Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hai, um, Saya Emily Graslie, saya dalam perjalanan untuk mengambil serigala
yang Liz beritahu bahawa dia sedang menyimpannya untuk kami.
Seekor serigala.
Um, ia di dalam peti beku.
Oh, minta maaf.
Oh, minta maaf.
Terima kasih.
Saya tersilap menelefon LensCrafters.
Ini ialah James.
Dia seorang sukarelawan.
Um...
Bekerja di dalam makmal persediaan bersama kami.
Kami akan pergi mengambil, um,
Kami mempunyai hubungan dengan seorang pakar serigala yang banyak menjejaki
beberapa kumpulan serigala di sekitar Montana
dan nampaknya, seekor serigala kelabu jantan telah dilanggar oleh sebuah kereta
di antara tempat ini dan Seeley, berhampiran Sungai Blackfoot.
Katanya, seseorang telah melanggarnya dengan kereta dan menghubungi GWNP.
dan mereka pula menghubungi kami, oleh itu kami akan pergi mengambilnya sekarang.
Jadi kami akan mengawet kulitnya, kami akan memproses keseluruhan rangka,
yang akan kami lakukan secara berperingkat
kerana ia terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam kotak kumbang,
kami perlu menyiatnya, sebaik sahaja ia lembut sedikit,
mungkin pada hari Khamis dan Jumaat minggu ini
kemudian kami perlu mengeratnya,
dan, um,
mengeluarkan perutnya, dan kemudian menyimpan pelbagai bahagian di dalam peti beku tumbuhan,
ia amat melucukan, kerana ahli botanis tidak suka dengan, uh,
sisa haiwan di dalam peti beku sisa tumbuhan.
Dari arah mana perlu saya masuk?
Saya tidak tahu ke mana saya tuju.
Baunya seperti di dalam bilik doktor gigi...
Entahlah. Baunya seperti besi, darah, tetapi seperti benda berdarah yang sudah basi.
Mhmm, besi, itu adalah bau besi di dalam darah.
Wow, ia besar. - Ya, ia adalah serigala yang sangat cantik
Ia cantik - dan itulah sebabnya saya berharap ada orang
Benar-benar besar - boleh melakukan sesuatu dengannya.
Wah, ia juga dalam keadaan yang baik. - Ya.
Kami akan melanggar kakinya sedikit.
Ia benar-benar besar.
Pada pendapat awak, berapakah beratnya?
Sembilan puluh pound.
Ia hanya seekor anjing yang besar. Ia adalah anjing yang paling besar.
Ada biji burr di dalam kulitnya.
Baunya tidaklah teruk sangat.
Ia ada terberak sedikit.
Baiklah. - Wow. Ya.
Saya perlu mengisi borang perpindahan barangan untuk awak semua.
Baiklah. - Nombor ID-nya berada di situ.
Saya amat teruja mengenai hal ini.
Bukannya selalu kami menerima serigala,
dan terutamanya bukan selalu kami menerima serigala yang sempurna.
Kami dapat melakukan aktiviti nekropsi
Saya gemar melakukan nekropsi. - Saya amat teruja.
Mencari punca kematian.
Ia amat menarik.
Ini adalah hari yang bagus.
Cantik di luar sini.
Burung-burung sedang berkicauan
matahari sedang terbenam
dan kami mempunyai bangkai serigala di belakang trak.
Saya masih tidak dapat lupakan yang saya tersilap menelefon LensCrafters
saya berkata : Ya, saya datang untuk mengambil serigala saya
Ya, saya teringin melihat awak dilanggar dari belakang dan serigala beku seberat seratus pound
terbang keluar - Dan jatuh di atas cermin kereta belakang
Tak, jangan di atas cermin kereta, saya tidak mahu mereka tercedera
Saya cuma teringin melihat, ia tergolek di atas hud kereta mereka.
Uh-huh.
Pasti besar kemeknya. Tetapi...
Malang betul untuk serigala itu, dilanggar oleh kereta sebanyak dua kali.
Masih ada otak yang melekat lah.