Tip:
Highlight text to annotate it
X
Syurga Hanya Permulaan
Lawatan Ceramah ke Timur Tengah & Afrika
Jadilah sebagai Pembawa Obor bagi Tuhan
25 November 1999
Johannesburg, Afrika Selatan
Bahasa: Inggeris
Lawatan Ceramah ke Timur Tengah & Afrika
Tuan² dan puan², tiba masanya mengalami
kebijaksanaan pencerahan dari Mahaguru Ching Hai.
Terima kasih, Guru.
Terima kasih.
Anda panggil saya Guru, tapi anda semua adalah Guru.
Anda hanya terlupa.
Apabila kita bersatu,
apabila kita teringat kesatuan alam semesta,
yang merangkumi kita sendiri,
maka kita teringat bahawa kita adalah satu bersama Tuhan,
satu bersama segala kepintaran yg hadir di mana².
Apabila kita telah terlupa hal ini, maka kita terlupa segala hal.
Lalu kita cuba mengingati perihal itu melalui pelbagai upaya,
seperti sembahyang, kitab², yoga, meditasi.
Segala upaya ini adalah baik. Baik untuk kita.
Suatu hari nanti kita benar² akan teringat bahawa kita semuanya adalah Guru².
Tiada siapapun dlm bilik ini atau sesiapapun yg lain yg bukan seorang Guru.
Sebab kita tidak dapat berpisah dari Guru itu yg hadir di mana².
Kita berada dlm kehadiran itu, dan satu bersama itu,
serta hanya benda itulah yg menghasilkan kita.
Tiada apa lagi yg lain menghasilkan kewujudan kita
kecuali Intisari-Tuhan, kecuali benda yg paling hebat,
yg mana kita panggilkan Kebenaran, Tuhan, Dewi, Buddha…
apa saja nama yg anda ingin gelarkan bagi KewujudanTerhebat dlm alam semesta ini
yg juga satu bersama kita, bersama setiap kita semua.
Sebab itulah pada masa kematian,
kita sendiri yg biasa kita gelarkan, atau tubuh kita,
hanya terbaring atas lantai, atau di mana saja dan tidak bergerak.
Sebab intisari bagi segala pergerakan dan segala aktiviti,
telah pilih meninggalkan alat fizikal itu buat masa itu,
mungkin demi mencari alat lain
bagi meneruskan pengalaman tanpa terhad, yg amat luas,
bagi Kewujudan Terhebat ini yg kita gelarkan Tuhan,
yg sebenarnya satu bersama kita.
Sebaik saja kita menemui kembali kesatuan itu
dgn segala Kepintaran dan Kesayangan yg hadir di mana²,
kita gelarkan keadaan ini Pencerahan,
Kesedaran-Tuhan atau Kesedaran-Diri
atau pencapaian tahap Buddha.
Negara² yg berlainan
menggelarkan Kepintaran, kebijaksanaan, dan Kesayangan terhebat ini
dengan istilah yg berlainan, sebab mereka bertutur dlm bahasa berbeza.
Kalau tidak, hanya terdapat satu saja,
Kesatuan yg terdiri dari segala benda, termasuk kita sendiri.
Dan kita tidak pernah terpisah dari Kesatuan ini, walaupun kita mencuba.
Hanyalah satu sebab bagi kita berasakan terpisah dari Kesatuan ini
adalah disebabkan kita memilih untuk melupai kesatuan ini
supaya kita boleh mengalami kembali kehebatan ini
dan kita dapat menghasil kembali kita sendiri melalui cara terlupa,
atau mengingati kembali kebahagiaan Syurga, kesatuan dengan Tuhan,
yg sebenarnya kita sendiri, Kehebatan Terunggul Kita Sendiri.
Sebab itulah apabila kita mati…
Misalnya, ramai orang tanyakan saya setiap masa:
“Apa yg berlaku apabila kita mati?”
Saya sentiasa jawab, “Saya belum mati lagi, jadi saya tidak tahu.”
Tapi kita boleh mengalami rasa kematian
ketika kita dlm doa mendalam atau pemerhatian yg mendalam.
Apabila kita dlm doaan yg mendalam,
kita akan tidak sedar akan segala di sekeliling kita, termasuk kita sendiri,
dan segala kebimbangan akan meninggalkan kita.
Inilah masanya di mana pelatih yogi India menggelarkan “samadhi”.
Ketika dlm samadhi kita akan mengalami kesatuan bersama Tuhan,
hampir seperti masa ketika mati.
Sebab itulah dlm Bible tersebutnya:
Belajarlah mati agar anda akan belajar untuk hidup.
Seorang santo juga pernah berkata, “Setiap hari saya mati.”
Sesiapa yg rela meninggalkan tubuh ini demi jiwa akan menemui Tuhan,” dsb, dsb.
Bagaimana kita dapat melupakan atau meninggalkan tubuh ini?
Setiap hari kita ada begitu banyak masalah dlm kehidupan atau masalah meneruskan kehidupan.
Setiap perihal kecil yg kita lihat di sekitar kita,
segala perihal yg kita alami dlm hayat kita,
selalunya cuba mengingatkan kita bhw kita cumanya makhluk fizikal,
kita hanyalah manusia yg boleh mati, yg lemah,
tidak berdaya menghadapi takdir. Jadi bagaimana kita boleh melupakan perihal ini?
Kita boleh!
Kita boleh kalau kita berlatih. Kita boleh kalau kita tahu caranya.
Caranya sangat mudah. Setiap kita boleh lakukannya.
Kita ada kanak² berumur enam atau lebih muda dari itu…lima!
Mereka telah mengalami kesatuan bersama Tuhan.
Mereka mengalami rasa luar biasa
meninggalkan tubuh dan bersatu bersama jiwa,
atau melawat syurga ketika masih hidup.
Sama seperti saya datang ke Afrika utk melawat negara anda yg indah,
lalu keesokan hari atau hari yg lain saya akan pergi ke negara yg lain,
atau balik ke rumah saya.
Hanyalah semudah itu.
Kita boleh melawat syurga lalu kembali ke bumi -
bukan melalui tubuh ini, tapi melalui intisari kewujudan sendiri.
Kita gelarnya sebagai roh atau jiwa, yg selalunya satu bersama Tuhan.
Tubuh badan sama seperti satu titik fokus
agar roh itu dapat menumpu seluruh perhatian pada itu
untuk mengumpul serba pengalaman di bumi
yg dikehendakinya supaya dia boleh buat sementara…
Kalau roh itu adalah lelaki atau perempuan, kita perlu kata sesuatu.
Ok, encik atau cik ingin mengalami sst dlm kewujudan kebendaan ini,
maka roh atau bahagian unggul Tuhan itu
harus fokus pada suatu titik,
fokus dgn banyak agar dia dapat melupai seluruhnya tentang kesatuannya bersama Tuhan.
Pada masa itu, kita dilahirkan,
ke dalam dunia fizikal dan bertubuh badan.
Salama roh itu atau bahagian kesedaran Tuhan itu
masih bertumpu pada titik fokus tubuh badan ini
atau sebarang tubuh yg dipilihnya utk berfokus,
maka kita panggilnya dia seorg lelaki atau dia seorg perempuan,
dia seorg manusia atau apa saja.
Sebenarnya, bahagian Roh itu, atau yg kita panggil roh individu,
tidak pernah meninggalkan kesemua kesedaran Tuhan.
Jadi sebenarnya kita tidak pernah dilahirkan atau kita tidak pernah mati.
Tapi kita boleh pilih utk melupakan seluruhnya tentang Tuhan,
tentang seluruh kesatuan kita sendiri,
dan hanya fokus pada tubuh fizikal ini.
Maka kita tidak akan mengalami Ketuhanan,
walaupun Tuhan berada di seluruh kita dan di manapun.
Tapi kalau kita pilih untuk tersedar, untuk mengingati maka kita boleh.
Kita boleh meninggalkan perhatian kita buat sementara,
jangan fokus pada tubuh fizikal ini buat sementara,
kita fokus kembali kesatuan itu…
maka kita dapat mencari Tuhan.
Kita sedar akan bahawa kita tidak pernah meninggalkan Tuhan,
bahawa kita adalah satu bersama Tuhan,
dan kita selalunya tidak terpisah dari Tuhan.
Jadi itulah rahsianya alam semesta.
Tiada yg lainnya kecuali kita sendiri, kesedaran kita sendiri,
yg membuat pilihan setiap masa.
Kita pilih untuk menjadi manusia,
maka kita berfokus pada tubuh manusia agar kita dapat mengalami hidup manusia -
segala kesedihan, penderitaan, kegembiraan,
pengalaman tubuh badan yg mendebarkan, kepuasan, dan kesakitan.
Pada saat kita berasa sudah cukupnya pengalaman fizikal,
dan kita inginkan pengalaman yg berlainan,
maka kita buat pilihan yg lain.
Kita mungkin pilih menjadi Dewa,
atau menjadi bunga -
itu mungkin juga!
Akibat itulah terlahirnya, teori lahir semula,
teori transmigrasi ke dlm tahap kewujudan yg berlainan.
Tapi sebenarnya, kita tidak pernah ke mana² langsung,
tidak ke atas atau ke bawah.
Kita hanya… setiap masa melayang-layang dalam kuasa-hidup dalam alam semesta,
setiap masa dalam masa Ketuhanan,
tapi setiap masa mengalami titik fokus berlainan demi kepuasan kita,
demi penghiburan kita.
Tapi ketika kita berada dalam tubuh fizikal ini,
kadang-kala kita telah melupai kebijaksanaan kita sendiri.
Jadi,
kita telah melupai pilihan yg kita pilihkan sebelum kita datang ke sini.
Jadi pilihan yg kita lakukan mungkin menghalakan kita kpd serba kesakitan atau penderitaan.
Kemudian kita pula mengadu.
Kita banyak mengadu kerana kita tidak sukakan penderitaan.
Tubuh ini tidak sukakan penderitaan, fikiran juga tidak sukakan tekanan.
Tapi itulah apa yg jiwa kita mahu alami.
Dia mahu alami tekanan
agar dia dapat menghargai semula kebebasan dalam kesedaran Tuhan.
Dia ingin pilih penderitaan agar dia boleh menikmati beribu² ganda lagi
apabila dia masuki Kebahagian Abadi sekali lagi.
Itulah sebabnya kita berada di sini,
agar kita lebih dpt kenali Tuhan, dan lebih dpt kenali kita sendiri.
Seperti kita adalah raja kpd suatu bangsa dalam zaman lampau -
kadang-kala seorg raja menyamarnya sendiri sebagai org biasa
dan hidup bersama dgn org ramai
demi utk memahami bagaimana rupa sebenarnya seorg rakyat.
Kemudian apabila dia balik, dia menjadi lebih menghargai posisinya -
spt istana selesa, orang gaji yg ramai,
kuasa yg ada padanya.
Apabila dia menyamarnya sendiri sebagai orang biasa,
dia perlu menghadapi segala jenis kesukaran,
segala jenis kebiasaan, spt setiap mata pelajarannya sendiri.
Dia tidak boleh mendedahkannya sendiri bahawa beliau seorg raja.
Sebaliknya, dia mesti menyembunyi sempenuhnya identitinya sendiri
agar dia boleh benar² bergabung bersama org² bangsanya
dan mengalami apa rupanya kehidupan harian mereka.
Sama seperti kita dulu pernah bersama Tuhan - maksud saya pada waktu itu kita dlm kesedaran.
Kita tidak pernah berjauhan dari Tuhan,
tapi kini kita bukan dlm kesedaran utk mengingati itu lagi.
Jadi kita sudah cukup menderita dgn tubuh fizikal ini,
kita sudah cukup mengalami kehidupan biasa,
jadi kita menjadi bosan,
kita berasa di sini tiada apa lagi yg kita boleh nikmati lagi.
Kita ingin tahu dari mana kita berasal,
apa lagi yg terselindung dalam alam semesta ciptaan Tuhan yg luas ini
yg kita patut alami.
Inilah masanya…
apabila kita tanyakan soalan ini, apabila kita terhairan sebegini,
inilah masanya kita akan mengalami pencerahan.
Kita sudah bersedia! Kita sudah bersedia untuk itu.
Jadi sudah begitu lamanya kita menjadi manusia,
menjadi manusia berlainan.
Adakala kalau kita berfokus pada satu titik atau satu kewujudan manusia,
dan kita tidak berasa kita mendapat cukup dlm kenikmatan fizikal
atau pengalaman fizikal yg mendebarkan,
maka kita berfokus pada kewujudan manusia yg lain lagi.
Kemudiannya, kita berterusan jauh lagi, sehingga kita berasa letih.
Jadi sebenarnya, sesiapa yg bersedia
boleh alami Cahaya Tuhan, kesatuan Tuhan dan pencerahan.
Semudah itulahnya. Hanya pilihan anda saja.
Anda telah pilih utk melupai, dan kini anda pilih utk mengingati.
Jadi kalau kini anda telah pilih utk mengingati semula,
maka tentulah saya berada di sini utk berkhidmat utk anda,
sebab Tuhan telah mengizinkan saya dan mengarahkan saya berbuat demikian.
Jadi kalau suatu hari nanti, setelah anda sudah mengingati segalanya mengenai anda sendiri,
Tuhan akan berkata serupa juga kepadamu:
“Pergilah, anak saya!
Berikanlah khidmat anda kpd anak² saya atau kpd Saya sendiri.”
Sebab kita tidak pernah berpisah dari Tuhan, ingatlah itu.
Meskipun anda tidak teringat, hanya percayakanlah saya.
Kita tiada tempat lain lagi utk berpaling kecuali kesedaran Tuhan dalaman.
Kita tiada tempat lain lagi utk berpaling sekarang kecuali rumah Tuhan.
Di mana saja, Beliau memandu setiap makhluk dlm alam semesta ini.
Semua bunga², matahari, bulan, bintang,
planet², galeksi², kesemuanya dalam Tuhan.
Tiada apa yg dapat melarikan sifat Ketuhanan.
Jadi walaupun kita tidak tercerah, tidak mengapa juga.
Sebenarnya tiada neraka.
Bagi suatu jiwa yg sedar, tiada kewujudan neraka,
tapi hanya laluan pengalaman sementara saja yg perlu dilalui,
dalam haluan ke sejati,
sebab dia telah pilih mengalami penderitaan
demi membesar, demi memahami kegembiraan semula lagi.
Setiap jiwa, setiap bahagian kecil Tuhan, telah memilih jalan yg berbeza
untuk mengalami aspek² Ketuhanan yg berbeza.
Dan seluruh pengalaman dari semua manusia atau semua makhluk²
diperhasilkan dari keseluruhan Tuhan.
Jadi, Jesus berkata: “Sayanglah jiran itu.”
Malah, “Sayanglah musuh itu.”
Sebab…setiap satu pun kita juga!
Mereka telah pilihkan utk memainkan peranan itu saja.
Tiada sebenarnya musuh,
hanya kita… hanya titik fokus Tuhan yg berlainan,
utk menjadikan hidup lebih pilihan, lebih bervariasi,
lebih berlainan, lebih berwarna-warni,
seperti Tuhan juga menghasilkan kita dgn berlainan warna kulit
agar kita dapat menikmati antara satu sama lain.
Misalnya saya kelihatan seperti sarapan pagi bijirin jagung kuning!
Dan anda seperti coklat.
Ya, dia pula seperti krim ais. Krim ais Krismas. Ya.
Ya, sebab Tuhan adalah berwarna-warni!
Sama seperti Beliau menghasilkan bunga² yg berlainan warna - malah buah²an juga!
Dari tanah yg sama,
kita mendapati begitu banyak jenis buah²an dan bunga² yg berlainan.
Mereka kesemuanya warna yg berlainan!
Orang² Afrika sentiasa pilihkan pakaian² yg beraneka warna
sebab di dalam, saya fikir mereka berasa mereka adalah amat dekat dgn Tuhan.
Mereka begitu gembira! Mereka tahu ini…
Jadi, tiada apa yg misteri atau susah
tentang menemui Tuhan atau menemui kita Sendiri yg Sebenarnya itu
sebab kita tidak pernah menjadi sebarangan kecuali Tuhan, inti Tuhan,
satu bersama Tuhan, atau Anak² Tuhan,
percikan Tuhan atau sebahagian dari Tuhan.
Ia seperti ikan di laut -
ia dilahirkan dlm air laut, hidup di dlm air laut,
dan bila ia mati, ia menjadi air laut semula.
Perkara sebegitulah.
Jadi kita tidak pernah melarikan diri ke mana².
Saya hanya ingin beritahu suatu khabar baik yg saya tercari -
iaitu tiada neraka yg kita boleh pergi,
kita tidak akan selama²nya dikecam dlm kegelapan atau penderitaan abadi itu.
Tiada sebarang yg dianggapkan penderitaan abadi,
sebab hanya terdapat saja Kesayangan abadi.
Masalah kita sekarang ialah kita perlu ubahkan fikiran kita.
Kita perlu berubah.
Kita terlalu banyak rasa dosa, rasa dosa ini takut segala halnya.
Terasa dosa kalau kita menjadi berjaya.
Malah orang² juga membuatkan kita terasa dosa kalau kita menjadi kaya!
Kalau Tuhan berikan kita serba kekayaan atau kejayaan bisnes,
orang² jadikan kita terasa dosa! Ya.
Kalau anda mendapat seorg isteri cantik, adakalanya juga orang² buatkan anda terasa buruk.
Ya! Mereka datang dan tanyakan anda:
“Bagaimana anda berkenal dgn gadis cantik ini?”
Atau mrk akan tanya kpd gadis itu: “Apa yg anda dpt lihat dari lelaki itu?
Dia begitu hodoh!” Perkara² seperti itu.
Ya, itu bukan perihal mereka! Mereka buatkan anda terasa buruk. Ya!
Mereka buatkan anda terasa berdosa kalau anda ada banyak ***.
Mereka buatkan anda terasa berdosa kalau anda berjaya dlm politik atau bisnes.
Inilah keadaannya, sebab…
mereka buatkan anda terasa berdosa tentang
perkara yg anda lakukan dlm bilik tidur bersama kesayanganmu.
Ya, maafkan saya, ini juga sangat keterlaluan.
Anda telah kuncikan pintu, tutup langsir,
mereka masih buatkan anda terasa berdosa dlm ini.
Anda hanya mengungkapkan kasihmu dlm cara yg berbeza, betul?
Seluruh dunia terasa dosa dlm banyak perihal
sebab kita diajarkan cara begitu.
Doktrin ini memang tidak betul.
Jadi Jesus dan Moses perlu datang demi membebaskan kita -
bebaskan kita bukan melalui pengorbanannya, tapi ajarannya,
memberitahukan kita bahawa Tuhan adalah Pengasih:
“Ketuklah pintu maka ia akan terbuka. Tanyalah maka ia akan diberikan kpd anda.”
Tapi di manakah anda ketuk? Ya.
Kita langsung tidak dapat berketuk lagi. Kita terlalu lemah!
Kita dipenuhi dgn rasa dosa dan takut, takut akan balas dendam Tuhan ini.
Tiada sebarangan Tuhan yg berbalas dendam.
Kalau Tuhan berbalas dendam, maka Beliau seperti kita, seperti anda dan saya:
Tuhan yg berperang, faham? “Lakukan yg baik kpd saya kalau tidak!”
Ini bukan Tuhan! Bolehkah anda bayangkan Tuhan sebegitu?
Maka tidak perlulah kita bersembah kpd orang yg begitu kecil hati.
Jika Beliau benar² seperti itu, atau jika ada Tuhan yg seperti itu,
kita tidak perlu bersusah-payah menyembahkan Dia
sebab ini spt seorang yg menyalah-gunakan kekuasaan.
Sekalipun di planet ini, fikirkanlah:
Anda mempunyai anak² atau memiliki isteri dan suami.
Adakalanya isteri anda membuat kesalahan, suami anda sedikit menyimpang,
anda tetap memaafkannya, anda tetap memeluknya, dan:
"Ok, saya memaafkanmu. Jangan lakukan hal itu lagi!"
Atau anak² anda adakalanya mendatangkan banyak masalah bagi anda
sebab mereka berkeras kepala, tidak mendengar nasihat anda,
menyebabkan anda sakit kepala.
Anda tetap memaafkan mereka, anda tetap menyayangi mereka,
dan memberikan mrk kasih sayang yg terbaik yg anda mampu -
bahkan ***, segalanya, pengorbanan!
Jadi bagaimana Tuhan,
Ayahanda atau Bonda teragung bagi seluruh alam semesta,
boleh menjadi penuh dendam,
atau boleh menghukum anda ke neraka hanya disebabkan anda adalah manusia,
anda tidak tahu yg lebih baik, dan adakalanya anda membuat kesalahan².
Jadi ketakutan seperti ini
telah membebani kita dari generasi ke generasi.
Itulah sebabnya kita mendapati diri kita sangat lemah saat ini
bahkan utk percaya adanya Tuhan yg menjawab doa² kita.
Itulah sebabnya ketika kita berdoa, kita tidak berdoa sepenuh hati,
kita tidak mempunyai keyakinan bhw doa² kita akan dijawab.
Tetapi disebutkan dlm Bible:
"Ketuklah maka ia akan terbuka, mintalah dan ia akan diberikan."
Seperti itu! Seperti itulah sebenarnya Tuhan itu.
Tidak kisah apa yg anda lakukan, dia akan selalu menjawab doa anda.
Kita hanya perlu mendengar.
Saya akan menunjukkan kpd anda bagaimana mendengarkan Dia.
Utk ini, kita harus mengubah cara kita berfikir.
Kita harus percaya mulai hari ini bhw Tuhan adalah maha-ampun, maha-kasih.
Walaupun anda tidak percaya bhw Tuhan adalah maha-ampun, maha-kasih,
anda percaya Jesus telah datang ke sini dan telah terkorban bagi anda.
Dan saya akan menunjukkan kpd anda bhw apa yg dikatakannya adalah kebenaran.
Saya akan menunjukkan kpd anda bhw Tuhan itu benar-benar wujud -
Ayahanda Tuhan, Bonda Tuhan, atau Buddha, sesiapapun yg anda percayai...Allah, sekalipun.
Sesiapapun yg anda memanggil Nama-Nya dgn sepenuh kasih sayang,
sepenuh keindahan, sepenuh iman,
itulah Tuhan yg selalu mengasihi,
selamanya tidak pernah mengritik anda, sekalipun utk sebahagian saat.
Bila masa anda berpaling kpd-Nya,
tidak peduli betapa buruk yg telah anda lakukan dalam hidup anda,
Dia akan membuka pintu... dgn terusnya!
Itulah sebabnya kita memanggil jalan ini sebagai pencerahan terus,
sebab ia terjadi dgn terusnya.
Malah setiap hari anda boleh berlatih lagi dan lagi
sehingga anda mengingati sepenuhnya bahawa
hanya ada satu benda yg wujud dlm hidup ini, yaitu Tuhan, Dia berada di mana-mana,
dan kemudiannya anda akan bahagia.
Anda akan bahagia sejak hari anda melihat Cahaya-Nya, malah dari hari pertama itu.
Mungkin hari ini.
Jika anda cukup percaya kpd saya untuk berkhidmat utk anda,
anda boleh memperolehnya dgn segera, tiada masalah!
Anda akan melihat bhw apapun yg disebutkan dalam Bible,
seratus peratus adalah kebenaran.
Seperti Moses telah melihat Tuhan,
Jesus telah bersatu bersama Tuhan agar dia menjadi...
Atau, dia sentiasa menjadi Anak kpd Tuhan, tetapi dia bukanlah Anak Tuhan satu-satunya.
Kita juga adalah anak kpd Tuhan.
Tuhan bukanlah tidak berupaya! Dia bukan hanya membuat seorang anak saja.
Dia membuat banyak anak².
Hanya saja Jesus telah mengingati,
dia telah mengingati hubungan dirinya dengan Tuhan.
Dia telah mengingati semuanya,
dan kita belum mengingatnya. Itu saja.
Ada dua anak raja.
Yang seorang telah berkelana ke seluruh tanah
dan telah lupa bhw dia adalah seorang putera.
Yang seorang lainnya tinggal bersama si ayah dan ingat bhw dia adalah seorang putera.
Keduanya adalah putera, ya. Tiada perbezaan!
Suatu hari nanti dia teringat, dia kembali. Sama saja. Ya!
Jadi kita adalah putera² dan puteri² Tuhan yg sedang berkelana,
dan bila tiba saat anda ingin pulang, ia sudah berada di situ.
Segalanya diciptakan hanya oleh fikiran.
Misalnya, masa ini kita berada dalam tubuh fizikal ini,
jadi anda tidak banyak memahami ajaran Jesus atau Buddha.
Sebab dikatakan bahawa:
Apapun yang anda minta, Ayahandamu akan memberikannya.
Itu bererti apapun yg anda fikirkan, apapun yg anda harapkan,
akan dipenuhi.
Tetapi kita tidak dapat mempercayai hal itu
sebab kita begitu terpenjara oleh belenggu fizikal yg kita sebut sebagai tubuh badan.
Jadi untuk mengalami kasih tak terbatas,
kasih Tuhan yg tanpa batasan, di merata-rata, tanpa syarat, yg abadi
kita harus meningkat melampaui tubuh ini.
Dan saya akan tunjukkan kpd anda bagaimana melakukannya. Sangat mudah.
Anda boleh melakukannya di dlm bus, dlm pesawat, di taman, di manapun.
Tanpa syarat. Saya akan tunjukkan kpd anda nanti.
Dan saya boleh tunjukkan anda lebih mendalam,
pergi ke tingkat yg berlainan... meninggalkan tubuh ini.
Bagi sebahagian anda, jika anda hanya ingin mencubanya,
anda tahu, sama spt jika anda pergi ke kedai
dan hanya mencuba sedikit keju utk mengetahui keju mana yg baik,
maka saya akan memberikan anda, misalnya, dlm beberapa minit.
Jika anda ingin pergi lebih mendalam, ada hal² yg perlu anda ketahui lebih banyak,
jadi ia mengambil beberapa jam utk dijelaskannya kpd anda.
Tetapi pencerahan terjadi seketika saja.
Penjelasannya memakan masa lebih lama.
Mengapa penjelasan?
Sebab anda harus melakukannya sendiri di rumah
maka anda harus mengetahui semua. Ya?
Jadi jagalah diri anda & jadilah guru bagi diri anda sendiri.
Maka anda tidak perlu memanggil saya sebagai Guru lagi,
panggillah diri anda Guru.
Atau bahkan jangan pedulikan. Kita menjadi kawan saja, ya!
Setiap dari kita adalah sama. Benar² seperti itu.
Jadi sekarang, apakah kita... Ok, di manakah saya...di mana...
Oh, terlalu banyak hal dari sini. Ah, tolong perlahan sikit!
Dia cakap terlalu cepat.
Mulut saya tidak cukup cepat
sebab pada dimensi yg lebih tinggi, kita bahkan tidak bercakap
dan kita memahami satu sama lainnya hanya...
seperti saya sedang bercakap dgn diri saya sendiri dlm kepala saya.
Anda mengerti, jadi di sini... pesanan itu datang begitu cepat,
sehingga adakalanya saya lupa, saya tidak dapat mengejarnya.
Sampai di mana saya sebelumnya? Adakah saya mengatakan sesuatu sebelum itu?
Meningkat melampaui tubuh, ya? Ok, ok.
Sebabnya kita tidak mengetahui bhw kita adalah satu dgn Tuhan
dan bhw semua yg kita harapkan atau ingatkan
akan selalu muncul di depan hidung kita,
adalah kerana kita terbelenggu dalam tubuh fizikal ini.
Jadi utk meningkat melampaui tubuh ini, ada cara utk melakukannya.
Jadi kita malah boleh menghubungi Jesus, Buddha atau Nabi Muhammad,
sesiapapun Guru² di masa lampau yg telah meninggalkan lingkungan fizikal ini
dan memasuki dimensi lainnya.
Jadi utk dapat melihat mereka, kita masuk ke dimensi mereka, maka kita dapat melihat mereka.
Sangat mudah saja, ok?
Saya ingin melihat orang² Afrika, maka saya datang ke sini.
Dan saya ingin melihat orang² Inggeris, maka saya pergi ke England. Ya!
Ada bbrp org Inggeris yg adakalanya datang ke tempat saya,
atau adakalanya bbrp saudara dari Afrika Selatan datang ke tempat saya,
tetapi jarang, faham?
Jika saya ingin melihat seluruh orang Afrika, saya datang ke sini. Itu saja!
Jika anda ingin melihat seluruh syurga atau Tuhan atau beberapa tempat tinggal syurgawi,
kita harus naik ke tempat mereka.
Dan kita lakukan hal itu dgn fikiran - fikiran yg mendalam.
Saya akan menunjukkan kpd anda bagaimana menggunakan daya fikiran anda
untuk dapat keluar dari pintu ini,
dan memasuki ke dimensi lain bila masanya atas kehendak anda.
Anda berlatihlah dan anda dpt melakukannya pada bila masa, di manapun.
Jadi apa yang terjadi...
mengapa para santo mengatakan bhw kita hrs belajar utk mati supaya kita mulai hidup,
ini adalah sebab jika anda belajar melakukan penumpuan yg mendalam
dlm doa yg mendalam,
maka kita dapat memasuki ke dimensi makhluk syurgawi.
Dan ini serupa dgn saat kematian
bagi banyak orang, bahkan orang² biasa.
Tidak seharusnya seorg pelatih, yogi atau apapun.
Orang² biasa, ketika kesedaran mereka jernih,
hidup mereka menjadi contoh kebaikan yg sempurna,
saat mrk mati, mrk mendapati diri mrk sangat bebas,
mrk mendapati diri mrk di merata-rata, di mana saja pada saat yg sama,
dan tiada tempat di mana mrk tidak berada.
Dan bila² masa mrk inginkan sesuatu,
hal itu akan muncul langsung di hadapan mrk.
Bila² masa mrk memikirkan seseorg,
maka orang itu akan muncul terus di hadapan mrk,
atau dengan kata lain,
mrk akan segera memprojekkan diri mereka di depan
benda yg mereka inginkan atau orang yg mrk ingin temui.
Itulah sebabnya ketika kita belajar utk mati,
ertinya kita meninggalkan tubuh fizikal ini dan mati utk sementara waktu,
kita juga memiliki pengalaman seperti ini.
Dan kemudian kita dpt tahu dgn pasti bhw memang benar, apapun yg kita inginkan,
Tuhan menganugerahkannya kpd kita, Tuhan memberikannya kpd kita.
Hanya saja dalam tubuh fizikal ini,
kita demikian buta, tuli dan bodoh terhadap berkat syurgawi, terhadap kasih Tuhan,
sehingga kita terasa begitu tidak berdaya.
Kita sangat tidak berdaya ketika kita berada dlm tubuh fizikal ini.
Seperti anda terkunci dlm sebuah kotak
dan kuncinya dibuang ke dlm sungai.
Seperti itu, begitu tidak berdaya!
Itulah sebabnya kita harus belajar meningkat melampaui penjara fizikal ini
agar benar² dapat mengalami keagungan kasih.
Lepas itu setiap hari kita akan sangat bahagia sehingga tdk peduli di manapun kita berada,
tidak peduli berapa banyak yg kita miliki atau tidak miliki,
kita sentiasa dlm keadaan puas, selalu bahagia.
Itulah sebabnya Jesus tidak bergerak dlm menghadapi kematian.
Dia berkata, "Bapa, betapa engkau telah mengagungkan aku."
Dia menerima penyaliban itu. Dia tidak melarikan diri.
Dia boleh melarikan diri, bila masa saja.
Seorang dengan kuasa dan pengetahuan seperti itu, dapat melakukan apapun!
Tetapi dia tidak ingin melakukannya.
Mengapa dia harus melarikan diri dari sesuatu
yang dia ketahui bhw hal itu hanya dapat membuat dia berasa lebih agung,
lebih bahagia, lebih terbebas?
Mengapa dia harus terikat dengan penjara kecil ini
sedangkan dia mengetahui keluasan syurga?
Mengapa dia harus terikat kpd sanak saudara dan teman²
dlm dimensi fizikal ini,
sedangkan dia mengetahui bhw dia dpt melihat Ayahanda di syurga,
dan dia mengetahui bhw semua saudara² dan saudari²,
semua sanak saudara dan teman²,
semuanya adalah satu dengannya pada akhirnya, bagaimanapun juga?
Itulah pembebasan sejati.
Tidak ada kebebasan yg dapat dibandingkan dgn kebebasan dlm realisasi Tuhan ini.
Hanya itulah kebebasan sejati yg harus kita cari.
Saya ingin melayani anda dgn cara apapun yg dapat saya lakukan
jika anda fikir bhw anda bersedia untuk membuat pilihan ini lagi.
Anda telah berasa cukup dgn kehidupan ini, anda ingin memiliki pilihan yg lain.
Namun demikian,
kita tidak meninggalkan dunia ini untuk pergi ke syurga, tidak!
Kita tetap dapat memiliki kedua²nya.
Misalnya, saya tetap berada di sini.
Saya menikmati syurga setiap hari, tetapi saya juga menikmati hidup ini.
Anda lihat, saya sungguh menikmati perhiasan dan pakaian anda.
Adakalanya orang² yg berlatih rohani,
jika mereka memilih utk menjadi berjaya dlm hidup ini,
mereka juga dpt menjadi berjaya.
Guru² yg berbeza memilih cara² yg berbeza
dlm mendemonstrasikan kasih Tuhan.
Beberapa Guru² memilih cara penafian diri sepenuhnya,
seperti Jesus, Buddha.
Tapi beberapa Guru² juga memilih utk menggunakan pemberian Tuhan,
atau Tuhan telah mentakdirkan mereka untuk melakukan hal ini.
Tergantung dari kehendak Tuhan samada anda seharusnya menjadi
sangat kaya dlm kebendaan dan juga rohani dalam kehidupan ini
atau anda hanya kaya dlm kebendaani dan tidak dalam rohani
atau hanya kaya dalam rohani dan tidak dalam kebendaan.
Setiap orang mengambil jalan yang berlainan,
tetapi kita semua berjalan pulang, menuju dimensi Tuhan.
Dan itulah tujuan kita di sini.
Kalau-kalau anda menanyakan saya apa tujuan bagi manusia,
itulah tujuannya.
Dan terima kasih banyak atas perhatian anda.
Jika anda ada pertanyaan lagi, saya gembira utk menjawabnya.
Kemudian saya boleh tunjukkan kpd anda bagaimana utk mengingati Tuhan.
Anda ok?
Saya harap penjelasan saya adalah jelas dan difahami.
Ya, anda sangat pintar. Tuhanku!
Saya tidak hairan, saya tidak hairan.
Orang² Afrika sangat, sangat spiritual.
Mereka banyak berhubungan dgn alam... sangat spiritual!
Sudah ada pertanyaan?
Guru terkasih, apakah manfaatnya mengikuti seorang Guru?
Tidakkah lebih baik jika seseorang bertekad pada dirinya
dan menentukan jalannya sendiri dalam mencapai pencerahan
dan membereskan karmanya sendiri?
Apakah manfaatnya mengikuti seorang Guru? Benar begitu?
Ya, samada seseorang dpt membereskan karma sendiri
atau samada anda memerlukan seorg Guru utk membereskan karma?
Ya, ya..
Sebenarnya, dlm percakapan, anda panggilkan saya sebagai Guru.
Tetapi saya sudah memberitahukan anda,
saya akan mengingatkan anda bahawa anda adalah Guru!
Dan begitulah itunya.
Dan karma dan semuanya itu akan lenyap
sebaik saja anda menyedari bhw anda adalah guru alam semesta,
bhw anda adalah satu dengan Tuhan.
Tetapi sebelum itu, jika anda belum menyedari hal ini sepenuhnya,
tentu saja saya akan menjadi sahabat anda
dan membantu anda sampai anda memahami semuanya.
Dan anda boleh memanggil saya Guru atau mengikuti saya...
anda tidak perlu mengikuti saya, sebab saya tidak berada di Afrika untuk selamanya.
Ikuti saja arahan
supaya tiap² hari anda dapat bertumpu dgn mendalam lalu menemukan Tuhan.
Kemudian suatu hari nanti anda akan memahami sepenuhnya.
Bahkan anda mungkin memahami sepenuhnya pada hari ini,
ini tergantung kpd seberapa kuat keinginan anda utk kembali kpd Tuhan.
Jadi anda tidak perlu mengikuti sesiapapun,
tidak juga makhluk fizikal atau makhluk syurgawi apapun... Ikutlah diri anda sendiri!
Saya hanya menunjukkan kepada anda caranya,
menunjukkan beberapa arahan kepada anda sehingga anda...
Sebab, bukan kerana anda tidak mengetahuinya... Tetapi anda telah terlupa!
Kerana kita hidup di dunia ini, kita begitu sibuk utk berhidup,
dan semuanya berusaha mengguburkan kita ke dalam kecemasan dan penderitaan
dan kemudian membuat kita sangat sibuk dan kebingungan sehingga kita terlupa.
Saya telah keluar dari lumpur.
Saya boleh menarik tali dan menarik anda keluar dan kemudian memandikan anda lagi;
maka anda akan menjadi seperti saya lagi - bersih & indah sepenuhnya.
Dapatkah Meditasi Kaedah Kemudahan
memberikan sebanyak yang diberikan oleh inisiasi?
Sama! Ya, Kaedah Quan Yin...
Dapatkah Kaedah Kemudahan menunjukkan kita? (Oh, Kaedah Kemudahan.)
Ya, dapatkah itu menunjukkan....
Berbeza, sedikit berbeza.
Kaedah Kemudahan untuk kemudahan, ya.
Beberapa orang tidak dapat...
misalnya, mereka tidak dapat sepenuhnya bervegetarian
atau mrk belum memutuskan samada harus mengikuti sebahagian atau sepenuh waktu.
Mereka hanya ingin mencubanya dlm waktu yg singkat setiap hari, ya?
Maka tentu saja manfaatnya tidak sebesar jika anda memilih yg sepenuh waktu.
Tetapi Kaedah Kemudahan akan memberikan kebebasan bagi anda sendiri dlm masa kehidupan ini.
Sedangkan, jika anda berlatih Kaedah Quan Yin dan mendapatkan inisiasi penuh,
anda bahkan dapat menolong banyak orang yg lain,
termasuk lima, enam, tujuh, sembilan generasi anda akan terbebaskan.
Ya, lebih banyak penghasilan anda maka lebih kayalah anda!
Bagaimana anda dapat menjelaskan tentang Adam dan Eva?
Perlukah saya menjelaskan tentang mereka?
Lihatlah diri anda sendiri dan anda akan mengetahuinya!
Lihatlah diri kita sendiri!
Ya.
Jika kita tidak terus bervegetarian setelah diinisiasi, apa yang terjadi?
Apa yang terjadi? Maka anda kembali menjadi pemakan-daging.
Setelah inisiasi,
bagaimana kami dapat berkomunikasi dengan anda jika anda tidak berada di sini?
Saya sentiasa di sini!
Saya sentiasa di sini. Anda akan melihatnya.
Adakalanya anda melihat saya di rumah anda
jika anda cukup berkonsentrasi, ya!
Di samping itu, anda boleh menulis surat kpd saya, hmm? Anda boleh mengirim e-mail, menulis surat.
Masa sekarang, sangat mudah.
Tetapi komunikasi yg terbaik adalah di dalam (batin),
sebab kita akan berhubung semula dgn seluruh alam semesta.
Jadi apapun masalah yg anda hadapi seluruh alam semesta mengetahuinya,
dan tentu saja saya tahu, sebab saya juga terhubung dengan jaringan itu.
Jadi bila masa saja anda bertanyakan sesuatu, anda segera mendapatkan jawapannya. OK?
Tetapi jika anda masih belum yakin pada awalnya,
anda boleh selalu menulis kpd saya.
Tapi jawapan selalu di dalam, ya!
Ada hubungan, ya?
Layanan telefon 24 jam, bebas biaya!
Ya, itulah keajaiban dari menjadi tercerah!
Sebab jika seorang guru harus hadir secara fizikal,
setiap saat dgn murid²nya,
maka tidaklah mudah, tidaklah cukup berkuasa.
Sebab tidak peduli betapa berkuasa atau kuatnya seorang guru,
dia tidak dapat melindungi muridnya 24 jam dgn kehadiran fizikalnya,
tapi dgn daya kuasa alam semesta
yang mana si Guru, dia, telah terhubung.
Saya bukanlah diri saya, bukanlah tubuh fizikal ini,
yang akan melindungi anda.
Hubungan dgn Kuasa Alam Semesta melalui saya
yang akan melindungi anda, faham?
Itulah sebabnya di manapun anda berada,
Kuasa itu mengetahui dan melindungi anda dan menjawab pertanyaan anda.
Anda akan mengetahuinya. "Ketuklah dan ia akan terbuka.
Mintalah dan itu akan diberikan."
Doa anda akan sentiasa dijawab,
pertanyaan anda akan sentiasa terjawab oleh hubungan dlm (batin).
Dan itulah keajaiban dari cara hidup tercerah ini.
Jika tidak, apakah gunanya harus menemukan Guru
dengan menempuhi sungai dan lautan?
Dan berapa lama anda dpt tinggal bersamanya? Ya.
Setelah inisiasi, Guru akan terus melindungi dan membimbing anda
bahkan sama juga setelah Guru meninggalkan dunia ini.
Itulah maknanya menjadi seorang Guru.
Jika tidak, anda tidak harus menjadi seorang Guru. Banyak pekerjaan!
Akankah kita menguasai seni nujum dengan Mata Ketiga?
Akan apa, sayang?
Akankah kita menguasai seni nujum?
Oh, akankah kita menguasai seni nujum?
Oh, itu bukan apa-apa!
Itu hanyalah permainan kanak kecil. Anda tidak bermatlamat itu!
Itu bukanlah matlamat anda.
Tentu saja, anda akan melihat banyak hal. Anda akan melihat segalanya.
Tetapi anda melihat seluruh alam semesta,
bukan sesuatu yg kecil di sini dan di sana.
Bukan hanya masa depan dan masa lampau anda.
Anda akan menguasai seluruh daya hidup, seluruh alam semesta.
Itulah matlamatnya.
Ya?
Adakah haiwan memiliki karma, dan betulkah dgn memberikan daging kpd mereka?
Adakah haiwan memiliki karma? Ah, mereka memilikinya.
Jika mereka ingin makan daging, anda harus memberikannya.
Jika tidak, mereka akan memakan anda!
Saya ingin memahami Bible.
Hanya itu? (Ya)
Baik, maka pelajarilah!
Bacalah!
Ya, ya, saya tahu. Sukar untuk memahaminya,
kerana banyak cerita dan istilah di sana
seperti rahsia rupanya. Ya?
Kecuali kita memiliki tingkat kesedaran yang sama,
kalau tidak, kita akan dapati sukar utk memahaminya.
Jadi dapatkan pencerahan, ya?
Jangan pergi dan saya akan tunjukkan kepada anda
bagaimana memasuki pengalaman Kebenaran dari Bible.
Sebab dlm Bible,
banyak mencatat pengalaman, pengalaman pencerahan,
dari para pelatih masa lampau... pelatih rohani, ya?
Misalnya,
ketika Jesus bermeditasi empat puluh hari di padang gurun,
tentu saja dia berkomunikasi dengan Tuhan.
Dan iblis juga datang kepadanya
dan menggodanya dengan kekuasaan yg ada dlm Tiga Dunia itu.
Anda faham apa itu Tiga Dunia?
Ianya sangat besar!
Dunia ini sudah begitu besar.
Jika seseorang datang dan menawarkan anda utk menjadi raja bagi seluruh dunia ini,
mahukah anda?
Tentu saja, anda mahu.
Dan Jesus ditawarkan utk menjadi Raja kpd Tiga Dunia,
iaitu atas dunia ini, dan dua dunia lainnya.
Tetapi hanya itulah dunia yang dapat dikuasai oleh iblis,
maka dia hanya dapat menawarkan tiga dunia.
Maka Jesus berkata, "Pergi dari pandanganku."
Itulah yg dikatakan oleh Jesus, ertinya, "Lenyaplah."
Ya, pengalaman seperti ini...
Maaf, kita bahkan tidak dapat melihat iblis sekalipun kita ingin,
sebab kita belum dpt melihat dgn roh lagi.
Jadi untuk memahami apa yang dialami oleh Jesus,
bahkan utk berkata kepada iblis, "Lenyaplah,"
kita harus mempelajari apa yg diajarkan oleh Jesus kpd kita.
Ikutilah jalannya! Bermeditasilah seperti dia!
"Masuklah ke dalam kamar" ertinya bermeditasi, berdoa senyap, berdoa dgn bersungguh².
"Jadikan mata anda tunggal sehingga seluruh tubuh anda akan dipenuhi Cahaya."
Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana membuat mata anda menjadi tunggal,
bagaimana mencarikan mata tunggal itu di sini sehingga anda dapat melihat syurga.
Anda dapat melihat hidup yg sejati,
yg mana kita ditipu oleh kesemua penampilan fizikal ini.
Kita ditipu! Kita tidak melihat hidup yg sejati,
tapi kita dapat melihatnya jika kita menggunakan mata sejati.
Itulah sebabnya saya datang ke sini. Saya akan tunjukkan kpd anda nanti. Ya.
Guru, pentingkah menjadi vegetarian untuk mencapai pencerahan?
Itu penting, itu penting.
Sebab pertama sekali, kita harus berlatih utk mengasihi supaya menghasilkan kasih.
Untuk menjadi maha-merata, pengasih, seperti Ayahanda kita,
kita harus mengasihi semua makhluk.
Dan itulah maksud dari diet vegetarian.
Bukan utk menjadi sihat,
atau bukan kerana Jesus berkata demikian atau Buddha melarangnya,
tetapi cuma kita harus menjadi jelmaan kasih.
Kita harus menjadi Tuhan yang berjalan di atas planet ini.
Kita harus hidup sebagaimana Tuhan akan menjalani hidupnya!
Jadi, utk berdekatan dgn Tuhan...
Tuhan tidak menghukum kita, hanya saja sesuatu akan menghasilkan sesuatu yang serupa.
Jika kita ingin dekat dgn sesuatu, kita harus pergi ke sana,
arah yang sama.
Jadi, Tuhan menciptakan semua makhluk dan membiarkan mereka mati secara semulajadi.
Demikian juga sepatutnya kita.
Jika kita tidak dapat mencipta, setidaknya kita tidak memusnahkan.
Perintah pertama dalam Bible adalah: "Jangan membunuh."
Ia tidak mengatakan: "Jangan membunuh manusia, saja."
Ia berkata, "Jangan membunuh."
Apapun yg dibunuh adalah pembunuhan.
Apa pendapat anda mengenai para penyembuh spiritual?
Haruskah, atau dapatkah hal itu dijadikan sbg mata pencaharian, misalnya dgn meminta bayaran?
Jika ya, adakah dibenarkan?
Ya, penyembuhan spiritual sangat baik bagi para pesakit.
Adakalanya tidak terlalu baik bagi si penyembuh,
sebab dia harus mengambil karma dari pesakit² ini,
dan adakalanya hal itu terlalu berlebihan.
Sebab penyembuhan spiritual
hanyalah salah satu tingkat kesedaran Tuhan, ya?
Jika kita tiba di sana, kita dpt menyembuhkan orang².
Ya, orang² ini sangat kuat dalam spiritual
agar dapat menyembuhkan orang².
Para penyembuh spiritual sangat kuat spiritnya.
Tetapi untuk dpt menyembuh tanpa penyembuhan, seperti yang dilakukan Jesus,
kita boleh pergi sedikit lebih tinggi, jauh lebih tinggi.
Maka kita menyembuh... anda tidak perlu menaruh tangan anda pada orang².
Sama seperti ketika seseorang wanita menyentuh jubah Jesus, dan dia menjadi sembuh.
Dan wanita itu berterima kasih kpdnya, Jesus berkata, "Bukan, imanmu yg menyembuhkanmu."
Dia tdk pernah menuntut dia yg melakukan sebab dia tahu Ayahanda- lah yg buatnya, dan dia berkata,
"Bukan aku yang melakukannya, tetapi Ayahandaku."
Dan itulah tingkat tertinggi dari penyembuhan spiritual. Ya?
Kita dapat berada di banyak tingkat yg berbeza, jadi tergantung di mana anda berada.
Penyembuh spiritual yg terunggul tidak menyembuhkan.
Mereka sembuh begitu saja.
Jika kehendak Tuhan agar orang itu disembuhkan melalui anda,
dia akan sembuh.
Guru itu atau, misalnya Jesus, dia tidak melakukan apa-apa.
Itulah sebabnya dia tidak pernah menuntut penghargaan.
Ya, seperti itulah Guru Sejati, sangat rendah hati!
Bagaimana kita mengajarkan anak-anak kita cara hidup ini
tanpa dicemuhkan dalam kehidupan sehari-hari?
Ya, saya beritahu anda, orang² akan mencemuhkan anda
bahkan jika anda memiliki teman lelaki atau isteri yang cantik.
Jadi mengapa anda takut? Huh?
Hidup ini telah dibawa ke arah yg salah untuk masa yg lama.
Itulah sebabnya kita menjadi seperti sekarang ini.
Jadi jika kita tidak dapat mengubah seluruh dunia,
setidaknya kita mengubah diri kita,
kita ubah persekitaran kita, ubah siapa saja yg dapat kita pengaruhi.
Jika anak² kita ingin menempuh jalan ini,
tugas kitalah utk membawa mereka, tidak peduli siapa yg mengatakannya!
Anda harus berjalan mengikuti jejak Jesus!
Orang² membatui dia, mengkutuk dia, menggantung dia, menyalibkan dia.
Adakah dia menyerah? Tidak!
Jadi kita orang Kristian, siapa saja,
kita berjalan dalam jalan Tuhan. Ya?
Dan kita harus menjadi teladan bagi makhluk² lainnya.
Kita tidak boleh mengikuti mereka, sebab mereka telah berbuat kesalahan,
mereka sudah bersalah.
Anda harus menjadi pembawa obor! Anda harus berubah!
Dan org lain mungkin berubah juga.
Mulanya mrk mungkin tidak menerimanya, tapi mrk pulang ke rumah dan memikirkannya:
"Oh, jalan ini kelihatannya lebih baik."
Dan kemudian mereka berkata, "Oh, nyata lebih baik.
Ok, saya ikut." Faham?
Itulah sebabnya masa kini kita terus mengikuti Jesus, dua ribu tahun sesudahnya,
kerana itulah satu-satunya jalan untuk menempuh hidup kita.
Kita mengikutinya, tapi kita tidak berlatih. Kita harus lebih banyak berlatih. Ya.
Adakah Tuhan ada di dalam kita? Adakah itu fikiran bawah sedar?
Jika tidak, apakah ia sebenarnya?
Ya, Tuhan ada di dalam kita. Ia adalah kesedaran.
Tuhan juga ada di luar kita.
Tuhan ada di mana-mana. Tuhan adalah diri anda.
Saya ingin merasakan kuasa Tuhan, tetapi saya tidak tahu caranya.
Dapatkah anda menolong saya? Saya ingin menjadi kuat dan setia.
Ya, hanya jika anda melihat Tuhan, maka anda dapat mjd kuat dan setia.
Anda tidak dapat mempercayai sesuatu yg tidak anda lihat, maaf.
Saya akan tunjukkan kpd anda bagaimana melihat Tuhan, kemudian anda dapat percaya padaNya, ya?
Tuhan adalah Cahaya. Tuhan adalah kasih sayang yg anda rasakan
ketika berhubungan denganNya, ketika anda bermeditasi,
ketika masa yg anda simpankan bagiNya.
Dan kemudian, bertambahan setiap hari, setiap minit,
anda akan terasakan kasihNya.
Bahkan tanpa bermeditasi,
bahkan sewaktu anda berjalan atau sewaktu anda sedang memandu,
anda akan berasa bahawa anda adalah satu dgn kasih itu.
Itu perasaan yg menakjubkan. Dan itulah cara bagaimana kita dapat percaya.
Anda faham? Itulah cara bagaimana kita dapat percaya.
Bagaimana anda melihat bahawa Tuhan sedang bersama anda?
Dan bilakah anda merasakan bhw Roh Suci itu adalah bersama anda?
Saya merasakannya setiap waktu!
Bagaimana saya mengetahuinya?
Bagaimana anda melihatnya?
Bagaimana saya melihatnya?
Apa yg saya lihat, saya tidak dapat beritahu anda,
tetapi saya dapat menunjukkan kpd anda sehingga anda dapat melihat hal yg sama. Ya?
Sebab apa yg saya minum, anda tidak mengetahuinya.
Apa yg saya minum, anda tak dapat merasakan. Apa yg saya makan, anda tak dpt berasa kenyang.
Tetapi saya dapat menawarkan anda makanan yang sama, sari buah yang sama,
kemudian anda dapat mengerti. Ya?
Tuhan bukanlah...
Saya berharap Tuhan berupa bunga fizikal yang dapat saya tunjukkan kepada anda.
Tetapi Tuhan juga ada dalam bunga², Tuhan ada di dalam sini.
Anda dapat lihat ini adalah manifestasi fizikal dari keindahan Tuhan.
Ini adalah manifestasi fizikal dari makhluk Tuhan.
Anda adalah manifestasi fizikal dari Tuhan.
Jadi jika anda ingin melihat fizikal...merasakan aspek fizikal dari Tuhan,
maka sentuhlah jiran anda, peluklah dia, ciumlah dia.
Itu adalah Tuhan dlm alam fizikal.
Tetapi jika anda ingin melihat Tuhan dalam kewujudan abstrak,
dalam kewujudan Cahaya, dalam kemegahan, dalam syurga,
maka saya harus menunjukkan kpd anda dgn cara yg abstrak, anda faham?
Ada dua cara: secara abstrak dan secara fizikal.
Secara fizikal, anda sudah melihatnya. Secara abstrak, saya akan menunjukkannya. Ya?
Nanti sewaktu kita kumpul bersama dan duduk dgn tenang, saya akan tunjukkanNya kpd anda.
Saya akan beritahu anda apa yg harus dilakukan dan di mana kita dapat menemukan Tuhan.
Sangat cepat, ya?
Bagaimana saya mengetahuinya?
Jika saya mencintai seseorang, adakah saya mengetahuinya?
Jika saya duduk di sini di Afrika, adakah saya mengetahuinya?
Seperti itulah untuk mengetahui Tuhan.
Sangat, sangat jelas! Tiada kesalahan tentang hal itu.
Saya hanya dapat menunjukkan kepada anda oleh anda sendiri.
Tetapi saya tidak dapat menunjukkan kepada anda secara fizikal,
sebab ini aspek kehidupan yang berbeza, ok?
Guru, saya memohon anda untuk menunjukkan kepada kita cara berdoa yang betul.
Ya, saya akan lakukan itu. Saya akan lakukan itu.
Setelah semua pertanyaan selesai, jika ada...
Ok, saya akan tawarkan anda tiga jenis layanan.
Yang pertama adalah layanan umum.
Setelah semua pertanyaan selesai,
anda duduk di sini bersama saya dan mengalami Tuhan, OK, untuk waktu yang singkat.
Dan anda dapat meneruskannya di rumah jika anda inginkan -
10 minit, 5 minit, bila masa anda inginkan.
Yang kedua adalah Kaedah Kemudahan.
Anda bermeditasi setengah jam setiap hari, ya?
Yang ketiga adalah sepenuhnya, keupayaan sedar utk menyedari Tuhan.
Itulah inisiasi.
Jadi anda pilih, ok?
Jika anda menginginkan inisiasi,
anda boleh meninggalkan bilik ini segera dan mendaftarkan diri anda.
Pilihan ini memerlukan masa beberapa jam untuk penjelasan.
Tetapi pencerahan berlangsung cepat,
dan anda boleh mengalami yg sama setiap harinya, atau lebih tinggi dan lebih tinggi.
Dan pilihan yg kedua, Kaedah Kemudahan, anda juga boleh mendaftar di luar.
Dan jika anda tidak mahukan keduanya, anda hanya mahukan rasanya,
maka anda tinggal di sini. Ya?
Setelah saya menjawab semua pertanyaan,
jika anda berasa hal ini menarik bagi anda, tinggallah, dan saya akan tunjukkan kpd anda.
Jika anda tidak menyukainya, silakan pulang ke rumah.
Saya berada di sini hanya bagi mereka yg bersedia.
Di manakah perbezaannya secara spiritual dalam kaedah anda?
Adakah Tuhan bersama kita, atau sebahagian dari kita?
Bagaimana dan apa yang akan kita alami semasa inisiasi?
Anda akan melihat Tuhan.
Anda akan melihat aspek Tuhan yang mana adalah Cahaya,
yang mana adalah berbeza... seperti melodi alam semesta.
Cara Tuhan bercakap dengan anda bukan dengan bahasa manusia.
Dia bercakap dalam suara merdu seperti suara air.
Disebutkan dalam Bible bahawa Dia bercakap seperti guruh,
seperti suara air yg banyak
Anda akan mengalami hal ini, dan lebih, lebih,
sebab Bible tidak mencatat segalanya.
Anda memiliki terlalu banyak pengalaman!
Anda tidak dapat menulis 1000 buku - tidak pernah cukup!
Jadi satu Bible tidaklah cukup.
Tapi sekurang²nya ada beberapa rujukan,
seperti Moses melihat Tuhan sebagai nyala api yg besar, ya?
Santo John memasuki Syurga Ketiga dan mendengar suara trompet.
Hal seperti itu, dll anda akan mengalaminya.
Anda akan mengetahuinya. Anda akan mengetahuinya.
Ini bukanlah sesuatu yg dpt kita jelaskan dgn bahasa, benar.
Anda akan hanya mengetahuinya ketika dekat dgn kehadiran Tuhan,
atau ketika anda menghubungi, ketika anda mengingati kembali.
Tuhan sentiasanya dekat! Ingatlah, ya?
Dunia berada dlm krisis buat masa kini: peperangan, pencemaran, penyakit, dsb.
Adakah kita secara kolektif menciptakan krisis ini
hanya demi kita dapat mengalami kemuliaan yang lebih besar?
Ya.
Tetapi kita seharusnya dapat melakukannya dgn lebih baik saat ini, sebab kita tahu yang lebih baik.
Itu suatu kesalahan.
Sekarang kita harus memperbaikinya. Ya?
Kita tidak dapat terus berbuat kesalahan, dan berkata,
"Ok, saya menciptakan semua ini agar saya dapat mengalami syurga."
Ya! Terdapat sebahagian yg menciptakan kerusuhan,
dan terdapat bahagian yg menciptakan syurga, jadi kita harus membuatnya seimbang.
Kita tidak boleh terus memusnahkan dunia kita dgn pencemaran,
dengan menumbang hutan, dan dengan peperangan.
Tiba masanya untuk bangkit! Tiba masanya untuk bangkit!
Kita telah cukup banyak menderita.
Guru, apa yang terjadi jika anda meninggalkan dunia ini?
Akankah orang² lain yg melanjutkan keturunan Guru?
Siapa yg akan menginisiasi org² ? Siapa yg akan membimbing kami?
Oh Tuhan! Anda terlalu khuatir. Saya masih muda dan cantik...
Pada saat itu, anda akan tahu. Ya?
Ok? Tuhan akan membuat keputusan,
Tuhan akan memutuskan samada terdapatnya seseorang untuk melanjutkan,
dan Dia akan memberitahukan anda.
Jika anda bersedia, segalanya akan diketahui anda.
Jika anda belum bersedia,
sekalipun jika seribu Guru datang, tiada gunanya. Ya?
Jika anda bersedia, segalanya akan diketahui anda.
Jangan khuatir, ok?
Sementara ini, dapatkan inisiasi selagi saya masih di sini!
Si Guru mati tetapi roh-Nya tidak mati,
jadi anda akan terus dibimbing sampai anda menyelesaikan perjalanan anda.
Siapapun yg diinisiasi oleh seorang Guru akan berlanjut seperti itu.
Tiada masalah jika Guru meninggal dunia.
Dan yang baru akan datang jika Tuhan menghendaki demikian. Ya?
Dalam Bible tertulis,
"Bertaubatlah dari dosa anda, maka doa anda akan dijawab."
Pertanyaan saya adalah, bagaimana Tuhan menjawab doa dari seorang pendosa?
Pertanyaan anda sedikit tidak lengkap daripada seharusnya.
Ini adalah bahagian ketika Tuhan bercakap kpd org²
yg membunuh banyak haiwan untuk persembahan.
Maka Dia berkata, "Siapa yg menyuruh anda membunuh semua biri² betina & lembu² jantan ini
untuk membuat persembahan bagiku?
Tangan anda penuh dgn darah!
Anda harus berhenti membunuh makhluk yg tidak berdosa ini.
Jika tidak, ketika anda berdoa, aku tidak akan menjawabnya;
ketika anda memohon, aku akan memalingkan wajahku."
Jadi itulah yg ada dalam bahagian itu.
Jadi sebenarnya, dlm Bible, disebutkan juga bahawa
kita seharusnya tidak membunuh untuk persembahan, apalagi untuk memakannya.
Ya, sebab Tuhan menciptakan mereka untuk kesenangan kita, bukan untuk membunuhinya.
Namun demikian, jika kita bertaubat, tentu saja itu berertinya kita...
Bertaubat bukanlah bererti kita harus berasa bersalah dgn apa yang kita lakukan, ok?
Kita berbuat apa yg kita lakukan - ia adalah sebahagian dari permainan.
Ia adalah sebahagian dari proses kita dalam mengenali Tuhan.
Jadi kini kita telah cukup membuat tindakan bukan Tuhan,
jadi sekaranglah saatnya untuk kembali kpd tindakan berketuhanan.
Maka saat kita membuat keputusan untuk menghentikan tindakan yg bukan berketuhanan
dan kembali kepada tindakan yang berketuhanan,
pada saat itu, Tuhan memberikan kita jawapannya segera, spt hari ini.
Tidak peduli berapa banyak orang yang berbuat dosa
atau apa pun yang anda lakukan, anda tak perlu memberitahukannya kepada saya.
Pada saat anda duduk untuk mendapatkan inisiasi,
Tuhan akan datang pada anda.
Jadi itu bererti jika anda bertaubat dari dosa-dosa anda,
maksudnya anda tidak melakukannya lagi, Tuhan akan muncul di hadapan anda.
Dia akan muncul hari ini, jika nanti anda duduk untuk sementara waktu.
Sebenarnya, beberapa dari anda di sini sudah mengalami Cahaya.
Bukankah benar?
Bolehkah anda mengangkat tangan jika anda mengalaminya? Terima kasih banyak...
Oh, Tuhanku! Anda begitu spiritual! Terima kasih banyak.
Ini pertama kalinya saya di Afrika. Saya beritahu anda, Tuhan tidak menyebelah.
Dia mengasihi kita semua.
Segera apabila anda menginginkan-Nya,
segera apabila anda merindukanNya dengan ikhlas, Dia ada di sana -
bahkan anda belum bermeditasi, bahkan saya belum menunjukkannya kpd anda.
Lihat? Tuhan adalah maha-kasih, tiada apa lagi!
Jangan sekali takut akan Tuhan! Dia sentiasa mengasihi kita.
Asalkan kita menginginkan Dia, Dia akan datang:
Dia mengasihi kita, Dia memberkati kita,
Dia menganugerahi kita dgn semua hal dlm hidup ini dan sesudahnya.
Haruskah kita membunuh serangga - lalat, lipas, kutu, dsb?
Ya, anda boleh membunuh yg kecil, tetapi...
Tetapi ada beberapa hutang kecil yang harus dibiayai, ya?
Lebih baik membuat rumah anda bersih.
Dan melakukan beberapa pencegahan di luar rumah,
supaya ada bau-bauan, maka mereka tidak mendekati.
Jadi anda sebenarnya tidak perlu membunuh mrk, ya?
Kerana, Tuhan tidak menghukum, tapi hati sanubari anda berasa buruk.
Jika anda membunuh sesuatu, anda berasa,
"Tuhanku, dia begitu kecil, begitu tidak berdaya, dan saya membunuhnya begitu saja."
Sekalipun anda tidak terlalu merasakannya,
adakalanya hati sanubari anda akan bangun di malam hari
dan berasa sesuatu menggigit anda.
Dan itu adalah semut² atau lipas
datang, mengingatkan anda, menggigit anda: Anda tidak seharusnya berbuat seperti itu!
Bolehkah anda jelaskan apakah mimpi atau bermimpi itu?
Ok, ada dua jenis mimpi. Oh, tiga jenis mimpi.
Yang pertama seperti, semacam petanda nujam
atau ramalan akan peristiwa yg akan terjadi kepada anda.
Itu terjadi jika anda berada dlm tidur yang sangat, sangat lelap
dan lebih sedar akan masa depan dan masa lampau anda. Ok?
Jenis mimpi lainnya adalah apa saja yang anda inginkan pada siang harinya
atau yang banyak anda fikirkan pada siang hari sebelum anda tidur,
itu akan muncul dlm mimpi anda;
cuma sisa² dari kesan pada siang harinya.
Dan jenis mimpi yg terakhir adalah hal apa saja yang tidak masuk akal, tidak ada ertinya.
Hanya kumpulan semua jenis sampah di dlm otak anda,
dan kemudian ketika anda tidur ia terlalu penuh. Maka ia seolah-olah melimpah keluar begitu saja. Ya?
Dalam Bible, kita membaca bahawa
anak² Abraham membunuh haiwan untuk ayah mereka.
Adakah itu dosa?
Pada masa silam, orang² percaya untuk memberikan persembahan kepada Tuhan, ya?
Bahkan sekarangpun mereka masih melakukan hal itu.
Mereka bahkan membunuh haiwan²
sebagai persembahan kpd Tuhan di dlm tubuh mereka setiap harinya.
Jadi siapakah saya ini untuk mengatakan sesuatu itu? Ya?
Anak Abraham berbuat sesuatu. Itu urusannya!
Urusan saya adalah tidak membunuh haiwan apapun, ok?
Bagaimanapun, orang² memiliki cara hidup berbeza, pilihan yg berbeza utk mengenali Tuhan.
Mrk memilih utk melakukannya dgn cepat; mereka memilih utk melakukannya dgn lambat, ya?
Jadi itulah sebabnya saya katakan terdapat tiga jenis tawaran bagi anda.
Bagi anda yang ingin melakukannya dengan lambat atau secara lapang,
sebab bagaimanapun juga, anda memiliki kekekalan,
maka anda boleh merasakannya, beberapa minit.
Bagi anda yang sedikit lebih serius, memilih Kaedah Kemudahan.
Bagi anda yang benar² bosan dengan hidup ini
dan benar² ingin mengetahui Tuhan, tidak ingin apapun yg lain,
maka akan memilih utk mendapat inisiasi penuh, anda mengerti?
Saya di sini bukan utk mengkritik anda dan memberitahukan anda:
Anda makan daging, anda penuh dosa. Tidak, tidak!
Saya hanya mengingatkan anda akan banyaknya pilihan yg dapat anda buat.
Jadi putuskanlah sekarang pilihan mana yg anda pertahankan
atau pilihan mana yg anda lanjutkan atau kesempurnaan berikutnya yang anda pilih.
Ya? Pilihan berikutnya, atau tetap dengan pilihan ini
Ok? Ya?
Jesus Christ memberi makan kpd 5000 orang dengan roti dan ikan.
Ikan adalah daging. Adakah itu dosa?
Jesus juga menolong para nelayan mendapatkan lebih banyak ikan. Adakah itu dosa?
Tidak.
Dosanya adalah kita tidak memahami dia.
Dia tidak makan ikan. Dia juga tidak memberi makan dengan ikan.
Kita juga makan ikan setiap hari, tetapi makan ikan vegetarian.
Kita juga menyebutnya ikan.
Kita menyebutnya hamburger, adakalanya kita menyebutnya hamburger vegetarian.
Adakalanya kita malas, kita menyebutnya hamburger.
Kami mempunyai sesuatu yg spt ayam, kami mempunyai sesuatu yang seperti ikan yang dikukus.
Semuanya adalah vegetarian. Rasanya lazat!
Dan jika anda adalah seorang bukan vegetarian dan pertama kali anda merasaka mereka:
penampilannya seperti ikan, rasanya seperti ikan,
anda mungkin tidak mengetahuinya!
Jika kami memberitahukan anda bahawa...itu adalah ikan, anda akan mempercayainya.
Jika kami memberitahukan anda bhw itu adalah hamburger, anda akan mempercayainya.
Jesus adalah keturunan dari suatu kaum
yang telah bervegetarian selama ribuan tahun.
Jika anda ingin melakukan siasatan lebih lanjut tentang kehidupan Jesus,
anda perlu lebih banyak masa.
Dan juga, dia pergi utk belajar di India selama 13 tahun.
Itu adalah bahagian Bible yg hilang yg tidak dapat anda jelaskan.
Dan jika dia belajar di India,
dan semua yogi di sana, para guru, bervegetarian,
bagaimana dia boleh makan daging kembali?
Itu adalah dua faktor yang anda telah lalaikan.
Tentu saja, Bible tidak boleh mencatat semuanya bagi anda.
Anda harus melakukan beberapa siasatan!
Ya, gereja tidak mahu anda menjadi malas,
dan menerima saja segalanya.
Anda harus kreatif dan rindu akan...
Jika anda rindu untuk mengenali kehidupan Jesus, Anda harus melakukan siasatan sendiri,
bacalah lebih banyak buku dan sejarah dan fakta-fakta
dan penemuan-penemuan yang lebih baru dan semua itu. Ya?
Namun demikian, para nelayan yg direkrut oleh Jesus,
dia tidak menyuruh mereka untuk menangkap ikan lagi.
Dia berkata, "Datanglah, saya akan mengajarkan anda untuk menjala manusia." Bukan?
Ya, dia berkata, "Letakkanlah jalamu, saya akan mengajarkan anda bagaimana menjala manusia." OK?
Tetapi kerana mrk adalah nelayan,
adakalanya Jesus menggunakan istilah para nelayan utk bercakap dgn mrk.
Misalnya, "Ok, hari ini kita menangkap seekor ikan besar,"
ertinya saya mendapat seorang yg baik untuk diinisiasi.
Adakalanya kami juga mengatakan hal yang sama! Ya, sebab...
Mengapa saya memahami semua ini? Sebab saya mendapatkan ajaran langsung!
Jika anda ingin memahami, anda juga memerlukan ajaran langsung.
Saya beritahu anda bhw saya akan tunjukkan anda bgmn memperolehi ajaran langsung dari Jesus.
Kemudian anda dapat berdebat dgnnya & dia akan beritahukan anda bhw dia tidak makan ikan.
Guru yang malang!
Ya, setiap orang mengatakan bahawa dia melakukan itu, dia melakukan ini,
dan dia akan memberitahukan anda hal yang berbeza, tetapi anda tidak dpt mendengarnya.
Jadi demikianlah, anda ingat betapa sukarnya bagi Jesus,
betapa banyak orang yang menyusahkan dia dan menyiksa dia dan murid-muridnya?
Jadi mereka harus bercakap dalam kod. Ya?
Misalnya, "Hari ini kita akan menangkap ikan besar,"
atau sesuatu seperti itu... atau, "Ayuh kita menangkap ikan."
Jika dia benar² perlu menangkap ikan, dia tidak akan memberitahu 12 muridnya, misalnya:
"Mari! Lupakanlah. Saya akan mengajarkan anda bagaimana menjala manusia."
Sekarang anda mengerti, ok? Ok. Terima kasih.
Jesus tidak makan apapun yg akan menimbulkan penderitaan bagi makhluk² lainnya.
Dia tidak akan, ya?
Dia seorang yg sangat rendah hati.
Di berjiwa agung,
tetapi di luarnya sangat rendah hati dan penuh pengorbanan diri.
Dia tidak memerlukan ikan untuk meneruskan hidupnya.
Begitu banyak makanan² di planet ini yg dapat dimakan untuk meneruskan hidup anda.
Apakah pendapat anda mengenai para rasul?
Di manakah syurga? Adakah ia merupakan sebahagian dari alam semesta?
Para rasul? (Ya.)
Mereka adalah murid² paling dekat kpd Jesus
untuk menyebarkan mesejnya ketika dia tidak berada di sana,
memberikan inisiasi kpd orang², menjelaskan cara bermeditasi dan semua itu, ya?
Dan syurga bukanlah sebahagian dari alam semesta, ya.
Syurga adalah ciptaan kita sendiri, sikap kita sendiri.
Misalnya, ketika anda bahagia, anda jatuh cinta,
anda berasa anda berada di syurga.
Tidak peduli di manapun anda, meskipun anda memiliki pondok yg kecil, anda pun berasa bahagia.
Dan ketika anda sedih,
ketika seseorang mengancam anda, ketika anda berasa tertekan,
meskipun anda tinggal di istana, anda berasa seperti neraka. Ok?
Jadi jika kita berhubung dgn Tuhan, setiap hari kita berasa seperti syurga.
Itulah sebabnya dikatakan syurga dapat di sini dan saat ini.
"Lihatlah! Kerajaan Tuhan sudah dekat."
Tidak jauh.
Dalam kebudayaan kami, kami membunuh haiwan sebagai korbanan.
Adakah ini dosa?
Itu cara hidup anda - anda memilih cara hidup demikian jika itu yang anda inginkan.
Anda adalah Tuhan. Anda memutuskan anda ingin menjadi apa.
Jika anda ingin mewakilkan diri anda
sebagai seorang yg membunuh haiwan utk persembahan, maka anda lakukan hal itu.
Jika suatu hari anda memutuskan,
"Ok, saya tidak ingin menjadi seorang penyembilih,"
maka anda berubah, anda tidak menyembilih lagi.
Anda mewakilkan diri anda seorang yang bukan keganasan dan bukan pembunuhan.
Itu pilihan anda! Itu pilihan anda.
Di mata Tuhan, itu bukan dosa.
Itu hanyalah pilihan anda untuk menjadikan diri anda
apa yang ingin anda tunjukkan kepada diri anda
atau ingin menunjukkan kepada dunia atau menunjukkan kpd Tuhan, ya?
Anda dapat memperkenalkan diri anda sebagai: "Ok, saya seorang jurutera."
"Saya seorang pendeta." "saya seorang guru."
"Saya seorang yogi."
"Saya seorang pempraktik rohani yang bervegetarian."
Atau, "Saya penyembilih haiwan."
Ya, apapun yang anda inginkan!
Ya, itu terserah kpd anda.
Saya di sini bukan untuk menyalahkan sesiapapun,
hanya meletakkan di hadapan anda pilihan² yg berlainan
yg dapat atau ingin anda buat atau berfikir utk membuatnya. Ok?
Bila masa saja kita boleh mengubah hidup kita dengan membuat pilihan yang berbeza.
Dan itu sudah pasti. Ok?
Di dalam nama Tuhan, tiada dosa, tidak ada dosa! Tuhan sentiasa mengasihi kita.
Apapun yang kita lakukan adalah utk pengalaman kita sendiri, ya.
Guru terkasih,
haruskah kita mendedikasikan hidup kita untuk berkhidmat kpd orang miskin atau sakit,
atau mungkinkah kita akan mengganggu pilihan atau karma mrk?
Tidak, tidak! Tidak.
Kita harus mendedikasikan hidup kita bila masa saja atau apa saja yg dpt kita berdedikasi,
untuk menolong saudara² dan saudari² kita, baik dalam rohani atau kebendaan.
Ya, kita adalah satu! Jika dia lapar, anda juga lapar.
Jika dia haus, sama seperti anda yg haus.
Ia seharusnya seperti itu.
Ia bukan semestinya! Ia adalah perasaan di dalam.
Misalnya,
jika anda melihat ssorg kelaparan dan kehausan dan hampir mati
dan anda berasa sangat menderita seakan diri anda berada di dlm situasi itu,
maka anda menolong dia.
Itulah ukuran kasih anda, tahap belas kasihan anda.
Bukan semestinya!
Ia bukan suatu petua yg harus diikuti; ia adalah perasaan di dlm hati anda.
Jika anda tahu anda berasa bhw anda harus menolong orang itu,
itu berertinya anda memiliki kasih di dlm hati anda, dan anda seharusnya berasa gembira.
Itulah satu-satunya ganjaran, bhw anda mengetahui bhw anda memiliki kasih sayang.
Dan anda harus melakukannya, ya.
Oh, terima kasih.
Saya berasa banyak kasih sayang, tetapi terperangkap dlm diri saya.
Bolehkah anda menolong saya menyebarkannya ke alam semesta?
Sebarkanlah. Itu kasih sayang anda!
Jika anda mengasihi, lakukan sst!
Jika anda mencintai, seperti jika anda mencintai seorang kekasih,
beritahukanlah dia bahawa anda mencintainya, lakukan sesuatu baginya,
berikanlah bunga, pelukan, ciuman, berasmara, lakukan apa saja.
Jadi sama juga, jika anda mengasihi semua orang, maka lakukanlah sesuatu.
Lakukan sesuatu yg anda fikir akan membuat orang² merasakan kasih anda,
atau siramilah mereka dengan kasih anda.
Lakukan! Anda tahu apa yg harus dilakukan. Anda memiliki Tuhan dalam diri anda.
Lakukan sejujurnya dgn perasaan anda.
Setiap org melakukannya dgn cara yg berbeza. Saya tdk dpt beritahu anda apa yg harus dilakukan. Ok?
Seperti yang anda katakan, tidak ada neraka setelah mati.
Apa yang terjadi sesudahnya,
kepada mereka yg tidak mengikuti perintah Tuhan dan kitab suci?
Apa yang terjadi?
Mereka harus belajar lagi pelajaran kasih sayang.
Mungkin mereka harus belajar dengan cara yang susah,
dan kita menyebutnya neraka, ya?
Dia harus melalui penderitaan juga
untuk memahami bahawa penderitaan adalah tidak baik,
dan bahawa dia jangan melakukan hal itu lagi.
Jadi agaknya, dia akan masuk semacam hospital,
agar dia dapat menyembuhkan bahagian yang sakit. Ya?
Sesiapa yg menimbulkan penderitaan bagi orang lain,
dia sedang sakit pada suatu tempat dalam rohaninya.
Maka setelah dia sembuh, dia menjadi seluruh kembali, ya?
Jadi tidak ada neraka, tidak ada dosa.
Itu hanyalah jalan yang dipilih oleh orang² utk menjalani hidupnya
yang membawa mereka kepada akibat² yang berlainan.
Itulah sebabnya dalam Bible dikatakan:
"Apa yang kamu tabur, itulah yang kamu tuai." Ya?
"Jangan menghakimi, supaya kamu tidak dihakimi."
Jadi jika kita tidak mahu menabur
akibat yang buruk di masa depan,
maka kita harus menabur...
Jika kita tidak mahu menuai akibat buruk di masa depan,
maka kita harus menabur benih yg baik sekarang, faham?
Itulah sebabnya Bible memberikan bimbingan spt, ok:
"Jangan membunuh, jangan berbohong, jangan mencuri,"
hal-hal seperti itu.
Jadikanlah itu bimbingan dalam hidup kita
supaya kita menuai buah yg baik di masa depan.
Jika kita beriman kepada Tuhan,
mengapa kita harus menderita dan doa-doa kita tidak dijawab?
Kerana anda harus meningkat ke tingkat kesedaran Tuhan untuk mengetahui ini.
Ya, maka kemudian anda akan terpuaskan.
Bahkan apabila anda kembali ke kehidupan fizikal ini,
setelah anda mengetahui betapa Tuhan mengasihi kita,
melalui pengetahuan spiritual,
anda kembali ke kehidupan ini, anda tidak akan mengadu lagi.
Anda tahu segalanya, mengapa ini terjadi, mengapa itu terjadi,
semuanya demi kebaikan kita.
Kita akan selalu bersyukur setiap hari. Ok?
Anda harus mengenal Tuhan dahulu, ya.
Berapa pentingnya 10 peratus dari penghasilan kita
bagi Tuhan?
Berapa penting? (Berapa penting...)
Ya! Itu penting, sebab anda mengasihi.
Itu kasih sayang anda.
Bukannya kerana sepuluh peratus itu, tapi kasih sayang yg ada bersamanya.
Kasih sayang utk berkongsi apapun yang anda miliki
dengan orang lain yang kurang beruntung.
Itu adalah penting.
Ketika seseorang meningkat melampaui tubuh fizikalnya,
bagaimana membezakan antara keadaan yang sebenarnya
dengan, misalnya, halusinasi?
Ya, ada cara utk membezakannya.
Saya akan ajarkan anda pada saat inisiasi.
Tetapi hanya bagi orang yang ingin mendalami dimensi spiritual
harus mempelajari semua hal ini.
Bagi orang yg belajar Kaedah Kemudahan dan bagi semua yang tidak benar-benar...
sebab anda tidak bermeditasi terlalu lama, anda tidak pergi terlalu mendalam.
Jadi tidak terlalu berisiko.
Ya! Semakin besar bisnesnya semakin besar risikonya.
Jadi kami harus menunjukkan kepada anda cara melindungi diri anda. Ya?
Tetapi jika anda bermeditasi selama 10 minit, 20 minit, tiada masalah.
Tidak ada apapun yg mengganggu anda.
Anda hanya releks, menenangkan fikiran anda,
jadikan bisnes semakin baik, tidur semakin nyenyak, makan cukup, itu saja!
Mengetahui Tuhan sekali-sekali, tidak ada bahayanya. Ok?
Perlukah datang ke gereja setiap Ahad agar diingatkan,
atau ssorg tetap dapat ingat dirinya dgn berkomunikasi kpd Tuhan melalui hatinya?
Melalui hati. Ya, jika anda boleh.
Jika anda dapat berkomunikasi dengan Tuhan melalui hati,
anda dapat berdoa dalam kamar tertutup,
spt dikatakan dlm Bible, ya?
Gereja wujud sesudah Jesus.
Gereja adalah organisasi yang mengumpulkan orang-orang
yang beriman kepada Tuhan dan ingin berdoa bersama-sama.
Sama seperti, misalnya, kumpulan kami.
Setiap Ahad, kami berkumpul di suatu tempat.
Tempat itu dpt juga disebut sebagai gereja, tetapi kami memanggilnya pusat meditasi.
Dan kami bermeditasi sepanjang hari pada hari itu
hanya untuk mengenali Tuhan lebih intensif dari hari lainnya,
krn kami selalu sibuk setiap hari.
Jadi itulah erti sebenarnya dari pergi ke gereja setiap hari -
untuk lebih banyak berkomunikasi, berkomunikasi dgn mendalam,
dgn Diri Sejati kita, dgn Tuhan.
Tetapi jika anda...
Dan itu lebih kuat, anda tahu, jika anda bermeditasi bersama.
Jika anda ingin tidur dan anda melihat jiran anda duduk tegak,
anda berasa malu, jadi anda juga duduk tegak.
Itulah tujuannya.
Dan anda menolong satu sama lain dalam kuasa bersama.
Tetapi jika anda sudah mengetahui Tuhan, di mana saja anda duduk adalah gereja.
Anda harus pergi ke gereja di dalam (batin) setiap hari, bukan hanya pada hari Ahad.
Saya ingin tahu di manakah rahsia Tuhan sebenarnya,
dan menjadi vegetarian bolehkah saya menghisap marijuana?
Ya, ya! Marijuana adalah vegetarian, betul?
Saya tahu apa yg anda cuba katakan, ya.
Namun demikian, di manakah rahsia Tuhan yg sebenar?
Itu anda harus carikan.
Saya akan tunjukkan kpd anda bgmn menemukanNya, tapi anda perlu menemukan-Nya sendiri, ya?
Saya tidak dapat jelaskan tentang Tuhan dalam istilah fizikal.
Semakin saya jelaskan, semakin saya menyesatkan anda.
Ya, saya boleh tunjukkan Tuhan kepada anda. Itulah yang dapat saya lakukan.
Dan marijuana, menurut pendapat saya,
itu tidak diperlukan bagi diet vegetarian.
Jadi jangan sertakan itu.
Meskipun itu adalah sayuran,
itu bukanlah sayuran yg membawa manfaat bagi meditasi anda,
jadi jangan menggunakannya. Baik?
Dia juga ingin mengetahui samada dia boleh makan marijuana.
Anda begitu lapar!
Anda tidak hanya ingin merokok, anda memakannya. Tuhanku!
Begitu banyak sayuran, mengapa anda...tidak cukupkah?
Saya cadangkan anda makan taufu, ok?
Ya, anda boleh memasak bayam. Itu lebih baik bagi anda.
Apa saja yg membuatkan kesedaran kita kabur,
dan tidak jelas,
itu bukanlah jalan Tuhan.
Jalan Tuhan - tidak perlu bantuan fizikal, tidak perlu apapun, sebab Tuhan adalah Tuhan!
Anda tidak dapat mengubah Dia, Anda tidak dapat membuat Dia datang lebih dekat,
anda tidak dapat membawa Dia ke tempat yang anda inginkan
hanya kerana marijuana atau apapun juga.
Anda hanya dapat mengetahui Tuhan. Itu saja!
Dengan suci, sederhana, mengetahui Tuhan.
Hanya berkonsentrasi, lupakan hal dunia,
dan berkonsentrasilah pada bahagian Tuhan, maka anda akan melihat Tuhan.
Saya hanya tunjukkan anda, itu saja. Tidak perlu apapun.
Dan kita makan makanan vegetarian sebab
kita harus makan sedikit sesuatu untuk memelihara tubuh ini.
Jadi janganlah terlalu berlebihan juga dalam kefahaman vegetarian.
Apapun yang kita makan untuk memelihara tubuh ini,
cukup zat untuk mempertahankan jiwa kita,
itu sudah cukup baik, ok?
Kita di sini bukan utk makan.
Kita di sini utk mengetahui Tuhan. Ya?
Pertanyaan dari orang yg sama:
Adakah saya miskin disebabkan pemikiran atau kepercayaan saya?
Kita miskin kerana kepercayaan kita.
Tapi sekarang sudah terlambat, ok?
Planet kita telah dibawa kepada kepercayaan bhw kita telah berdosa
dan kita telah dihukum kerana dosa kita, dan semua hal seperti itu, dan jadi...
Kita harus menjalani kehidupan yang kaya di sini, tapi...
Sebelum era ini, kita pernah memiliki era keemasan.
Pernahkah anda mendengarnya, ya?
Pada Era Keemasan, ya? Jauh di masa lampau. Ok.
Pada era itu, org² mengenali Tuhan, percaya kpd Tuhan,
kerana mereka melihat Tuhan, mereka merasakan kasih Tuhan.
Pada masa itu, tidak ada ajaran
seperti Tuhan yang penuh dendam, Tuhan yang cemburu,
malah tiada ajaran seperti neraka, sebab mana² saja adalah syurga.
Tapi kemudian, beberapa org jahat menciptakan ketakutan ini
untuk mengendalikan penduduk.
Lambat laun, ketakutan ini perlahan-lahan menyusup ke dalam kesedaran kita
dan lambat laun kita mulai percaya bhw kita penuh dosa, kita jahat,
kita tidak dapat mengenali Tuhan sebab kita telah ditinggalkan,
kita lahir dalam dosa, kita selalu berdosa,
dan semua yang kita lakukan adalah dosa, bla, bla, bla...
Jadi kesedaran kita menjadi keadaan seperti itu.
Itulah sebabnya kita juga gagal dalam bisnes kita,
kita bertambah miskin, kita kehilangan banyak kesenangan,
termasuk dalam hal kebendaan.
Tapi saat ini sudah sedikit terlambat untuk perubahan besar.
Seluruh kesedaran planet ini
telah berakar ke dlm cara pemikiran ini.
Tapi tidak terlalu terlambat bagi anda!
Jika anda bersedia utk berubah, ubahlah hari ini!
Percayalah apa yang saya katakan kepada anda,
dan alamilah kasih Tuhan di dalam anda sendiri setiap hari.
Kemudian anda akan lihat bagaimana hidup anda berubah.
Anda akan tahu bhw Tuhan benar² adalah kasih sayang
dan apapun yang anda mintakan sudah tersedia di sana. Ok?
Apakah perbezaan antara cara meditasi anda
dengan bercakap atau berdoa dengan lidah?
Sebab dikatakan bhw bercakap dgn lidah adalah bercakap dgn Tuhan?
Seberapa benarnya hal itu?
Keduanya adalah benar.
Tahap pemahaman berbeza akan Tuhan. Ya? Ok.
Dlm cara kami, bahkan kami tidak bercakap
Kita bahkan tidak bercakap dengan mulut atau lidah.
Kita tidak menggunakan sebarang instrumen fizikal.
Kita menuju langsung ke syurga,
menikmati hidup riang tanpa tubuh fizikal ini, ya?
Dan Tuhan tidak bercakap dgn kita dalam bahasa manusia.
Kadang-kala dia melakukannya juga.
Tetapi kita tidak bercakap dengan suara kuat,
atau kita tidak perlu lakukan apapun, kita hanya berkomunikasi;
dan kita memahami dengan cara Tuhan, cara syurgawi,
yaitu cara yang senyap. Ya.
Guru terkasih, apakah kesukaran²
yang telah anda alami dalam hidup anda?
Sila berkongsi dengan kami.
Wah! Saya tidak menganggap apapun sebagai kesukaran²,
meskipun pada saat itu saya mengadu, ya, seperti kita semua.
Saya mengadu, saya katakan: "Mengapa? Saya tidak menyukainya!"
Tetapi tentu saja, saya tahu hal itu baik bagi saya, ya?
Kesukaran apapun akan memperkuat jiwa dan tekad kita untuk menemukan Tuhan,
untuk membuat kita tahu bhw
selama kita masih terikat pada dunia fizikal yg sementara ini,
kita akan selalu menghadapi kesukaran.
Tidak ada kesukaran di syurga, jadi bila masa kita meninggalkan tubuh ini
semasa bermeditasi atau berkonsentrasi secara mendalam, dan pergi ke syurga,
kita mengalami semua kebahagiaan dan keindahan.
Kemudian apabila kita kembali ke dalam tubuh fizikal ini,
masih tersisa sejumlah berkat
agar hidup kita menjadi semakin lancar dan baik.
Jadi kesukaran juga merupakan berkat tersamar. Ya? Tiada masalah!
Saya boleh menulis buku tentang kesukaran hidup, tapi mengapa?
Saya lebih suka menulis buku ttg berkat yang saya nikmati.
Guru terkasih, terima kasih atas kebijaksanaan anda.
Bagaimana anda akan memilih pewaris utk melanjutkan pekerjaan fizikal anda di sini
setelah anda meninggalkan kami?
Saya belum memutuskannya.
Itu terserah kpd keputusan Tuhan.
Jika waktunya tiba, Tuhan akan beritahu saya, ya?
Dan saya akan beritahu anda ... mungkin!
Atau anda harus menemukannya sendiri, ya?
Ok, jika saya memiliki satu, saya akan menuliskannya, ok?
Nama, tempat, tarikh kelahiran, kemudian anda dpt mengenalinya.
Kemungkinan dia memiliki sebuah hidung di tengah, dua telinga,
maka anda dpt mencarikan dia (laki² atau wanita), apapun.
Tapi saya belum berputus lagi, ok? Saya belum cari satu lagi.
Maaf, anda bergegaslah, mungkin Tuhan beritahu anda bhw,
"Ok, andalah pewarisnya." Dan kemudian anda beritahukan saya, ya?
Siapakah iblis itu? Dari manakah dia berasal?
Ke mana dia akan berakhir nantinya? Mengapa Tuhan tidak memusnahkan iblis ini?
Adakah iblis itu merupakan sebahagian dari kesatuan yang mana telah anda katakan?
Ya, dia adalah sebahagian dari kesatuan.
Dia bekerja untuk Tuhan,
agar kita tahu apa yang betul, apa yang salah,
agar kita tahu cara menahan godaan,
agar kita dpt meningkatkan diri kita dan semakin dekat dgn Tuhan. Ya?
Sebenarnya tidak ada hal tentang iblis!
Hanyalah ujian, hanyalah latihan. Kita melatih diri kita.
Jika kita ingin melatih diri kita dengan cara yang keras,
kita memilih jalan hidup kita yang keras sebelum kita dilahirkan,
untuk melatih diri kita mengalami hal-hal yang ingin kita alami
untuk dapat menemukan Tuhan dalam jalan kita.
Guru terkasih: kad Tarot, aura, penyembuhan Reiki,
adakah ini buruk walaupun jika hal ini dilakukan utk kebaikan orang lain?
Tidak, itu tidak buruk.
Saya sudah beritahukan anda, segalanya adalah perbezaan dalam tingkat pemahaman akan Tuhan.
Jururawat tidaklah buruk. Doktor tidaklah baik.
Mereka hanya bekerja dalam cara yang berbeza, ya?
Pekerjaan yang berbeza.
Tetapi jika anda ingin menjadi seorang doktor,
maka anda harus berhenti menjadi jururawat dan belajar lebih lanjut.
Itu saja, ya?
Jadilah penyembuh tanpa menyembuhkan, seperti Jesus, ya? Ok?
Bagaimana saya mengatasi semua masalah yg saya miliki
dan mengembalikan fokus saya dan kesalahan saya diampuni?
Saya ingin mengubah hidup saya dan menjadi orang baik lagi.
Ya, maka ubahlah.
Pertama sekali, apapun yg anda tidak sukakan dari diri anda, ubahlah! Ya?
Misalnya, anda suka berbohong, sekarang jangan berbohong! Hanya mengatakan kebenaran.
Anda suka mengambil barang² milik orang lain,
berhentilah melakukan hal itu dan sebagai gantinya berikanlah milik anda. Ya?
Atau dapatkan inisiasi dan jadilah tercerah.
Adakah adanya hal yang seperti nasib sial atau kutukan pd kita?
Dan bilakah kita akan terbebas dari hal itu?
Tidak seorangpun dpt mengutuk anda, tidak ada nasib sial yang dapat mencelakai anda,
jika anda memilih berjalan sebaliknya. Betul?
Berjalanlah sebaliknya.
Berjalan dalam jalan Tuhan, maka semua nasib sial akan menjauhi anda.
Tetapi adakalanya, sebab karma yg sudah anda buat,
maka akibatnya masih ada selama beberapa waktu. Ok?
Bertahanlah! Kita hidup di sini tidaklah lama.
Jangan khuatir!
Mengapa kita tidak boleh diinisiasi dan tidak boleh dibatasi?
Mengapa kita tidak boleh makan daging dan minum alkohol?
Jadi anda ingin menjadi Tuhan yg pemakan daging dan Tuhan yg pemabuk?
Anda sudah seperti itu!
Jika saat ini anda makan daging dan minum arak,
anda sudah menjadi Tuhan yg pemabuk dan Tuhan yg pemakan daging setiap hari!
Saya fikir anda ingin berubah menjadi sesuatu yang berlainan.
Jika anda tidak ingin berubah, maka tetaplah seperti itu.
Anda sendirinya sudah adalah Tuhan. Ya?
Tetapi jika anda ingin mengubah diri anda ke tingkat yg lebih tinggi,
maka anda harus meninggalkan bahan pengganti berjenis rendah ini
untuk memperolehi kemabukan yang lebih agung, lebih tinggi di dalam kasih sayang Tuhan
dan lebih menyegarkan dalam tubuh Jesus. Anda faham?
Dalam tubuh spiritual Jesus, ya.
Terdapat banyak agama,
seperti agama Kristian dan agama tradisional Afrika.
Agama manakah yg tepat bagi Afrika?
Juga, dengan menganut agama lain, adakah hal ini membuatkan nenek-moyang kami marah?
Tidak! Tidak.
Semua agama baik bagi Afrika jika anda mempercayainya, ya?
Saya hanyalah menunjukkan jalan kepada anda
untuk benar² berhubungan dgn sumber dari agama anda.
Hanya ada satu Tuhan,
dan orang² menemukan jalan yg berbeza untuk sampai kepada-Nya.
Hanya adakalanya mereka tersesat di jalan yang simpang-siur,
maka saya di sini utk menunjukkan kpd mereka jalan yg terpendek, ya?
Saya datang ke sini bukan untuk mengubah agama anda.
Dan nenek-moyang anda tidak akan marah kepada anda,
sebab mereka akan terbebas melalui pencerahan anda,
melalui berkat anda.
Terima kasih untuk datang ke Afrika Selatan
dan membawa cinta dan kasih anda kepada orang² kami.
Saya berharap bhw tindakan kasih anda diteruskan oleh orang² Afrika Selatan.
Saya juga berharap demikian! Terima kasih banyak atas kasih anda.
Saya kira begitu!
Orang² Afrika Selatan sangat tercerah, sangat pintar.
Saya tidak bermasalah dengan anda.
Saya kira kita saling mengerti dgn sempurnanya, ya.
Itu adalah orang yang sama.
Semuanya percuma. Tolong beritahu kami siapakah yang menaja anda.
Siapa apa?
Siapa yang menaja anda? Siapakah penaja anda?
Ah, saya mencari nafkah sendiri.
Saya seorang pereka, tidakkah anda mengetahuinya?
Oh, kami tidak membawa semua rekaan saya ke sini,
tapi anda dapat melihat beberapa dalam gambar.
Saya mereka perhiasan, pakaian.
Saya tidak memakai rekaan saya hari ini,
saya memakai pakaian anda utk menghormati negara anda.
Dalam Bible dikatakan bhw kamu harus mencari nafkah untuk hidupmu sendiri
dengan mencucurkan keringat anda.
Jadi, itulah yg saya kerjakan. Ya?
Selain berkongsikan dgn anda berkat
yang Tuhan izinkan saya untuk melakukannya,
saya juga harus mencari nafkah utk memenuhi keperluan fizikal. Ya?
Saya perlu pengangkutan, saya perlu kereta, saya perlu tiket pesawat, dsb.
Jadi saya mencari nafkah seperti anda juga, ya?
Dan saya mengkongsikan apapun yg saya miliki dgn orang² lain.
Selain apa yg saya perlukan, saya mempunyai berlebihan.
Saya berkongsi dengan saudara² dan saudari² lainnya, ya.
Tiada org yang menampung saya. Saya menampung orang².
Tuhan menampung saya, ya.
Ketika anda berkumpul pd hari Ahad, adakah anda makan Perjamuan suci
sebagai peringatan akan Jesus?
Ketika saya pergi ke gereja pada hari Ahad? (Ya.)
Ya, saya makan roti Perjamuan suci, tetapi yg tidak terlihat oleh anda.
Ya, tubuh Jesus yang sejati.
Saya tidak memotong tubuhnya dan memakannya, tetapi saya bersatu dengannya.
Itulah roti Perjamuan suci saya.
Saya memperolehnya setiap hari, tidak hanya hari Ahad.
Di Afrika, dikatakan bhw kami memiliki angka yang tinggi dalam ***, AIDS.
Adakah Tuhan mengutuk atau menghukum benua kami dengan penyakit yg tak tersembuh ini?
Bagaimana kami dapat diselamatkan dari penyakit ini?
Di setiap negara,
ada pusat informasi tentang AIDS
atau tentang penyakit yang anda khuatirkan, ya?
Dapatkanlah informasi,
dan rawatlah diri anda secara fizikal, ya?
Jika tidak, jika anda juga berlatih rohani
dan mengamalkan petua²
dan anda berdiet vegetarian, anda menjalani hidup spiritual,
anda tidak perlu khuatir tentang pertanyaan ini.
Adakah Era Keemasan merupakan tanda kedatangan Jesus yang kali kedua?
Apakah Era Keemasan itu?
Era Keemasan adalah masa,
seperti suatu ketika di masa lalu atau banyak kali di masa lalu,
ketika kita mengalami kesatuan dengan Tuhan,
dan semua yang kita inginkan akan dipenuhi segera.
Kita dapat mengalami era keemasan saat ini
jika kita mempunyai hubungan ini dengan Tuhan.
Setiap hari adalah era keemasan bagi pelatih Quan Yin.
Sila jelaskan kepada saya, dari manakah asal kami orang² berkulit hitam,
sebab kami tidak wujud dalam Bible.
Adakah benar bhw kami adalah anak² yg dikutuk?
Sila jelaskan sebaik-baiknya. (Anak-anak apa?) Dikutuk.
Tidak! Ya, anda bergurau?
Anda lihat?
Inilah doktrin tentang ketakutan, doktrin tentang perasingan,
doktrin tentang penghukuman dan penghinaan
yang di masa lalu digunakan oleh orang² untuk menyakiti umat manusia
untuk memecah-belah kita dan menguasai kita.
Sebab bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh, dan mereka mengetahui hal itu.
Dan tidak hanya... ya.
Saya pernah jatuh cinta kpd seorang berkulit hitam. Apa betul?
Ya, sebenarnya...
Oh, Tuhanku!
Mengapa anda asal menanyakan hal ini? Tidak seharusnya timbul!
Ini hanyalah perbezaan warna! Sama spt bunga² di sini.
Lihat betapa banyak warnanya di sini.
Seandainya kita semua berkulit putih atau semuanya berkulit kuning seperti saya,
bukankah itu membosankan planet kita, ya?
Maka tidak ada Afrika Selatan yang dapat saya kunjungi.
Tidak ada warna lain yang dapat saya lihat.
Ketika saya melihat anda, saya berfikir tentang coklat. Mmm, enak!
Warna kegemaran saya, ya! Ya.
Dan anda tahu, semua warna adalah cantik.
Tidak ada perbezaan! Hanya bunga² yg berbeza.
Saya tidak tahu mengapa pertanyaan ini dapat muncul juga.
Tapi saya tahu mengapa, seperti yang sudah saya jelaskan.
Ini adalah perangkap, ini adalah muslihat,
dari orang² jahat, yg ingin menguasai orang².
Mereka tidak hanya berusaha memisahkan kita dari Tuhan,
menjadikan Tuhan sebagai orang atau makhluk yg menakutkan,
sebagai Tuhan yg penuh dendam dan memberikan hukuman,
tapi mereka juga memecah-belahkan kita secara keseluruhannya, sbg umat manusia, ya?
Berusaha memberitahukan orang² berkulit putih bhw orang² berkulit hitam itu jahat,
dan berusaha memberitahukan orang² berkulit gelap bhw orang² berkulit terang adalah jahat.
Ya! Setiap generasi, fikiran kita telah dipengaruhi utk berfikir spt ini,
itulah sebabnya kita menjadi, seperti, kebingungan,
dan kemudian kita cuba untuk memikirkannya lagi.
Adakah benar apa yang dikatakannya? Mungkin benar apa yg dikatakannya.
Beritahukan saya mengapa orang² berkulit hitam dikutuk!
Beritahukan saya mengapa! Satu alasan yang baik mengapa.
Dapatkah anda menjawabnya mengapa?
Jika anda tidak dapat menjawabnya, itu bererti bhw hal kutukan itu tidak wujud.
Apa perbezaan antara berkulit gelap atau berkulit terang,
berkulit kuning atau merah?
Apakah perbezaannya di sini?
Anda tahu mengapa anda berkulit hitam atau berkulit gelap,
krn anda banyak terkena matahari.
Bersembunyilah dalam rumah!
Tidak, saya sudah beritahukan anda, Tuhan itu berwarna-warni.
Dia adalah artistik.
Dia membuat buah²an berlainan warna. Dia membuat bunga² berlainan warna.
Dia juga membuat anjing² berlainan warna. Dia membuat gajah² berlainan warna.
Dia membuat burung² berlainan warna. Dia membuat orang² berlainan warna.
Kita seharusnya bahagia!
Dia hebat. Kita hebat, ya?
Bagaimanapun saya suka coklat, jadi jangan... Saya tidak peduli.
Jangan langsung berfikir seperti ini lagi, ya?
Jangan langsung bhw pertanyaan ini harus muncul dalam fikiran anda.
Anda adalah hebat!
Anda memiliki tradisi spiritual yang sangat lama dan mendalam.
Apa maksud anda bhw orang² berkulit hitam tidak disebutkan dalam Bible, ya?
Bagaimana dengan orang Mesir, Cleopatra? Dia berkulit hitam!
Ya! Moses, ya?
Orang² Mesir, ya, di mana Moses dibesarkan,
mereka juga kulitnya berwarna, mereka berkulit gelap.
Adakah maksud anda bhw mereka tidak disebutkan dlm Bible?
Adakah perlunya utk mengatakan berkulit gelap atau hitam
utk mengenali diri anda?
Anda adalah manusia.
Tidak ada hitam, tidak ada putih, tidak ada kuning, tidak ada apapun.
Kita adalah anak² Tuhan, selesai!
Ya, tiada masalah langsung.
Saya tidak melihat adanya masalah. Saya tidak melihatnya!
Bagaimana anda dapat melihat adanya masalah dengan warna² bunga²?
Saya tidak mengerti hal ini.
Ya? Adakah anda tahu?
Apakah anda tahu? Di Belanda...
Pernahkah anda ke Belanda, siapa yang pernah?
Ok, beberapa pernah, baik.
Tahukan anda di Belanda, mereka menanam bunga tulip hitam, ya?
Dan itu adalah yang termahal dan jarang ada,
sebab jumlahnya tidak banyak. Faham?
Apabila kita tidak ada yg hitam, mrk harus membuatnya, faham?
Seandainya tidak ada orang² berkulit gelap di sini, kita harus membuatnya,
kacukkan secara genetik, utk mendapatkan yg berkulit hitam.
Dan kemudian terjadilah, "Oh Tuhanku, dia berkulit hitam! Oh, Tuhanku!"
Anda tahu apa yg saya maksudkan? Seperti bunga tulip, tulip hitam.
Bunga tulip yang sangat hitam. Tidak terlahir begitu saja.
Mereka kacukkannya secara genetik. Mereka membuatnya dengan cara² saintifik.
Dan saya telah melihatnya... cantik!
Sangat hitam dan cantik! Dan sangat jarang, kerana tidak...
Seluruh kebun dipenuhi dgn berlainan warna.
Hanya sepetak kecil saja yg merupakan tulip hitam,
dan mereka menamakannya Raja malam
atau Ratu malam atau sesuatu seperti itu.
Nama yang indah!
Seandainya tidak ada orang² berkulit gelap, atau berkulit coklat di sini,
dan kita akan berasa ada sesuatu yg hilang, faham?
Dan kemudian kita akan berusaha keras di dlm makmal
utk menciptakan bayi berkulit hitam.
Dan mereka akan mengangkatnya:
"Oh, lihatlah dia! Bukankah dia cantik?"
Fahamkah yang saya maksudkan?
Jadi Tuhan telah mengetahui hal itu.
Dia menciptakannya bagi kita,
maka kita harus sangat bersyukur, bahagia dan bangga.
Ya, bangga menjadi berwarna!
Anda tahu berapa banyak... ya, terima kasih.
Ya, ya, anda lakukanlah dan kemudian saya beritahukan anda lebih banyak lagi.
Saya meminta maaf, kerana terlalu panjang memcakapkan hal ini.
Tidak kelihatan spiritual,
tetapi masalah ini sudah terlalu lama, jadi tidak peduli berapa lama saya cakapkan,
ia tidak kelihatan cukup lama utk menghapuskan salah faham yg sudah berlangsung lama ini
mengenai warna-warni ciptaan Tuhan.
Jadi saya harus cakap lebih lama.
Ah, apa? Saya lupa sekarang. Apakah itu?
Ah! Ok, warna.
Anda tahu berapa banyak ***
semua orang di negara² lain harus menghabiskan waktu di pantai,
betapa penderitaan mereka harus berbaring terbakar matahari,
untuk mendapatkan warna yang anda miliki?
Ayuhlah, anda bergurau!
Adakalanya saya juga harus berbaring dlm kehangatan matahari
untuk mendapatkan warna kulit yang saya miliki saat ini.
Jika tidak, adakalanya saya kelihatan terlalu pucat.
Jadi anda adalah jutawan Seorang jutawan sejak lahir.
Hanya jutawan² di Amerika atau tempat lainnya
yg dapat memiliki warna kulit spt anda,
kerana mereka menghabiskan banyak masa dan *** utk berjemur.
Tahukah anda hal itu? Anda tahu itu!
Jadi lain kali jangan tanyakan saya pertanyaan ini.
Beritahu diri anda bhw anda adalah jutawan - terlahir sebagai jutawan.
Tidak perlu memanggang diri anda di pantai selama berjam-jam.
Itu sungguh menderita, anda tahu,
untuk mendapatkan warna kulit seperti orang² Afrika.
Ya.
Guru, saya ingin mengetahui:
Ketika saya melihat gambar anda, sesuatu melanda saya.
Saya berasa harus datang ke sini untuk menemui anda,
sebenarnya untuk menemui anda secara fizikal.
Dan ketika anda memasuki dewan ini, saya terasa spt menangis.
Adakah sebabnya saya merasakan anda,
atau sebab saya mendapat kepuasan dlm mengetahuiTuhan?
Boleh jadi begitu.
Boleh jadi sebab anda merasakan Tuhan di dalam diri saya
yg memanifestasikan kasih sayang itu utk anda.
Kerana, bukannya Dia tidak dapat berwujud dalam diri anda. Dia boleh!
Jika anda telah memilih jalan Tuhan, Dia juga akan wujud.
Lihat, saya telah memilih untuk berjalan dalam jalanNya, maka anda dpt lebih merasakanNya.
Kerana saya bersama dgn Dia,
dan kemudian orang² lain lebih dekat dengan dunia,
lebih khuatir tentang hal dunia.
Saya lebih banyak tentang Tuhan.
Jadi anda boleh lebih banyak merasakan kehadiran Tuhan dlm orang yg seperti ini,
misalnya, mungkin diri saya.
Jadi itulah sebabnya anda berasa bahagia atau anda berasa terharu.
Jika tidak, kita tidak saling mengenali, mengapa anda patut menangis ketika anda melihat saya?
Mengapa anda mencintai saya dan ingin menjabat tangan saya atau memeluk saya, ya?
Pasti ada sesuatu, ya?
Apa yang kau taburkan, itulah yang kau akan tuaikan.
Samada itu hal dunia, atau itu hal dengan Tuhan.
Apabila kita bersama dgn dunia, kita berwujud lebih dlm atmosfera duniawi
dan org² lebih menyedari hal itu.
Dan apabila kita bersama dgn Tuhan,
kita lebih memancarkan atmosfera Tuhan,
dan org² merasakan itu sebab Tuhan dlm diri anda merasakan hal itu.
Terima kasih Guru, untuk datang ke Afrika Selatan.
Kami menerima anda dengan tangan terbuka.
Terima kasih.
Terima kasih kepada anda semua yang telah datang,
dan ini adalah akhir bagi pertanyaan² pada saat ini.
Terima kasih, Guru.