Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kita tahu alam semesta penuh dengan "jirim" yang memenuhi ruang. Dan alam ini
bukannya duduk diam - banyak yang berlaku! Lebih-lebih lagi, jirim berinteraksi antara satu
sama lain, seperti tarikan Bumi dan bulan sesama sendiri, atau perkara sebaliknya antara
kaki anda dengan permukaan Bumi.
Kita mungkin menganggap bahawa interaksi ini merupakan "undang-undang jalan" yang dikuatkuasakan
jawatankuasa segalaksi yang tak guna... tetapi kebenarannya lebih halus dan ganjil: interaksi
berlaku hanya kerana anda ("anda" bermaksud "seluruh alam semesta") menggunakan ukuran berbeza
di tempat berbeza.
Tunngu sebentar: tak kiralah ukuran ketinngian seseorang itu 6 kaki atau 183 cm,
orang itu masih sama tinggi! Oleh itu, ukuran itu sendiri tiada gunanya, tetapi yang menakjubkan
ialah ketidakgunaan itu yang mencetuskan daya asas alam kita.
Sini di MinutePhysics saya kerap menggunakan persamaan untuk merungkai fenomena fizikal yang rumit
tanpa kehilangan maksud asalnya. Walau bagaimanapun, hari ini akan menyaksikan aplikasi praktikal
daripada teori di belakang Model Piawai, dan walaupun untuk memudahkannya kita akan
melupakan kesan-kesan kuantum dan menggunakan ekonomi untuk menerangkannya,
matematik yang digunakan memang sama dengan Model Piawai. Ke garisan, bersedia, FIZIK!
Andaikan saya membayar anda $2 untuk seekor biri-biri yang berharga $2 - tiada apa-apa yang berubah,
atau tiada perpindahan nilai, kerana saya boleh menjual kembali biri-biri itu dan mendapatkan semula
$2 saya semula. Mungkin saya mahukan biri-biri itu lebih daripada duit (jika tidak, saya tidak akan
membelinya) tetapi nilai sebenar yang diukur "meter nilai" kita,
yang kita panggil "duit", tidak berubah.
Tambahan pula, jumlah *** yang kita bayar untuk apa-apa pun merupakan skala yang tidak tetap.
Ini jelas dilihat melalui mata *** setiap negara yang berbeza. Sudah tentu negara-negara
tidak akan mampu berinteraksi dengan *** tanpa menukar mata ***, iaitu cara mereka mengukur nilai
masing-masing.
Sekarang andaikan saya ingin membeli seeor biri-biri di Kanada - terdapat dua faktor yang akan mempengaruhi
harganya: yang pertama, orang Kanada mungkin tidak menyayangi biri-biri sebanyak saya, dan kedua,
dolar Kanada mungkin berbeza dengan dolar US... mungkin seekor biri-biri akan berharga $3 dalam dolar Kanada.
Maksudnya, saya boleh ke Kanada, menukar 2 dolar US saya ke 4 dolar Kanada, membeli biri-biri dengan 3 dolar,
dan pulang ke US dengan seekor biri-biri serta satu dolar Kanada
(yang bersamaan 50 sen US). Jika saya menjual biri-biri itu kepada orang
US untuk nilainya, iaitu $2, Saya akan memiliki $2.50, bukan $2.00. Akhirnya, saya telah mendapat *** daripada
membeli dan menjual biri-biri yang sama! Ini amat berbeza daripada pembelian dan penjualan
biri-biri di dalam US, di mana tiada perubahan nilai. Tadi, hanya melalui tukaran mata
*** dalam perjalanan biri-biri saya, saya telah memindah nilai dari Kanada ke
US, dan pemindahan ini hanya dapat berlaku kerana kita mengukur nilai dengan cara berbeza
di tempat lain. Ini bagaikan mencuri, yang sah di sisi undang-undang!
Tolong jangan pergi membeli biri-biri Kanada untuk dijual di US... gembala sebenar
(dan penukar mata ***) akan sedar tentang kehilangan nilai kepunyaan mereka dan harga
sheep (dan CAD) akan menyesuaikan diri kepada perubahan tersebut dan meminimumkan pertukaran
nilai sebenar, yang juga dipanggil "mencuri". Tetapi anda dapat mendapatkan duit tanpa kerja jika anda
lebih pantas daripada pasaran - ini dipanggil "Arbitraj", dan jika arbitraj dapat dilakukan, maksudnya
ekonomi tidak seimbang atau tidak optimum. Mana ada "kuasa halimunan" yang dikatakan menguasai
pasaran...
Dalam hal lain, pertukaran "nilai sebenar" dalam fizik dikenali sebagai "perpindahan momentum"
atau dalam perkataan lain, daya. Sekarang kita akan lihat mengapa begitu!
Andaikan bukan satu sempadan dan tukaran mata *** sahaja yang perlu kita lalui -
terdapat sederet negara yang memiliki tukaran mata *** tersendiri.
jika saya ingin melaksanakan arbitraj saya dengan seekor biri-biri di Iran, saya perlu memindahkan
duit itu pulang ke US, di mana duit saya akan ditukarkan di setiap sempadan
yang perlu saya lalui. Tetapi siri pertukaran ini kelihatan seperti duit itu sedang bergerak...
bagaikan "zarah pertukaran nilai" yang memindahkan nilai dari Iran ke US,
kemudian hilang!
Mari kita melihat itu sekali lagi: beli seekor biri-biri, bawakannya ke Iran, jualkannya, duit ditukarkan dari riyal
ke rupee ke mirian ke rupee ke paun ke dolar
ke dolar… dan akhirnya saya memiliki lebih banyak duit
daripada tadi apabila saya membeli biri-biri itu!
Itulah dia: Model Piawai sebenar di belakang ilmu fizik di halaman belakang anda. Saya harap anda tahu
sebab pengukuran yang berbeza antara dua tempat akan mencetuskan
interaksi jarak panjang yang diantarakan oleh sebiji zarah!
Contohnya, keupayaan elektromagnet boleh digunakan untuk mengukur perbezaan cas elektrik
antara dua tempat... "tukaran elektron" digunakan dan pengujaan medan
elektrik merupakan zarah yang dipanggil foton. Foton ini tidak memindahkan nilai mata *** tetapi
momentum antara elektron, dan jika anda menjumlahkan
perpindahan momentum ini, anda akan mendapatkan apa yang dikenali sebagai daya!
Tetapi bukankah foton itu zarah cahaya dan bukan "daya"?!! Jika anda memahami idea
"zarah pertukaran nilai", anda tidak akan memerlukan elektron sebagai pengantara lagi...
anda boleh menganggap zarah itu bergerak dengan sendiri. Itulah sebabnya foton
merupakan zarah pengantara untuk daya elektromagnet dan juga zarah sebenar dalam cara tersendiri!
Sebenarnya, semua jenis daya yang kita kenal, misalnya interaksi elektromagnet, interaksi nukleus kuat,
interaksi nukleus lemah dan interaksi graviti beroperasi dengan cara yang sama pada asasnya:
sebiji "zarah pertukaran", yang ahli-ahli fizik yang gila kenal sebagai "boson ukuran", memindahkan momentum dan
tenaga antara dua zarah lain.
Inilah yang dimaksudkan Newton apabila beliau berkata, "Untuk setiap aksi terdapat
satu reaksi yang sama di arah yang bertentangan"... beliau boleh dimaafkan kerana tinggal di abad ke-17,
tetapi apa yang sepatutnya beliau cakapkan ialah, "Untuk setiap interaksi anda perlukan zarah
pertukaran." Dan mungkin jika beliau mengetahui hal tersebut, beliau mampu menukarkan biri-biri kepaada emas.