Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya sangat sayangmu. Saya harap hari anda sedang berjalan dengan lancar sekali. Untuk saya,
mesti ada keputusan yang perlu dibuat setiap hari. Sama ada saya akan
mengadu tentang apa yang tidak dipunyai, atau bersyukur dengan apa yang dimiliki, dan faham
bahawa potensi saya bergantung kepada diri sendiri. Saya sering meragui kebolehan diri.
Padahalnya, anda tidak tahu apa yang anda boleh mencapai sehingga anda cuba. Doktor-doktor tidak tahu
yang saya dapat berjalan sehingga saya mula berjalan. Sekarang saya dapat main golf, berenang, memancing ikan,
saya juga pernah bermain selancar bersama Bethany Hamilton, dan terjun payung. Saya begitu gementar sekali sampai lutut saya pun
bergetar. Saya hanya mahu anda tahu, betul, anda boleh mengharungi tiap-tiap hari dengan sikap yang positif. Tetapi
itu tidak dapat membantu dengan segala-galanya, terutamanya dengan potensi penuh dalam
kehidupan anda, dan menjalani kehidupan tanpa had. Jangan ragu-ragu untuk mencuba sesuatu yang baru, kerana anda
tidak tahu apa yang boleh dicapai sekiranya anda tidak cuba.