Tip:
Highlight text to annotate it
X
Awak nak ke tapak kakinya?
Saya hendak pergi ke..
pada jangkaan saya adalah tarsal yang ketiga di situ.
28? - 28.
Kita sudah tahu beratnya. Dan saya rasa kita sudah selesai.
Um, saya tidak mahu...
menimbang berat *** itu.
Baiklah. Jadi mari kita tolak ia ke arah sana...
Atau, mari kita lihat berapakah besarnya jika kita tegakkan ia.
Dan, tengok, kakinya sudah patah
Ia terkulai ke sana-sini - Oh tuhanku.
Yang ini juga patah?
Saya rasa ia patah. Saya rasa femurnya terpisah.
Ya, tidak seperti yang tadi.
Dia ... ugh.
Kesian serigala ni.
Yang jelasnya, ini bukanlah sesuatu yang anda mahu lakukan di atas meja dapur anda.
Antara sebabnya, serigala mungkin adalah spesies yang dilindungi,
anda perlukan permit untuk memilikinya.
Serigala boleh membawa cacing gelang dan kurap,
yang boleh dipindahkan kepada manusia,
jadi, asalkan kita tidak cuba menelan tahi daripada serigala ini,
kita sepatutnya selamat.
Baiklah, kita akan membuat bedahan yang pertama.
Saya sedang mencari belakang rahangnya.
Iaitu belakang rahang anda di mana ia bersambung,
supaya saya boleh memotong di celah-celahnya.
Jadi, buat sementara ini, saya cuba meredah segala anak bulu ini
dan mencari di mana kulitnya bermula.
Ia amat tebal.
Maka, beberapa potongan yang pertama hanyalah
untuk menguji betapa tebalnya kulit ini.
Tetapi saya tidak mahu memotong terlalu banyak sehingga tembus
dan mencapai tisu otot.
Sebaik sahaja anda memotong tisu otot, ia akan mula berdarah
Saya tidak mahu terkena darah di awal pagi ini.
Whoa. Hey. Hey.
Dari mana benda ini datang?
- Saya sedar itu, ia sudah lama di situ
Kutu! Adakah ini kutu?
Jijik!
Serigala ini sudah berada di dalam peti beku selama dua minggu.
Tetapi dia masih mempunyai kutu yang hidup di atas badannya.
Baiklah, potongan pertama.
Baiklah, sekarang saya akan, saya telah membuat lubang yang kecil ini.
Saya sedang cuba memisahkan lubang ini dan melihat sejauh mana lapisan epidermal ini pergi
dan pada tahap mana saya akan mula memotong lemak dan ototnya.
Lebih kurang di situlah matlamat saya.
Anda nampak lapisan otot di situ?
Dan ini adalah lapisan epidermal.
Ini adalah seperti darah yang sudah beku di sini.
Lihat ia bergerak-gerak di dalam salur darah.
Oleh itu, kerana salur darah itu bersambung kepada kulit.
Saya sedang memotong melalui lapisan lemak,
supaya saya tidak membocorkannya.
Di situlah lemaknya, itulah lemak serigala, di situ.
Jadi, kerongkongnya berada di sini dan ini adalah otot dadanya
yang mula kelihatan, di mana kakinya telah patah pada tulang humerus.
Ada orang menghantar SMS kepada saya, dan saya mungkin tidak boleh membalasnya.
Ini hanyalah pangkal tisu subkutis
Ini adalah tisu yang menyambungkan kulit kepada otot.
dan ia mempunyai ciri-ciri licin berkilat.
Terdapat lemak yang bersambung kepada kulit di sini,
oleh itu, saya potong lebih rapat di situ.
Secara idealnya, inilah yang saya akan lakukan setiap kali.
Anda boleh melihat atas lutut di situ,
secara normalnya, ia mungkin sepatutnya berada di sini.
Ini adalah atas lutut sebelah lain.
Oleh itu, jika kita membuat garisan lurus merentanginya,
Lebih kurang empat inci di situ,
di mana ia telah terkehel
Ini sangat menarik. Saya secara tidak sengaja telah memotong di antara dua jenis otot di sini,
tisu penyambung lutsinar yang serupa,
iaitu di sini, yang menyambung...
Saya rasa ia adalah tisu yang sama, ia adalah tisu penyambung yang amat serupa
yang melekatkan kulit kepada otot
ia juga melekatkan otot kepada otot yang lain.
Ia agak kuat dan ia sangat fleksibel
dan inilah yang memegang organ dalaman anda.
Di sinilah di mana saya mula melihat tanda-tanda trauma
atau potensi trauma daripada pelanggaran dengan kereta
kerana anda boleh lihat semua salur darah yang pecah di sini,
um, berbanding, kulit di bahagian ini
ia agak merah jambu dan konsisten di semua bahagian.
Jika anda lihat di sini dan anda melihat ini, salur darah yang merah terang ini.
Serta bahagian warna gelap di sini yang kelihatan seperti lebam,
sebagaimana rupa lebam di bawah kulit.
Ia agak masuk akal, maksud saya, kerana di sini,
di mana dia menerima impak paling besar, pada pendapat saya, daripada kereta itu.
Bolehkan anda melihat semua trauma itu di sini?
Kesemua merah gelap itu, ia hampir-hampir ungu atau berwarna hitam.
Oleh itu, ia adalah lebam yang besar di bawah kulit.
Agak jelas di situlah dia menerima impak besar itu.
Pastikan anda tidak dilanggar oleh kerana.
Lihat ini, adakah anda dapat melihat ini, semua darah ini?
Di dalam salur darah di situ?
Saya tidak mahu membocorkannya, kerana ia pasti menjijikkan jika ia berlaku.
Tetapi dan boleh lihat, satu lagi tanda-tanda trauma.
Segala darah yang terkumpul di bawah sana.
Ia kelihatan seperti jerawat besar yang anda mahu picit.
Ini adalah, di mana takuk separa sabit ulnanya.
Jadi ini adalah terbalik, kerana ia sepatutnya menghalang ke arah sana.
Ia terpusing kerana humerusnya patah di bawah ini.
Mungkin. Itulah kesimpulan saya ketika ini.
Para penonton, saya mohon maaf kerana kami baharu sahaja mengenalpasti serigala ini.
Saya rasa ini adalah Jacob.
Saya rasa ini adalah Jacob rakan Bella.
Daripada Twilight. Saya mohon maaf.
Kita akan kembali ke situ kemudian dan memotong bahagian dalam anggotanya.
Saya mahu menyiatnya terlebih dahulu.
Itu menyebabkan saya terfikir mengenai McDonald. Saya agak lapar.
Oleh itu, di sini, maksud saya, semua ini nampaknya seperti tisu yang sihat
dan kita mula sampai di bahagian bawah sini dan segalanya tiba-tiba menjadi hijau.
Adakah mungkin perutnya telah pecah semasa dia dilanggar oleh kereta
dan, oleh itu, kita mungkin mempunyai, kebocoran.
Oleh itu saya akan lebih berhati-hati dengan kerja saya di sekitar ini.
Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah membocorkannya
dan melepaskan gas atau bakteria yang telah menukarkan bahagian ini kepada hijau.
Ini bukanlah petanda yang baik kerana baunya menjadi semakin busuk lebih jauh kita turun.
Um, saya tidak suka melihat perutnya yang kembung dan segah.
Kita baharu sahaja bercakap mengenai cacing gelang dan kurap dan segala jenis penyakit
dan parasit yang boleh hidup di dalam perut,
oleh itu, saya tidak mahu membocorkannya dan membebaskan segala benda itu.
Ini bukanlah warna yang sihat. Ini bukanlah warna yang ceria.
Bau yang keluar juga busuk
dan ia bukan sahaja gas yang dilepaskan melalui dubur.
Kerana anda boleh menghidunya daripada sana.
Oleh itu, tisu itu sendiri yang mempunyai bau ini,
yang menyebabkan saya berfikir bahawa terdapat bakteria,
yang aktif dan hidup.
Saya sudah sampai ke zakarnya sekarang.
Saya boleh rasa bakulumnya di sini.
Semua anjing mempunyai bakulum iaitu tulang zakar seekor haiwan,
manusia sudah tidak memilikinya.
Sesetengah primat mempunyainya, tetapi ia amatlah kecil.
Oleh itu, saya akan memotong sebelah tepi bakulum sampai ke bawah sini.
Kadang-kala di dalam koleksi, kami juga akan menemui bakulum yang patah.
Ia adalah tulang, oleh itu ia boleh patah dan retak
dan berserpih sebagaimana tulang lain di dalam badan anda.
Cubalah awak fikirkan sejenak mengenainya.
Saya tidak pernah pasti bagaimana hendak menguruskan bakulum.
Saya sedang serius ni
Kerana, perlukah saya mengeluarkannya, sebagaimana saya lakukan pada anggota lain?
Maksud saya, kerana ia, ia berbentuk tiub,
anda ada bakulumnya, anda ada zakarnya dan anda juga mempunyai kulit di sekelilingnya;
adakah anda menyiatnya di sebelah dalam bakulum
dan membukanya seperti itu?
Oh tuhan.
Busuknya.
Ugh.
Biar saya cuba gambarkan baunya. Bagaimanakah baunya?
Baunya seperti KFC yang telah ditinggalkan di belakang kereta
dengan selapis air di dasar bekasnya
dalam suhu 100 darja selama lapan tahun.
Saya sentiasa berasa kagum dengan pelbagai benda yang dihasilkan oleh alam semulajadi.
Kerana sesetengah haiwan ini boleh mengalami kecederaan yang teruk semasa hidupnya
dan mereka tidak mempunyai rumah di sebelah malah, mereka tidak mempunyai hospital,
mereka tidak mempunyai doktor,
secara seriusnya, saya rasa seperti seorang yang lembik,
jika jari kaki saya tersandung pada sesuatu
saya akan berkata: "Sudah!"
"Hari ini sudah berakhir! Saya nak balik!" - Saya hendak duduk sahaja sepanjang baki hari ini.
Itu sahaja untuk hari ini. - Ya.
Kemudian anda melihat semua binatang ini dan mereka mempunyai pelbagai keretakan
dengan jejari yang besar
kemudian tulang itu bersambung semula dan mereka kehilangan separuh daripada anggota itu
kaki hadapan, dan terutamanya seperti yang dimiliki oleh ungulat seperti rusa atau elk,
mereka perlu berjalan menggunakan kaki itu
selama bertahun-tahun, ia perlukan bertahun-tahun untuk pulih dan menggunakan anggota itu semula
Sementara itu mereka masih lagi berburu, masih mencari makan,
mereka mungkin tidak sesuai untuk mengawan
tetapi mereka berjaya mengelakkan pemangsa
Dan, maksud saya, perkara seperti itu sangat...
mengagumkan saya.
Ia beri dorongan kepada saya untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Saya bukan bergurau, kerana jika haiwan seperti ini boleh melakukannya,
- Saya perlu lebih bersungguh-sungguh
Saya harus bertahan sahaja.
Ini tidak sihat. Kembungan ini.
Ini bukan sesuatu yang anda mahukan. Anda mahu ia kempis sebaik sahaja mereka mati.
Anda tidak mahu melihat ia kembung,
kerana, ya, ia bermakna terdapat pelbagai jenis gas...
Wow. Oh. Tengok tu.
Saya baharu sahaja tercucuk salur darah di situ - Oh ya
Kita ada pendarahan!
Ini adalah, um, femur yang telah patah,
kita mempunyai patella, iaitu tulang lutut.
Ini adalah atas tibia dan di belakangnya adalah tulang sambungannya, fibula.
Anda boleh lihat semua tendon yang berada di belakang kaki dan semua itu bersambung di belakang sini.
Anda boleh melihat sistemnya di sini, bila ia dalam keadaan rehat
dan bila ia tegang
bila anda menariknya seperti itu.
Dan saya boleh rasa kakinya,
di sini, jarinya dalam keadaan rehat dan tapak kakinya menekan tapak tangan saya
bila saya melakukannya seperti ini, saya boleh merasai jari-jari yang lain
seperti... pada dasarnya adalah tulang jarinya,
menekan ke dalam tangan saya
Oleh itu, ia seperti, tegang dan rehat dan tegang dan rehat.
Menariklah!
'High five'.
Saya meletakkan muka saya hampir kepada duburnya.
Masih ada sesuatu yang berbau busuk.
Ya, oh, inilah dia.
Akhirnya.
Jika saya menulis sebuah cerita Disney.
Inilah masanya bila
watak wanita dalam cerita itu akan mula menyanyi.
Saya rasa Disney tidak akan membuat sebuah cerita wayang mengenai...
Seorang taksidermis yang muda dan rupawan?
(menyanyi) Bila saya dewasa
(menyanyi) Saya mahu menjadi seorang taksidermis.
Ia bagaikan cerita seorang puteri yang tidak mahu menjadi puteri,
dia mahu menjadi seorang taksidermis.
Whoa! - Bam!
Akhirnya, kawan-kawan.
Begitu rupanya tapak kakinya.
Tanpa tulang kaki.
Ia agak liut.
Inilah yang sepatutnya berada di dalam sana
ia masih mempunyai
kuku yang bersambung kepada falanks ketiga,
dan ia bersambung dengan ini, ini adalah tapak kakinya,
di sinilah kedudukan padnya, di sini,
Oleh itu anda boleh lihat bagaimana ia sepatutnya bergerak.
berbanding dengan kaki itu.
Anda boleh lihat di mana femurnya...menonjol di sini.
Ia patah. Ia telah patah di situ.
Agak menarik untuk...
bermain-main dengannya, dan lihat, bagaimana ototnya melentur
di sini dan bagaimana ia bergerak dan berpusing dan bekerjasama.
Jika awak boleh mengambil gambar makro di sini,
ini bagaikan lanskap biologikal yang amat cantik.
Saya serius ni!
Saya nak memotong ke arah awak.
Saya datang!
Pisau saya.
Pastikan jari awak tidak menghalang saya.
Awak nak buat lawak mengenai bagaimana saya akan memotong awak
tetapi tiada yang melucukan mengenainya kerana saya akan menjadi gelabah. - Ow!
Hey! Saya benci begitu!
Arrgh, awak teruklah!
Jika awak lipat kulitnya, dan di sini tegang dan di sini lembik.
Ia berbau setiap kali anda melakukannya.
Apa yang anda, bagaimana anda,
Berhenti berbuat begitu.
Saya tidak mampu berhenti!
Kita mempunyai bakulum di dalam ini dan bakulum adalah tulang zakar.
Inilah zakatnya, anda boleh melihat sedikit, darah dan kencing
yang keluar daripada hujung zakarnya di sini.
Ia masih berada di dalam kulit. Oleh itu, kita perlu mengeluarkan zakarnya.
Mula-mula saya perlu mencarinya. Dan saya boleh merasai bakulumnya di situ,
anda boleh melihatnya sedikit. Awak nak memegangnya?
Awak pasti? Ok
Bagaimana kita nak mengeluarkannya, kurator?
- Ini agak baharu bagi saya.
Awak jarang mengeluarkan tulang zakar?
- Jarang-jarang;
Kadang-kala pada Jumaat malam, tetapi...
Jijik.
Saya perlu potong di sini?
Ahh, itu dia.
Jadi, ini adalah bagaikan, sarungnya.
Saya suka bagaimana mereka semua ini tidak berkata atau melakukan apa-apa.
Mereka hanya menonton saya melakukan perkara ini.
Jadi, jika anda mahu bayangkan bagaimana rupa zakar yang belum disunat,
ini adalah bagaimana ia disarung sehingga ke hujungnya,
ini adalah kepala zakar,
ini adalah uretra da ia adalah lembik
dan terdapat bakulum, iaitu tulang keras di dalamnya.
Di sinilah di mana ia bersambung, di sini adalah di mana *** sepatutnya berada.
Jadi, ini adalah, keseluruhan, maksud saya, anda boleh, ia kelihatan -
Maksud saya, ia kelihatan seperti zakar, awak semua ni.
Bagaikan zakar manusia.
Seperti yang saya pernah lihat di dalam buku teks.
Whoa, dubur ni!
- Anda mendapat kedudukan paling istimewa.
Ya! Oh! Ugh!
Untuk rancangan ini. - Ughhh!
Oh tuhanku, busuk betul.
Whoo!
Oh tuhanku.
Saya perlu... saya tidak boleh duduk di sini.
Sedia?
Satu, dua, tiga.
Kami mahu membalikkan semua kulit ini melalui kepalanya
ia bagaikan menarik baju leher penyu
Kami memotong hampir kepada tengkoraknya sekarang.
Kami akan sampai hampir kepada matanya di atas sana.
Ini semua adalah kartilej di sini.
Ini adalah, um, jari saya sedang menunjukkan bahagian tengkorak,
saya akan memasukkannya ke dalam tengkorak,
ini adalah salur telinga luar
dan di sini adalah di mana kartilej telinga bersambung dengan tengkorak
dan di sinilah salut telinganya.
Anda perlu memotong di sekelilingnya,
supaya anda boleh mengambil keseluruhan telinga bersama dengan kulitnya.
Ini adalah otot masseter, uh, otot pipi besar
di tepi muka.
Dan di sini adalah matanya.
Anda boleh...atau di mana kelopak mata sepatutnya berada,
di sebelah dalam.
Di situ. Um, oleh itu...
Di situ adalah kelopak mata dan bulu mata
dan di sini adalah, um,
tulang zigomatik dan squamosal
yang membentuk ruang mata.
Anda perlu memotongnya dengan rapat,
supaya anda tidak menanggalkan bulu matanya
supaya kemudian bila anda telah membuat sebuah lubang yang kecil
anda boleh mencucuknya
dan sekarang ini saya tahu saya mempunyai kelopak matanya di situ dan ia tidak terjejas.
Saya akan cuba menyiat sedikit bahagian mulutnya.
Anda boleh mula merasainya, saya boleh merasai gigi molarnya di belakang sini,
Saya boleh merasai bahagian bawah mandibel.
Memotong sepanjang giginya
di bahagian luar bibirnya.
Ketika ini saya memotong tulangnya sedikit,
kerana saya lebih rela mencalarkan sedikit tulangnya
daripada merosakkan bahagian tepi mulutnya.
Segalanya - macam tiada otot langsung di sini.
Segalanya amat nipis.
Segalanya bersambung kepada tulang.
Dan ini adalah bahagian dalam bibirnya, di sini.
Bibirnya berada di sini dan ini
yang berwarna gelap ini adalah gusinya.
Ia sememangnya berwarna gelap dan kerana ia juga luka sebelum ini.
Baiklah, jadi kami mengalihkannya, darahnya meleleh merata-rata di atas meja ini.
Kita sudah hampir selesai.
Anda boleh merasai ruang hidungnya di sini
kemudian, ini adalah kartilej muncungnya, hidung di bahagian hadapan,
potongnya
sambil memastikan bibirnya masih bersambung
dan kemudian, ini sukar sedikit,
anda mahukan bibir bawahnya juga,
dan kita selesai!
Kita berjaya!
Kita berjaya!
Ini adalah kali pertama dalam hidup, saya menyiat serigala
dan ia mungkin adalah kali yang terakhir.
Kulitnya tidaklah sebegitu cantik di sebelah dalam,
tetapi ia tidaklah sebegitu teruk di bahagian luar.
Kemudian anda perlu membalikkan kepalanya
dan kita ada, - Kita ada telinganya
kita ada telinganya
Adakah kita berjaya mendapatkan matanya?
Matanya nampak elok. - Matanya nampak elok.
Ada kelopak mata.
Ada bulu mata.
Ada hidung
Ia juga masih mempunyai, sedikit kartilej di sini
dan bentuk hidungnya juga agak bagus.
Dan, um,
itulah dia.
Terima kasih kerana menonton, awak semua.
Masih ada otak yang melekat lah.