Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sub Edit by DiN
Saya sudah mengikutinya
selama 2 minggu.
4 hari yang lalu, dia mengikuti lawatan
pelancongan dari Hong Kong menuju Ukraine.
Dia memiliki rakan, tapi kami masih
belum pasti identiti orang itu.
Namanya adalah "Natasha...
...Ru-ru...
...Ru-kruchus..."
Baiklah, terima kasih Jackie.
Bagus.
Terima kasih.
Bill, aku ingin
bercakap dengan awak.
Saya? Baiklah.
Minta diri.
Jackie, orang CIA itu
memuji hasil kerja awak.
Mereka sangat kagum.
Mereka kata mereka nak awak
bekerja untuk mereka lagi.
Bila-bila pun aku ambil
peluang itu.
Baiklah, jadi awak setuju lah.
Awak akan terus
terlibat dalam kes itu.
Maksud pakcik, aku harus
mengikutinya ke Ukraine?
Aku janji, misi kali ini tidak akan sukar.
CIA ada ramai anggota,
kenapa mereka memilih aku?
Mereka merasa, rakan-rakan
Natasha akan curiga...
...jadi mereka menginginkan wajah baru.
Tapi aku tidak tahu bahasa dan
juga tempatnya.
Hanya ini yang harus awak lakukan..
Awak ekori dia selama berada di pesawat,...
...awasi kemudian catat seluruh
pergerakannya,...
...setibanya awak di sana,
awak serahkan catatan itu.
Aku hanya mengawasinya
selama berada di pesawat?
Betul, apa saja yang boleh dilakukan
selama berada di pesawat?
- Itu saja?
- Itu saja yang awak lakukan.
Tapi ada satu hal yang penting.
Cubalah awak nikmati beberapa
hari di sana untuk bercuti.
Awak layak menerimanya.
Biarkan pihak Ukraine
yang aturkan itu.
Santai dan berseronoklah.
Itu satu arahan.
Baik, tuan.
Ingat, belikan aku telur ikan.
- Selamat pagi.
- Selamat pagi.
- Selamat datang ke Ukraine.
- Mark.
Ini Komandan Korda,
dari Jabatan Keselamatan.
- Gembira bertemu dengan awak.
- Awak ada temui apa-apa?
Tiada, tapi dia pergi ke tawaks
sebanyak 7 kali.
Ini senarai masanya. Dia tidak
bercakap pada sesiapapun.
Terima kasih, Jackie. Tugas awak selesai.
Kami mengambil alih dari sini.
Baguslah.
1000 dolar.
- Ada mata *** lain?
- Tiada.
Penginapan awak sudah siap
diatur, penerbangan awak esok.
Ini sedikit *** saku
untuk awak, 1 bilion.
1 bilion?
Telefon. Tekan 0-1 jika awak
perlukan bantuan.
- Senang, kan?
- Sangat senang.
Marina akan menghantar
awak ke kereta.
Oh, iya.
Berseronoklah.
Talian dua.
Helo. Ini Natasha.
Ia di pintas.
Maaf, salah sambung.
- Mereka sudah ketahui kita, mari.
- Hubungi pasukan penyerang.
Natasha Rushinski, sila datang
ke ruang pertanyaan.
Terima kasih.
Semoga percutian
awak menyeronokkan.
Natasha Rushinski, ikut kami. Bawa dia.
- Dia dari rombongan lawatan kami.
- Ini bukan urusan awak.
Saya anggota Jabatan Keselamatan.
Saya ada arahan. Bercakaplah
dengan Komandan saya.
Tak guna!
- Mereka membawa gadis itu.
- Apa?
- Dia sudah pergi.
- Siapa Komandannya?
- Natasha dibawa pergi.
- Bila?
- 5 juta untuk dua?
- Ini harga yang paling murah di sini.
Terima kasih.
Ekori kereta itu! Cepat!
Pelan-pelan! Jalannya ditutup.
Ikut arah sana.
Natasha. Syukurlah.
Aku periksa dulu. Awak tunggu.
Tolong, tunggu di sini.
Awak akan lebih hangat.
Mark, aku melihat Natasha.
Apa yang terjadi?
- Di mana?
- Dia sedang menuju Gereja.
Ikuti dia terus. Jangan
sampai mereka tengok awak.
Cuba cari nama jalannya
dan hubungi kami.
Aku akan cuba.
Datuk Bawakr Majenko!
Tsui!
Pasukan awak telah
menyelamatkan Natasha.
Terima kasih kerana telah
mengirimkan mereka.
Masalah awak adalah
masalahku juga.
Iya, dan saya telah bawa
barang awak di sini.
Sempurna.
Rancangan telah diputuskan
seperti yang kita bincangkan.
Ini untuk biaya awak,
dan ini pasport baru awak...
...lengkap dengan visa Amerika.
Duit awak telah kami siapkan
di akaun bank Swiss awak.
Bagus sekali.
Bawa kerangka peluru berpandu
ini dan kirim ke alamat ini.
Saya yang akan membawa sistem
keselamatan dan sumber uraniumnya.
Aku telah dapat insurans, mari pergi.
Aku akan hubungi awak.
Pastikan duit disediakan.
Tolong hati-hati.
- Aku mencinta awak.
- Aku juga mencintai awak.
Saya jumpa awak nanti.
Aku tunggu awak di sana.
Ini aku, aku jumpa suspek baru.
Siapa dia?
Aku tidak tahu.
Di mana awak?
Biar aku periksa.
Aku tak dapat baca tandanya.
Boleh awak eja?
' "C-h-i-k... " Salah.
Kiri-kanannya "K."
"K." kiri-kanan.
H-i-k...
' "P-a-t-n."
"N" Terbalik.
Sudah dijumpai!
Kami akan segera ke situ.
Paket untuk Alexander Nevsky.
Terima kasih.
Adakah awak ingin pergi
ke cerun hari ini?
Ada yang boleh saya bantu?
- Ski, papan luncur salji?
- Papan luncur salji.
- Pertama kali?
- Iya.
Arah sini.
Terima kasih.
Helo, saya ingin
menyewa alat ini.
Helo, Natasha. Apa
*** sudah dimasukkan?
Belum. proses pemindahan melalui
internet. Ceknya belum cair.
Perlu masa 3 hari untuk diproses.
Aku akan hubungi awak lagi.
Jabatan Keselamatn, ikut kami.
Hei, Tuan. Tolong beli topinya.
Biar saya yang bawa.
- Tolong belilah topi kami.
- Berapa harganya?
- 40.
- Simpan bakinya.
Terima kasih.
Di mana saya boleh
beli pakaian?
Terima kasih.
Jackie, di mana awak?
Suspek baru saja memasuki
kawasan larangan.
Dia cakap dia berada
di kawasan larangan.
Katakan padanya
untuk tetap bergerak.
Awak kejar terus.
Tidak! Ada gambar.
Kalau aku masuk,
aku akan ditembak.
Ada tanda yang
dia akan ditembak.
Itu untuk kanak-kanak saja.
Itu hanya untuk kanak-kanak.
Teruskan.
Panggil seluruh anggota!
Suruh semuanya bersiap.
Selamat datang, kawan.
- Kami telah menunggu awak.
- Baguslah.
Di mana awak?
Kira-kira 2 batu.. keatas...
...arah barat dari tanda
larangan.
Dua batu arah barat
dari tanda larangan.
Cepatlah, aku sudah kesejukkan.
Tambahkan pakaian awak.
Baiklah. Pakaian.
Bos saya sudah menunggu.
Ada seseorang di kawasan "B."
Siapa?
Mungkin orang China.
- Siapa bersama awak?
- Tiada.
Mereka di dalam.
- Ada awak tengok orang lain?
- Aku tidak melihat ada orang lain.
Berundur, kami akan
kendalikan tangkapan ini.
Mari gerak!
Sangat sejuk di sini!
Topi awak bagus, awak tidak kesejukkan?
Awak rasa?
Semua pasukan siap
sedia, ada musuh datang.
Berikan beg bimbit itu.
Jangan bergerak! Berundur!
Arahkan anak buah awak
tidak menembak.
Aku memegang alat peledak yang
terhubung dengan sumber uranium.
Berhenti! Jangan bergerak!
Hei! Ini perangkap!
Jangan tembak!
Ambil beg bimbitnya! Cepat!
Jackie, pergi! Bawa
kereta salji itu!
Tsui! Apa yang awak
lakukan di sini?
Segera terbangkan pesawat ini!
Jackie, sebelah sini!
Tembak dia! Tembak dia!
Cepat!
Cepat! Jalan!
Cepat! Jalan!
Jalan!
Jangan bergerak!
Sedikit lagi!
Berikan tangan awak! Cepat!
Di sana! Sebelah sana!
Ambil beg bimbitnya!
Helo, Jackie.
Siapa awak?
Aku Kolonel Gregor Yegorov
dari Biro Federal Keselamatan Rusia.
Hah?
Singkatannya FSB.
Bentuk baru dari KGB.
KGB? Adakah aku di Rusia?
Iya, kami memiliki hubungan dengan
Jabatan Keselamatan Ukraine.
Aku tahu operasi
awak bersama CIA.
Jeneral FSB ingin bertemu dengan awak.
Hari ini awak akan pergi
ke Moskow bersamaku.
- Boleh bantu aku?
- Iya.
Matikan mesin ini.
Aku kepanasan.
Selamat datang.
Kami perlukan bantuan awak untuk
mencari penjual senjata...
...yang telah menyeludup senjata
nuklear, beberapa hari yang lalu.
Namanya adalah Tsui.
Dia di rekrut oleh CIA...
...untuk mencuri strategi
penciptaan uranium...
...dari kerajaan Rusia.
Kami telah selidiki
selama bertahun-tahun.
Kami yakin dia ada adik
perempuan di Australia.
Namanya adalah Annie.
Kami ingin awak mencarinya.
Misi ini sangat penting demi
keselamatan negara kami.
Aku rasa aku perlu menghubungi
atasanku di Hong Kong.
Sudah kami lakukan. Mereka setuju
untuk libatkan awak pada misi kami.
Baiklah.
Kita tidak akan pergi ke Australia
menggunakan ini, bukan?
Begitulah.
Kita ke mana sekarang?
Kita akan turun.
- Ke kapal selam itu?
- Iya.
Kolonel.
Kita sedang menuju ke Australia.
Nanti ada perahu nelayan
yang menjemput kita.
Semuanya telah disiapkan untuk awak.
Apa itu maknanya kita
menyusup ke sana?
Tidak, aku tidak akan
menggunakan istilah itu.
Kapal ini akan naik nanti.
Pakcik Bill! Aku sedang berada
di Australia, berseronok!
Aku bercakap dengan awak sambil
melihat pemandangan indah!
Wow! Bekerja untuk FSB
sangat luar biasa.
Aku tinggal di suit presiden
dengan dua tingkat.
Luas 8 ribu kaki, ada kolam
renang, sauna, dan Jakuzi.
Tunggu. Tunggu sebentar.
Koala ku baru keluar.
Apa? Awak di bilik hotel?
Itu hanya mainan, bukan?
Tidak! Ini betul-betul. Ucapkan
salam untuk Pakcik Bill.
Dia malu. Jangan ditutup ya.
Tunggu dulu.
Tunggu sekejap, aku
harus kembalikannya.
Iya?
Maaf, tuan. Teh awak sudah siap.
Terima kasih banyak.
- Dia sudah pergi.
- Sepatutnya aku pergi bersamanya.
Ini dia.
Betul, aku tidak buat cerita.
Apa lagi? Kereta mewah, duit.
Pakaian-pakaian mewah..
Semuanya untukku.
Aku seperti James Bond, cuma
tiada wanita cantiknya saja.
Kalau betul begitu,
awak harus berhati-hati.
Baiklah, jumpa lagi.
Bye-bye.
Awak rasa dia gila?
Mungkin dia kepenatan.
Wow. Lihat beg bimbit ini.
Kawan, awak pasti terkenal ya.
Bahkan awak ada di seluar dalam.
Siapa yang mahu memakai ini?
- 1 orang dewasa?
- Iya.
15.50 sen.
Maaf. Saya sedang
mencari Annie Tsui.
Annie? Dia sedang buat
pertunjukkan sekarang.
Abang awak dan aku
adalah saudara angkat.
Dia kembali?
Betulkah?
Aku tidak tahu.
Dia cakap padaku, awak bekerja di sini.
Kebetulan aku sedang bercuti.
Maaf, sebentar lagi aku harus pergi.
Ayahku sedang di rawat.
- Terima kasih.
- Tidak masalah.
Kerja awak pasti berbahaya.
Tidak, tidak juga.
Jerung akan ganas kalau mereka
mencium bau darah saja.
Bila mereka melihat apapun
yang bergerak, baru mereka gigit.
Selama awak tidak bergerak,
awak tidak akan apa-apa.
Sekarang aku tahu.
Kalau aku bertemu jerung...
...aku akan seperti batu
dan tidak bergerak.
Aku harus ke hospital
untuk menjenguk ayahku.
Kalau tiada apa-apa
lagi, aku kena pergi.
Terima kasih untuk bunganya.
Carry Ann? Masukan
kedalam akaunku.
- Tiada masalah.
- Terima kasih.
Bye-bye.
Aku belum pernah bertemu En. Tsui.
Boleh aku ke hospital bersama awak?
Baiklah. Bagaimana kalau awak tunggu
di pintu utama?
- Aku akan ke sana.
- Baiklah.
Hai, Gregor. Aku bertemu
dengan adiknya.
Aku akan pergi ke hospital
bersamanya.
Bagus, aku akan
jumpa awak di sana.
Sebentar ya.
Ada kiriman untuk awak.
Aku mahu ke hospital.
Aku ambilnya nanti saja ya.
- Baiklah. Bye.
- Bye, bye.
- Hei, Allen.
- Hai.
Hai, ayah. Apa hari
ini lebih baik?
Ayah, aku ingin mengenalkan
saudara angkatnya Tsui.
Dia tidak pernah ceritakan
tentang awak, saya Allen.
Siapa nama awak?
Aku Jackie.
- Sudah menerima?
- Semuanya sudah berfungsi.
Ayah baik-baik saja?
Apa yang doktor cakap?
Ayah baik-baik saja,
anak yang baik.
Kenapa anak pertamaku tidak
pernah ceritakan tentang awak?
Aku sebenarnya bukan saudara angkatnya,
aku adalah anggota polis Hong Kong.
Aku sedang menyiasat berkaitan anak
awak dalam kecurian senjata nuklear.
Boleh aku bercakap dengan
awak secara pravisi?
- Apa yang dia katakan?
- Dia seorang polis.
Cakap, kenapa awak mencari anak ku?
Apa awak tahu, kerja anak awak?
Aku sudah lama tidak berjumpa dengannya.
Bahkan aku sedang nazak sekalipun,
dia tidak datang menjengukku.
Keluarga Tsui anggap dia
tidak pernah wujud.
Terima kasih.
Aku harap awak segera sembuh.
Aku tidak bermaksud menipu awak.
Aku harap itu menyakitkan.
Awak telah berbohong padaku.
Kenapa awak berbohong
pada ayahku?
Ayahku sangat menyayangi
anak sulungnya.
Biarkan dia meninggal dengan tenang.
Jauhi dariku.
Kalaupun aku dapat kabar, aku
tidak akan memberitahu awak.
Tolong segera tinggalkan kami.
Tolong senyap atau
keluar dari hospital ini.
Tolong. Pergilah.
Abang.
Awak pergi mana selama ini? Kenapa
awak berpakaian seperti ini?
Awak tahu ayah akan jalani
pembedahan hari ini?
Iya, aku tahu. Aku sudah
bercakap dengannya.
Masuklah.
Orang tadi bekerja untuk
mafia Rusia yang baru.
Dia bukan anggota polis, awak tidak
boleh percaya pada orang ini.
Pakcik Seven akan menjalani
pembedahan petang ini.
- Bagaimana dengan Tsui?
- Beliau bilang tidak pernah melihatnya.
Kelmarin aku mengirim
bungkusan untuk awak.
Awak sudah terimanya?
Ya, aku baru menerimanya tadi.
Bagus, awak harus menyembunyikan
benda itu di tempat yang selamat.
Faham?
Bagaimana jika Pakcik Seven meninggal,
tapi dia tetap tidak muncul?
Kalau beliau meninggal, dia pasti
akan datang.
Kenapa awak begitu yakin?
Dia adalah anak sulung di keluarga itu.
Dia harus...
...membawa beg air.
Apa maksud awak?
Itu adalah tradisi orang China.
Mungkin masa ini, ada sudah
yang mengekori awak.
Sentiasa berwaspada.
Maafkan aku.
Bawa ini. Mungkin awak perlukan
ini semasa mengikuti gadis itu.
Wow. Sekarang aku
betul-betul 007.
- Hai, boleh aku ambil paket ku itu?
- Tentu.
Dunia Bawah Laut sekarang
sedang ditutup.
- Ini dia.
- Terima kasih, bye.
Kami harap anda menikmati
waktu kunjungan anda.
Terima kasih.
Terima kasih.
- Aku fikir awak sudah pulang.
- Belum.
- Baiklah, bye.
- Bye.
Awak menakutiku.
Bye, bye.
Bye, bye.
Lompatan yang bagus.
♪ Aku akan mengikutimu... ♪
♪ Mengikuti kemanapun awak... ♪
Terus menyanyi.
♪ Tiada lautan yang terlalu dalam... ♪
Awak, keluar.
♪ Gunung yang terlalu tinggi... ♪
Aku rasa dia sedang
mengekori seorang wanita.
♪ Aku harus mengikutimu... ♪
♪ Sejak awak pegang
tanganku, aku sedar... ♪
♪ Didekatmu, aku selalu
menjadi diriku... ♪
♪ ...tiada yang dapat
memisahkanmu dariku... ♪
♪ ...awak adalah takdirku. ♪
♪ Aku mencintaimu, aku mencintaimu... ♪
♪ Dan kemanapun awak pergi,
aku akan ikuti, kuikuti... ♪
♪ Kuikuti... ♪
♪ Awak akan selalu menjadi
cinta sejatiku... ♪
♪ Sampai selama-lamanya... ♪
♪ Selama-lamanya... ♪
♪ Aku akan mengikutimu... ♪
Ada apa?
Kita kehilangan isyaratnya.
Kesan kereta Jackie.
Berikan lokasinya.
♪ Mengikutimu ♪
Kembali.
♪ Kemanapun awak akan pergi... ♪
Tidak apa-apa. Dia
tidak akan gigit awak.
Apa yang awak lakukan?
Oh Tuhan!
Apa yang awak lakukan?
Dia ada di the Underwater World.
Jelas sekali, ada sesuatu
yang terjadi di sana.
- Sekarang kita boleh bercakap.
- Iya.
Aku tahu awak anggota
polis Hong Kong.
Sekarang awak bekerja untuk siapa?
Dulu CIA dan sekarang FSB.
- Latar belakang awak samar-samar.
- Sederhana saja.
Awak bekerja untuk orang
yang bernama Gregor Yegorov.
Awak kenal dia juga?
Hubungi dia sekarang, ini.
Helo, iya. Ini Jackie yang
sedang bercakap.
Apa yang sebenarnya terjadi?
Helo? Jackie?
- Ini aku.
- Siapa ini?
Ini Tsui.
Jadi, awak ingin menyingkirkanku
tanpa membayar?
- Oh, tidak.
- Aku mahu dua kali ganda sekarang.
Tunai. Awak hanya ada 3 hari.
Aku ada nombor awak. Aku yang
akan menghubungi awak,...
...nanti aku akan beritahu dimana
dan bila kita boleh bertemu.
Kita perlu bincang
tentang perkara ini.
Maaf, aku lakukan
demikian pada awak.
Tengoklah apa yang ada
di butang kedua baju awak.
Awak akan jumpa di tiap
barang yang mereka berikan...
...termasuk di seluar dalam
yang menjijikkan itu.
Awak dibawah pengawasan
setiap saat.
Semakin sedikit awak tahu,
maka awak akan selamat.
Lain cerita, Jackie,...
...awak menyanyi sangat teruk.
Semuanya ada di sini,
tapi jaketnya hilang.
Ini dompetnya.
- Awak tidak apa-apa?
- Iya.
- Di mana Tsui?
- Dia sudah pergi.
- Apa yang dia beritahu pada awak?
- Awak rasa?
Sepertinya kamu berdua
ada perjanjian.
Jangan percaya apa yang dia katakan.
Dia seorang pakar permainan minda.
Dia adalah Agen CIA yang handal.
Mungkin awak betul, tapi
bagaimana awak jelaskan ini?
Kami harus mengawasi awak. Itu
adalah sebahagian dari tugas kami.
Awak ingin aku cari Tsui?
Sekarang, dia yang jumpa awak.
Aku akan buat laporan lengkap pada
atasanku dan juga atasan awak.
Aku berhenti. Itu pakaian awak.
Itu kereta awak.
Ini dompetku.
Bye.
Bye.
Aku akan pergi. Bye, bye.
Bunuh dia!
Jangan dulu.
Kita berseronok dulu.
Sudah puas?
Apa yang awak lakukan,
kenapa lama sekali?
Orang ini gerakannya
seperti seekor monyet.
Jangan paksa aku...
atau aku lompat.
Baik. Silahkan saja.
Sini tangkap aku.
Tangkap dia!
Awak saja yang tangkap dia!
Siapa itu?
Sayang, apakah itu awak?
Helo?
Siapa awak?
Aku?
Aku pekerja pembersih tingkap.
Pembersih tingkap?
Biar betul!
Siapa awak?
Aku pembersih pakaian.
Pembersih pakaian?
Anna?
Sekarang mereka mahu menutup
mulutku selama-lamanya.
Hei, tunggu sebentar.
Jadi, siapa yang mahu menutup
mulut awak selama-lamanya?
- Gregor.
- Awakkan bekerja untuknya.
Apa awak sudah menghubungi polis?
Aku tidak memiliki pasport.
Aku masuk kesini secara haram.
Biar aku menghubungi
Polis Australia.
Awak buat laporan esok,
mereka akan membantu awak.
Malam ini, awak carilah hotel
untuk bermalam.
Hotel? Aku sendiri tiada
duit untuk telefon ini.
Aku harus mematikannya sekarang!
Apa rancangan awak malam ini?
Aku akan tidur di jalanan.
Di sini 2 jam lebih cepat.
Jauhi dari tempat tidurku!
Maaf.
Ada orang di sini?
Tiada. Orangnya sedang bercuti.
- Iya?
- Tolong aku.
- Iya.
- Pukul dinding ini.
Kuat lagi.
Selamat malam.
Selamat malam.
Maafkan saya, Pn. Tsui...
...tapi pembunuh ayah
awak masih masih bebas.
Keluarga awak mungkin dalam bahaya.
Kembalilah pada abang
awak dan berehat.
Aku akan kirim anggota kami
yang akan hantar awak pulang...
...dan melindungi awak 24 jam.
- Terima kasih, tuan.
- Jumpa lagi, puan.
Mari, Annie. Mari kita pulang.
Kali ini kita mengalami
kesukaran, Louis.
Selidik rakaman video ini.
Tengok adakah si suspek adalah
orang yang ada di rakaman ini.
Hubungi Polis Hong Kong,
pastikan identiti dari orang ini.
Ada masalah besar di Chinatown
di kota Brisbane.
Orang yang selama ini
memimpin tempat itu...
Ini dia. Ada yang boleh
saya bantu?
Iya, tuan. Boleh tukar duit pecah?
Tentu.
...di hospital Saint Paul Memorial
kemarin malam...
Dikutip dari pegawai yang tidak
mahu disebut namanya...
...pembunuh itu sempat tertangkap
oleh kamera keselamatan hospital...
...dan setelah melihat
video itu...
Encik, ini duit awak.
Anak mangsa yakin pembunuhnya
adalah seorang anggota polis Hong Kong...
...yang memperkenalkan diri sebagai Jackie
semasa melawat Pakcik Seven sebelumnya.
Polis masih belum dapat
memastikan motifnya.
Sehingga sekarang, suspek masih
bebas dan kemungkinan merbahaya.
Terima kasih.
Pihak keselamatam bimbang kalau
pembunuh itu...
Itu suspeknya.
Lihat!
Dan saat ini...
Aku tidak membunuh ayah awak.
- Hubungi polis!
- Tolong tunggu dulu.
Kalau aku yang membunuhnya,
kenapa aku datang jumpa awak?
Tangkap dia!
Tolong dengarkan aku! Izinkan
aku memberitahu awak sesuatu!
- Perlu aku hubungi polis?
- Tunggu.
Tunggu. Dengarkan aku dulu..
Bolehkah awak beritahu aku
dimana abang awak bersembunyi?
Kenapa apa awak mencarinya?
Abang awak saja yang boleh buktikan
kalau aku bukan pembunuhnya.
Memang awak!
Mari belasah dia dulu.
Tolonglah.
Dengarkan aku!
- Abang?
- Bukan dia pembunuhnya.
Ikut denganku.
Mari turun kebawah.
Mari.
Aku rasa kita sama-sama tahu
siapa pembunuh sebenarnya.
Gregor ingin memaksa awak keluar.
Sebenarnya apa kaitan
diantara kamu berdua?
3 tahun yang lalu,
aku berada di Ukraine...
...mengumpulkan maklumat
tentang nuklear untuk CIA.
KGB menangkapku
bersama kekasihku, Natasha.
Mereka mengancam
untuk membunuhnya.
Mereka memaksaku untuk
lakukan tugas untuk mereka.
Untuk menyelamatkan Natasha,
aku terpaksa setuju.
Gregor orang yang
ada di KGB itu?
Iya. Dia sekarang pemimpin
mafia Rusia yang baru...
...dan menjadikan aku
anggota dari FSB.
Jadi dia ingin membeli
senjata nuklear itu?
Iya, tapi bukan hanya dia.
Dia menggunakan senjata nuklear itu
untuk memonopoli minyak...
...di negara Timur Tengah.
Seharusnya awak menyerahkan
senjata nuklear itu pada pihak polis.
Aku tidak boleh lakukan itu, tidak
sampai aku dapat bayaranku.
Berapa banyak orang yang telah
awak bunuh untuk *** itu?
Ayah awak meninggal kerana
awak menginginkan *** itu.
Adakah awak tahu berapa banyak
senjata nuklear yang...
...dijual oleh tentera kuasa
besar di seluruh dunia?
Aku tahu itu memang kenyataannya,
kita tidak boleh mengubahnya.
Awak tidak boleh menjadikan
itu sebagai alasannya.
Aku bukan seorang
idealis seperti awak.
Aku bukan seorang idealis, tapi kalau
kita tidak dapat menghentikan mereka...
...kita jangan buat
mereka semakin kuat.
Hanya kerana ***, awak
telah membunuh ayah.
Aku tidak akan maafkan awak.
Aku akan mendedahkan semua
yang Gregor lakukan...
...dan memberikan bukti-bukti
jenayahnya pada awak...
...tapi aku perlukan
bantuan awak.
Ya, aku tahu.
Semasa pertama kali aku
bekerja untuk CIA,...
...aku begitu berambisi,
tapi sejak saat itu...
...aku telah melakukan banyak perkara
yang tidak patut dibanggakan.
Mereka tidak membenarkan aku
untuk menghubungi keluargaku.
Aku hilang identiti.
Kalau aku tidak mengikuti
arahan Gregor...
...aku mati 3 tahun yang lalu.
Abang.
Mari kita kenangkan...
...setiap kita berdoa pada Tuhan
kita akan mencari tempat perlindungan...
...dan pengampunan-Nya
yang tiada akhir.
Kita semua berkumpul untuk menghadiri
upacara pekebumian Pakcik Seven,...
...ketua Persatuan Naga Emas...
...yang terbunuh secara
kejam minggu lalu.
Hari ini, kelihatan pihak polis
membuat kawalan ketat...
...untuk mengiringi jenazah
Pakcik Seven ke Chinatown.
Markas Pusat, ini Bravo 8-40.
Kami akan meninggalkan tempat upacara
penghormatan jenazah bersama Annie Tsui.
Tolong! Tidak!
Hati-hati! Ramai polis di sini.
Aku sampai sudah di Wickham Square.
Di mana awak?
Tidak! Lepaskan!
Awak juga berkongsi keranda
yang sama dengan ayah awak.
Keranda ini untuk awak.
Awak telah membunuh ayahku.
Dia terpaksa mati entah bagaimana.
Setidaknya kematiannya
ada maknanya.
Kalau awak maju 1 langkah lagi,
aku letupkan kepala awak.
Buka!
Tak guna! Aku tidak dapat melihat.
Aku perlukan bantuan. Cepat!
Sekarang bagaimana?
Membunuh aku tidak akan
membawa dia kembali.
Berikan aku bom itu, aku akan
memberikan wangnya, aku janji...
...dan kita tidak akan berjumpa lagi.
Awak rasa, *** awak boleh
mengganti nyawa ayahku?
Aku rasa tidak, tapi aku
masih memiliki adik awak.
Tengok.
Dia begitu muda, seksi dan cantik.
Awak pasti tidak ingin dia mati.
Tak guna!
Bergerak lagi, aku patahkan
tangan awak.
Cepat! Berikan tangan awak!
Kalau awak tidak menyerahkan bom itu,
aku akan membunuh kamu berdua.
Aku tahu awak
membawanya di sini.
Awak harus melepaskannya dulu.
Abang!
Annie, pergi dari
sini sekarang, cepat.
Serahkan barangku sama polis.
Masukan dia ke keranda.
Cepat! Ketepi!
Cepat pergi!
Boleh aku bantu?
Iya, terima kasih.
Yaa! Keluar!
Beri tangan awak!
Tolong aku, Jackie!
Jangan bergerak! Bertahanlah di situ!
Aku akan segera ke situ!
Maaf.
Tolong aku! Tolong!
Tolong hentikan benda ini!
- Tolong, selamatkan saya.
- Kesini, puan.
- Awak tak apa-apa?
- Iya.
Bagaimana awak boleh
sampai di atas lif itu?
Terima kasih banyak.
Tunggu sebentar.
Kami perlu buat laporan dan
menghubungi pihak polis.
Pusat keselamatan, kami
berada di tingkat atas.
Wanita ini tak apa-apa, bolehkah
kamu menghubungi pihak polis?
Mick dan aku akan turun ke bawah
untuk menulis laporannya.
Saya rasa pernah lihat
awak sebelum ini.
Jangan bergerak!
Dia tiada pistol.
Maafkan aku.
Cepat pergi!
Ikuti aku.
Kami melaporkan secara langsung
dari Wickham Square,...
...dimana upacara
pengkebumian Pakcik Seven...
...berubah menjadi perang
antara geng di Chinatown.
Sekumpulan pengganas yang
didakwa mafia baru Rusia...
...menyerang majlis
dengan pelontar roket.
Menurut polis, suspek Jackie...
...kali terakhir kelihatan sedang
melarikan diri bersama anak Pakcik Seven.
Siasatan masih berjalan kerana mangsa
korban jiwa semakin bertambah di Chinatown.
Inspektor, hasil dari rakaman
video itu sudah kembali.
Suspeknya bukan Jackie.
Kelihatannya ini sebuah perangkap.
Baiklah.
Cepat.
Di sini.
Aku harus buat
panggilan jarak jauh.
Telefon ada di atas,
di dalam pejabat.
Di mana yang lain?
Dalam perjalanan.
Mereka ada di pejabat,
cepat tangkap mereka.
Hei, tunggu arahan dariku
untuk tindakan selanjutnya.
Baik tuan.
- Pakcik Bill, ini Jackie!
- Apa yang terjadi?
Aku sedang bersama adik
perempuannya, kami dikepung.
Tolong beritahu, apa yang harus
aku lakukan.
Dengar baik-baik.
Saya sudah beri taklimat kepada
ketua FSB kepada situasi awak.
Jangan risau, mereka telah
terimanya dengan baik.
Mereka tahu awak anggota
polis Hong Kong.
- Segera siapkan kapal kita.
- Baik, tuan.
6 tiket, tolong.
- Apa yang terjadi?
- Cepat! Dia perlukan ambulans!
Maaf, awak tidak boleh ke sini.
Apa yang terjadi?
Bawa dia, angkat dia!
Kemana mereka pergi?
Bersihkan dia.
Kepung mereka.
Kamu berdua, ikut aku.
Tangkap dia!
Cepat turun!
Tangkap dia!
Cepat sikit!
Cepat!
Ikan jerung!
Ikan jerung tak menggigit.
Cepat masuk!
Ada ikan jerung!
Itu hanya jerung kecil!
Ambil senjata!
Turun!
Awak melihatnya?
Iya, saya rasa Jackie
yang memegangnya.
- Cepat turun dan ambil!
- Tak, dua orang sudah mati.
Ini arahan!
Tak, saya tak mahu.
Saya boleh melihatnya
dari restoran.
Mari.
Maaf, adakah ini
pertunjukan baru?
- Iya, ada apa ini?
- Saya tidak tahu.
Cuba lihat ini.
Apa yang terjadi di sana?
Berundur! Berundur!
Berundur!
Jangan ada yang bergerak!
Diam di tempat kamu!
Ikut aku!
- Berikan pistol awak.
- Baik, tuan.
Tangkap dia.
Ketepi! berundur!
Tolong! Tidak!
Tolong!
Mari.
Cepat! Pergi!
Tidak! Lepaskan!
Kapal sudah siap.
Cepat, pergi!
Jackie!
Diamlah. Masuk.
Bye!
Ikat dia!
Lari!
Awak telah memalukan
negara awak.
Pergil, bawa dia.
Mari jalan.
Giliran awak.
Bila awak balik, buat laporan.
Laporan biasa-biasa saja,
mulakan dari awal.
Hah?
Sub Edit by DiN
[ 110514-400 ]