Tip:
Highlight text to annotate it
X
Episod 10
Kenapa kamu masih tercegat di sini?
Hah?
Saya akan bangun awal pagi dan berlatih bersungguh- sungguh mulai esok!
Atuk mesti ajar saya ya!
Pengarah ada sebut sesuatu sebelum dia pulang tadi
Katanya, saya boleh menang LPGA dengan mudah jika saya belajar dari Atuk.
Cukup- cukuplah tu. Mari ikut Atuk ke dalam.
Haa, di sinilah tempat kita akan tinggal.
Hah?
Hanya kita berduakah Atuk?
Atuk akan tidur di mana?
Dekat sini lah. Takkan Atuk tidur di luar kot.
Eh, bukan itu maksud saya.
Kamu perlu bangun awal pagi esok, jadi makan secukupnya dan tidur awal.
Baiklah Atuk!
Tak guna kamu nak cuba...
Kalau kamu nak buat panggilan telefon, kamu kena daki puncak bukit ni dulu.
Sarikata Bahasa Melayu ini dibawakan oleh Birdie Buddy Team @Viki.com
Dekat mana sebenarnya Atuk ni nak ajar aku main golf?
Dekat situ ke?
Selamat pagi!
Amboi, nyenyaknya Atuk tidur!
Jom kita berlatih, Atuk!
Baiklah.
Okay!
Mula- mula, kamu pergi ambilkan air bersih.
Hah? Air?
Yelah, nak masak nasi perlukan air.
Tapi, Atuk, kenapa saya pula yang kena ambil air?
Kalau kamu ikut jalan itu, kamu akan nampak sungai kecil.
Ambil air bersih dari situ.
Saya?
Habistu, takkan Atuk pula?
Tunggu apa lagi tu? Cepat gerak!
Apa Atuk ni, kata dekat je.
Ni jauh ni!
Dia ingat aku ni hamba dia ke?
Takpelah, ikut je lah cakap orang tua ni.
Tapi, kalau dia tipu aku, siap Atuk ni aku kerjakan!
Atuk, saya dah ambil air ni!
Ah, laparnya.
Apa Atuk ni, dahlah tak bagi aku makan.
Atuk!
Nak ambil air ni selalunya memakan masa sehari suntuk, lagi lagi kalau tak biasa buat kerja ni.
Betul ke kamu dah siap?
Kalau Atuk tak percaya, apa kata Atuk tengok sendiri?
Jahatnya Atuk ni!
Atuk kata saya kena ambil air supaya boleh masak nasi untuk kita!
Nak buat macam mana. Kalau nak, makan lah ni. Ada lagi sikit.
Macam mana reaksi Cikgu bila kau bawa dia?
Susah nak kesan samada dia terima Mi Soo atau tidak.
Aku betul- betul tak tahu.
Dia cuma pandang je Mi Soo tadi.
Cikgu bagitahu aku yang belakang Mi Soo ni agak bengkok. Dia pun tertanya- tanya kenapa kau hantar seorang perempuan.
Biasalah tu Cikgu.
Tapi dia tak halau Mi Soo kan?
Mula- mula, dia suruh aku bawa balik Mi Soo.
Tapi Mi Soo tunjukkan kehebatan dia pukul bola golf, dan kemudian dia pujuk Cikgu
Jadi Cikgu tak cakap apa- apa lepas itu.
Baguslah, maksudnya hal itu dah selesai.
Terima kasih sebab dah bersusah payah.
Pffft, tak adalah susah mana pun. Lagi satu, dia suruh kau jumpa dia lepas seminggu.
Kalau Si Pau jumpa aku, dia mesti mengamuk nanti.
Habis tu, kau nak aku gantikan kau?
Tak perlu.
Masa tu, Hae Ryung dah tamat perlawanan dia.
Aku boleh pergi.
Aku rindu budak tu sebenarnya. Tertanya- tanya keadaan dia.
Kau rindu dia sangat ke?
Semangatnya nak tahu keadaan dia?
Haih, dia tu muda lagi lah!
Kau tak patut buat dia macam ni.
Muda apanya?
Dia tu dah kira lambat lah jugak untuk jadi pemain golf pro.
Ye ke..
Makanan ada dekat mana- mana. Mana yang nampak selamat dan boleh dimakan tu,
sila bawa balik.
Betullah Atuk, satu kawasan hutan ni banyak dengan makanan!
Eh, ni semua tak boleh makanlah!
Atuk, saya ni dah duduk dekat Kangwondo sejak lahir lagi!
Semua tumbuhan ni boleh dimakan, saya tahu. Lagipun, baik untuk kesihatan Atuk juga!
Cuba Atuk tengok ya.
Yang ini, ini dan ini (Semua nama tumbuhan yang pelik- pelik)
Mereka hidup secara semulajadi dan sangat berkhasiat untuk dimakan.
Kalau Atuk makan ni, Atuk tak perlu nak makan vitamin- vitamin tambahan semua tu.
Terutama sekali yang ni! Sangat berkhasiat untuk orang- orang tua-
Maksud saya, untuk orang yang lebih senior macam Atuk!
Mana kamu dapat akar pokok ni?
Saya perlukan tali untuk panjat tadi, jadi saya tarik pokok tu. Malangnya, akar pun terkeluar sekali.
Kamu tarik dengan tangan kamu?
Mestilah Atuk! Takkan lah saya guna gigi pula?
Kamu ni... macam raksasa pula.
Atuk, ada apa- apa kerja lagi untuk saya? Kalau tak.
Cepatlah, boleh kita mula berlatih.
Belum lagi, kita perlu pergi kutip kayu api untuk musim sejuk nanti!
Kita perlu baiki atap rumah lagi.. Dan..
Atuk!
Kenapa pulak saya yang kena kutip kayu api??
Laa, dah kamu yang kata kamu akan usaha sampai setengah mati.
Maksud saya usaha berlatih golf! Bukannya buat kerja- kerja macam ni!
Saya datang sini bukannya nak bekerja untuk Atuk.
Hmm, nampaknya mungkin Atuk dah tersalah nilai kamu.
Apa maksud Atuk?
Atuk tak perlu orang yang hanya tahu main golf saja.
Atuk ni bergurau ke?
Kamu rasa Atuk tengah bergurau ke?
Pilih, samada kamu nak balik atau pun pergi ambil kayu api!
Adoi..
Apa yang kamu sedang fikirkan?
Saya nampak macam sedang risaukan sesuatu ya?
Nampaknya kamu dah berhenti lakukan latihan 'putting' setiap malam kamu itu.
Saya terfikir, orang macam mana agaknya mak saya tu?
Pernahkah Encik terfikir yang mak saya sanggup tinggalkan seseorang yang dia sayang dengan begitu mudah?
Maksud saya, Encik pernah tak terfikir yang mak saya boleh meragut kebahagian hidup seseorang?
Pengarah sedang menunggu kamu.
Kamu perlu ambil lagi air bersih sebelum matahari terbenam. Yang kamu bersenang lenang ni kenapa?
Sekali lagi?
Bukankah saya dah ambil air bersih pagi ni, Atuk?
Panas sangat tengah hari tadi, jadi Atuk mandi lah. Sekarang air ti dah habis.
Atuk patutnya beli je lah air untuk guna mandi Susah payah saya dapatkan air ni tau!
Kamu jangan nak melawan cakap Atuk pulak ye!
Biar saya bagitahu Atuk sekali lagi, saya dekat sini bukannya nak jaga Atuk pun.
Ah, apa- apalah! Atuk pergi ambil air tu sendiri.
Hmm, kalau macam tu malam ni kamu tak payah makan.
Alah, tak makan sekali je.. Aku takkan mati pun!
Bila agaknya aku dapat belajar golf ni?
Atuk tu sebenarnya tahu ke tak main golf?
Lapar lah..
Adakah anda rasa tertekan setiap kali ada perlawanan?
Tipulah kalau saya kata saya tidak tertekan.
Rasa stres itu mestilah ada, tapi saya cuba tidak pedulikannya.
Kawalan minda boleh menjadi kelemahan, namun ia juga boleh menjadi kelebihan seseorang - seperti anda, Hae Ryung.
Dia memang seorang yang pandai berdikari, sejak kecil lagi dia memang begitu.
Dia mewarisinya dari emaknya mungkin?
Tidak.
Saya tak tahu siapa ayah saya, tapi saya rasa perangai saya banyak ikut ayah saya.
Saya bukannya berhati kering, macam mak saya.
Saya jadi seorang yang berdikari sebab saya dah biasa seorang diri sejak kecil. Saya tak lahir terus pandai berdikari.
Oh, saya pernah lihat interview anda sebelum ini. Betulkah kamu tidak dibenarkan menyebut perkataan 'ayah'?
Ye ke?
Dia masih lagi muda dan belum matang ketika itu. Rasanya gurauan ni dah melampau.
Siapa kata ini cuma satu gurauan?
Ianya perkara yang sangat serius bagi saya.
Dan saya masih ingat yang saya ditampar sebab bertanya mengenai ayah.
Ini bukannya tempat kamu nak mengadu domba pasal masalah peribadi.
Baik kamu berhenti bercakap sekarang.
Maaf sebab Tuan terpaksa saksikan semua ni.
Takpe. Hubungan mak-anak memang begitu.
Saya ada kerja sedikit, jadi saya pergi dulu ya.
Hae Ryung!
Biarkan dia, lagipun agak bosan untuk orang muda macam dia nak habiskan masa dengan orang tua macam saya.
Jom parti!
John...
Kau pun fikir yang aku ni manusia yang ada segalanya ke?
Sebab Min Hae Ryung yang semua orang tahu
adalah manusia yang lengkap segalanya.
Tu sebabnya,
aku ni sempurna.