Tip:
Highlight text to annotate it
X
PELARASAN HALUS
Kami bertukar keadaan ekstrem. Sekarang kami di dalam hutan.
PAUL MARSH MEKANIK KEMBARA
Hutan adalah keadaan paling ekstrem yang kami akan lalui.
Ubah suai ekstrem yang pertama ialah meninggikan kereta.
Kami tinggikannya hampir 4 inci dari tanah.
Ini membolehkan kami memasang tayar lumpur 33 inci.
Bukan tayar lumpur biasa,
tetapi tayar lumpur ekstrem, untuk hutan.
Kami buka bampar depan.
Seluruh bampar dibuka dan mendedahkan satu bahagian yang besar.
Ia akan digantikan dengan bampar keluli yang besar.
Ini akan memberikan perlindungan kepada bahagian depan kereta.
Dahan yang dilanggar
akan membantu melindungi bahagian depan kereta ini.
Ini bar win.
Win dipasang pada bahagian dalam
jadi ia benar-benar terpasang kukuh pada kereta.
Itu akan membantu kami menyelamatkan diri dalam keadaan yang sukar
di dalam hutan hujan tropika.
Sebab kerosakan paling biasa ialah air.
Air merupakan musuh kami di dalam hutan.
Kelembapan tinggi. Sungai yang kami akan menyeberang
mungkin membanjiri ruang enjin.
Semasa menyediakan kereta untuk air dan lumpur,
perkara yang pertama yang perlu dilindungi ialah sistem udara.
Kami pasangkan snorkel, atau salur masuk udara yang dinaikkan.
Ini membolehkan paras air naik.
Jika ia memenuhi ruang enjin,
salur masuk udara akan dilindungi
pada paras ambilan yang lebih tinggi.
Kami melakukan demonstrasi ringkas untuk menunjukkan
bagaimana rasanya memandu merentasi hutan.
Kadar rintangan dan penyedutan lumpur
dengan seretan bahagian bawah kereta melalui hutan
sama dengan menyeret 1 atau 2 tan
di atas jalan tar sepanjang hari.
Ini menambahkan beban kepada enjin, kereta,
sistem gear, kesemuanya.
Kami sedang melakukan demonstrasi sekarang
untuk menunjukkan betapa sukarnya keadaan di sana nanti.
Kereta sudah tiba.
Kereta dipandu dalam pacuan 4 roda gear rendah.
Itu gear yang sangat rendah.
Ia memacu dan memberikan tork yang tinggi kepada enjin.
Itu akan meningkatkan haba.
Putarannya sangat tinggi.
Jadi semua komponen di dalam enjin bekerja sangat keras
untuk menyeret beban yang berat ini di atas jalan ini.
Itu hebat.
Ia nampak berat.
Saiz balak itu.
Sangat mengagumkan