Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kita boleh berdebat tentang sel apakah yang paling
menarik di dalam tubuh manusia,
tapi pada saya, neuron adalah dalam kedudukan lima teratas
Hakikat bahawa neuron adalah penting dalam otak dan
sistem saraf kita dan ia juga bertanggungjawab ke atas
fikiran dan perasaan kita, pada pendapat saya
meletakkannya dalam kedudukan tinggi antara sel-sel lain.
Jadi, apa yang saya ingin lakukan ialah
tunjukkan kepada anda
bagaimanakah rupa neuron.
Dan kemudian kita akan bincangkan bagaimana
ia berfungsi, yang melibatkan komunikasi
melalui transmisi isyarat yang
bergantung kepada isyarat yang diterima.
Jika saya lukiskan satu neuron -- biar saya gunakan warna lain.
Baiklah, saya ada satu neuron dan
ia kelihatan seperti ini.
Jadi, di bahagian tengah kita ada soma,
dan saya akan lukiskan nukleus.
Ini adalah nukleus, sama seperti nukleus sel-sel lain.
Dan soma dianggap sebagai badan neuron dan
neuron akan mempunyai bahagian
yang terkeluar.
Ianya kelihatan seperti ini.
Anda mungkin pernah
melihat lukisan seperti ini.
Dan bahagian-bahagian ini dikenali
sebagai dendrit.
Dan ianya nampak seperti
dahan-dahan pokok
Jadi, di sini kita
ada dendrit.
Dan di sini selalunya adalah tempat
di mana neuron
menerima isyarat.
Dan kita akan bincangkan tentang maksud penerimaan dan
penghantaran isyarat dalam video ini dan dalam video seterusnya.
Jadi, di sinilah tempat neuron menerima isyarat.
Maka, itu adalah dendrit.
Dan di sini ialah soma yang bertindak
sebagai badan neuron.
Dan kemudian kita ada apa yang boleh dilihat seperti ekor neuron.
Ianya dipanggil sebagai akson.
Saiz neuron adalah selalunya normal seperti sel lain,
tetapi akson boleh berbentuk panjang,
dan juga pendek.
Contohnya di dalam otak kita, akan ada akson yang kecil,
dan ada juga akson yang panjang di dalam
bahagian saraf tunjang atau di dalam
salah satu anggotan badan kita.
Jadi, akson boleh memenjang sebanyak
beberapa kaki, tapi
bukan semua akson neuron adalah sepanjang itu.
Dan inilah jarak yang akan dilalui oleh isyarat.
Biar saya lukiskan akson.
Jadi, ianya kelihatan seperti ini.
Di bahagian hujungnya, ia berakhir dengan terminal akson
di mana ia akan bersambung dengan dendrit lain
ataupun tisu atau otot yang lain.
Jadi, di hujung akson kita ada terminal akson.
Saya akan cuba lukiskan dengan cantik.
Jadi, kita ada
akson.
Dan ini ialah terminal akson.
Dan bahagian yang meenyambungkan
soma dengan akson
dikenali sebagai akson hillock --
anda boleh lihat ia berbentuk
seperti benjolan yang memulakan pembentukan akson. Ah, saya tersilap ejaan.
Dan kemudian, kita akan bincang tentang bagaimana impuls bergerak,
di mana apa yang membuatkan mereka bergerak adalah
sel-sel penebat di sekeliling akson.
Kita akan bincang lebih lanjut tentang ini, dan sekarang
kita akan lihat struktur anatomi dahulu.
Jadi, ini dipanggil sel Schwann dan
gabungan se-sel ini pada jarak tertentu,
di sekeliling akson
dikenali sebagai salut mielin.
Maka, sel-sel Schwann membentuk salut mielin.
Saya akan lukiskan satu lagi di situ.
Jadi kita tuliskan di situ sel Schwann atau salut mielin.
Dan ruang-ruang kecil
di antara salut mielin
ini pula dikenali sebagai
nodus Ranvier. Saya rasa ianya dinamakan sempena Ranvier.
Mungkin dialah yang menemukan
ruang-ruang kecil yang tiada
salut mielin ini.
Jadi, ini adalah nodus Ranvier.
Seperti yang saya katakan tadi, isyarat akan diterima di sini
dan kita akan bincangkan maksud isyarat -- dan
isyarat ini boleh datang dalam jumlah yang besar,
maka, kita ada satu isyarat di sini,
satu isyarat di sana, dan mungkin
satu isyarat besar di sini --
dan gabungan isyarat-isyarat ini akan
bergerak ke arah hillock dan jika ianya cukup besar
ia akan menyebabkan keupayaan tindakan ke atas akson,
yang kemudian akan menggerakkan isyarat ke hujung akson,
dan di sini akan bersambung melalui synapses ke dendrit atau otot lain.
Dan kita akan bincang lebih lanjut tentang synapses kemudian.
Jadi, di sini kita mungkin ada hujung terminal neuron yang lain,
seperti akson di dalam otak.
Di sini ia mungkin sejenis neuron deria.
Di sini pula, ia boleh datang dari tunas rasa seperti molekul garam
ataupun molekul gula -- ataupun mungkin ianya sejenis penderia tekanan.
Kita akan bincangkan dengan lebih dalam
tentang jenis-jenis neuron.