Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya sukakan kucing
Jika ada yang bertanya jika saya sukakan kucing, saya akan jawab tidak
Tetapi saya ada teman lelaki gebu berwarna jingga yang bernama En. Howell
Nama saya Emily Graslie dan saya adalah penolong kurator sukarela
di Muzium Zoological University of Montana
Di dalam bilik ini sahaja, terdapat 21,000 spesimen.
Mamalia berada di tengah, burung berada di sekeliling perimeter.
Ini adalah "koleksi perbandingan" kami
Keseluruhan koleksi ini digunakan sebagai bahan perbandingan.
Kami bekerjasama dengan pihak antropologi forensik dan Makmal Jenayah Negeri Montana
untuk membantu mereka mengenalpasti tulang rawak
dan sisa fauna daripada tapak-tapak serata negeri ini.
Kami mempunyai ahli arkeologi yang akan melawat tapak galian arkeologi
untuk mencari tulang dan membawa ia pulang ke sini
untuk mendapatkan kepastian, sebagai contoh 600 tahun lalu, ada orang yang membuat alat
mengasah mata anak panah yang diperbuat daripada rusa metapodial berekor putih.
Ia memang hebat.
Sekarang saya berdiri di dalam "bilik biri-biri"
kerana majoriti barang di dalamnya adalah biri-biri
dan tengkorak mereka.
Kami juga menggelarkan bilik ini sebagai "bilik simpanan tengkorak yang melimpah-ruah"
ia agak membuang masa kerana keseluruhan muzium ini
melimpah-ruah dengan tengkorak
Di dalam bilik ini dipenuhi dari lantai ke siling
saya andaikan, dengan beberapa ratus biri-biri tanduk besar
Kami juga mempunyai seekor moose yang lengkap
serta seekor kuda dan mungkin, dua ekor bison.
Kami juga meletakkan kabinet fail di sini. Oleh itu, ia juga adalah sebuah pejabat.
Ini adalah bilik sejuk
dan di sinilah tempat kami menyimpan kebanyakan kulit binatang yang tidak berada di dalam kabinet
kerana ia mengurangkan jangkitan serangga.
Anda boleh menemui kumbang dermestid dan kumbang karpet
yang suka memakan benda-benda seperti ini,
oleh itu, dengan membekukannya
ia banyak mengurangkan masalah-masalah seperti itu.
Kami juga mempunyai banyak benda lain di dalam bilik ini.
Ini mungkin adalah bilik yang mempunyai kepelbagaian yang paling tinggi
Bermula dari kulit serigala yang besar ini,
yang tergantung daripada siling,
kami mempunyai memerang sungai dan anjing laut bertompok
dan babi hutan, dan primat, dan ungka
dan monyet lelabah, dan tenggiling dan landak ekor panjang
dan seekor kuda belang
Dan seekor merak.
Dan hamparan harimau kumbang.
Dan pelbagai barangan menarik yang anda mungkin dapat lihat tidak lama lagi.
Sebenarnya, ia bukanlah ideal untuk menyimpan barangan seperti ini di dalam bilik sejuk
kerana ia harus berada dalam keadaan sejuk
dan anda boleh bayangkan barangan yang mula membusuk di dalam peti sejuk yang rosak,
kulit haiwan juga menjadi busuk jika penyejuknya rosak.
Kulit monyet boleh mula berkulat.
Itu pernah berlaku.
Sekali dulu.
Ini mungkin adalah bilik kegemaran saya dalam keseluruhan koleksi
jika bukan keseluruhan dunia ini.
Ini adalah "bilik burung".
Agak jelas mengapa begitu
tetapi jika anda belum lagi perasan,
bilik ini penuh dengan burung yang telah diawet.
Dan seekor rakun di belakang sana.
Kenapa ada rakun di dalam bilik burung?
Kerana saya menemuinya di belakang sebuah kabinet dua bulan lalu,
oleh itu saya keluarkannya untuk diambil gambar
kemudian saya tidak sampai hati untuk meletakkannya kembali di lohong kegelapan.
Kami juga mempunyai seekor arnab di atas lantai, tetapi ia hanya mempunyai sebelah telinga.
Saya perlu membersihkannya kemudian.
Dan ini adalah makmal persediaan kami.
Di sinilah segala keajaiban berlaku.
Sebarang persediaan kering, seperti kajian kulit
berlaku di atas meja itu, pengeluaran otak pula berlaku di dalam sinki,
ini pula adalah peti beku yang penuh dengan bangkai burung
dari pelbagai bentuk dan saiz.
Ini adalah peti sejuk,
yang kadang-kala orang sering lupa, adalah sekadar sebuah peti sejuk,
oleh itu, banyak benda menjadi busuk di dalamnya.
Di belakang sana adalah peti beku untuk mamalia.
Sekarang ini terdapat mara patagonia di dalamnya,
iaitu rodensia yang keempat terbesar di dunia,
beberapa ekor kelawar dan cencurut dan tikus
dan kadang-kala ada serigala atau koyote atau rubah,
tikus belanda pun ada di dalam peti itu.
Entahlah. Ia memang ada.
Barangan yang perlu dibersihkan akan diletakkan di sini,
dengan cepat. Ini adalah koloni kumbang makan daging.
Ia akan makan daging. Tetapi bukan daripada benda yang hidup.
Ada yang bertanya jika saya takut akan dimakan hidup-hidup
oleh sekumpulan kumbang-kumbang, tetapi itu tidak mungkin berlaku.
Sebelum tulang boleh diletakkan di dalam koleksi kami,
is perlu diserahkan kepada kumbang-kumbang ini yang akan memakan kesemua tisu ototnya.
Kerana walau sebagaimana pandainya kami membersihkan sebuah tengkorak,
kami tidak mampu melakukan tugas seekor kumbang yang kecil ini,
yang akan memakan semua otot-otot halus daripada tulang itu.
Jadi, mereka ini memakan tisu otot.
Dan selalunya hanya larvanya yang akan memakan segalanya.
Yang dewasa tidak makan apapun,
mereka hanya mengawan dan berpesta di dalam tempat itu sepanjang masa.
Sungguhlah, jika anda mahu melihat orgi di dalam kampus, ia berada di sini.
Sekali lagi, nama saya Emily,
sila langgani saluran ini
dan ini adalah brain scoop.
Masih ada otak yang melekat lah.