Tip:
Highlight text to annotate it
X
Selamat datang ke projek Google+. Perkara pertama yang anda harus lakukan ialah membuat kalangan.
Google+ berkisar tentang kalangan. Ketahui mengenainya.
Sila ke kalangan. Sudah ada beberapa kalangan yang kami sediakan untuk anda. Di atasnya, anda dapat
lihat orang yang anda kenali. Anda juga boleh menambah dan menjemput rakan dari e-mel anda.
Sekarang, anda cuma perlu putuskan mereka akan dimasukkan ke kalangan mana. Jangan risau, mereka tidak akan tahu
kalangan mana yang anda masukkan mereka.
Sekarang, buat beberapa kalangan anda sendiri. Contohnya, rakan kolej anda. Buat kalangan khusus untuk mereka.
Ada yang dimasukkan dalam kalangan "kolej" dan juga kalangan "rakan" -- bagus juga tu.
Kalangan memudahkan anda mengawal siapa yang boleh berkongsi bahan anda -- sama ada foto, video,
atau di mana anda berada. Cuma, tambahkan kalangan yang anda mahu kongsikan bahan.
Ini bahagian yang menyeronokkan. Dalam strim anda, anda boleh lihat apa sahaja yang diperkatakan oleh
orang lain yang anda kenali, atau cuma pilih dari kalangan yang anda ingin ketahui perkembangannya sahaja. Sekarang, anda cuma ingin
tahu apa yang sepupu anda makan untuk sarapan, jika itu yang anda mahu.
Kita semua sedia maklum bahawa ibu tidak perlu lihat foto kegiatan hujung minggu. Dan, bos tidak perlu
tahu yang anda berada di pantai pada hari Selasa.
Apabila anda telah membuat kalangan, banyak perkara menarik yang anda boleh lakukan. Oleh itu,
apa kata anda buat beberapa kalangan sekarang?
Nikmati penggunaan projek Google+.