Tip:
Highlight text to annotate it
X
Mengenal pasti nombor perdana.
Tentukan sama ada nombor berikut adalah nombor perdana, komposit atau bukan kedua-duanya.
Sebagai ulangkaji, nombor perdana adalah nombor bulat seperti
1, 2, 3, 4, 5, 6, dan seterusnya, yang hanya ada dua nombor faktor.
Faktornya adalah 1 dan dirinya sendiri. Contoh nombor perdana adalah 3.
Hanya ada dua nombor bulat yang boleh membahagikan 3: 1 dan 3.
Cara lain untuk fikirkan tentang ini adalah untuk dapatkan 3 sebagai produk untuk nombor biasa lain adalah 1x3.
Jadi ianya hanya ada 1 dan dirinya sendiri.
Nombor komposit adalah nombor bulat yang ada lebih dari 1 dan dirinya sebagai faktor
dan kita akan lihat contoh untuk itu.
Kita akan lihat sesuatu yang menarik kalau sesuatu nombor itu bukan perdana atau komposit.
Mula-mula, fikirkan tentang nombor 24.
Fikirkan tentang semua nombor bulat. 0 juga tersenarai dalam nombor bulat.
Fikirkan tentang semua nombor bulat yang boleh membahagikan 24 tanpa menghasilkan sebarang baki.
Kita akan anggap nombor-nombor itu sebagai faktor.
Jelas yang 24 boleh dibahagikan dengan 1; malah 1x 24=24.
Ia juga boleh dibahagikan dengan 2.
2x12=24, jadi ia juga boleh dibahagikan dengan 12.
Ia boleh dibahagikan dengan 3; 3x8=24.
Setakat ini, kita tak perlu cari semua faktor untuk sedar yang ia bukan nombor perdana.
Jelas ia ada lebih faktor dari 1 dan dirinya sendiri.
Jadi ia akan menjadi nombor komposit.
Yang ini akan menjadi nombor komposit.
Jom teruskan memfaktor memandangkan kita dah pun mula.
Ia juga boleh dibahagikan dengan 4, dan 4x6=24.
Jadi nombor-nombor ini adalah faktor bagi 24. Jelas bahawa ia lebih dari hanya 1 dan 24.
Sekarang fikirkan tentang 2.
Nombor bulat selain sifar boleh dibahagikan dengan 2.
1x2 pastinya boleh, 1 dan 2, tapi tak ada mana-mana nombor lagi yang boleh dibahagikan kepada 2.
Jadi faktornya hanya 2; 1 dan dirinya sendiri.
Itu adalah definasi nombor perdana. Jadi 2 adalah nombor perdana.
2 adalah nombor perdana.
2 ni menarik sebab ia adalah satu-satunya nombor perdana yang genap.
Satu-satunya nombor perdana yang genap.
dan itu mungkin logik pada awak sebab mengikut definasi tadi,
nombor genap boleh dibahagikan dengan 2.
Jelas 2 boleh dibahagikan dengan 2, itu yang membuatnya genap.
Tapi ia hanya boleh dibahagikan dengan 2 dan 1, itu yang menjadikannya nombor perdana.
Tapi nombor genap yang lain boleh dibahagikan dengan 1, dirinya sendiri dan juga 2.
Nombor genap yang lain boleh dibahagikan dengan 1, dirinya sendiri dan juga 2.
Jadi mengikut definasi, nombor ini akan menjadi nombor komposit kerana boleh dibahagikan dengan 1, dirinya sendiri dan nombor lain
2 adalah nombor perdana; setiap nombor genap selain 2 adalah nombor komposit.
1 adalah kes yang menarik. 1 hanya boleh dibahagikan dengan 1.
1 hanya boleh dibahagikan dengan 1.
Jadi ianya bukan nombor perdana kerana ia hanya ada 1 faktor, bukannya dua.
1 adalah dirinya sendiri, tapi untuk menjadi nombor perdana, ia MESTI ada dua faktor. 1 hanya ada satu faktor.
Untuk menjadi nombor komposit, ia mesti ada lebih dari dua faktor; 1, dirinya sendiri dan nombor lain.
Jadi ianya bukan komposit.
1 bukan nombor perdana
ataupun komposit.
Dan akhirnya kita ke 17.
17 boleh dibahagikan dengan 1 dan 17.
Ia tak boleh dibahagikan dengan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, atau 16.
Ia hanya ada dua faktor, 1 dan 17, maka 17 adalah nombor perdana.