Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya telah menerima kerja sepenuh masa di Muzium Lapangan Chicago.
Semasa saya membuat lawatan ke sana pada bulan April,
mereka telah menjemput saya ke bilik sidang,
dan mereka telah duduk, dan mereka bertanya kepada saya
sama ada saya mahu bekerja untuk mereka di Muzium Lapangan.
Bukan itu sahaja,
mereka mahu membantu kami menghasilkan The Brain Scoop.
Oleh itu,
mereka mahu membawa kami keluar daripada koleksi ini
dan membenarkan kami membuat rakaman di dalam koleksi mereka.
Kami mempunyai 24,000 spesimen di sini dan mereka mempunyai 25 JUTA di dalam muzium mereka.
Ini adalah impian menjadi kenyataan.
Dan...
Oleh itu...
Saya...
Saya akan melakukannya, dan kami akan berpindah ke Chicago.
Sehari sebelum kami terbang ke Chicago,
Saya tahu kurator kami akan berpindah.
Katanya dia akan menerima jawatan di negeri yang lain,
dan dia ada bertanya sama ada saya mahu mengambil alih tugasnya sebagai kurator.
Dan, pada sangkaan saya, itulah yang saya akan lakukan pada masa hadapan.
Saya akhirnya bercakap dengan Dekan sekolah kami di sini,
sehari sebelum saya terbang, dan...
dia tidak pasti sama ada dia mampu membayar gaji saya.
Dia tidak pasti sama ada mereka akan membuka jawatan itu,
dan mereka tidak pasti sama ada mereka mahu mencari seseorang untuk mengisinya.
Saya berasa patah hati,
kerana saya telah bertungkus-lumus di tempat ini,
dan saya benar-benar mahu melihat tempat ini berjaya.
Saya sayangkan tempat ini,
tetapi saya rasa bagaikan saya telah berjuang..
bermati-matian,
dan saya tidak,
membuat sebarang kemajuan dalam
usaha mengembangkan ruang atau mendapatkan lebih banyak dana.
Kami telah mendapat banyak publisiti!
Tetapi...
Pasti sukar untuk saya meninggalkan tempat ini...
Ikan yu ini mungkin tidak sepatutnya berada di situ.
Ini -- Bahagian bawah kotak ini sudah rosak.
Ia...
sudah hampir terkeluar.
Saya baharu sahaja turun ke bawah sini dan terdapat
cecair yang banyak di atas lantai,
tetapi nasib baik,
kebanyakan daripada kotak ini telah diletakkan ke atas pelet kali terakhir
terdapat kebocoran di dalam koleksi ini.
Dan keseluruhan susunan kotak ini telah jatuh
dan banyak barangan yang pecah.
Oleh itu kami telah ambil pengajaran,
dan kami meletakkannya di atas pelet, tetapi sesetengah-- bukan semua berada di atas pelet,
dan ada
cecair mengalir di bawah ke semua pelet ini
Oleh itu, sesetengah daripada kotak-kotak ini...
sudah basah.
Maksud saya, apa lagi yang boleh kita jangka akan berlaku
jika kita meletakkan barangan di bawah sini?
Ia agak menyedihkan.
Saya rasa ia keluar daripada dinding.
Dinding ini basah.
Ada kelembapan yang keluar
dari sini,
anda boleh lihat ia keluar...
Pada pendapat awak, apa yang akan berlaku kepada koleksi ini
selepas awak berpindah?
Professor mamologi baharu telah diberikan tugas
untuk sekurang-kurangnya datang memeriksa koleksi ini.
Itu adalah lebih baik daripada tiada apa-apa.
Tetapi...
Apa-- Siapa-- Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada semua barangan ini.
Jika semua benda ini hilang,
apakah yang akan kita hilang?
Kita akan kehilangan 3,400 spesimen sejarah semula jadi,
2,500 ikan, 500 reptilia
500 burung dan mamalia,
sejarah semula jadi selama seratus tahun.
Kita akan kehilangan data, kita akan kehilangan rekod-- Sebegitu banyak maklumat!
Semua maklumat dan data dan barangan ini tiada gantinya
dan anda tidak boleh mendapatkannya kembali.
Anda tidak boleh kembali ke
Tasik Flathead pada tahun 1900 untuk mengumpulkan semula sturgeon...
Inilah sahaja.
Segalanya berada di sini, di dalam bilik ini,
keseluruhan sejarah semula jadi ikan di Montana.
Ia adalah sejarah universiti ini, ia adalah hasil kerja keras
ramai orang
yang telah mencurahkan keghairahan dan masa dan tenaga
ke dalam tempat seperti ini.
Dan itulah yang kita bakal hilang.
Ramai orang tidak melihat nilai di sebaliknya.
Mereka lebih suka membelanjakan *** untuk pasukan sukan
atau untuk sekolah perdagangan
atau...
Saya tidak-- Saya tidak tahu.
Ia-- Ia bukanlah salah satu individu
Bukannya kita boleh kembali ke dalam sejarah Universiti Montana
dan mencari seseorang yang boleh dipersalahkan.
Ini adalah hasil kecuaian dan sikap tidak endah selama bertahun-tahun
Saya benar-benar berharap ia akan dipindahkan.
Saya benar-benar percaya bahawa ini bukanlah tempat untuk sebuah koleksi sejarah semula jadi.
Anak cucu kita akan berasa marah dengan kita
kerana tidak berusaha untuk
menjaga barangan yang akan menjadi koleksi mereka mengenai masa silam.
Saya teringin untuk membawa semuanya bersama saya!
Adakah pihak universiti akan perasan jika ia hilang?
Tidak.
Tidak.
Keadaaan serangga juga kurang bagus.
Mereka belum diberi makanan segar sejak kami memproses serigala tempoh hari.
Mereka agak senyap ketika ini. Masih ada beberapa ekor.
Beberapa ekor yang lapar, tetapi...
mereka perlukan penyelenggaraan.
Mereka perlukan seseorang untuk menjaga mereka.
Di sinilah di mana segala yang seronok berlaku!
Maksud saya, daripada waktu saya menyiat tikus yang pertama, ketika saya, saya amat gerun dengannya.
Pada ketika itu...
kawan saya, rakan sekerja saya, Emily, membawa saya ke dalam sini dan berkata, "Kita akan mengawet tikus hari ini."
Saya langsung tidak bersedia, saya terpaksa terus melakukannya.
Saya terpaksa melakukannya sahaja. Dan saya amat gemuruh ketika itu, tetapi saya tidak memberitahu kawan saya.
Dan bila saya telah melakukannya dan saya...
berasa agak pelik mengenai diri saya selama dua minggu selepas itu
kerana saya sangat seronok melakukannya,
dan saya sangka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya.
Dan saya rasa ia adalah sesuatu yang
gila atau menyimpang atau,
ada sesuatu yang tidak kena dengan otak saya,
um, tetapi itu bukanlah hal yang sebenarnya.
Maksud saya,
Saya agak normal.
Tetapi...
Saya telah mendapat ramai kawan di sini, kawan-kawan yang sangat baik.
Um,
telah banyak berbual mengenai perkara yang sangat menarik, bercakap mengenai kehidupan,
bercakap mengenai makna kehidupan,
bercakap mengenai fakta yang kita adalah mesin biologikal yang pelik;
kita hanyalah sekumpulan, um, gigi roda, takal dan tuas yang lembut...
Terdapat juga beberapa pengalaman yang tidak seberapa bagus,
Seperti, dua bulan lalu, ada orang yang menumpahkan
bekas minyak pelincir gear
di dalam bilik utiliti di atas dan ia bocor ke dalam koloni dermestid saya
dan uh, meninggalkan bekas berminyak yang besar.
Beberapa... Maksud saya, setahun yang lalu, koleksi ikan kami jatuh,
dan saya terpaksa datang pada pukul 11 malam ketika pihak bomba berada di situ,
dan pihak polis. Dan...
hanya Dave, kurator kami, dan saya dan
anaknya yang berusia 13 tahun
terpaksa membersihkan kesemua bahan bahaya itu.
Kami terdedah kepada semua bahan kimia dan wasap yang berbahaya
di dalam suhu yang mencapai 110 darjah di bawah sana.
Ia langsung tidak menyeronokkan.
Adakah awak tahu berapa banyak benda yang telah awak bedah di sini?
Wow, um
Maksud saya, pembedahan lengkap, seperti menyiat dan menyumbat
Mungkin sebanyak sedozen.
Tidaklah sebegitu banyak, tetapi
jika hanya menyiat,
Entahlah,
mungkin 15 kali lagi.
Jika kita bercakap mengenai penyediaan rangka,
itulah yang paling banyak telah saya lakukan,
dan saya mungkin
telah --
Maksud saya, kadang-kala saya akan melakukan,
15 ke 20 ekor burung di dalam satu kotak pada satu-satu masa.
Saya mungkin telah melakukan 100 kali atau lebih.
Oh, ini adalah antara penyepit kegemaran saya
Ia mempunyai jalur kasar di hujungnya,
jadi ia mempunyai dua perkara, dan
dan kemudiannya cangkuk yang bertemu di hujung.
Ia adalah alat terbaik untuk menarik tisu.
Ini adalah publisiti yang pertama pernah saya lakukan untuk muzium ini.
Ini adalah sebelum saya memiliki akaun tumblr, ini adalah
dua tahun sebelum Hank
menghubungi saya mengenai menghasilkan rancangan ini.
Um, ia adalah artikel di dalam akhbar pelajar,
"Muzium kampus berjuang untuk mencari ruang dan dana."
"Emily Graslie, pelajar senior bidang seni melakukan kerja sukarela di muzium"
"dan berkata dia menganggap ia sebagai sumber yang jarang digunakan oleh semua pelajar daripada semua bidang."
Ya.
Saya telah mengemaskan rak buku saya.
Umm...
Saya mengambil kesemua hasil seni saya.
Dan...
Kini ada sedikit ruang tambahan.
Adakah ini kali terakhir awak akan berada di sini?
Itu adalah soalan yang sangat bagus.
Saya rasa begitulah.
Kecualilah jika saya --
tidak dapat menghalang diri dan kembali ke sini di tengah malam,
kerana, kadang-kala saya ada melakukannya,
tetapi, um...
Ya.
Ini mungkin adalah kali terakhir saya akan berada di sini.
Kali pertama saya datang ke sini adalah satu semester sebelum saya tamat belajar
ijazah seni studio.
Saya tidak tahu apa yang saya sedang lakukan.
Saya tidak tahu-- jika saya akan mendapat kerja selepas saya habis belajar.
Saya tidak pernah terfikir
bahawa sains sesuai untuk diri saya,
awak faham kan?
Kemudian saya berjalan di sini dan tiba-tiba segala-galanya mula masuk akal.
Segala yang sebelum ini saya tidak sebegitu faham
sains atau biologi dari segi konteks yang lebih luas,
segalanya mula menjadi lebih jelas sebaik sahaja saya datang ke sini
di mana kita boleh melihatnya secara fizikal.
Kita boleh menyentuh segala benda ini dan kita boleh berinteraksi dengannya
dan kita boleh mendekatinya, ia bukan sekadar melihat gambar di dalam buku teks,
ia bukan sekadar melihat slaid di bawah mikroskop,
kita boleh benar-benar mendekati segala objek ini.
Dan ia bagaikan suatu kesedaran, seperti
"Saya memahami sains"
"Saya memahami sains!"
"Ya, sains adalah sesuatu yang saya suka!"
Saya tidak dapat mengubah bidang saya, jadi, saya mendapatkan ijazah seni saya
dan saya tidak mendapat kerja untuk suatu jangka masa yang panjang, oleh itu, saya telah melakukan kerja sukarela di sini.
Saya mendapat kerja sebagai pembuat roti dan saya akan membuat roti di sebelah pagi
dan kemudiannya datang ke sini pada waktu siang
dan melakukan persediaan spesimen. Dan kemudiannya kembali ke shif malam untuk membuat roti.
Jadi
Saya akan membuat makanan, dan kemudiannya datang ke sini
dan membersihkan tulang dan kemudiannya kembali bekerja
dan kemudiannya ketika membuat sandwich dan
saya sedar bahawa dua puluh minit sebelum itu saya sedang
menanggalkan tisu daripada tupai atau binatang lain.
Dan akhirnya saya berhenti daripada membuat roti
dan mengambil ijazah baru
supaya saya boleh terus kekal di sini.
Sebab utama saya memohon untuk mengambil ijazah dalam kajian muzium
kerana saya anggap ia sebagai cara untuk
meneruskan tugas sukarela saya di sini.
Kerana saya perlu mewajarkan kemahuan saya untuk berada di sini
kerana saya tidak mempunyai bidang, ia tidak masuk akal
untuk saya melakukan sebarang kajian di sini.
Dan saya bukanlah pekerja di sini,
tiada sesiapapun akan membayar segala kerja yang saya lakukan di sini,
Saya melakukannya untuk diri sendiri. Jadi saya berkata "Saya akan-- saya akan mengambil ijazah"
"dan saya akan mendapatkan sarjana dalam kajian muzium"
"kemudian kesemua kerja sukarela saya akan menjadi masuk akal."
Adakah awak akan rindukan tempat ini?
Ya.
Saya pasti benar-benar akan rindukannya.
Ini bagaikan muzium SAYA.
Ia bukan milik saya, saya tidak berasa
seperti saya memiliki objek-objek di sini, saya rasa
seperti
ide mengenai tempat ini adalah milik saya.
Saya telah mencurahkan banyak masa dan tenaga dan kasih sayang ke dalam koleksi ini,
dan saya rasa seperti saya telah
membantu menjaga kesemua binatang-binatang di sini,
segala spesimen ini,
dan segala data yang berkaitan dengannya selama dua setengah tahun,
tanpa henti. Saya sentiasa berada di sini.
Sebelum The Brain Scoop bermula, saya berada di sini selama 40 ke 50 jam seminggu
tanpa mengira perkara lain yang sedang berlaku dalam hidup saya.
Rasanya tidak banyak
muzium di dalam dunia ini
yang memberi peluang sebagaimana yang telah saya terima,
di mana
um, seseorang itu meletakkan sebegitu banyak kepercayaan
untuk membenarkan saya melakukan banyak projek seorang diri, dan belajar secara sendiri.
Dan, um,
anda-- sukar untuk anda mendapatkan peluang yang sebegitu.
Apakah yang awak lakukan sekarang ini?
Saya telah bertanya kepada kurator kita, Dave, sebelum dia berpindah,
jika saya boleh
mengisi
um, invois spesimen untuk
meminjam,
untuk mengambil
rakun itu bersama saya ke Muzium Lapangan.
Dan saya telah menghubungi Muzium Lapangan untuk memastikan mereka boleh
menyediakan tempat yang sesuai
untuk meletakkannya secara sementara
sebagai, um,
pinjaman daripada Universiti Montana.
Dan dia telah diluluskan
Pada pendapat awak, apakah perasaan 'Soon Raccoon' mengenainya?
Dia agak menyepi mengenai perkara ini.
Mereka mempunyai banyak rakun yang baik-baik di Muzium Lapangan.
Saya pasti dia akan mendapat ramai kawan.