Tip:
Highlight text to annotate it
X
Tidak lama dulu, saya menanam ubi kentang.
Kemudian tiba-tiba ia mula mati satu demi satu.
Saya mencari dalam buku tapi ia tidak memberikan saya banyak maklumat.
Jadi, saya membuat carian.
Penyakit ubi kentang.
Saya mendapat tahu dari salah satu tapak web
yang semut mungkin penyebabnya.
Ia menyarankan supaya menabur abu kayu pada tumbuhan itu.
Kemudian selepas beberapa hari, semut itu hilang.
Saya teruja menggunakan Internet.
Seorang kawan saya,
dia memang ingin mengembangkan perniagaannya.
Jadi saya pergi bersamanya ke kafe siber
dan kami melayari beberapa tapak.
Semasa saya menemuinya kemudian, dia akan membina kincir angin
di sekolah tempatan.
Saya berasa bangga kerana
sesuatu yang sebelum ini tiada,
kini tiba-tiba sudah ada.
Saya menyedari bahawa bukan semua orang dapat mengakses
apa yang saya dapat akses.
Saya berfikir bahawa saya memerlukan Internet
yang Nenek saya boleh gunakan.
Jadi saya terfikir mengenai sebuah papan kenyataan.
Papan kenyataan kayu yang ringkas.
Apabila saya mendapat maklumat pada telefon saya,
saya dapat siarkan maklumat itu
pada papan kenyataan.
Jadi pada dasarnya ia seperti sebuah komputer.
Saya menggunakan Internet untuk membantu orang.
Saya rasa saya sedang mencari,
hidup yang lebih baik
untuk saya dan jiran saya.
Sungguh ramai orang mempunyai akses kepada maklumat,
tetapi tiada susulan untuk itu.
Saya rasa susulan terhadap maklumat tersebut adalah pengetahuan kita.
Apabila seseorang mempunyai pengetahuan,
mereka boleh mencari penyelesaian
tanpa perlu dibantu.
Maklumat amat berkuasa
tetapi cara kita menggunakannya yang membezakan kita.