Tip:
Highlight text to annotate it
X
Di dalam hatiku tiada ketakutan
Tiada apa lagi yang mungkin kehilangan
Daku telah melihat orang yang ku cintai mati
Oh, aku berjanji aku tidak akan membiarkan saja
Demi Tuhan, engkau sama sekali tak akan menang
Aku akan menentang demi kebenaran
Dan tiada apa yang boleh menghalang ku
Walaupun aku dipukul hingga tumbang
Aku kan tetap teguh dengan pendirian
Dan aku tidak akan
Bersembunyi atau berlari pergi
Cinta pasti akan menguasai
Demi Tuhan, ianya pasti terjadi
Cinta pasti akan menguasai
Daku enggan gagal
Cinta pasti akan menguasai
Kehidupan sudah menjadi terlalu murah
Terlalu ramai anak yatim yang menangis
Mereka sudah lupa bagaimana mengukir senyum
Oh, tidak ku fahami
Bagaimana lah seseorang itu mampu
Membunuh seorang kanak-kanak yang tidak berdosa
Daku berjanji, nyawa mereka pasti tidak akan hilang sia-sia sahaja
Walaupun aku dipukul hingga tumbang
Aku kan tetap teguh dengan pendirian
Dan aku tidak akan
Bersembunyi atau berlari pergi
Cinta pasti akan menguasai
Demi Tuhan, ianya pasti terjadi
Cinta pasti akan menguasai
Daku enggan gagal
Cinta pasti akan menguasai
Tuhan telah menjadikan ku bebas
Engkau tidak boleh merampasnya dariku
Kebebasan adalah takdir ku
Daku memiliki sebuah impian
Dan impian ku ialah untuk melihat
Melihat semua orang yang bersama ku senyum
Melihat mereka bebas dan berbangga
Daku merasai tiupan angin kebebasan
Kerna dengan kesusahan datangnya kemudahan
Kerana itu daku tidak akan hilang keimanan
Daku tahu bahawa sesungguhnya Tuhan Maha Agung
Jadi ku takkan bersembunyi atau berlari pergi
Cinta pasti akan menguasai
Demi Tuhan, ianya pasti terjadi
Cinta pasti akan menguasai
Daku enggan gagal
Cinta pasti akan menguasai
Saya tidak akan lari
Cinta pasti akan menguasai
Demi Tuhan, ianya pasti terjadi
Cinta pasti akan menguasai
Daku enggan gagal
Cinta pasti akan menguasai
Malay translation by: Syed Ahmed Israa'