Tip:
Highlight text to annotate it
X
Selepas serangan Israel (selama 8 hari) ke atas Gaza berakhir, rakyat Palestin mahu memberi penghormatan kepada satu-satunya penyokong mereka.
Papan iklan (billboards) seperti ini dipasang di jalan2 utama dan persimpangan jalan di Semenanjung Gaza. Yang mempamerkan ucapan terima kasih rakyat Palestin kepada Iran atas dukungannya terhadap pejuang2 Palestin.
Billboard itu memaparkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Iran dalam empat bahasa; Arab, English, Farsi dan Hebrew.
Billboards itu juga menunjukkan foto2 roket Fajr-5 yg direka cipta oleh Iran yang digunakan oleh pejuang2 Palestin utk menembak kota2 Israel dalam serangan yg lalu. Ia dipercayai telah memainkan peranan besar dalam meraih kemenangan buat rakyat Palestin.
Khader Habeeb (Jurucakap Jihad Islam) - "Iran sentiasa mendukung perjuangan Palestin menentang (Israel) selama ini. Kami berterima kasih dan memuji Iran kerana majoriti roket yg digunakan pejuang Palestin terhadap Tel Aviv, diperbuat dari teknologi Iran,"
Sebelum ini rakyat Palestin telah melahirkan rasa penghargaan kepada sokongan diplomatik dan politik Iran, namun ini adalah kali pertama mereka bercakap secara terbuka tentang sokongan ketenteraan yg diterima mereka dari Iran,"
Mustafa Sawwat (Penganalisis Politik) - "Adalah penting bagi rakyat Palestin melahirkan kehormatan terhadap pihak yg menyokong mereka sepertimana yg dilakukan oleh pemimpin utama Hamas, dan pemimpin2 Jihad Islam dalam ucapan2 mereka."
"Selagi mana sokongan itu bukan peras ugut politik, dan tujuannya adalah utk membantu rakyat Palestin mendapatkan hak mereka, seperti mana dalam kes Iran ini, maka sokongan ini sentiasa dialu-alukan,"
Ungkapan terima kasih ini tidak terhad hanya dari parti2 politik dan kumpulan pejuang Palestin saja, berikut adalah cara bagaimana kebanyakan rakyat Palestin menyatakan kepada PressTV, rasa penghargaannya kepada Iran dan rakyatnya.
"Kemenangan ini pertama sekali adalah rahmat dari Allah Taala dan hasil dari sokongan yg tidak henti dari Republik Islam Iran, sama ada dari segi sokongan diplomatik, kewangan, atau ketenteraan."
"Oleh itu, kami mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya yaitu rakyat dan kerajaan Iran, dan melihat mereka sbg sebagian dari kemenangan (melawan serangan Israel) ini."
Sementara papan iklan ini kini menjadi sebagian dari pemandangan hari2 di Gaza, rakyat Palestin berharap agar Iran meneruskan sokongannya yg tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin, dan akan memainkan peranan dlm kemenangan akan datang.
Dengan terpasangnya billboards (papan iklan) di bahagian2 dan jalan2 yg paling meriah di Gaza, rakyat Palestin mahu melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan mereka kepada segala sokongan Iran terhadap perjuangan Palestin.