Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hey Destin di sini
selamat kembali ke Smarter Every Day
Tak pasti macam mana nak buat
tapi saya nak tahu serba sikit pasal tatu.
Jadi saya akan masuk ke kedai tatu
dan tengok kalau mereka benarkan saya
rakam menggunakan Phantom (kamera slow motion)
Kita tengok macam mana.
[buzzzzzz]
Ok kita dah berada dalam kedai,
ini...Leah kan?
- Mm hmm. Hi.
- OK ini Leah dan beliau adalah artis.
Kami tak sepatutnya panggil..
Apa, bukan itu patut kami panggil?
- Artis tatu, 'tattooer', 'tattooist',
di England mereka guna 'tattooist'.
- Terbaik. OK jadi, boleh awak ajar bagaimana
nak buat tatu pada seseorang.. saya rasa ini senapangnya kan?
- Mesin, kami tak panggil ia senapang,
tak dibenarkan.
- Jadi apa yang kita ada di sini?
- Ini adalah 'rotary machine'.
Ada beberapa jenis mesin tatu
tapi yang paling biasa adalah jenis 'coil'
dan boleh dikatakan yang seterusnya adalah
'rotary machine'
- Begitu. Boleh tunjukkan bagaimana ia berfungsi?
- Boleh. Ini adalah motor.
- Ahuh.
- Kepala jarum, jarum
akan bersambung di sini, dan menerusi tiub ini,
yang ini.
- Yang ini awak kena pegang [semasa membuat tatu]?
- Kami akan pegang ini. Secara teknikalnya ini adalah pemegang.
Saya kena pakai sarung tangan.
Bukannya perlu dalam situasi macam ini,
sebab saya tak buat tatu pada orang
dan semua ni adalah steril, ia cuma tabiat kerja.
Terasa pelik kalau membuka satu beg tanpa sarung tangan.
- Oh ye ke?
- Jadi saya akan pakai terus.
- Agak penting jugalah?
- Yeah.
(Destin) Selama ini asyik ingat mesin tatu guna
jarum dan akan masukkan dakwat terus ke kulit.
Sebenarnya ia guna banyak jarum dan dikumpulkan sekali
untuk garisan, dan untuk shading pula
rupanya macam berus. Dakwat akan berada di antara
jarum-jarum itu disebabkan tindakan kapilari
dan bila ia cucuk pada kulit, dakwat akan turut sama masuk
ke dalam dermis (jenis lapisan kulit).
- Tada!
- Jadi awak ada jarum
di dalam tiub yang terpasang pada mesin
dan awak dah boleh buat dia berfungsi.
Jadi apa awak perlu buat [untuk hidupkannya]? Saya rasa power [elektrik] ?
- Power.
- Rotary machine agak senang untuk difahami.
Ini adalah motor dalam putaran, dan ia
akan mengakibatkan kepada gerakan linear (kedepan dan kebelakang) pada jarum itu.
Agak ringkas kan?
Manakala 'coil machines' sedikit rumit.
Bila Leah pijak pada pedal kaki
arus terus akan mengalir pada dua lingkaran itu.
Ini akan menukarkan lingkaran itu dalam keadaan elektromagnet
dan menarik 'armature bar' ke bawah
lalu menggerakkan jarum. Bila 'bar' itu ditarik
ke bawah, ia kan memutuskan litar daripada
'contact screw' lalu menyebabkan medan
elektromagnetik itu terbatal. Spring akan kembalikan 'bar'
ke tempat asal dan menghidupkan litar kembali.
Tindakan ini akan berulang berkali-kali
dan itu sahaja lah. Begitulah cara 'coil machine' berfungsi.
Seperkara untuk diberi perhatian.
Hanya kerana anda tahu
bagaimana mesin itu berfungsi, tak semestinya anda tahu
untuk menggunakannya.
Betul ke awak buat tatu pada diri sendiri?
Awak betul-betul buat? Bagi saya tengok.
- Yeah agak merepek.
- Oh itu..
- Itu yang terjadi.
- Jadi idea yang buruk?
- Sangat buruk.
- Nama awak?
- Shawn.
- Shawn kata jangan buat tatu pada diri sendiri.
Jumpa pada orang yang profesional macam Leah.
- Yes.
(Destin) OK sekarang kita dah tahu macam mana mesin itu berfungsi
sekarang masa untuk tahu apa yang jarum itu
buat pada kulit.
Saya bawa lampu khas dan lensa makro
supaya kita dapat rekod dalam 1500 frames per second
dan seterusnya ke 3200 frames per second.
Ini sebab kenapa tatu sakit.
[music]
OK saya dah buat keputusan untuk merasai
macam mana rasa jarum itu sebab ia sebenarnya
masuk ke dalam dan keluar balik dan awak kata
boleh buat tanpa dakwat tatu.
- Yeah saya takkan guna [dakwat]..
saya hanya akan guna jarum.
- Saya sedikit gementar.
Saya nak tahu macam mana ia rasa
tapi saya tak nak tatu.
This is the next best thing right?
- Yeah exactly.
- OK, tarik nafas.
- Tarik nafas, dan lepas perlahan-lahan.
[tattoo machine buzz]
- Whewhoo. Tak seteruk mana.
- OK.
- OK saya boleh handle.
- Itu saja.
- OK apa yang awak buat?
- Nampak tu?
- Oh. Saya boleh nampak bagaimana orang boleh ketagihkan ia.
Sebab ia macam..takut.
- Yeah.
- Jadi ini jarum untuk 'lining' dan ini
jarum untuk 'shading'.
- Betul.
- Dan berapa banyak jarum untuk lining?
- Lima.
- Dan berapa banyak untuk shading?
- Tujuh.
- Itu dia. Smarter Every Day.
- Lengan di sebelah dalam lebih sakit dari yang sebelah luar saya rasa.
- Awak rasa saya boleh tahan?
- Mesti boleh.
- Baiklah, saya harap anda tertarik dengan episod ini dari
Smarter Every Day. Kalau anda mahu terus jadi
lebih bijak dengan melihat saya buat benda-benda gila, mohon
sokong Smarter Every Day(SED) di audible.com. (MELAINKAN ANDA BISU)
Jadi pergi ke audible.com/smarter dan anda boleh (KALAU ANDA BISU dan mahu sokong SED, boleh ke Patreon)
download buku audio secara percuma. (Link itu adalah Patreon.com/SmarterEveryDay)
Saya baru tahu yang Leah juga banyak membaca.
Awak anda buku untuk disyorkan?
- Ya saya nak syorkan Native Son oleh
Richard Wright.
- Yeah?
- Mm hmm.
- OK teruskan.
- OK
- Anyway, so uh.. Anyway, audible.com/smarter
yang membantu Smarter Every Day dan ia mungkin
bayar apa Leah buat ini.
Dan juga, 'follow' Leah dan Seejay.
Saya akan tinggalkan link di deskripsi video.
Beliau ada Instagram yang 'cool'.
- Awak faham maksud saya pasal 'frosting'?
(Destin) Ya.
- Bagaimana ia menaikkan lapisan atas kulit.
- OK, bila awak..
- Adakah kami di Smarter Every Day?
- Yeah.
Awak memang tahu pasal Smarter Every Day?
- Yeah saya subscribe.
- Oh menarik. Buat di sini?
- Ya. Leah buat.
- Awesome. Crazy.
Saya dapat kredit (store credit) tak sebab lelaki tadi tahu siapa saya?
- Yes.
- OK bagus.
- Awak bukan sekadar orang pelik yang masuk ke kedai saya.
[laughs]
(Destin) Jadi ini tatu awak yang terkenal?
- I letak di Reddit dan dapat banyak 'hit' (seperti Like FB).
- Terbaik.
Awak suka 'macaroni and cheese'?
- Yes.
- Saya Destin.
Awak jadi lebih bijak setiap hari (Smarter Every Day).
Jaga diri.
Ini palsu.
Sebenarnya tak tatu pun.
Pemalsuan yang bagus.