Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pada saya nampaknya tidak dapat dielakkan lagi yang tentera Rusia akan bergerak
ke Ukraine Timur. Mereka akan dihasut untuk melakukan perkara itu.
Saya juga nak tahu jika kemudian Israel akan menyerang Syria pada masa yang sama.
Adakah saya telah membuat satu pentafsiran yang rasional mengenai perkara itu?
Keadaan sekarang tidak jelas untuk membuat analisis politik kerana tiada sesiapa yang benar-benar
tahu, kejadian apakah yang akan tercetus nanti.
Apa yang nyata sekarang ialah Rusia sedang beroperasi berdasarkan polisi yang
matang dan bijak.
Mereka tidak melatah. Tidak!
Mereka mengambil masa mereka dan bila mereka bertindak, mereka bertindak dengan
lancar dan yakin.
Mereka juga melakukan perkara yang sama di Georgia pada tahun 2008.
Dan telah memberikan tamparan kepada Zionis yang masih terasa menyengat hinggalah
ke hari ini.
Mereka bertindak dengan diplomasi yang bijak sekali semasa di Crimea dan memberikan
kekalahan yang nyata kepada Zionis yang pertama sejak ianya ditubuhkan.
Mereka tidak mahu mendengar perkataan ini dari saya tetapi ini adalah suara
dari Esketologi Islam.
Jadi Rusia dalam perjalanan untuk memberikan mereka satu pengajaran yang bijak
di Ukraine.
Tapi saya rasa Rusia dah menanti masa kerajaan Ukraine membunuh lebih ramai
rakyatnya menggunakan tentera bersenjata mereka sendiri.
Bila mereka merasa telah melakukan pembantaian yang cukup dan Rusia dah selesai
memberikan amaran kepada mereka, dan didepan mata seluruh dunia, kamu mempunyai
alasan moral yang cukup untuk memberikan respon dengan tegas.
Kemudian setelah itu saya rasa Rusia akan menujukkan ketegasannya.
Dan Rusia akan menunjukkan kekuasaannya dengan garang dan Rusia akan mendapat
bantuan dari Tuhan.
Pada saya, nampaknya beberapa berita palsu dan sengaja diada2kan untuk mempengaruhi
pendapat orang awam.
Adakah pendapat orang awam penting? Itulah seoalan yang saya nak tujukan pada kamu.
Dan nampaknya mereka juga bertindak semberono tanpa menghiraukan pendapat orang awam
tapi kenapa mereka perlu bersusah payah untuk menipu orang awam sedangkan mereka
boleh melakukan apa sahaja sesuka hati mereka?
Ia adalah sebahagian daripada strategi dajjal untuk membasuh minda kamu semua.
Itulah yang dikatakan oleh Nabi saw kami.
Dia akan datang dan membawa sungai dan api. Tapi sungainya adalah api dan api
adalah sungai.
Jadi mereka ada phD dalam penipuan.
Mereka akan mencari jalan untuk membasuh minda kamu.
Mereka akan merosakkan keupayaan kamu untuk berfikir secara sempurna.
Dengan itu mereka akan membawa kamu menaiki 'keretapi' mereka dan menyokong mereka.
Itulah yang berlaku bila orang ramai kena mengundi semasa di Crimea.
50 orang lebih telah mengundi untuk tidak menyokong Rusia.
Jadi mereka amat mengambil berat akan pendapat orang awam.
Sebab itulah mereka mengawal siaran TV, surat khabar dan radio.
Media berita.
Mereka 'membeli' wartawan.
Tapi disebalik apa yang mereka lakukan juga perancangan mereka terhadap Crimea
sejak seratus tahun yang lepas tapi pada akhirnya, teka apa yang berlaku?
Mereka merancang tapi Allah juga merancang.
Dan 'Zulkarnain zaman moden' ini telah membantai mereka di Crimea.
Itulah yang akan belaku sekarang di Ukraine.