Tip:
Highlight text to annotate it
X
Ahli-ahli kreatif yang dihormati,
saya bawakan pesanan ini kepada anda
di dalam bahasa antarabangsa Krismas, bahasa Finnish.
Pertama sekali benarkan saya ucapkan Salam Perayaan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih
untuk penyertaan anugerah anda semua,
dan saya menanti untuk menerima lebih banyak
pada tahun baru apabila tarikh tamat semakin hampir.
Inilah masanya, saya percaya masa untuk memikirkan tentang kanak-kanak
dan saya ingin memanjangkan
mesej perayaan ini kepada warga muda,
bakat yang baru berkembang di luar sana dalam setiap dan semua bidang kreativiti.
D&AD ditubuhkan sebagai satu kebajikan
dan kami mampu membantu mereka yang muda,
jika anda rasa kehilangan atau perlukan bantuan
atau kekurangan inspirasi
hanya layari laman web baru kami: www.dandad.org
Di sana, anda akan mendapat nasihat dan petunjuk
daripada pakar-pakar dalam industri
dan setiap satu karya pensil yang dimenangi
dari sepuluh tahun kebelakang atau lebih.
Anda juga akan lihat menerusi pameran Darah Baru kami,
program Anugerah Pelajar dan Pensyarah,
bagaimana kami boleh membantu mendidik anda dari benih yang subur
menjadi sesuatu yang gagah perkasa...
yang membawa keamanan.
Rahmati setiap seorang dan semua,
tidak kira agama, bangsa, warna atau kepercayaan,
Salam Perayaan daripada Presiden anda.