Tip:
Highlight text to annotate it
X
Oh, hai! Secara jujurnya, beritahulah saya.
Adakah seluar ni membuatkan punggung saya kelihatan terlebih besar?
Tidak cukup besar ke? Mungkin sudah tiba masa untuk membesarkannya?
ataupun sedikit sesi liposuction untuk mengambil keluar bahagian ini sekurang-kurangnya;
dan mungkin saya juga akan melanggani khidmat pembedahan plastik abdomen. Tak lah menyakitkan sangat!
Nanti, mengapa saya berhenti di sini saja?
Memandangkan saya ni malas untuk menguatkan otot dada saya,
mungkin implan boleh saja sudah cukup,
dengan satu sesi angkat leher kecil.
Dan sudah tentu saya juga hendak melakukan sesuatu dengan masalah kehilangan rambut ini, kan?
Apa tu? Sesi angkat bulu kening?
Tidak. Saya tidak tahu apa yang hendak membuatkan saya kelihatan segak sepanjang masa.
Lebih baik kalau saya terus bereskannya dengan suntikan Botox
yang boleh menyingkirkan kedut-kedut ini. Tahu Botox, bahan kimia neurotoksin
itu yang melumpuhkan saraf-saraf anda demi ilusi keremajaan itu?
Marshall McLuhan (ahli falsafah Kanada dalam bidang komunikasi ***) pernah berkata
perkara yang terakhir yang disedari oleh seekor ikan dalam habitatnya adalah air.
Begitu juga dengan realiti-realiti nyata dan berkuasa dalam budaya manusia
yang kelihatan tidak dapat diperakui.
Apabila kita berhenti seketika, selalunya dalam risiko pengasingan sosial,
untuk mempersoalkan prinsip dan idea asas yang menyusunkan kehidupan kita,
satu kebenaran yang pahit tentang "kenormalan" akan menjadi lebih nyata.
Kini, kita hidup di dalam sebuah lautan yang penuh dengan obsesi status,
kebendaan, kesombongan, keangkuhan dan konsumerisme.
Kehidupan kita telah diberikan definisi
bukan daripada pemikiran produktif, sumbangan sosial dan kebaikan kita,
tetapi oleh sebuah set hukum yang dangkal dan bersifat delusi
di mana fabrik masyarakat kita telah dicemari oleh romantisme murahan
yang berkaitan dengan persaingan, konsumerisme yang nyata, dan ketagihan yang neutorik
yang selalunya berhubungan dengan kecantikan fizikal, status dan kekayaan.
Secara efektifnya, ini adalah pematuhan sosial yang menyamar sebagai individualisme
dengan nilai-nilai positif seperti keseimbangan, kepintaran, keamanan, kesihatan awam
dan kreativiti diketepikan.
Budaya kita kini telah dicemari dengan teruk.
Fenomena ini telah bermula semenjak dari zaman pembentukan kita, di mana kita mengatakan seorang yang bijak dan mempunyai pencapaian
adalah seorang "nerd", "dweeb" ataupun "geek". (Mereka yang bermasalah dalam pergaulan).
dengan mereka yang diberi pujian sosial dan bukannya diturunkan berdasarkan penampilan yang diterima
adalah golongan yang kaya dan tegap,
Keteguhan idea bahawa untuk berfikir, belajar dan mencabar minda adalah tidak digalakkan,
manakala untuk mempertahankan status quo, selaras dengan cita-cita yang diletakkan oleh masyarakat
adalah diberikan ganjaran.
Dalam detik manakah seorang jutawan yang mempunyai 5 rumah banglo
akan berterampilan daripada imej sebuah icon yang sukses yang diterima masyarakat
kepada sebuah contoh seseorang penghidap penyakit mental
kerana ketagihan yang kompulsive, pada hakikatnya, jutawan tersebut telah didedahkan
sebagai seorang yang keji di khayalak masyarakat
kerana pilihan mereka untuk menyimpan tahap kekayaan yang berlebihan
demi status dan keangkuhan diri mereka.
Tetapi, kita tidak boleh bersikap terlalu kejam terhadap mereka, kan?
Apa yang mereka buat adalah ringkasnya, apa yang mereka telah diajar.
Seperti agama-agama yang anda percaya, atau strategi permainan yang anda pakai untuk hidup
yang telah dibudayakan dalam alam sekeliling kita.
begitu juga dengan ombak-ombak pengaruh yang sedemikian
bergelora dalam lautan semangat zaman (zeitgeist) kita.
Jadi, kita patut mula mempersoalkan apa
yang sebenarnya kita cuba untuk mencapai, daripada hanya merungut
dan melihat "kenormalan" sosial seperti kita melihat sukses dan pencapaian yang ternyata.
Saya tidak tahu situasi anda, tetapi saya sudah mula mengesyaki
bahawa taraf hidup komersial ini yang dipromosikan oleh ahli-ahli ekonomi
dan pakar-pakar sejarah sebagai satu kebanggaan dalam pembangunan manusia/sosial
adalah satu bentuk kegilaan yang tersembunyi:
Satu bentuk pemutarbelitan nilai dan kenyataan ghaib yang menjadikan kita gila,
antisosial, bersikap angkuh,
tidak mempendulikan sistem ekologi, dan mungkin
semakin mudah dibentuk oleh puak-puak yang mengawal masyarakat kita sendiri.
Mungkin, mungkin,
budaya moden kita yang menggalakkan kita untuk mencapai "sukses" pada hakikatnya
bukan satu pencapaian sosial sebenarnya,
tetapi adalah gejala kepada budaya yang kian merosot ini. [CULTURE IN DECLINE]
Dari pembikin filem trilogi Zeitgeist
muncullah rancangan realiti yang terburuk di sepanjang masa
yang paling sebenar
GMP Films mempersembahkan
[CULTURE IN DECLINE]
Dengan hos anda, Peter Joseph
Layarilah: www.CultureInDecline.com
Satu penyakit baru telahpun menyerangi Amerika, dan sedang bergerak menuju seluruh dunia;
sebuah penyakit yang tidak diketahui pada zaman-zaman awal
dan tidak disedari oleh pembawanya,
penyakit ini tidak disebarkan dengan virus ataupun genetik
tetapi melalui budaya dan idea,
yang sebenarnya bertumbuh dan bermutasi merosakkan minda
dan menjejaskan mental kebanyakan orang.
Inilah penyakit C.V.D, Penyakit Konsumerisme dan Keangkuhan (Consumption-Vanity Disorder).
Inilah penyakit masyarakat moden yang bukan sahaja mencemari
minda dan nilai-nilai yang dipesongkan,
malah menjadikan dunia kita sebagai satu penukang najis yang dipenuhi pusat membeli-belah
dan gangguan imej diri, sikap kebendaan yang membazirkan
dan dosa sosial yang berseteru.
Message ini ditaja khas oleh Institusi Pengajian C.V.D.
[Dr. Tim Walton] Jadi, saya telah bekerjasama dengan gadis-gadis ini selama beberapa tahun.
Dan kebanyakannya tidak tahu bahawa CVD
mungkin mempunyai banyak mutasi lain.
Gadis-gadis ini mengalami Sindrom Gadis Ayu. (Hot Girl Syndrome HGS).
Nampaknya, kita mempunyai wajah-wajah yang baru.
Ada sesiapa yang ingin memperkenalkan diri dulu?
(Kristy) Saya telah berpindah ke Los Angeles beberapa tahun dahulu, dan saya . . .
telah menyedari bahawa ada perbezaan yang ganjil pada badan saya
misalnya, skirt-skirt saya menjadi semakin pendek, dan
saya sudah mula berbelanja duit untuk membeli bahan kosmetik, kasut tumit tinggi dan barang-barang kemas murahan,
dan kemudian, saya mula guna suntikan Botox, dan
saya tidak dapat berhenti.
bibir saya telah semakin ganjil, dan
menjelang masa sesi pembesaran punggung saya yang kedua atau ketiga,
saya telah menonton DVD America's Next Top Model berulang-ulang kali
dan Extreme Makeover 24/7,
berdatin bersama satu bintang bola sepak bodoh selepas satu lagi
dan selepas itu, saya
berada dalam muka surat hadapan Vogue - Oooooh!
Tak apalah kawan. Saya juga pernah terpapar di muka surat hadapan Vogue.
Dengan sokongan anda, kita dapat menewaskan HGS dalam hidup kita.
Sekiranya anda berminat untuk menolong mangsa-mangsa ini, sila menderma semua produk Gucci,
Louis Vuitton dan Prada kepada tapak pelupusan tempatan anda.
Jika kita kembali ke zaman awal abad ke-20,
kita akan menemui satu persimpangan jalan bagi industri-industri kita,
di mana pembangunan teknologi yang pesat telahpun mencabari
prinsip-prinsip asas dalam tradisi dan hukum ekonomi kita,
dan juga operasi sosial masyarakat.
Dalam teras sistem sosioekonomi kita, terdapat unsur "Buruh" dan "Permintaan".
Tanpa permintaan untuk produk, tentunya tiada keperluan untuk pengeluaran dan pekerjaan;
dan tanpa pekerjaan, golongan pekerja tidak akan mempunyai gaji dan kuasa membeli
untuk membeli barang demi mengerakkan ekonomi.
Pada awal 1900-an, satu perkembangan baru dalam produktiviti telah tercipta
melalui aplikasi mesin dan mekanisasi,
dan ianya membawa kepada sesuatu yang tidak pernah dilihat dalam dunia perindustrian:
lebihan barang.
Sebuah artikel "Nation's Business" pada tahun 1927
yang menyiarkan satu sesi temu bual dengan setiausaha buruh, James Davis, berkata
"Kemungkinan permintaan dunia ini akan dipenuhi
dengan kerja tiga hari seminggu."
Beberapa tahun kemudian, jurutera R. Buckminster Fuller
menjelaskan fenomena ini sebagai pencapaian untuk 'menghasilkan berlebihan dengan kurang',
dengan itu, kekuatan tenaga, buruh manusia dan bahan mentah yang diperlukan
untuk mencapai sesuatu permintaan akan menjadi semakin kurang
dengan pencapaian ini semakin meningkat.
Dalam kata lain, industri pada masa itu telah menjadi lebih efesien dari segi teknikal.
Namun tetapi, Amerika dan masyarakat umum Barat pada pra-abad ke-20
telah mengekalkan etika berjimat, secara keseluruhan.
Terdapat satu kod etika konservatif yang mengatakan bahawa produk adalah dibeli berdasarkan keperluannya,
dan bukannya kemahuan,
dan kebanyakan orang pada masa itu tidak melihat kepentingan untuk menaikkan pengunaan barang mereka.
dan kebanyakan orang pada masa itu tidak melihat kepentingan untuk menaikkan pengunaan barang mereka hanya mereka mampu.
Jesteru, pengusaha-pengusaha dan perancang sosial mempunyai satu pilihan pada detik ini.
Samada sistem ini akan disesuaikan dengan pencapaian produktiviti "untuk mencipta lebih dengan kurang",
yang boleh bermakna lebih masa untuk berehat di mana minggu bekerja boleh dikurangkan
dan gaji dan nilai-nilai masyarakat boleh dilaraskan
untuk memanifestasikan kejayaan pencapaian kelimpahan ini;
ataupun, menjadikannya lebih dramatik: nilai-nilai masyarakat
dan ciri-ciri budaya mungkin perlu diubah,
di mana idea konsumerisme yang asalkan berdasarkan pada keperluan
telah menjadi konsep konsumerisme yang berlainan dan berdasarkan kepada pengguna
demi mengekalkan status quo.
Tidak hairanlah, jika diberikan idea dan konsep asal dari prinsip kapitalisme
....apa? Oh ya!
Jadi, tidak hairanlah, jika diberikan idea dan konsep asal dari prinsip kapitalisme
idea yang kedua itu menjadi satu-satunya pilihan rasional.
Etika industri dominan kini yang memfokuskan kepada keuntungan
akan dijejaskan, jadi idea alternatif ini
yang bertujuan untuk menjanjikan kepenuhan kepada keperluan manusia,
yang mungkin dapat membolehkan satu tahap kebebasan yang kita tidak pernah lihat, dan
mungkin dapat menyambut satu zaman kecerahan (Enlightenment) kepada manusia
telah disekat oleh kepentingan golongan pemilik;
dan akibatnya, lihatlah dunia di sekeliling anda yang dipenuhi sampah,
keangkuhan, kebendaan, pembaziran, penghambaan hutang, konflik
dan penggunaan yang impulsive dan tidak berminda. Inilah akibatnya.
(Video) Suasana pada musim membeli-belah ini telah bermula dengan ganasnya:
dengan seorang pekerja sementara Walmart telah dipijak sampai mati
oleh pembeli-pembeli yang bersemangat mengejari jualan pasca Hari Kesyukuran.
- Suasana ini di sebuah gerai Walmart telah menyebabkan beberapa orang pembeli jatuh ke atas lantai
berhampiran Grand Rapids, Michigan pada pukul 5 awal pagi.
Walaupun terdapat orang yang terjatuh, pembeli-pembeli ini masih berlari menuju ke hadapan.
Bawalah bertenang!
Tolaklah kawan saya dan saya akan tikam kamu @#$^%$!
- Satu lagi insiden di sini, seorang wanita hamil yang berumur 28 tahun
telah dijatuhkan ke lantai oleh orang ramai yang sama.
Terdapat saksi yang mendakwa bahawa wanita ini telah mengalami keguguran.
- Di California Selatan, beberapa das bunyi tembakan kedengaran di dalam sebuah gerai permainan yang dipenuhi orang.
Mereka mendakwa bahawa seorang wanita menyemburkan pembeli-pembeli lain dengan semburan lada.
Mereka mendakwa bahawa seorang wanita menyemburkan pembeli-pembeli lain dengan semburan lada.
Sementara itu, mereka yang mengenali Damour mendakwa kematiannya "tidak masuk akal".
Mereka berperangai seperti binatang, hanya untuk membeli satu barang yang bernilai $5,
dan jimat $5. Mereka telah membunuh orang ini.
- Berapa lamakah anda di sini?
- Saya telah berada di sini, selama 3 hari.
- Apakah yang membawa anda ke sini? - Televisyen.
- Anak saya mahu yang itu, adalah iPad, ataupun saya percaya, Samsung?
Tapi apa yang berlaku ialah mereka tidak menjualkannya pada harga setengah.
- Kasihan.
- Banyak pergelutan dan tolakan dalam gerai-gerai.
Saya masih teringat akan kejadian ini dalam berita. Pernahkah kamu mengalaminya?
- Bukan pada Black Friday, tapi dalam konsert musik;
tetapi saya tahu apa yang bakal berlaku, jadi saya sudah bersedia.
- Jadi anda sudah bersedia untuk menolak orang balik? - Ya.
- Apakah pendapat anda tentang konsumerisme yang impulsif ini
yang kadang kala menjadi secara paksa?
- Saya tidak tahu. Saya rasa ini bakal menjadi satu tekanan bagi semua orang.
Ini lah Eddie Bernays. Beliau adalah Bapa Iklan Moden,
dan terkenal kerana sumbangan beliau untuk menukarkan istilah yand dibenci ramai "Propaganda"
ke istilah "Public Relations" yang lebih mesra.
Bernays mengambil idea popular dari kajian psikologi (Sigmund) Freud
dan mengaplikasikannya dalam kempen pengiklanan.
Idea ini adalah mudah:
Hubungkaitkan dan eksploitasikan ciri-ciri keperluan sosial yang primitif dan biasa kepada kebanyakan manusia;
seperti seks dan status kepada produk.
- Ini lebih panjang daripada tahun lalu!
- Ya, dan 4 inci lebih panjang daripada model lain.
Ohhhhh!
Barangan akan menjadi kurang relevan dengan kegunaaannya
dan menjadi lebih kepada simbol yang melambangkan identiti ataupun ciri-ciri individualisme seseorang,
secara efektifnya menjadikan "kemahuan" kepada keperluan emosional.
Bernays adalah sambutan kepada permintaan oleh ketua-ketua industri
untuk mengubah masyarakat dan mewujudkan satu budaya pengguna yang baru.
Charles Kettering, Pengarah General Motors pada 1929,
menulis akan keperluan untuk "mengekalkan perasaan tidak puas hati pengunna".
Jurubank Wall Street Paul Mazur juga berkata:
"Kita mestilah menukarkan Amerika daripada satu budaya yang mencirikan keinginan daripada budaya keperluan.
Orang ramai mestilah diajar untuk berhasrat keinginan.
Untuk menginginkan benda baru walaupun benda yang lama belum lagi diguna habis.
Kita mestilah membentuk mentaliti yang baru ini di Amerika."
Dan ini berjaya!
Kepesatan inovasi teknologi di radio dan televisyen juga telah menyumbang idea ini melalui
satu kempen yang meliputi masyarakat Amerika
yang tersebar dengan pantasnya ke seluruh dunia.
Pengiklanan kini tidak lagi berfungsi untuk menjelaskan kegunaan sebuah produk
dan integritinya yang wujud. Ianya kini sebagai satu manipulasi sosial,
yang mewujudkan perasaan rendah diri, malu, rasa bersalah, dan masalah palsu
yang boleh didakwa dapat diselesaikan dengan membeli item yang diiklani.
[Lee Camp, aktivis dan pelawak] Dalam satu hayat 80 tahun ini,
kita telah menonton televisyen dengan purata masa sepanjang 15½ tahun,
dan 15½ tahun ini telah mencairkan otak kita
dan menyembahkan produk-produk dan sampah-sampah
itulah yang menjejaskan minda kami, kerana iklan-ikan ini, semuanya bodoh!
Bayangkanlah kalau iklan ini adalah sebagai seorang insan biasa
berjalan menuju ke anda di atas jalan, dan terus berkata:
"Hey! Hey! Kamu! Hey! Hey!
Kalau kamu memakai jeans ini, gadis-gadis cantik ini akan suka pada kau.
Maksud saya, gadis yang benar-benar cantik, bukan teman wanita kamu yang nampak biasa dan hodoh.
Dan bolehkah kamu juga memberitahu dia
bahawa dia juga hendaklah menghilangkan sedikit berat dan mengubah gaya rambutnya?
Dan dia dapat melakukannya, dengan menggunakan pil diet dan gel rambut ini.
Dan kamu dua ini juga patut
cuba rokok ini dan minum arak ini. Dan kamu akan menjadi lebih bergaya.
Walaupun gigi kamu kelihatan sedikit kuning
kita boleh memperbaikinya dengan menggunakan ubat gigi pemutihan ini!
Dan gadis-gadis panas ini akan lebih berminat dengan kamu.
Oh ya, adakah kamu berpuas hati dengan saiz zakar kamu?
Jika ya, tak apa, kebanyakan lelaki adalah puas hati dengan
"saiz seronok" dia! Ya, banyak perempuan juga suka dia.
Maksud saya, saya belum temu apa-apa sekarang, tetapi saya percaya ianya ada.
Tetapi, jika kamu berubah minda, apa yang kamu patut buat ialah guna benda-benda ini
dan kemudian kamu akan menelefon orang lain untuk membawa benda-benda kamu
bagaikan sebuah tren yang berpakaian gaun pengantin!
Tapi, bagaimanakah kamu akan menelefon pengangkat-pengangkat barang kamu dengan telefon bimbit itu yang buruk?
Kamu sepatutnya mengguna telefon bimbit ini yang ada teknologi ini
dan menjadikan orang lain terasa mereka adalah lebih bagus daripada kamu
hanya kerana kamu menggunakan fon ini. Dan mereka adalah lebih bagus daripada kamu.
Oh Tuhanku, semua barang ini yang kamu perlukan tetapi tidak mempunyainya telah menjadikan saya berasa cemas.
Adakah ini membuatkan kamu cemas? Adakah?
Adakah kamu berasa cemas sekarang? Adakah?
Jadi, apa yang kamu patut buat ialah mengambil barang-barang ini, dan dalam tempoh dua minggu
kamu akan berasa lebih bagus dengan tidak terhingga!
Dengan kesan sampingan bonus. Pil ini akan menjadikan rambutmu
lebih bersinar dan lebih mudah diuruskan.
Dan saya kena pergi kerana teman wanita kamu telah memilih
untuk memakai gaum yang antik itu, dan saya akan menukarkan pendiriannya
sebelum dia berhenti menggunakan koktail Ambein/Prozac yang saya berikan kepada dia kelmarin,
dan dia akan berhenti membeli-belah secara berterusan
untuk mengisi kekosongan yang diwujudkan oleh sifat kebencian-diri, yang dicipta oleh saya.
Adakah kamu akan bergaul dengan lelaki itu?
Lihatlah anda, dalam teras dunia pengiklanan
terdapatlah exploitasi terhadap sifat semulajadi kita secara mendalam.
Ianya telah menukarkan sifat empati identiti komuniti
kepada satu senjata yang mengalakkan "penghakiman luaran" masyarakat dan perasaan tidak selamat yang relatif.
Hakikatnya, beberapa tahun dahulu, satu kajian
di mana media Barat telah dibawa ke dalam satu budaya
yang tidak pernah mengalaminya, telah dijalankan di kepulauan Fiji.
Selepas tempoh pemerhatian ini,
kesan-kesan nilai kebendaan dan sikap keangkupan telah kelihatan.
Satu kadar peratusan yang relatif di antara golongan kaum perempuan muda
yang telah memeluk budaya kesihatan diet
telah menjadi obses dengan kekurusan.
Anoreksia, yang tidak pernah langsung kedengaran dalam budaya asalnya
telah mula tersebar dan mengubahkan minda kaum wanita secara spesifik;
tetapi mari kita kembali kepada pembelajaran sejarah kita.
Keangkuhan dalam dunia kebendaan dan ketagihan penggunaan yang neurotik ini,
adalah tidak cukup untuk memastikan
kestabilan agama kapitalis ini
dan manfaat yang dirasai secara berterusan oleh paderi-paderinya, iaitu golongan kaya pemilik bisnes.
Melainkan kejuruteraan untuk mencapai persetujuan melalui pengiklanan,
zaman teknologi ini juga membawa satu lagi masalah kepada bisnes:
kenaikan dalam kualiti produk.
Pengeluaran bukan sahaja telah bergerak lebih pantas daripada penggunaan tradisional,
kualiti sebenar produk individu juga bertambah,
semua kerana perkembangan saintifik dalam reka bentuknya,
mengurangkan keperluan untuk mengulangi pembelian.
Ini tidak memberikan maanfaat kepada golongan kapitalis.
Ingat. Teras pemandu sistem buruh, keuntungan dan penggunaan,
ataupun teras pemandu sistem ekonomi kita secara umumnya,
adalah kekurangan bekalan dan efisien.
Hakikatnya, musuh ekonomi pasaran adalah kecekapan
dan jika produk itu menjadi semakin baik dan bertahan lama, situasi ini akan menjadi semakin buruk kepada industri.
Jadi, istilah "usang terancang" telah dilahirkan.
Pada tahun 1932, ahli industri Bernard London telah mempropagandakan sebuah risalah bertajuk
"Hentikan Kemelesetan Ekonomi Melalui Usang Terancang:
di mana idea menghasilkan benda-benda yang kurang berkualiti secara universal
untuk menjana lebih permintaan tenaga buruh dan pertumbuhan ekonomi kelihatan logikal.
Ada juga yang mahu mewajibkan semua industri secara sah
bahawa kitar semula sistem akan ditentukan bukan oleh sifat semulajadi kemampuan teknologi
tetapi oleh permintaan tenaga buruh dan penggunaan yang semakin meningkat.
Salah satu contoh yang ternyata dalam sejarah
adalah peristiwa kartel mentol lampu Phoebus pada tahun 1930-an
di mana, pada waktu itu, lampu mentol dapat menyala hingga selama 25,000 jam,
sehingga syarikat-syarikat lampu telah diwajibkan untuk merendahkan tempoh hayat lampu-lampu mentol
tersebut ke 1000 jam sahaja untuk memastikan pembelian yang berulang-ulang;
dan akhirnya, ini telah menjadi satu strategi pendekatan kepada semua industri.
Apabila anda duduk dan membandingkan tahap efisien yang boleh dicapai pada hari ini
dengan apa yang kita telah lakukan untuk mengekalkan sistem mesin yang penuh dengan pembaziran dan kekurangan,
anda pasti akan muntah akan kehilangan pencapaian yang kita mungkin boleh merealisasikan.
Satu lagi komponen yang saya hendak memberikan perhatian ialah
berkaitan dengan masalah kuasa membeli.
Satu mekanisme pasti-selamat diperlukan untuk memastikan pengedaran kewangan dan kononnya,pertumbuhan
walaupun pembeli tidak mempunyainya.
Inilah istilah "peluasan kredit".
Akses kredit, dalam realiti,
adalah teras pemandu pertumbuhan ekonomi Barat sejak dahulu lagi,
dan satu renungan pada hutang awam dan swata sedunia kini
telah menunjukkan bahawa ini bukan satu anomali bagi seseorang ataupun sesebuah negara
untuk tinggal di luar kemampuan kewangan mereka.
Ini adalah satu set fesyen.
Jumlah hutang dunia yang ternyata pada hari ini
telah jauh melebihi bekalan *** dunia,
dan perbuatan mempinjam daripada tiada sumber
ini telah diberi pampasan bagi had yang wujud untuk pekerjaan dan upah.
Namun demikian, yang amat mengganggukan ialah,
berkenaan dengan sikap tidak bertanggungjawab dan kesakitan sistem saraf budaya,
lubang arnab itu adalah lebih dalam.
Kita selalunya lupa bahawa apa yang terpendam dalam beberapa ribuan tahun ini
ialah sebahagian daripada spesies kita adalah kelihatan mempunyai lebih banyak kelayakan daripada yang lain;
dan perhambaan, eksploitasi dan kehilangan hak satu golongan
demi kelebihan oleh golongan lain adalah dianggap undang-undang semula jadi.
Pada era feudalisme di Zaman Pertengahan, pembahagian sosial adalah ternyata
dengan adanya seorang raja dengan golongan bangsawan dan sebagainya
mengawal sekumpulan hamba abdi
dengan pertukaran untuk mendapatkan keperluan asas dan perlindungan sederhana.
Satu thema yang biasa bagi tempoh ini adalah alasan genetik ataupun kedudukan keunggulan dalam agama
telah memberikan kuasa untuk raja-raja untuk mendominasikan rakyatnya.
Namun demikian, sebagai feudalisme susut ke merkantilisme monopoli negeri,
dan berubah ke sistem kapitalisme pasaran terbuka,
pandangan seorang buruh petani biasa,
ataupun golongan kelas pekerja dan hamba hutang yang wujud pada hari ini,
bermutasi ke mana apa-apa perlindungan kecil yang wujud sebelumnya,
telah disingkirkan untuk menyokong satu doktrin
di mana seseorang itu tidak dapat mendapat pekerjaan dalam sistem ekonomi pasaran ini,
hak mereka untuk hidup ataupun wujud di dunia ini adalah tidak dijamin.
Adam Smith, David Ricardo, dan Thomas Malthus,
dan tokoh-tokoh yang penting dalam perkembangan awal kapitalisme moden,
telah menyatakan bahawa sistem yang mereka soking itu bukan untuk semua orang.
Ini bukannya mereka mahu situasi untuk menjadi sebegini.
Mereka bukan ahli Nazi, ataupun sebagainya,
akan tetapi, jika anda mempertimbangkan dunia mereka yang berdasarkan kekurangan,
mereka juga melihatnya sebagai satu sifat semulajadi. Adam Smith,
semasa memerhatikan sifat pemerintahan sosial yang ditakrifkan oleh perhubungan harta,
menyatakan bahawa, "kerajaan sivil,
yang setakat ini, dimulakan bagi keselamatan harta benda,
dalam realiti, adalah ditubuhkan untuk mempertahankan golongan kaya daripada golongan miskin,
ataupun daripada mereka yang mempunyai harta menentang mereka yang tidak mempunyai apa-apa."
David Ricardo, berdasarkan idea Smith, "Tangan Halimunan"
yang bersifat pandangan pseudo-Darwin terhadap persaingan pasaran,
telah melanjutkan tanggapan ini dan menyatakan bahawa kemiskinan yang tidak dapat dielakkan dan kekurangan golongan miskin
adalah seandainya satu "sifat semulajadi undang-undang sosial", bagaikan graviti,
dengan Malthus melangkah jauh dan menyatakan bahawa
anda hanya akan memudaratkan golongan miskin jika anda cuba untuk membantu mereka.
Beliau juga berkata: "Daripada menggalakkan kebersihan kepada golongan miskin,
kita patut menggalakkan satu tabiat yang berlawanan.
Dalam pekan kita, kita harus membuatkan jalan lebih kecil,
meramaikan orang ramai ke dalam rumah-rumah, dan memanggil pengembalian wabak-wabak."
Sudah tentu, ramai yang mendengar retorik secara semulajadinya akan bertindak balas dalam kebimbangan,
tanpa memahami dari mananya sumber perspektif yang kejam ini.
Lagipun, apabila kita kembali ke zaman pra-industri Eropah
dan menyaksikan betapa besarnya ketidakseimbangan sosial, kekurangan dan kemiskinan pada masa itu,
mungkin, pada hakikatnya, disebabkan oleh faktor populasi mengatasi kadar kapasiti pengeluaran,
andaian anda mungkin akan membuat kesimpulan bahawa
kapasiti bawaan tanah semata-mata tidak boleh mengendalikan populasi semasa.
Anda mungkin juga akan datang dengan beberapa justifikasi yang selesa
untuk mengetahui mengapa ada yang berjaya untuk hidup dalam kemakmuran,
tetapi ada yang akan mati dan dinafikan,
mengapa pula ada yang layak diberikan ganjaran kekayaan dan penghormatan,
manakala ada yang harus dikutuk ke arah kemiskinan dan pengabaian.
Jadi, amatlah mudah untuk kita melihat betapa kuatnya istilah "kelas sosial" dikekalkan,
sedangkan istilah-istilah lain yang sedemikian seperti rasis dan seksis
telah reda dengan secara perlahan dalam budaya moden.
Kini, setiap fahaman ekonomi dari idea Keynesian kepada sistem Austria
akan menyokong thema pasaran
di mana nilai anda akan dikira bukan dengan fakta bahawa anda wujud sebagai seorang manusia,
tetapi dengan kedudukan anda dalam mesin ekonomi ini.
Marilah kita melihat kata-kata Ricardo:
"Dengan memberikan kontrak kepada undang-undang sfera golongan 'miskin' secara beransur-ansur,
dengan memikat hati golongan miskin dengan nilai kemerdekaan,
dan mengajar mereka bahawa mereka tidak boleh melihat kepada kebajikan sistematik ataupun munasabah,
tetapi dengan pengerahan tenaga sendiri untuk menyokong diri,
kehemahan dan pemikiran ke masa depan adalah kebaikan yang diperlukan dan menguntungkan,
kita akan bergerak ke hadapan sebagai sebuah negeri yang lebih waras dan sihat."
Fakta dongeng sistem ini ialah seseorang itu layak menerima berdasarkan kerja mereka,
seolah-olah dunia adalah adil, dan
persaingan semulajadi tidak sememangnya membiak amalan rasuah. - Salah!
- Apalah... Bob, apa dia tengah buat ni?
- Jadi sampah apa yang disampaikan oleh Peter Joseph Stalin dalam episode ini?
- Dengarlah . . . - Aah, dengarlah, wahai manusia.
Kapten Pembenci Kebebasan ini nampaknya tidak faham
bahawa golongan miskin adalah amat bodoh sekali!
Mereka bodoh dan pemalas, dan mereka layak menerima nasibnya ini, betul kan?
Dan saya sudah loya dengan kerajaan ini
datang dan mencajkan cukai kepada duit usaha saya,
supaya orang-orang bangang ini boleh hidup
dengan tiket loteri dan arak malta mereka ...
Bob, awak okeykah?
Tolong letakkan dia balik dalam sangkarnya.
Kini, tiba masaya anda mungkin bertanya,
apa hubungan semua ini dengan konsumerisme?
Jika anda memahami tradisi etika yang ada dalam sistem pasaran kapitalisme
dan bagaimana sistem ini enggan menerima kemungkinannya untuk menjadi kebajikan kepada semua orang,
dengan pembohongan-pembohongan bahawa mereka yang membuat kerja dan akan menikmati semua manfaat
adalah lebih cerdik dan layak untuk hidup berbanding dengan golongan lain,
seandainya seperti satu sifat yang semulajadi,
fungsi budaya konsumerisme hari ini sebenarnya mempunyai satu tujuan yang berlainan.
Ia wujud sebagai satu manipulasi sosial yang berpengaruh
dan mengekalkan status quo, iaitu sistem pembahagian kelas sosial dan penaklukan.
Ia membantu mengekalkan satu aliran yang telah lama wujud
semenjak hari-hari yang didominasikan raja dan maharaja
yang ditakdirkan untuk memerintah dan mengeksploitasikan rakyat yang lebih miskin.
Sikap mementingkan diri sendiri yang kebendaan dan individualistik seperti yang dipuja hari ini
bukan sahaja menyerlahkan nilai ekonomi klasik
yang disokong Ricardo dan Smith, ia juga memperkuatkan sistem neo-liberalisasi moden
di mana pandangan kepentingan diri yang dipisahkan dengan kebebasan dan kesempitan serta kepujaan diri
adalah dipegang sebagai nilai suci,
manakala mana-mana cubaan untuk memperluaskan pertimbangan sosial,
ke arah sebuah persekitaran yang bersifat kemasyarakatan, adalah diharamkan
Tiba-tiba, satu peratus daripada seluruh populasi telah memiliki 40 peratus daripada kekayaan seluruh planet
Kini, amalan membeli-belah ini sudahpun menjadi sejenis
terapi kepada orang ramai, jika anda mengambil perhatian,
satu kepalsuan yang membolehkan seseorang terasa lebih puas hati dengan dirinya.
Dan jangan lupa akan realiti bahawa penipuan yang terbesar di sebalik sistem politik ini
ialah kita dapat mewujudkan keseimbangan dalam politik dengan ketidakseimbangan dalam sistem ekonomi.
dan integriti kemanusiaan itu sendiri.
Semakin banyak anda memiliki, semakin banyak anda akan dimiliki;
setiap orang adalah cantik apabila mereka terseynum.
[bunyi telefon bimbit]
Maafkan saya. Saya ada satu sesi rawatan kaki
jadi, selamat tinggal dan kekalkan fokus anda kepada
rancangan realiti yang paling buruk tetapi terbaik pada sepanjang masa ini.
Nama saya Peter Joseph, dan seperti anda
saya adalah agen dan mangsa kepada budaya yang kian merosot ini.
Ribuan terima kasih kepada gadis HGS yang sanggup merendah diri mereka. :)
Ribuan terima kasih kepada Lee Camp | www.leecamp.net
Dituliskan dan disunting oleh Peter Joseph semasa beliau memakan ayam dan waffles
Terdapat beberapa paparan dalam filem ini adalah di bawa kod had milik "fair use".
Jadi, cubalah untuk saman kita.
Layarilah: www.CultureInDecline.com
[Ahli terapi] Jadi, dengan pengalaman kamu sepanjang hari
dengan penyakit ini, bagaimanakah ia telah menjejaskan kehidupan anda?
Kita mulakanlah dengan kamu, apakah pekerjaan kamu?
- ***. - ***. - Model Victoria's Secret.
- ***. - Model Louis Vitton.
- ***. - Model Guess. - ***.
- Model American Apparel . . .
- Okay. ***.