Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hi semua! Saya di Kichijoji hari ini
Dan saya berada di depan kedai taiyaki
Kedai yang di Kichijoji ini ada lebih banyak perisa
daripada biasa untuk taiyaki
Biar saya tunjukkan apa itu dulu!
Ia macam penkek dengan isi di dalam
Dan bentuknya macam ikan!
Itu sebabnya dipanggil taiyaki
Tai ialah sejenis ikan
Saya tak pasti macam mana nak sebut dalam bahasa Inggeris
"Ikan Merah"
Mereka ada pelbagai perisa di sini
Kedai ini ialah Kurikoan
Mereka ada beberapa kedai di Tokyo
bukan sahaja di Kichijoji
Inilah perisa yang mereka jual hari ini
Macam yang ini anko (pes kacang merah)
krim matcha, krim karamel, kacang tanah
Yang tu menarik
krim biasa
Tak pasti yang di sana itu apa
Ooo imo! Perisa itu yang ini - keledek
Yang mana kamu nak beli?
Tak tahulah! Banyaknya pilihan!
Baunya sedap!
Tengok, saya rasa dia sedang buat perisa karamel!
Nampak sedap
Tadaaa! Saya lupa yang mana tu apa
Yang ni bau macam kacang jadi rasanya kacang tanah
Saya suka beg kecil ini, comelnya!
Jadi inilah rupanya!
Kan comel?
Yang ini besarnya! Taiyaki paling besar yang pernah saya jumpa
Agak tebal juga
dan ada banyak isinya, sampai keluar dari tepi
Biasanya tak secantik yang ini
Saya akan cuba yang ini! Saya tak tahu yang ini apa
rasanya kacang tanah!
Itadakimasu!
Baunya sedap
dan sangat gebu
Kamu boleh rasa isinya
Sedap sangat
Nampak macam fudge
Yalah!
Perisa apakah yang kamu beli?
Saya beli perisa krim premium
Saya rasa ia akan rasa macam vanilla saja
Rasanya macam lilin Yankee
Apa tu?
Lilin Yankee
Apa itu?
Oh macam lilin beraroma? Maksudnya baguslah?
Rasanya memang macam itu
Bau itulah yang saya rasa.
Kamu patut cuba perisa ini
Biar saya cuba
Oh banyaknya isi!
Mmmm...isinya keluar merata-rata
Inilah letupan taiyaki
Dalamnya ada kacang kecil
Rasanya enak!
Sedap sangat!
Sukar nak pilih yang mana paling saya suka
Saya tahu
Datang sini dan beli semua - murah sangat!
Harganya lebih kurang USD1.40?
Okay masa untuk cuba perisa matcha
Sedapnya
Perisa matcha sangat kuat
Mungkin pahit sedikit tetapi masih manis
memang kuat bau matcha itu
Saya suka isi yang banyak mereka bubuh!
Macam satu hidangan, macamlah saya sudah makan malam
Memang kenyang
Ini sedap sangat
Kalau kamu cari kedai lain
Saya rasa kedai yang lebih besar ada perisa seperti kek keju
dan labu, ada yang jual perisa labu!
Saya memang harap mereka ada jual di sini
Saya rasa musimnya sudah lalu
Kedai ini kedai rantaian, jadi kalau kamu pergi kedai yang lebih besar
saya pasti mereka ada jual lebih banyak perisa
Tetapi selalunya taiyaki hanya ada perisa kacang merah
dan kadang-kala kustard
Jadi baguslah ada perisa macam matcha
Kalau kamu nak cuba, saya akan letak alamatnya di bawah
Sangat hampir dengan stesen Kichijoji, rentas jalan dan kamu sudah sampai
Mudah saja untuk cari
Terima kasih kerana menonton, dan jumpa lagi, bye!
Wanita tua ini sedang terangkan kepada kami
dia tahu satu tempat yang
jual taiyaki kacang merah yang lebih enak
Sepuluh minit kemudian...
Jadi kami sedang makan taiyaki
dan wanita tua ini hampiri kai dan kata
dia tahu satu kedai yang jual perisa anko (kacang merah) yang lebih enak
Dan dia pergi sana dan belikan kami snek!
dari kedai itu, dan dia bawakan kepada kami
dan kata untuk cuba rasa
Sangat baik orang itu
Awww baiknya
Saya buat video baru mengenai Jepun setiap minggu, jadi langgani channel saya!