Tip:
Highlight text to annotate it
X
Sebelumnya di Teen Wolf...
Sekarang saya adalah Alpha.
Kamu pernah mendengar Kitsune?
Ia adalah roh rubah.
- Kamu takut?
- Sekarang tidak.
Kamu pasti yang dia seorang
gadis dan bukannya binatang?
Malia?
- Peter dan Malia?
- Ayah dan anak.
Itu ciuman pertama awak?
Kamu yang selamatkan Isaac.
Saya yang di bayar untuk
selamatkan Isaac.
Kamu tak tahu siapa kamu, kan?
Banshee.
Secara asasnya dia dapat merasai
kematian seseorang.
Allison!
Di mana She-Wolf?
- Kami tak tahu
...mana-mana She-Wolf.
- Siapa ini?
Itu adik ayah saya, Kate.
Kate Argent.
Ayuhlah!
Kamu boleh berubah dengan cakaran?
Jika cakar tertusuk jauh ke dalam.
Kamu memang wujud.
- Ya, Derek.
Jika kamu dah terkejut melihat saya,
lihat ini.
Ini tidaklah seteruk mana.
Bukan bandar ini, tapi rancangan kita.
Kenapa dengan rancangan kita?
- Stiles.
Mungkin ini rancangan paling bodoh...
...pernah kita buat.
Kamu tahu, kan?
Saya tahu itu bukanlah yang terbaik.
Kita akan mati.
Kamu beritahu sebagai Banshee
atau kamu hanya bersikap pesimistik?
Saya beritahu sebagai seorang manusia...
yang tak nak mati.
Okey. Boleh sekiranya...
terhadkan tentang mati hanya
sebagai ramalan Banshee?
Rancangan ini bodoh
dan kita akan mati.
Terima kasih.
Tidak. Kami belanja.
Kebanyakan remaja Amerika
yang melepasi sempadan...
menolak untuk minum.
Kami bukan ingin minum.
Severo benci muzik begini.
Saya?
Saya sukakan muzik anak-anak remaja.
Terutama jenis ini.
Ia memberikan sumber tenaga.
Kami mencari Derek Hale.
Begitukah?
Kami tahu kamu menahannya.
Kami dengar kamu boleh di beli.
50,000 untuk Derek.
Sekarang,
Di mana seorang remaja
dapat duit sebanyak ini?
Mafia Jepun?
Agak bodoh datang sendirian.
Kenapa kamu fikir kami sendirian?
Kamu bawa serigala ke rumah saya?
Kami bawa Alfa.
Sesuatu berlaku.
Saya tahu.
Apa patut kita buat?
- Sertai mereka!
Menari dengan saya.
Kawanku...
Kamu tak sedar masa tak sesuai.
Kamu tahu apa itu bulan gelap?
Sebahagian dari fasa bulan...
di mana bulan tidak jelas
di langit.
Tapi kamu tahu apa maksudnya?
Ada yang kata masa untuk refleksi.
Untuk berduka.
Berduka atas kehilangan, nak.
Saya tertanya kenapa.
Bila kamu dan kawan-kawan kamu...
menderita kerana kehilangan
ramai orang,
kamu sanggup risikokannya lagi
untuk Derek Hale.
Kerana kami tak suka kehilangan sesiapa.
Pintu depan selamat.
Selatan selamat.
Utara?
Utara?
Utara?
Stiles.
Ambil 10,000 dari atas meja.
Mungkin kamu patut terima tawaran.
Saya memang ingin mendengar...
amaran Banshee,
Saya akan menolaknya.
Sedia?
Serahkan Derek kepada kami.
Lagipun kamu tak perlukannya.
Kamu tak sedar dia mengecewakan?
Tidak kelakar, tidak pandai berbual.
Tolonglah, ambil duit itu.
Severo?
Tunjukkan bagaimana
Calaveras berurusniaga.
Wolfsbane. Itu wolfsbane!
Kira... Kira, keluar dari sini!
Seseorang yang hanya baru
menjadi Alfa untuk beberapa bulan...
patut lebih berhati-hati
bila berhadapan dengan Pemburu
sudah 40 tahun pengalaman.
Kami hanya mahukan Derek.
My lobito,
kamu dah jauh meninggalkan rumah.
Kamu tak tahu di mana dia.
Ok, dah berapa lama?
Seminggu. Dia masih belum
membalas mesej saya.
Pernah Derek membalas mesej kamu?
Sekali. Hanya sekali.
Tapi kali ini saya rasa lain.
Saya ke rumahnya.
Penggera berbunyi.
Semuanya nampak selamat.
Kemudian saya jumpa ini.
Jadi saya hantar gambarnya ke Deaton.
Dia kata ini tanda keluarga pemburu...
yang berpengkalan di Mexico.
Keluarga Calavera.
Kenapa mereka mahukan Derek?
Mungkin mereka dah membunuhnya, kan?
Saya tak tahu.
Itu sebabnya kamu di sini.
Lydia, apa? Dia dah mati?
Tidak.
Tapi saya tak pasti dia masih hidup.
Apa maksud kamu?
Saya tak tahu.
Ada sesuatu tak kena.
Saya tak tahu...
Jika Calaveras dah menahannya,
bagaimana kita nak mencari mereka?
Mexico.
Dia dah sedar.
Scott, kamu tak apa-apa?
Ya.
Derek tiada dengan mereka.
Kami tahu. Tapi sekarang,
Lydia dengan mereka.
Lydia? Apa yang mereka mahukan
dari Lydia?
Saya perlu akui...
Saya tak ada banyak pengalaman
tentang Banshees.
Jadi kita berdua,
memandangkan saya tak ada
banyak pengalaman jadi Banshee.
Saya rasa kamu memandang
rendah kebolehan kamu, Lydia.
Percayalah,
nasib kamu lebih baik
dengan kad tarot.
Mari pastikan.
Beritahu saya,
siapa antara mereka
yang akan mati?
Kami dah cari jalan keluar.
Mungkin ramai orang
dah cari jalan keluar.
Bila pintu itu terbuka,
kita bunuh siapa saja yang
menghalang dan lari.
Bagaimana dengan Lydia?
- Kenapa dengan dia?
Kami takkan pergi tanpa dia.
Kenapa tidak?
Kerana kita tak meninggalkan orang.
Ingat, kita dah berbincang?
Peraturan di dunia liar jangan
amalkan di kalangan kawan.
Itu yang kamu buat sebagai koyote,
meninggalkan dia untuk mati?
Jika dia lemah dan cedera, ya.
Jika pemburuan teruk pada musim
itu, saya akan makan dia.
Kemudian saya pergi.
Percayalah, ada kemajuan.
Baiklah, kita belum mati lagi.
Itu bermakna Araya
mahukan sesuatu.
Jika Calavera tak tahu
di mana Derek,
bermakna mereka tak menangkapnya. Betul?
Mungkin Derek sendiri yang pergi.
Mungkin orang lain yang tangkap dia.
Bagaimana itu terjadi?
Kamu perlu sentuh mereka?
Mungkin kamu perlukan
barangan mereka.
Atau hanya... perasaan?
Saya dah beritahu,
saya tak tahu.
Barapa lama lagi...
mereka akan mati?
Kenapa kamu membunuh dia?
Dia mencuri baranganku.
Apa yang kamu mahu?
Sekarang?
Saya nak kenal Scott McCall.
Saya nak tahu...
Alfa bagaimanakah dia.
Oh, Tuhan.
Lepaskan dia. Kamu dah ada saya.
Lepaskan yang lain.
Tangan kamu di sini.
Biar saya jelaskan...
apa yang akan berlaku.
Dia, si rubah...
imun kepada tenaga elektrik.
Jadi dia akan mengecas Alfa.
Jika dia ingkar.
Saya akan mengecas Banshee.
Tak. Saya takkan buat.
Kamu pasti?
Salah seorang dari kawan
kamu ada kelebihan menyembuh.
Yang lain?
Tidak begitu cepat.
Apa yang kamu buat?
Ini satu permainan bagi kamu?
Ini satu ujian, serigala.
Kita pastikan sama ada kamu lulus.
Kami akan bertanyakan soalan.
Kamu jawab, tiada siapa yang cedera.
Kamu tak jawab, kami akan mengecas.
Ikut cakap mereka. Okey?
Apa saja yang mereka mahukan.
Saya dapat bertahan.
Jadi...
Kami tak tahu di mana Derek.
Kami juga mencari dia.
Kamu tahu siapa yang
tangkap Derek.
Apa?
Bagaimana saya tahu?
Itu bukan jawapannya bagi saya.
Kami tak tahu.
Kamu fikir kenapa
kami ke sini?
Kira, cas.
Atau kita akan mengecas Lydia?
Tidak!
Lakukan, Kira.
Lakukan.
Kita bermula dengan satu.
Kamu dengar? Kamu dengar Scott?
Kamu dengar Kira, Lydia,
sesiapa? Apa yang mereka kata?
Tak boleh. Saya tak dapat
tumpukan. Saya...
Terlalu banyak bunyi...
dan suara.
Okey. Tak mengapa. Bernafas.
Bernafas bersama saya, okey?
Kamu pernah berlatih dengan
Scott, ingat?
Saya sedang cuba.
Tak mengapa.
Tumpukan pada sesuatu.
Pandang mata saya. Bagus.
Tumpukan pada suara saya.
Kamu hanya perlu tumpukan perhatian.
Beritahu saya!
Siapa yang tangkap Derek?
Siapa yang mempunyai alasan, dendam...
tertentu kepada Hales?
Saya kata tak tahu.
Kamu tak tahu...
sebab kamu belum tahu lagi.
Fikirkan!
Siapa yang akan tangkap dia?
Tiga.
Tak mengapa.
Siapa yang ada kuasa?
Kuasa untuk merubah bentuk?
Saya tak tahu.
Seseorang yang dapat berubah...
tanpa pengetahuan kamu.
Berubah, bukan di gigit!
Saya tak tahu!
Empat!
Empat!
Mereka sedang membunuh Scott.
Boleh kamu berubah dengan cakaran?
Jika cakarnya tertusuk jauh ke dalam.
Beritahu namanya, Scott.
Kate.
Mustahil.
Itu mustahil. Tak mungkin dia
yang di katakan.
Siapa? Kenapa? Siapa Kate?
Dia seorang Pemburu.
Keluarga Argent.
Jadi, kamu akan lepaskan kami?
Saya dah hantar 4 orang saya
di mana Kate di khabarkan berada.
Tiada pun dari mereka
yang kembali.
Haraplah peluang kamu lebih baik.
Kamu hanya perlu beritahu
saya yang dia masih hidup.
Kamu takkan percayakan saya.
Sekarang saya dah kenal kamu
jenis Alfa bagaimana.
Dan apa langkah kamu seterusnya.
Apa langkah seterusnya?
Bila kamu dah mula menggigit
orang tak berdosa,
bila kamu dah cipta
serigala milik kamu,
bila kamu buat itu,
jadi, saya akan melepasi sempadan...
dan datang ke rumah kamu.
Sekarang apa?
Dia tahu di mana kita
boleh cari Derek.
Dia akan beritahu kita?
Sebenarnya, dia akan
berikan seorang pemandu.
Kamu kenal dia?
Braeden.
Siapa Braeden?
Seorang bekas tentera.
Sekarang, saya yang akan
menjaga kamu...
ke La Iglesia.
Gereja?
Gereja apa?
Di sana kamu takkan bertemu Tuhan.
Okey, saya akan bertanya.
Siapa Kate Argent?
Saya nak tahu juga.
Kami dah menghadiri pengebumian dia.
Bagaimana dia dapat keluar
dari keranda...
yang di tanam 6 kaki di bawah tanah.
Dia tak pernah di tanam.
Dia makcik Allison.
Dan mempunyai masalah mental.
Kamu tak perlu beritahu sekarang
jika kamu tak nak beritahu.
Ya, dia perlu beritahu.
Ya, betul katanya.
Kamu semua perlu tahu.
Baiklah. Kate yang menyalakan api
yang membunuh hampir
seluruh keluarga Derek.
Sebahagian dari mereka terselamat,
seperti Cora, dan Peter.
Dan juga Peter.
Peter yang menggigit
dan merubah saya.
Dialah yang menangkap Kate
dan membununya.
Kami lihat dia di kebumikan.
Tidak.
Kami lihat keranda, ingat?
Dia tiada di dalamnya.
Calavera dengar yang
Kate dah di bunuh
oleh cakaran Alfa.
Mereka nak pastikan yang
Kate memang dah mati.
Tubuhnya mula menyembuh.
Lebih baik, sebaik pada
malam bulan purnama.
Dia hidup kembali.
Mereka tukar mayatnya
dengan orang lain.
Jika seorang Pemburu di gigit,
mereka perlu bunuh diri...
sebelum berubah.
Calavera, mereka anggap
kod sebagai undang-undang.
Menjadi tanggungjawab mereka
untuk pertahankannya.
Baguslah. Saya pun takkan bunuh diri.
Sanggup kamu bunuh 6 orang
untuk selamatkan diri?
Kerana itulah yang di lakukannya.
Jadi Kate adalah serigala jadian?
Saya tak tahu.
Ada mengatakan...
bentuk yang berubah bergantung
kepada kamu yang sebenar.
Bentuk apakah bagi seorang
yang mempunyai masalah mental?
Apa yang berlaku?
Saya tak tahu. Seperti saya
dah terlanggar sesuatu.
Scott, kita perlu sampai sebelum malam.
Merbahaya pada waktu malam.
Pergi.
Tidak tanpa kamu.
Seseorang perlu cari Derek.
Kami akan selesaikan. Seperti
biasa. Pergilah.
Okey.
Scott...
Saya tak dapat fikirkan yang lain...
kecuali berwaspada.
Dan... saya tahu "Berwaspada"
agak lapuk.
Saya yakin sebaik kamu pergi,
saya akan fikirkan yang
lebih baik, tapi saya...
"Berwaspada" sudah memadai bagi saya.
Scott, matahari akan terbenam.
Saya harus pergi.
Stiles.
Mungkin kita tak langgar sesuatu.
Ada sesuatu yang langgar kita.
La Iglesia.
Apa yang berlaku?
Gempa bumi.
Seluruh bandar jadi sejajar.
Tapi kenapa Gereja masih tegak?
Penduduk tempatan fikir kerana
apa yang ada di dasarnya.
Saya nak tahu?
Gereja di bina puing-puing
Kuil Aztec.
Kuil milik puak yang di gelar Nagual.
Perubah-bentuk?
Serigala jadian.
Derek dan Kate berada di sana?
Saya tak tahu.
Saya tak pernah ke sini.
Mungkin kita perlu berjalan.
Saya takkan tinggalkan jeep.
Kamu faham? Takkan sesekali.
Takkan.
Cepat, Stiles.
Ada sesuatu di sana.
Jika kamu jumpa Kate di sini,
apa kamu akan buat kepadanya?
Bawa dia kepada Calavera.
Sebab itulah saya di bayar.
Apa berlaku selepas itu?
Bukan masalah saya.
Kamu tak peduli?
Kamu?
Dia seorang pembunuh kejam.
Dan kamu seorang tentera.
Saya perlu makan.
Jika berbaloi dengan bayarannya,
kamu akan bunuh dia?
Jika bayarannya berbaloi,
saya akan bunuh kamu.
Kamu dapat menghidu bau Derek?
Ya, dah dapat.
Apa?
Ada sesuatu yang lain di sini.
Sesuatu seperti apa?
Sesuatu yang bukan manusia.
Lydia, boleh kamu pegang lampu
dengan baik?
Sukar nak melihat apa-apa...
jika tangan kamu bergetar begitu.
Tangan saya bergetar begini...
kerana kita berada entah di mana-mana
dengan jeep kamu yang rosak
dan kita di serang dengan
raksasa yang berkuku tajam.
Saya ketakutan.
Cuba kurangkan rasa takut.
Dan pegang ini.
Apa ini?
Saya tak tahu. Saya harap
benda itu tak penting.
Oh, Tuhan.
Ada apa?
Sukar untuk melihat.
Kita patut bawa lampu suluh lain.
Kamu nampak itu?
Malia, tunggu!
Malia!
Kira, pergi! Kamu. Baiki jeep.
Stiles, fokus!
Malia?
Saya ini!
Saya.
Apa yang berlaku? Apa ada di sana?
Saya tak tahu, tapi ianya
besar dan pantas.
Kukunya tajam.
Kenapa kamu tak cium dia?
Apa?
Kenapa kamu tak cium kekasih kamu?
Maksud kamu, Kira?
Apa saja nama dia.
Dia bukannya...
Maksud saya, kami tak pernah...
Dia bukan kekasih saya.
Jika kamu mati di sini,
kamu takkan menyesal tidak cium dia?
Kamu patut cium kekasih kamu.
Apa?
Saya dapat rasakan ada sesuatu
di belakang kita.
Kamu dengar?
Itu sebabnya kamu
tak pernah ke sini?
Sedia!
Kamu... jangan ulangi lagi!
Ulang apa?
Saya fikir kamu akan pergi.
Saya fikir kamu akan lari.
Saya memang sedang lari.
Maksud saya,
saya fikir kamu akan pergi.
Saya takkan pergi tanpa kamu.
Betul?
Saya takkan sesekali
tinggalkan kamu.
Mereka, saya akan tinggalkan.
Ya. Itu satu kemajuan.
Nampak parah.
Tak mengapa.
Kamu pasti? Nampak dalam lukannya.
Saya rasakan ianya tengah sembuh.
Kamu tak nampak apa-apa?
Tak jelas.
Tapi baunya kuat.
Seperti apa?
Bau kematian.
Di mananya? Kamu nampak?
Tak, saya tak tahu!
Saya tak nampak apa-apa!
Di mana benda ini?
Scott, ke belakang saya.
Scott, ke belakang saya!
Saya dah takutkannya.
Kamu dah takutkan segalanya.
Apa itu?
Tezcatlipoca.
Tuhan jaguar puak Nagual.
Rasanya kita dah jumpa Derek.
Berundur.
Oh, Tuhan.
Itu dia? Itu Derek?
Lebih kurang.
Sarikata oleh
RadiMohd