serahkan beg.
Aku beritahu kau sekali lagi,
serahkan beg tu!
Cepat!
-Jangan bergerak.
Mari pergi!
Cepat!
-Hari ni malang. Apa boleh buat.
Cepat!
Nampak macam barang China.
Tak guna.
Cepatlah.
Apa kau nak buat?
-Aku akan bunuh dia.
Tadi kita ikut cara kau, sekarang
cara aku. -Kau akan bunuh dia?
Aku akan uruskannya.
-Baiklah.
Biar aku uruskan.
Diam.
Apa aku nak buat dengan benda tu?
Suruh dia makan.
Aku tak tahu apa benda tu.
Apa maksud kau? -Aku dapat
kerja ni dari seorang peguam.
Siapa?
-Aku tak tahu.
Dia orang tengah untuk seseorang.
Dia tak cakap, aku tak tanya.
Kau penipu teruk!
Dengar! Kami nak jumpa dia, okey?
Kebetulan.
Dia telefon aku semalam,
dia nak jumpa kamu semua.
Okey, kami akan jumpa dia.
Aku tak suka, Dean.
Nanti!
Sekali lagi kau tipu kami,
aku akan bunuh kau.
Kau cakap besar, McManus.
Berhambuslah dari sini.
Lebih baik kamu bertenang.
Keadaan kecoh bila Saul kena tembak.
Polis akan buru siapa yang buat.
Lambat laun, mereka akan datang cari aku.
Selamat malam, semua.
Jadi, peguam ni...
-Kobayashi.
Kamu kenal melalui Redfoot.
-Ya.
Kenapa awak tak beritahu
pendakwa raya sebelum ni?
Dave, ada orang nak jumpa.
Jack!
Kau tengah siasat kes dadah
di pelabuhan berdarah semalam?
Ya.
-Dengar sini. Tak ada dadah.
Aku ke LA tadi dan bercakap dengan
lelaki yang mereka berkas di San Pedro.
Dia kata itu urusan antara antara samseng Hungary
dan Argentina. Dia kata itu bukan urusniaga dadah.
Tapi 91 juta dolar...
-Kami tahu, dia kata bukan dadah.
Dia kata, mereka merancang
bertolak ke Turki esok paginya.
Mereka tak berniat langsung untuk
lakukan sebarang urusniaga dadah.
Untuk apa duit tu?
-Dia tak tahu. Siapa pun tak tahu.
Cuma beberapa orang penting saja.
Apa-apa pun, ini hal besar.
-Aku tak faham.
Dengar cerita lelaki cacat tu ada
di sini. Dia sebut nama Keyser Soze?
Siapa?
Dengar cerita aku.
Siapa Keyser Soze?
-Tak guna!
Dah sejam setengah kita tunggu.
Kita patut cari Redfoot,
dan berhambus dari sini sekarang.
Apa kita kena buat sekarang adalah fikir.
Seseorang yang berkuasa.
Seseorang yang mampu jejak
kita dari New York ke LA.
Dean, apa rancangan kau?
-Kita tunggu!
Aku nak keluar.
-Duduk.
Hangat dan aku bosan.
En. Hockney, nanti dulu.
En. Keaton.
En. Fenster saya cam dari gambar
awak, dan juga En. McManus.
Awak pula, rasanya En. Kint,
orang yang membunuh Saul Berg.
Majikan saya berterima kasih pada awak.
Satu imbuhan tak dijangka.
Saya En. Kobayashi.
Saya diminta oleh majikan saya untuk
menawarkan sesuatu pada kamu semua.
Apa awak nak?
-Majikan saya perlukan khidmat kamu.
Satu kerja. Satu hari. Sangat bahaya.
Dia takkan jamin nyawa kamu,
tapi sesiapa yang masih hidup...
...akan mendapat 91 juta untuk
dibahagikan sesama kamu.
Siapa bos awak?
Saya bekerja untuk Keyser Soze.
Siapa Keyser Soze?
-Melihat pada perubahan mood,...
...rasanya rakan-rakan awak
mungkin boleh beritahu awak.
Saya datang dengan tawaran
langsung daripada En. Soze.
Satu arahan.
-Apa maksud awak "arahan"?
Pada 1981, En. Keaton, awak terlibat dalam
satu rampasan trak di Buffalo, New York.
Kargo besi tumpat kepunyaan En. Soze...
...dan sepatutnya sampai di Pakistan
untuk diguna dalam reaktor nuklear.
Antara penyelewengan badan PBB.
Awak langsung tak tahu hal ini
kerana mereka yang mengemudi kapal...
...bekerja untuk En. Soze
tanpa pengetahuannya.
Awal tahun ini, En. Fenster dan En.
McManus merampas pesawat di Newark.
Pesawat itu membawa emas dan wayar platinum,
juga untuk dihantar ke Pakistan.
Dua bulan lepas, En Hockney mencuri
sebuah trak bermuatan pistol di Queens.
Barang ganti pistol yang sepatutnya
dimusnahkan oleh Kerajaan New York.
Ia dirompak dalam perjalanan
dan bertukar laluan ke Belfast.
Sekali lagi Soze, menggunakan
orang suruhan di luar pengetahuannya.
Ini membawa pula pada En. Kint.
Sembilan bulan yang lepas salah seorang
penghantar barang En. Soze yang kurang bijak...
...tertipu dengan penipuan ***
tunai oleh seorang lelaki cacat.
Dia rugi 62,000 dolar.
Kami mengambil masa yang lama
untuk mencari kamu semua.
Kami cuba dekati kamu semua
selepas kamu ditahan di New York.
Awak yang aturkan kami bersama?
-Ya.
Kamu tak sepatutnya bebas
sehinggalah saya sampai.
Tetapi peguam En. Keaton, Cik Finneran amat
beria-ia untuk mempercepatkan pembebasannya.
Tak guna kalau kami
terus tahan yang lain.
Macam mana dengan Redfoot?
-En. Redfoot tak tahu apa-apa.
En. Soze jarang bekerja terlampau
kerap dengan orang yang sama,...
...dan mereka tak tahu dengan
siapa mereka bekerja.
Seseorang itu tidak akan dibelot,
tanpa ada sebarang kenalan.
Jadi, kenapa awak beritahu kami?
Kerana kamu semua mencuri daripada
En. Soze, En. Fenster. Kamu semua.
Kerana kamu tak tahu kamu dah mencuri
daripadanya, kamu dibenarkan terus hidup.
Dia rasa kamu berhutang dengan dia.
Kamu akan bayar hutang dia.
Lupakan hutang.
Apa bukti awak bekerja untuk Soze?
Itu tak relevan, En. Hockney.
Kamu berlima terlibat dalam pembunuhan
Saul Berg dan pengawal peribadinya.
En. Redfoot boleh beri keterangan
menentang kamu dan dia akan buat.
Apa maksud awak?
-Ini tawarannya.
Dadah adalah keutamaan En. Soze.
Dia dah lama bersaing dengan
sekumpulan samseng dari Argentina.
Bersaing dengan En. Soze buruk akibatnya.
Mereka akan berurusniaga dadah
bernilai 91 juta dolar tiga hari lagi.
Urusniaga ini akan menguatkan lagi
reputasi mereka dalam bisnes dadah.
En. Soze nak kamu halang
urusniaga tersebut.
Kalau kamu nak, kamu boleh
tunggu selepas urusniaga.
Sebarang duit yang keluar
akan jadi milik kamu.
En. Soze nak kamu naik kapal itu
dan musnahkan dadahnya.
Kemudian, kamu akan bebas
dari cengkaman En. Soze.
Bagi saya sebab kenapa saya
tak patut bunuh awak sekarang.
Ada hadiah dari En. Soze.
Salam sejahtera semua.
Semua ada dalam ni -
apa yang aku buat sejak 18.
Mereka tahu semua.
Semua majikan dan tempoh
aku masuk dalam penjara.
Tidak.
Ada yang tak kena.
-Entahlah.
Siapa yang selalu bercakap
pasal Soze di New York?
Bricks Marlin. -Ya, aku kerja
untuk dia. Secara tak langsung.
Dia kata dia selalu dapat lima kali
ganda duit dari yang sepatutnya.
Dia tak wujud. Kobayashi cuma
guna dia untuk alih perhatian.
Entahlah, ini teruk.
-Tak, ini karut.
Boleh jadi dia polis LA.
Mungkin ini perangkap.
Cerita yang aku dengar,
Soze ni kaki cincang.
Bukan calang-calang dan gila.
-Mana ada Keyser Soze!
Siapa Keyser Soze?
Dikatakan dia orang Turki.
Ada yang kata ayahnya orang Jerman.
Tak siapa percaya dia wujud.
Tak siapa kenal dia atau nampak sesiapa
yang bekerja terus untuk dia,...
...tapi mengikut cerita Kobayashi,
siapa saja boleh bekerja untuk dia.
Itulah kuasa dia.
Muslihat teragung si iblis...
...adalah meyakinkan dunia
yang dia tidak wujud.
Cerita yang mereka beritahu - cerita yang
saya percaya - adalah zamannya di Turki.
Sekumpulan samseng Hungary
mahu bermaharajalela di situ.
Mereka tahu, untuk bermaharajalela
tak perlukan duit atau pistol.
Cuma perlukan keinginan untuk buat
apa yang orang lain tak sanggup buat.
Tak lama kemudian mereka makin berkuasa,
dan mereka datang untuk ajar Soze.
Dia masih mentah masa itu,
mengedar dadah saja.
Mereka datang rumahnya pada waktu
siang dan cari barang jualannya.
Mereka jumpa anak dan isterinya
dalam rumah dan tunggu Soze.
Bila dia balik, isterinya dirogol
dan anak-anak pula menjerit.
Samseng Hungary itu tahu Soze kuat,
jadi mereka tunjukkan mereka serius.
Mereka beritahu dia mereka nak
pegang kawasannya dan bisnesnya.
Soze pandang wajah
semua darah dagingnya,...
...dan dia tunjukkan pada
mereka siapa dia sebenarnya.
Dia kata, dia lebih rela
tengok keluarganya mati...
...daripada hidup sengsara selepas itu.
Dia lepaskan seorang samseng Hungary,...
...kebumikan semua ahli keluarganya dulu,
baru dia buru semua ahli kumpulan sanseng tu.
Dia bunuh semua anak, isteri,
ibubapa, dan kawan kepada mereka.
Dia bakar semua rumah
dan kedai milik mereka.
Dia bunuh orang yang
berhutang dengan mereka.
Dan begitu saja, dia lesap.
Hilang. Tak siapa nampak dia lagi.
Dia menjadi mitos, kisah seram yang penjenayah
cerita pada anak mereka pada waktu malam.
"Kamu bohong dengan ayah,
Keyser Soze akan tangkap kamu."
Tapi tak siapa yang betul percaya.
Awak percayakan dia, Verbal?
Keaton selalu cakap:
"Aku tak percaya pada Tuhan,
tapi aku takut pada Dia."
Saya percaya pada Tuhan.
Tetapi, apa yang menakutkan
saya ialah Keyser Soze.
Kau ada apa-apa rujukan?
Aku boleh kenalkan kau pada Dan Metzheiser
dari Justice. Dia ada fail tentang Soze di DC.
Dia takjub dengannya. Orang kata dia
macam wartawan dalam The Incredible Hulk.
Kau pernah dengar pasal dia?
-Di luar?
Ya.
-Beberapa kali.
Ada seseorang bekerja untuk seseorang...
...yang bekerja untuk seseorang
yang pegang duit Keyser Soze.
Entah-entah dia polis atasan,
untuk elak orang cari masalah.
Tapi kau masih di sini.
-Ya.
Lelaki tu nak lari dari hospital sambil
melecur sebab terlampau takut pada Soze.
Aku akan tetap buru dia.
Saya dah beritahu kejadian atas kapal.
Pentingkah apa yang berlaku sebelum tu?
Terlampau banyak cerita, pendakwa
raya boleh batalkan imuniti saya.
Sebab itu awak tak beritahu pendakwa raya?
-Awak dengar sini, Ejen Kujan.
Kalau saya kata Loch Ness Monster
yang upah saya, apa pendapat awak?
Kemukakan bukti, boleh bicara.
-Saya dah dapat imuniti. Apa tawaran awak?
Kalau betul wujud Keyser Soze,
dia akan buru awak selepas ni.
Apa awak cakap ni?
Awak rasa apa yang saya takut?
Keyser Soze memang akan buru saya.
Dia memang tunggu saya bebas
untuk tangkap saya nanti.
Imuniti cuma untuk lari dari awak.
Saya akan dapat masalah lain lepas bebas.
Jadi, kenapa cari nahas?
Kami boleh jaga awak.
Terima kasihlah, Dave.
Kerja kamu cuma mengugut dan memaksa.
Sebelum ni kamu belasah kami,
sekarang nak jaga saya pula?
Awak rasa awak akan dapat Keyser Soze?
Awak rasa dia akan dedahkan
jejaknya dan kena tangkap?
Sungguhpun dia nak muncul,
itu cuma untuk buru saya.
Selepas tu, saya rasa awak
takkan dengar berita dia lagi.
Apa berlaku kemudian?
Pagi esoknya, Fenster hilang.
Dia tak sanggup hadapi Soze.
Dia tinggalkan nota selamat tinggal
pada kami dan ambil sedikit duit.
Kemudian?
-McManus marah.
Dia nak cari dia dan belasah dia.
Malam tu, kami dapat panggilan.
-Dari siapa?
Kobayashi beritahu kami
di mana nak cari Fenster.
Jom berhambus dari sini.
Kita kena tanam dia.
-Dengan apa?
Dengan tangan kita.
Jangan jadi gila.
Ini tanah kering, McManus.
Bila dia reput, semua orang
boleh bau dia dari jauh.
Koreklah!
-Apa kita nak buat? Dia akan bunuh kita.
Aku tak tahu pasal kau, cacat,
tapi aku boleh lari, tak ada masalah.
Kobayashi pun tak ada masalah juga.
Kalau kau lari, kami akan korek
tanah untuk kau pula. Faham tak?
Dia bukan kawan aku.
Aku bukan hak milik sesiapa!
Dia kawan aku selama 5 tahun.
Kami buat banyak kerja sama-sama
dan kaut untung lebih dari kau!
Sekarang aku akan balas dendam!
-Jangan balas dendam!
Ini amaran. Kau nak balas dendam,
kau nak lari, aku tak peduli.
Aku buat bukan sebab Fenster.
Aku buat bukan sebab kau.
Aku buat untuk diri aku.
Aku akan selesaikannya.
Kobayashi takkan cari aku lagi.
Lepas mereka bunuh Fenster, kamu tak lari?
-Saya teringin. Saya rasa boleh selamat.
Kenapa awak tak cakap apa-apa?
-Saya cuba, tapi Keaton tak bagi.
Terlampau merbahaya bagi dia.
Keaton rasional, dia bekas polis.
Bagi seorang polis, dia tak nampak
apa-apa yang rumit. Mudah saja.
Takkan ada misteri atau
musuh lain lagi selepas tu.
Kalau awak jumpa mayat dan awak kata
abang dia yang buat, dia tak peduli.
Tak siapa lawan cakap Keaton.
Mereka rancang nak kenakan Kobayashi.
Mereka dalam perjalanan ke atas.
Kau dengar? Dia dalam perjalanan.
Dia akan jatuh.
Jangan bergerak.
Tekan 20 sekarang.
Bergerak!
Jawapannya tidak.
-En. Soze mesti akan marah...
Dengar, mana ada Keyser Soze.
Kau sebut lagi, aku bunuh kau.
Ugutan yang pelik. Rasanya, memang
kamu semua berniat nak bunuh saya.
Kami tahu awak boleh cari kami.
Tapi sekarang, kami pun boleh cari awak.
Saya bagi awak peluang untuk batalkannya.
Majikan saya dah buat keputusan.
Dia takkan berubah fikiran.
Kami pun.
Awak dah bunuh Fenster, tapi awak takkan
bunuh kami kecuali kami bunuh awak dulu.
Saya percayakan awak, En. McManus.
Awak takkan dipilih kalau awak tak
sesuai, tapi ini bukan keputusan saya.
Ugutan kamu ini amat kecil...
...berbanding apa akibatnya kalau
saya tak laksanakan tugas saya.
Saya akan tunjukkan akibatnya.
Saya nak awak tahu tu.
Maafkan saya, En. McManus.
Saya yakinkan awak, En. Keaton,...
...En Soze memang wujud
dan seorang yang tekad.
Tengoklah nanti.
Sebelum awak tembak saya, En. McManus,...
...boleh benarkan saya selesaikan
urusan dengan Cik Finneran dulu?
Apa awak kata?
Edie Finneran.
Dia ada di atas dalam ofis saya
untuk satu proses penyerahan.
Saya minta dia uruskan kes ini
sendiri. Dia sampai semalam.
Tak kisahlah.
Bunuhlah, En. McManus.
Awak menipu.
-Ya?
Cik Finneran akan sentiasa
dilindungi sepanjang berada di LA.
Mungkin awak rasa lega bila
tahu dia dalam keadaan selamat.
Baliklah. Kapal akan disediakan
untuk kamu pada hari Jumaat.
Kalau kamu cuba cari masalah
lagi sebelum tugasan kamu,...
...Cik Finneran bakal menjadi mangsa
kekejaman yang mengerikan sebelum dia mati.
Termasuklah ayah awak, En. Hockney,...
...dan pakcik Randall di Arizona, En. Kint.
Anak saudara En. McManus pula akan dikasi.
Kamu semua faham?
Kami akan uruskan mayat di bawah.
Mewakili upah untuk En. Fenster.
Maafkan saya.
Ini memang igauan buruk.
Boleh jadi 10 ke 20 orang.
Kita tak tahu berapa ramai di bawah.
-Tak boleh kita serang hendap?
Dengan semua dadah tu,
mereka mesti dah bersedia.
Ada satu lagi kemungkinan.
Walaupun salah seorang dari kita
berjaya tembus, harapan tetap tipis.
Kalau kita tunggu duit dulu?
-Paling kurang 10 orang.
Bagi aku, ini mustahil. Siapa yang
masuk takkan keluar hidup-hidup.
Aku akan tunggu duit dulu.
-Aku pun.
Kau tak dengar apa dia cakap?
-Kalau aku masuk, aku nak duit.
Aku pun.
Tak ada apa yang mustahil.
Aku tak percaya kita menempah maut.
Berita kata hari ni hujan di New York.
Bahasa apa tu?
-Entahlah.
Rusia, rasanya.
Hungary?
Pakej dah sampai.
Kau sedia?
Ya, kalau tak, aku takkan jawab kau.
Aku sedia. McManus,
bersiap dalam 10 saat.
Aku sedia.
Aku nak kau tunggu di sini.
Aku patut jaga bahagian...
-Kalau kami gagal, kau ambil duit dan pergi.
Keaton, aku tak boleh...
-Cari Edie, beritahu dia semua.
Dia ada kenalan, dia tahu apa nak buat.
Kalau aku tak dapat halang
Kobayashi, dia boleh halang.
Tapi, kalau aku...
-Buatlah macam aku suruh.
Beritahu dia...
Beritahu dia aku dah cuba.
McManus, dia dalam perjalanan.
Aku sedia.
Satu, dua tiga, empat,...
...lima, enam, tujuh.
Oswald memang pondan.
Hai.
Apa khabar?
Ada masalah?
Fernando...
Ada masalah?
-Tak.
Awak tak boleh lalu.
-Tak boleh lalu?
Lebih baik awak pergi.
Sekarang.
# Old Macdonald had a farm #
# Ee-eye, ee-eye, oh #
# And on that farm he shot some guys #
# Bada-boom, bada-bing, ***, boom #
Elvis dah tinggalkan bangunan.
Jangan tembak. Cepat!
Helo.
Kenapa awak tak lari?
-Saya terkejut.
Saya teringatkan Fenster dan cara
pandangannya bila kami tanam dia.
Kemudian saya teringatkan Keaton.
Mungkin dia akan selamat.
Dave.
Seorang budak terjumpa mayat di pantai
pagi ini. Dua das tembakan di kepala.
Dua orang dari Biro mengenalpastinya.
-Apa lagi?
Nama dia Arturro Marquez,
penyeludup dari Argentina.
Dia ditahan tahun lepas di
New York kerana menyeludup.
Dia lari ke California.
Kami berkas dia di Long Beach.
Sebelum kami serahkan dia pada
pihak lain, dia lari lagi.
Dengar ni, Edie Finneran dibawa
masuk untuk memantau perbicaraan.
Kobayashi. -New York baru saja
hantar salinan keterangannya.
Dia pembelot.
-Ya, pembelot besar!
Arturro tak nak balik ke penjara,...
...jadi, dia bocorkan nama 50 individu.
Teka nama siapa dalam senarai?
Keyser Soze.
-Ada lagi.
Saya akan cerita apa yang saya tahu.
Hentikan saya kalau rasa tak kena.
Tak ada dadah dalam kapal tu.
Kau, diam.
-Dia ada di sini.
Itu dia, aku dah cakap.
Aku tahu dia ada di sini!
Kau tak faham. Itu dia.
Diam!
-Itu dia, kau faham?
Aku sumpah itu Keyser Soze!
Mana Hockney?
-Tak tahu. Mana ada dadah!
Apa?
-Kau dengar, kan! Tak ada dadah!
Apa kau cakap ni?!
-Aku dah periksa semua bilik!
Mesti ada dadah!
-Tak ada apa-apa!
Jangan main-main dengan aku.
Tak ada apa-apa dadah!
Aku nak berhambus.
Aku tak beritahu mereka apa-apa.
Sumpah.
Aku tak beritahu apa-apa.
McManus, apa hal semua ni?
Perkara paling pelik.
Menurut keterangan, awak nampak
seorang lelaki kurus yang bersut.
Ssbar.
-Adakah awak nampak Keyser Soze?
Awak kata awak tak tahu siapa dia.
-Ada dadah dalam kapal tu.
Berhenti menipu.
-Tak!
Awak tahu apa maksud saya!
-Saya ada imuniti.
Awak tahu apa maksud saya, Verbal!
Saya tak tahu!
-Ya, awak tahu kebenarannya!
Awak kata ada orang cuba bunuh Keaton.
Ya.
-Awak menipu saya!
Mana ada!
-Awak dah lama tahu kebenarannya!
Saya tak tahu apa maksud awak.
Saya nampak Keaton kena tembak.
Jadi, kenapa awak tak tolong dia?
Awak ada senapang. Dia kawan awak!
Sebab saya takut, okey?
Takut pada apa?
Saya tahu itu Keyser Soze.
-Tapi Keaton...
Itu Keyser Soze, Ejen Kujan.
Iblis tu sendiri.
Macam mana saya nak tembak dia?
Macam mana kalau tersasar?
Baiklah, balik pada cerita.
Arturro Marquez. Pernah dengar?
-Apa? Tak.
Dia pemberi maklumat untuk
Badan Undang-Undang.
Dia bersumpah dalam satu keterangan
yang dia pernah nampak...
...dan boleh kenalpasti Keyser Soze.
Menurut laporan: "Dia mempunyai
pengetahuan tentang bisnesnya,...
...termasuk penyeludupan
dadah dan pembunuhan."
Saya tak pernah dengar pasal dia.
Orangnya bercadang untuk jual dia
kepada sekumpulan samseng Hungary.
Kemungkinan besar samseng yang sama
yang cuba dihapuskan Soze di Turki.
Duit itu bukan untuk dadah.
Orang Hungary tu nak beli lelaki
yang mampu cam Keyser Soze.
Saya kata saya tak tahu.
-Keaton tahu.
Edie Finneran ialah penasihat kepada proses
penyerahan Marquez. Dia tahu apa Keaton tahu.
Tak ada dadah.
Tujuannya membunuh.
Misi berani mati bagi menghapuskan
orang yang mampu cam Keyser Soze.
Soze pun arahkan beberapa orang
pencuri yang boleh dia perguna.
Awak nak kata Soze hantar
kami untuk bunuh seseorang?
Keaton. Verbal, ada sebab
dia biarkan awak hidup.
Buatlah apa yang aku suruh.
Kalau dia tahu Soze mampu cari siapa saja,
kenapa dia minta awak ambil duit dan lari?
Dia boleh gunakan awak atas kapal.
-Dia nak saya hidup.
Seorang polis yang dulunya
korup tanpa kesetiaan...
...kini tergerak untuk tolong
seorang penjenayah yang cacat?
Bukan. Kenapa?
Edie.
-Saya tak percaya.
Saya tak percaya dia akan hantar
awak untuk selamatkan wanita itu.
Jadi, kenapa?
Sebab dia kawan saya.
Tak, Verbal. Dia bukan kawan awak.
Keaton tak ada kawan.
-Apa kau buat di sini?
Dia selamatkan awak sebab dia nak.
Keaton adalah Keyser Soze.
-Tak.
Jenis orang yang mampu satukan
penjahat macam Hockney dan McManus.
Jenis orang yang mampu atur apa saja
melalui orang di dalam jabatan polis.
Jenis orang yang boleh
bunuh Edie Finneran!
Dia ditemui mati semalam di hotel
di Pennsylvania, dua das tembakan.
Apa tanggapan awak pada
Keaton sekarang, Verbal?
Edie?
Dia guna kamu semua untuk masuk dalam
kapal. Dia tak mampu buat seorang diri.
Dia mesti naik sama-sama untuk
pastikan dia bunuh orang yang tepat.
Orang yang dapat cam dia.
Itu semua karut.
Awak kata awak nampak dia mati.
Awak bersembunyi bila
dengar bunyi kereta polis.
Awak kata awak dengar bunyi
tembakan sebelum kebakaran.
Tapi awak tak nampak dia mati.
-Saya kenal dia, tak mungkin...
Dia nak awak cerita pada kami
dengan cara yang dia nak.
Kamu berdua rapat, awak kata.
Dari mana semua tekanan datang?
Dari Keaton.
Imuniti adalah ganjaran awak.
Tapi kenapa saya?
Kenapa bukan Fenster, McManus atau Hockney?
Saya lurus dan cacat. Kenapa?
Sebab awak cacat, Verbal.
Sebab awak lurus.
Sebab awak lebih lemah dari mereka.
Kalau dia mati, dan awak bercakap benar,...
...semuanya selesai.
Dia yang beri idea untuk rompak teksi
di New York, kan? Cakap betul-betul.
Memang Keaton.
Kami ikut dia sejak mula.
Saya tak tahu.
Saya nampak dia mati.
Saya percaya dia dah mati.
Awak dalam keadaan bahaya.
Awak rasa dia...
-Keyser Soze?
Entahlah, Verbal.
Keyser Soze memang kebal.
Macam awak kata, cerita seram.
Tapi saya kenal Keaton, dan
ada orang akan jerat awak nanti.
Biarlah kami jaga awak.
-Tak, saya nak bebas hari ini.
Awak dah bebas 20 minit lepas.
Kapten Leo nak awak keluar sekarang
juga, kecuali awak ubah keterangan.
Saya akan ambil risiko.
Kalau sesiapa berniat nak buru awak,
mereka akan dapat awak di luar sana.
Ubahlah keterangan.
Mungkin awak takkan didakwa.
Mungkin.
Tapi saya bukan pembelot, Ejen Kujan.
Polis tak guna.
Maaf, boleh saya guna mesin faks.
Awak kena sain dulu, En. Kint.
Satu jam emas.
Satu pemetik api emas.
Satu paket rokok.
Masih tak dapat apa-apa, Dave.
Aku tahu apa yang aku
nak tahu pasal Keaton.
Tiada apa pun.
Tak kisahlah. Dia kena sedar
berapa banyak yang kita dah tahu.
Keyser Soze wujud atau tak,...
...kalau Keaton masih hidup,
dia takkan muncul lagi.
Aku akan cari dia.
Buang masa.
Khabar angin bukan khabar
angin kalau berlarutan.
Apa?
-Tak ada apa.
Bilik kau bersepah.
-Ya, tapi aku ada sistem, Dave.
Semuanya berkait-kait kalau kau perhati
baik-baik. Kau kena terangkan fikiran.
Kau nak tengok lagi berselerak,
pergi tengok garaj aku.
Yakinkan saya.
Dulu saya pernah menyanyi kuartet di
Skokie. Apa maksud awak, Ejen Kujan?
Kita kena fikir balik.
-Awak dah dengar banyak cerita.
Bricks Marlin.
-Saya nak dengar cerita awak.
Ada seorang lelaki dari
California, namanya Redfoot.
Ada hadiah dari En. Soze.
-Macam mana dengan Redfoot?
En. Redfoot tak tahu apa-apa.
-Sangat besar dan gemuk.
Ada seorang peguam. Kobayashi.
Dulu saya menetap di Guatemala,
kami petik biji kopi segar.
Awak rasa dia lelaki yang baik.
-Saya tahu dia baik.
Beritahu saya semua butiran.
-Macam mana saya nak tembak dia?
Dia dilindungi oleh ramai orang...
-Apa cerita kau?
Ada seorang peguam.
-Siapa, Verbal?
Saya En. Kobayashi.
-Kobayashi. Kobayashi.
Beritahu saya semua butiran.
-Saya bekerja untuk Keyser Soze.
Yakinkan saya.
Semua penjahat yang berkeliaran
di luar akan tahu nama Verbal Kint.
Lelaki cacat tu, awak nampak dia?!
Mana dia pergi?
-Arah sana.
Saya tahu awak tahu sesuatu.
Saya lebih bijak daripada awak
dan saya akan tahu apa saya nak tahu.
Bagi seorang polis, kesimpulannya mudah.
-Awak tahu apa maksud saya! Kebenaran!
...tiada tipu muslihat lagi.
-Seseorang yang berkuasa.
Keyser Soze!
-Siapa Keyser Soze?
Awak rasa dia akan dedahkan
jejaknya dan kena tangkap?
Sebab awak lurus, Verbal.
Sebab awak cacat.
Siapa orangnya?
-Awak dah lama tahu!
Siapa Keyser Soze?
-Siapa Keyser Soze?
Saya yakin Keaton dah mati.
-Aku tak rasa kaki aku, Keyser.
Perkara saya belajar mula-mula
dulu adalah cara mengesan pembunuh.
Mereka kata awak bersama si cacat dari
New York. Dia sebut nama Keyser Soze?
Siapa?
Kemudian, mungkin dia takkan muncul lagi.
Muslihat teragung si iblis adalah
meyakinkan dunia yang dia tidak wujud.
Dan sekelip mata...
...dia lesap.
Sari Kata Oleh: Mohammad Izzat Adzhar
https://www.facebook.com/subbers
21 Jun 2014 // Kedah