Tip:
Highlight text to annotate it
X
S: Saya di sini bersama dengan Dr. Laura Bachrack di Sekolah Perubatan Stanford
Dan kita akan berbincang tentang
L: Kita akan membincangkan pertumbuhan normal dan tidak normal bagi kanak-kanak.
S: Menarik. L: Jadi, ini adalah sesuatu yang amat penting...
L: Ibu bapa mengambil berat tentang sama ada anak mereka membesar secara normal
dan para doktor juga mempunyai rasa yang sama kerana
perubahan dalam ketinggian adalah merupakan petunjuk yang penting
berkenaan bagaimana kanak-kanak itu membesar secara keseluruhan terutamanya dari segi kesihatan.
S: Baik... L: Maka, untuk mula menilai corak pertumbuhan kanak-kanak,
kita perlu fikirkan apakah penentu
di mana kanak-kanak perlu berada di lengkung pertumbuhan.
S: Baik... L: Penentu pertama yang paling penting,
sudah tentu, ialah genetik. Ibubapa yang berketinggian rendah
berkemungkinan besar akan mempunyai anak yang rendah dan juga sebaliknya.
S: Dan ini juga adalah benar walaupun apabila anak itu masih muda,
jika..seperti..ummm, sebab kadang kala saya ada terjumpa yang bertentangan. if...like...big, cause sometimes I've seen in the opposite
Contohnya seperti...ibubapa yang kecil mempunyai anak yang besar.
dan yang lain-lain tapi ia adalah benar walaupun jika
sesorang itu adalah besar, mereka berkemungkinan besar akan mempunyai anak yang besar,
malah ketika masih bayi dan kanak-kanak kecil...
L: Anda telah menyentuh satu topik penting yang
ditunjukkan di dalam pembentangan ini... saiz bayi semasa lahir
tidak semestinya mencerminkan ciri-ciri genetik.
Terdapat bayi yang dilahirkan bersaiz kecil kerana ibunya
tidak mempunyai penjagaan rapi sebelum bersalin...ibunya merupakan seorang perokok...
dan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan anak
dan mereka boleh dilahirkan bersaiz kecil untuk umur gestasi mereka.
Semasa 2 ke 3 tahun pertama kehidupan, mereka mempunyai peluang
untuk mengejar semula di lengkung dan mencapai apa yang dipanggil
potensi genetik mereka. Jadi, mari katakan...
S: Sebentar, saya mahu pastikan...Saya pernah lihat lengkung ini..
Saya ingatnya semasa saya pernah melawat pakar kanak-kanak,
tapi ianya sudah lama dahulu, haha...
jadi paksi ini di sini merujuk kepada umur, dalam unit bulan
Dan paksi ini pula merujuk kepada kelahiran. Jadi jika seorang bayi
dilahirkan di..ummm..katakan ini ialah beratnya di situ.
Jadi jika bayi itu dilahirkan pada 5 pound,
adakah ini dalam unit pound? Oh, tidak..ianya kilogram.
Jadi, 5 pound adalah di sini. Jadi bayi itu dilahirkan pada 5 pound.
L: Betul, dan saya berbincang di sini semasa kuliah pertumbuhan tentang
ketinggian atau kepanjangan bayi
di sepanjang zaman kanak-kanak, tapi mari kita katakan yang
bayi yang dilahirkan itu adalah ringan dan pendek.
S: Jadi mungkin 18 inci merupakan kepanjangan yang pendek.
L: Betul, dan katakan yang bayi itu adalah kecil kerana
ibunya mempunyai isu semasa mengandung.
S: Adakah itu selalu sebabnya yang mana bayi akan menjadi kecil kerana isu sebegini atau...
L: Tidak...kata kuncinya di sini ialah genetik
memainkan peranan kecil dalam menentukan saiz bayi semasa lahir
berbanding kemudian semasa zaman kanak-kanak.
Jadi kita kembali kepada poin anda. Kita akan terjumpa ibubapa yang bayinya
nampak lebih besar atau kecil berbanding mereka.
Tapi apabila mencecah umur 3 tahun, kanak-kanak itu sepatutnya...
S: Sebentar ya, biar saya cuma
tutupkan ini...OK.
L: Apabila berumur 3 tahun, kanak-kanak patut berada dalam kumpulan genetik mereka.
Maka, boleh terdapat pergerakan di lengkung pertumbuhan dalam 2 ke 3
tahun pertama kehidupan. Boleh terdapat pertumbuhan mengejar di mana kanak-kanak yang bersaiz kecil,
katakan bergerak dari bawah lengkung sehingga ke titik 50%
apabila berumur 24 bulan.
Dan juga kita ada bayi bersaiz besar, katakan yang ibunya mempunyai masalah diabetes Where you have a very big baby, let's say the mother had uncontrolled diabetes
dan bayi itu dilahirkan bersaiz amat besar, jadi bayi itu boleh mempunyai pertumbuhan menangkap turun and the baby was born very large, that baby can have catch down growth
ke titik 50%. Apabila mencecah umur 3 tahun, pergerakan menyeberangi persentil to the 50%. By the age of 3, certainly movement across percentile
adalah dianggap tidak normal dan membolehkan penyiasatan dilakukan.
S: Jadi anda boleh meramalkan ketinggian seseorang apabila mereka dewasa berdasarkan di mana mereka berada pada umur 3 tahun?
L: Kemestian umumnya mestilah pada umur 2 setengah ke 3 tahun, kanak-kanak berada dalam lengkung pertumbuhan
genetik. S: Mhmmm...Wow...Saya tidak sedar yang itu boleh dilakukan...
S: Jadi jika kanak-kanak berumur 3 atau 4 tahun adalah dalam ketinggian 25%,
kemungkinan besar mereka tidak bermain dalam NBA.
Secara umunya, itu adalah betul, tapi ada beberapa pengecualian di mana ada kumpulan yang berkembang lambat
yang kita panggil pertumbuhan lambat semula jadi,
tapi peraturan umumnya ialah apakah persentil mereka apabila berumur 2 atau 3 tahun
adalah di mana kita boleh mengesan jika semua perkara berjalan secara normal.
S: Wow...saya tidak pernah sedar yang ahh...
L: Dan genetik adalah penentu yang penting, kita boleh lakukan pengiraan
tentang di mana kita fikir kanak-kanak patut berada,
iaitu apa yang dipanggil ketinggian pertengahan ibubapa.
Jadi, genetik ialah faktor kritikal tapi sama ada atau tidak anda mencapai potensi genetik
anda bermaksud kesemua kad-kad perlu disusun dengan cermat.
Jadi, kad yang memainkan peranan penting dalam mencapai potensi genetik,
yang pertama, ialah jumlah normal hormon yang penting untuk pertumbuhan.
Dan ianya adalah hormon tiroid dan hormon tumbesaran pada kadar yang besar.
Faktor yang kedua pula ialah nutrisi yang mencukupi dan kita fikir tentang kanak-kanak di serata dunia
yang kekurangan zat makanan tidak nampak seperti yang sepatutnya dari segi umur dan ketinggian mereka
kerana mereka sangat kekurangan zat makanan.
S: Hmmm..jadi kita boleh katakan, maksud saya, saya dilahirkan di sini dan ibubapa saya adalah generasi pertama atau kedua...
dan kita lihat orang dalam generasi saya adalah lebih tinggi dari ibubapa mereka kerana ibubapa mereka
mungkin mengalami kekurangan zat makanan.
L: Semestinya, boleh terdapat corak sekular di mana anak menjadi lebih tinggi dari ibubapa
jika anak mempunyai persekitaran yang berbeza. Perkara lain yang kita kesan tentang
nutrisi di dalam negara kita ialah nutrisi berlebihan dan apa yang berlaku
dengan obesiti ialah kanak-kanak mungkin membesar lebih cepat dari segi berat dan ketinggian untuk umur mereka..
mereka tidak akan menjadi tinggi dalam jangka masa panjang, tapi mereka bergerak ke hadapan lebih cepat melalui proses kematangan.
S: Oh...kiranya seperti mereka memecut. L: Ya, betul.
S: Saya tidak pernah sedar tentang itu. Menarik sungguh.
L: Dan kemudian kita fikir tentang faktor psiko sosial, terdapat situasi di mana
anak-anak boleh mempunyai kurang kasih sayang dan sokongan dari ibubapa dan anda boleh lihat
terdapat sedikit perencatan pertumbuhan. Untuk remaja, kita lihat masalah berkenaan gangguan pemakanan
iaitu pertembungan antara masalah nutrisi dan psikologi.
Ianya adalah faktor psiko sosial.
S: Jadi kita telah kesan yang ianya adalah perubahan dalam perkembangan fizikal berdasarkan
perhatian dalam kasih sayang dan...
L: Ya, sebenarnya terdapat sejenis sindrom yang dipanggil Pengerdilan Psiko Sosial
di mana mereka akan membesar dengan lambat tanpa sokongan personaliti yang mencukupi.
Jadi, isunya ialah bila anda patut risau tentang corak pertumbuhan seorang kanak-kanak.
untuk menjelaskan itu, anda perlu faham tentang variasi dalam pertumbuhan.
Dalam 2 ke 3 tahun pertama kehidupan, kanak-kanak membesar lebih pantas berbanding selepas itu....
Apabila berumur 3 tahun, sehingga mereka akil baligh, kanak-kanak patut membesar sebanyak 2 inci setahun.
Ini adalah untuk zaman anak kecil sehingga mereka akil baligh.
S: Wow, jadi ianya seperti sejenis ukuran.
L: Betul, betul. Tapi tempoh bilakah kanak-kanak mencecah akil baligh adalah amat panjang
jadi, itu adalah satu isu. Jika kanak-kanak itu membesar pada kadar normal,
ianya tidak perlu untuk menghafal jumlah inci per tahun.
Mereka akan membesar sepanjang lengkung pertumbuhan dan jika kita boleh pergi ke
graf yang seterusnya. Ini adalah graf yang kita guna untuk kanak-kanak yang lebih tua.
Selepas umur 2 tahun sehingga mereka berumur 18. Inilah lengkung yang kita gunakan.
Sekarang, melangkaui umur 2 tahun, saya ada beritahu anda yang ianya tidak normal untuk kanak-kanak
melintasi persentil. Jadi sebagai contoh, jika anak anda
yang berada di sepanjang persentil kelima dan setiap tahun membesar sebanyak 5 inci...
Di mana mereka bergerak secara mantap, mantap, mantap...
anak itu mempunyai lengkung pertumbuhan yang meyakinkan berbanding contohnya,
anak yang berumur 5 tahun yang berada di atas lengkung dan pada tahun
seterusnya berada pada titik 75 di bawah
dan pada tahun seterusnya berada pada titik 50 persentil.
Sekarang, pada tahap awal, kanak-kanak itu secara teori mempunyai ketinggian normal
kerana ia masih di dalam lengkung, tapi terdapat sesuatu yang tidak normal tentang
kadar pertumbuhannya dan kanak-kanak ini adalah lebih merisaukan berbanding kanak-kanak yang lebih pendek.
S: Oh...menarik.
L: Maka, apabila ada kanak-kanak yang datang kepada saya kerana wujudnya kebimbangan
tentang pertumbuhan mereka, saya akan tentukan ketinggian mereka dan jika mereka membesar secara normal.
Dan itu adalah 2 soalan yang berbeza.
L: Soalan yang pertama ialah adakah mereka rendah? Dan ini boleh didefinisikan
dengan melihat kepada lengkung yang mewakili spektrum ketinggian normal
untuk remaja yang sihat. Dan ianya pergi dari tahap 5 hingga 95 peratus.
Jadi anda boleh bandingkan seorang kanak-kanak dengan keseluruhan populasi.
Tapi saya juga suka untuk mengira apa yang kita panggil ketinggian tengah ibubapa.
Ini ialah di mana kita mengambil kita ketinggian ibubapa itu sendiri,
kerana ianya adalah penentu yang paling penting.
Jadi begini ialah bagaimana kita membuat pengiraan itu.
Kita ambil ketinggian ibu dan juga bapa dan puratakannya.
S: OK, mari kita lakukan itu.
S: Jadi, tinggi saya 5 kaki 9 inci jika saya memakai kasut yang elok. Jadi itu 69 inci.
L: Dan berapa ketinggian ibu kepada anak anda?
S: Tinggi dia 5 kaki 6 inci. Maka itu 66 inci.
L: Dan kita nak buat kiraan untuk anak lelaki atau perempuan anda?
S: Ummmm...kita buat anak lelaki saya sebab dia lebih tua.
L: Jadi kita ambil purata nilai itu dan kita akan tambahkan 2.5 inci.
S: OK, maka itu akan berikan 70 inci.
L: Betul, jadi itu ialah ramalan ketinggian anak anda.
S: Oh, bagus.
L: Tambah atau tolak...4 inci.
S: Oh, tambah atau tolak 4 inci, itu satu perbezaan besar.
L: Memang itu satu perbezaan besar, tapi itu adalah variasi semula jadi manusia.
L: OK, jika untuk anak perempuan anda, kita akan ambil 67.5 inci dan tolak 2.5 inci.
L: Mari kita kirakan.
S: OK, jadi dia akan dapat 65 inci...tambah atau tolak 4 inci.
L: Jadi, inilah apa yang kita lakukan, malah apa kata kita plotkan
ia di atas lengkung, ini lengkung untuk budak lelaki. Jadi mari plotkan 70 inci.
S: 70 inci berada di sini, OK.
L: Dan kemudian, julat 74 ke 66.
L: Julatnya agak besar. OK, tapi jika anak itu membesar dengan baik di bawah lengkung
dan kita fikir yang pada titik pertengahan dia akan berada di tahap 50%,
anak itu akan berketinggian rendah.
L: Jadi kita sememangnya akan mengambil kita ketinggian keluarga.
Jadi, soalan yang pertama, adakah anak itu rendah?
Ianya bergantung kepada apakah ramalan ketinggiannya.
S: OK, jadi jika anak saya berada di sini pada tahap 5%... L: Itu sepatutnya merisaukan.
S: Walaupun jika dia membesar sebanyak 2 inci setiap tahun, adakah itu masih merisaukan?
L: Baik, itu akan menimbulkan sedikit persoalan dalam minda kita.
Tapi faktor yang lebh penting bukanlah sahaja di mana mereka berada di lengkung,
tapi juga adakah mereka membesar pada kadar normal.
L: Dan anak yang tidak membesar pada kadar biasa menimbulkan lebih banyak tanda tanya
berbanding anak yang mengikuti lengkung.
S: Menarik, ianya sungguh menarik. Wow!
L: Jadi itu adalah isunya dan apa yang kita berdepan setiap hari,
kita mahu lihat ke dalam pelbagai kes, jika pertumbuhannya perlahan,
kita mahu menyesuaikan rawatan kepada ideologi spesifik.
S: Dan ideologi bermaksud...?
L: Contohnya, jika anak itu kekurangan hormon tiroid, kita mahu
membekalkan kembali hormon tiroid.
S: Jadi ideologi adalah seperti sebab untuk.... L: Betul, betul.
L: Jadi jika anak itu tidak membesar disebabkan masalah nutrisi seperti penyakit Celiac,
kita mahu berikan diet istimewa untuk menyelesaikan isu tersebut.
L: Ada sesetengah ibubapa berfikir yang anak mereka adalah sihat dan membesar secara normal,
tapi mereka mahu berikan hormon tumbesaran, maka itu adalah topik yang dalam kelasnya tersendiri.
S: Baik, terima kasih untuk penerangan dan maklumat anda.