Tip:
Highlight text to annotate it
X
Ini bumi kita.
Bumi terdiri dari laut dan dataran.
Pada dataran 39% terdiri dari hutan.
Setiap tahun peratus hutan semakin berkurangan. 20% dari hutan sedia ada adalah hutan dara
yang masih belum diteroka.
Mengapakah hutan penting ? Kenapa kita perlu menjaganya ? Mari kita selidik.
Pokok mewarnai kehidupan seharian kita dengan adanya taman dan belakang rumah.
Ia menyumbang kepada ketenangan jiwa dan minda serta pemandangan yang indah dan damai sesuai
untuk bermain dan berehat.
Pokok menyingkirkan CO2 dan menambah O2. I ekar hutan dapat menyerap 6000kg CO2 dan menghasilkan
4000kg O2.
Selain itu, pokok menyerap dan menyingkir karbon monoksida, sulphur dioksida dan nitrogen
dioksida melalui hujan terus ke dalam tanah.
1 ekar pokok boleh menghasilkan jumlah O2 yang boleh digunakan oleh 1 Billion manusia
dalam setahun.
Pokok sebagai tutup bumi mengikat tanah bagi mengelakkan hakisan.
Pokok dapat menyerap dan menyimpan air hujan yang bertakung dan mengurangkan aliran air
semasa hujan yang menyebabkan banjir.
Pokok mengawal cuaca dan suhu dimana daun menyerap dan menapis sinar matahari yang akan
menyejukkan serta membawa angin semasa musim panas.
Di negara musim sejuk, pokok Pine ditanam dan disusun dengan baik yang bertindak sebagai
penghalang dan insulator angin yang dapat menjimatkan 20 hingga 50% tenaga bagi sistem
pemanasan.
Sekiranya pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan pupus ia akan mengganggu ekosistem.
Peningkatan suhu setempat berlaku kerana suhu sekitar menjadi semakin panas.
Bila permukaan bumi gondol, hakisan tanah berlaku yang akan menyebabkan air sungai menjadi
semakin cetek. Ia akan menjejaskan kawasan tadahan air menyebabkan bekalan air kurang.
Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan bersama -- sama bersatu memelihara dan memulihara
alam sekitar .
Antaranya penghutanan dibuat secara terancang dan sistematik, mengiktiraf lebih banyak hutan
asli atau hutan simpan serta menguatkuasa akta yang telah sedia ada dengan menghukum
mereka yang telah menceroboh serta memusnah hutan sedia ada.
Sekiranya kita tidak bertindak dari sekarang dalam membendung masalah hutan, suatu hari
nanti bumi akan ketandusan dengan harta semulajadinya. Marilah kita bersama -- sama menjaga harta
yang kita pinjam dari generasi akan dating semoga generasi baru akan hidup selesa dan
aman selamanya.