Tip:
Highlight text to annotate it
X
Permulaan Baru: Presiden Obama Bercakap kepada dunia Islam Kaherah, Mesir, Jun 4, 2009
Presiden Obama: Terima kasih banyak.
Selamat tengahari.
Saya sangat berbesar hati berada di bandaraya Kaherah yang abadi ini
diraikan pula oleh dua institusi yang begitu mengkagumkan.
Lebih seribu tahun, Al-Azhar telah berdiri dengan megah sebagai mercu
pengajian Islam, dan untuk lebih satu abad
Universiti Kaherah, merupakan asas kegemilangan Mesir.
Bersama, kedua-dua institusi ini melambangkan keharmonian diantara tradisi
dan kemajuan
Saya sangat berterima kasih atas kemesraan anda,
dan sambutan baik dari rakyat Mesir.
Saya juga bangga membawa dengan saya perasaan persahabatan dari rakyat
Amerika, dan ucap salam dari umat Islam di negara
saya: “assalaamu alaykum.”
-- tepukan dan sorakan --
Kita bertemu pada masa ketegangan diantara
Amerika Syarikat dan dunia Islam
ketegangan yang berpunca dari peristiwa-peristiwa sejarah yang lebih luas daripada
perdebatan-perdebatan perihal dasar-dasar sekarang.
Perhubungan Islam dan negara-negara Barat bukan sahaja meliputi
kehidupan bersama dan kerjasama selama beberapa abad, tetapi merangkumi konflik
dan peperangan berunsur agama.
Beberapa tahun yang terdekat pula, ketegangan akibat penjajahan yang menafikan
hak-hak dan peluang-peluang bagi ramai orang Islam,
dan Perang Dingin dimana negara-negara yang mempunyai majoriti umat Islam
cuma dianggap sebagai proksi tanpa mengambil kira
aspirasi penduduk tempatan.
Ini ditambah pula dengan permodenan
dan globalisasi yang telah membuat umat Islam memandang budaya Barat sebagai bercanggah
dengan tradisi Islam.
Puak pelampau yang mengganas telah mengeksploit ketegangan ini
di kalangan umat Islam minority tetapi berpengaruh.
Serangan-serangan yang dilancarkan pada September 11 dan usaha-usaha keganasan yang berterusan
oleh puak pelampau ini terhadap rakyat awam
telah membuat beberapa pihak memandang Islam sebagai musuh bukan sahaja
terhadap Amerika dan negara-negara Barat,
tetapi juga kepada hak-hak kemanusiaan.
Ini pula telah menimbulkan lebih ketakutan dan lebih kesangsian
Selagi perhubungan kita ditentukan oleh perbezaan,
kita akan memperkuasakan mereka yang menyulamkan kebencian dan bukan keamanan,
dan memperkuasakan mereka yang mementingkan konflik dan bukan kerjasama
yang boleh membantu semua rakyat untuk mencapai keadilan dan kemakmuran.
Dan kitaran syak wasangka dan perbalahan mesti dihentikan.
Saya datang ke Kaherah untuk mencari permulaan baru diantara
Amerika Syarikat dan umat Islam di seluruh dunia.
bersandarkan kepada kebenaran bahawa Amerika dan Islam
tidak ekslusif dan tidak semestinya bersaing.
Malah kedua-duanya bertindih, dan berkongsi beberapa prinsip bersama –
prinsip keadilan dan kemajuan;
tolerans dan kemuliaan manusia sejagat.
Saya membuatnya kerana saya sedar bahawa pembaharuan tidak boleh terjadi sekelip mata.
Saya tahu ada banyak pablisiti tentang ucapan ini
tetapi tiada satu ucapan boleh melenyapkan syak wasangka bertahun-tahun lamanya,
dan tidak juga saya terjawab dalam masa yang singkat tengahari ini semua
soalan kompleks yang telah membawa kita ketahap ini.
Bagaimanapun, saya yakin bahawa untuk maju ke hadapan,.
kita mesti menuturkan secara terus-terang satu sama lain apa yang terpendam
dihati, perkara yang sering diperkatakan di sebalik tirai.
Kita perlu terus membuka telinga dan mendengar satu sama lain;
belajar dari satu sama lain; menghormati satu sama lain;
dan mencari asas kefahaman bersama
Allah berfirman di dalam Kitab suci Al Quran, “Bertakwalah kepada Allah dan berkatalah dengan ucapan
yang benar dan jitu”
(Tepukan)
Inilah yang saya akan cuba buat hari ini –
iaitu bercakap benar sebaik mungkin,
ditundukkan oleh tugas di hadapan saya, dan memegang teguh kepada kepercayaan saya
bahawa kepentingan yang kita kongsi sebagai manusia lebih berkuasa lagi
daripada kuasa yang memecah-belahkan kita.
Sebahagian daripada kepercayaan ini berakar umbi dari pengalaman saya sendiri.
Saya orang Kristian tetapi bapa saya berasal dari keluarga di Kenya
yang mempunyai asal-usul Islam beberapa generasi lamanya
Sebagai seorang kanak-kanak, saya dibesarkan beberapa tahun di Indonesia dan mendengar panggilan
azan setiap waktu Subuh dan Maghrib.
Sebagai seorang pemuda pula, saya bekerja di Chicago di mana ramai
umat Islam mendapati kemuliaan dan keamanan di dalam agama Islam.
Sebagai pelajar Sejarah, saya sedar betapa tamadun-tamadun kita
terhutang budi kepada tamadun Islam
Islam – di tempat-tempat seperti Universiti Al-Azhar –
membawa cahaya ilmu melalui beberapa
abad, membuka jalan kepada zaman Pembaharuan atau Renaissance di Eropah
dan Pengetahuan --
Inovasi dikalangan masyarakat Muslim (Tepukan)
Inovasi dikalangan masyarakat Muslim telah membangunkan
kaedah algebra; kompas magnet dan alat-alat untuk pelayaran;
kecekapan menggunakan pen dan pencitakan;
kefahaman tentang bagaimana penyakit merebak and bagaimana
ia boleh dirawat.
Kebudayaan islam telah menyumbangkan kepada kita pintu gerbang yang menakjubkan dan menara yang
mencakar langit; puisi yang tak dimakan zaman dan musik yang tetap diabadikan;
kaligrafi yang menarik dan tempat-tempat untuk bertafakur.
Dan sepanjang sejarah, Islam telah menunjukkan bahawa melalui perkataan
dan tindakan, kemungkinan wujud untuk toleransi beragama dan
hak saksama antara kaum.
(Tepukan)
Saya sedar juga bahawa Islam sentiasa merupakan sebahagian daripada
latar belakang Amerika. America's story.
Negara pertama yang mengiktiraf negara saya adalah negara Maghreb.
Ketika menandatangani Perjanjian Tripoli pada tahun 1796,
Presiden kedua kami bernama John Adams menulis,
“Amerika Syarikat sendiri tidak bermusuhan
dengan undang-undang, agama atau keamanan Muslim.”
Dan sejak Amerika ditubuhkan, rakyat Amerika yang beragama Islam telah meperkayakan latar belakang
Amerika Syarikat.
Mereka telah berperang di dalam peperangan kami, berkhidmat di dalam kerajaan kami,
berdiri teguh untuk hak sivil,
memulakan perniagaan, mengajar
di universiti-universiti kami, berjaya di dalam arena sukan,
memenangi Hadiah-hadiah Nobel, membina bangunan tertinggi kami,
dan menyalakan obor Olimpik.
Dan apabila seorang umat Islam Amerika yang pertama
berjaya menjadi ahli Kongres, beliau mengambil sumpah untuk mempertahankan perlembagaan
menggunakan Kitab Suci Al-Quran kepunyaan Bapa Pengasas kami
– Thomas Jefferson – yang disimpan di dalam perpustakaan peribadinya.
(Tepukan).
Saya telah mengenali Islam di tiga benua sebelum sampai
ke kawasan di mana agama ini mula diturunkan.
Pengalaman ini mempengaruhi kepercayaan saya bahawa kerjasama
antara Amerika dan negara Islam mesti berdasarkan kepada Islam yang sebenarnya,
dan bukannya kepada anggapan yang negatif terhadap Islam.
Dan saya percaya bahawa adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai Presiden
Amerika Syarikat untuk melawan stereotaip negatif terhadap
Islam dimana jua ia berada.
(Tepukan dan sorakan)
Tetapi prinsip yang sama mesti diterapkan kepada persepsi tumat Islam
terhadap Amerika juga.
(Tepukan) Seperti orang Islam tidak sama dengan satu
stereotaip negatif, Amerika bukanlah satu stereotaip
empayar yang mementingkan dirinya sendiri.
Amerika Syarikat adalah sumber kemajuan hebat
yang dunia pernah kenali.
Kami dilahirkan dari revolusi terhadap sebuah empayar.
Kami dilahirkan oleh sebuah idealisme yang semua dicipta saksama –
dan kami telah menumpah darah dan berjuang beberapa abad
member makna kepada perkataan-perkataan ini -- baik di dalam sempadan kami
dan di serata dunia.
Kami dibentuk oleh setiap kebudayaan dari pelusuk
dunia, dan berpegang kepada satu konsep yang mudah: E pluribus unum [bahasa Latin]:
"Dari ramai, satu.”
Ramai yang telah memperkatakan tentang seorang rakyat Afrika-Amerika
dengan nama Barack Hussein Obama yang boleh
menjadi Presiden.
(Tepukan)
Tetapi cerita peribadi saya sebenarnya tidaklah begitu unik.
Impian untuk mendapatkan peluang belum menjadi kenyataan untuk
semua di Amerika, tetapi janjinya wujud bagi semua yang sampai
ke negara kami – termasuk hampir tujuh juta
rakyat Islam Amerika di negara kami hari ini
yang menikmati pendapatan dan pelajaran yang melebihi
kadar biasa di Amerika.
(Tepukan)
Malah kebebasan di Amerika termasuk kebebasan
untuk beragama.
Oleh itu terdapat sebuah masjid si setiap negeri di di negara kami,
dan lebih 1,200 masjid di dalam sempadan kami.
Oleh itu juga kerajaan Amerika Syarikat telah menghadap ke mahkamah
untuk membela hak wanita dan gadis-gadis untuk memakai hijab (tudung)
dan menghukum mereka yang tidak membenarkannya. (Tepukan)
Tidak boleh disangkal lagi:
Tidak boleh disangkal lagi: (Tepukan) Islam adalah sebahagian daripada Amerika.
Dan saya percaya bahawa Amerika mampu menampung kebenaran
bahawa tanpa mengira bangsa, agama, atau kelas,
kita semua berkongsi aspirasi yang sama
– untuk hidup di dalam keamanan dan keselamatan, untuk mendapat pelajaran dan untuk bekerja
di dalam kerhormatan; mengasihi keluarga kami, komuniti kami,
dan Tuhan kami.
Inilah yang kami kongsi bersama.
Inilah harapan manusia sejagat.
Tentulah, menyedari persamaan kita sebagai manusia cumalah
permulaan tugas kita.
Kata-kata sahaja tidak boleh mencukupi keperluan rakyat kita.
Keperluan ini cuma dapat dicapai sekiranya kita bertindak secara berani dimasa depan;
dan sekiranya kita memahami cabaran-cabaran yang kita hadapi
dikongsi bersama, kegagalan kita untuk menanganinya akan kembali menyakiti diri kita semua.
Dan kita telah pelajari dari pengalaman baru-baru ini
apabila sistem kewangan menjadi lemah di sesebuah negara, kemakmuran terjejas di mana-mana.
Apabila selsema berjangkit kepada seorang manusia, semua menghadapi risikonya..
Apabila sebuah negara mengejar senjata nuclear,
risiko serangan nuclear meningkat untuk semua negara.
Apabila puak pelampau mengganas di banjaran gunung,
orang di seberang lautan menghadapi bahayanya.
Dan apabila yang tidak berdosa di Bosnia dan Dafur dibunuh dengan kejam,
ada kesan hitam pada kesedaran kita bersama.
(Tepukan)
Inilah maknanya untuk berkongsi dunia ini pada abad ke-21.
Itulah tanggungjawab bersama kita
sebagai manusia
Ini adalah satu tanggungjawab sukar yang kita perlu ambil.
Sejarah manusia dicatat dengan peristiwa puak dan negara
-- dan, ya, ugama -- menindas satu sama lain untuk
mengejar kepentingan sendiri.
Tetapi di dalam era baru ini, sikap begitu tidak menguntungkan.
Memandangkan perlunya kita bekerjasama, mana-mana orde yang mengagungkan satu-satu negara
atau kumpulan manusia atas yang lain akan gagal akhirnya.
Apa jua yang kita fikirkan tentang masa lalu,
kita harus tidak terjerat padanya.
Masalah kita perlu ditangani melalui kerjasama;
kemajuan perlu dikongsi bersama.
(Tepukan)
Ini tidak bermakna yang kita patut membelakangkan punca
ketegangan.
Malah, ia menyarankan yang sebaliknya: kita mesti
hadapi ketegangan ini.
Jadi dengan semangat ini, biarlah saya bercakap secara terus-terang
tentang beberapa isu spesifik yang saya percaya kita mesti
hadapi bersama.
Isu pertama yang kita mesti hadapi ialah keganasan
dalam apa jua bentuk.
Di Ankara, saya juga jelas berkata bahawa Amerika tidak
– dan tak akan – berperang dengan Islam.
(Tepukan) -- applause --
Kami, bagaimanapun terus memburu puak pelampau ganas yang
mengancam keselamatan kami.
Sebab kami menolak apa yang orang beragama lain juga
tolak: pembunuhan lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Dan menjadi tanggungjawab pertama saya sebagai Presiden untuk melindungi
rakyat Amerika.
Situasi di Afghanistan menunjukkan matlamat Amerika,
dan keperluan kita untuk bekerjasama.
Lebih tujuh tahun, Amerika Syarikat memburu al Qaeda dan
Taliban dengan sokongan antarabangsa yang luas.
Kami tidak memilih untuk pergi. Kami terpaksa pergi.
Saya sedar bahawa ramai yang menyoal dan
mewajarkan peristiwa September 11.
Biarlah saya jelaskan di sini: al Qaeda membunuh hampir 3,000 orang
pada hari tersebut.
Mangsanya adalah orang-orang lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dari Amerika
dan banyak lagi negara yang tidak buat apa-apa untuk mencederakan sesiapa.
Namun begitu, al Qaeda memilih untuk membunuh mereka ini dengan begitu kejam,
dan mengaku melancarkan serangan tersebut, dan kini
nekad untuk membunuh secara besar-besaran.
Mereka mempunyai kuncu-kuncu di banyak negara dan cuba
meluaskan lagi pengaruh mereka.
Ini bukanlah pendapat untuk didebat
– ini adalah fakta yang harus ditangani.
Jangan salah anggap: kami tidak mahu mengekalkan anggota tentera kami
di Afghanistan.
Kami tidak mahu membina pangkalan tentera di sana.
Amerika menderita dengan kehilangan pemuda dan pemudi kami.
Memang mahal dan sukar dari segi politik untuk meneruskan
konflik ini.
Kami dengan senang hati mahu membawa pulang setiap anggota tentera kami
sekiranya kami yakin bahawa tiada lagi
puak pelampau di Afghanistan and Pakistan yang nekad mahu membunuh
seramai orang Amerika yang mereka boleh.
Tapi ini belum jadi kenyataan.
Dan sebab itulah kami bersekutu dengan.
46 buah negara.
Walaupun kosnya tinggi, komitmen Amerika
tidak akan menjadi lemah.
Tidak sesiapa pun patut bersikap toleran terhadap pelampau ini.
Mereka telah membunuh di banyak negara.
mereka telah membunuh orang dari berbagai agama –
lebih-lebih lagi orang-orang Islam.
Tindakan mereka tidak selari dengan
hak kemanusiaan,
kemajuan negara-negara, dan dengan Islam.
Kitab Suci Quran mengajar bahawa sesiapa membunuh orang yang tidak berdosa,
sama seperti dia telah membunuh semua manusia;
(Tepukan)
dan Kitab Suci Al Quran juga mengajar bahawa sesiapa yang menyelamatkan seorang manusia,
sama seperti dia menyelamatkan semua manusia.
(Tepukan)
Agama yang mulia yang mempunyai lebih satu billion penganut ini lebih besar
daripada kebencian segelintir.
Islam bukanlah sebahagian daripada masalah dalam melawan keganasan puak pelampau –
ianya memainkan peranan penting dalam mempromosikan keamanan
Kami juga tahu bahawa kuasa tentera sahaja tidak akan
menyelesaikan masalah di Afghanistan and Pakistan.
Sebab itulah kami merancang untuk melabur lebih AS$1.5 bilion
setiap tahun dalam masa lima tahun untuk bekerjasama dengan rakyat Pakistan utnuk membina sekolah,
hospital, jalan dan perniagaan-perniagaan, dan beratus juta dolar
untuk membantu mereka yang kehilangan rumah.
Oleh sebab itu kami memberi lebih dari AS$2.8 bilion untuk membantu
rakyat Afghanistan membina ekonomi mereka dan memberi perkhidmatan kepada mereka yang
bergantung padanya.
Biarlah saya juga bercakap tentang isu Iraq.
Lain dari Afghanistan, Iraq adalah perang yang dipilih yang telah menimbulkan
pelbagai pendapat berbeza di dalam negara saya dan juga dari seluruh dunia.
Walaupun saya percaya bahawa rakyat Iraq bernasib
lebih baik tanpa kekejaman Saddam Hussein,
saya juga percaya bahawa peristiwa di Iraq mengingatkan Amerika
supaya menggunakan diplomasi dan membina consensus antarabangsa
untuk menyelesaikan masalah-masalah kita seberapa mungkin.
(Tepukan)
Malah, kita boleh diperingatkan dengan kata-kata salah seorang Presiden kami yang terkemuka, Thomas Jefferson, yang berkata:
“Saya harap bahawa kematangan kita akan bertambah dengan kuasa,
dan mengajar kita bahawa kurang kita menggunakan kuasa, lebih hebat
ia akan menjadi.” 00:20: 53.667,00:20:57.800 Hari ini, Amerika ada dua tanggung jawab: membantu Iraq
membina masa depan yang lebih baik – dan meninggalkan Iraq kepada rakyat Iraq.
Saya telah berkata dengan jelas kepada rakyat Iraq (Tepukan)
Saya telah berkata dengan jelas kepada rakyat Iraq bahawa kami tidak mengejar.
pengkalan, dan tidak mahu mengambil tanah atau kekayaan mereka.
Kedaulatan Iraq kepunyaan mereka.
(Tepukan)
Oleh sebab itu saya perintah pengeluaran briged kombat kami
mulai Ogos depan.
Oleh sebab itu kami menghormati perjanjian kami dengan kerajaan Iraq
yang dipilih untuk mengeluarkan tentera
kombat kami dari bandaraya-bandaraya Iraq pada bulan Julai,
dan mengeluarkan kesemua anggota tentera kami pada tahun 2012
(Tepukan dan sorakan)
Kami akan membantu Iraq melatih pasukan keselamatan mereka dan membina
ekonominya.
Tetapi kami akan menyokong sebuah Iraq yang selamat dan bersatu sebagai rakan kongsi,
dan tidak sekali sebagai penaung.
Dan akhirnya, seperti Amerika tidak akan toleran terhadap keganasan oleh
puak pelampau, kami tidak harus menukar atapun melupakan prinsip.
September 11 merupakan satu trauma yang hebat pada negara kami.
Ketakutan dan kemarahan yang timbul memang difahamkan,
tetapi di dalam beberapa kes, ianya membuat kami untuk bertindak lain daripada tradisi dan
idealisme kami.
Kami kini mengambil tindakan konkrit untuk menukar haluan.
Saya telah mengharamkan penggunaan siksaan oleh kerajaan Amerika
Syarikat, dan saya telah mengarahkan penutupan penjara di Teluk Guantanamo
awal tahun depan.
(Tepukan)
Jadi Amerika akan mempertahankan dirinya sambil menghormati kedaulatan
negara-negara dan kedaulatan undang-undang.
Dan kami akan bekerjasama dengan komuniti Islam yang
juga terancam.
Lebih cepat puak pelampau dipulaukan dan tidak diterima oleh masyarakat Islam
lebih cepat lagi kami semua akan menjadi selamat.
Sumber ketegangan kedua yang perlu saya bincangkan ialah
situasi diantara Israel,.
Palestin dan dunia Arab
Perhubungan kuat diantara Amerika dan Israel diketahui ramai.
Ikatan ini tidak boleh putus.
Ia berdasarkan kepada perhubungan budaya dan sejarah,
dan pengiktirafan bahawa aspirasi untuk tanah air kaum Yahudi
berakar kepada sejarah tragik yang tak boleh dinafikan.
Di seluruh dunia, kaum Yahudi dianiaya
berabad-abad, dan sikap anti Yahudi di Eropah meluap kepada
pembunuhan beramai-ramai yang tidak disangka.
Esok, saya akan melawat Buchenwald,
yang termasuk jaringan kem-kem dimana kaum Yahudi diperhambakan,
disiksa, ditembak dan digas sehingga mati oleh Reich Ketiga.
Enam juta orang Yahudi dibunuh – lebih daripada seluruh
penduduk Israel hari ini.
Menafikan hal ini tidak berasas, dan menunjukkan kejahilan
dan menimbul kebencian.
Mengancam Israel dengan kemusnahan –
atau mengulangi stereotaip tentang Yahudi –
adalah salah, dan cuma membuat luka lama berdarah kembali
bagi orang-orang Israel, sambil menghalang
keamanan yang berhak dinikmati bagi mereka di rantau ini.
Sebaliknya, juga tidak boleh dinafikan bahawa orang Palestin
– Muslim dan Kristian –
telah menderita dalam berjuang untuk tanah air mereka.
Lebih 60 tahun mereka telah menderita kepedihan kehilangan penempatan.
Ramai yang menunggu di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza
dan negara jiran untuk kehidupan yang aman dan selamat yang mereka
tak pernah nikmati.
Mereka menanggung rasa malu setiap hari
– besar dan kecil – yang datang bersama penjajahan.
Tidak dapat disangkal bahawa situasi bagi rakyat Palestin
tidak boleh ditanggung lagi.
Amerika tidak akan membelakangkan hak dan
aspirasi rakyat Palestin untuk dihormati, mendapat peluang,
dan sebuah negara mereka sendiri.
(Tepukan)
Tidak ada pihak yang menang selama beberapa dekad ini. Dua pihak
dengan hak dan aspirasi yang sah, kedua pihak dengan sejarah pedih
yang membuat kompromi menjadi luput.
Memang mudah untuk menuding jari – bagi pihak Palestin
yang kehilangan tempat dengan penubuhan Israel,
dan bagi Israel menuding kepada perbalahan dan serangan
di dalam sempadannya dan dari
luar sepanjang sejarahnya
Tetapi sekiranya konflik ini cuma dilihat dari satu pihak atau pihak yang lain,
bermakna kita buta kepada kenyataan: satu-satunya penyelesaian ialah
memenuhi aspirasi kedua pihak menjadi dua
negara, dimana rakyat Israel dan rakyat Palestin hidup di dalam keamanan
dan keselamatan.
(Tepukan)
Ini demi kepentingan Israel, kepentingan Palestin,
kepentingan Amerika.
Oleh sebab inilah saya sendiri akan memburu penyelesaian
– dengan segala kesabaran dan dedikasi yang
tugas ini perlukan.
Kewajipan – (tepukan) -- kewajipan semua pihak
yang mempersetujui Peta Perjalanan (Road Map) adalah jelas.
Untuk mendapatkan keamanan, sudah tiba masanya bagi mereka –
bagi kita semua – untuk menjalankan tanggung jawab kita.
Pihak Palestin mesti menolak keganasan.
Memberontak menggunakan keganasan dan pembunuhuan adalah salah dan
tidak membawa kejayaan.
Selama beberapa abad, orang Hitam Amerika menderita
dibelasah sebagai hamba dan diperbudakkan melalui system pemisahan.
Tetapi bukan keganasan yang akhirnya berjaya memberi mereka hak penuh dan hak saksama.
Hak ini mereka dapati secara aman dan desakan tentang idealism
berdasarkan kepada prinsip penubuhan Amerika.
Cerita yang sama boleh didapati dari Afrika Selatan
ke Asia Selatan; dari Eropah Timur ke Indonesia.
Ceritanya mudah dan benar: bahawa keganasan akan menemui jalan buntu.
Ianya bukan tanda berani atau kuasa untuk melancar roket kepada
kanak-kanak yang sedang tidur, atau meletupkan wanita-wanita yang berumur di dalam bas.
Ini bukan caranya autoriti moral dapat dikecapi;
itulah caranya ia diserahkan.
Sekarang sudah sampai masanya untuk rakyat Palestin untuk memberi fokus kepada apa yang mereka boleh bina.
Pemerintah Palestin mesti membina kemampuan untuk membuat kerajaan,
dengan institusi yang berkhidmat untuk keperluan rakyatnya.
Hamas mendapat sokongan di kalangan beberapa pihak Palestin
tetapi mereka juga patut sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab.
Untuk memainkan peranan di dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin,
dan untuk menyatu-padukan rakyat Palestin.
Hamas mesti hentikan keganasan,
mengiktiraf perjanjian yang lepas, dan mengiktiraf hak Israel
untuk wujud.
Dimasa yang sama, Israel mesti mengakui bahawa seperti
hak Israel untuk wujud tak boleh dinafikan,
begitu juga bagi pihak Palestin.
Amerika tidak menerima kesahihan
penempatan Israel yang berterusan.
(Tepukan)
Pembinaan ini melanggar perjanjian lalu dan
menjejaskan usaha damai.
Telah tiba masanya untuk penempatan ini dihentikan.
(Tepukan)
Dan Israel mesti menepati tanggung jawabnya bagi memberi peluang untuk
rakyat Palestin hidup, dan bekerja dan membina masyarakat mereka.
Sambil kaum keluarga Palestine merana,
krisis kemanusiaan di Gaza yang berterusan tidak memberi
keselamatan pada Israel, dan juga ketiadaan
peluang di Tebing Barat.
Kemajuan di dalam hidupan harian rakyat Palestin mestilah menjadi
sebahagian kritikal didalam perjalanan menuju kepada keamanan,
dan Israel mesti mengambil langkah konkrit untuk membolehkan kemajuan tersebut.
Akhirnya, negara-negara Arab mesti akur bahawa
Inisiatif Keamanan Arab merupakan satu permulaan,
tetapi bukan bermakna tanggung jawab mereka sudah berakhir..
Konflik Arab-Israel tidak patut lagi digunakan untuk mengalih
pandangan negara Arab dari masalah lain.
Sebaliknya, ianya patut dijadikan tindakan untuk membantu orang Palestin
untuk membina institusi yang boleh menampung negara mereka;
untuk mengiktiraf hak Israel yang sah;
dan memilih kemajuan daripada memberi fokus kepada peristiwa lalu yang
tidak membawa keuntungan
Amerika akan menyelaraskan dasarnya dengan sesiapa yang mengejar keamanan,
dan kami akan memberitahu kepada awam apa yang kami perkatakan secara sulit kepada Israel,
Palestin dan negara-negara Arab .
(Tepukan)
Kami tidak boleh memaksa keamanan.
Tetapi secara senyap, ramai orang Muslim yang akui bahawa Israel tidak akan
lenyap; malah, ramai orang Israel yang akui perlunya sebuah
negara Palestin.
Sudah sampai masanya bagi kita untuk kita akui apa yang semua tahu sebagai kebenaran.
Terlalu banyak air mata telah mengalir.
Terlalu banyak darah telah tumpah.
Kita semua bertanggung jawab untuk berusaha untuk hari dimana
ibu-ibu Israel dan Palestin boleh melihat
anak-anak mereka dibesarkan tanpa ketakutan; apabila Tanah Suci ketiga-tiga
agama menjadi tempat keamanan yang Tuhan telah tentukan;
apabila Baitulmaqdis menjadi tanah air yang aman dan berkekalan bagi Yahudi,
Kristian dan orang Islam, dan tempat bagi anak-anak
Ibrahim bergaul bersama seperti peristiwa
Isra’, (Tepukan) – seperti cerita Isra’, dimana Nabi Musa, Nabi Isa dan
Nabi Mohamed (salam kepada mereka semua) sembahyang bersama-sama.
(Tepukan)
Punca ketegangan ketiga adalah kepentingan bersama di dalam
hak dan tanggung jawab terhadap senjata nuclear.
Isu ini sudah menjadi sumber ketegangan di antara
Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran.
Selama beberapa tahun, Iran telah menonjolkan diri mereka dengan menentang
negara saya, dan benar ada sejarah yang bergolak
diantara kami.
Pada pertengahan Perang Dingin. Amerika telah memainkan peranan
di dalam membuang sebuah kerajaan Iran yang dipilih
secara demokrasi.
Sejak Revolusi Islam, Iran telah memainkan peranan di dalam
mengambil tebusan dan keganasan terhadap tentera A.S.
dan orang awam
Sejarah ini diketahui semua.
Daripada terperangkap di dalam sejarah lama,
saya telah berterus-terang dengan pemimpin Iran dan rakyat
bahawa negara saya bersedia maju ke hadapan.
Soalannya sekarang adalah bukan apa yang Iran hadapi,
tetapi apa yang Iran mahu bina di masa depan.
Saya sedar memang sukar untuk mengatasi dekad kecurigaan,
tetapi kami akan maju ke depan dengan keberanian, kejujuran dan keazaman.
Ada berbagai isu yang perlu dibincangkan oleh kedua
negara, dan kami bersedia untuk mara ke hadapan tanpa
prasyarat di atas dasar saling hormat.
Tetapi jelas kepada semua tentang senjata nuclear
bahawa kami telah sampai ke tahap penting.
Ini tidak cuma tentang kepentingan Amerika,
ini tentang menghalang perlumbaan senjata nuklear di Timur Tengah
yang boleh membawa rantau ini dan dunia kepada
jalan merbahaya.
Saya faham bahawa mereka yang membantah bahawa ada beberapa negara yang
ada senjata nuclear dan ada yang tidak ada.
Tidak ada sesebuah negara pun patut memilih mana negara yang patut mempunyai
senjata nuklear.
Sebab itulah saya betul-betul menegaskan sekali lagi komitmen Amerika bagi
sebuah dunia di mana tiada negara menyimpan senjata nuklear
(Tepukan)
Dan mana-mana negara – termasuk Iran –
seharusnya mempunyai hak untuk mendapat tenaga nuklear secara aman sekiranya
ia mengikuti tanggung jawabnya di bawah
Perjanjian Nuklear Non-Proliferation.
Komitmen itu adalah teras Perjanjian itu,
dan ianya mesti diteruskan untuk semua yang mematuhinya.
Dan saya menaruh harapan bahawa semua negara di rantau ini boleh
berkongsi matlamat ini.
Isu keempat yang saya akan tumpukan ialah demokrasi.
Saya tahu – (tepukan dan sorakan) – Saya tahu bahawa ada
kontroversi tentang isu mempromosikan demokrasi akhir-akhir ini,
dan kontroversi ini berkaitan dengan perang di Iraq.
Oleh itu biarlah saya berkata dengan jelas: tidak ada sistem kerajaan yang boleh atau patut
dipaksakan ke atas mana pihak pun.
Itu tidak mengurangkan komitmen saya, bagaimanapun,
kepada kerajaan yang menggambarkan kehendak rakyat.
Setiap negara menghidupkan prinsip ini dengan caranya sendiri,
berasaskan pada tradisi rakyatnya
Amerika tidak membuat andaian dan tahu apa yang baik untuk semua,
sama juga kami tidak membuat andaian untuk memilih keputusan)
pilihanraya yang aman. peaceful election.
Tetapi saya tidak bergoyah di dalam kepercayaan saya bahawa semua orang mahukan
sesuatu: kebebasan untuk bersuara dan memperkatakan
bagaimana mereka ditadbir; yakin kepada kedaulatan undang-undang
dan keadilan di dalam pentadbiran undang-undang;
kerajaan yang telus dan tidak mencuri dari rakyat;
dan kebebasan untuk hidup secara pilihan anda.
Ini bukan sahaja idea Amerika, tetapi hak asasi kemanusiaan,
dan sebab itu kami menyokongnya dimana jua.
(Tepukan -- applause --
Tidak ada garis lurus untuk mengecapi janji ini.
Tetapi ini yang jelas: Kerajaan yang melindungi
hak-hak ini pada jangka panjang lebih stabil, berjaya dan selamat.
Menekan idea-idea tak pernah berjaya melenyapkannya.
Amerika menghormati hak semua suara yang aman
dan mengikuti undang-undang di seluruh dunia,
walaupun kami tidak setuju dengannya.
Dan kami menyambut baik semua kerajaan yang dipilih dan yang aman
– asalkan mereka mentadbir dengan hormat rakyat mereka.
Hal ini penting sebab ada yang
mengajukan demokrasi cuma bila mereka tiada kuasa lagi;
apabila mendapat kuasa, mereka ganas menekan hak
yang lain. of others.
(Tepukan)
Di mana jua,
kerajaan oleh rakyat, untuk rakyat merupakan satu
standard bagi semua yang memegang kuasa; anda mesti mengekalkan
kuasa anda melalui konsensus, bukan paksaan; anda mesti menghormati
hak minoriti; terlibat di dalam semangat
toleransi dan kompromi; dan mementingkan
rakyat dan proses politik yang sah
sebelum parti
tanpa ramuan ini, pilihanraya sahaja tidak cukup untuk membina
satu demokrasi yang tulen.
PENONTON: Barack Obama, kami mengasihi mu!
PRESIDEN OBAMA: Terima kasih
(Tepukan)
Isu kelima yang saya percaya kita mesti tumpukan bersama ialah
kebebasan beragama
Islam mempunyai tradisi toleransi yang membanggakan.
Kita boleh menyaksikannya di dalam sejarah Andalusia dan Cordoba
pada zaman “Inquisition”.
Saya sendiri nampak dengan mata saya sebagai seorang kanak-kanak di Indonesia,
dimana orang yang kuat beragama Kristian bersembahyang dengan bebas di sebuah negara
dengan majoriti beragama Islam.
Inilah semangat yang kita perlukan hari ini.
Rakyat di setiap negara seharusnya bebas untuk memilih dan hidup dengan
kepercayaan mereka didasarkan keyakinan fikiran, hati
dan sanubari mereka.
Toleransi sebegini sangat penting untuk agama berkembang,
tetapi ia diancam di dalam berbagai bentuk.
Di kalangan sesetengah orang Islam, terdapat suatu haluan yang membimbangkan iaitu mengukur
kepercayaan sendiri dengan penolakan
kepercayaan lain.
Kekayaan kepercayaan yang pelbagai haruslah ditegakkan-
samada ianya untuk penganut Maronites di Lebanon atau penganut Copts di Kaherah.
(Tepukan)
Dan kalau kita berterus terang, jurang di antara sesama orang Islam haruslah dirapatkan juga,
kerana persengketaan antara pihak Sunni dan Shiah
telah membawa kepada keganasan tragik, terutamanya di Iraq.
Kebebasan beragama adalah penting untuk kemampuan manusia
hidup bersama.
Kita mesti selalu meneliti cara-cara kita melindunginya.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat,
undang-undang tentang pemberian amal telah menyulitkan orang Islam untuk
memenuhi tuntutan ugama mereka.
Sebab itulah kami komited untuk bekerjasama dengan orang Islam Amerika untuk
memastikan mereka boleh menunaikan zakat.
Begitu juga, penting untuk negara Barat mengelak dari
menyekat orang Islam daripada mempraktikkan ugama sebagaimana
sepatutnya - sebagai contoh, menentukan apakah
pakaian yang harus pakai. Secara mudah,
kita tidak boleh menyamar permusuhan terhadap mana-mana ugama di sebalik
liberalisma yang pura-pura.
Kepercayaan seharusnya merapatkan kita semua.
Itulah sebabnya kenapa kami melakukan projek-projek servis di Amerika yang
membawa bersama penganut Kristian, Islam, dan Yahudi.
Sebab itulah kami mengalu-alukan usaha oleh Raja Abdullah dari Arab Saudi
untuk dialog antara ugama dan kepimpinan negara Turki
dalam Kesepakatan Tamadum.
Di seluruh dunia, kita boleh menukar dialog kepada
perkhidmatan antara agama supaya jambatan antara manusia akan membawa kepada tindakan -
samada membenteras penyakit malaria di Afrika,
ataupun memberi bantuan selepas malapetaka semulajadi.
Isu yang keenam – isu keenam yang saya mahu sampaikan ialah mengenai hak-hak wanita.
Saya tahu – (Tepukan) -- saya tahu – anda boleh lihat dari
penonton disini -- terdapat perdebatan sihat mengenai hal ini.
Saya menolak pandangan sesetengah di Barat iaitu sorang wanita yang memilih
untuk memakai hijab kurang memiliki hak saksama,
tetapi saya percaya seseorang wanita yang tidak dibenarkan mendapat pendidikan
tidak diberikan hak persamaan.
(Tepukan)
Dan bukanlah secara kebetulan di sesebuah negara di mana wanita-wanitanya yang
berpelajaran tinggi ianya lebih cenderung untuk maju.
Dan biarlah saya berterus-terang: isu hak persamaan wanita bukan
hanya isu untuk orang Islam.
Di negara-negara Turki, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia,
kita telah melihat negara yang majoritinya penganut Islam telah melantik kaum wanita untuk memimpin.
Sementara itu, perjuangan untuk hak persamaan oleh kaum wanita berterusan
dalam aspek hidup di Amerika, dan di negara-negara
di seluruh dunia.
Saya yakin, anak-anak perempuan kita boleh menyumbang
kepada masyrakat seperti anak-anak lelaki, (Tepukan)
(tepukan dan sorakan)
dan kemakmuran bersama akan bertambah dengan membolehkan
manusia sejagat - lelaki dan wanita - untuk mencapai potensi mereka.
Saya tidak percaya bahawa wanita harus membuat pilihan yang sama seperti lelaki
untuk bertaraf sama, dan saya hormati wanita-wanita yang memilih peranan
tradisional dalam menjalani kehidupan mereka.
Tetapi ia haruslah menjadi pilihan mereka.
Sebab itulah negara Amerika Syarikat akan berkongsi sama dengan mana
negara yang majoritinya penganut ugama Islam untuk memberi bantuan menambahkan kemampuan membaca dan menulis
untuk anak-anak perempuan, dan membantu wanita-wanita muda mendapatkan pekerjaan
melalui pinjaman mikro yang akan membantu manusia merealisasikan impian mereka.
(Tepukan)
Akhirnya saya ingin berbincang tentang pembangunan ekonomi
dan peluang. 00:44:51.000,00:44:53.467 Saya tahu untuk ramai, wajah globalisasi
bertentangan.
Internet dan telivisyen boleh membawa ilmu pengetahuan dan informasi,
tetapi juga menunjukkan seks yang menyalah dan keganasan yang tidak wajar
di dalam rumah.
Perdagangan boleh membawa kekayaan baru dan peluang-peluang,
tetapi juga membawa kekacauan dan perubahan kepada komuniti-komuniti.
Di kesemua negara - temasuklah Amerika -
perubahan ini membawa kesan yang menakutkan.
Takut kerana permodenan membuatkan kita akan kehilangan kuasa terhadap
pilihan ekonomi, politik kita, dan lebih penting
identiti kita - apa yang kita sangat hargai tentang
komuniti kita, keluarga kita, tradisi kita, dan kepercayaan kita.
Tetapi saya juga tahu bahawa pembangunan manusia tidak boleh disekat.
Tidak perlu adanya percanggahan antara pembangunan
dan tradisi.
Negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan membangunkan ekonomi negara mereka
dengan hebat dan menjaga adat mereka.
Ini juga sama benarnya dengan pembangunan yang hebat
di dalam negara dengan majoriti Muslim dari Kuala Lumpur ke Dubai.
Di zaman dahulu dan sekarang,
komuniti Islam mampu berada di barisan hadapan dalam inovasi
dan pendidikan.
Ini penting kerana strategi pembangunan
bukan sahaja disandarkan dari dasar,
bukan juga ianya boleh bertahan sementara anak-anak muda tiada pekerjaan.
Banyak negara-negara Teluk telah menikmati kekayaan yang besar kerana
minyak, dan sesetengah mereka mula menumpukan kepada pebangunan menyeluruh.
Tetapi kita semua mestilah mengakui bahawa pelajaran dan inovasi
akan menjadi matawang abad ke 21.
dan di terlalu (Tepukan) – dan di terlalu banyak komuniti Muslim, di kawasan ini.
ada pelaburan terlalu sedikit
Saya sendiri menekankan pelaburan seperti itu di negara saya.
Dan sementara Amerika pada dahulunya telah menumpukan ada minyak dan gas
di bahagian dunia ini,
kami sekarang mencari perhubungan yang lebih luas.
Mengenai pelajaran, kami akan memperluaskan program pertukaran,
dan menambahkan biasiswa-biasiswa, seperti yang telah membawakan bapa saya
ke Amerika, (Tepukan)
(Tepukan)
Pada masa sama, kami mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Amerika
belajar di negara komuniti Islam.
Dan kami akan mencari tempat bagi pelajar Islam yang berpotensi untuk membuat internship
di Amerika; menanam modal dalam pelajaran secara "on-line" untuk guru-guru
dan kanak-kanak di seluruh dunia;dan melahirkan suatu jaringan baru secara "online",
supaya seorang anak muda dari Kansas boleh berkomunikasi dengan segera dengan
seorang anak muda di Kaherah.
Mengenai pembangunan ekonomi, kami akan menciptakan suatu badan sukarelawan
perniagaan dengan kerjasama di
negara majoritinya Islam.
Dan saya akan menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak perihal Keusahawanan tahun ini untuk
mengenalpasti bagaimana kita boleh mendalami ikatan antara pemimpin-pemimpin perniagaan,
yayasan-yayasan dan usahawan-usahawan sosial di Amerika Syarikat
dan komuniti Islam di seluruh dunia.
Mengenai sains dan teknologi, kami akan melancarkan suatu dana baru untuk
membantu pembangunan teknologi di negara Islam majoritinya,
dan membantu memindahkan idea-idea kepada pasaran supaya
dapat melahirkan pekerjaan.
Kami akan membuka pusat-pusat saintifik yang cemerlang di Afrika,
Timur Tengah dan Asia Tenggara
dan melantik Duta-duta Sains yang baru untuk bekerjasama dalam program - program
yang memajukan punca baru tenaga, melahirkan pekerjaan hijau,
mendigitalkan rekod-rekod, air yang bersih, dan menanam tanaman baru. -
Dan hari ini saya ingin mengumumkan suatu dayausaha global yang baru bersama
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk memansuhkan penyakit polio.
Dan kami juga akan memperluaskan kerjasama dengan komuniti Islam
bagi mempromosikan kesihatan kanak-kanak dan ibu-ibu.
Kesemua ini mestilah dijalankan secara kerjasama.
Rakyat Amerika bersedia berganding bahu bersama rakyat dan kerajaan;
komuniti organisasi-organisasi, ketua-ketua ugama,
dan perniagaan dalam komuniti Islam di seluruh dunia untuk
membantu rakyat kita menjalani kehidupan yang lebih baik.
Isu-isu yang saya nyatakan tadi bukan mudah untuk
ditangani
Tetapi kami mempunyai tanggung-jawab untuk bersama-sama bagi pihak
dunia yang kita cari - dunia di mana pihak ekstrimis tidak lagi
mengugut rakyat kami, dan perajurit-perajurit Amerika telah kembali
sebuah dunia di mana pihak Israel dan Palestin sama-sama berasa selamat
di negara masing-masing, dan kuasa nuclear digunakan untuk
tujuan keamanan; satu dunia di mana kerajaannya berkhidmat untuk
rakyat, dan hak-hak umat manusia jadian Tuhan dihormati.
Kesemua itu adalah kepentingan bersama
Itulah dunia yang kita cari, tetapi kita akan berjaya mendapatkannya secara bersama.
Saya tahu terdapat ramai - orang Islam dan bukan Islam
- yang menyoal samada kita mampu mengorak permulaan baru ini.
Ada yang mahu menyemarakkan api pecah belah,
dan menyekat perkembangan.
Ada yang menyatakan usaha ini sia-sia belaka -
dan kita telah ditakdirkan untuk tidak bersefaham, dan tamadun manusia sudah
ditakdirkan bertelingkah.
Ada ramai juga yang skeptik - bahawa pembaharuan yang sebenar boleh berlaku.
Terlalu banyak yang ditakuti, terlalu banyak keraguan yang telah bertambah
selama beberapa tahun.
Tetapi sekiranaya kita terikat dengan masa lepas,
kita tidak akan boleh maju kehadapan.
Saya juga mahu berkata ini kepada generasi muda setiap
agama, di mana jua negara – anda, lebih dari yang lain,
mempunyai kebolehan untuk member wawasan baru pada dunia ini, dan membina semula dunia ini.
Kita semua meminjam dunia ini hanya sebentar.
Persoalannya ialah samada kita menggunakan masa untuk memberi tumpuan kepada apa yang menjarakkan kita,
atau kita sama-sama komited untuk suatu usaha -
iaitu usaha berterusan - mencari persefahaman, a sustained effort --
tumpuan untuk masa depan yang kita cari untuk anak-anak kita, dan untuk menghormati
maruah umat manusia.
Lebih mudah untuk memulakan peperangan daripada menamatkannya.
Lebih mudah untuk menuduh pihak lain daripada melihat diri sendiri;
melihat apa yang berbeza tentang seseorang daripada
mencari sesuatu yang boleh kita berkongsi.
Tetapi kita mesti memilih jalan yang baik, bukan sahaj jalan yang mudah.
Di sinilah terletaknya garis panduan di setiap ugama -
iaitu melakukan sesuatu kepada orang lain sebagaimana kita mahu
diperlakukan.
(Tepukan)
Kebenaran ini menyelubungi negara-negara dan manusia sejagat
kepercayaan yang bukan baru, yang bukan hitam atau putih ataupun coklat;
yang bukan Kristian atau Islam atau Yahudi.
Ianya suatu kepercayaan yang menjadi nadi kepada tamadun manusia
dan ianya masih berdenyut di dalam hati berbilion manusia.
Di seluruh dunia.
Ianya kepercayaan pada orang lain, dan inilah sebabnya saya
di sini hari ini.
Kita mempunyai kuasa menjadikan dunia ini apa yang kita mahukan,
tetapi kita harus mempunyai keberanian unuk mengorak pembaharuan, dan
mengingati apa yang telah ditakdirkan
Kitab Al-Quran memberitahu kita “Hai manusia!
Kami telah menciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan;
Kami telah menciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan; dan Kami telah menjadikan kamu berpuak-puak supaya
kamu saling mengenali antara satu sama lain.”
Kitab Talmud memberitahu kita: “Keseluruhan Taurat bertujuan mempromosi keamanan.”
mempromosi keamanan.”
Kitab suci Injil memberitahu kita, “Berbahagialah mereka yang membawa perdamaian antara manusia,
Tuhan akan menyebut mereka itu anak-anaknya."
(Tepukan)
Masyarakat dunia boleh hidup bersama di dalam keamanan.
Kita semua tahu ini adalah wawasan Tuhan.
Sekarang itulah tanggungjawab kita di dunia ini.
Terima kasih .
Dan semoga Tuhan merahmati anda.
(Tepukan dan sorakan)
Terima kasih banyak.
Terima kasih.
(Tepukan dan sorakan)
Terima kasih.
(Tepukan dan sorakan) �