Tip:
Highlight text to annotate it
X
Mencetak di rumah adalah mudah dengan Print Panel baru kami. Marilah kita membuat cetakan 5x7.
Kita akan memilih "5x7," kemudian "Print 5x7."
Sekarang kita mempunyai pratonton yang besar dan cantik, lengkap dengan dimensi dipaparkan.
Ambil perhatian dengan tanda semak hijau. Pada masa ini hanya halaman pertama dipilih untuk pencetakan.
Oleh itu, untuk mencetak semua halaman, kita akan memilih "Print all pages." (Cetak semua halaman).
Dan kini setiap imej mempunyai tanda semak hijau.
Dan kini kita hanya perlu mencetakannya semua...
...adalah menekan "Print" (Cetak).
Anda boleh juga memilih saiz kerta yang berbeza pada halaman ini.
Jadi, marilah pilih helaian 8.5x11 dan buat cetakan yang cantik dan besar.
Kini kita mempunyai imej 5x7 di tengah-tengah halaman 8.5x11.
Jadi untuk membesarkan imejnya, kita akan ke menu Image Size (Saiz Imej) dan pilih "Scale to Fit." (Skala mengikut Kesesuaian).
"Scale to Fit" membesarkan imej supaya ia boleh menjadi sebesar yang mungkin.
Tetapi dalam kes ini, ia mempunyai bentuk yang berbeza daripada kertas, jadi tinggalkan sedikit ruang kosong di bahagian atas dan bawah.
Jadi pilihan lain adalah "Scale to Fill." Ini membesarkan imej sehingga ia memenuhi kertasnya, dan memangkas bahagian pinggirnya jika perlu.
Oleh kerana anda mempunyai pratonton yang besar dan cantik, anda masih boleh percaya anda akan mendapat imej yang hebat.
Perkara hebat lain yang boleh anda lakukan adalah untuk membat imej yang lebih kecil.
Kita akan menetapkannya kepada 50% dan memilih reka letak Grid.
Itu akan menghasilkan helaian sentuh yang indah, hebat untuk pruf atau membuat cetakan bersaiz dompet.
Untuk memudahkan lagi, kita boleh ke menu Spacing (Penjarakan) dan mematikan penjarakan di antara imej.
Menetapkan Penjarakan kepada "Tiada" akan merapatkan imejnya supaya anda boleh memotongnya dengan satu pemotongan.
Dan sebagai petua hebat yang terakhir, jika anda memilih Maximum images per page (Imej maksimum sehalaman)...
...program dengan bijaknya memutar imej untuk memadatkan sebanyak mungkin imej pada halaman tersebut...
...menyimpan kertas anda.