Tip:
Highlight text to annotate it
X
Perkara pertama yang saya lakukan apabila bangun pada waktu pagi...saya hidupkan komputer saya dan saya buka
Google. Ini halaman utama saya dan di sinilah saya bermula.
Saya taipkan ‘Weather’, ‘Cincinnati’ dan hasilnya dipaparkan serta-merta.
Perkara pertama saya lakukan ialah melihat pasukan 49ers. The Bears.
Pasukan Cowboys! Pasukan Saints.
Saya mengikuti persaingan presiden dan ‘Narrowing by Time’ memberikan saya berita terkini,
dengan cepat.
Saya cuma menaipkan tajuk filem dan poskod saya dan hasilnya akan dipaparkan. Nama panggung,
dengan masa tayangan. Sungguh cepat.
Fikiran saya, kadangkala masih berfungsi dalam Celsius. Perkara yang benar-benar membantu kami ialah
mempunyai fungsi penukaran.
Saya selalu menggunakan kalkulator. Saya sentiasa memberikan sebut harga.
Saya selalu mencari, contohnya, satu cawan bersamaan dengan berapa auns. Perkara-perkara seperti itulah.
Saya suka mencuba restoran baharu. Sungguh mudah untuk mencarinya di Google.
Kami menjumpai beberapa resipi yang menggunakan nanas. Maddy tidak suka kismis, jadi kami
tidak memilih resipi yang menggunakan kismis...jadi, hasilnya ialah makanan yang disukai kanak-kanak.
Saya sentiasa kembali kepada Google sejati saya yang telah diuji.
Saya suka menggunakan fungsi Suara Google untuk membuat carian saya. Ada imej kecil yang
kelihatan seperti mikrofon...jadi, saya akan tekan imej itu dan kemudian, terus bercakap padanya
"Pantai Waikiki".
Hasil yang dipaparkan sama seperti yang anda akan dapat apabila anda menaip sesuatu.
Saya nampak sejenis tumbuhan yang saya benar-benar suka. Kami mengambil gambar dan kami dapat
mengenal pasti tumbuhan ini. Jadi, kini tumbuhan itu ada di beranda kami.
Saya menggunakan Carian Google untuk mencari mengikut subjek. Saya dapat gambar hitam putih,
bukan setakat gambar berwarna sahaja.
Google boleh membuat anda kelihatan seperti seorang genius.
Google menjadikan semua perkara sangat mudah.
Kalaulah Google juga boleh membuat anak lelaki saya makan sayuran...
Sungguh mengagumkan.