Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pembangun bukan hanya menulis kod.
Pembangun mencipta dan mewujudkan perkara baharu.
Anda perlu mengambil sesuatu mengenai diri sendiri,...
...menjadikannya peribadi dan saya rasa ini ialah suatu bentuk seni.
Saya Vincento Colucci, umur saya 25 tahun.
Saya seorang pembangun di Manfredonia, Itali.
Sebagai seorang pembangun, anda memiliki kuasa yang sama...
seperti seorang pencipta. Ayah saya sentiasa mengajar saya bahawa...
...jika anda memerlukan sesuatu, anda boleh membinanya.
Inilah yang saya cuba lakukan sebagai pembangun tetapi dengan alat yang berbeza.
Apabila saya menghasilkan aplikasi pertama saya, Scratch Card,...
...saya sedar bahawa membangunkan apl untuk Android boleh menjadi pekerjaan sebenar.
Beberapa hari kemudian, saya menyemak Konsol AdMob dan saya dapat untung lima dolar.
Perkara ini hebat. Rasanya saya akan menjadi kaya!
Dengan *** yang saya peroleh, saya boleh membiayai pelajaran saya...
...dan ini ialah matlamat yang penting bagi saya.
Kemudian saya mencipta Pelancar Smart yang merupakan UI baharu untuk peranti Android.
Pelancar itu mempunyai skrin utama...
...yang sangat jelas untuk menumpukan perhatian anda...
...kepada ciri utama telefon anda. Aplikasi lain pula...
...disusun secara automatik dalam kategori.
Satu-satunya platform yang sesuai untuk saya ialah Android kerana...
...hanya Android membolehkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu.
Saya boleh bekerja dari bandar lain atau di atas kapal layar.
Tetapi saya membuat keputusan untuk tinggal di Manfredonia kerana...
...rakan-rakan saya,...
...keluarga saya dan teman wanita saya ada di sini. Saya boleh bekerja dari sini...
...dengan hanya sebuah komputer riba dan sambungan internet.
Apabila saya menerbitkan apl saya, abang saya Daniele berkata...
...ini akan menjadi kegagalan saya yang paling besar. Ini adalah tidak benar jika anda melihat...
...bilangan muat turunnya sekarang.
Saya rasa tiada sesiapa akan berkata begitu. Sekarang saya mempunyai lebih daripada...
...15 juta muat turun untuk versi percuma...
...dan 200 ribu untuk versi pro.
Apl saya dimuat turun di seluruh dunia.
Apl ini benar-benar popular di India, Amerika dan Jepun.
Saya rasa Pelancar Smart ialah produk Manfredonia yang paling banyak dieksport ke seluruh dunia.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.
Kini saya bekerjasama dengan orang lain dan ini mengujakan kerana saya boleh memikirkan produk lain.
Saya rasa masa hadapan akan menjadi sangat menarik.
Bagi saya, kejayaan bermaksud melakukan perkara yang anda mahukan dengan kehidupan anda.
Saya mahu tinggal di bandar saya bersama-sama ibu bapa saya,...
...teman wanita saya dan hidup bahagia.
Saya boleh berbuat demikian dengan menjadi seorang pembangun.