Tip:
Highlight text to annotate it
X
Dengan koleksi PS kami menyasarkan untuk berfikir dalam cara baru dan membawa rekaan satu langkah ke hadapan.
Ini bermakna bahan baru dan penyelesaian perlu diuji.
Proses ini bermula di atas lantai perindustrian.
Di sini kami boleh memeriksa produk dengan teliti dan melakukan pilihan yang penting.
Bahan yang betul akan menonjolkan rekaan dan mengurangkan kesan alam sekitar.
Sebagai contoh, buluh. Ia selalu disalah anggap sebagai tumbuhan berkayu tetapi ia adalah sejenis rumput yang tumbuh cepat.
Walaupun sejenis rumput, ia menjadi kukuh apabila distim dan dilaminakan.
Hasilnya, sebuah perabot yang elegan, ringan dan kukuh,
dengan penampilan kayu keras serta memelihara alam sekitar.
Kadang-kala, dua bahan digabungkan boleh menjadi bahan lebih baik, gabungan kayu dan plastik menghasilkan suatu bahan dipanggil WP.
Komposit ini mendapat sifat plastik yang serba boleh dan sifat semulajadi kayu.
Ini adalah flaks, flaks adalah gentian basta, ia ditanam di kawasan sejuk dan memerlukan sedikit air.
Flaks adalah selesa kerana ia pengalir haba dan bahan antistatik yang baik. Menjadikan ia fabrik yang nyaman dan sejuk.
Ia sesuai untuk tidur malam yang nyenyak.