Tip:
Highlight text to annotate it
X
Inilah dia, we telah berjaya, Bob! Hai, maaf ya, kita telah terlambat sikit.
Sekejap lagi ya.
Hey Bob, ambil ni cepat! [Bunyi gelas pecah] [Suara menjerit]
Maafkan saya.
Salam sejahtera dan anda sedang menonton "Culture in Decline". Nama saya Peter Joseph.
Rancangan ini direka khas untuk mereka yang ingin menjadi lebih skeptikal
terhadap masyarakat, kerana, anda mungkin seperti saya.
Apabila anda terserempak dengan eksperimen ini yang dipanggil “masyarakat global”
tidak syak lagi anda akan berasa tidak senang,
mungkin berasa kecewa dengan bagaimana kita, satu keluarga manusia,
telah memilih untuk menguruskan kehidupan kita sendiri dalam planet kecil ini sedemikian.
Seorang ahli astronomi termasyhur dan penyokong pemikiran saintifik, Carl Sagan
dalam siri terkenal "Cosmos", pernah menyambut persoalan ini:
"Jika kita telah diziarahi oleh satu lagi spesies dari bahagian galaksi yang lain,
dan kita diminta untuk menjelaskan organisasi kita dalam planet ini,
dan juga keadaan hal-ehwal manusia pada hari ini,
adakah kita berasa bangga akan apa yang kita jelaskan?"
Bagaimanakah kita akan menjelaskan bahawa hampir separuh daripada populasi dunia
iaitu 3 bilion orang, adalah sama ada terbiar nyawa-nyawa ikan dalam kemiskinan dan kesakitan
atau hanya meninggal
dalam kadar kira-kira satu orang setiap beberapa saat,
semuanya berlaku di tengah kemajuan realiti teknologi,
di mana kita mampu memberi makanan, pakaian dan rumah bagi setiap keluarga di Bumi
dalam taraf hidup yang sama tinggi?
Bagaimanakah kita pula menjelaskan peperangan global:
Di mana 230 juta orang telah dibunuh oleh spesies manusia sendiri dalam tempoh 100 tahun ini
berdasarkan semangat wilayah, penerokaan sumber alam,
ideologi yang dogmatik dan kuno?
Semua ini berlaku dalam bayangan pengiktirafan saintifik yang menjulang,
bahawa kita sebenarnya sebuah keluarga yang berkongsi satu isi rumah,
ditadbir oleh undang-undang alam (semulajadi) yang sama,
dan juga disatukan oleh satu operasi ideologi yang sama.
Bagaimana pula dengan sistem ekonomi kita yang mendefinisikan masyarakat
dan juga motivasi yang dominan di kalangan kita?
Bagaimanakah kita menjelaskan realiti kita, bahawa kita tidak mengorganisasikan kita sendiri secara teratur
sebagai satu sistem pengurusan yang dapat menguruskan isi rumah yang kita berkongsi,
sebaliknya kita bersifat kebudak-budakan bercerai-berai, bersaing dan mengeksploitasikan antara satu sama lain
dalam satu "permainan" yang kuno dan tidak bermesra alam.
Permainan ini bukan sahaja kelihatan mengekalkan
fenomena kekejaman sosial yang luas,
malahan juga menyahstabilkan masyarakat dengan lebih serius.
dan memudaratkan kesihatan am.
Maafkan saya, secara jujurnya, sebagai seorang individu,
saya tidak penduli akan apa yang anda percaya, dan juga menghormatinya.
Mengapa? Kerana saya juga tidak menghormati apa yang saya percayai.
Tidak ada bukti yang dapat kita menunjukkan bahawa nilai-nilai tradisional,
penubuhan, struktur sosial ataupun amalan biasa
yang sedia ada pada hari ini, akan menjadi relevan pada keesokan hari.
Hanya ada satu perkara yang mampu bertahan dalam ujian masa, iaitu tangapan perubahan,
dalam pemahaman kita terhadap diri-sendiri dan alam kita yang sentiasa berkembang.
Ada yang mungkin berpendapat bahawa inilah sebenarnya definisi untuk kecerdasan manusia.
Apakah pendapat anda? Kurang tentang apa yang kita tahu,
lebih tentang kelemahan kita.
Jadi, apabila anda melihat keluar dari tingkap, tanyalah sendiri.
Adakah anda melihat kercerdikan, ataupun dogma?
Adakah anda melihat satu budaya yang mendengar dan bekerja untuk menyusunkan diri
dengan prinsip alam semulajadi,
ataupun anda sedang melihat usaha-usaha yang degil,
terutamanya golongan yang berkuasa,
untuk mengekalkan segalanya dan menjejaskan
keseluruhan eksperimen sosial ini?
Anda tahu,seperti anda,
saya mungkin salah seorang daripada keluarga manusia yang sudah mempunyai kekuatan 7 bilion orang;
dan seperti kebanyakan keluarga, kadang-kadang adalah susah untuk kita bersetuju,
akan tetapi, situasi akan menjadi lebih buruk, sehingga kita memerlukan satu campur tangan.
Siri-siri ini akan menjadi campur tangan itu
dalam harapan untuk menyelamatkan apa yang ternyata, budaya yang kian merosot [CULTURE IN DECLINE].
Dari pembikin filem trilogi Zeitgeist
muncullah rancangan realiti yang terburuk pada sepanjang masa:
Yang Sebenar
GMP Films mempersembahkan
Culture in Decline
Dengan pengacara, Peter Joseph
Kini masanya tahun pilihanraya bagi Amerika Syarikat
dan ada yang berpendapat bahawa ini jugalah pilihanraya bagi seluruh dunia.
Masih lagi sebagai negara yang dominan, sistem politik Amerika Syarikat
telah membelanjakan lebih kurang $25 juta dalam tempoh sedekad ini.
Jumlah *** ini, jika dibahagi dan diedarkan setiap tahun,
akan memberikan rumah dan makanan kepada setiap rakyat Amerika yang memerlukannya,
dan menghentikan epidemik ini secara efektif.
Mungkin, seperti saya, selepas program ini,
anda akan bersetuju bahawa *** ini patut dibelanjakan dengan lebih bijak.
Demikianlah, Pilihanraya Amerika 2012
akan menjadi antara pilihanraya yang paling mahal,
dan kononnya paling penting sepanjang masa,
diberi situasi krisis hutang yang masih berleluasa, krisis pengangguran,
dan ketidakstabilan yang kita melihat pada masyarakat kita.
Namun demikian, saya tidak berminat dengan politik sayap kiri dan kanan,
ataupun merit politik seseorang calon
Apa yang saya berminat adalah seluruh idea 'global demokrasi' ini
yang wujud dalam tradisi kita, dan bagaimana ianya diterima secara buta
oleh kebanyakan orang di dalam planet, kononnya ianya merupakan satu-satunya langkah
untuk memenuhi kepentingan mereka dan mewujudkan kesejahteraan hidup,
dan dengan itu, pengurusan masyarakat dalam keadaan yang optimum.
Inilah yang ambil perhatian saya.
Jadi, daripada kita berdebat untuk menentukan presiden yang seterusnya,
mengapa kita tidak berundur dan mempertimbangkan isu-isu yang lebih luas?
Contohnya,
mungkin, mengapa kita mempunyai seorang Presiden dari permulaannya?
Apa ni? Sistem feudal Zaman Pertengahan?
Saya ingat hari-hari yang didominasikan oleh raja-raja, diktator dan seorang yang diberikan kuasa besar
telah menemui ajalnya. Ataupun, secara umumnya,
adakah ini kelihatan tidak masuk akal bahawa dalam penuntutan demokrasi ala penyertaan
masyarakat umum sebenarnya tidak mempunyai hak
dalam keputusan yang dibuat oleh mereka yang dilantik?
Sudahlah lebih teruk bahawa mereka yang dipilih tidak mempunyai tanggungjawab
untuk membuat apa-apa yang didakwa oleh mereka semasa berkempen,
akan tetapi, jika anda belajar dari sejarah, anda akan melihat fakta
bahawa kesejahteraan awam selalunya dipinggirkan oleh kepentingan-kepentingan lain
terutamanya, kepentingan kewangan dan bisnes.
Sudah tentulah ini adalah pengetahuan am, setuju?
Mengapa kerajaan AS secara keseluruhannya menentang kepentingan awam
dan membenarkan sistem perbankan swasta
yang tidak menyumbangkan apa-apa pun,
kecuali untuk diselamatkan dengan A$ 13 trilion?
Kamu mempunyai sebuah rumah yang bernilai $14 juta yang terletak di depan laut di Florida.
Kamu mempunyai sebuah rumah percutian musim panas di Sun Valley, Idaho.
Isteri kamu dan diri kamu mempunyai satu koleksi seni lukisan mewah bernilai berjuta-juta dolar…
(PJ) Sementara masyarakat umum telah dipinggirkan dengan beban hutang swasta,
kehilangan pekerjaan dan ekonomi yang meleset.
Apabila kita masih berterusan dengan permainan yang bodoh dan palsu
yang dipanggil “pertumbuhan ekonomi “, di mana pergerakan mata *** mendefinisikan segalanya,
adalah lebih bagus untuk mengira mengenai apa yang sebenarnya mungkin membantu
sistem ekonomi ini beroperasi pada tahap yang memuaskan.
(Presiden Bush) Jadi, apabila anda menaikkan cukai kepada golongan yang kononnya kaya,
anda sebenarnya menaikkan cukai kepada mereka yang mewujudkan peluang pekerjaan
dan jika matlamatnya adalah untuk menumbuhan sektor swasta,
anda patut tahu bahawa langkah yang terbaik untuk mewujudkan pertumbuhan itu
adalah untuk membiarkan kapital itu dalam perbendaharaan pencipta peluang pekerjaan.
menyelamatkan bank digunakan untuk
melegakan hutang isi rumah swasta,
sementara membiarkan Goldman Sachs, JP Morgan
dan institusi-institusi kewangan lain yang tidak signifikan
mengalami kegagalan dan bankrup yang mereka sepatutnya dapat,
dan menasionalisasikan sistem perbankan Amerika secara keseluruhan dan serentak,
ekonomi Amerika mungkin ada harapan baru. Mengapa?
Ini kerana bank tidak sebenarnya menyumbang apa-apa pun. Mereka yang menyumbang adalah golongan pekerja.
Jika anda mahu pertumbuhan dalam sistem ini, anda memerlukan pekerjaan.
Jika anda mahu pekerjaan, anda memerlukan permintaan,
dan permintaan memerlukan orang untuk membelanjakan *** yand sudah ada.
Dengan membantu melegakan beban hutang awam,
anda akan memperkembangkan ekonomi.
Walaupun ini adalah jelas seperti yang kelihatan, kebanyakan orang terlupa akan satu perkara:
bailout ini tidak ada kena mengena dengan membantu sistem ekonomi AS,
dan juga tidak akan membantu
mana-mana ekonomi yang berdaulat dalam dunia ini.
Mengapa? Kita hidup dalam sistem plutokrasi, bukan demokrasi,
dan kuasa yang sebenar adalah di belakang tikar, bukan di depan.
Kuasa-kuasa kewangan dan bisnes ini bukan sahaja memiliki dan mengawal negara ini,
mereka juga memiliki seluruh planet ini;
Dan ini bukan satu konspirasi, sebaliknya ini adalah gangguan sistem penilaian.
Selagi simbol dollar adalah berkaitan dengan setiap batang rumput,
setiap plot tanah, setiap pemikiran dan ciptaan,
dan juga penilaian merit setiap individu
dalam hak mereka untuk hidup melalui kerja mereka, kita tidak sepatutnya harus mengharapkan apa-apa yang lebih.
Sejak penubuhan Negeri itu sendiri,
dengan berdasarkan kuasa ***
sebagai pemandu muktamad keputusan manusia, dan oleh itu pujukan.
kuasa yang sebenarnya adalah selalunya kewangan,
dan mereka yang anda lantik ke kerusi pejabat setiap kali pilihanraya,
mempunyai pemilik mereka juga, dan jangan anda melupakan hakikat ini.
- Demokrasi: Adakah ini sesuatu yang anda percayai dan wujud di Amerika?
- Apabila kamu cakap "percayai", adakah ianya wujud? Seperti kebakaran hutan, Tuhan,
ataupun syaitan?
- Apakah pendapat anda mengenai sistem demokrasi Amerika yang wujud? - Ianya sudah rosak.
Ianya sudah rosak sedalam-dalamnya. - Demokrasi, sudah tentu, dari Yunani
dan ianya theori yang menyatakan bahawa rakyat adalah pemilik kerajaan. Adakah ini dipraktikkan
dan berlaku, di 2012, dalam negara ini? Tidak sedekat pun! Ini adalah sistem korporatokrasi.
(PJ) Dengan semua ini diambil kira, mari kita fikir secara lebih tepat
mengenai hal demokrasi ini.
Melihat bahawa tradisi demokrasi ini ada kaitan dengan 'wakil'
yang dilantik untuk berfikir untuk kita,
timbulnya satu soalan: Dari manakah orang orang ini muncul?
Mengapakah mereka sentiasa berada dalam TV dan bukan orang yang lain?
Adakah kamu yang mendakwa bahawa orang-orang ini adalah pilihan terbaik
untuk bertanding untuk menjawat pimpinan yang kritikal ini,
ataupun, adakah anda sedar bahawa calon-calon yang paling ketara
terutamanya pertandingan kerusi Presiden, seolah-olah datang entah dari ke mana;
dan menerusi media, mereka diberi kepercayaan semata-mata oleh pendedahan yang berulang-ulang?
Istilah "demokrasi" berasal dari perkataan Yunani 'demos' yang bermaksud orang,
dan 'krates' sebagai perintah.
Orang-orang dalam sebuah masyarakat akan meluahkan pendapat mereka melalui undi,
dan polisi akan diwujudkan berdasarkan kepentingan majoriti.
Nampaknya process ini telah dirasmikan pada zaman Yunani purba
dan semenjak itu, telah diadaptasikan.
Namun demikian, timbulah perasaan sinis
dengan merujuk kepada proses itu sendiri, memandangkan hakikat bahawa
asas keseluruhan idea mengandaikan bahawa pengundi
adalah golongan berpendidikan yang tahu apa yang mereka sepatutnya lakukan.
Franklin D. Roosevelt pernah menyatakan bahawa:
"Demokrasi tidak akan berjaya melainkan jika mereka yang mengundi
sudah bersedia untuk memilih dengan bijak.
Yang melindungi demokrasi adalah pendidikan."
Winston Churchill, sebaliknya, menyatakan bahawa
"Hujah yang terbaik terhadap demokrasi
adalah satu perbualan sepanjang 5 minit dengan seorang pengundi biasa."
Mark Twain kemudian melompat kepada kenyataan yang tidak dapat dielakkan,
iaitu "jika mengundi dapat membawa apa-apa perubahan, mereka tidak akan membenarkannya".
Tanyalah sendiri: Jika kita adalah dalam kalangan golongan pemerintah,
iaitu 'kelas pemilik dan pelabur', (Thorstein Veblen),
dan kita mahu mengekalkan kepentingan kita tanpa apa-apa gangguan,
apakah harus kita lakukan?
Pertamanya, kita harus ambil pandangan yang seluas mungkin.
Kita harus memastikan bahawa pengundi-pengundi biasa adalah tidak dimaklumkan secara mungkin
mengenai isu-isu yang relevan yang mungkin bercanggah dengan pemerintahan kita.
Selain itu, kita juga harus menghapuskan sebanyak pihak yang berfikiran bebas, logik,
sebab-munasab, dan sainfitik.
Jadi, mari kita menyoking satu sistem pendidikan awam yang kekurangan dana dan kuno,
Jadi, mari kita menyoking satu sistem pendidikan awam yang kekurangan dana dan kuno,
sebuah sistem yang hanya memfokuskan untuk memberikan peluang pekerjaan pada suatu hari kelak,
dan bukannya mengajar mereka untuk berfikir secara kritikal dan logik.
- Dalam hati demokrasi, pengandaian yang asas ialah masyarakat umum adalah berpendidikan
dan berfikiran kritis. Mereka mampu berfikir dan menilai,
dan jesteru, dapat memilih dengan bijak, betul? Apakah pendapat anda
mengenai pendidikan di Amerika dan kesannya dalam proses demokrasi?
- Saya berasa bahawa kita mempunyai pelbagai masalah dalam pendidikan di Amerika.
Pertama: Saya rasa kita sedang menghadapi penurunan intelek di Amerika.
- Adakah anda rasa bahawa sistem pendidikan ini yang lemah
sebenarnya menguntungkan golongan pemerintah? - Oh, sudah tentu!
Sudah tentulah! Kekalkan mereka menjadi bodoh, kekalkan mereka mudah dihiburkan.
Jika mereka kurang dimaklumkan, mereka tidak dapat melawan balik!
(PJ) Bagaimanapun, untuk memperkukuhkan lagi hujah ini,
kita juga mahu mempromosikan dan memberikan ganjaran kepada
sistem kepercayaan yang menyokong ketaatan pasif;
sistem kepercayaan dan nilai-nilai yang degil, kurang rasional,
dan mempromosikan fikiran tertutup.
Sistem agama banyak membantu dalam keadaan ini.
Adakah mungkin agama telah dipolitikkan
dan calon-calon perundian telah menggunakannya sebagai alat politik?
'Saya percaya Tuhan mencipta Alam Semesta ini
"dan kita digabungkan oleh Kitab dan Tuhan Yesus untuk melawan dengan kekuatan kita."
"Mari kita jangan berdoa bahawa Tuhan adalah di sisi kita
semasa berperang atau masa-masa yang lain, tetapi mari kita berdoa supaya kita berada di sisi Tuhan."
"Moga Tuhan memberkati gereja 7th Day Adventist."
"Saya rasa Tuhan yang menyayangi kita, Tuhan yang memberikan kita kehidupan, yang memberikan jasad kita,"
"Dan kepada setiap kelasi, askar, tentera udara dan marin
yang terlibat dalam misi ini, izinkan saya untuk berkata, anda sedang melakukan kerja Tuhan."
(PJ) Jikalau orang-orang telah dilatih untuk menjadi taat dan mengikut arahan secara buta,
maka mereka akan melanjutkan ketaatannya kepada mereka yang ada kuasa.
CEK.
Seterusnya, adalah kritikal untuk kita mengenal pasti
satu ciri-ciri sosial manusia yang unik.
Ciri-ciri yang dipanggil "psikologi kawanan".
Ini adalah kecenderungan bagi setiap manusia, apabila berdepan dengan majoriti,
untuk berkelakuan secara yang kurang berakal dan cara yang mudah dibentuk.
Dalam kata-kata Charles McKay, penulis terkenal buku yang berjilid
'Extraordinary Popular Delusions and the Madness of Crowds':
Manusia, seperti yang dikatakan,berfikir dalam kawanan;
ianya akan kelihatan bahawa mereka akan menjadi gila dalam kawanan,
manakala mereka hanya akan pulih secara lambat, seorang demi seorang."
Akan tetapi, ini bukan sahaja dapat diapplikasikan untuk kejadian pergaduhan bola.
Pujukan mob sedemikian juga boleh dijana melalui perkongsian acara kebudayaan yang ringkas.
Masih ingatkan peristiwa September 11? Inilah kegilaan besar!
Kejadian ini akan mewujudkan satu situasi yang penuh dengan ketakutan dan perasaan dendam,
dan ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk kerajaan AS dan kerajaan lain
untuk memanfaatkan kegilaan itu dan corong sokongan
bagi undang-undang zalim dan pencerobohan haram.
Namun, kecenderungan "psikologi kawanan" ini bukan sahaja sangat berguna
untuk menanam dan membimbing isu-isu yang dianggap penting,
malahan juga kritikal dalam menetapkan had tegar dalam perbahasan,
mewujudkan kecenderungan bagi mereka yang mula bertanya melebihi had
untuk dipulaukan dan ditolak oleh kawanan tersebut.
Jika seseorang bercakap tentang
pengagihan pendapatan yang lebih saksama dalam masyarakat:
Semua pertumbuhan yang telah berlaku di negara kita, sejak sedekad yang lalu atau lebih,
telah lesap di tangan golongan 1-2 peratus terkaya. "Komunis bodoh!"
Jika seseorang membuat spekulasi mengenai manipulasi dan kejadian rasuah yang nyata,
"Apalah ni! Saya cukup loya dengan 'ahli teori konspirasi' ini dan fitnah mereka!"
Federal Reserve tidak berpakat sulit untuk kepentingan diri sendiri! "
Dan kita juga menyerang mereka yang baik hati
yang mahu mengaplikasikan pengetahuan saintifik yang moden
untuk meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat. "Ya! Betul!
Memberikan makanan, pakaian dan rumah kepada semua orang di Bumi dengan teknologi?
Pemimpi utopia bodoh!" [suara gelas pecah]
Ingat, cara yang mungkin terbaik untuk memanipulasikan pemikiran manusia,
adalah untuk menanamkan perasaan takut yang mendalam terhadap penolakan sosial,
dan mengaitkan ketakutan itu kepada perkara budaya pantang.
Dengan cara ini dalam perlaksanaan,
kita kini akan berdepan dengan masalah baru
apabila masyarakat umum mula menjadi cukup bijak
dan berusaha untuk membawa seseorang ke arah kuasa politik
yang akan memberikan kita masalah.
Jadi, kita memerlukan struktur lindungan yang lebih spesifik.
Pada asasnya, kita hendak memastikan bahawa calon-calon yang tidak diingini,
tidak mempunyai peluang ke mana-mana untuk pendedahan awam;
dan jikalau mereka berjaya, secara praktikal, mereka akan dilayan seperti orang gila.
Adakah kamu mencadangkan bahawa *** dan pelacuran adalah satu praktis kebebasan?
Kesimpulan yang kamu buat ialah,
jika kita menghalalkan heroine besok, semua orang akan menggunakan ***."
Berapakah orang di sini akan menggungkan *** jika ianya dihalalkan?
Bagaimanakan kita melakukannya? Dengan ***,
dan kawasan korporat kami mempunyai banyak.
Kita hanya perlu untuk memastikan kegunaan *** ini
untuk pengaruh politik adalah tidak terhalang.
Dalam keputusan Mahkamah Agung AS tahun 1976, kebebasan untuk calon
menggunakan *** peribadi yang tidak terhad untuk berkempen adalah dianggap halal,
menyamakan *** perbelanjaan dengan hak kebebasan bersuara, sebenarnya.
Hakikatnya, ini bermakna
penyingkiran keadilan terkawal bersuara;
dan oleh itu, sesiapa yang mempunyai *** yang terbanyak mempunyai sumber yang lebih besar,
dan inilah hakikatnya. Baiklah.
Namun, marilah kita melihat perkara ini dengan lebih teliti.
Mari kita memastikan koperasi kita
diberikan kuasa perundangan untuk mempromosikan boneka kecil kita tanpa sebarang had.
Nasibnya,pada tahun 2010, kawan kita di Makhamah Agung AS
telah sahkan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan had
dalam perbelanjaan politik oleh sesebuah koperasi semasa pilihanraya calon,
dan sekalipun, mereka dilindungi oleh Pindaan Pertama.
Kini, kita boleh membeli satu iklan yang besar gila untuk mempromosikan sesiapa yang kita suka,
seberapa yang kita boleh, dan melemaskan pihak pembangkang di arus media.
...dan cek kedua.
Dengan langkah-langkah yang besar telah diaturcarakan,
adalah penting untuk kita untuk mengawal maklumat dalaman
semasa proses pengundian, dari mula hingga ke akhir.
Cara yang terbaik untuk melakukannya,adalah untuk mewujudkan dualiti palsu:
Illusi pertandingan antara parti-parti yang terlibat.
Kita memerlukan satu sistem dua pihak yang selalunya bercanggah antara satu sama lain secara umumnya,
tetapi masih menegakkan polisi elitis yang asas
yang kita perlukan untuk mengekalkan kelebihan kita.
Keindahan sandiwara 2-parti dominan ini,
bukan sahaja dapat memberikan masyarakat umum satu illusi pilihan yang diperlukan,
malahan juga menundukkan parti-parti ketiga.
Seperti yang kita tahu, parti-parti ketiga ini
juga menganggu proses kita sejak dari hari pertama.
Pindaan hak sivil, hak mengundi wanita,
hak pekerja luas, undang-undang buruh kanak-kanak dan pergolakan lain untuk industri,
semuanya berasal dari parti-parti ketiga yang membangun, jika kita melihat sejarah,
bukan daripada kumpulan dominan seperti kami.
Jadi, kita kena berwaspada.
Kita kena menyeru orang ramai untuk membiasakan diri dengan sistem dua pihak yang dominan ini
supaya mereka tidak akan penduli jikalau kedua-dua parti ini diberikan kawalan langsung
atas kebanyakan proses pilihan raya itu sendiri.
Mereka memerlukan kuasa untuk menguruskan peraturan pembahagian wilayah pilihanraya,
keutamaan, kaukus dan perbahasan,
dan sudah tentunya, kita, sebagai golongan pemerintah, akan mengawal pergerakan mereka.
melalui sumbangan melobi, kempen, (pandai-pandailah),
dan inilah janji sistem pasaran bebas: kebebasan untuk memanipulasi segalanya.
Inilah sahabat kita: Suruhanjaya Perbahasan Presiden.
Pada tahun 1988, parti-parti Democrat dan Republican,
ataupun 'Demo-publicans', iaitu nama gelaran yang saya berikan untuk mereka,
telah menubuhkan Suruhanjaya Perbahasan Presiden.
Menyamarkan diri sebagai institusi bukan partisan, SPD berjaya mengawal
acara yang paling berpengaruh dalam pilihanraya, Debat Presiden.
Suruhanjaya ini adalah koperasi swasta yang dipengerusikan bersama bekas ketua-ketua
Parti Republican dan Democratic, dan mereka membuat keputusan melalui kontrak sulit dan hal-ehwal
pihak yang akan melibatkan diri dalam debat dan subjek yang akan dibincangkan.
Parti-parti ketiga yang lain, dengan idea kontroversi mereka,
hanya boleh dijemput untuk main jika parti "Demo-publicans" membenarkannya.
Betul, anda boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka
mampu bangkit melawan kelapukan,
logik yang kurang munasabah dan subjek yang kesempitan, semuanya kebiasaan dalam debat kita yang dikawal?
Obama: Tetapi kepada seorang jururawat, seorang guru, dan seorang pegawai polis yang
secara terus-terang, pada setiap hujung bulan, mereka mengalami satu krisis kewangan yang kecil:
Mereka mengambil hutang tambahan hanya untuk membuat pembayaran gadai janji mereka.
Kita tidak memberi perhatian kepada mereka.
Dan apabila anda melihat polisi cukai kita, inilah contoh yang klasik.
(PJ) Encik Presiden, bolehkah saya mencelah sikit, tetapi saya tidak dapat bersetuju.
Tidakkah kamu merasa bahawa polisi cukai
dan penghargaan-penghargaan biasa mengenai apa yang menyakitkan hati rakyat Amerika yang biasa,
adalah mesra, jika dibandingkan dengan
dasar asas sistem ekonomi kita?
Kamu tahu, mencipta *** daripada hutang, mencajkan faedah pada ia yang tidak wujud,
yang bermakna, bahawa selalunya ada hutang yang lebih daripada *** untuk membayar untuknya.
Sudah tentu, ini akan meminjam daripada sendiri untuk mewujudkan lebih banyak hutang untuk menutupinya,
dan pada dasarnya, pengabaian dan kebankrapan adalah tidak dapat dinafikan.
Bukan untuk golongan kelas-kelas atasan seberapa banyak yang golongan kelas menengah rendah,
Kenapa? Ini adalah kerana golongan kelas bawahan merupakan mereka yang mengambil pinjaman ini
demi rumah dan kereta mereka, dan golongan atasan membuat pendapatan faedah.
Bukannya membayar faedah, mereka sebenarnya membuat kepentingan daripada faedah
melalui deposit dan pelaburan mereka.
Secara jelasnya, ini akan menjamin satu jurang pendapatan yang semakin membesar dari segi struktur.
Adakah perkara ini patut diberi perhatian?
Tidak?
Sebagai hujah terakjir mengenai SPD,
koperasi kita juga boleh menderma kepada mereka secara langsung,
dan juga kepada parti-parti yang menyamar sebagai pengaruh kewangan kita, dan juga agenda dan sebagainya,
membuat satu lagi pusingan di sekitar undang-undang,
mengelakkan koperasi daripada menyumbang kepada kempen politik secara langsung.
Satu larian pusingan yang cantik.
Akan tetapi, tiada benda di dunia ini adalah sempurna, dan anda tidak mungkin terlalu berhati-hati.
Kadang kala, taktik-taktik yang lama tapi bertahan dalam ujian masa adalah diperlukan.
Tiada taktik yang setua dengan taktik penipuan dalam pilihanraya.
Mari kita minta kawan kita dalam koperasi untuk membina satu mesin undi
dengan integriti yang teruk,
dan kita memasukkannya ke dalam sebanyak zon-zon kritikal yang sedia boleh.
Ya, saya tahu, ini pencerobohan. Tetapi, perkara ini sudah menjadi pengetahuan umum
bahawa mesin-mesin ini boleh digodam dari jauh, dengan hanya bahan-bahan yang bernilai $10
dengan pendidikan Sains gred ke-8;
tetapi, akan kerana kebanyakan rakyat Amerika telah mengalihkan perhatian kepada hutang mereka,
kerisauan dalam taraf hidup mereka dan penurunan pekerjaan yang berterusan,
media liberal jatuh pada telinga-telinga pekak.
Jadi, mari kita membuat rumusan.
Orang yang berfikiran bebas mempunyai kecenderungan untuk mengiktiraf
keperluan untuk adaptasi dan perubahan,
jadi kita harus memastikan bahawa pendidikan kita menyokong tradisi yang wujud,
melalui pembelajaran secara menghafal, bukan secara pemikiran kritikal dan logik.
Seterusnya, kita menetapkan had debat yang ternyata dalam budaya kita
dan memastikan mereka yang melampaui batas
akan dipulaukan dengan ejekan dan kehinaan yang tidak berkesudahan.
Kemudian, kita akan menggunakan "psikologi kawanan"
melalui media kita, untuk mengenal pasti
isu-isu yang kita ingin mereka fokuskan ataupun alihkan secara terang-terangan.
Setakat pengaruh besar-besaran,
kita memerlukan kebebasan untuk melakukan sesuka hati kita
dan menggunakan kekayaan korporat kita untuk mempengaruhi
kedua-dua pendapat awam dan calon-calon sendiri.
Status kita di sisi undang-undang sebagai orang korporat telah menjamin kebebasan hak bersuara kita,
dan juga, kebebasan untuk membelanjakan ***.
Seterusnya, kita mewujudkan satu ilusi awam yang berdasarkan pertandingan dan pilihan,
dan mengawal proses pilihanraya sebanyak yang boleh.
Buah catur "Demo-publican" kita, dengan penajaan dan perlobian kita yang tidak terhingga,
akan mengawal ini dengan baik, termasuk sekatan dalam debat umum
dan penafian terhadap parti-parti ketiga yang menganggu.
Kalau ini tidak mencukupi, kita akan memanggil untuk mengira undi sajalah,
dengan menggodam pengundian kotak hitam dalam pilihanraya negeri yang paling terpengaruh.
Dan inilah dia!
Sejak mulanya zaman tamadun,
mereka yang berkuasa telah berjaya menyekat kepentingan majoriti
dengan mengawal nilai-nilai mereka, dengan mengawal sumber mereka melalui sistem ***,
dan juga memanipulasikan proses-proses yang diwujudkan untuk mencabar mereka.
Adakah ini konspirasi? Adakah golongan yang berkuasa ini berjumpa di bilik gelap,
dan berusaha bersama untuk mengekalkan kuasa mereka?
Sebenarnya, tidak, bukan yang sebanyak yang anda mungkin fikir.
Yang paling lucu mengenai perkara ini adalah proses
manipulasi ini adalah penjanaan semula jadi,
dijustifikasikan dalam cara langkah-demi-langkah
dengan kepentingan diri asas menunjukkan seluruh perjalanannya.
Rasuah yang sebenar tidak berlaku di mesyuarat dari pintu belakang, ataupun di dok;
kuasa sebenarnya adalah di dalam kamu, masyarakat umum,
anda yang sebenarnya mengekalkan dan menyokong
sistem ini yang menindas anda.
Pandangan terakhir: Kebanyakan yang menonton program ini
akan mentafsirkan sandiwara yang luas yang dikenali sebagai demokrasi Amerika,
ataupun sandiwara demokrasi global, pada hakikatnya,
sebagai sebuah sistem yang memerlukan peraturan yang lebih baik.
ACLU, Democracy Now, Michael Moore, Occupy Wall Street, Annie Leonard,
dan aktivis dan institusi lain yang pintar dan lantang bersuara
mencari apa yang mereka panggil "perubahan",
sebenarnya, beroperasi dalam andaian yang sama:
"Jikalau hanya jika kita boleh mengawal kuasa monetari dan kuasa korporat dengan lebih baik,
kita dapat memperbaiki dunia ini."
Tidak.
Saya terpaksa cakap bahawa sehingga premis sosial itu sendiri,
dan iaitu, pemandu asas psikologi ekonomi kita:
ketidakseimbangan, kekurangan, kesempitan faedah diri, eksploitasi dan persaingan.
Sehingga mereka diubah ke tahap bahawa sistem itu mula memberi ganjaran
dan mengukuhkan kerjasama, manusia dan keseimbangan ekologi,
kecekapan dan kemampanan, tiada apa yang akan benar-benar berubah.
Dalam keadaan sosiologi ini, di mana segala-galanya adalah berdasarkan kelebihan berbanding orang lain,
apa yang kita panggil 'rasuah' bukan sebenarnya rasuah.
Itu hanya bisnes seperti biasa.
Secara serius, apakah yang anda mahukan?
Dalam ekonomi di mana segala-galanya adalah untuk dijual oleh etika yang wujud,
yang ditekankan oleh tanggapan palsu bahawa kita tidak mungkin dapat bekerjasama dengan bijak
untuk memberi manfaat kepada semua, tiada tahap rasuah yang sepatutnya
seharusnya memeranjatkan kita.
Pendek kata, katakanlah kita akan mengekalkan falsafah ekonomi ini sekarang,
dan mencanggahkannya dengan idea bahawa unsur-unsur tertentu masyarakat
harus di luar had untuk manipulasi kewangan dan keuntungan,
adalah naif dan tidak masuk akal;
Tetapi jangan mengambil kata-kata saya dengan senang. Hanya duduk relaks dan melihat alirannya
kita bergerak dari satu set amalan rasuah yang rosak ke amalan yang seterusnya.
Ya, kita akan menyelesaikan beberapa isu dengan minda kita yang masih dalam kotak,
tetapi sehingga seluruh sistem telah ditangani hingga ke akar umbinya,
malangnya, kebanyakannya ianya hanya sekadar membuang masa
dan peningkatan hanya sekadar sikit saja.
Sehinggakan kita membesar sampai ke tahap itu, duduk tenang, relaks dan menikmati persembahan ini
dan selamat jalan. Saya Peter Joseph,
seorang agen dan mangsa kepada satu budaya yang kian merosot [CULTURE IN DECLINE].
Sila ambil perhatian bahawa tiada ahli Demo-publican telah dicederakan
ataupun diseksa semasa filem ini dibikin.
(Walau bagaimanapun, ia kelihatan kepupusan mereka mungkin akan berlaku.)
Siaran ini telah dilakukan oleh pemberian yang murah hati daripada Yayasan Rockefeller,
George Soros, Persatuan Theosophic, Kumpulan Bilderberg,
CFR, New World Order, Alex Jones,
dan kultus iblis kematian yang dikenali sebagai Gerakan Zeitgeist.