Tip:
Highlight text to annotate it
X
Malam ini, saya menggelongsor.
Richard mencuri tayar.
Dan James disepak di muka.
Hello, hello, terima kasih,
terima kasih semua.
Sekarang, mari kita jelaskan daripada awal...
Formula 1 lebih bagus dari NASCAR.
Ia memang begitu.
Kalau nak dibandingkan dengan alat muzik,
F1 adalah biola yang mahal,
NASCAR adalah kuali yang diketuk
menggunakan senduk kayu.
Sekarang kita semua dah bersetuju mengenai bab itu.
Bila saya kata kita bersetuju,
maksud saya semua orang, kecuali Richard J Cheeseburger Hammond III.
Bukan saya seorang saja yang percaya pada kehebatan NASCAR.
Ia antara sukan paling banyak penonton di Amerika.
Dan ada sebab kenapa ia ada ramai peminat.
Yang pertama adalah sejarahnya.
Tidak seperti Formula 1, yang bermula sebagai cara anak orang kaya menghabiskan masa
NASCAR bermula dikalangan buruh dan pekerja biasa.
NASCAR bermula sejak tahun 40an,
sewaktu penjualan arak diharamkan,
penyeludup yang menyeludup arak ke seluruh negara,
mengubahsuai kereta mereka untuk mengatasi polis.
bermula dari situ, tahu-tahu saja
mereka mengadakan perlumbaan tak rasmi diwaktu petang,
diatas padang yang dijadikan litar.
Kereta yang sering digunakan adalah kereta sebegini,
Ford Business Coupe tahun 1941,
yang tidak menarik perhatian polis.
Jelas sekali, orang yang memandu kereta sebegini,
hanyalah orang biasa, kenapa polis nak kacau dia?
Tapi dibawahnya ada enjin berkuasa tinggi,
suspensi yang diperkuat, dan ruang khas
untuk menyembunyikan arak.
Sebenarnya kereta ini pernah digunakan untuk menyeludup.
Ia menyeludup arak ke seluruh negara,
kemudian ia menyertai NASCAR, ini kereta yang sebenar!
Tahun demi tahun berlalu, sukan ini semakin membesar.
"Dalam saat kritikal, masalah mungkin boleh berjangkit"
Tapi semangat menentang undang-undang masih ada.
Contohnya di awal 50an, sangkar keselamatan diwajibkan
dalam perlumbaan NASCAR, tapi pelumba rasa,
ia cuma membuat kereta jadi berat,
jadi mereka pasang benda yang kelihatan macam sangkar keselamatan,
yang dibuat daripada kayu.
Satu lagi sebab saya suka sukan ini,
selain sikap memberontaknya,
berbanding kereta F1 yang canggih,
kereta NASCAR adalah ringkas.
Seperti yang dijelaskan pada saya dihari perlumbaan di litar Texas Speedway.
Ia menghasilkan 800 kuasa kuda?
Hampir 900.
900 kuasa kuda.
Dan tiada komponen elektronik?
Tiada, ia menggunakan karburetor.
NASCAR mahu pelumba bergantung pada kebolehan diri,
jadi bagi saya, bila tiada data,
saya terpaksa jelaskan apa yang saya rasa didalam kereta.
Jelaskan mengenai spring, penyerap hentakan dan sebagainya.
Jadi ia tidak dimuat turun ke komputer?
Meter bahan api pun kami tak ada.
Dan benda ini pula...?
Ia untuk menghasilkan hadangan semasa kereta berpusing...
Ia tak boleh menghalang kereta dari bergolek!
Ujian terowong angin menunjukkan ia berhasil.
Yang paling berguna adalah ini.
Ia terbuka.
Bila wujud tekanan rendah di atas, ia terbuka,
dan membantu menghentikan kereta.
Disini juga ada.
Itu benda canggih, ia macam salur udara Land Rover.
Tapi bukanlah canggih sangat.
Kalau anda penyokong kuat Formula 1,
Saya rasa saya tahu apa anda akan kata...
bila anda ada disini.
Ini semua nampak mudah saja.
Tekan minyak dan teruskan belok ke kiri,
itu saja, mudah.
Kalau dalam Formula 1, kita perlu hafal selekoh dan banyak perkara.
Ia sukar.
Jadi, adakah pemandu NASCAR,
yang mampu mendapat sehingga 15 juta pound setahun
lebih bersenang lenang berbanding pemandu F1?
Mari kita tanya orang yang pernah berlumba dalam kedua-duanya.
Dari segi pemanduan? Kereta F1 memang terbaik,
tapi kereta NASCAR lebih sukar dijangka.
Ia sering tergelincir,
ia tiada brek.
Langsung tak boleh brek,
kereta itu terlalu berat,
tapi breknya terlalu kecil.
Bagi saya, litar bulat lebih mencabar,
sebab selekohnya bermula di sana,
dan berakhir disebelah sana.
Dan kereta sering bergerak?
Kereta bergerak sepanjang masa, tak pernah duduk diam.
Kemudian, bila kereta di sekeliling anda, ada pergolakan angin.
Kalau ia disebelah anda, anda akan tertarik dan tertolak,
kalau ia di depan anda,
anda akan kehilangan cengkaman.
Ketika itulah nilai hiburan sukan ini melonjak,
sebab anda memandu pada kelajuan 190bsj,
begitu banyak kereta yang hanya beberapa inci antara satu sama lain,
dan kemudian memasuki selekoh.
Kalau dalam F1, anda duduk tunggu... kereta lalu, "meooooo."
Anda tunggu sekali lagi.
Menanti sama ada kedudukan berubah.
Tapi biasanya kedudukan tak berubah.
Malah mereka beri anugerah kepada orang yang banyak memotong,
sebab begitu sukar untuk memotong.
Banyak pemanduan rapat dalam kereta yang sukar dipandu,
ini bermakna, banyak berlaku kejadian seperti ini.
Ia sejenis sukan yang banyak persentuhan.
Kebanyakan sentuhan berlaku disebabkan perasaan marah,
sebab orang di depan tak bagi anda memotong.
Mana boleh langgar orang sebab tak dapat memotong!
Kalau anda ada bampar, anda boleh langgar!
Dan ketika hendak selesaikan perbalahan,
pemandu NASCAR tidak perlu minta pendapat penganjur.
Adakah mereka akan berlawan?
Harvick benar-benar marah pada Montoya.
Pergaduhan dah tercetus?
Itu dia.
Dia dah perlahankan kereta, dan akan mengadakan perbincangan.
Ini merupakan bonus kepada peminat setia sukan ini,
yang terdiri daripada orang-orang biasa.
Yeah! Yeah!
Pada hujung minggu perlumbaan, diet utama mereka adalah beer dan daging merah.
Apa akan jadi kalau anda makan salad.
- Makan salad?
Dan mereka dapat lebih banyak akses berbanding peminat F1.
Ini adalah peminat yang dibawa mengelilingi litar!
Peminat-peminat ini beratur,
dan membayar untuk mengelilingi litar bersama pemandu professional,
atau mana-mana pemandu yang ada.
Kalau ini boleh terjadi dalam F1, esok saya akan pergi menonton F1.
Mereka memandu dalam satu kumpulan, bukan sendirian.
Tengoklah, mereka adalah penonton, sesiapa saja boleh.
Saya tak fikir saya ada peluang untuk memandu di litar,
tapi kemudian saya disuruh melapor diri untuk taklimat pemandu,
dimana saya mendapat kejutan.
Dari angkatan tentera udara Amerika,
jeneral 4 bintang, Jeneral Mark A
Wells III dan isterinya Betty Welsh.
Dari Top Gear UK, pemandu kereta permulaan,
dari Birmingham England,
Richard Hammond.
Masa untuk perlumbaan.
Setelah lagu negara berakhir,
orang jet telah mendarat...
dan pesawat pengebom B52 melintas.
Masa untuk saya mengetuai 43 buah kereta untuk mengelilingi litar.
Mereka di belakang,
banyak sekali.
Jangan buat silap, Hammond, jangan buat malu.
Di belakang saya, ada 39,000 kuasa kuda tak sabar untuk berlepas.
Saya tak berani pandang belakang, ia macam dikejar harimau.
Woah-ho-ho! Oh, sabar.
Laluan dah bebas.
Bendera Hijau.
Kita yang memulakan perlumbaan ini!
Dan tugas saya masih belum tamat,
sebab saya akan membantu salah satu dari pasukan ini,
mereka telah berikan satu tugas penting buat saya.
Ya, saya dari pasukan perlumbaan.
Tolong berikan laluan.
Tapi saya akui ada satu masalah dalam perlumbaan NASCAR
iaitu pusingannya yang sebanyak 500 pusingan,
jadi pada waktu ini cuma satu perkara kita boleh buat...
"Kita perlukan montaj"
"Oh, perlukan montaj"
"Menunjukkan banyak kejadian dalam masa yang singkat"
"Memberitahu orang apa yang sedang berlangsung"
"Itulah yang dipanggil montaj"
"Oh, kita mahukan montaj"
"Sentiasa ada gerak perlahan dalam montaj"
Selepas 530 pusingan kemudian, pemenang pun muncul.
Tiga jam 20 minit telah berlalu,
disana ada seorang pemenang,
dia sedang menembak pistol ke udara,
memakai topi mahal.
Dia sangat gembira.
Perlumbaan akan berpindah ke tempat seterusnya, dan ini akan berulang sekali lagi,
dan saya rasa inilah buktinya,
F1 adalah membosankan, ia patut belajar daripada ini.
Keesokan paginya, di litar Texas Speedway yang kini kosong,
ada satu lagi habuan untuk saya.
Ini. Dan juga tunjuk ajar dari orang terkenal dalam NASCAR, Kyle Petty.
Ia tak seperti kereta lain yang pernah saya pandu,
ia tidak mahu berjalan lurus.
Ia asyik membelok ke kiri,
ia tak mahu berjalan lurus.
Sentuh rumput, kau kena sentuh rumput,
macam potong rumput.
Tekan minyak.
Ya, tekan sampai habis.
- Saya sungguh takut!
Tekan minyak, tekan minyak, tekan minyak, tekan minyak.
Oh, tuhan!
Rapatkan pada dinding.
- Saya memang dah rapat!
Akhirnya, Kyle biarkan saya memandu seorang diri.
Biarkan ia mencari cengkaman.
Jangan cuba melawan sangat.
Ini bukan sekadar litar bulat, ia rumit, ia tiga dimensi,
dan saya bergelut untuk mengawal naga yang buas.
Saya akan keluar dari selekoh... menuju ke jalan lurus,
ini dia, tekan minyak sampai habis! Haha!
Oh tuhan!
Saya rasa macam meletup!
Dari mana ia mendapat cengkaman?
Paru-paru saya beralih ke tepi.
Dan kemudian, untuk memburukkan keadaan...
Oh, tidak, itu mimpi ngeri saya.
Saya tak perlukannya!
Arghh!
Menakjubkan! Hebat!
Saya menyukainya. Ia...
Ia sangat hebat.
Baiklah, OK, mari kita selesaikan.
Ayuhlah En. Peminat F1, saya sedia untuk mendengar kritikan anda.
Saya setuju dengan awak.
- Eh?
- Saya setuju dengan awak.
Orang Amerika memang tak pandai dalam sesetengah perkara, mereka tak boleh sebut aluminium,
dan mereka tak dapat menang perang tanpa bantuan kita,
tapi mereka pandai jadikan sukan yang bosan
menjadi menarik.
Sebagai contoh, baseball.
Disini cuma budak-budak yang main,
di sana ada Babe Ruth, peminat fanatik.
Disini ada bola jaring yang dimainkan oleh budak perempuan,
disana pula ada NBA yang tinggi macam galah.
Mereka memang mudah rasa terhibur.
Sangat mudah terhibur,
sebab itu mereka boleh jadikan NASCAR menarik.
Ia cuma orang yang memandu dalam bulatan. Kemudian ada orang kata,
"Baiklah, saya sanggup bayar untuk menontonnya"
250,000 orang datang untuk menontonnya.
- Sebab ia sukan yang bagus.
Memanglah kamu kata begitu, sebab kamu orang Amerika.
Tak, saya bukan orang Amerika.
Kamu ada topi dan kasut koboi, ada Harley-Davidson, kereta Mustang,
suka minum beer dan kamu suka letak keju dalam semua jenis makanan.
Saya bukan orang Amerika.
Kamu hidup macam orang Amerika.
Kalau rancangan TV di Amerika menyiarkan orang gemuk yang terjatuh...
"Oh baiklah, kami ingin menontonnya!"
Kemudian berjuta orang akan menontonnya.
Saya bukan orang Amerika.
Hammond, saya harap orang Amerika dapat ubah sukan F1 pula,
pasti mereka akan kata,
"Kita sembur air kepada pelumba secara tiba-tiba sewaktu perlumbaan"
Tak perlu ada badan penyiasat,
Dan tak perlu ada penalti 10 saat.
Kalau Hamilton dan *** nak berbalah,
suruh saja mereka bertinju atas podium selepas perlumbaan
Saya mahu menontonnya,
anda mahu tak?
Saya pun mahu.
Kita kena bacakan berita.
Kita mulakan dengan Institut Memandu Advanced Motorists,
institut yang...
Oh, ya, yang itu.
Merekalah yang kata...
Mereka kata tangan tak boleh bersilang semasa memegang stereng.
Anda kena tolak tarik, macam ni.
Jangan guna sebelah tangan, nanti mereka marah.
Mereka suka yang macam ni.
Ada sesiapa disini dari Institut Memandu Advanced Motorists?
Macamlah ada orang nak mengaku.
Anda! Anda dari institut itu?
Jadi, anda buat begini.
Anda datang ke sini dengan cara begini atau ...?
Anda tumpang orang?
Oh, jadi seronoklah anda.
Institut Memandu Advanced Motorists... telah melancarkan benda baru dipanggil,
Pandu Dan Selamat.
Kenapa bukan Pandu Dan Mati?
Mana boleh buat begitu.
Pandu dan Hidup, OK?
Apa yang mereka buat adalah begini,
setiap minggu mereka berikan tip permotoran.
Jadi tip minggu ni adalah mengenai parking.
Saya akan baca beberapa tip dari mereka.
"Parking di kiri jalan, jika boleh,
"dan sentiasa pada waktu malam."
Eh? Habis macam mana pada waktu tengah hari?
Saya dah parking pagi tadi.
-Ya ke?
Ya.
-Bodoh betul kamu.
Sentiasa parking waktu malam.
Satu lagi tip.
Yang ini saya betul-betul tak faham.
"Bila parking, buka tingkap di kawasan parking,"
"dan matikan radio.
Biasanya anda boleh dengar sesuatu,"
"sebelum nampak benda itu."
Macam tiang lampu ke?
- Tiang lampu menghasilkan bunyi lembut bila dilanggar.
Ya ke?
Saya pernah dengar bunyi mencirit, kemudian bunyi pop,
tapi itu bunyi kucing jiran saya!
Boleh kita teruskan?
- Ya.
Saya ada berita, kereta Dodge Viper yang baru sudah diumumkan,
dan nampaknya mereka akan gunakan teknologi Fiat...
Maknanya ia kereta baru yang tak boleh diharapkan.
Takkanlah kot.
Saya rasa Dodge belum siap
membuat rupa luarannya,
sebab ini saja gambar yang mereka hantar.
Tak banyak yang kita boleh lihat, kan?
Gambarnya tak banyak bercerita. Mungkin ia malu?
Hey, mesti awak pernah jumpa orang yang ada
ketumbuhan di muka mereka, dan ia lebih besar dari muka mereka.
Pernah jumpa tak?
Bukan saya... maksud saya ketumbuhan yang hodoh.
Ini hanya muka saya, maksud saya ketumbuhan.
- Itu muka awak?
Saya sebut pasal ni sebab ada syarikat di Jepun
yang menggunakan ketumbuhan ini
sebagai inspirasi untuk rekaan Prius van berkhelah.
Ini dia.
- Oh, tuhan!
Itu kereta gajah.
MENGAJUK: Gembira jumpa awak.
Saya harap tiada orang langgar kereta saya. Ia adalah raksasa.
Ada dua tempat tidur dalam ketumbuhan tu.
Kalau anda nak bercakap pasal kereta ini,
anda kena pandang ke tempat lain.
Saya ada berita dari Renault,
mereka ada kereta baru, ini gambarnya,
Ia dipanggil Influenza. Kan?
- Namanya bukan Influenza.
Bunyinya lebih kurang macam itulah.
Ia kereta elektrik, seperti yang anda lihat, ia sedang dicas.
Saya terfikir, dimasa depan bila semua kereta menggunakan elektrik,
semua tempat ada tempat mengecas,
pasti ada budak nakal yang pergi cabut pengecas.
Kalau saya budak kecil saya pun pasti buat.
Budak kecil saja ke? Orang tua tak buat ke?
Batul juga.
Anda pun pasti buat juga, kan?
Bila nampak orang parking, kamu pasti buat.
Mana ada, kenapa saya nak buat begitu?
Ingat tak Fiat Panda lama,
yang berbentuk kotak,
kalau saya berjalan rakan-rakan dan terjumpa kereta tu,
kami akan angkat kereta tu dan pusingkannya.
Senang saja...
Tuan kereta tu akan hairan,
macam mana ia berpusing?
Samalah macam...
mengunci basikal orang lain dengan kunci kita sendiri.
Teruknya perangai awak!
Hammond, kamu pun pasti pernah buat, kan?
Baling bata pada tingkap kedai, bakar kedai.
Kita beli kunci basikal murah banyak-banyak.
Yang jenis pakai nombor... Kemudian pergi kunci basikal orang.
Kenapa buat begitu?
- Sebab ia lucu!
Bila kamu buat,
saya pernah buat dengan Robert
Cook di stesen York, tahun 1978,
kalau basikal anda yang kena,
itu adalah perbuatan kami.
Anda kunci, pergi sembunyi,
Tunggu orang datang.
Mereka keluarkan basikal mereka,
"Ya, basikal saya okay,"
mereka pun jalan,
Orang sedang menonton,
mereka dapat idea...
Jangan ikut, budak 10 tahun dan 52 tahun, kami tak galakkan.
Budak 52 tahun.
Atau mencabut pengecas kereta orang.
Sebab bila tuannya datang dan keretanya tak boleh bergerak, ia tidak lucu.
Ia lucu.
Kami tak kata anda patut buat begitu.
Anda tak patut buat.
Kami cuma kata ia boleh dilakukan.
Minggu lepas kami mendedahkan kenyataan polis
bahawa memandu dibawah pengaruh ubat batuk
sama seperti memandu dibawah pengaruh kokain.
Saya memandu ke sini,
sebab saya batuk...,
Saya memandu ke sini pagi tadi setelah makan ubat batuk,
dan tiba dengan selamat.
Adakah ia buat anda membosankan,
dan terlebih yakin pada diri?
Tak, itu memang perangai normal saya.
Saya cuma nak cakap, ubat batuk dan memandu adalah OK.
Bercakap pasal memandu,
minggu lepas, kamu setuju,
dan mencabar James untuk memandu di litar,
kamu akan menjahit butang sambil memandu,
dia pula memandu dalam beg tidur.
Dan kamu memandu sambil melancap.
Itulah peraturan yang dipersetujui.
Saya lupa bawa beg tidur.
- Saya dah berlatih sepanjang minggu.
Saya janji kami akan buat beg tidur, jahit butang,
dan perlumbaan Hammond kemudian nanti.
Beralih kepada Mercedes SLS,
James dan Richard akan berkata ia terlalu besar dan bodoh.
- Memanglah.
Jeremy: Tak, bukan.
Ia kereta yang hebat, dan setahu saya,
ia cuma ada satu masalah...
pintunya.
Dua masalah! Sebab ia ada dua pintu.
Terima kasih, Hammond.
Mungkin anda rasa, semasa memandunya,
orang akan kata ia macam
model 300 SL dari tahun 1954,
tapi saya tak rasa ia begitu.
Apa yang orang akan kata semasa anda keluar dari kereta ni adalah,
"Suka menunjuk-nunjuk,"
dan ada satu masalah lagi
kalau kereta ni terbalik,
macam mana nak buka pintunya?
Anda terperangkap, dibasahi petrol, terbakar, menjerit.
Untuk menghalang perkara begitu,
Mercedes dah pasangkan engsel
dengan bahan letupan yang akan meletup
jika kereta ini terbalik.
Jadi pintu ini sebenarnya adalah sebuah bom yang berat dan memalukan.
Sekarang sudah ada penyelesaian.
SLS Roadster, yang memberikan keseronokan kereta coupe,
tanpa membuat anda rasa malu,
setiap kali anda membuka pintunya.
Inilah kereta sempurna bagi saya.
Tapi sukar untuk jelaskan kenapa.
Pertama sekali, harganya tiada perbezaan, 200,000 pound.
Jadi ia dalam kategori sama dengan Rolls-Royce.
Kalau anda beli Rolls-Royce anda akan dapat lebih...
kereta.
Tapi memanglah dengan ini, anda dapat jackhammer yang menakjubkan
bunyi hebat dari AMG.
Tapi kalau anda mahu bunyi, kenapa tak beli C-Class yang lebih murah?
Kereta 4 pintu menghasilkan bunyi yang sama.
Pada harga suku dari harga asal.
Mungkin anda akan kata "Saya suka terdedah kepada alam."
Saya faham, tapi saya nak beritahu satu rahsia,
sebaik anda mencapai 70 batu sejam dalam kereta begini,
apa yang anda akan rasa hanyalah angin meniup rambut anda,
langsung tak ingat pasal kereta, angin mengganggu.
Jadi rasanya sama saja
sama ada anda memandu ini,
atau ini, atau ini.
Biar saya berikan perumpamaan...
anda diserang oleh singa,
tak kisahlah anda dalam banglo atau dalam istana.
Perkara utamanya adalah anda diserang singa.
Tapi anda mungkin akan kata,
"Tapi saya mahu kereta sport V8 dengan pacuan belakang."
Habis kenapa tak pilih kereta ini?
Jaguar XKR V8 dengan pacuan belakang.
Ia sangat sama dengan Mercedes itu, kecuali rupanya,
rupanya lebih baik, dan pada harga separuh saja.
Mungkin anda akan rasa SLS lebih teknikal,
lebih jitu, dan ia memang betul.
Enjin-nya adalah satu karya agung.
Kotak gear dengan 7 kelajuan
dipasang di belakang untuk pengagihan berat yang seimbang.
Ia ringan. Drive shaft-nya dibuat dari gentian karbon
dan hanya seberat 4 kilogram.
Dan beberapa perubahan mereka buat
kepada saspensi kereta ini begitu berjaya
sehingga mereka buat kepada model berbumbung juga.
Tapi jangan pula anda fikir
kereta ini sesuai digunakan untuk litar lumba...
sebab ia tidak sesuai. Argh!
Woah! Alamak!
Ia tidak mencengkam, membelok, berhenti,
atau apa saja sebaik Ferrari.
Atau sebaik Aston Martin DBS, atau pun BMW.
Atau BMW M3.
Kereta ini sebenarnya macam kereta muscle lama Amerika.
Sebuah Dodge Charger dengan lambang bintang 3 bucu.
Hampir boleh dipanggil "kasar".
Jadi ada banyak sebab untuk anda tidak membeli SLS,
tapi ada satu sebab kenapa anda patut membelinya,
sebab ia menakjubkan.
Kereta zaman sekarang begitu selamat dan lancar,
dan ia dibina dalam kilang besar,
dan mesra alam.
Tapi kereta ini tidak begitu.
Ia adalah benda besar yang bising,
dan tidak menghormati alam.
Menggunakan konsep yang bahaya,
dan saya menyukainya.
Saya juga suka bonet-nya yang panjang .
dan 571 kuasa kuda yang ada dibawahnya.
Saya juga suka kelajuan bumbung-nya.
Ia dapat buka tutup dengan cepat. Saya suka pintunya.
Saya suka pengelap cermin-nya.
Saya suka penutup injap angin tayarnya.
Saya suka orang yang membuatnya, saya suka Jerman.
Saya mahu berpindah ke sana, dan bersarapan dengan daging sejuk,
sambil memakai seluar pendek.
Saya juga suka pemanduannya yang rasa macam Mercedes,
kecuali benda ni.
dan ini, dan ini, dan ini.
Selain dari butang-butang ini,
yang lain semuanya normal.
Langung tak rasa macam memandu kereta pemusnah dunia.
Banyak kereta dipasaran sekarang
untuk orang yang mahukan kereta normal.
SLS pula untuk orang yang mahukan sebaliknya.
Saya sukakannya...
- Kamu memang sukakannya, kan?
Ia adalah kereta yang sempurna.
Sekarang baru saya faham kenapa kamu sukakannya.
Bila difikirkan... Ia bising, gaya lama, tak masuk akal,
ada lubang di atas,
ia adalah diri kamu.
Itulah dia.
- Ya, memang.
Dan sekarang kita perlu ketahui kelajuannya di litar kita,
ini bermakna kita perlu serahkannya pada pelumba jinak kita.
Ada orang kata dia satu-satunya
orang di Britain
yang tahu maksud sebenar B&Q.
Dan dia tak boleh pulangkan bonus sejuta Pound miliknya
sebab dia dah belanjakannya...
untuk membuat implan buah dada Perancis.
Apa yang kami tahu... dia dipanggil The Stig.
Dia berlepas. Dengan baik di hari yang kering ini.
Itu adalah bunyi semulajadi enjin.
Bukan injap ekzos seperti model SLS.
Selekoh pertama.
Sedikit tergelincir, tapi dia lepas!
MUZIK: Tema dari "The Archers"
Saya patut jelaskan,
Stig telah menjadi peminat Archers sejak akhir-akhir ini.
Dia bergerak dengan kemas dari selekoh Chicago ke Hammerhead.
Ini adalah kereta yang memerlukan pemanduan tepat.
Kalau anda berkasar dengan stereng, minyak atau brek
ia akan mengasari anda.
Tengok tu. Cantik.
Menaikkan gear di jalan lurus,
menggunakan pedal gear di stereng.
Tidak bagus di bandar, tapi sesuai di atas litar.
OK, dia melepasi tayar.
Model Roadster 40 kilo lebih berat dari model Coupe, adakah ia lebih perlahan?
Kita takkan tahu, sebab model Coupe tak pernah diuji disini.
Melepasi selekoh Gambon dan garisan penamat!
Catatan masanya...
Catatan masanya...
Tak. Atas lagi.
1.19.6, jadi disini,
antara Lamborghini Gallardo
dan Ferrari Scuderia.
Boleh tahan, tapi bukanlah juara, kan?
Ia macam...
Robert Downey Jnr.
Tak pernah menang Oscar,
tapi masih hebat.
Saya tak faham maksudnya.
Teruskan berfikir,
sebab sekarang masa untuk Bintang Dalam Kereta Harga Berpatutan.
Adakah dia Robert Downey Junior?
- Tak. Tapi dia orang Amerika macam kamu.
Saya bukan orang Amerika.
Hadirin sekalian, mempersilakan...
Matt Le Blanc!
Silakan duduk. Dia disini!
Sambuta yang hangat.
Pertama sekali,
tahniah atas kemenangan di Golden Globe.
Minggu lepas, kan?
Minggu lepas atau sebelumnya,
entahlah, saya banyak terbang...
saya datang ke sini selepas Krismas...
Lebih mudah untuk menang atau kalah?
Dari segi mengawal muka?
Kalau menang kena buat muka bangga, tapi tidak angkuh,
jadi ia sukar untuk dibuat.
Saya banyak berlatih buat muka kalah.
Muka kalah?
- Ya.
Kamera merakam anda
orang yang menang sedang memberi ucapan
kamera masih merakam anda... jadi anda...
Dia patut menang, ya
Minggu lepas kami kalah kepada program
yang dipanggil 'This Morning'.
Anda tahu?
- Tak.
Ia adalah program...
Fix! Fix!
Bukan, ia adalah program dimana lelaki memasukkan jarinya dalam lelaki lain.
Betul ni! Akibatnya kami telah kalah.
Penonton lebih menyukainya.
Jadi tahniah, This Morning.
Anda menang Golden Globe bagi siri TV 'Episodes'.
Tak tahu kalau orang lain ada menontonnya.
Saya rasa ia hebat.
Terima kasih.
- Anda dah buat siri ke-2,
sebab itu anda di Britain.
- Rakaman tamat beberapa hari lalu.
Ceritakan plotnya.
Bagi orang yang belum menontonnya.
OK, ia tentang rancangan TV fiksyen yang dibuat di UK
yang dibeli oleh rangkaian TV Amerika untuk dibuat semula di Amerika.
Mereka janji macam-macam,
yang mereka mungkiri, termasuklah untuk mengekalkan
pelakon utama iaitu Richard Griffiths, mereka cakap
"Tak boleh upah dia, kita kena upah Matt Le Blanc."
Jadi saya melakonkan watak saya sendiri,
yang berlainan.
'Episodes' belum menjadi siri popular lagi.
Anda lebih dikenali dalam...
biar saya tunjukkan watak terbaik anda. Ini dia.
Ini Bob Seger.
Night Moves.
Video ini dirakam pada 1994,
tengok betul-betul,
ini *** dan... whoa!
Tunggu sekejap! Siapa tu?!
Itu tahun 94. 'Friends' sudah bermula di tahun 94,
jadi anda membintangi video Bob Seger.
Kawan saya pengarah video tu jadi dia hubungi saya
dia kata, "Hei, saya buat video untuk Bob Seger."
"Kamu nak jadi hero?"
Saya jawab, "Ya, boleh"
Jadi saya pergi, duduk dalam treler untuk buat persiapan,
kami dekat teater pandu lalu,
dan ada orang ketuk pintu
dan kata, "Bob Seger jemput anda jumpa dia."
Jadi saya pergi jumpa dia
dan dia bercerita
ketika dia muda, pergi ke teater pandu lalu
dan mengurat perempuan,
dia keluarkan sebotol tequila.
Sedar-sedar saja, kami dah
habiskan sebotol tequila,
Bob Seger dan saya,
kemudian orang ketuk pintu,
"Sedia untuk rakaman!"
Jadi saya mabuk sepanjang rakaman.
Dan bukan itu saja.
Anda juga membintangi video Tom Petty.
Juga mabuk dalam video tu.
Hari ini mabuk juga?
- Hmm, ya.
- Sedikit.
Kereta. Saya tahu anda seorang kaki kereta,
Saya dapat menekanya,
sebab semasa menonton 'Episodes',
kami ada klip video yang memberi kami pentunjuk.
Tayangkan video tu.
Katakan ini bukan kereta anda!
- Kamu suka?
Oh!
Saya terbaca cuma ada 3 buah saja di dunia.
- Ya.
Saya, Sultan Brunei dan seorang raja dadah.
Oh, ia menakjubkan.
Nah.
Sebab itu saya tak popular. Betula ke ni?
- Pandulah!
Saya sungguh gembira.
Oh!
Oh!
Oh!
Jangan bunyi macam tu!
- Boleh saya pandu?
Alangkah bagus kalau saya pandai memandu.
Itu adalah Alfa 8C convertible.
Sangat jarang ditemui.
Anda memandu XK dalam siri pertama.
Ada cerita lucu tentang kereta tu,
semasa mereka setuju nak pinjamkan pada kami, ia belum dijual lagi.
Bila kami nak pakai kereta tu,
ia sudah dibeli,
jadi kereta tu dihantar lengkap dengan pasukan sekuriti.
Saya dapat memandunya lebih kurang 5 kaki.
- Ya ke?
Steve pandu lebih jauh dari saya.
Tahun ni Ron Dennis pinjamkan Mercedes SLR miliknya.
Bagaimana rasanya?
- Saya tak dapat pandu yang itu juga!
Anda saja yang berani bagi saya pandu kereta.
Sejarah kereta anda agak teruk, kan?
- Ya.
Anda ada Audi 5000,
yang kami panggil Audi 100.
Model itu ada masalah pecutan dengan tidak sengaja.
Kereta saya tak bermasalah,
tapi saya dengar tentang itu.
Kereta tu memang teruk.
Kemudian ada Fiat X1/9,
bagi saya ia macam kereta betina.
Ya, mungkin ia satu kesilapan
Saya beli di kedai terpakai.
Saya sedang memandu, dan terpandang, "Ooh!
"Nampak sesuai untuk membazirkan duit."
Anda pernah ada Porsche Turbo, kan?
Ya, saya ada model 996 turbo, tahun 2000.
Saya difahamkan, anda mengubahsuai kereta tu,
di Eropah, bila orang beli BMW atau Porsche
atau apa pun, ia tidak diubah,
di Amerika pula,
nampaknya ada satu budaya untuk membeli kereta, kemudian bawanya
ke kedai untuk orang lain mengubahsuainya.
Betul.
- Adakah anda rasa perlu lakukannya?
Bagi saya, orang yang tak tahu apa-apa pasal kereta
boleh pergi ke kedai dan beli kereta yang sama,
ia tidak betul.
Saya sukakan kereta, jadi saya nak laju sikit dari kereta lain.
Jadi apa anda buat pada kereta Turbo tu?
Kereta tu, saya pasang program komputer Gemballa
dan ekzos serta saspensi TechArt.
Kemudian saya buat sensor udara...
Ini mungkin membosankan orang.
Tak, dalam Top Gear, anda dibenarkan untuk sekali.
Rancangan 'Tonight Show' takkan
benarkan saya cakap begini.
Adakah anda jenis orang yang pergi memandu di litar?
Sekali sekala, kebiasaannya dengan motosikal.
Saya tahu anda tak suka motosikal.
- Tak, anda boleh cakap.
Anda diberi masa 3 saat.
Masa dah tamat.
Jadi anda dah memandu di Laguna Seca,
iaitu litar paling hampir dengan anda, kan?
Ya, Willow Springs mungkin lebih dekat,
tapi Laguna Seca lebih cantik dan lengkap.
Selekoh menjunam disana.
Selekoh tu, saya dapati adalah mustahil
untuk lalui tanpa terbabas.
Saya rasa ia menjunam setinggi 6 tingkat.
Saya rasa ia tak seronok.
Litar kami lebih mudah.
Saya tahu anda serius bila datang ke sini,
sebab anda bertanya pada orang kami tentang Kia
dan sangkar keselamatan, anda kata,
"Ah, itu membuat ia lebih teguh."
Kami tak pernah ada tetamu yang
begitu bersungguh-sungguh.
Itu mungkin Kia yang memiliki kawalan paling baik.
Siapa nak lihat pusingan Matt?
Saya juga!
Mari saksikan.
Jangan banyak membrek, itu saja.
Tak, anda perlu brek disitu.
Anda selesa bila gear di kiri anda?
Ada tersilap tukar gear beberapa kali, tapi...
Selekoh tu nampak kemas.
Masih kemas disitu.
Semakin kelihatan perlahan,
biasanya ia makin laju.
Dan itu kelihatan amat bosan.
Hammerhead.
Tayar depan hampir terangkat.
Kemas semasa keluar selekoh.
Nampaknya anda turut rasa bosan.
Tekan minyak sampai habis disitu.
Anda langsung tidak cemas.
Anda akan potong selekoh ini.
Ya... memang. Gambon pula...
Oh, ya, potong juga.
Itu dia, melintasi garisan.
Dimana anda rasa?
- Um...
Harap-harap di sebelah atas.
Biasanya kalau ia kelihatan membosankan,
biasanya ia agak laju.
Sekarang Rowan Atkinson mendahului dengan 1.42.2.
Itu laju.
- Ya, 1.42.2 sangat laju.
Di pertengahan, Bob Geldof dengan 1.48.1.
Masa anda, Matt Le Blanc,
1 minit...
empat puluh...
dua...
satu.
Yang paling laju!
Yang paling laju!
- Boleh tahan.
Saya dah agak tadi...
Betul ke ni?
Masa anda adalah 1.42.2, sama dengan Rowan,
yang pastinya sedang menggantung dirinya sekarang,
kemudian sewaktu pusingan akhir,
anda mencatat 1.42.1.
Jadi itulah dia,
tetamu paling laju.
Matt Le Blanc!
Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih.
Sekarang kita dalam kegawatan ekonomi,
tetapi, Rolls-Royce, Bentley dan
Aston Martin sedang mencatat
rekod jualan, dan semua ini kerana permintaan dari China.
Tapi orang kata dalam masa lima tahun,
China akan berhenti membeli kereta kita
dan kita akan membeli kereta mereka.
Malah kalau saya dapat 1 pound untuk setiap kali orang kata,
"Nanti kau akan pakai kereta China," sekarang saya dah mampu pakai kereta China.
Jadi Jeremy dan saya pergi ke
Beijing untuk menyiasat kebenarannya.
Sejak 50 tahun lepas,
cuma ada 2 jenis pengangkutan di negara China.
Kalau anda Pengerusi Mao, anda akan menaiki limosin berperisai dengan bendera merah.
Kalau anda bukan pengerusi Mao, anda akan menaiki ini.
Atau kalau anda bernasib baik,
anda akan naik ini.
Malah di awal 90an pun,
idea untuk memiliki
kereta sendiri dianggap tidak masuk akal.
sebab anda takkan mampu untuk memilikinya,
kalau anda mampu pun, anda tak dibenarkan memilikinya.
Tapi sekarang, keadaan dah berubah.
Pada tahun 1977, ada sejuta kereta di China.
Menjelang 2008, ada 51 juta.
Sekarang ada 85 juta kereta.
Dan setiap hari, jumlahnya bertambah sebanyak 38,000.
Di China, sebuah kereta dibeli setiap 2.3 saat.
Bagi memenuhi permintaan,
kilang kereta di China beroperasi dengan pantas.
Tahun lalu, gabungan pengeluaran kereta negara Eropah adalah 16.9 juta.
Negara China pula menghasilkan 1.3 juta lebih dari jumlah itu.
Bukan hanya syarikat China yang mendapat untung.
Audi menghasilkan versi kereta yang lebih panjang
khas untuk pasaran China,
sebab di China, ruang belakang lebih penting dari segalanya.
China adalah pengguna minyak kedua terbesar di dunia,
menggunakan lebih banyak dari gabungan penggunaan India dan Japan.
Menjelang 2025, keluasan rangkaian jalanraya China
mampu mengatasi keluasan pulau-pulau British...
Scotland, Highland...
sebanyak 20 kali.
Jadi dari mana ia bermula?
Antara kereta terawal dijual di China adalah ini.
Model CA6410UA.
Namun kita lebih mengenalinya sebagai Austin Maestro.
Sebenarnya bahagian belakangnya adalah Maestro,
bahagian depannya adalah Montego, dan enjinnya adalah Toyota.
Namun sejarah kereta ini lebih rumit.
Pada tahun 1998, sebuah syarikat tembakau China membeli peralatan
untuk membuat Maestro dan Montego.
Tapi untuk membuatnya,
mereka terpaksa beritahu pihak berkuasa bahawa mereka hendak membuat bas.
Kereta ini... atau patut saya kata kereta-kereta ini,
sebab ia gabungan 2 buah kereta...
ia kereta yang teruk semasa di Britain,
bayangkan bila ia dibuat menggunakan peralatan lusuh
oleh syarikat tembakau China.
Tak ada harapan!
Tak lama kemudian, beberapa orang pintar mula berfikir.
Buat apa dapatkan hak untuk kereta yang kita tak mahu
sedangkan kita boleh tiru kereta yang kita mahu?
Orang China amat mahir dalam hal-hal begini.
Saya sekarang sedang pakai Ray-Ban palsu
jaket Armani palsu,
beg Louis Vuitton palsu,
yang didalamnya ada iPad palsu
dan iPhone palsu.
Dan kalau tengok jam Omega palsu saya,
ia menunjukkan pukul 2.35. Agaknya.
Jadi inilah masanya untuk pergi ke Starbucks palsu disana
untuk menikmati secawan kopi palsu.
Nampaknya perkataan...
"pencabulan hak cipta"
tak memberi makna jelas dalam bahasa Mandarin.
Sebab itulah ia jadi begini.
Ia kelihatan seperti BMW X5,
tapi sebenarnya, ia peniruan ketara yang dipanggil
Shuanhuan S-CEO HBJ6474Y.
Juga ada ini, salinan Fiat Panda.
Dan ini, salinan Smart ForTwo.
Dan ini, salinan Daewoo Matiz.
Awak ada dengar mengenai motorsikal Lifan?
Lifan adalah syarikat yang membuat salinan motorsikal Honda,
supaya anda tak perasan, mereka ubah sedikit namanya.
Menjadi apa?
- Hongda. H-O-N-G-D-A.
Hongda? Kalau begitu, Mini ini dipanggil Minging?
Mungkin.
Inilah benda dengan rupa paling tragik. Sangat teruk.
Ia seolah-olah rupa Mini digambarkan melalui telefon.
Atau dihantar melalui faks yang kurang jelas.
"Dah siap, beginilah rupanya."
Ia sangat murah. Berapa harganya?
4,100 pound.
- Memang murah.
Tapi Toyota Aygo ini hanya 3,500 pound.
Itu bukan Aygo. Itu FO.
Itulah namanya FO.
Saya rasa ia satu mesej rahsia kepada Toyota
agar Toyota tidak menyaman peniru ini.
Mereka ini tak pernah disaman ke?
Ya. BMW pernah saman pembuat X5 palsu tapi kalah.
Betul ke?
- Ya. Kerajaan China kata,
"Tak, ia langsung tak nampak macam X5."
Pelik, saya rasa ia agak sama...
- Tak, ia tak sama.
Mungkin hanya perasaan saya kot.
- Ya, hanya perasaan awak.
Mudah untuk difahami kenapa mereka meniru,
sebab bila mereka buat sendiri,
hasilnya tak berapa elok.
Kekuda kaki tiga ini dipanggil XF15OZK-4,
dan kami dah tak sabar nak mencubanya.
Baiklah.
Oh, tuhan!
James!
Yang bagusnya, kami dah tahu dimana enjinnya,
maklumat ini amat berguna 20 saat kemudian.
Ayuhlah!
Dengan bantuan orang tempatan, kami meneruskan perjalanan kami.
Wau!
Oh, itu gear undur.
Itu gear neutral, lima, dua.
Gear satu, dah masuk.
Gear empat.
Pasti pelik kalau orang tengok dari luar.
Kau buat benda lucah.
Setelah memahami kotak gear,
tibalah masa untuk memerah kuasa
enjin satu silinder, 12 kuasa kudanya.
Pecutannya amat hebat!
Ia seperti alat keselamatan.
Kalau anda pecut terlalu cepat, kaki anda akan terangkat dari pedal minyak.
Bertahanlah!
Kereta ini dilancarkan pada tahun 2004.
Kalau saya suruh awak teka bila ia dibuat
tahun berapa awak akan jawab?
1957.
- Saya akan jawab, ia lebih tua dari saya.
Aduh! Aduh!
Kualiti yang teruk!
Uh!
Apa ciri positif-nya, James.
Pasti ada sesuatu yang positif.
Er... Ia membina karakter.
Saya rasa ia...
Alamak!
Saya rasa pandu uji kita dah tamat.
Jadi kita beralih kepada kereta China yang moden.
Ini adalah JACJ7.
Pada persidangan pemerolehan kerajaan China yang ke 6,
ia memenangi anugerah pilihan utama kerajaan dalam kelas pertengahan
Dan ada juga Haval M2 yang mana ia adalah...
kami pun tak tahu apa ia.
Boleh saya baca lembaran iklannya?
- Silakan.
Dari segi gaya M2.
Saya akan baca secara ringkas.
"Badan pada sisi singa ini adalah lurus
dengan ciri kelakian yang cukup."
Pendapat jujur kami, M2 dan J7 ini taklah bagus sangat.
Jadi, wujudkah kereta China yang bagus?
Ini adalah Guangzhou Trumpchi.
Dan ia bukan dibuat dari kerajang timah
atau dari komponen kereta lama.
Dibahagian dalamnya, ia adalah Alfa Romeo 166.
Ini mungkin menjadi.
Tapi saya rasa, Roewe 350 ini akan lebih menjadi.
Roewe 350 ini amat penting,
sebab ia akan menjadi kereta MG di Britain, iaitu MG 5.
Ia akan berubah sedikit.
Enjinnya akan ditukar,
untuk mematuhi peraturan alam sekitar.
Tapi apa yang saya pandu ini adalah
kereta yang anda boleh beli di Britain tak lama lagi.
Secara ringkasnya, kereta ini adalah Alfa Romeo dan MG.
Dan nama-nama itu melambangkan prestasi,
sebab itulah kami datang ke litar ini.
Apa kita mahu lihat adalah, kereta mana dapat mencatatkan
masa terpantas.
Bukan kami yang akan memandu.
Kami akan guna pelumba kami yang jinak.
Ada orang kata dia adalah Stig, tapi dia bukan.
Dia adalah sepupu Stig dari China.
Saya patut beritahu, memandu adalah hobi kedua beliau.
Apa hobi utamanya?
- Menyerang orang. Dan dia selalu buat begitu.
Dia masih tak berhenti.
- Kenapa awak buat begini?
Kenapa awak tak pergi memandu?
Pergi memandu. Masuk dalam kereta!
Berhenti menyerang kami!
Mari kita masuk dalam kereta.
Tidak, dia yang patut masuk dalam kereta.
Masuk dalam kereta.
Trumpchi. Trumpchi.
Masuk dalam kereta Trumpchi. Jangan!
Jangan, itu tuan pengarah.
Itu tuan pengarah!
Apa kata kalau saya hidupkan enjin, mungkin itu akan menjadi.
Mari, mari masuk.
Masuk. Oh, ya!
Itulah Stig paling teruk kami pernah ada.
Stig ini kurang agresif dalam menekan minyak, kan?
Tapi ia kereta yang cantik.
Ia memang cantik, saya mula menyukainya.
Bonet belakangnya macam Lancia Gamma.
- Ya.
Dan ia pakai enjin Alfa.
- Ya ke?
- Ya.
Tapi namanya Trumpchi.
Memang, tapi...
JAMES: Apakah kereta yang anda miliki sekarang, Jeremy?
Kereta saya... enjinnya adalah Alfa.
Ia bernama Trumpchi.
Stig penyerang dah kembali!
Dah melepasi garisan.
1:50.
Kita kena buat dia keluar dan masuk ke dalam kereta Roewe.
Bawa dia masuk ke dalam Roewe secepat mungkin.
Bawa dia masuk ke dalam Roewe!
Dia menyerang penjaga garisan.
Saya ingatkan dia bersikap perkauman,
dia tak suka orang asing.
Dia menuju ke arah kita.
- Catatan masa awak bagus. 1:50.
Akhirnya, Stig penyerang berjaya dipujuk masuk ke dalam Roewe.
Agak perlahan.
Berapa kuasa kudanya?
- 107.
Enjinnya 1.5, kan?
Kenapa kuasanya terlalu rendah?
- Saya tak tahu.
Walau pun saya tak minat kelajuan,
tapi saya rasa kuasanya tak cukup.
Ia dipanggil Roewe,
sebab...
Itu cara mereka menyebut "Rover".
Saya ingatkan mereka menyebut "Lover".
Masa terus berlalu, tapi kereta Roewe saya masih tidak kelihatan.
Mana dia pergi?
- Saya tak tahu.
Selepas kami leraikan pergaduhan itu...
Melepasi garisan!
Kami dapat catatan masa Roewe.
Kemenangan dengan beza masa 0.1 saat.
Kemenangan tak seberapa...
kami rasa kalau dibandingkan
kereta Eropah pasti 10 atau 15 saat lebih laju.
Bagaimana dengan ciri keselamatan?
Ujian pelanggaran China hampir sama dengan ujian seperti di Eropah.
Tapi kelajuan perlanggarannya adalah rendah sedikit.
Ada sebarang kecederaan?
- Tak.
- Tiada?
Sikit pun tidak. Bagaimana dengan kereta?
Tak rosak langsung.
Ya ke? Jadi dah lulus.
Dah sedia?
Setelah kami puas hati bahawa kereta ini
telah melepasi semua ujian perlanggaran,
kami rasa yakin untuk memandunya di jalanraya Beijing.
Ia mungkin tidak selesa,
atau laju atau selamat seperti kereta Eropah,
tapi ia memliki semua yang diinginkan oleh pemandu China.
Ada ruang luas di belakang, beberapa gajet,
hiasan kayu dan ketinggian mencukupi bagi orang setinggi 5 kaki.
Editor majalah kereta China beritahu saya pagi tadi
bahawa orang China suka peralatan dalam kereta, gajet.
Dan kereta ini mempunyai gajet yang bagus.
Ia ada navigasi satelit, kamera mengundur,
sistem audio, penyaman udara automatik,
kawalan audio pada stereng,
dashboard digital... agak bagus.
Saya langsung tak rasa kereta ni macam Alfa Romeo,
sebabnya kerana gear automatiknya,
saya rasa ia dibuat oleh orang bodoh.
Jelas sekali orang itu tidak faham
apa patut dilakukan oleh gear automatik.
Berhenti menukar gear! Hentikan!
Jeremy asyik mengadu pasal gear automatiknya,
dia patut cuba kereta ini.
Ia menggunakan gear automatik 3 kelajuan dengan fungsi overdrive.
Ia agak lancar,
tapi ia rekaan awal,
jadi ia terasa agak ketinggalan.
Untuk pengetahuan anda,
kedua-dua kereta ini,
berharga 12,000 pound.
Di China, sebuah kereta Audi A3 paling asas berharga 2 kali ganda harga itu.
Kalau anda setuju dengan harga itu
dan tak kisah dengan gear ini,
kereta ini boleh tahan juga.
Pemanduan yang selesa.
Pada kebanyakan masa. Er...
Kami sudah kehabisan idea untuk memperkatakan tentang kereta kami,
jadi kami adakan perbincangan.
James May, sanggupkah anda membeli Roewe 350 di Britain?
- Tidak.
Sanggupkah anda membeli Trumpchi?
Cuma kalau ia betul-betul murah.
Cuba kita renungkan.
Dalam masa 5 tahun, China
berubah dari membuat itu,
kepada membuat kereta ini.
Dengan perkembangan sepantas itu,
apa akan jadi pada 5 tahun akan datang?
Itulah persoalan pokok kita...
dalam masa 5 tahun,
semua orang akan memandu
kereta buatan China... ya, mungkin.
Habislah kita. Habislah.
- Sudah semestinya...
Di celah kelangkang.
Ya, anda sudah habis.
Kami akan mulakan dengan mengambil alih rancangan ini.
Minggu depan kami akan jelaskan kenapa
MG6 lebih bagus dari Ferrari 458.
=AiDiLSKR=