Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pada bulan November, Kanada berikrar untuk mengalu-alukan kedatangan 25,000 pelarian Syria.
Tiga minggu kemudian, Emad dan keluarganya tiba di Ontario.
Emad: Kita sedang berjalan di atas air.
Hamudi: Semuanya sudah beku?
Emad: Saya berasal dari Syria, Wilayah Daraa.
Saya melarikan diri bersama isteri dan anak-anak saya
kerana keadaan di sana berbahaya.
Sejujurnya, saya tidak tahu apa-apa mengenai Kanada.
Brian Logel: Selepas kampung
berhampiran tempat tinggal mereka dibom,
Emad dan Rezan memasukkan semua barang mereka ke dalam teksi
dan mereka melarikan diri.
Ketika mereka sampai,
mereka tidak pandai berbahasa Inggeris.
Philomena Logel: Kanak-kanak tersebut
mengalami pengalaman yang sangat memeritkan.
Kami mahu atasi kebimbangan awal
bahawa mereka tidak akan tahu cara untuk berkomunikasi,
kerana mereka mahu sesuaikan diri.
Walker: Anda baharu di sini, dan ini tempat yang sangat asing,
dan anda cuba untuk memahami perkara sekeliling,
maka anda sentiasa rasa malu dan bimbang.
Masalah terbesar yang kami hadapi
apabila pelajar datang dari negara lain
ialah mereka akan berasa sukar
kerana mereka tidak mempunyai pengalaman berbahasa lain.
Gordon: Hamudi, apa yang awak mahu belajar di sekolah?
[suara wanita elektronik bercakap bahasa Arab]
Hamudi: Saya mahu menulis.
Gordon: Awak suka menulis? Hamudi: Ya.
Gordon: Bahasa Arab dibaca dari arah kanan.
Jadi, Google Terjemah telah membantu
memindahkan maksud ke dalam bahasa yang mereka fahami.
Walker: Dengan perkembangan bahasa,
perubahan terbesar ialah tahap keyakinan mereka.
Hamudi: Mari sini, burung!
Walker: Kini, apabila mereka boleh menyusun satu ayat,
mereka sangat bangga.
Fateh: Hei, nama saya.
Gordon: Mereka rasa lebih selesa,
tetapi perkara ini perlukan masa.
Emad: Mereka tidak memahami setiap perkataan...
Namun, mereka gembira.
Gordon: Apa snek kegemaran awak?
[suara wanita elektronik bercakap bahasa Arab]
Fateh: Piza. [kanak-kanak ketawa]
Gordon: Piza. Piza snek yang enak.
Kepada mereka yang mengalu-alukan kedatangan pelarian
Terima kasih