Tip:
Highlight text to annotate it
X
-Sayang, aku dah pulang.
- Dah terima.
Dah nampak dekat rumah bot.
Tepat pada masanya.
Faisil, cepat datang
Harry dah masuk.
Ya, ya, aku datang.
aku datang.
- Hei, kau dilahirkan dalam bangsal ke?
- Rumah pelacuran.
Baiklah. Ada beberapa
ekor anjing di sana...
dan beberapa pengawal dengan senjata.
Bertukar pada pendengaran tersembunyi.
Check, check.
- Check,, check,.
- Ia siaran radio.
- Kau dah ke udara.
- Check.
Pengawal berhampiran kau dah bergerak.
Dia dekat pintu pekerja.
Dia dah di dalam.
Maafkan saya.
Mari sini.
Apa benda ni?
Ia tak cukup bawang putih.
Kau ingat kau buat makanan anjing kau?
Buang semua ni!
Cepat sikit!
Selamat petang!
Apa khabar?
Gembira dapat jumpa awak.
Kau dah nampak Khaled?
Ya, itu pun dia.
Kenapa jutawan selalunya pendek?
Maafkan saya.
Terima kasih.
Kolonel! Apa khabar?
- Gembira dapat jumpa awak lagi.
- Ya, dah agak lama.
- Bagus.
- Siapa lelaki tu?
Boleh tolong pegang kejap?
Terima kasih.
Kau patut dah sampai ke ruang utama,
menuju ke tangga.
Terus bergerak. Terus bergerak.
Aku dalam perpustakaan, menuju keluar
ke balkoni tingkat dua.
Modem dah dipasang.
Dihidupkan sekarang.
Disahkan.
Sambungan bagus.
Fail ni telah dikunci.
Ia memerlukan sedikit masa.
Aku akan dapatkan kata kunci.
Dimana tandas?
Saya nak buang air banyak.
(Bahasa arab yang sempurna)
Dibawah, sebelah kiri.
- Menakjubkan, kan?
- Ya.
Aku ingat aku kenal semua kawan Khaled,
tapi rasanya kita tak pernah bertemu.
Kita tak pernah bertemu,
kalau tak pasti aku ingat.
Renquist, Harry Renquist.
- Juno Skinner.
- Juno Skinner.
Ayuh!
"Juno Skinner,
pengedar barang seni dan antik...
kepakaran dalam Parsi purba."
Ini dari Parsi,
kalau aku tak silap.
Bagus. Lebih tepat lagi,
enam abad sebelum Masehi.
- Kau suka tempoh waktu tu?
- Aku sangat menyukainya.
Kita ada masalah.
Pengawal dah kecoh.
Aku dapatkan kebanyakan
barang ni untuk Jamal.
Kau boleh tango?
Tango?
Harry, kau tak ada masa
untuk tango, kawan.
Kau dengar tak?
Jangan nak berhenti untuk mencium
bunga pulak. Kau dengar tak?
- Kau kena keluar dari sana.
- Yes! Fail berjaya dibuka!
Faisil Pantas berjaya lagi.
Tangan ku masuk dalam baju dia,
aku menuju ke arah--
Kau salin sajalah fail tu, okay?
Wau. Aku ingat parti ni cuma ada...
pemilik bank dan jutawan minyak
yang membosankan.
Dah tiada masa.
Tinggalkan perempuan tu.
Malangnya, aku terpaksa pergi.
Aku terpaksa naik pesawat.
Hubungi aku nanti.
Pejabatku berada di Rom.
Sudah tentu.
Baru kenal dua minit, perempuan tu
dah sanggup lahirkan anak untuk dia.
Kaki menari, apa rancangan
kau untuk keluar?
Aku akan berjalan keluar
melalui pintu pagar depan.
Berani. Bodoh, tapi berani.
Encik, boleh saya tengok kad jemputan?
Sudah tentu. Nah ini dia.
Alamak. Dah mula dah.
Sedikit perubahan dalam rancangan.
Jangan bergerak!
Kami dalam perjalanan
ke tempat pertemuan kedua.
Aku ulang, tempat pertemuan kedua!
- Hati-hati!
- Ia dipanggil ais, dan ia licin.
- Harry, kau dengar tak? Whoa!
- Aku boleh kawal.
Cis!
Whoops!
Oh, tuhan!
Whoa! Aku dapat kawal!
Dapat kawal! Dapat kawal!
- Itu pun dia!
- Cis!
Hai, kawan.
Nampaknya menjadi.
Melalui pintu pagar depan.
Boleh kau bersandar sekejap?
Mari pergi.
Masih sempat naik pesawat.
Baiklah, selesai
bahagian En. Renquist.
Kita ada pengenalan Harry Tasker,
pasport Harry Tasker, potongan tiket.
Bil hotel, Tasker.
Ada dua poskad dari Geneva.
Ada kunci rumah...
dan cenderahati
Perkampungan salji Swiss.
- Untuk apa?
- Ia untuk Dana, bodoh.
Bawa balik hadiah untuk anak.
Pandai betul.
- Jemput aku esok pukul 8:00.
- Baiklah.
-Taklimat pada pukul 1000.
- Jumpa kau pukul 8:00. Bye.
- Hei, Harry.
Kau ada lupa sesuatu?
Satu kumpulan yang bagus.
Tidur lena, kawan.
Hai, sayang. Macam mana penerbangan?
- Baik.
- Baguslah.
Ayah ada hadiah dari Switzerland.
Perkampungan salji.
Wau. Terima kasih, ayah.
- Saya tak pernah ada benda macam ni.
- Sama-sama.
Kau dah lambat ke sekolah.
- Jangan lupa bagi makan Gizmo.
- Okay.
Ia sungguh menyedihkan.
- Aku dah lewat.
- Ya, aku pun.
Macam mana dekat konvensyen?
Dapat buat jurujual lain cemburu?
Sungguh menakjubkan.
Kau takkan mempercayainya.
Kau patut pergi sama.
Kami disambut meriah di sana.
Dengan Model Sistem Pesanan 680
yang baru tu...
Aku boleh buat pesanan dengan segera...
sebaik saja nama pelanggan keluar,
kau boleh tengok rekod pembelian...
apa dia pernah beli,
berapa diskaun dia pernah dapat.
- Setiap butiran lanjut.
- Hebat bunyinya.
Ia menakjubkan. Sebab tu aku
suka perniagaan komputer.
Tukang paip ada telefon.
Dia kata dia kena gali bawah
lantai jadi kosnya sebanyak $600.
- Okaylah tu.
- Mana okay. Itu cekik darah
Apa kau cakap kat dia?
Aku tidur dengan dia dan dia
cakap dia akan potong $100.
Bagus sekali.
Bye, sayang.
Hello!
Bisingnya,aku teringat sewaktu
pertama kali ditembak dari meriam.
- Selamat pagi. Pergi sekolah.
- Ya.
Terima kasih, sayang.
Tengok ni.
Tengoklah.
Imej ni datang dari mana?
Dari kamera dan pemancar
dalam sekotak rokok di luar.
Hebat, kan?
Apa pulak ni?
Bye, ayah!
- Dia kebas duit kau.
- Aku dah agak.
Mari pergi!
Tak boleh tunggu! Dah lewat! Bye, Ayah!
Ya tuhan.
Anak-anak. Sepuluh saat kegembiraan,
30 tahun kesengsaraan.
Aku dah kahwin tiga kali, tapi
taklah bodoh sampai ada anak.
Dia tak patut mencuri.
Aku dah ajar dia dengan baik.
Kau dan Helen bukan lagi ibu bapa dia.
Ibu bapa dia adalah
Axl Rose dan Madonna.
Setakat jumpa dia lima minit
setiap hari takkan cukup.
Kau dah dikalahkan.
Bukanlah sebab kamu ibu bapa
yang tak baik.
Anak-anak hari ni 10 tahun
lebih maju berbanding kita dahulu.
- Pagi.
- Pagi, En. Tasker.
- Aku pasti kau masih ingat dia masih dara.
- Jangan mengarutlah.
- Dia baru-- berapa umur dia?
- Umur dia 14.
- Dia baru 14.
- Hormonnya sekarang sedang tak menentu.
Mungkin dia buat projek dengan
budak motor tu untuk dapat duit.
- Bukan Dana.
- "Bukan Dana."
Penafian. Hidup ini
tak indah lagi, kan?
Mungkin juga dia curi duit tu
untuk mengugurkan kandungan.
Apa kata kau buka pintu?
Mungkin juga dadah.
$20 sini, $50 sana. Aku ingat
teman lelaki isteri aku yang kebas.
Dia suka sangat kebas barang.
Sampai bir dalam peti pun lesap.
- Aku ingat kau dah pindah.
- Aku terpaksa pindah balik.
Peguam aku cakap peluang aku untuk
dapat rumah tu akan lebih cerah...
masa pembahagian harta,
jangan nak tukar tajuk.
- Kau masih hutang aku $200.
- Selamat pagi, Janice.
- Selamat pagi.
- Sahkan diri kamu pada pengimbas.
- Harry Tasker, 10024.
- Albert Gibson, 34991.
Baiklah, Frances. Rasanya kami
tak perlukan awak lagi. Terima kasih.
Kamu dah gagalkan operasi malam tadi kan?
Boleh terangkan kenapa ia
tak boleh dipanggil bencana besar?
"Besar" adalah perkataan kuat.
Ada pelbagai peringkat dalam "besar".
Ia suatu skala,di sebelah sini
ada misi yang sempurna...
dan sebelah sini ada bencana besar,
dan kami pula lebih kepada--
Faisil, kau orang baru dalam
pasukan Harry, kan?
Ya.
Jadi apa buat kau fikir kau dapat
kelonggaran macam aku beri pada dia?
Biar saya tunjukkan apa kami dapat.
Jamal Khaled. Kami rasa dia ni kotor,
Jadi kita selongkar rekod kewangan peribadi dia.
$100 juta pemindahan dalam talian
dari Commerce Bank International.
Yang mana digunakan oleh sesetengah
negara untuk membiayai aktiviti pengganas.
Sebab tu kami rasa sesuatu
yang besar sedang berlaku.
Kami tahu seminggu lalu empat
kepala peluru MIRV telah diseludup...
keluar dari bekas Republik Soviet, Kazakhstan.
Kami rasa kumpulan Khaled yang membeli
peluru nuklear tu dan cuba membawanya ke US.
Setakat ni ia masih belum meyakinkan aku.
Kamu ada sesuatu yang nyata?
Harry, kau ada data yang padu?
- Tiada yang boleh dipanggil padu.
- Sebenarnya ia agak lembik, tuan.
Jadi baik kamu dapatkan maklumat tu...
sebelum ada orang letak
kereta depan White House...
dengan senjata nuklear dalam bonetnya.
Dia bukanlah penyelamat dunia.
Dia tu cuma jurujual.
Bila aku tak boleh tidur,
aku minta dia ceritakan aktiviti hariannya.
Enam saat, aku dah tidur.
Dia berlagak seolah macam
dia penyembuh kanser.
Jadi kau tak pergi bercuti
hujung minggu ni?
- Harry ada kerja di luar bandar.
- Aku terkejut.
Kau tahu sajalah Harry tu.
- Apa cerita?
- Tengok ni.
Ada pemindahan sebanyak $2 juta
dari Khaled kepada Juno Skinner.
Ya. Awek dekat parti tu.
Ini tak bermaksud apa-apa.
Kan dia beli barang antik untuk Khaled.
Tak, dia membeli barang antik
menggunakan akaun lain.
Ia jauh melebihi harga pasaran...
walau pun bagi orang macam dia.
Aku nak siasatan penuh ke atasnya.
- Dimana dia berada?
- Disini, di River City.
Dia tinggal di Rom, tapi dia ada
buat kerja untuk universiti Smithsonian.
Dia ada banyak hubungan diplomatik,
jadi dia ada pejabat di sini.
Rasanya inilah masa untuk menghantar pakar.
- Awak nak tango?
- Ya, boleh.
Bahlol.
Semua dah sedia. Ada mesin faks,
telefon hantu, dan lain-lain.
Kau ada bilik di hotel Marquis
di bawah nama Renquist.
Mari kita uji.
Nama saya Harry Renquist. Saya ada
firma perunding seni di San Francisco.
Saya ada temu janji dengan Cik Skinner.
- Harry!
- Hello.
Hello.
Tak sangka begitu cepat kita berjumpa.
- Apa gunanya menunggu?
- Aku setuju.
Klien kau mencari sesuatu untuk
ibu pejabat baru mereka?
Mereka inginkan sesuatu yang dramatik.
Cantiknya yang itu.
Aku dah cakap dengan beberapa orang,
mereka kata aku patut jumpa kau.
Ya ke?
Apa yang mereka cakap pasal aku?
Mereka kata kau boleh baca tulisan
Sanskrit purba dengan fasih...
dan pengedar seni lain dan
ahli kaji purba tak berapa sukakan kau.
Mereka tu.
Ia sebab aku guna hubungan diplomatikku
untuk mengeksport harta bersejarah...
dari negara yang langsung tak layan mereka.
Kebanyakan barang kami adalah dari Parsi purba.
Malangnya, Parsi purba berada 20 kaki
dibawah pasir negara Iran, Iraq dan Syria.
Bukanlah suatu tempat yang popular
kebelakangan ni.
Sebab tu aku kena jadi pakar dalam
hubungan diplomasi antarabangsa.
Macam mana, En. Renquist?
Jumpa sesuatu yang kau suka?
Mungkin.
Tolonglah. Takkanlah mereka letak
pendengar dalam sandwich tuna ku.
Dia mengimport barang dari
serata timur tengah.
Dia mungkin memindahkan duit,
senjata, atau apa saja.
Sebaik saja kau keluar, kami mula
terima panggilan ke telefon hantu.
Mereka mula siasat maklumat Renquist.
Tingkatkan pengawasan dan
tambah dua orang lagi.
Maurizio, aku kata sabtu,
bukan selasa. Sabtu.
Cik Skinner, boleh saya cakap sekejap?
Bodoh, perempuan jalang tak berdisiplin.
Nasib baiklah kau bayar
aku *** yang banyak.
Kau sedar tak, kau sedang
diperhatikan sekarang?
Telefon kau hampir pasti
telah dipasang penjejak.
Dan kau masih sibuk bergurau senda
macam pelacur dengan si Renquist tu--
Aku dah siasat, dia okay--
Kami tak bagi ruang untuk buat silap.
Kau nak aku buat apa?
Siasat siapa Renquist sebenarnya.
Hello, Tektel Systems.
pejabat En. Tasker.
Hai, Charlene? Hai, ini Helen.
Dia ada tak?
Harry tengah mesyuarat, Pn. Tasker.
Biar saya cuba panggil. Sila tunggu.
Sambungkan, 10024.
Sambungan dari Tektel.
Ia Helen.
Hello, sayang. Apa khabar?
Apa halnya?
Hai. Maaflah ganggu kau
tengah mesyuarat.
Cuma Dana dan aku nak pastikan
yang kau akan pulang pukul 8:00.
Kami dah susah payah nak
sambut harijadi kau.
Kami nak pastikan kau akan pulang.
Sudah tentu.
Kali ni kau percayalah cakap aku.
- Janji?
- Percayalah padaku.
- Baiklah.
- Kena pergi. Bye.
Bye.
- Itu menjijikkan, Dana.
- Tenanglah.
Kita ada 'kawan'.
Kereta ketiga di baris dalam.
Mereka ikut kita sejak dari hotel.
- Maksud kau station wagon tu?
- Ya.
- Kau nak aku lari dari mereka?
- Tak. Kita perlukan mereka.
Unit Tujuh?
Unit Tujuh disini.
Kami perlukan kamu di Georgetown Mall
dalam masa 3 minit.
- Baiklah. Kami dalam perjalanan.
- Helen pasti mengamuk nanti.
Inilah masalah dengan pengganas.
Mereka tak boleh bertolak ansur
dengan jadual orang.
Berheni di sini. Ini dah bagus.
- Okay, testing, satu, dua, tiga.
- Dah dengar. Dah dengar. Dah dengar.
Mereka dah dekat.
Ada tiga orang dalam kereta.
- Bangang.
- Lantaklah.
Dua orang dah keluar mengekori kau.
Kau ingat aku buta ke?
Kau memang nampak macam Ray Charles.
Jadi apa rancangan kau?
Aku akan cuba rapat mesra
dengan dua orang ni.
- Yang ketiga masih dalam kereta.
- Kau awasi dia.
Hai, Helen. Ya, ini Gib.
Dengar ni, Harry tertinggal
barang dekat pejabat.
Kau tahulah si Harry tu.
Ya, Gib, aku kenal Harry. Bye.
Bye. Jumpa lagi.
Tengok?
Aku dah kehilangan orang ketiga.
Alamak!
Alamak! Tunggu! Alamak!
Nah. Sejukkan diri.
Maaf sebab menganggu.
Jaga-jaga! Ke tepi!
Hei! Jangan bergerak!
Oh, syukur.
Masuk dalam kereta.
Dah mula dah.
Pegawai persekutuan sedang
mengekori saspek.
Maaf.
- Harry, kau kat mana?
- Sebelah barat taman.
Saspek menaiki motorsikal
dan sedang keluar melalui Franklin.
Faham!
Aku nak kau jaga jalan 14th
kalau-kalau dia berpatah ke selatan.
Aku nak Unit Tujuh jaga
sebelah utara untuk kepung dia.
Buat cepat sikit, sebab kuda aku
dah makin letih.
Kuda kau?
- Itu pun dia!
- Ayuh!
- Pergi sebelah belakang.
- Baiklah.
Ke tepi!
Ke tepi!
Maaf.
Maafkan saya.
- Jesus!
- Maaf.
Buka!
Maafkan saya. Maafkan saya.
Ke tepi!
Tepi! Tepi! Tepi!
Pegawai persekutuan! Tunduk!
Kalau tak mati!
- Tunduk! Sekarang!
- Tepi!
Pusing! Jangan bergerak!
Ayuh!
Whoa!
Jangan bergerak!
Boleh tolong tekan tingkat paling atas?
Terima kasih.
Tolong!
Diam!
Whoa.
Cakaplah sesuatu.
Cantik haiwan ni.
Berdiri menghadap cermin!
Mari.
Minta maaf.
Duduk situ! Jangan bergerak!
Ayuh, ayuh, ayuh!
Okay, berundur.
Undur.
Kau boleh buat.
Ayuh.
Kuda baik. Bagus.
Ya, ya. Ya, undur lagi.
Ayuh.
Ya, macam tulah kerja berpasukan.
Tarik lagi.
Sikit lagi.
Bagus.
Okay.
Apa yang kau fikirkan?
Aku dah dapt dia tadi,
tapi kau biar dia terlepas.
Pandang aku masa aku bercakap.
Kau ni polis jenis apa?
Hai, sayang.
Aku tahu kau marah.
Aku minta maaf.
Aku bergegas pulang
secepat mungkin.
Tak apa.
Tak apa.
Aku minta maaf.
Terima kasih sebab buat parti.
Ya, ia memang hebat.
Hei.
Itu pun dia.
- Hentikan dekat situ.
- Salim Abu Aziz.
Lelaki ini sungguh serius.
Sangat fanatik.
Dia memang psiko. Dia telah dikaitkan
dengan banyak pengeboman kereta.
Kau tahu pengeboman kafe di Rom
tahun lepas? Itu kerja dia.
Begitu juga pesawat 727 di Lisbon.
Dia bukan sebarangan.
Sekarang dia dah membentuk pasukan
dia sendiri yang dipanggil Crimson Jihad.
Agaknya dia rasa pasukan pengganas lain
terlalu lemah lembut buat dia.
- Mereka memanggilnya labah-labah pasir.
- Kenapa?
Mungkin sebab bunyinya menakutkan.
Ianya menakjubkan, sekalian.
Pasti lebih menakjubkan jika kita
tahu di mana kedudukan dia.
Kami akan dapatkan dia.
- Apa kata kau berhenti sini kejap?
- Apa hal?
Aku dah kecewakan Helen semalam.
Aku nak cari dia untuk makan tengah
hari untuk pujuk dia.
- Jadi kau nak aku tunggu?
- Tunggu saja.
Aku akan menunggu.
Tunggu, kejap.
- Lelaki misteri kau di talian dua.
- Simon?
Oh, tuhan.
Hello? Simon?
Simon?
Ya, aku boleh berbual.
Maksud kau sekarang?
Ya, aku boleh jumpa kau.
Okay, aku dah tak sabar.
Bye.
Boleh kau cover untuk aku selama sejam?
Sejam je? Kau patut suruh jantan
tu ambil masa lebih sikit.
Boleh tak perlahan sikit?
Aku tak patut ceritakan pasal dia pada kau.
Selamat berseronok.
Simpan sikit untuk aku.
Hei! Tunggulah! Jahanam!
Apa berlaku? Sakit?
Nampak macam baru kena tendang di perut.
Pasal Hel-- Pasal Helen--
Pasal Helen.
Ada kena mengena dengan Helen,
Aku sedang meneka.
Helen...
ada hubungan sulit.
Selamat menyertai kelab ku, kawan.
Tak mungkin. Bukan Helen.
Tak siapa pernah terfikir ia
akan menimpa mereka.
Perkara sama berlaku padaku dengan
isteri kedua, kau ingat tak?
Aku langsung tak sangka.
Aku balik, rumah dah kosong.
Malah dulang ais dalam peti
pun dia ambil.
Boleh kau bayangkan orang apa
yang ambil dulang ais dalam peti?
- Tak mungkin Helen.
- Helen masih sayangkan kau.
Dia cuma nak berasmara dengan lelaki
tu sekejap. Tiada apa yang serius.
- Nanti kau akan biasalah--
- Jangan nak pujuk aku!
Habis kau ingat apa?
Helen tu seorang manusia, dan kau
tak pernah ada di sampingnya.
Ia cuma menunggu masa saja.
Aku rasa baik kita tumpu pada kerja.
Itulah yang aku buat bila
hidup aku punah.
Aku tumpu pada kerja,
ia menjadi bagi aku.
Betul tak, kawan?
Ia pasti seronok.
Kita akan tangkap pengganas.
Kita belasah mereka cukup-cukup.
Kau pasti akan rasa lega nanti.
Jaga kepala kau. Okay.
Perempuan. Tak boleh hidup bersama,
nak tinggalkan pun tak boleh.
Aku datang pejabat kau tadi.
Kebetulan ada di kawasan tu,
ingatkan nak ajak makan tengah hari.
Ya ke? Mungkin kau terlambat sikit.
Orang kat sana kata kau ada
urusan nak dibuat.
Ada masalah kerja sikit--
Mereka perlukan dokumen nak
dihantar ke mahkamah.
Masalahnya--
pencetak kami rosak.
Aku pergi guna pencetak di tingkat tiga,
tapi pencetak mereka jenis 1720.
Disket yang aku guna tak diformat
mengikut pencetak 1720.
Jadi aku kena naik balik
untuk ubah format...
patah balik untuk guna
pencetak mereka.
Masa aku nak pergi sana,
kereta pula tak hidup.
Jalan sesak--
aku nyaris tak sampai.
Jadi, agak menarik
berbanding hari biasa.
Semuanya okay?
Ya. Bagus
Aku pergi ambil pencuci mulut.
Dah kenyang.
Dia bagi kita cek kosong melalui talian.
Aku dah siasat semua ejen perkapalan
Juno dan juga kliennya.
Faisil dah buat senarai semua
orang yang mugkin...
ada kaitan dengan Crimson Jihad.
Sekarang kita cuma perlu tunggu--
Hei. Adakah hal keselamatan
negara ni membosankan kau?
- Pasang pendengar pada telefonnya.
- Apa? Aku dah buat pun.
Maksud aku telefon Helen. Pasang
di pejabatnya dan dirumah. Sekarang.
Mari sini sekejap.
Bagus bunyinya.
Ada dua perkara aku nak cakap
pasal idea kau tu--
Gi-la. Pasang pendengar tanpa
kebenaran adalah satu kesalahan
Dan kau buatnya 20 kali sehari,
jadi jangan nak nasihat aku.
Lakukannya.
- Hello?
- Helen, ini Simon. Adakah selamat untuk bercakap,?
Ya, cakaplah.
Aku tak boleh lama. Boleh kau jumpa
aku tengah hari esok? Aku kena jumpa kau.
Rasanya boleh. Di mana?
Tempat sama, pukul 1 :00.
Aku kena pergi. Jumpa esok.
Ingat, aku perlukan kau.
Aku ingat nak makan tengah hari bersama esok.
Alamak-- tak bolehlah--
Aku nak jumpa Allison.
kami nak pergi shopping. Maaf.
Tak apa.
Aku rasa kau dah silap cara.
Perempuan-- mereka suka kalau
kau berbual dengan mereka.
Mungkin kau tak gunakan bahagian
feminin dalam diri kau.
Aku ada tonton rancangan Sally Jessy Raphael--
Baiklah.
Semua ada di sini--
ada pemancar telemetri.
Penjejak GPS, pemancar audio
dan pembekal kuasa.
Aku dah jahitkan dalam ini--
Hei, Harry?
Kalau kau nak cakap,
cakap pada beg ni.
Dia datang. Dia akan muncul depan kita.
Tengoklah.
Bingo.
Nampaknya dia pergi ke Chinatown.
Dia parking.
Okay, berikan aku audio.
Kau pasti kau tak diekori?
Tak. Aku selalu tengok belakang
macam yang kau suruh.
Okay, keadaan sekarang agak 'panas'.
Kalau aku dapat isyarat,
mungkin aku terpaksa pergi segera.
Aku faham.
Sudah tugasku untuk menanggung risiko,
bukan kau.
Aku rasa bersalah sebab libatkan kau,
tapi kau saja aku boleh percaya.
Adakah kau sedang dalam misi?
Kami sebut "op," Operasi Penyamaran.
Dan kali ni, keadaan agak kecoh.
- Lebih teruk dari Kaherah?
- Kaherah.
Kaherah macam berehat dekat pantai
kalau dibandingkan dengan yang ini.
- Lelaki tu pengintip.
- Tapi pihak mana?
Mungkin dia menggunakan Helen
untuk dapatkan kau.
- Kau baca surat khabar semalam?
- Ya.
Kadang-kadang cerita direka untuk
menutup Operasi Penyamaran.
Kau baca pasal dua lelaki dibunuh dalam
tandas oleh dua orang lelaki tak dikenali...
dalam kejar mengejar yang berakhir
di hotel Marriott?
Itu kau ke?
- Aku.
- Kau sungguh bagus.
Kau kenal gaya aku.
Kau ada bakat semulajadi.
Dia mengambil nama atas tindakan kita.
- Apa yang berlaku?
- Malaslah nak cakap.
Dua orang tu takkan kacau aku lagi.
- Sukar dipercayai.
- Kau kejar yang sorang lagi?
Sesuatu dalam diriku memberitahu ku
untuk tangkap dia tak kira apa pun.
Menakutkan. Dia nyaris membunuhku
beberapa kali, tapi aku--
- Aku tak patut mendapat nama kerananya.
- Kenapa tidak?
Semuanya kerana latihan. Ia membentuk
kau menjadi senjata berbahaya.
Kau bertindak dalam mikrosaat
tanpa perlu berfikir.
Aku mula menyukai lelaki ni.
Kita masih akan bunuh dia.
Itu dah pasti.
Lelaki ni jurujual kereta
terpakai rupanya.
Ini dah jadi makin menarik!
Aku minta maaf.
Mesti ini menyakitkan hati.
Tapi kau kena mengaku ia memang lucu.
Kalau ini jadi pada orang lain...
kau pasti gelak besar.
Seorang dilahirkan setiap minit.
Ia pun mahukan kau.
Dapat rasa getarannya?
- Apa kata kita bersiar-siar?
- Sudah tentu.
Ia bukan sekadar kereta.
Ia imej. Satu identiti.
Memang diakui.
Ini bukan kereta sport canggih.
Malah pengendaliannya pun
tak bagus sangat.
Tapi bukan itu yang kita kisah kan?
Apa yang kita sedang cakap sekarang?
Pasal perempuan kan?
Sudah tentu.
Harus diakui.
Kereta ni yang menarik mereka.
Tapi itu masih belum cukup.
Kalau kau nak berjaya,
kau kena ada cara.
Rasanya kau tahu caranya.
Cara yang terbaik.
Kau tengoklah aku.
Bukannya hebat sangat.
Aku boleh terima kenyataan.
Tapi perempuan beratur dapatkan aku,
dan bukan hanya perempuan murahan.
- Sesetengahnya memang murah.
- Apa cara kau?
Tak boleh, rahsia.
Okay, tanya pada diri kau:
Apa yang perempuan nak?
Katakan seorang suri rumah yang kahwin
dengan seorang lelaki bertahun-tahun.
Terperap di rumah.
Mereka inginkan kelainan.
Satu cabaran, dengan sedikit bahaya.
Aku ciptakan untuk mereka.
Jadi kau berbohong sepanjang masa.
- Aku tak boleh buat macam tu.
- Kau ni apa, pengakap muda ke?
Anggaplah ia permainan tukar watak.
Satu fantasi.
Kau kena bermain dengan impian mereka...
bawa mereka keluar dari
dunia rumah tangga.
- Macam mana denga suami mereka?
- Tak guna!
Cuba kau fikir.
Kalau mereka bagus sangat...
tak ada peluanglah aku,
kau faham tak?
Si bodoh tu.
Boleh tak pandu bawah 90?
Aku tengah tak ada duit ni.
Jadi, siapa sasaran terbaru kau?
Aku selalu ada banyak dalam satu masa.
Tapi ada sorang tu,
aku buat dia merengus macam anjing.
- Sungguh hebat.
- Apa kerja dia?
Kerja yang melibatkan undang-undang.
Kau tahulah, jenis yang bersopan
dan berfikiran kolot.
Tapi dia boleh jadi sungguh
hangat kalau dia nak.
Bila bersama kau, pasti dia
sungguh hangat.
Merah menyala!
Ia macam pokok yang hampir mati.
Cuma perlu diberi sedikit air.
- Kahwin dengan si bangang yang bosan.
- Si bangang yang bosan?
Dia tak menghargai perempuan tu.
Kau cuma usaha sedikit,
perempuan-perempuan ni akan menggila.
Tubuhnya memang mengancam,
sepasang buah dada...
yang buat kau minta merayu
minta disusukan.
Punggung macam budak lelaki umur 10 tahun.
Jadi dia mesti hebat di katil, hah?
Perlahan.
Nanti terlajak.
Tengok?
Kau dan kereta ni memang sepadan.
Memang ada beberapa pembeli sedang
menunggu, tapi aku suka gaya kau.
Jadi, apa kata?
Kau nak aku siapkan dokumen?
Biar aku fikir dulu.
Kau simpan beberapa hari untuk aku, okay?
Baiklah, demi kau.
Ini transkrip hari ni.
Tak banyak berlaku.
- Tiada dari Simon?
- Tiada.
- Giliran aku untuk memandu ke?
- Bagi aku muka surat tu.
- Apa?
- Muka surat ni melangkah dari 9 ke 11.
- Mana muka surat 10?
- Mesti tersalah taip tu.
Bagi aku muka surat tu!
- Kau perlukan bantuan, Harry.
- Hello?
Helen, aku perlu bantuan kau.
Boleh kita jumpa malam ni?
- Apa yang berlaku?
- Ia serius.
Jumpa aku di jalan K...
di bawah jambatan Key,
tepat pukul 8:00.
Dah dapat.
Alamak. Dah hampir pukul 8:00.
Helen masih di rumah.
Beg dia masih di rumah.
Alamak.
Unit Dua, Unit Tujuh,
gerak segera.
Dapatkan sasaran di jalan K
dan jambatan Key.
Kenderaan berwarna merah dan putih.
Kamu ada masa enam minit.
Kau dah gila ke?
Kau tak boleh ambil ejen dari tugas
penting untuk ekori isteri kau.
Ia salah guna kuasa dan mengancam
keselamatan negara.
Kau dah buat silap besar, kawan.
- Aku kena halang kau.
- Apa kau nak buat, melapor?
Kita berdua yang tanggung
risiko sekarang.
Hidup kau musnah.
Isteri kau tidur dengan jurujual kereta.
Ia memalukan, aku tahu
tapi terimalah macam lelaki sejati!
- Kau laporkan aku, aku lapor pasal kau.
- Apa kau cakap ni?
Rekod aku bersih.
Macam mana masa kau gagalkan
operasi enam minggu tu...
sebab kau sibuk cari perempuan?
Kau tahu pasal tu?
Ikut jalan Franklin.
Lebih cepat.
Cepat, masuk.
Unit Dua di sini.
Kenderaan saspek kelihatan.
Seorang lelaki, seorang perempuan.
Jangan takut.
Kalau mereka jumpa aku, lebih
baik kalau mereka tak nampak kau.
Kau patut tunduk sampailah kita
keluar dari bandar.
Mari, aku tolong kau.
Macam tulah.
Sekarang kepala perempuan tu
berada atas riba lelaki tu.
Baiklah, unit Dua.
Satu kepada Condor, kamu dah dapat gambaran?
Ini Condor.
Sasaran dah kelihatan.
Diulang: Sasaran dah kelihatan.
Nampak jelas melalui infra merah.
Memang kepalanya atas riba lelaki tu.
Mungkin dia mengantuk
Ini rumah selamat.
Tempat aku di bandar
tak selamat sekarang.
Begitu juga rumah di New York.
Apa kau nak aku buat sebenarnya?
Aku nak kau jadi isteriku.
Tapi aku dah kahwin!
Ia cuma untuk operasi di Paris.
Aku perlu berkahwin.
Mereka sedang memburu lelaki
yang mengembara bersendirian.
Kau nak aku pergi ke Paris?
Paris, dengan perhentian
pendek di London.
Ada ejen dua muka yang
aku tak tahu siapa.
Tiada siapa aku boleh
percaya selain kau.
Boleh tak kau pergi selama
beberapa hari?
Aku tak tahu.
Maaflah sebab aku mendesak kau.
Duduk.
Selesakan diri kau
Biar aku tuangkan wain.
Aku sanggup lakukannya.
Aku sanggup lakukannya.
Kau baru saja selamatkan nyawaku.
Kau sungguh berani.
Aku harus ingatkan diriku mengenai
ketakutan yang kau rasa.
Bagiku, ketakutan bukan pilihan.
Untuk menjayakan penyamaran ini...
Kita mestilah kelihatan seperti
dua orang yang mesra.
Musuh dapat kesan
penipuan dengan mudah.
- Kau faham tak sekarang?
- Maaf.
Reaksi macam tu boleh
buat kita terbunuh.
- Maafkan aku.
- Kita tak boleh macam tu.
Cuba bertenang.
Cuma dah agak lama...
Tiada orang kecuali Harry
yang sentuh aku macam tu.
- Ia agak sukar.
- Aku tahu.
- Ia juga agak janggal bagiku.
- Aku minta maaf.
- Tak apa. Bersandar.
- Aku okay.
Macam tulah.
Biar diri kau menjiwai peranan tu.
Itu dia.
Nah ini dia.
Biarkan diri kau.
Bagus.
Hebat.
Itu dia.
Tak, aku tak boleh
Aku tak boleh lakukannya.
- Kenapa? Ia okay.
- Aku tak boleh buat.
Aku tak boleh buat macam ni!
Kalau bukan demi aku...
boleh tak buat demi negara?
Oh, tuhan!
Jangan cederakan aku!
Aku akan buat apa yang kau nak!
Tolong!
Aku tak buat apa-apa!
Tak guna!
Ambil perempuan tu! Ambil dia!
Oh, tuhan, jangan cederakan aku!
Anak tak guna!
Duduk.
Aku kata duduk.
Kau kerja untuk siapa?
Stern, Kessler,
Goldstein & Krumpnick.
- Aku cuma setiausaha undang-undang.
- Yalah tu, Pn. Tasker.
Apa yang kau buat dengan
pengganas antarabangsa...
Carlos the Jackal,
meneriam arahan baru ke?
Dah berapa lama kau jadi
ahli kumpulan ni?
Aku tak tahu apa-apa pasal kumpulan.
Aku baru kenal Simon...
atau apa pun nama dia...
beberapa minggu lalu.
Aku tak kenal sangat pun.
Tapi lain yang kami lihat
masa kami jumpa kamu.
Bagaimana kau boleh kenal dia?
Well--
Tolong jaga untuk aku.
Aku tak boleh bawa ia bersama.
- Apa?
- Ia demi keselamatan negara.
Tolonglah, ianya penting.
aku akan hubungi kau.
Oh, alamak.
Kenapa kau terus jumpa dia?
Dia kata dia perlukan bantuan ku.
Bukan sebab kau terpikat padanya?
Kau tak terpikat padanya langsung?
Mungkin ada sikit-sikit.
- Jadi curang perkara biasa bagi kau?
- Tak pernah.
Jadi ini pertama kali kau curang?
Aku tak curang!
Ceritakan pasal suami kau,
Pn. Tasker.
Apa aku nak cakap pasal Harry?
Dia jurujual untuk syarikat komputer.
Jadi hubungan seks dengan dia
tak menggembirakan kau lagi?
Itu bukan urusan kau!
Apa jenis soalan ni?
Kau dalam masalah besar,
baik kau berkerja sama.
Kalau kami nak tahu perkara paling
sulit dalam hidup kau pun..
kau kena beritahu kami.
Suami aku seorang lelaki baik.
Tapi dia dah tak memuaskan kau, kan?
Biar aku uruskan pasal ni.
Boleh tak?
Kenapa kau ke tempat Carlos?
Dia nak aku ke Paris dengan
dia untuk satu misi...
untuk menyamar jadi isteri dia.
Dan kau setuju?
Kenapa?
Tak tahulah.
Rasanya aku inginkan sesuatu.
Apa yang kau ingin?
Aku ingin rasa hidup.
Aku nak buat sesuatu yang lain.
Dan rasa seronok...
bila diperlukan oleh orang.
Dan dipercayai.
Dan menjadi istimewa.
Ada banyak...
aku nak buat dalam hidup ni...
tapi aku tak buat satu apa pun.
Masa semakin suntuk...
dan aku ingin mengenang
kembali dan berkata...
"Tengok? Aku buat benda tu!
Ia bahaya dan huru-hara
dan aku yang buatnya!"
Sebenarnya,
Aku tak peduli...
kau faham atau tidak.
Si Simon ni...
kau tidur dengan dia?
- Tak.
- Dia tipu.
Kau tak ada hubungan seks dengan dia?
Kalau kau asyik tanya soalan
sama dua kali...
ia akan ambil masa lama,
dan aku perlu balik pada keluargaku.
Kau takkan kemana-mana.
Lepaskanlah aku!
Jawab soalan itu.
- Jawab soalan itu!
- Tidak!
Aku tidak...
tidur dengan dia!
Tolong bertenang!
Kau dengar tak, jahanam?
- Tenang.
- Mungkin dia bercakap benar.
Bertenang, Pn. Tasker.
Tolong bertenang.
Saya ada satu soalan lagi,
Pn. Tasker.
Apa?
Kau masih cintakan suami kau?
Ya, aku cintakan dia.
Aku sentiasa cintakan dia...
dan akan selalu cintakan dia.
Dia cintakan kau.
Sekarang apa pulak?
Cuma ada satu jalan penyelesaian
kepada masalah kau, Pn. Tasker.
Kau kena kerja untuk kami.
Apa kau buat ni?
- Cuma bagi dia tugasan kecil.
- Kau jangan nak bergurau!
Dia inginkan cabaran,
jadi aku akan bagi dia.
Aku tawarkan pilihan.
Kalau kau kerja untuk kami,
kami akan gugurkan tuduhan...
dan kau boleh kembali kepada
kehidupan normal kau.
Kalau tidak,
kau akan masuk penjara...
dan suami serta anak kau akan
hidup dalam kehinaan.
Hidup kau akan hancur.
Biar aku fikir.
Mahu atau tidak?
Mestilah mahu.
Apa akan dilakukan?
Kau akan dihubungi untuk buat tugasan.
Nama kod orang hubungan kau
adalah Boris.
Nama kod untuk kau pula--
- Natasha?
- Tak.
Doris.
Tak guna!
Kau ingat kau boleh lari dari
kami selamanya, Carlos?
Nanti! Kau dah salah orang.
Nama aku Simon.
Lepaskan aku.
Kau tak perlu bunuh aku.
Aku belum nampak muka kau--
Jangan! Aku tak nampak!
Aku tak nampak!
Kau!
Hei, kau masih berminat
dengan kereta tu?
Hei, Carlos.
Permainan kau dah tamat.
Kerjaya kau sebagai pengganas
antarabangsa dah diketahui.
- Tidak!
- Oh, ya!
Aku jual kereta.
Itu saja!
Aku bukan pengganas.
Aku sebenarnya pengecut.
Kalau nampak pistol aku-- Oh, tuhan!
Oh, tolong!
Jangan bunuh aku!
Aku bukan pengintip.
Aku tiada apa-apa!
Aku kena menipu untuk dapatkan perempuan.
Itu pun tak dapat ramai.
Zakar aku kecil.
Ia menyedihkan.
Oh, tuhan.
Adakah pengintip akan terkencing?
Hah?
Aku cuma akan membazir peluru kau.
- Kasihanilah aku.
- Berambus kau dari sini.
Pergi.
Bila aku berpaling,
kau akan tembak aku!
Kau nak tembak aku!
Tolonglah! Kau ambillah kereta tu.
Aku bagi percuma.
Apa kata, hah?
Berambus, tak guna.
Malam tadi mesti agak
menarik bagi kau.
Pasal tayar pancit tu ke?
Sebenarnya agak menakutkan...
sebab pemandu trak tunda tu
lambat sampai.
Biar aku jawab.
Hello?
Doris?
Ya?
Dengar baik-baik.
Dalam masa satu jam,
pergi ke Hotel Marquis.
Ambil sampul surat, bertanda "Doris"
di meja depan,...
- dan berpakaian seksi.
- Apa?
Tak, tak.
Pusing belakang.
Lakukan lagi.
Lakukan perlahan-lahan.
Kau ni makin melampau.
Tak sangka kau sampai berani
gunakan bilik dekat Marquis.
Kau ingat aku tak mampu sewa
bilik tu dengan gaji aku?
- Jean-Claude dah siap ke belum?
- Tunggu kejap.
Siapa reka ayat ni? Harry?
Semuanya lancar.
Awak ada sampul surat untuk Doris?
Ini Doris.
Dengar, kau adalah pelacur
bernama Michelle.
Pergi ke bilik tu.
Seorang lelaki ada di sana.
Dia adalah saspek pengedar senjata.
Tunggu kejap.
Takkanlah kau nak aku buat perkara tu.
Tak. Dia ada citarasa pelik.
Dia suka melihat saja.
Beritahu dia perempuan biasa,
Carla, tak sihat.
Kalau dia suka kau,
dia akan beritahu apa kau kena buat.
Kau kena letak alat pendengar...
dekat telefon tepi katil sebelum beredar.
Kalau kau tak siapkan misi ni...
perjanjian kita terbatal.
Aku akan masuk neraka.
Minumlah champagne.
Mari sini.
Nama aku Michelle.
Carla kata kau mungkin sukakan aku.
Biar aku yang bercakap.
Kau boleh mulakan dengan
buka pakaian kau.
Tak, tak.
Pusing belakang.
Lakukan lagi.
Lakukan perlahan-lahan.
Bagus.
Turunkan pakaian tu perlahan-lahan.
Bagus.
Buka sarung kaki satu persatu.
Aku tak pakai sarung kaki.
Bagus.
Sekarang, menari untukku.
Menari dengan seksi.
Anggap tangan kau ibarat tangan
kekasih kau semasa menari.
Sekarang baring atas katil
dan tutup mata.
Aku ingat kau cuma suka melihat.
Sekarang baring atas katil
dan tutup mata.
Kau babi!
Jahanam!
Tunggu, tunggu, tunggu.
Ya, ini Harry. Aku boleh jelaskan.
Jangan sesiapa bergerak!
Jangan bergerak!
Helen, jangan buat apa-apa.
Tidak, dia tidak terlibat!
Aku orang yang kamu mahukan!
Diam!
Diam, Helen.
Ikut kata mereka.
Lepaskanlah pelacur tu.
Dia tak penting.
Kau tak perlukan dia.
Harry, tolong,
biar aku uruskan perkara ni.
Diam!
Macam mana kau boleh ada di sana?
- Kalau aku cakap mesti kau tak percaya.
- Kau cakap lagi, aku bunuh kau!
Aku teringin nak kata
gembira jumpa kau lagi
Kau kenal dia?
Warna gincu ni tak sesuai untuk kau.
Siapa kawan kau ni?
Aku Helen Tasker.
Harry suami aku. Kau pulak?
Sekarang nama kau Tasker pula,
bukan Renquist.
Dia cuma pelacur gila yang
aku jumpa dekat bar.
Kenapa dengan kau?
Cakap saja perkara sebenar!
Kami dah kahwin dan ada anak perempuan.
Aku tak faham apa
perempuan gila ni cakap.
Kau patut lepaskan dia dan
selesaikan urusan kita.
Habis tu macam mana aku a
da benda ni, hah?
Mana aku dapat ia?
Nak sesuatu sebelum berlepas?
Sakitlah, kau jahan--
Dia bercakap benar, kan?
Dia betul-betul tak tahu.
Sungguh menarik.
Bawa mereka.
Menakjubkan, betul tak?
Aku panggil ia Empat Penunggang Kuda.
Ia patung pahlawan...
dari empayar Parsi...
sekitar 500 tahun sebelum masehi.
Ia tidak ternilai.
Sayang sekali.
Tunggu, tunggu!
Buka ia.
Kau tahu apa benda ni?
Aku tahu apa ia.
Ini mesin kopi espresso.
Ia pembuat aiskrim.
Itu rupanya.
Adakah ia pemanas air?
Kau tahu kenapa kau dibawa ke sini?
Supaya lelaki ni boleh mengesahkan...
yang Crimson Jihad
sudah ada kuasa nuklear.
Tapi dia cuma seorang jurujual.
Kalau aku silap orang, benda
terakhir kau akan lihat adalah...
darah kau terpercik ke mukanya.
Ia peluru pesawat SS-22
jenis MIRV-6 buatan Soviet.
Kepala peluru ni mengandungi
14.5 kilogram uranium...
dan peledak plutonium.
Kuasa letupan sekitar 30 ribu tan.
Apa nak dikata?
Aku seorang pengintip.
Kau tak guna!
Penipu!
- Maaf, sayang.
- Jangan kau panggil aku sayang!
Kau dah tak boleh panggil
aku sayang lagi!
Kau faham tak?
Saya boleh sahkan mereka ada
kotak pengaktif...
dan kesemua alat yang diperlukan...
untuk meletupkan keempat-empat
kepala peluru.
Kamu dah bunuh wanita dan
kanak-kanak kami...
mengebom bandar kami dari
jauh macam pengecut...
dan berani kau tuduh kami pengganas?
Sekarang yang ditindas dah dapat kuasa...
untuk menyerang kembali musuh mereka.
Kecuali, kalau Amerika...
menarik keluar pasukan tentera
dari kawasan Teluk Parsi...
dengan segera dan selamanya...
Crimson Jihad akan menyerang...
sebuah bandar besar di U.S
setiap minggu...
sehingga permintaan kami ditunaikan.
Mula-mula, kami akan meletupkan
pulau tak berpenghuni ini...
sebagai demonstrasi kuasa kami...
dan menunjukkan perikemanusiaan
Crimson Jihad.
Tapi, jika permintaan kami
tak ditunaikan...
Crimson Jihad akan menyerang...
sebuah bandar besar di U.S
setiap minggu---
Bateri, Aziz.
Pergi ambil yang lain, bodoh.
Rasanya ada satu lagi...
dalam trak.
- Apa dia?
- Tengok ni.
- Itu bukan aku punya.
- Cantiknya pemancar.
Menara Miami,
Jet Star 6479 Delta sedang menghampiri.
- Kita akan mendarat dalam 12 minit.
- Baiklah.
Beritahu orang D.E.A. untuk
pastikan helikopter...
sedia untuk terbang dalam 12 minit.
Isyarat dah berhenti bergerak.
Ia di kepulauan Keys.
- Kita dah kehilangan isyarat tu.
- Tak guna!
Baiklah, semua orang.
Ini Samir.
Untuk 50 markah,
siapa boleh teka kepakaran dia.
Kebersihan mulut?
- Kurang tepat.
- Apa kau nak buat?
Samir akan tanya Harry
beberapa soalan.
Kami belum pasti Harry berkerja
untuk pasukan mana.
Samir adalah pakar.
Harry pula berjaya menipu wanita...
yang dicintainya selama 15 tahun.
Kita lihat berapa lama
dia boleh bertahan.
Ini boleh membantu.
Kau tahu tak?
Kau patut gosok dengan alkohol dulu.
Aku mungkin dapat jangkitan.
Aku datang balik biar ia dah berkesan.
Sebab mereka orang gila
yang banyak duit...
dan aku dapat banyak duit.
Kau ingat aku peduli tentang
nasib orang lain?
Atau nasib kau?
Tak langsung.
Kau ni memang dah rosak.
Kau dah beritahu dia tentang kita?
Tak ada "kita,"
kau perempuan gila.
Oh, sudah pasti.
Kau cakap begitu sekarang.
Terima kasih atas segalanya.
Ia boleh tahan juga.
Mari pergi.
Kau berdua tunggu di sini.
Tiada apa-apa.
Sumpah.
Apa yang mereka bagi kau?
Sodium Amytal,
atau pun ubat kebenaran yang lain.
Ia buat kau bercakap benar?
Berkesan ke?
Tanya soalan yang aku biasa tipu.
- Adakah kita akan mati?
- Ya.
Aku dah kata ia berkesan.
Mereka akan tembak kita di kepala,
atau seksa kita sampai mati...
atau tinggalkan kita
di sini dengan bom tu--
Dah berapa lama kau jadi pengintip?
Tujuh belas tahun.
Kau pernah bunuh orang?
Ya, tapi mereka semua orang jahat.
Ada apa kau nak cakap
sebelum aku mula?
Ya.
Aku akan bunuh kau.
Oh ya.
Macam mana caranya?
Mula-mula, aku akan gunakan
kau sebagai perisai.
Kemudian aku akan bunuh
pengawal di sana...
menggunakan alat atas meja.
Dan kemudian aku ingat nak
patahkan leher kau.
Kenapa kau rasa kau boleh buat begitu?
Kau ingat tak gari aku?
Aku dah buka ia.
Mari keluar dari sini.
Mari!
Letakkan senjata!
Sayang, lain kali tunduk.
- Jom pergi.
- Aku dah kahwin dengan Rambo.
Apa yang mereka buat?
Ia telah dilaksanakan.
Dalam 90 minit,
tiang api suci...
akan menerangi langit...
untuk menunjukkan kepada dunia...
yang kita bercakap benar.
Kita akan menuju destinasi kita.
Tiada apa dapat menghalang kita.
Kita hebat, kita ganas,
blah, blah, blah, blah.
Kalau kita berada di pulau,
kenapa mereka naik trak?
Mesti kita berada di Florida Keys.
Ada jambatan yang menghubungkan
pulau dan tanah besar.
Tiada sempadan, tiada kastam.
Mereka boleh pergi ke serata U.S.
Tiada siapa menghalang.
Kecuali kita.
- Nah, ambil ni.
- Oh, alamak.
Tembak!
Alamak!
Mari pergi.
Takziah kepada janda.
Kita mungkin perlukan tebusan.
Okay, mari pergi, Suzy Homemaker.
Cepat!
Masukkan dia ke dalam kereta.
- Aku dah agak ini kerja kau.
- Jom pergi. Aku beri taklimat di udara.
Sama-sama.
Mari pergi!
Cepat-cepat!
Beritahu mereka ini Amaran Cahaya Terang.
Aku ulang:
Amaran Cahaya Terang.
Ini bukan latihan.
Kau faham tak?
Tunggu kejap.
Sambungkan aku kepada White House.
Jarak selamat paling minimum 12 batu.
Suruh peronda marin beredar.
Beritahu juga kepada peronda pantai
dan jabatan sherrif.
Sesiapa yang tak sempat,
bawa keluar melalui udara.
Kamu ada masa tepat 34 minit.
Aku boleh dapatkan 2 pesawat
Harrier dalam 11 minit.
- Mereka sedang meronda di kepulauan barat.
- Dapatkan mereka.
- Aku akan beri mereka taklimat.
Kau nak satu?
Aku nak polis negeri meronda
menggunakan pembesar suara.
Itu pun mereka.
Kami menemui tiga trak atas jambatan.
Berita terima.
Kau dibenarkan untuk serang.
Menghampiri dengan senjata.
Mari kerjakan mereka.
Okay, marin, masa untuk beraksi.
Aku cadangkan guna peluru Mavericks
untuk meruntuhkan jambatan.
Baiklah.
Bertukar pada peluru Maverick's.
Peluru ni takkan meletupkan
nuklear tu kan?
Tidak. Ia selamat.
Tembak.
- Bingo!
- Tembakan yang bagus, marin.
Aku bunuh kau!
- Ia hilang kawalan.
- Ada orang dah tembak pemandu.
Perempuan jahanam!
Nak satu?
Apa kata dua?
Pergi ke arah limo tu!
Cepat!
Turun! Cepat!
- Turun!
- Turunkan lagi.
- Jambatan dah runtuh!
- Apa?
Jambatan dah runtuh!
Aku tak dengar!
Apa?
Oh, tuhan!
Jambatan dah runtuh!
Mari sini! Mari sini!
Laju sikit.
Rendah lagi.
Cepat!
Hurry, Harry!
- Pegang tangan aku!
- Datang balik!
- Okay, ke kanan.
- Aku tak boleh capai! Rendah lagi!
Itu dia!
Bertahan!
Pegang kuat-kuat!
Harry! Datang balik!
Laju sikit!
Pegang tangan aku!
Kau boleh buat!
Aku tak sampai!
Oh, tuhan! Tolonglah!
Harry!
Oh, jahanam.
Mari, sayang.
Bertahan!
Aku dah dapat kau!
- Oh, tuhan!
- Pegang kuat-kuat!
Mari kita mendarat.
Daratkan semua pesawat.
Ada bom nuklear akan meletup
dalam 1 minit lagi.
Bila-bila masa saja.
Berikan aku pembesar suara.
Baiklah, masa pertunjukan.
Jangan tengok cahaya!
Jangan tengok cahaya!
Kita akan selamat di sini.
Ini jari yang salah.
Mari sini!
- Pergilah berkerja.
- Okay. Bye.
Helikopter Aziz mendarat atas
bangunan di Miami 20 minit lalu.
Dia bertemu dengan beberapa ahli lain.
Mereka berada di tingkat 20.
SWAT dah berada di sana.
Polis dah kepung kawasan.
Mereka ada tebusan.
Mereka dah tangkap Dana.
Maksud kau?
Dana anak aku?
Aku minta maaf.
Aku tak tahu nak kata apa.
Mungkin mereka culik dia
tengah malam tadi.
Kami baru dapat tahu.
Tapi jangan bimbang.
Kita akan selamatkan dia.
Kita dah hantar orang kita.
Dengar ni.
Kita akan selamatkan dia.
Dia dah mula dah.
Maafkan saya, Kapten. Saya nak
pinjam pesawat awak sekejap.
Pusat kawalan dah arahkan awak
beri kerjasama penuh, kan?
Dan awak tahu ia arahan terus
dari presiden Amerika Syarikat.
Tapi tuan, awak kena
tanda tangan dulu.
Biar saya tanda tangan. Awak ada pen?
Kau sedar tak dah sepuluh tahun...
kau tak pandu pesawat begini?
Kalau aku rosakkannya, mereka
boleh potong gaji aku.
Dengar ni, kita dah hantar
orang ke dalam.
Semua orang, undur!
Cepat!
Baiklah, semuanya akan selamat!
Dia ada beratus-ratus jam penerbangan
dengan pesawat jenis Harrier ni
Skil dia berkarat sikit,
tapi itulah gaya berlepas Tasker.
Ia macam naik basikal.
Kamu tak pernah lupakannya.
Mungkin kita kena cari perlindungan!
Maaf.
Cis!
Jalan dipenuhi orang ramai sambil
polis mengosongkan bangunan.
Nampaknya mereka sedang menembak
secara rambang ke udara.
Ia kelihatan seperti tembakan amaran.
Setakat ini...
mereka tidak menembak sesiapa.
Kelihatannya ini kumpulan yang sama...
yang telah meletupkan bom nuklear
di pulau Florida Keys.
Crimson Jihad akan menyerang sebuah
bandar besar di U.S setiap minggu...
sehingga permintaan kami ditunaikan.
Pita ini diedarkan pada media
tidak lama selepas pengganas--
Aku nak pergi tandas.
Jangan tembak!
- Kru video yang kau minta dah sampai!
- Hantar mereka!
Mereka datang.
Mereka tak bersenjata.
Mari pergi.
Pergi.
Ini pesanan dari
Crimson Jihad.
Anda dah lihat demonstrasi
kuasa kami.
Jangan paksa kami
musnahkan bandar ni...
dan jangan cuba serang kami.
Aku, kami sedia untuk mati.
Dengan satu putaran kunci itu...
dua juta orang kamu akan
mati serta merta!
- Kunci apa?
- Kunci itu!
Siapa ambil kunci itu?
Tembak dia!
Jahanam!
Unit Satu ke Unit Tujuh.
Berikan maklumat terkini.
Satu kepada Tujuh. Beri laporan.
Faisil, kau dengar tak?
Tujuh di sini.
Tingkat 21 selamat.
Lebih kurang 12 orang pengganas
di tingkat 20. Tiada tebusan di sana.
- Dimana Dana?
- Dia atas bumbung.
Okay, tunggu.
Berikan aku alamat sekali lagi.
Kau tembak aku, kunci ni jatuh!
Jangan kau datang!
Jangan kau datang!
- Beri aku kunci tu!
- Aku akan campak ia, aku sumpah!
Beri aku kunci tu.
Marilah, nak.
Kau tak nak mati, kan?
Beri aku kunci tu dan
kau akan selamat.
Aku janji!
Jangan harap, orang gila!
Tolong aku!
Jangan datang dekat!
Tolong aku! Tolong aku!
Dana, lompat!
Lompat!
Ayah?
Tolong saya!
Ayah, datang balik!
Ayah, bawa saya turun!
Lompat! Lompat!
Ayah akan pegang kau!
-Lompat!
- Tak boleh!
Bertahan!
Jangan biar saya jatuh, tolonglah!
- Ayah!
- Ayah dah dapat kau!
Saya makin tergelincir!
Tolong saya!
Saya akan jatuh!
Pegang tangan ayah!
Pegang kuat-kuat, sayang.
Dia belakang ayah!
Turunkan pesawat ni, sekarang!
Atau aku bunuh dia!
Turunkan, sekarang!
Buat sesuatu!
Kau ditembak.
Dah selamat.
Sayang, ia dah berakhir.
Hai, pumpkin.
Selepas jet itu mendarat...
juruterbang yang tak dikenali itu telah
dibawa pergi oleh ejen persekutuan.
Walaupun tak jelas agensi mana
yang bertanggung jawab...
menamatkan ancaman pengganas...
dengan begitu dramatik pagi tadi...
kami mendapat tahu dari polis Miami--
SETAHUN KEMUDIAN
Buat betul-betul.
Satu, dua, tiga, empat,
saya mengisytiharkan perang ibu jari.
Lima, enam, tujuh, lapan,
cuba luruskan ibu jari anda.
Jangan, hentikan!
- Nanti!
- Kau kena!
Dengar sini.
Ini peraturannya.
- Hello?
- Boris dan Doris?
Kami sedia.
Ya? Teruskan.
Kolonel, gembira dapat jumpa awak lagi.
Selamat petang.
Siapa tu?
Apa cerita?
Dah nampak sasaran?
Tak nampak lagi.
Tapi ada orang yang
aku ingin ucapkan hello.
Biar aku tuang champagne lagi.
Aku kena berlakon sebagai
pelayan dengan serius.
Kerja penyamaran ni berbahaya
Bila-bila saja situasi
boleh jadi genting.
Kalau keadaan jadi panas, kau sembunyi.
Aku akan hubungi kau kemudian.
- Mungkin kau patut beri nombor--
- Kita jumpa lagi, Carlos.
Sayang, aku selesaikan
dia kat sini, okay?
Buatlah.
Oh, Tuhan.
Ketakutan bukan pilihan.
Nak menari?
- Tango.
- Dah mula dah.
Harry? Helen?
Tolonglah.
Jangan hilang tumpuan.
Kita ada kerja nak dibuat.
Janganlah macam tu.
Baik kamu serius sikit.
Kalau aku di sana mesti aku serius.
Jangan buat tak pedulikan aku, Harry.
Itu biadap.
Janganlah macam tu.
Keselamatan negara.
Hidup dan mati.
Helen, aku sentiasa di pihak kau.
Aku sentiasa ada untuk kau.
Kau tahu tak?
Aku dah bosan duduk dalam van.
Lain kali kamu pulak
duduk dalam van.
Aku dah duduk dalam
van selama 15 tahun.